Download - AIFA FARHANA ZAIRUNI KESTABILAN KENDERAAN
-
7/29/2019 AIFA FARHANA ZAIRUNI KESTABILAN KENDERAAN
1/12
RENCANA: ISU KESTABILAN KENDERAAN
Oleh: Aifa Farhana bt Zairuni
Sejarah Pengangkutan Darat
Pengangkutan darat merupakan salah satu pengangkutan yang terpenting di dunia.
Sistem pengangkutan darat di Malaysia meningkat secara perlahan-lahan dan
berperingkat-peringkat. Pengangkutan darat di Malaysia berkait rapat dengan keadaan
muka bumi. Pada zaman dahulu, orang berjalan kaki untuk pergi menguruskan segala
urusan seharian mereka. Mereka akan membuat laluan untuk ke sungai-sungai atau ke
mana-mana sahaja. Akhirnya laluan tersebut terhasil. Laluan tersebut dikenali dengan
nama jalan denai. Laluan denai ini bukan setakat dilalui oleh pejalan kaki tetapi juga
dilalui oleh binatang. Orang zaman dahulu menggunakan binatang sebagai alat
pengangkutan mereka. Binatang-binatang dipelihara dan digunakan untuk mengangkut
barang-barang. Binatang-binatang tersebut ialah gajah, lembu, kuda dan kerbau.
Bagaimanapun bagi mengurangkan beban yang terpaksa di bawa, terhasil beberapa
sistem pengangkutan darat yang terawal sehinggalah kini. Antaranya ialah:
1. Menggunakan tenaga
2. Roda
3. Haiwan tunggangan
4. Gabungan binatang dan roda
5. Enjin
Tanah Melayu mula membangun dengan berkembangnya kegiatan ekonomi. Kerja-
kerja membaiki jalan darat dilakukan dalam tahun 1870an. Bermula dari situ jalan denai
menjadi jalan yang penting. Apabila kawasan lombong bijih banyak dibuka, lebih
banyak kenderaan diperlukan untuk membawa hasil tersebut dari kawasan lombong ke
stesen kereta api. Semasa pemerintahan kerajaan Inggeris, jalan raya dibaiki. Tuan
punya ladang-ladang getah dan kelapa sawit telah berusaha membaiki jalan raya di
-
7/29/2019 AIFA FARHANA ZAIRUNI KESTABILAN KENDERAAN
2/12
ladang-ladang mereka. Banyak tempat perhentian dari ladang-ladang dan stesen-
stesen kereta api dibina. Lama-kelamaan wujud pusat perhentian dari ladang.
Kemunculan kereta api pada awal tahun 1800an menandakan satu revolusi dalam
bidang pengangkutan. Buat pertama kali dengan adanya "jalan besi" orang ramai dapat
membuat perjalanan jauh dalam keadaan yang agak selesa, selamat dan cepat.
Pengangkutan kereta api ada banyak kelebihannya. Geseran antara roda dan landasan
keluli amat kurang. Oleh itu, kereta api dapat mengangkut beban yang besar lagi berat,
serta bilangan penumpang atau barang angkut yang banyak tanpa menggunakan
banyak bahan api.
Pengangkutan kereta api yang terawal di Tanah Melayu ialah di Perak iaitu di antara
Taiping dan Kuala Sepetang. Pembukaan landasan ini adalah pada 1 Jun 1885. Stesen
Kereta Api Taiping ini terletak di padang Sekolah King Edward VII. Kuala Sepetang
dinamakan Port Weld oleh Inggeris. Stesen ini merupakan stesen pelabuhan yang
pertama.
Di negeri Kedah, usaha untuk membina landasan kereta api yang pertama berlaku
agak lewat jika dibandingkan dengan perkembangan yang dicapai oleh negeri-negeri
lain di Tanah Melayu seperti Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Johor dan PulauPinang. Usaha serta perbincangan untuk membina landasan kereta api yang pertama di
negeri Kedah bermula pada penghujung bulan November, 1893 di "British Foreign
Office" di London.
Menjelang akhir kurun ke-19 dan awal kurun ke-20, didapati bahawa terdapat
perkembangan yang agak menggalakkan di dalam aktiviti pertanian dan perlombongan
bijih timah di Kedah. Di samping itu, terdapat juga perkembangan perdagangan yang
agak menggalakkan di antara negeri Kedah dengan Pulau Pinang yang sudahpun
menjadi Koloni Inggeris.
Perbincangan serta usaha untuk membina landasan kereta api yang pertama di
negeri Kedah bermula pada penghujung bulan November, 1893 di British Foreign Office
di London. Mr R.W.Perks, M.P. telah mengadakan pertemuan dengan Sir Edward Gray,
-
7/29/2019 AIFA FARHANA ZAIRUNI KESTABILAN KENDERAAN
3/12
Setiausaha Sulit Hal Ehwal Kerjaan Inggeris berhubung dengan perkara di atas. Mr
R.W.Perks mewakili "Malay Konsesi" yang diluluskan oleh kerajaan Siam pada bulan
Mac 1891 kepada Mr. Charles Dunlop untuk membina jalan kereta api sejauh 80 batu
dari Singgora di bahagian pantai timur ke Kota Setar. Di samping itu, Dunlop juga
meminta kebenaran kepada pejabat Hal Ehwal Luar Kerajaan Inggeris untuk
menyambung landasan kereta api Pulau Pinang. Seterusnya Dunlop juga bercadang
untuk meminta kebenaran membina satu lagi landasan cabang dari Kulim ke Selama
(sempadan Kedah-Perak).
Namun begitu negeri Kedah telah mengalami satu proses yang agak unik dan
berbeza dengan latar belakang negeri lain. Sebelum negeri Kedah masuk di bawah
naungan Kerajaan Inggeris, beberapa kontroversi pertelingkahan telah timbul bersabitdengan cadangan untuk membina jalan kereta api di negeri Kedah di antara Kerajaan
Siam dengan pihak Inggeris di Tanah Melayu, hingga membawa kepada kegagalan
cadangan untuk membina jalan kereta api dari Bukit Mertajam ke Kulim. Justeru
dengan termetrinya perjanjian Inggeris-Siam tahun 1909, apabila kerajaan Siam
menyerahkan negeri Kedah kepada pihak Inggeris, barulah kerajaan Inggeris di Tanah
Melayu benar-benar mengambil inisiatif untuk membina landasan kereta api di Kedah.
Kerja-kerja pembinaan jalan kereta api dari Bukit Mertajam ke Alor Setar telah
bermula pada penghujung tahun 1912, dan dibuka dengan rasminya untuk kegunaan
pengangkutan dan penumpang pada tahun 1915. Pembukaan jalan kereta api dari
Bukit Mertajam ke Alor Setar telah mencetuskan satu perkembangan baru dalam era
sistem pengangkutan dan perhubungan di negeri Kedah.
Lokomotif Wap (No. 32101) Lokomotif kelas "T"ini adalah satu dari lima enjin bertangki kecil yangdibina oleh W.G. Bagnall Limited of England dalam
tahun 1927. Lokomotif-lokomotif tersebut dengan"PlatesFrame" dan gerabak kuda merupakan enjin-enjin yang pertama buatan British yang mempunyaitempat membakar yang dibuat dari besi (SteelFireboxes) dan merupakan yang pertama juga dibawa masuk untuk kegunaan kereta api Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dalam tahun 1929.Lokomotif ini telah digunakan untuk perkhidmatanpelabuhan dan telah berpengkalan di Singapuradan Port Swettenham (sekarang PelabuhanKelang) sehingga tahun 1964. Beratkeseluruhannya ialah 31 tan dengan 1 tanminyak dan 750 gelen air.
-
7/29/2019 AIFA FARHANA ZAIRUNI KESTABILAN KENDERAAN
4/12
Kereta kerbau yang digunakan di sekitartahun 1940an untuk mengangkut guni padioleh para petani.
Pada zaman dahulu, beca merupakan kendkecil yang sangat popular. Kini, penggunaasemakin pupus. Terdapat sebilangan kecil pengguna yang masih menggunakannya tujuan tertentu.
Basikal atau lebih dikenali sebagai Gherek Tuadigunakan sekitar tahun 1960an. Basikal adalahciptaan untuk pengangkutan mekanikal yang palingberkesan. Tidak perlu diisi minyak, mudahditunggang dan hanya perlukan sedikit perniagaan.
Rekabentuk basikal telah kekal seperti asalnya,tanpa banyak perubahan sejak dicipta satu abaddahulu.
Rolls-Royce adalah motokar pertama yangdikeluarkan Britain pada tahun 1909. Kereta inmempunyai rekabentuk yang panjang dan mampatKereta yang digunakan oleh YTM Tunku AbduRahman Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia Pertama
Akhir sekali, kereta ini digunakan sebagai kereta khasuntuk membawa Duta-Duta dan Pesuruhjaya Tingg
Asing ke Istana Negara untuk menyerahkan suratauliah mereka kepada Seri Paduka Baginda yangDiPertuan Agong sebelum diserahkan kepadaMuzium Negara oleh Jabatan Kerja Raya.
-
7/29/2019 AIFA FARHANA ZAIRUNI KESTABILAN KENDERAAN
5/12
Sejarah Pengangkutan Udara
Pengangkutan udara pula masih terlalu awal jika dibandingkan pengangkutan lain.
Pengangkutan ini mempunyai sejarah yang cukup menarik kerana jangkamasa yang
diperlukan amat panjang iaitu sebelum tahun masihi lagi untuk menghasilkannya.
Pengangkutan udara adalah cara yang paling pantas. Pesawat terbang mampu
membawa lebih banyak penumpang dan empat kali lebih cepat daripada kereta api
yang paling laju. Penerbangan bermula daripada penggunaan belon dan kapal udara,tetapi kini kapal terbang menguasai ruang udara. Wright bersaudara menerbangkan
kapal pertama dalam tahun 1903. Meskipun penerbangan itu cuma selama 12 saat dan
sejauh 37 meter serta lajunya Cuma sepantas larian kuda, peristiwa tersebut
merupakan titik tolak bagi manusia ke arah menguasai udara. Kini kapal terbang
mengelilingi udara tanpa henti dan pada kelajuan beberapa kali ganda kelajuan bunyi.
Apabila Malaysia mencapaikemerdekaan pada 31 Ogos 1957. RoyalAir Foce (RAF) menyerahkan lapanganterbang Alor Setar kepada kerajaanMalaysia. Selepas itu kapal terbangMalaysia Airways (MSA) membuatpenerbangan di lapangan terbang Sultan
Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim,membolehkan kapal-kapal terbang jenisDC2 dan lain-lain pesawat besar singgahdi sini, kerajan telah menambak danmenurap dengan aspal satu landasanselebar 60 kaki dan panjang 900 ela
-
7/29/2019 AIFA FARHANA ZAIRUNI KESTABILAN KENDERAAN
6/12
Sejarah Pengangkutan Air
Pada zaman dahulu, penempatan manusia terletak di pinggir laut atau sungai. Hal
ini disebabkan manusia memerlukan air untuk kegunaan harian dan bercucuk tanam.
Kemudian, sungai dan laut dijadikan jalan perhubungan yang dikenali sebagai jalan air.
Di negara kita, keadaan yang sama berlaku. Bandar-bandar yang awal
kebanyakannya terbina di pinggir laut atau di muara-muara sungai. Semua masyarakat
di dunia menggunakan jalan air. Sejak dari zaman dahulu kala lagi jalan air telah
menjadi jalan utama. Pengangkutan air merupakan pengangkutan kedua terpenting
selepas pengangkutan darat. Nenek moyang kita telah menggunakan jalan air ini untuk
berhubung antara satu sama lain dengan menggunakan alat pengangkutan purba.
Jalan air yang paling popular digunakan pada zaman dahulu ialah sungai. Sungai-
sungai ini berperanan menghubungkan kawasan hulu dan hilir.
Orang Melayu pada zaman dahulu menggunakan rakit, perahu dan sampan. Mereka
akan berdagang ke kawasan-kawasan lain menggunakan sampan dan rakit. Merekamenghilir ke muara-muara sungai yang besar. Orang Melayu zaman dahulu akan
menjual barangan mereka kepada pedagang-pedagang di muara-muara sungai
tersebut. Di antara alat pengangkutan air yang dicipta oleh orang zaman dahulu ialah
rakit. Rakit masih digunakan sehingga ke hari ini di daerah-daerah pedalaman.
Seterusnya pengangkutan yang lebih sempurna daripada rakit ialah perahu. Perahu
dibuat daripada kayu cengal. Kayu cengal diperolehi di kawasan hutan hujan tropika. Di
negara ini terdapat perahu-perahu seperti Perahu Payang, Perahu Kolek, Kolek Gelibat,
Kolek Kueh, Perahu Bedor, Perahu Dogol dan Perahu Jalaror. Sejak dahulu lagi
manusia mengetahui air sebagai sumber pengangkutan yang paling mudah. Namum
begitu, terdapat empat peringkat yang terpaksa dilalui sebelum penggunaan enjin
diperluaskan. Antaranya:
-
7/29/2019 AIFA FARHANA ZAIRUNI KESTABILAN KENDERAAN
7/12
1. Mengikut aliran sungai
2. Menggunakan tenaga
3. Tiupan angin
4. Enjin
Kesimpulannya dengan menggunakan kudratnya manusia tidak berupaya bergerak
pantas ataupun mengangkut barang-barang berat meliputi jarak yang jauh. Untuk
mengatasi kekurangan ini, manusia telah berusaha mencipta kaedah-kaedah mekanikal
hingga mereka dapat menjelajah jauh di daratan, merentasi lautan dan merentasi
udara. Titik tolak yang membolehkan manusia berbuat begitu bermula sejak terciptanya
roda dan kapal layar. Kedua-dua ciptaan tersebut telah dibuat 5,500 tahun yang lalu.Namun revolusi pengangkutan sebenarnya hanya bermula sejak tahun 1800an setelah
enjin dipasang pada kenderaan darat dan kapal.
Menjelang tahun 1900an, kereta kuda diganti oleh motokar. Kemunculan motokar
telah merubah cara hidup masyarakat. Pada masa yang sama pesawat terbang juga
berjaya diterbangkan, secara langsung memudahkan lagi manusia ke sana-sini di
seluruh dunia. Sekarang kapal terbang yang mampu terbang dua kali ketinggian
Gunung Everest dan dua kali peluru rifel dapat membawa kita meliputi jarak beribu-ribu
kilometer dalam masa beberapa jam sahaja.
-
7/29/2019 AIFA FARHANA ZAIRUNI KESTABILAN KENDERAAN
8/12
Seiring dengan kemajuan sains dan teknologi masa kini, kenderaan dan jugapengangkutan di Malaysia juga tidak ketinggalan mengejar kecanggihan dan
menaiktaraf tahap kemajuan. Pihak kerajaan mengambil pelbagai langkah dan inisiatif
dalam memilih produk dari dalam dan luar Negara yang bersesuaian dengan
penggunaanya di Malaysia. Namun, isu yang kerap kali kita dilontarkan berkaitan
dengan kenderaan adalah berkaitan dengan kenderaan darat yang digunakan hampir
90% penduduk di Malaysia iaitu kereta. Isu yang difokuskan adalah dalam memahami
ciri-ciri keselamatannya dan cara penjagaan kereta bagi memastikan kereta dalam
keadaan yang baik dan masih mengekalkan ciri yang stabil untuk digunakan.
Keselamatan kereta telah berkembang daripada ciri-ciri keselamatan yang asas
seperti tali pinggang keledar dan lampu sehingga yang berteknologi tinggi yang boleh
membantu pemandu mengelakkan kemalangan sama sekali. Tujuan utama ciri-ciri
keselamatan ini dipasang di kenderaan adalah supaya apabila pemandu berdepan
dengan situasi yang diluar jangkaan, ia mampu membantu pemandu menangani situasi
tersebut dengan lebih efisyen. Walau bagaimanapun, peraturan-peraturan lalu lintasjangan di lupa dan tanamkan sikap disiplin ketika memandu.
Inovasi berkenaan ciri-ciri keselamatan kereta terus berkembang seiring dengan
kemajuan teknologi masa kini. Di sini saya akan terangkan serba sedikit mengenai
beberapa ciri-ciri tersebut dan tujuan ia dipasang pada sesebuah kenderaan. Ini kerana,
bagi saya, amat penting untuk seorang pengguna mengambil tahu tentang produkyang
mereka gunakan. Pertamanya adalah keutuhan Strukturnya. Di dalam kenderaan
dengan integriti struktur bunyi, sebahagian besar tenaga kemalangan diserap dan
hilang. Ruang pemandu atau penumpang juga akan mengekalkan bentuknya. Kolum
stereng, papan pemuka, besi yang menyokong bumbung dan panel lantai tidak
bergerak secara berlebihan, di mana ia akan lebih cenderung untuk mencederakan
-
7/29/2019 AIFA FARHANA ZAIRUNI KESTABILAN KENDERAAN
9/12
pemandu mahupun penumpang. Pintu akan kekal ditutup semasa kemalangan itu dan
akan dapat dibuka selepas kemalangan untuk membantu menyelamat dengan cepat.
Kedua, Kawalan Kestabilan Elektronik. Ciri keselamatan ini juga dipanggil sebagai
Program Kestabilan Elektronik (ESP), Kawalan Kestabilan Dinamik (DSC), Kawalan
Kestabilan Aktif (ASC) dan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) yang mana ia
merupakan teknologi berkomputer yang meningkatkan keselamatan berkenaan
kestabilan kenderaan dengan mengesan dan mengurangkan kehilangan cengkaman
(tergelincir). Apabila ESC mengesan kehilangan kawalan stereng, ia secara automatik
menekan brek untuk membantu "membawa" kenderaan di mana pemandu berhasrat
untuk pergi. Brek dikenakan secara automatik keatas roda secara individu, seperti roda
luaran hadapan untuk menangani "oversteer" dan roda dalaman belakang untukmenentang "understeer". Sesetengah sistem ESC juga mengurangkan kuasa enjin
sehingga kawalan kembali seperti sedia kala. ESC tidak meningkatkan prestasi
membelok kenderaan itu, sebaliknya, ia membantu untuk mengurangkan kehilangan
kawalan.
Seterusnya, Sistem Brek Anti-kunci/Anti-lock Braking Systems (ABS). Secara
ringkasnya, ABS ini menghalang roda kenderaan tersebut dari terkunci sepenuhnya
ketika pedal brek dikenakan seperti ketika melakukan brek kecemasan dan mempunyai
jarak berhenti yang pendek. Ini membolehkan pemandu untuk mempunyai kawalan
stereng, menghalang dari tergelincir dan kehilangan daya tarikan. Ini amat berguna
pada permukaan licin atau keadaan basah. Kedua-dua ESC dan ABS adalah teknologi
yang saling melengkapi, bekerja secara selaras untuk menyediakan kawalan kenderaan
yang lebih baik dan mengurangkan risiko perlanggaran.
Akhir sekali, kestabilan kenderaan boleh dipertingkatkan dengan Sistem Kawalan
Cengkaman. Sistem kawalan cengkaman mengoptimumkan cengkaman dan kestabilan
kereta di jalan raya semasa pecutan dengan mengukur putaran roda. Ia menghentikan
putaran roda dengan mengurangkan kuasa enjin atau mengenakan sementara brek
pada roda yang membolehkan kereta memecut lancar, walaupun pada permukaan licin.
-
7/29/2019 AIFA FARHANA ZAIRUNI KESTABILAN KENDERAAN
10/12
Perbezaan licin yang terhad juga membantu menyediakan pengagihan daya tarikan
yang sekata walaupun kereta tersebut berada di atas permukaan yang licin.
Sama ada anda menggunakan kereta terpakai atau baru, aspek yang perlu diambil
berat adalah prestasi serta keselamatannya. Jika bercadang membeli kereta terpakai,
seboleh-bolehnya bawa bersama mekanik atau rakan yang mahir bagi memeriksa
kenderaan yang hendak dibeli, membolehkan kita mengesan kerosakan. Bagi
memastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan selamat dan tidak bermasalah,
pemilik dinasihatkan melakukan penyelenggaraan secara berkala. Dapatkan nasihat
dari pusat servis supaya anda boleh lakukan sendiri apabila mempunyai waktu lapang.
Dengan adanya rutin penjagaan secara berkala, pengguna mengetahui keadaan
kenderaan seperti mengesan bahagian atau komponen yang haus atau rosak danperlu diganti.
Keadaan ini perlu dilakukan untuk mengelak kereta tidak fungsi ketika dalam
perjalanan, terutama ketika kesesakan lalu lintas dan perjalanan jauh. Suatu langkah
bijak ialah pemilik kenderaan menjadualkan penyelenggaran dan menetapkan waktu
yang sesuai untuk kerja membaikinya. Ramai yang tidak mengambil berat untuk
melakukan pemeriksaan, sebaliknya hanya mengharapkan pusat servis melakukanya
sedangkan antara tempoh servis itu, pelbagai masalah boleh berlaku.
Sebahagian pemeriksaan boleh dilakukan sendiri, seperti bunga dan tekanan again
tayar, tahap minyak pelincir, air bateri dan pengelap cermin. Jadikan amalan berjalan
mengelilingi kereta setiap pagi sambil memeriksa tekanan tayar, lampu isyarat serta
lampu besar agar sebarang kerosakan boleh dikesan. Jika kadar kehausan pada tayar
tidak seimbangan, menunjukkan penjajaran tayar tidak betul dan perlu dijajar semula.
Jika jajaran roda sentiasa sempurna, jangka hayat tayar yang sekarang makin mahal,
Akan lebih lama boleh membolehkan kita menjimatkan kos. Sekurang-kurangnya
seminggu sekali periksa bahagian - bahagian enjin, terutama tahap minyak pelincir,
cecair brek dan stereng kuasa, air dan air bateri. Jika tahap minyak pelincir
berkurangan, periksa kemungkinan berlaku kebocoran kerana minyak pelincir tidak
akan berkurangan jika enjin sempurna.
-
7/29/2019 AIFA FARHANA ZAIRUNI KESTABILAN KENDERAAN
11/12
Begitu juga dengan cecair brek, tidak akan berkurangan jika tidak berlaku
kebocoran. Jika minyak brek berkurangan tapi tiada kebocoran dikesan, ia
menunjukkan pad brek sudah haus dan perlu diperiksa sama ada perlu diperiksa sama
ada perlu diganti atau tidak. Bateri yang kekurangan cecairnya boleh membawa padah
termasuk bateri tidak berfungsi dan lebih buruk, ia menjadi panas dan terbakar.
Air dalam radiator perlu diperiksa selalu kerana ia amat penting memastikan enjin tidak
terlalu panas terutama ketika kesesakan lalu lintas. Pastikan anda menggantikan
minyak gear, sama ada secara manual atau automatik, mengikut jadual waktu
ditetapkan kerana minyak gear yang terlalu lama akan kehilangan kelikatanya lalu gagal
melindungi geseran komponen gear.
Bagi menjaga kestabilan kenderaan, tips-tips penjagaan mestilah diamalkan.
Contohnya apakah punca kenderaan bergetar? Ada ketikanya pemandu kereta tidak
selesa apabila stereng yang dipegang bergetar dan tidak stabil kerana berat ke sebelah
kiri atau kanan. Lebih merisaukan apabila seluruh badan kereta ikut bergetar.
Apabila berhadapan dengan keadaan ini, antara sebab utama kerosakan yang
berlaku diberi perhatian termasuk tekanan tayar depan terlalu rendah atau ukurannya
tidak sama, kehausan tayar depan tidak sama, kehausan atau kelonggaran sambungan
sistem kemudi atau kotak gear stereng bergoyang, penyelarasan jajaran roda depan
kurang tepat dan roda depan tidak seimbang. Jika menghadapi masalah seperti itu
pemandu dan penumpang pasti tidak selesa, lebih-lebih lagi jika sedang dalam
perjalanan jauh. Untuk itu, punca kerosakan dan getaran perlu diketahui. Apabila
memandu kenderaan penumpang atau trak, terutama trak kecil diatas jalan kasar atau
rosak, biasanya akan terasa ada goncangan sehingga stereng perlu dipegang dengan
kuat. Namun demikian, anda juga dapat merasakan adanya getaran atau goncangan
pada stereng dan badan kenderaan walaupun keadaan jalanraya datar dan baik, pada
suatu kelajuan antara 70 kilometer sejam (kmj) dan 80km.
Keadaan sebegini dinamakan 'shimmy'. Jadi, jika berhadapan dengan keadaan
begini mula-mula periksalah tekanan tayar depan, keadaan sistem kemudi atau skru
-
7/29/2019 AIFA FARHANA ZAIRUNI KESTABILAN KENDERAAN
12/12
roda depan. Kemudian periksa kehausan tayar depan, sebaik-baiknya masih
mempunyai rusuk bunga dengan tebal sekurang-kurangnya 2mm. Gunakan tayar baru
untuk perjalanan keluar bandar. Ada kemungkinan getaran yang berlaku boleh
dihilangkan apabila tayar yang sudah haus diganti dengan tayar baru atau setelah tayar
kiri-kanan ditukar kedudukannya. Namun demikian, jika getaran masih terasa juga,
sebaiknya pemeriksaan dilakukan dengan lebih teliti kerana dibimbangi kerana
disebabkan kehausan atau kelonggaran pada sistem rod kemudi dan sistem gantungan
depan; atau kerana penyelarasan penjajaran roda depan yang kurang tepat hingga
menyebabkan roda tidak seimbang. Untuk memeriksa dan membuat pembaikan bagi
masalah berkenaan diperlukan alat dan kemahiran. Roda tayar dilengkapi satu alat
pengimbang. Alat itu menunjukkan letak dan besarnya pengimbang yang harus
dipasang pada rim roda. 'Shimmy' boleh terjadi apabila roda tidak dikunci dengan baik
pada tempatnya, atau rod gandar tidak segaris dengan lubang pada roda. Jadi, banyak
faktor yang boleh menyebabkan 'shimmy'; beberapa kesalahan dapat diperbaiki dengan
mudah tetapi ada pula yang memerlukan kepakaran tertentu untuk mengatasinya.