Download - DocumentA
TAJUK : MEAPLIKASIKAN TANDA WAKAF DAN IBTIDA` DENGAN KAEDAH “TRAFPIC”
NAMA PEMBENTANG :
MUHAMMAD KAMIL BIN JA`AFAR
NORAZMAN BIN AHMAT SYAFRI
MUHAMMAD RAHMAT BIN RAJIB
NURUL NAZIHAH BINTI JAMILKHAIR
MEDINA BINTI MOHD NOOR
ABSTRAK
Waqaf dan ibtida’ merupakan salah satu ilmu penting dalam pengajian dan pembelajaran al-
Qur’an. Penguasaan secara mendalam dalam bidang ini menjadi kemestian kepada setiap
orang yang ingin memahami dan menghayati al-Qur’an. Terdapat segelintir murid yang
lemah dalam kemahiran membaca al-Qur’an berkaitan waqaf dan ibtida’, bahkan ada juga
yang tidak tahu peranan tanda-tanda waqaf yang terkandung di dalam al-Qur’an.
Permasalahan ini perlu diberi perhatian yang serius dan ditangani dengan segera, bimbang
ia akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Masalah ini juga menyebabkan
murid hilang tumpuan ketika membaca al-Qur’an. Untuk mengatasi masalah ini, pendekatan
terbaik menggunakan bahan yang boleh membantu dan menarik perhatian murid untuk
membaca al-Qur’an perlu dipertimbangkan. Maka, fokus kajian ini adalah untuk menangani
masalah tersebut dengan membantu murid mengenali tanda wakaf serta meningkatkan
kemahiran murid membaca beberapa potongan ayat dalam al-Qura`n dengan mengambil
kira waqaf dan ibtida’. Oleh itu, penyelidikan tindakan ini bertujuan membantu meningkatkan
kemahiran murid membaca beberapa potongan ayat dalam al-Qura`n menggunakan tanda
waqaf yang betul dalam kalangan peserta kajian di Sk Amir dengan menggunakan kaedah “
TrafPic “ .
Kajian dijalankan berpandukan Model Kurt Lewin (1946). Lima orang murid telah
dipilih sebagai peserta kajian. Instrumen kajian terdiri daripada ujian lisan dan bertulis,
pemerhatian, dan temu bual. Ia juga melibatkan analisis data secara kualitatif. Selepas sesi
intervensi dijalankan di Sk Amir ternyata dapat meningkatkan kemahiran murid membaca al-
Quran menggunakan tanda waqaf yang betul berdasarkan analisis dokumen bagi setiap
peserta kajian. Di samping itu, hasil dapatan kajian menunjukkan kesemua peserta kajian
menunjukkan peningkatan dalam ujian lisan dan bertulis. Analisis melalui pemerhatian, dan
temu bual pula mendapati peserta kajian tertarik untuk memberi tumpuan ketika membaca
al-Quran.
Kesimpulannya, didapati kaedah “ TrafPic “ ini berjaya dalam membantu
meningkatkan kemahiran murid membaca beberapa potongan ayat dalam al-Qura`n
khususnya dengan menggunakan tanda waqaf yang betul, di samping meningkatkan
tumpuan mereka untuk membaca al-Quran.