Download - Amali 2 -Batuan Edit
AMALI 2
TAJUK : Jenis Batu- Batuan
OBJEKTIF : Untuk mengenali dan membezakan batu batuan.
TEORI :
Batuan terdiri dari sisa-sisa organik dan gabungan satu atau lebih mineral
(inorganik). Mineral ialah pepejal inorganik yang wujud secara semulajadi dan
mempunyai kandungan kimia serta struktur hablur(kristal) yang tetap.
Pengelasan batauan adalah berdasarkan :
Ciri pengelasan Pemerhatian yang dilakukan
i. Kandungan mineral -jenis- jenis mineral yang terdapat dalam batuan
ii. Tekstur batuan -Saiz dan bentuk hablur-hablur mineral dalam batuan
iii. Struktur batuan -Susunan hablur mineral di dalam batuan.
Kitaran batuan yang merupakan satu konsep fundamental dalam geologi yang
menggambarkan peralihan dinamik melalui masa geologi. Rajah kitaran
menggambarkan masing-masing jenis batuan diubah atau dihancurkan ketika
dipaksa keluar dari keseimbangannya
sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Rock_cycle
1. Semua batu berasal dari magma
2. Penghabluran dan Penyejukan
magma
3. Membentuk batu igneous
4. Dari hakisan dan luluhawa
5. Terjadi pemendapan sipihan batu
6. Mendapan membentuk batu
sedimenteri(endapan)
7. Tekanan haba dari kerak bumi
mengubah sebahagian batu
8. Menjadi batu metamorfosis
9. Semua batu akan lebur jadi magma
semula
Daripada kitaran batuan, dan berdasarkan perbezaan kandungan mineral iaitu
jenis-Jenis mineral yang terdapat dalam batuan,tekstur batuan yang dilihat dari
segi perubahan saiz dan bentuk hablur-hablur mineral dalam batuan dan struktur
batuan,iaitu perbezaan susunan hablur mineral di dalam batuan. Aspek
pengkelasan inilah batu boleh digolongkan kepada tiga kumpulan besar iaitu:
Batuan Igneus
Terbentuk melalui proses penyejukan dan penghabluran magma.
Batu Igneus boleh dibahagikan kepada dua jenis mengikut asal pembentukan
iaitu :
o Pluton/Rejahan-terjadi dari proses penyejukan magma secara pelahan di
bahagian bawah kerak bumi. Membentuk hablur terbentuk kasar. Contoh
batu granit dan gabro
o Batu valkano- terjadi daripada pembekuan lava yang cepat di permukaan
bumi dan hablur dihasilkan berbentuk halus. Contohnya batu riolit dan basalt
magmaBatu Pluton
Batu gunung
berapi/valkano
Batu igneus ini berbentuk hablur,tidak berlapis dan tidak mengandungi fosil.
Boleh dikelaskan berdasarkan kandungan bahan logam di dalamnya yang
mengandungi banyak silika digolongkan sebagai batuan asid, batunya tidak
padat dan warnanya lebih muda manakala jika mengandungi banyak oksida bes
(besi, aluminium dan magnesium) di golongkan sebagai batuan bes batunya
lebih padat dan warnanya lebih hitam.Kebanyakan batu igneus keras lagi kukuh
digunakan untuk membuat jalan raya, tugu-tugu peringatan dan batu-batu nisan
berukir
Batuan Enapan
Terbentuk daripada penimbunan bahan mendakan menghasilkan tekanan
yang menghimpit dan memadatkan lapisan dibawah,menyebabkan kandungan
air dikeluarkan lalu menghasilkan batu. Kejadiannya memerlukan masa yang
panjang. Batuan ini mudah dibezakan dari batuan jenis lain oleh kerana sifatnya
yang berlapis-lapis tidak berhablur tetapi mengandungi banyak fosil. Bentuknya
kasar atau berbiji-biji halus,juga lembut atau keras. Bahan yang membentuk batu
enapan ini mungkin telah diangkut oleh sungai(air),glasier, angin dan binatang-
binatang.
Boleh ditentukan umurnya dengan mengkaji tekstur,struktur dan kandungan
bagi setiap lapisan dalam batu ini.Terdapat tiga jenis batuan berdasarkan
kepada asal kejadiannya dan kandungannya iaitu:
o Secara mekanik- terjadi daripada pemaduan bahan-bahan terkumpul
daripada batuan lain. Contoh
Batu konglomerat
o Secara organik-Terjadi daripada bangkai hidup, seperti cengkerang karang
dan kerang. Contoh : batu kapur dan batu gamping
batu gamping
Manakala dari sisa tumbuhan yang dimampatkan menjadi jisim karbon
padat,contohnya
lignit(arang batu)
o Secara Kimia-batu ini terenap melalui tindakan kimia larut yang berbagai
jenis antaranya Natrium klorid (garam batu) daripada lapisan dahulu berada
di dasar laut
Batu garam
Berguna kerana boleh digunakan untuk mengkaji sejarah atau perkembangan
sesuatu tempat dalam tempoh pembentukkanya dapat tentukan kejadian tempat
batu tersebut diambil.Menurut James Hutton seorang ahli geologi dalam teorinya
‘The Present Is The Key To The Past’ menyatakan ‘proses-proses tersebut
berlangsung sepanjang waktu baik dimasa lampau mahupun masa akan
datang.Kejadian alam dan proses geologi yang berlangsung sekarang ini yang
memberikan gambaran apa yang telah terjadi di masa lampau'.
Batuan Metamorfik
Terbentuk dari batu igneus, endapan atau metamorfosis lain akibat suhu dan
tekanan tinggi, yang terhasil dari pergerakan kerak bumi dan suhu daripada
lapisan mantel dibawah lapisan kerak bumi. Proses perubahan yang berlaku
menyebabkan perubahan terhadap sesuatu batuan dari segi kandungan,
struktur, dan bentuk. Kesannya mineral lama akan berubah menjadi mineral
baru. Perubahan terhadap batuan akibat suhu dan tekanan tinggi ini dinamakan
proses metamorfosis. Proses ini berlaku dibawah Suhu 100⁰C- 800⁰C. Pada
suhu ini batuan berkeadaan lembut maka tekstur batuan akan berubah. Proses
ini mengubah sifat kimia dan fizikal asal batuan.Contoh perubahan batuan yang
berlaku ialah Batu kapur menjadi batu marmar,Batu pasir menjadi kuarzit
batu granit menjadi gneis, Syal menjadi syis, arang batu menjadi grafit,dan
grafit menjadi berlian.
Terdapat tiga jenis tindakkan dalam proses metamorfosis untuk
menghasilkan batu metamorfik iaitu
o Rantau(Regional) – kesan tindakan haba dan tekanan yang
tinggi.Membentuk mineral baru dan pengaturan semula mineral.
o Sentuh(Contact)- Kesan tindakan haba. Berasosiasi dengan rejahan igneus
o Dinamik(fault) - akibat dari daya tegasan (stress) yang kuat, menyebabkan
pemecahan batuan dan perubahan pada mineral
Dari tindakkan diatas batu metamorfik dapat digolongkan kepada dua jenis
berdasarkan tekstur iaitu:
o a.Batu berfoliat :- mempunyai lapisan-lapisan yang selari.contoh syal dan
Gineis
batu Gineis
o b. Batu tidak berfoliat :-Kelihatan berbutir.Contoh Kuarzit, Grafit dan marmar
Batu Mamar
Secara ringkasnya jenis batuan ialah :
Sumber:www.tutor.com.my
RADAS DAN BAHAN :
Beberapa sampel batu, silinder penyukat, Neraca tiga palang dan air
PROSEDUR :
1. Sample batu dibawa dari rumah.
2. Perbezaan batu dibincangkan dan dikelaskan kemudian dilebalkan
A
3. Setiap batu diperhatikan dari segi warna, kilauan,kekerasan,keadaan
lapisan,tekstur dan corak batuan.
4. Kepadatan batu boleh diukur dengan menggunakan fomula: Berat/ Isipadu.
5. Fomula sisihan air digunakan untuk mengukur isipadu batu, seperti gambar
di bawah.
Isipadu awal batu dimasukan isipadu akhir
6. Neraca tiga palang digunakan untuk mengukur berat batu, seperti gambar
dibawah.
Sampel batu dikelaskan mengikut
perbezaan tekstur batuan, struktur
batuan dan kandungan mineral .
kemudian batu dilebalkan namanya.
Isipadu batu:
350cm³ - 300cm³
= 50cm³
7. Ulang langkah 4 dan 5 menggunakan sampel batu yang di bawa.Rekod
maklumat dari langkah 3 hingga 6 ke dalam jadual seperti dalam jadual 1
Jadual 1 : Ciri-ciri batuan yang dikenal pasti
B
a
t
u
Jenis batu Warna berat
(g)
Isipadu
(cm³)
kilauan kekerasan lapisan tekstur
corak
A Metamorfik Putih 125 50 Berkilat Sangat
keras
Tidak
berlapis
berhablur
licin
Tiada
corak
B Igneus hitam 11.6 6 Tidak
berkilat
keras Tidak
berlapis
Kurang
padat
ada
lubang
C Metamorfik Coklat
putih
76.7 35 berkilat Sangat
keras
Tidak
berlapis
Padat,
berjalur
D Enapan merah 11.2 7 Tidak
berkilat
Tidak
keras
Tidak
berlapis,
berbiji-biji
Kasar
ada
lubang
E Enapan Putih 174.
4
145 Tidak
berkilat
Tidak
keras
Tidak
berlapis,
berbiji biji
Kasar
F Igneus kelabu 42.1 20 berkilat Sangat
keras
Tidak
berlapis
Ada
tompok
hitam
G Igneus Kelabu
putih
433 150 Tidak
berkilat
keras Tidak
berlapis
Licin
berbinti
k putih
H Igneus Kuning 2.4kg 391.5 berkilat keras Tidak Kasar,
perang berlapis hablur
I Enapan kelabu 1.8kg 500 Tidak
berkilat
Tidak
keras
berlapis Kasar,
berjalur
JADUAL PEMERHATIAN :
Bil Nama/Gambar batu Warna Berat
(g)
Isipadu
(cm³)
Kepadatan
(g/cm³)
Kilauan Kekerasan
skala mohs
Lapisan Tekstur Corak
1 A. Kuaza Putih 125 50 125/50
=2.5
Berkilat 7.5 Tidak
berlapis
berhablur
Licin Tiada
corak
2 B. Pumise Hitam 11.6 6 11.6/6
=1.93
Tidak
berkilat
6 Tidak
berlapis
Kasar berlubang
3 C. Metamorfik Coklat
putih
76.7 35 76.7/35
=2.19
Berkilat 7.3 Tidak
berlapis
licin
dan
padat
Berjalur
putih
4 D. Conglomerate merah 11.2 7 11.2/7
=1.6
Tidak
berkilat
3.6 Tidak
berlapis
berbiji biji
halus
Kasar berlubang
Bil Nama/ Gambar batu Warna Berat
(g)
Isipadu
(cm³)
Kepadatan
(g/cm³)
Kilauan Kekerasan Lapisan Tekstur Corak
5 E. Batu Karang Putih 174.4 145 1.20 Tidak
berkilat
3.5 Tidak
berlapis
berbiji biji
halus
Kasar Berlubang
6 F. Granit Kelabu 42.1 20 2.11 berkilat 7 Tidak
berlapis
Licin Bertompok
hitam
7 G. Basalt Kelabu
ke
putihan
433 150 2.89 Tidak
berkilat
7 Tidak
berlapis
Licin Berbintik
putih
8 H. Igneus
Kuning
ke
perang
2.4kg 391.5 6.13 Berkilat 7 Tidak
berlapis
Kasar Berhablur
kasar dan
tidak rata
Bil Nama/ Gambar batu Warna Berat
(g)
Isipadu
(cm³)
Kepadatan
(g/cm³)
Kilauan Kekerasan Lapisan Tekstur Corak
9 I. Shale (enapan) Kelabu 1.8kg 500 3.6 Tidak
berkilat
3 Berlapis kasar Berjalur/
Tidak rata
ANALISIS DATA :
Dari data jadual 1, ciri-ciri batuan yang dikenal pasti dan jadual
pemerhatian yang diperolehi dari sembilan sample batu yang dikenal pasti,
terdapat beberapa perbezaan dan persamaan diantara batuan yang dikaji. Oleh
itu batu A dan C adalah batu jenis metamorfik yang mempunyai ciri-ciri
berkilat, tidak berlapis, berjalur atau berhablur.Batu ini sangat keras dimana
ukuran tahap kekerasannya mengikut skala Moh (Mohs scale of mineral
hardness) antara 7 keatas, ini bermakna batu A dan C dapat menggores kaca.
Berdasarkan kepada struktur warna batuan B yang berjalur coklat dan putih
bermakna batuan ini mengalami pemaduan antara pelbagai jenis mineral
Batuan B, F, G dan H adalah jenis batuan Igneus berdasarkan ciri-ciri
dari segi kekerasan mengikut ukuran dalam skala Moh, batu F,G dan H
berukuran 7 manakala batu B ialah 6, ini bermakna ukurannya antara 6-7 iaitu
dapat dipotong dengan pisau pada bahagian tepi dan dapat menggores kaca. Ini
menunjukaan batu ini sesuai untuk binaan seperti jalan raya, banggunan dan
lain-lain.batuan ini juga mempunyai corak yang tertentu seperti berbintik putih
bagi batu G dan batu F, bertompok hitam manakala B mempunyai lubang-lubang
dan seperti berbuih wujud pada batu ini kerana penyejutan lava berlaku dengan
pantas, kerana itu batu ini juga dipanggil batu apungan. Ciri-ciri dari segi
kekerasan,lapisan,tekstur dan corak menunjukkan keempat-empat batuan ini
adalah hasil daripada penyejukan magma atau lava.
Batuan I,D dan E adalah batuan jenis enapan.Ciri-ciri batuan enapan
paling jelas boleh dilihat pada batu I(shale) yang lapisannya berlapis-lapis,
manakala batu D(Conglomerate) ialah gumpulan pelbagai batuan, manakala
batu E (batu karang) adalah mendakan dari sisa-sisa hidupan seperti
cengkerang siput, kerang dan lain-lain yang menjalani proses pemendakan yang
dibawa oleh angin dan air yang kemudian dimampatkan oleh tekanan tinggi.
Hasilnya batu akan mempunyai lapisan berlapis-lapis atau berbiji-biji halus.
Batuan Jenis ini tidak keras, mengikut skala Moh ketiga-tiga batu berada dalam
ukuran 3-4 iaitu mudah digores dengan pisau.
PERBINCANGAN :
Dalam kajian ini, sembilan sample batu dilebalkan dari A hingga I.
Setiap sample batu akan dikaji dari segi kilauan, lapisan, tekstur dan corak
dengan meneliti batu tersebut. Manakala untuk ukuran berat neraca tiga palang
digunakan. Untuk mendapatkan ukuran Isipadu batuan, ialah dengan
menggunakan fomula sisihan air. Fomula ini memerlukan silinder penyukat dan
air dengan menolak paras akhir air apabila batu dimasukan dengan isipadu awal
air tanpa batu.Hasil tolak ini merupakan isipadu batu yang diukur.Bagi mengukur
kepadatan batu, ukuran berat batu(g) dibahagikan dengan isipadu batu (cm³).Ini
bermakna unit kepadatan/ketumpatan batu adalah g/cm³.
Batuan yang mempunyai jisim yang tinggi dan isipadu yang rendah
mempunyai kepadatan/ketumpatan yang lebih tinggi berbanding batuan yang
mempunyai jisim yang rendah dengan isipadu yang tinggi. Pemerhatian
dilakukan terhadap tekstur batuan dengan menyentuh permukaan batu dan
mengetuk batuan diatas permukaan yang kasar.Di dapati batu enapan lebih
lembut daripada batuan igneus dan batuan metamorfik, kerana struktur batuan
yang lemah,mempunyai butiran yang yang lebih halus,tekstur yang lebih kasar
cepat mengalami penguraian berbanding dengan batuan yang keras.
Pemerhatian untuk kekasaran batu juga dirujuk dengan melayari internet bagi
mencari skala moh(Mohs scale of mineral hardness).Berdasarkan skala ini juga
jenis batuan enapan yang diuji berada dalam ukuran 3-4 lebih rendah
berbanding batuan metamorfik berukuran lebih daripada nilai 7
Dari segi warna,lapisan, kilauan dan corak setiap batu adalah berbeza.
Batuan enapan biasanya berlapis-lapis atau berbiji-biji warna yang gelap dan
tiada corak semua ini terjadi akibat pemendakan yang berlaku akibat daripada
tindakan air, angin dan proses luluhawa lalu dimampatkan di dasar sungai atau
tempat berair dengan tekanan yang tinggi. Ini bermakna corak, warna, lapisan
dan kilauan batu terhasil daripada bagaimana kejadian batuan itu terbentuk.
Melalui kitaran batuan, semua batu asalnya datang dari lapisan mantel yang
mengandungi magma merupakan batuan lebur yang keluar melalui letusan
gunung berapi, yang mengalirkan lava.
LANGKAH BERJAGA-JAGA :
Semasa mengukur batuan pastikan tiada ralat bacaan pada neraca tiga
palang dan silinder penyukat.
Untuk mendapatkan Isipadu batuan yang tepat,cara batu dimasukan
kedalam silinder penyukat perlu dengan cemat dan berhati- hati supaya
air tidak terpercik keluar.
Aras mata dengan senggat paras air perlu selari pada bacaan meniskus.
Semasa mengeluarkan batu dari silinder penyukat menggunakan forsep
untuk elakkan batu terlepas dari tangan dan jatuh semula mengakibatkan
silinder pecah.
KESIMPULAN :
Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan dari segi struktur, corak,
tekstur, warna, dan sebagainya. Daripada perbezaan ini, batuan dikelaskan
dalam tiga jenis utama batuan iaitu batu igneus, batu endapan dan batu
metamorfik.Kajian tentang batuan ini adalah sangat penting terutama pada ahli-
ahli geologi untuk menentukan kandungan dan perkembangan bumi secara
fizikal. Batu yang terdapat di suatu kawasan juga dapat menentukan jenis
tumbuhan yang sesuai untuk tumbuh dan penggunaan tanah tanih untuk sesuatu
kawasan. Perbezaan kandungan,struktur dan tekstur batuan sangat berguna
dikaji kerana dapat menghasilkan perbagai objek atau barangan untuk kegunaan
manusia dari zaman dahulu sehingga kini.
RUJUKAN :
Yew Poi Keng et al.(2002), Geografi Fizikal STPM.Kuala Lumpur: Penerbit Faja
Bakti
Goh Cheng Leong.(2010),Atlas Sumber Dalam Geografi Fizikal.Kuala
Lumpur:Percetakan Naz Sdn Bhd.
Rosnah Hj Salleh & Shukri Sulaiman(2011). Geografi Fizikal Tingkatan 6
Rendah, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti
Batuan-batuan di bumi(Jenis dan terbentuk.Diakses pada 09 September 2013
daripada
http://doddys.wordpress.com/2006/10/06/batuan-batuan-di-bumi-jenis-dan-
terbentuknya/
Skala MOHS. Diakses pada 03.September.2013 daripada:
http://aulizar.wordpress.com/2010/11/03/skala-mohs/
Mineral dan Batuan. Diakses pada 03.September.2013 daripada :
http://rio-simatupang01.blogspot.com/2011/02/mineral-dan-batuan-chapter-
1.html
Pelbagai Jenis Batuan. Diakses pada 09.September.2013 daripada:
http://inani.tripod.com/batu.htm
Batuan Metamorf. Diakses pada 11.September.2013 daripada:
http://id.wikipedia.org/wiki/Batuan_metamorf
Fasa-fasa bulan. Diakses pada 12. September. 2013 daripada
http://mazlinasktt.blogspot.com/2011/05/fasa-fasa-bulan.html
Fasa-fasa Bulan. Diakses pada 12.September.2013 daripada
http://itakarim.blogspot.com/2012/11/fasa-fasa-bulan.html
Teori ilmiah tentang asal usul sejarah Diakses pada 12. September.2012
daripada http://reddygeka02.blogspot.com/2011/01/teori-ilmiah-tentang-asal-
usul-sejarah.html