Download - Adhoc_2
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN,PERNU, TELOK MAS,75460 TELOK MAS, MELAKA.Tel: 06-2616470Fax: 06-2631818Email:
______________________________________________________________________________ Rujukan Tuan : SMKP/700 7/1/21(1) Rujukan Kami :JEA2039/700 -6/1/4 (1) Tarikh :7 September 2013
Nur Marliana Bt AhmadSetiausahaKelab Olahraga (1 Murid 1 Sukan)SMK Pernu
Tuan,
Permohonan Menubuhkan Kelab Olahraga (1 Murid 1 Sukan)
Dengan hormatnya surat tuan SMKBT6/700 7/ 1/21 (1) bertarikh 3 September 2013 adalah dirujuk.
2. Sehubungan dengan itu berdasarkan kuasa yang diberikan kepada saya mengikut peraturan (4) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A):P.U.(A) 196, bertarikh 21 Mei 1998, maka saya dengan sukacitanya meluluskan penubuhan Kelab Olahraga (1 Murid 1 Sukan) SMK Pernu.
3.Pihak tuan perlu mengemukakan kepada saya Perlembagaan dan Peraturan-peraturan Persatuan, Senarai Ahli Jawatankuasa dan Senarai Aktiviti Utama dalam tempoh empat belas hari daripada tarikh Mesyuarat Penubuhan.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
..(HJ SABARUDDIN BIN HJ ALIAS)PengetuaSMK PernuTelok Mas, Melaka.