Transcript

Analisis Ketokohan Imam Malik dalam Bidang KeguruanOleh : Soifatulhusna bte Mohamad Rapeai

RIWAYAT HIDUP1) Nama sebenarnya ialah Malik bin Anas bin Abu Amar Al-Asbahi bin Amru bin al-Haris bin Saad bin Auf bin Adi bin Malik bin Yazid. Beliau dilahirkan di Madinah pada 93 hijrah. Beliau berasal daripada keturunan Arab yang terhormat dan dimuliakan oleh masyarakat. Datuk beliau ialah sahabat Rasululah. Ibu beliau Al-Aliah bte Syuraik. Ada riwayat yang menyebut bahawa beliau berada dalam kandungan ibunya lebih kurang 2 tahun.

2)

3)

4)

Beliau wafat pada 14 Rabiulawal 179 hijrah ketika berumur 86 tahun dan meninggalkan 3 orang putera dan seorang puteri.Beliau adalah pengasas mazhab Maliki.

5)

SIFAT PERIBADI1) Beliau mempunyai kecerdasan akal fikiran yang tinggi. Beliau menghafaz Al-Quran ketika masih kecil. 2) Imam Malik juga memiliki akhlak yang mulia, bersopansantun, suka pakai pakaian kemas, bersih serta bau-bauan yang harum. 3) Imam Malik suka bergaul dengan semua lapisan masyarakat dan sangat benci pada perbuatan mencela sesama manusia. Walaupun beliau terkenal dengan sifat ramah dan bergaul dengan semua lapisan masyarakat, beliau merupakan seorang yang pendiam dan hanya berkata-kata apabila perlu dan menganggap benda yang akan diucapkan adalah perkara-perkara yang berfaedah sahaja.

4)

Beliau sangat hormat kepada hadis-hadis dan diri Rasullah s.a.w itu sendiri.Apabila beliau ditanya tentang ilmu fiqh, beliau terus keluar dari biliknya serta memberi fatwa atau jawaban atas persoalan mereka. Tetapi jika soalan itu berhubung dengan ilmu hadith, beliau tidak terus keluar, bahkan akan mandi terlebih dahulu dan memakai pakaian yang bersih serta bau-bauan dan serban, Ini semata-mata untuk menghormati atau membesarkan hadith Rasulullah s.a.w. Tidak pernah menunggang sebarang jenis kenderaan di Madinah sebagai tanda menghormati jasad baginda yang tertanam di bumi Madinah. Diceritakan pada suatu hari, Imam Malik telah digigit oleh seekor lipan ketika beliau sedang menceritakan sepotong hadith daripada Rasulullah s.a.w, namun beliau tetap meneruskan pembacaan hadith tersebut. Apabila ditanya apakah sebab beliau berbuat demikian, maka jawabnya: Aku bersabar kerana menghormati hadith Rasulullah s.a.w.

Oleh kerana beliau sangat menghormati hadith, sudah pasti beliau sangat mengasihi pemiliknya iaitu Rasulullah s.a.w. Oleh kerana beliau sangat mengasihi Rasulullah s.a.w maka beliau kasih pula kepada Madinah dan tidak pernah meninggalkan Madinah kecuali di musim-musim haji kerana beliau lebih suka berada hampir dengan Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya beberapa orang khalifah meminta beliau untuk berpindah ke Baghdad dan tinggal di sana dengan segala kesenangan dan kemudahan, beliau telah menolak tawaran tersebut dan selalu menyebut hadith Rasulullah s.a.w: Bahawa Madinah Munawwarah lebih baik untuk mereka jika mereka ketahui.

5) Beliau merupakan seorang hartawan yang dermawan, menggunakan hartanya untuk menolong golongan yang susah. Beliau tidak lokek membelanjakan hartanya ke jalan Allah. Sebagai contoh, beliau pernah membantu Imam as-Syafie sehingga berjaya menjadi ulama terkenal.

6) Merupakan seorang ulama yang warak,taat,dan patuh kepada Allah serta kuat beribadat pada waktu malam. Beliau tabah menghadapi segala ujian yang menimpanya.7) Berhubung dengan kegemaran Imam Malik kepada keindahan atau kemanisan hidup ialah penumpuannya kepada nyanyian

PENDIDIKAN1) Mendapat pendidikan di Kota Madinah daripada beberapa orang ulama terkenal di sana. Kota Madinah menjadi pusat pengajian ilmu, khususnya ilmu agama. Beliau dapat mengingati 29 hadis daripada 30 buah hadis setelah mendengar gurunya menyampaikan hadis tersebut secara lisan. Beliau telah belajar daripada 900 orang guru, sebahagiannya terdiri daripada ulama. Beliau pernah menuntut dengan ulama yang terkenal.Antaranya: *Ahli fikah-Rabilah b. Abd. Rahman. *Ahli hadis-Imam Nafi'Maula Ibn Umar. *Imam Ibnu Syaibah Azzuhri. Berkat kerajinan dan usaha beliau dalam menuntut ilmu,akhirnya Imam Malik muncul sebagai salah seorang ulama fikah yang terbesar dan unggul di seluruh Madinah. 2) 3)

4)

Kaedah Pengajaran Imam Malik

Kaedah Syarahan Imam malik menggunakan kaedah syarahan dalam pengajarannya. kaedah yang paling banyak digunakan Imam Malik dalam menyampaikan pengajaran. Majlis kuliah beliau diadakan di masjid Madinah dan rumah beliau sendiri. Dalam majlis tersebut, Imam malik seorang sahaja yang menyampaikan ucapan dan syarahan sementara orang lain mendengar pengajaran yang beliau sampaikan. Imam malik mula menyampaikan kuliah @ syarahan sejak berusia 17 tahun. Beliau tidak mengajar setelah mendapat pengakuan daripada 70 orang gurunya.

Kaedah Menyelesaikan Masalah Kaedah menyelesaikan masalah juga digunakan oleh Imam Malik khususnya dalam perkara yang berkaitan dengan hukum. Setiap masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh murid-muridnya akan dirujuk kepada Imam Malik. Masalah yang dikemukakan kepada beliau bukan sahaja datang daripada penduduk sekitar Madinah, malahan daripada wilayah-wilayah yang jauh. Dalam menyelesaikan sesuatu masalah, Imam Malik tidak suka kepada masalah khayalan dan andaian yakni yang direka-reka dan yang tak pernah berlaku. Beliau hanya akan menyelesaikan masalah yang benar-benar berlaku dalam masyarakat atau masalah waqi sahaja. Imam Malik amat berhati-hati dalam menyampaikan jawaban kepada soalan yang dikemukakan. Beliau tidak akan menjawab sebelum memikir dan mengkaji dengan lebih mendalam.

Kaedah Perbincangan Kaedah perbincangan juga merupakan kaedah yang digunakan Imam Malik. Seperti yang diketahui, murid-murid Imam Malik bukan sahaja terdiri daripada orang kebanyakan. Ulama yang sudah terkenal pun datang menghadiri majlis Imam Malik. Kesempatan ini digunakan oleh Imam Malik untuk berbincang dengan mereka tentang masalah yang dikemukakan oleh murid lain. Kaedah perbincangan ini juga digunakan oleh Imam Malik dalam menyampaikan pengajaran beliau kepada pemerintah. Beliau selalu mengadakan perbincangan dengan khalifah Abbasiyah, antaranya ialah Al-Mansur mengenai talak orang yang dipaksa.

Kaedah Penceritaan Kaedah penceritaan juga merupakan salah satu kaedah yang dilaksanakan oleh Imam Malik. Kebanyakan cerita yang disampaikan adalah bertujuan untuk mendidik manusia. Ia juga banyak mengandungi nilai dan teladan untuk diikuti. Imam Malik membawa contoh pekerjaan yang baik yang dikerjakan oleh orang yang terdahulu seperti Sayidina Umar al-Khattab. Beliau berharap supaya khalifah mengiguti jejak langkah Umar.

Kaedah Penulisan Bidang penulisan merupakan satu lagi kaedah yang digunakan oleh Imam Malik dalam pengajaran beliau. Ada dua bidang penulisan yang digunakan oleh Imam Malik iaitu penulisan kitab dan surat. Kitab Karangan Imam Malik yang mahsyur ialah Al-Muwatta, kitab ini dianggap sebagai kitab yang pertama menghimpunkan hadith Nabi dan fikah sekali. Ia disusun dalam bab-bab yang berdasarkan tajuk dan masalah yang dibncangkan. Selain kitab al-Muwatta, ada lagi kitab yang dinisbahkan kepada Imam Malik seperti kitab AlMudawwanah. Imam Malik juga menyusun kitab Al Mudawwanah al Kubra, yang berisi fatwa-fatwa dan jawaban Imam Malik atas berbagai persoalan.

Al-Muwatta

Al-Muwattak bererti yang disepakati atau tunjang ataupanduan tentang ilmu dan hukum-hukum agama. merupakan sebuah kitab yang mengandungi hadis-hadis hukum yang dikumpulkan oleh Imam Malik serta pendapat para sahabat dan ulama-ulama tabiin. lengkap dengan pelbagai masalah agama yang merangkumi ilmu hadis, ilmu fiqh dan sebagainya. Semua hadis di dalam kitab ini adalah sahih kerana Imam Malik terkenal dengan sifatnya yang tegas dalam penerimaan hadis tertentu. Beliau sangat berhati-hati ketika menapis, mengasingkan dan membahas serta menolak riwayat yang meragukan. Daripada 100,000 buah hadis yang dihafal beliau, hanya 10,000 sahaja diakui sah dan daripada 10,000 hadis itu, hanya 5,000 sahaja yang disahkan sahih oleh beliau setelah disiasat dan dipadankan dengan Al-Quran. Menurut satu riwayat, Imam Malik menghabiskan 40 tahun untuk mengumpul dan menapis hadis-hadis yang diterima daripada guru-gurunya. Imam Syafie pernah berkata, "Tiada sebuah kitab di muka bumi ini yang lebih banyak mengandungi kebenaran selain daripada kitab al-Muwattak karangan Imam Malik."

Di samping menulis kitab, beliau juga menulis surat kepada pihak berkuasa. Di dalam surat tersebut banyak pengajaran diterapkan beliau.

Imam Malik tak hanya meninggalkan warisan buku. Ia juga mewariskan mazhab fikih di kalangan Islam Sunni, yang disebut sebagai Mazhab Maliki. Mazhab Maliki pernah menjadi mazhab resmi di Mekah, Madinah, Irak, Mesir, Aljazair, Tunisia, Andalusia (kini Spanyol), Morokko, dan Sudan. Kecuali di tiga negara yang disebut terakhir, jumlah pengikut mazhab Maliki kini menyusut. Kebanyakan penduduk Mekah dan Madinah saat ini mengikuti Mazhab Hanbali. Di Iran dan Mesir, jumlah pengikut Mazhab Maliki juga tidak banyak. Hanya Morokko saat ini satu-satunya negara yang secara resmi menganut Mazhab Maliki.

Kaedah Ulangan Imam Malik juga menggunakan pengajaran secara ulangan atau tikrar untuk mengukuhkan kefahaman murid-muridnya.

Imam Malik meminta penulisnya yang bernama Habib untuk menulis segala kandungan pelajaran yang beliau sampaikan, kemudian membacakan semula pengajaran-pengajaran tersebut kepada orang ramai.(Munawwar Khalil, 1985).

Kaedah Pergaulan Pergaulan merupakan suatu lagi kaedah yang digunakan oleh Imam Malik. Beliau menggunakan cara ini khususnya untuk mendekati pemimpin bagi menyampaikan pengajaran.

Beliau juga sering bergaul dengan murid-muridnya. Imam malik pernah menjemput anak-anak muridnya ke rumah. Dengan pergaulan seumpama ini, secara tidak langsung Imam Malik dapat menerapkan banyak perkara yang baik sebagai panduan untuk mereka. (Dr Ahmad Shurbasyi, 1978)

Kaedah Nasihat Sepanjang hidup Imam Malik, beliau banyak memberikan nasihat kepada orang ramai. Kaedah menasihati ini dilakukan sama ada golongan atasan yang terdiri daripada pemerintah, golongan ulama mahupun orang kebanyakan.

Antara nasihat beliau yang mahsyur tentang urusan ibadah, taklid, memilih guru dan seumpamanya (Munawwar Khalil,, 1985).

KEISTIMEWAAN1. Seorang yang kuat beribadat di waktu malam serta membaca Al-Quran kitab yang mengandungi hadis 2. Menghafaz Al-Quran dan hadis sejak dari kecil. 3. Beliau sangat berani mempertahankan fatwanya walaupun dihadapan seorang gabenor dan musuh islam.

UJIAN KE ATAS IMAM MALIK Beliau pernah disebat dengan cemeti hingga patah tulang belakangnya kerana mengeluarkan fatwa yang tidak dipersetujui oleh khalifah,iaitu isteri yang diceraikan secara paksa tidak jatuh talaknya. Beliau berkata,"Aku dipukul kerana mempertahankan kebenaran agama.Tidak ada baiknya bagi orang yang tidak dihukum kerana perkara benar."

SUMBANGAN Kitab yang termasyhur ialah "Al-Muwatta" iaitu kitab yang mengandungi hadis-hadis dan hukum. Mazhab Maliki berkembang di Moroco,Algeria,Tunisia,Iraq dan Palestin.

SEKIAN, TERIMA KASIH.


Top Related