ANALISA REKA BENTUK KERUSI MENUNGGU DI HOSPITAL. KAJIAN KES HOSPITAL UMUM SARAWAK
Aini Madihah Binti Mohamad Arip
Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian TT (Teknologi Senireka) 196 2007 A295 2007
I
" LiSar .h..tUdmal 1\1 UNIVERSfTl MALiAKJuma[ AKaLJ.
. YSIA SARAWAJI 4,00 KOla Samaral1:t1l
ANALISA REKA BENTUK KERUSI MENUNGGU DI HOSPITAL. KAJIAN KES HOSPITAL UMUM SARAWAK
J
AINI MADIHAH BINTI MOHAMAD ARIP
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan Deugau Kepujiau
(Teknologi Seni Reka Perindustrian)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARA WAK
2007
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESISILAPORAN
JUDUL: ANALISA REKA BENTUK KERUSI MENUNGGU DI HOSPITAL. KAJIAN KES HOSPITAL UMUM SARAWAK
SESI PENGAJIAN : 2006/2007
Saya, AINI MADIHAH BINTI MOHAMAD ARIP (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesisl Laporan*ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat Kegunaan seperti berikut :
1. Tesisl Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Akademik,Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan untuk membuat
salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Pusat Khidmat Akademik,Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat
pendigitan untuk membangunkan Pengkalan Data Kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Akademik,Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat
salinan tesisl laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi 5. *sila tandakan D
SULIT (mengandungi maklumat yang berdarjah Keselamatan atau kepentingan seperti termaktub Didalam AKTA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat Terhad yang telah di tentukan oleh organisasi Ibadan dimana penyelidikan dijalankan
TIDAK TERHAD
Disahkan
Tandatangan Penulis Tarikh:
Alamat Tetap : KM 34 KG. SG. BAT ANG 36200 SELEKOH PERAK DARUL RIDZUAN
*Jika Tesisl Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasal organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesisl laporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
Projek bertajuk "Analisa Reka Bentuk Kerusi Menunggu di Hospital. Kajian kes
Hospital Umum Sarawak" telah disediakan oleh Aini Madihah Binti Mohamad
Arip dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi
syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Teknologi Seni Reka
Perindustrian).
Diterima untuk diperiksa oleh :
Tarikh:
$"·/0. ~?
II
PENGHARGAAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kumia-Nya,
saya dapat menyiapkan penulisan ilmiah ini serta menghasilkan Projek Penyelidikan
Tahun Akhir iaitu "Analisa Reka Bentuk Kerusi Menunggu di Hospital. Kajian Kes
Hospital Umum Sarawak".
Jutaan terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Khairul Aidil Azlin di atas teguran
dan nasi hat yang diberikan sepanjang penyelidikan ini dijalankan, tidak lupa kepada
Encik Musdi Bin Hj. Shanat yang telah ban yak membantu dalam proses perkembangan
idea, serta Encik Firdaus Abong Abdullah yang memberi dorongan serta tunjuk ajar.
Ribuan terima kasih juga kepada semua pensyarah Teknologi Seni Reka dari program
Grafik dan Fesyen yang banyak membantu dalam projek penyelidikan ini.
Di kesempatan ini juga, saya mengucapkan jutaan terima kasih buat keluarga
tersayang yang banyak memberi dorongan. Teristimewa buat bonda tercinta Puan
Aishah Binti Hj. Ahmad serta ayahanda yang dikasihi Tuan Hj. Mohd. Arif Bin Hj.
Mohd. Yasin yang sentiasa memberi sokongan serta mendoakan kejayaan saya di dalam
pelajaran.
Seterusnya buat ternan-ternan seperjuangan yang sentiasa tersemat di hati. Tidak
lupa juga ribuan terima kasih kepada Encik Sudiman yang telah banyak menyumbang
tenaga membantu ketika menyiapkan tugasan projek serta kepada sesiapa yang turut
terlibat secara langsung ataupun tidak dalam menyiapkan projek penyelidikan ini.
Semoga segalanya menjadi ingatan buat selamanya.
T erima Kasih.
III
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT
PENGESAHAN PENGHARGAAN iii KANDUNGAN
ABSTRACT
iv ABSTRAK v
BAB1 PENGENALAN PROJEK PENYELIDlKAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Penyataan Masalah 2 1.3 Objektif 4 1.4 Metodologi Penyelidikan 5 1.5 Skop Kajian 6 1.6 Hipotesis 7
BAB2 KAJIAN LEPAS 2.1 Pengenalan dan Huraian 8
BAB3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 10 3.2 SumberData 10
BAB4 ANALISA DATA 4.1 Demografi 13 4.2 Cadangan Reka Bentuk 14 4.3 Kesimpulan Analisis Data 21
BAB5 HASIL DAPATAN KAJIAN 5.1 Proses Penghasilan Reka Bentuk 22 5.2 Spesifikasi Reka Bentuk 23 5.3 Cadangan Reka Bentuk 25 5.4 Reka Bentuk 26
5.4.1 Cadangan Akhir 26
BAB6 KESIMPULAN 30
RUJUKAN 31
LAMPIRAN 32
IV
Analisa Reka Bentuk Kerusi Menunggu di Hospital. Kajian Kes Hospital Umum Sarawak
Aini Madihah Binti Mohamad Arip
Program Teknologi Seni Reka Perindustrian Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
Universiti Malaysia Sarawak
ABSTRAK
Pada masa sekarang, pereka mengguna dan menggabungkan pelbagai bahan seperti
keluli, plastik, dan kayu untuk mereka bentuk sebuah kerusi. Reka bent uk sesebuah
kerusi di ruang menunggu hospital akan diaplikasikan dengan elemen fizikal dan
psikologikal. Ia bertujuan untuk menyelesaikan masalah terhadap reka bentuk kerusi di
lobi hospital. Reka bentuk sedia ada tidak memberi sepenuh keselesaan kepada
pengguna kerana kualiti rekaan yang digunakan dalam pembuatan sesebuah kerusi tidak
mengalami evolusi. Kajian ini melaporkan keputusan rekaan yang dijalankan terhadap
reka bentuk kerusi di lobi Hospital Umum Sarawak. Antara elemen yang dikaji ialah
dari segi pembuatan, bahan, dan reka bentuk. Rekaan terhadap kerusi ini akan memberi
perubahan terhadap ruang menunggu hospital untuk masa hadap'an.
ABSTRACT
Nowadays, designers apply and combine many types ofmaterials such as steel, plastic,
and wood to design a chair. Chair design in the hospital waiting area will be applied
with the physical and psychological elements. The problem is to solve the chair's design
at the hospital's lobby. The current designs are not comfortable for users because the
design is not quality and do not have evolution. This study will present the design result
about waiting chair's design at the General Hospital Sarawak. The elements that will be
studied such as, from manufacturing, material, and design. The design will change the
wailing area situation in the future.
v
BAB 1
,...
1.1 Pengenalan
PENGENALAN PROJEK PENYELIDlKAN
Ruang menunggu adalah sebuah kawasan di mana sesebuah keluarga, kawan
kawan, mahupun sahabat handai menanti pesakit ketika sedang menerima rawatan. Pada
kebiasaannya, ruang menunggu ini terletak ruang legar utama hospital. Di dalam ruang
menunggu sememangnya mempunyai beberapa buah kerusi menunggu yang telah
disediakan. Kerusi yang terdapat di ruang menunggu hospital adalah berpasangan sarna
ada empat unit atau lima unit.
Rekaan kerusi yang elok adalah perkara yang penting untuk kemudahan pesakit
serta pengunjung yang mengunjungi hospital. Sesuatu rekaan kerusi perlulah
mempunyai elemen-elemen penting yang dapat memenuhi kehendak pengguna.
Misalnya, dari segi keselesaan ketika menggunakan kerusi terse but.
Penyelidikan yang dijalankan adalah berkenaan proses untuk mendapatkan
sesuatu rekaan yang baru dan terbaik untuk kerusi menunggu di hospital. Segala bahan
atau maklumat yang diperoleh akan digunakan sebagai rujukan atau panduan untuk
menghasilkan sebuah rekaan terbaru. Rekaan tersebut akan diaplikasikan dengan idea
idea yang bernas yang diperoleh melalui kajian dan penyelidikan yang telah dibuat.
, Secara keseluruhannya, penyelidikan yang dijalankan adalah bertujuan untuk
mereka bentuk kerusi menunggu di hospital awam. Rekaan tersebut akan diaplikasikan
dengan menambah elemen dari segi fizikal dan psikologikal untuk memberi keselesaan
kepada pengguna atau para pengunjung semasa menunggu di kawasan lobi hospital.
Rajah 1.1: Ruang menunggu yang terdapat di Hospital Umum Sarawak
1.2 Penyataan Masalah
Sehingga kini, kerusi menunggu yang sedia ada di hospital awam masih lagi
menggunakan atau mengaplikasikan bahan-bahan yang tidak sesuai serta tahan lama.
Material merupakan salah satu perkara yang perlu diutamakan dalam membuat sesuatu
rekaan kerusi. Pemilihan material perlulah tepat agar memberi impak yang positif
kepada pengguna.
Terdapat beberapa masalah teknikal terhadap rekaan kerusi sedia ada yang terdapat
di hospital. Misalnya rekaan kerusi yang tidak dapat diselaraskan dengan betul, mudah
patah atau rosak, tidak selesa, serta tidak dapat menampung beban dengan stabil.
Dalam pada itu juga, rekaan kerusi yang sedia ada ini tidak mengalami perubahan
evolusi terhadap reka bentuk yang lebih ergonomik. Rekaan terse but telah lama direka
2
dan masih lagi digunakan sehingga sekarang. Dalam era globalisasi ini, negara perlu
mengambil inisiatif yang berguna terhadap sesuatu rekaan di dalam negara.
Rajah 1.2: Bahagian kaki kerusi yang tidak stabil merupakan punca masalah yang utama.
3
________
,.....
1.3 Objektif
1.3.1 Penyelidikan yang dijalankan bertujuan untuk mengkaji masalah yang terdapat
pada reka bentuk kerusi menunggu di hospital. Beberapa masalah yang sering
dialarni oleh pengguna, merupakan salah satu perkara yang perlu dibendung
sarna ada melalui reka bentuk, mahupun kesesuaian material yang digunakan.
1.3.2 Selain itu, pengkaji juga membuat analisa terhadap reka bentuk kerusi
menunggu sedia ada. Hal ini adalah bertujuan untuk membuat perbandingan reka
bentuk kerusi di samping menjadi panduan untuk menghasilkan rekaan terbaru
kerusi menunggu.
1.3.3 Menghasilkan sebuah reka bentuk kerusi menunggu berpandukan maklumat
yang diperoleh. Hal ini bermaksud, segal a keputusan analisa data melalui kaji
selidik digunakan untuk menghasilkan suatu rekaan baru. Misalnya, pemilihan
material yang kukuh dan tahan lama .
•
4
L~_____________________________________________________________
l>t·s t J( h'~""at Maldum::tt Aka(ie~ik I · 1 ., · lfl ~LALAYS'A ARAWAJ(
1.4 Metodologi Penyelidikan
1.4.1 Pemerhatian
Melalui kaedah ini, pemerhatian dilakukan dengan membuat tinjauan di
beberapa buah kawasan yang berkaitan dengan penyelidikan. Kaedah yang
dilakukan ini adalah bertujuan untuk mengetahui permasalahan yang sedia ada.
Pemerhatian dijalankan terhadap reka bentuk sesebuah rekaan yang sedia ada.
1.4.2 Rakaman Visual
Kaedah yang dilakukan adalah berkaitan dengan pengambilan gambar-gambar
yang boleh dijadikan sebagai bahan rujukan. Mengambil imej atau gambar
berkenaan situasi sesuatu kawasan.
1.4.3 Temubual
Membuat temubual secara rambang ke atas beberapa pihak di sekitar kawasan
penyelidikan. Temubual sambi Ian yang dilakukan adalah bertujuan untuk
mengetahui beberapa aspek penting iaitu masalah yang sering dial ami oleh pihak
tersebut.
5
,...
1.4.4 Pengumpulan Data
1.4.4.1 Data Primer
Segal a data diperolehi melalui pengedaran borang kaji selidik serta hasil dapatan
daripada penyelidikan.
1.4.4.2 Data Sekunder
Pengumpulan data adalah melalui beberapa kaedah yang merangkumi
penyelidikan melalui internet serta bahan penerbitan seperti buku dan majalah.
1.4.5 Analisa Data
Me1akukan penganalisaan semua data yang diperoleh berpandukan penyelidikan
yang telah dijalankan.
1.5 Skop Kajian
Kajian yang dilakukan perlulah mencapai matlamat serta objektif yang sebenar
di dalam penyelidikan. Untuk mencapai objektiftersebut, segala maklumat tentang reka
bentuk sesebuah kerusi perlu difahami dengan teliti. Melalui pemahaman tersebut faktor
ergonomik adalah salah satu aspek penting dalam menghasilkan sesebuah rekaan kerusi.
Kajian dan penyelidikan juga dilakukan di beberapa buah hospital awam
terutamanya di sekitar bandaraya Kuching. Pemerhatian atau tinjauan dijalankan di
berapa buah syarikat swasta mahupun kerajaan. Penyelidikan tersebut dilakukan di
6
I
sekitar kawasan ruang menunggu atau lobi yang terdapat di beberapa kawasan hospital
serta kawasan-kawasan awam yang lain.
Kajian yang berikutnya adalah memahami tentang beberapa jenis material.
Antaranya seperti besi, plastik, danjenis fabrik. Bahan-bahan yang dikaji adalah penting
untuk mengetahui tahap pengukuhan serta ketahanan sesuatu bahan terse but.
Oleh yang demikian, segala kajian dan penyelidikan yang dilakukan dengan
tepat dan berkesan dapat menghasilkan sebuah rekaan kerusi yang berguna serta
mewujudkan sua sana keharmonian para pengguna.
Rajah 1.5: Kawasan hadapan Hospital Umum Sarawak
1.6 Hipotesis
Secara keseluruhannya, tujuan penyelidikan ini dijalankan adalah untuk
memberi perubahan terhadap pengeluaran kemudahan kerusi hospital di samping
memberi perubahan kepada persekitaran ruang menunggu dengan meletakkan sebuah
rekaan perabot terbaru.
7
BAB2
KAJIAN LEPAS
2.1 Pengenalan
K~ian lepas merupakan kajian-kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji
terdahulll untuk membuktikan hasil kajian yang diperoleh. Kajian lepas ini memberi
panduan kepada pengkaji dalam tugas penyelidikan yang dilakukan. Sumber rujukan
atall kajian lepas yang digunakan oleh pengkaji ialah buku-buku dan sumber internet.
Kajian yang dihasilkan adalah berdasarkan idea, penyelidikan dan pemerhatian
yang dilakukan. Di sini disediakan satu contoh yang menerangkan fakta di dalam buku
yang berkaitan dengan ergonomik. Ergonomik ialah suatu fakta sains di dalam sesuatu
pekerjaan iaitu melalui seseorang manusia yang melakukannya dan kaedah sesuatu
perkara tersebut diselesaikan serta melalui peralatan dan kelengkapan yang mereka
gunakan, tempat atau kawasan yang digunakan untuk bekerja, dan aspek psikososial di
dalam situasi bekerja.
Perkataan ergonomik berasal daripada perkataan Greek iaitu ergos, kerja;
nomos, undang-undang semulajadi. Perkataan ergonomik diistilahkan sebagai suatu
keputusan membentuk kesatuan untuk 'penyelidikan perkembangan manusia di dalam
persekitaran kerja, .1
I Professor Hymel! Murel!
8
Menurut fakta di dalam kamus menyatakan, maksud ergonomik ialah suatu ilmu
tentang pekerjaan dan persekitarannya untuk menghasilkan kecekapan yang
. ')makSlmum.
L-Th_e ~produ-------,"I
e; I TheUw
L--T_heTas----,kI ~ Rajah 2.1
Sesuatu rekaan boleh dirumuskan sebagai sesuatu objek yang memasuki perkara
yang baik yang boleh dibandingkan antara prod uk dengan penggunanya. Dalam erti kata
lain, kerja ergonomik adalah perkara yang berkenaan dengan sains kerja yang dapat
disesuaikan kepada pekerja serta prod uk untuk pengguna. Hal ini boleh dirujuk melalui
Rajah 2.1.
Secara rumusannya, pengkaji mengambil isi kandungan buku serta bahan-bahan
lain secara ringkas untuk dijadikan panduan dalam kajian yang dibuat. Manakala
perkara yang berkaitan dengan penyelidikan pula dihuraikan oleh pengkaji untuk
menyatakan pendekatan yang digunakan oleh pengarang mengenai topik yang dikaji.
2 Kamus Dwibahasa Oxford Fajar, Edisi Ketiga oleh Joyce M Hml'kins
9
BAB3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Penyelidikan yang dijalankan ini adalah menggunakan kaedah pengumpulan
data melalui sumber primer dan sumber sekunder. Terdapat dua kaedah di dalam
sumber primer iaitu pengumpulan data melalui kaedah kualitatif dan kuantitatif.
Kualitatif melibatkan aktiviti pemerhatian, pengambilan gambar-gambar, membuat
temubual, dan penyelidikan melalui kemudahan internet. Kaedah kuantitatif pula
melibatkan penganalisaan segala maklumat yang diperoleh melalui pengedaran borang
soal selidik.
3.2 Sumber Data
.A) Data Primer
I) Kualitatif
Pelbagai cara yang dilakukan melalui kaedah kualitatif untuk mendapatkan
segala maklumat sepanjang tempoh penyelidikan yang dijalankan. Antaranya ialah
melakukan pemerhatian dengan cara mengambil gambar-gambar kerusi menunggu di
hospital awam. Pemerhatian ini dijalankan di sekitar Hospital Umum Sarawak. Gambar
gambar yang diambil di beberapa kawasan ruang menunggu hospital, dijadikan sumber
10
imej rekaan kerusi yang sedia ada. Gambar-gambar tersebut dijadikan panduan untuk
pengkaji menganalisa rekaan sedia ada dari segi pembuatan dan reka bentuk.
Rajah 1.4: Kawasan ruang menungguyang terdapaJ di sekitar hospital.
Selain itu, pengkaji juga membuat catatan serta merekod segala maklumat yang
diperoleh melalui temubual yang dilakukan dengan pihak pengurusan hospital, staf
hospital, pesakit, dan para pengunjung. Peralatan yang digunakan semasa temubual
tersebut ialah seperti buku catatan serta kamera digital. Temubual yang dilakukan
adalah untuk mendapatkan maklumat berkenaan pandangan pengguna tentang rekaan
kerusi menunggu sedia ada di hospital.
11
II ) Kuantitatif
Dalam kaedah kuantitatif, pengkaji telah menyediakan seratus borang soal
selidik untuk para pengguna di hospital. Borang terse but mengandungi tiga bahagian
soalan yang perlu dijawab oleh pengguna. Bahagian satu adalah berkaitan dengan
demografi individu iaitu latar belakang pengguna tersebut seperti umur, jantina, dan
status pekerjaan. Manakala bahagian dua pula terdiri daripada soalan berkenaan
pendapat pengguna terhadap rekaan kerusi sedia ada. Dalam bahagian tiga, pengguna
perlu memberikan pandangan atau pendapat mereka dalam mengaplikasikan beberapa
idea untuk membuat rekaan terbaru. Sepanjang pengedaran borang soal selidik
dilakukan, beberapa kaedah atau protokol telah digunakan sebagai panduan untuk
memulakan sesi pertanyaan bersama para pengguna.
B) Data Sekunder
Sepanjang penyelidikan dijalankan, pengkaji juga membuat penyelidikan
menggunakan kemudahan melayari laman web di internet. Pencarian maklumat adalah
berkaitan dengan rekaan perabot terutamanya kerusi menunggu. Selain itu, pengkaji
juga mendapatkan gambar-gambar terkini kerusi menunggu untuk dijadikan panduan
membuat rekaan.
Di samping itu juga, pengkaji telah mendapatkan beberapa maklumat dengan
membaca dan meneliti terhadap rekaan-rekaan terkini dalam industri pembuatan serta
kaedah membuat rekaan kerusi yang betul. Selain itu, pengkaji juga telah mendapatkan
rujukan daripada pembacaan berkenaan anthropometri dan faktor ergonomik.
12
BAB4
ANALISA DATA
Penganalisaan data dilakukan melalui pengedaran borang soal selidik kepada
para pengguna. Borang tersebut diedarkan di sekitar kawasan Kuching terutamanya di
kawasan Hospital Umum Sarawak.
4.1 Demografi
UMUR
7% 10%
72%
. 21-25 tahun11%
• 26-30 tahun
31-35 tahun
36 ke atas
Rajah 4.1 Jumlah Responden Mengikut Peringkat Umur
Carta pai di atas menunjukkan jumlah responden yang menjawab borang soal
selidik yang telah diedarkan mengikut peringkat umur. Melalui carta tersebut jumlah
peratusan yang tertinggi ialah daripada responden yang berumur dalam lingkungan 21
bingga 25 tahun manakala jumlah peratusan yang terendah terdiri daripada responden
yang berumur dalam lingkungan 26 hingga 30 tahun.
13
Hal ini berlaku disebabkan kebanyakan responden yang menjawab soalan kaji
selidik adalah terdiri daripada golongan pelajar ataupun remaja yang menerima rawatan
di hospital. Selain itu, pengkaji juga lebih mudah mengedarkan borang soal selidik
kepada peringkat umur yang lebih muda kerana golongan tersebut lebih mudah
memahami soalan-soalan yang disediakan. Hal ini juga disebabkan oleh golongan
dewasa kurang berminat untuk mendengar penjelasan ekoran mereka sibuk menunggu
giliran menerima rawatan di hospital.
4.2 Cadangan Reka Bentuk
4.2.1 Perubahan Untuk Rekaan Baru Kerusi Menunggu
5 ,---------------- -.-----------------,
.!:
4.5 +----d--1-=1---------__----------":<....>L--------41
4 +--
3.5 +--
3 +--
E 2.5 +--
2 +--
1.5 +--
1
0.5
o Perubahan Warna Warna asal Sistem Material rupll dan korporat (bim, hijau) pelarasan kukuh bentuk
Rajah 4.2.1 Cadangan yang dipilih da/am rekaan baru kerusi menunggu
Oraf di atas merupakan jumlah pendapat atau cadangan yang diperolehi melalui
jawapan para responden. Melalui graf tersebut, dapat dinilai bahawa pemilihan material
atau bahan-bahan yang kukuh adalah salah satu aspek yang penting. Hal ini kerana,
pcmgaplikasian material yang kukuh dapat menjamin ketahanan sesuatu produk itu
14
ditempatkan di hospital sahaja. Dalam hal tersebut pengkaji perlu membuat keputusan
yang bernas dalam menyelesaikannya.
4.2.2 Material
4.5 ..,..-------- --- -----,--,..-..,
4+----------- ---
3.5 +------"''"''"'-----------
3+--
.! 2.5 +--e
2+--
1.5 +--
0.5 +--
0+---Kayu Besi Plastik Besi dan span
Rajah 4.2.2 Penggunaan Bahan-bahan Da/am Rekaan Kerusi Menunggu
Kebanyakan responden bersetuju memilih bahan atau material daripada
gabungan besi dan span untuk menghasilkan rekaan kerusi menunggu di hospital. Besi
merupakan salah satu material yang tahan lasak serta mampu menampung bebanan yang
bent dengan jangka masa yang lama. Manakala pemilihan material span adalah sebagai
material tambahan pada rekaan. Span digunakan pada bahagian tempat duduk sebagai
alas ketika duduk.
Di dalam graftersebut juga menunjukkan jumlah min antara material plastik dan
. adalah sarna rata. Oleh yang demikian, pengkaji boleh menggunakan mana-mana
erial sebagai bahan yang digunakan dalam menghasilkan rekaan kerusi menunggu.
16
tahan
Pengkaji boleh menggunakan besi sebagai rekaan untuk struktur kerusi manakala plastik
sebagai bahagian tempat duduk dan penyandar. Di dalam graf tersebut juga dapat
dihmaikan bahawa para responden kurang bersetuju sekiranya material kayu dijadikan
sebagai bahan untuk membuat kerusi. Hal ini kerana, kayu merupakan bahan yang tidak
lama, ianya mudah rosak apabila kerap digunakan serta terdedah kepada
persekitaran.
17
4.2.3 Faktor Penting Dalam Reka Bentuk
6 ~------------------------------------------~
5 5+-
4 +--
.s 3 +-E
2+-
1+-
o+---Ergonomik Penyandar Tempat letak Tempat Saiz selesa Tempat
kerusi tangan duduk barang
Rajah 4.2.3 Faktor-faktor Penting Di dalam Reka Bentuk Baru Kerusi Menunggu
Graf di atas menunjukkan kebanyakan responden sememangnya mengutamakan
mktor ergonomik di dalam membuat sesuatu rekaan terutamanya kerusi. Hal ini kerana,
sesuatu rekaan kerusi yang dihasilkan dapat memberi keselesaan kepada pengguna.
Respol¥ien juga memilih bahagian penyandar kerusi dan tempat duduk sebagai aspek
yang terpenting untuk membuat rekaan kerusi yang sesuai untuk pengguna yang berada
hospital Selain itu juga, graf tersebut menunjukkan para responden bersetuju sekiranya
Jekaan kerusi mempunyai tempat meletak barang. Oleh itu, pengguna boleh meletakkan
bnng mereka agar barang tersebut tidak diletakkan di merata temp at.
18