Download - amali mikroskop
-
7/29/2019 amali mikroskop
1/23
Praktikal 4: Mikroskop dan teleskop
Objektif Pembelajaran:
Untuk menyiasat keadaan yang sesuai untuk meningkatkan kuasa pembesaran
teleskop astronomi dan mikroskop majmuk.
Mengenalpasti Masalah:
Adakah kanta yang berlainan panjang fokus menghasilkan pembesaran berbeza?
Bahan-bahan:
Pemegang kanta, plastisin, pemegang kanta, kanta cembung
( 5 cm, 10 cm, 15 cm , 20 cm ), skrin lut cahaya, lampu dan pembaris meter.
Aktiviti 1: Membina satu teleskop astronomi ringkas
-
7/29/2019 amali mikroskop
2/23
Prosedur:
1) Kanta cembung dengan kuasa 5 D(panjang fokus : 20 cm) dan berdiameter
besar digunakan sebagai kanta objektif.
2) Kanta cembung dengan kuasa 20 D(panjang fokus :5 cm) dan berdiameter kecil
digunakan sebagai kanta mata
3) Kedua-duanya diletakkan di pemegang kanta.
4) Di antara kedua-dua kanta diletakkan skrin lutcahaya. Susunan kemudian
disiapkan seperti di gambar rajah (rujuk rajah teleskop astronomi ringkas)
5) Kanta objektif kemudian diarahkan ke objek yang berada di posisi yang
jauh.Skrin lutcahaya diletakkan kira-kira 20cm daripada kanta objektif dan diolah
sehingga imej yang jelas kelihatan di skrin.
6) Kanta mata yang diletakkan berhampiran dengan skrin lutcahaya diolah juga
sehingga imej yang jelas dan dibesarkan jelas kelihatan di skrin.
7) Skrin lutcahaya kemudian dialihkan dan susunan kedua-dua kanta boleh
berfungsi sebagai teleskop astronomi.
8) Jarak di antara kedua-dua kanta kemudian diukur. [ Memandangkan inimerupakan teleskop astronomi,jarak di antara kedua jarak seharusnya kurang
daripada jumlah panjang fokus kedua-dua kanta,iaitu
-
7/29/2019 amali mikroskop
3/23
Aktiviti 2: Membina sebuah mikroskop majmuk
Prosedur:
1) Kanta cembung dengan kuasa 20 D(panjang fokus :5 cm) dan berdiameter besar
digunakan sebagai kanta objektif.
2) Kanta cembung dengan kuasa 5 D(panjang fokus :20 cm) dan berdiameter kecil
digunakan sebagai kanta mata.
3) Kedua-duanya diletakkan di pemegang kanta.
4) Kertas graf diletakkan berdekatan dengan kanta objektif dengan abjad A terbalik
tertera di tengah-tengah kertas. Jarak kertas graf tersebut diolah sehinggasedikit melebihi 5.0 cm. Susunan kemudian disiapkan seperti di gambar rajah
(rujuk rajah mikroskop majmuk)
5) Lampu suluh kemudian dipasang dan dihalakan kepada kertas graf.
6) Skrin lutcahaya diolah sehingga imej terbentuk
7) Jarak diantara kanta mata diubah perlahan-lahan sehingga imej yang jelas dan
cukup besar dapat dilihat melalui kanta mata.
8) Skrin lutcahaya kemudian dialihkan dan susunan ini boleh berfungsi sebagai
mikroskop majmuk.
9) Jarak di antara kanta objektif dan kanta mata diukur. [ Memandangkan ini
merupakan mikroskop majmuk,jarak di antara kedua jarak seharusnya lebih
daripada jumlah panjang fokus kedua-dua kanta,iaitu >(20cm + 5cm = 25cm) ]
10) Pemerhatian ke atas imej terbentuk dilakukan dan kemudiannya direkodkan.
-
7/29/2019 amali mikroskop
4/23
LANGKAH BERJAGA-JAGA
1. Pastikan kanta cembung yang digunakan dalam keadaan baik dan panjang fokus
kanta diketahui
2. Sumber cahaya perlulah melalui kesemua kanta yang ada dalam set.
3. Tinggi pemegang kanta perlulah dibetulkan terlebih dahulu sebelum membina set
mikroskop dan teleskop supaya kedudukan dan ketinggian kanta sama dengan
kedudukan objek dan sumber cahaya.
4. Pembesaran bagi setiap set perlulah dikira dengan menggunakan rumus yang tepat.
-
7/29/2019 amali mikroskop
5/23
KEPUTUSAN
TELESKOP ASTRONOMI RINGKAS
Rajah
Panjang fokus kanta objek ,
(cm)
10 15 15 20 20 20
Panjang fokus kanta mata ,
(cm)
5 5 10 5 10 15
Jarak antara kanta objek
dan kanta mata ( L )
= ( + ) ( cm )
15 20 25 25 30 35
Pembesaran ,
M =
2.0
3.0
1.5
4.0
2.0
1.3
-
7/29/2019 amali mikroskop
6/23
Inferens Kanta yang mempunyai panjang fokus yang lebih tinggi akan
menghasilkan diameter yang lebih besar dan ini
membolehkan lebih banyak cahaya memasuki ke dalam
kanta.Manakala kanta mata, yang lebih rendah panjang
fokusnya menghasilkan kuasa pembesarannya yang tinggi.
-
7/29/2019 amali mikroskop
7/23
MIKROSKOP MAJMUK
Rajah
Tinggi Objek
( cm )
3 3 3 3 3 3
Panjang Fokus
Kanta Objek
( cm )
5 5 5 10 10 15
Panjang Fokus
Kanta Mata (cm )
10 15 20 15 20 20
Tinggi Imej
( cm )
30 26 23 10.8 7.0 6.5
Jarak antara
kanta objek dan
kanta mata ( L ):
L ( + )
( cm )
20 22 31.5 42.5 51.5 60
-
7/29/2019 amali mikroskop
8/23
Pembesaran,
M =
= 10
= 8.7
=7.7
= 3.6
= 2.3
= 2.2
Inferens Kuasa pembesaran yang lebih besar dapat dihasilkan jika panjang
fokus kanta objek dan kanta mata dikurangkan.Saiz imej yang
terhasil turut dipengaruhi oleh jarak antara kanta dengan objek.
-
7/29/2019 amali mikroskop
9/23
Perbincangan
Kanta atau sering disebut lensa adalah sebuah alat untuk mengumpulkan atau
menyebarkan cahaya, biasanya dibentuk dari sepotong gelas yang dibentuk. Terdapat
dua jenis kanta iaitu kanta cembung dan kanta cengkung namun di dalam tugasan
pada kali ini kami telah menggunakan kanta cembung untuk menyediakan set teleskop
dan mikroskop. Kanta cembung adalah kanta yang tirus diluar (cembung) tirus di
bahagian tepi dan mempunyai tengah yang lebar. Sering kali digelar kanta penumpu.
Cahaya melalui kanta cembung tertumpu pada satu titik. Titik ini dikenali sebagai titik
tumpuan. Kanta cembung mampu menghasilkan imej sebenar atau maya . Teleskop
yang dibina terdiri daripada dua jenis kanta cembung iaitu kanta objek dan kanta mata.
Kanta cembung yang telah digunakan mempunyai panjang fokus yang pelbagai. Ini
adalah untuk mengkaji keadaan yang boleh dipraktikkan bagi meningkatkan kuasa
pembesaran sesebuah teleskop dan mikroskop.
Dalam aktiviti yang pertama kami telah diberi tugasan untuk membina sebuah
teleskop astronomi. Teleskop Astronomi merupakan satu alat optik yang digunakan
untuk melihat objek-objek yang jauh. Teleskop astronomi ini berfungsi dengan
mengumpulkan cahaya daripada objek ini dan kemudian dibesarkan. Teleskop terdiri
daripada 2 kanta iaitu kanta objek dan kanta mata. Kanta objek menumpukan sinar
cahaya yang jauh lalu membentuk imej yang nyata, songsang dan mengecil di titik
fokus kanta mata manakala kanta mata membesarkan imej kanta objektif itu. Kami
telah menggunakan dua kanta cembung yang mempunyai jarak fokus yang berbeza
bagi menguji jarak fokus yang yang boleh meningkatkan kuasa pembesaran teleskop
tersebut.
Kanta objek yang digunakan dalam pembinaan teleskop dipanggil kanta objek
kerana kedudukan kanta ini berada paling hampir dengan sesebuah objek. Kanta objek
yang digunakan dalam pembinaan set teleskop astronomi ini mempunyai panjang fokus
yang lebih panjang dan diameter bukaan yang lebih besar untuk membolehkan jumlah
cahaya yang lebih banyak memasuki kanta dan ini boleh menghasilkan imej yang lebih
http://id.wikipedia.org/wiki/Cahayahttp://id.wikipedia.org/wiki/Gelashttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kantahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Cembung&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Kantahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kanta_mata&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Cahayahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Cahayahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kanta_mata&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Kantahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Cembung&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Kantahttp://id.wikipedia.org/wiki/Gelashttp://id.wikipedia.org/wiki/Cahaya -
7/29/2019 amali mikroskop
10/23
terang dan jelas dari sesebuah objek yang jauh. Imej yang terhasil mempunyai ciri
seperti nyata dan terbalik. Selain itu, dalam aktiviti ini, kami turut menggunakan kanta
mata. Kanta ini dipanggil kanta mata kerana kanta tersebut berada pada kedudukan
yang paling hampir dengan mata. Setelah menjalankan ekperimen ini saya dapati
bahawa fungsi sebenar kanta mata adalah untuk memastikan keseluruhan cahaya
boleh memasuki ke dalam tabung teleskop. Kanta mata memiliki panjang fokus yang
pendek menghasilkan pembesaran imej yang lagi tinggi.Semakin rendah panjang fokus
mata semakin besar pembesaran objek yang terhasil.
Berdasarkan keputusan yang telah saya peroleh saya mendapati, Kanta objek
yang mempunyai panjang fokus 20 cm dan kanta mata yang mempunyai panjang fokus
5 cm menghasilkan pembesaran yang terbesar iaitu sebanyak 4.0 cm. Kesimpulan nya
semakin panjang kanta objek semakin tinggi tahap pembesaran yang boleh berlaku
tetapi bagi kanta mata pula. Semakin pendek panjang kanta mata semakin tinggi tahap
pembesaran. Formula yang boleh digunakan untuk menetukan tahap pembesaran
sesuatu objek ialah :
M =
.
Dalam aktiviti yang kedua kami telah diberi tugasan untuk membina sebuah
mikroskop majmuk.Mikroskop majmuk adalah sebuah alat yang digunakan untuk
melihat objek yang lebih kecil yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar contohnya
bakteria. Mikroskop majmuk dibina juga menggunakan panjang fokus yang berbeza
bagi menguji kesan panjang fokus dengan tahap pembesaran imej yang dilihat
menggunakan mikroskop majmuk.
-
7/29/2019 amali mikroskop
11/23
Mikroskop majmuk dibina menggunakan dua kanta cembung yang terdiri
daripada kanta objek dan kanta mata. Berdasarkan keputusan yang telah saya
perolehi, mikroskop majmuk yang menggunakan kanta objek yang mempunyai panjang
fokus sebanyak 5 cm dan kanta mata yang panjang fokusnya 10 cm menghasilkan
pembesaran yang paling maksimum. Proses pembesaran sesuatu imej berlaku apabila
imej yang telah terhasil pada kanta pertama seterusnya menjadi objek untuk kanta yang
kedua.Imej objek telah mengalami pembesaran untuk kali pertama pada bahagian
kanta objek dan seterusnya diperbesarkan lagi dengan menggunakan kanta mata.
Kesimpulannya bagi sesebuah mikroskop majmuk, semakin pendek panjang kanta
objek semakin tinggi tahap pembesaran yang terhasil manakala bagi kanta mata.
Semakin panjang fokus kanta mata semakin tinggi tahap pembesaran imej yang
terhasil. Imej yang dihasilkan adalah besar bersifat maya dan songsang. Formula
untuk mengira tahap pembesaran imej yang terhasil ialah :
M =
-
7/29/2019 amali mikroskop
12/23
Soalan
Nyatakan fungsi-fungsi kedua-dua kanta objek dan kanta mata dalam satu teleskop
astronomi
Antara fungsi kanta objek yang terdapat dalam teleskop astronomi adalah untuk
mengumpul cahaya dalam jumlah yang banyak bagi memastikan imej yang
terbentuk adalah terang meskipun objek berada pada kedudukan yang jauh. Kanta
objek merupakan kanta yang kedudukannya berada paling hampir dengan
objek.Antara cirri yang terdapat kanta optik ini adalah panjang fokus yang lebih
panjang serta bukaan yang besar bagi membolehkan cahaya memasuki kanta
semaksimumnya.Imej yang terbentuk adalah nyata , terbalik dan berkurang.Fungsi
kanta mata pula adalah untuk memastikan agar keseluruhan cahaya yang
terkumpul di dalam tabung teleskop dapat masuk ke dalam mata untuk imej yang
lebih terang serta turut membantu dalam proses pembesaran imej.Kanta mata
mempunyai ciri seperti memiki panjang fokus yang pendek serta bukaan yang kecil
bagi membolehkan cahaya dapat dipantulkan dengan lebih cepat ke dalam mata.
Bagaimana anda boleh tingkatkan kuasa pembesaran bagi teleskop astronomi
dan mikroskop majmuk?
Setelah saya menjalankan aktiviti ini saya lebih memahami konsep sebenar bagi
melakukan pembesaran bagi sesebuah teleskop astronomi.Untuk teleskop
astronomi bagi meningkatkan pembesaran imej yang terhasil adalah dengan
meningkatkan panjang fokus bagi kanta objek serta mengurangkan panjang fokus
kanta mata.Apabila kita memanjangkan fokus kanta objek diameter kanta objek
turut meningkat dan ini menyebabkan lebih banyak cahaya dapat memasuki
teleskop.Hal ini berbeza bagi fokus kanta mata.Jika panjang fokus kanta mata
adalah rendah maka kuasa pembesaran imej akan meningkat.
-
7/29/2019 amali mikroskop
13/23
Kuasa pembesaran mikroskop majmuk pula boleh ditingkatkan jika kita
mengurangkan panjang fokus kanta objek.Dalam mikroskop majmuk kanta objek
berperanan menghasil pembesaran imej objek kali pertama sebelum imej
ditukarkan semula menjadi objek bagi kanta mata.Panjang minimum fokus bagi
kanta objek adalah 5 cm kerana jika panjang fokus kanta objek terlalu pendek imej
yang dihasilkan akan pecah dan tidak sempurna.Manakala bagi kanta mata pula,
panjang fokus kanta mata yang terdapat pada mikroskop haruslah ditigkatkan jika
kita ingin meninggikan kuasa pembesaran mikroskop
Apakah langkah berjaga-jaga yang telah anda ambil semasa menjalankan projek ini?
Mengapa?
Sewaktu saya menjalankan eksperimen ini saya dapati terdapat beberapa
langkah berjaga-jaga yang perlu saya perhati serta lakukan bagi mengelakkan
terdapat sebarang kesilapan sewaktu menjalankan aktiviti ini.Antaranya sebelum
saya menjalankan aktiviti ini saya dan rakan sekumpulan telah memastikan
kanta cembung berada dalam keadaan yang baik dan sempurna.Selain itu,sayajuga memastikan agar saya mengetahui panjang fokus kanta diketahui.Ini adalah
kerana jika kanta cembung yang digunakan rosak ia akan memberi kesan
terhadap kualiti imej yang yang terhasil.Selain itu,saya juga akan turut
memastikan agar panjang di antara kanta objek dan kanta mata adalah
berbeza.Ini adalah kerana jika kedua-dua kanta ini mempunyai panjang fokus
yang sama imej objek yang diinginkan tidak akan terhasil.Sumber cahaya juga
merupakan salah satu faktor penting yang menyebabkan penghasilan imej boleh
terhasil.Oleh itu, saya perlu memastikan agar sumber cahaya boleh melalui
setiap bahagian kanta yang terdapat pada mikroskop dan juga teleskop.Jika
cahaya tidak mengenai bahagian kanta tiada imej yang akan terhasil.Salah satu
cara untuk memastikan agar sumber cahaya memasuku semua bahagian kanta
tinggi pemegang kanta perlulah dibetulkan terlebih dahulu sebelum membina set
-
7/29/2019 amali mikroskop
14/23
mikroskop dan teleskop supaya kedudukan dan ketinggian kanta sama dengan
kedudukan objek dan sumber.
Apa yang telah anda pelajari daripada dua aktiviti-aktiviti di atas?
Setelah saya menjalankan aktiviti ini terdapat beberapa perkara baru yang telah
dapat saya pelajari.Antaranya ialah saya telah mendapat satu kemahiran baru
iaitu teknik-teknik untuk membina teleskop astronomi dan juga mikroskop
majmuk.Sebagai bakal seorang guru sains saya mestilah mempunyai serba
sedikit pengetahuan tentang cara-cara memasang mikroskop dan teleskop
kerana saya yakin dan pasti bahawa saya akan menggunakan kedua-dua alatan
tersebut sewaktu sesi pengajaran saya kelak.Saya juga dapat menigkatkan
pemahaman saya dengan lebih mendalam tentang konsep kanta cembung dan
perbezaan yang terdapat di antara kanta mata dan kanta objek.Sebelum saya
menjalankan eksperimen ini saya tidak pernah mengetahui jenis-jenis kanta yang
sesuai digunakan untuk membina sebuah mikroskop dan teleskop.Selain itu
saya turut mendapat pengetahuan baru di mana saya baru mengetahui bahawa
terdapat cara untuk meningkatkan kuasa pembesaran sesebuah teleskomahupun mikroskop.Kuasa pembesaran ini digunakan untuk membesarkan
objek-objek yang sukar dilihat oleh mata kasar.Kuasa pembesaran yang berbeza
terhasil kerana terdapat perbezaan di antara panjang fokus kanta mata mahupun
kanta objek.Tambahan juga saya turut mengetahui bahawa walaupun kanta
mempunyai saiz yang sama namun ianya mempunyai panjang yang berbeza-
beza.Terdapat formula yang berbeza digunakan untuk mengira pembesaran
yang berlaku dalam sesebuah mikroskop mahupun teleskop.
.
-
7/29/2019 amali mikroskop
15/23
-
7/29/2019 amali mikroskop
16/23
Mikroskop
majmuk dan
Teleskop
astronomi
Kedua-dua alat
ini menggunakan
kanta cembung
untuk berfungsi
Teleskopastronomi pula
digunakan untuk
melihat objek
astronomi seperti
bintang dan bulan
yang jauh
Cara meningkatkan
kuasa pembesaran
mikroskop majmuk
adalah dengan
meningkatkan
panjang fokus
kanta mata dan
mengurangkan
panjang fokus
kanta objek
Cara untuk meningkatkan
pembesaran teleskop
astronomi dengan
meningkatkan panjang
fokus kanta objek dan
mengurangkan panjang
fokus kanta mata
Formula untuk
mengira
pembesaranTeleskop
astronomi
Formula untuk
mengira
pembesaran
mikroskop
majmuk
Mikroskop majmuk
berfungsi untuk
melihat objek yang
lebih kecil yang
tidak dapat dilihat
oleh mata kasar
contohnya bakteria
-
7/29/2019 amali mikroskop
17/23
Refleksi
Alhamdulillah saya panjatkan ke hadrat-NYA kerana dengan limpah dan kurnia-
NYA dapat saya sempurnakan tugasan eksperimen kali keempat yang telah diberikan
kepada saya pada kali ini.Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada
pensyarah pembimbing DR Rosmawati kerana dengan bimbingan beliau saya dapat
memahami konsep sebenar Teleskop Astronomi dan juga Mikroskop Majmuk.
Sebenarnya sewaktu saya ingin menjalankan eksperimen ini saya fikirkan
bahawa tugasan ini adalah sangat sukar untuk dilaksanakan oleh kerana saya
semenjak berada di Tingkatan Lima saya kurang memahami konsep Cahaya ini.Namun
setelah saya menjalankan aktiviti ini saya dapati aktiviti ini banyak membantu saya
untuk memahami konsep kanta cembung.
Sewaktu ingin menyiapkan laporan praktikal ini pula,saya dapati bahawa laporan
ini agak sukar untuk disiapkan berbanding dengan laporan praktikal yang sebelum
ini.Laporan praktikal pada kali ini lebih banyak melibatkan konsep pengiraan
berbanding konsep pemahaman.
Akhir kata sekali lagi, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua
pihak yang turut menyumbang idea serta serba sedikit ilmu pengetahuan yang mana
membantu saya untuk meningkat serta menambahkan ilmu pengetahuan dalam bab
Cahaya ini.
-
7/29/2019 amali mikroskop
18/23
RUJUKAN
-
7/29/2019 amali mikroskop
19/23
KEPUTUSAN
-
7/29/2019 amali mikroskop
20/23
BUKU
-
7/29/2019 amali mikroskop
21/23
INTERNET
-
7/29/2019 amali mikroskop
22/23
GAMBAR RAJAH
-
7/29/2019 amali mikroskop
23/23
ENSIKLOPEDIA