TEMA 7 : SUMBER ( PMR ) ~ DHEA CT ~
BAB 6 SUMBER-SUMBER UTAMA
SUMBER-SUMBER
UTAMA
Sumber Semulajadi
Sumber boleh diperbaharui
~ Sumber yang boleh digunakan secara berterusan dan tidak akan habis. ~Contoh : air, udara, tanah
Sumber tidak boleh
diperbaharui ~Sumber yang akan kehabisan jika digunakan secara berterusan. ~Contoh : arang batu, petroleum, kuprum
Sumber Manusia
~Kualiti dan kuantiti
penduduk
~Tenaga mahir,
separuh mahir dan
tidak mahir.
Sumber Budaya
~Sumber modal
~ Contoh : wang,
jurutera, kenderaan
dan alat
perhubungan.
Jenis-Jenis Sumber
Utama Negara
Sumber mineral
Sumber hutan
Sumber air
Sumber tanih
Sumber tenaga
suria
6.1 OBJEKTIF
Di akhir sesi pembelajaran anda akan dapat
Mentakrifkan sumber yang boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui.
Menyenaraikan jenis-jenis sumber utama iaitu sumber mineral, hutan, air, tanih dan suria.
Mengelaskan jenis-jenis sumber utama kepada sumber yang boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui.
6.2 SUMBER
Sumber
Sumber semulajadi
Sumber yang boleh
diperbaharui
Sumber yang tidak boleh
diperbaharui
Sumber Manusia Tenaga pekerja
manusia
Sumber Budaya Sumber modal
Sumber ialah bahan atau sesuatu yang digunakan untuk keperluan manusia.
Sumber boleh dikategorikan sebagai
a) Sumber semulajadi.
b) Sumber manusia.
c) Sumber budaya.
Sumber semulajadi ialah sumber yang diperolehi daripada alam sekitar. Contohnya ialah air, tanih, udara, mineral, tenaga suria, hutan
dan haiwan.
Sumber manusia merujuk kepada kuantiti dan kualiti penduduk. Kuantiti penduduk merujuk kepada bilangan penduduk manakala
kualiti penduduk pula merujuk kepada penduduk yang berpelajaran, berkemahiran dan dapat menggunakan sumber dengan bijaksana.
Sumber manusia juga dibahagikan kepada sumber tenaga mahir, separuh mahir dan tidak mahir.
Sumber budaya pula ialah barangan modal yang digunakan untuk memenuhi keperluan dan kegunaan penduduk. Sumber budaya juga
adalah hasil ciptaan manusia itu sendiri bagi meninggkatkan lagi kualiti kehidupan mereka. Contoh ialah wang, kenderaan, teknologi dan
sebagainya.
6.3 JENIS-JENIS SUMBER SEMULAJADI
Sumber Semulajadi
Sumber yang boleh
diperbaharui
Hutan Suria
Air Tanih
Sumber yang tidak boleh
diperbaharui
Petroleum Gas asli
Batu granit
Pasir dan kaolin
Sumber semulajadi boleh dibahagikan kepada dua iaitu
a) Sumber boleh diperbaharui.
b) Sumber tidak boleh diperbaharui.
Sumber boleh diperbaharui ialah sumber yang boleh digunakan secara berterusan dan tidak akan kehabisan. Contoh ialah udara, air,
tanih dan tenaga suria.
Sumber tidak boleh diperbaharui pula ialah sumber yang akan kehabisan apabila digunakan secara berterusan dan tidak berhemah.
Contohnya ialah petroleum, arang batu, bijih timah, bijih besi, kuprum dan gas asli.
6.4 JENIS-JENIS SUMBER UTAMA
Jenis-jenis sumber utama
Sumber mineral
Sumber hutan
Sumber air
Sumber tanih
Sumber tenaga suria
6.4.1 Sumber mineral
Mineral ialah bahan galian yang dikeluarkan daripada kerak bumi dan telah wujud selama berjuta tahun yang lampau.
Sumber mineral merupakan sumber semulajadi dan tidak boleh diperbaharui. Apabila simpanan sumber mineral kehabisan maka
manusia terpaksa mencari alternatif lain bagi menggantikan peranan sumber mineral tersebut.
Sumber mineral terdiri daripada dua iaitu
a) Sumber mineral logam
b) Sumber mineral bukan logam
Mineral logam terdiri daripada mineral yang boleh dileburkan dan diguna semula (kitar semula). Contoh mineral logam ialah bijih timah,
bijih besi dan kuprum.
Mineral bukan logam terdiri daripada mineral yang tidak boleh dikitar semula seperti petroleum, arang batu, gas asli dan batu permata.
Jenis Mineral
Kegunaan
Petroleum dan gas asli
Bahan bakar dan bahan mentah untuk industri
petrokimia.
Arang batu
Bahan bakar.
Bijih timah
Menyadur tin, piuter dan pateri.
Bijih besi
Pembinaan
Bauksit (aluminium) Membuat alatan kenderaan dan tin minuman.
Batu permata
Bahan perhiasan.
Kuprum (tembaga)
Barangan elektrik dan wayar elektrik.
Pasir
Bahan untuk binaan dan membuat kaca.
Batu granit
Membuat jalan raya dan bangunan.
Batu kapur
Membuat simen.
Kaolin (tanah liat)
Membuat batu-bata, pasu dan tembikar.
Emas
Perhiasan.
6.4.2 Sumber hutan
Sumber hutan merupakan sumber yang boleh diperbaharui.
Hutan menjadi habitat pelbagai hidupan seperti flora dan fauna. Hutan membekalkan sumber kayu keras dan kayu lembut kepada
negara yang mempunyai pelbagai kegunaan.
Hutan hujan tropika merupakan hutan utama negara kita.
Hutan hujan tropikal membekalkan kayu keras seperti meranti, cengal, balau,keruing dan kapur.
6.4.3 Sumber air
Air ialah sumber yang boleh diperbaharui.
Negara kita mempunyai sumber air yang banyak kerana menerima jumlah hujan yang tinggi sepanjang tahun iaitu 2000 mm.
Sumber air di negara kita ialah sungai, tasik dan paya air tawar.
Sungai membekalkan air untuk kegunaan harian, mengairi kawasan pertanian dan digunakan untuk menjana hidroelektrik. Contoh :
Sumber hutan
Tumbuh-tumbuhan
Kayu bakau diperoses menjadi arang dan cerucuk
rumah.
Pokok ru digunakan untuk membuat
perahu.
Rotan digunakan untuk membuat
perabot.
Kayu keras digunakan untuk
pembinaan.Haiwan
Haiwan
Mamalia Rertilia Unggas
a) Sungai Perak : Digunakan untuk menjana hidroelektrik (Empangan Temenggor dan Empangan Chenderoh).
b) Sungai Terengganu : Digunakan untuk menjana hidroelektrik (Tasik Kenyir).
Terdapat tasik semulajadi dan tasik buatan yang digunakan untuk membekalkan air domestik kepada penduduk setempat.
6.4.4 Sumber tanih
Tanih merupakan sumber yang boleh diperbaharui.
Tanih terbentuk daripada proses luluhawa. Luluhawa ialah proses penguraian batuan (proses geomorfologi)
Tanih terdiri daripada bahan organan dan bahan bukan organan.
Bahan organan ialah bahan yang terdiri daripada batuan terurai melalui proses penguraian tumbuhan dan haiwan. Bahan organan
mereput dan mengurai menjadi humus yang sesuai untuk sector pertanian.
Bahan bukan organan ialah batuan yang terurai melalui proses luluhawa.
Sumber Air
Paya
Paya merupakan sumber air tawar.
Sungai
Sungai penting untuk kegunaan
harian dan domestik.
Tasik
Sungai diempang menjadi tasik untuk
menjana tenaga hidroelektrik.
Jenis tanih
Kegunaan
Aluvium
Penanaman sawah padi.
Laterit
Penanaman getah dan kelapa sawit.
Beris
Penanaman tembakau.
Gambut Penanaman nanas.
Pasir Penanaman kelapa.
Liat Pembuatan batu-batan.
Kaolin Pembuatan tembikar
6.4.5 Sumber tenaga suria
Tenaga suria atau tenaga solar dihasilkan daripada cahaya matahari dan merupakan tenaga yang boleh diperbaharui.
Negara kita berpotensi menghasilkan tenaga suria kerana mendapat pancaran matahari selama 6 jam setiap hari.
Di negara kita, tenaga suria banyak digunakan di Teluk Apan (Pulau Langkawi), Hulu Tembeling (Pahang) dan Gua Mulu (Sarawak).
Antara kegunaan tenaga suria ialah
a) Membekalkan cahaya dan haba kepada isi alam.
b) Tenaga untuk meter meletak kenderaan.
c) Tenaga untuk mesin pengira
d) Inovasi penggunaan tenaga suria yang lain.
6.5 INFO TAMBAHAN
BIL
KONSEP/ ISTILAH HURAIAN
1 Bahan organan Bahan organan ialah bahan yang terdiri daripada batuan
terurai melalui proses penguraian tumbuhan dan haiwan.
2 Bahan bukan organan
Bahan bukan organ ialah ialah batuan yang terurai melalui
proses luluhawa.
3 Proses luluhawa Proses luluhawa ialah proses penguraian batuan.
4 Sumber Sumber ialah sebarang punca atau bahan yang boleh
digunakan dan diubahsuai untuk memenuhi keperluan
manusia.
5 Sumber semulajadi Sumber semulajadi ialah bahan yang diperoleh daripada alam
sekitar.
6 Sumber manusia Sumber manusia ialah sumber yang merujuk kepada kuantiti
dan kualiti penduduk.
7 Sumber budaya Sumber budaya ialah barangan modal yang digunakan untuk
memenuhi keperluan penduduk.
8 Sumber yang boleh diperbaharui
Sumber yang boleh diperbaharui ialah sumber yang boleh
digunakan secara berterusan dan tidak akan kehabisan.
9 Sumber yang tidak boleh
diperbaharui
Sumber yang tidak boleh diperbaharui ialah sumber yang
akan kehabisan apabila digunakan secara berterusan.
BIL
FAKTA HURAIAN
1 Mineral logam
Mineral yang boleh dileburkan dan dikitar semula.
2 Mineral bukan logam Mineral yang tidak boleh dikitar semula, akan susut jika
digunakan secara berterusan, kebanyakkan mineral digunakan
dalam sumber tenaga fosil.
3 Petroleum dan gas asli
Bahan api fosil yang terbentuk berjuta tahun dulu, terbentuk
serentak, terbentuk daripada tekanan dan haba yang tinggi
bawah tanah, bahagian atas petroleum terbentuk gas asli.
BIL
KLASIFIKASI HURAIAN
1 Sumber
Sumber semulajadi
Sumber manusia
Sumber budaya
2 Sumber semulajadi Sumber yang boleh diperbaharui
Sumber yang tidak boleh diperbaharui
3 Mineral Mineral logam
Mineral bukan logam
BIL KRITERIA HURAIAN
1 Hutan hijau tropikal -Tumbuh di kawasan iklim Kahatulistiwa
-Tumbuh secara malah hijau.
-Mempunyai banyak tumbuhan keras dan haiwan (ekosistem
semulajadi)
BAB 7
TABURAN PELBAGAI SUMBER
TABURAN PELBAGAI SUMBER
Sumber Mineral
Petroleum dan Gas asli
*Perairan Terengganu
*Perairan Sabah
*Perairan Sarawak
Kaolin (tanah liat)
*Bidor, Perak
*Tapah, Perak
Bauksit
*Teluk Ramunia, Johor
Emas
*Penjom, Pahang
*Rusila, Terengganu
Batu Kapur
*Batu Caves
*Pulau Langkawi
Bijih Timah
*Perak
*Selangor
Arang Batu
*Kapit, Sarawak
*Silantek, Sarawak
Tembaga
*Mamut, Sabah
Sumber Hutan
Hutan Hujan Tropika
Hutan Pantai
Hutan Paya Air Tawar
Hutan Paya Air Masin
*
Hutan Gunung
*Pendalaman Sabah, Sarawak, Pahang dan
Perak
Sumber Tenaga
Kuasa Hidroelektrik
Petroleum dan Gas Asli
Suria
Arang Batu
Nuklear
Biomas
Sumber Tenaga di Negara Lain
Tenaga Suria di Jepun
Tenaga Ombak di Perancis
Tenaga Pasang Surut di China
Tenaga Angin di Belanda
Tenaga Biomas di India
Tenaga Geoterma di Iceland
7.1 OBJEKTIF
Di akhir unit ini, anda akan dapat
Menyenaraikan jenis-jenis mineral logam dan bukan logam.
Menamakan jenis dan kawasan mineral di negara Malaysia.
Menandakan dan menamakan taburan mineral di atas negara Malaysia.
Menyenaraikan sumber hutan di Malaysia.
Menamakan jenis dan kawasan hutan di Malaysia.
Menandakan dan menamakan taburan hutan di atas peta negara Malaysia.
Menyenaraikan sumber tenaga dan taburan di Malaysia.
Menamakan sumber tenaga dan taburannya di Malaysia.
Menanda dan menamakan taburan sumber tenaga di Malaysia.
Menghuraikan penggunaan sumber tenaga di Malaysia.
Membuat kesimpulan tentang penggunaan sumber tenaga negara Malaysia pada masa depan seperti kemajuaan teknologi dan
kitar semula.
Menyenaraikan jenis-jenis sumber tenaga negara lain.
Menghuraikan penggunaan sumber tenaga negara lain.
7.2 SUMBER MINERAL
Sumber mineral diperolehi dengan cara melombong daripada tanah.
Sumber mineral boleh dibahagiak kepada mineral logam dan bukan logam.
Jenis logam yang dilombong di negara kita ialah bijih timah, bijih besi, kuprum, bauksit dan emas.
Jenis bukan logam yang dilombong di negara kita ialah petroleum, gas asli dan arang batu.
Mineral utama yang dilombong di negara kita ialah petroleum.
Sumber Mineral
Logam
Emas
Bijih Timah
Tembaga
Bauksit
Bijih Besi
Bukan Logam
Petroleum
Gas Asli
Arang Batu
7.2.1 Perlombongan petroleum
Petroleum ialah bahan api api fosil utama negara.
Kawasan perlombongan petroleum ialah di luar pantai Terengganu, luar pantai Sarawak dan luar pantai Sabah.
Semua telaga petroleum di negara kita terletak diluar pantai. Pelantar minyak didirikan di perairan untuk melombong
petroleum.
PETRONAS dengan kerjasama syarikat luar negara seperti Shell dan Caltex melombong dan menguruskan petroleum negara.
Petroleum di negara kita adalah bermutu tinggi kerana kandungan sulfurnya yang rendah. Oleh sebab itu, petroleum negara
kita di eksport ke negara Arab Saudi, Kuwait dan Iran dengan harga yang tinggi.
Pusat penapis petroleum negara kita terletak di Miri, Lutong dan Kerteh.
Kaedah penyulingan berperingkat digunakan untuk mendapatkan gas, petrol, kerosin (minyak pesawat), diesel, minyak
pelincir dan bitumen (tar).
Kegunaan petroleum ialah
a) Bahan api untuk kenderaan.
b) Bahan api untuk stesen menjana kuasa elektrik terma.
c) Digunakan untuk industri petrokimia.
d) Menghasilkan minyak pelincir untuk jentera dan tar menurap jalan.
7.2.2 Gas asli
Gas asli merupakan mineral jenis bukan logam yang penting di negara kita.
Gas asli dilombong di luar pantai Terengganu, luar pantai Sabah dan luar pantai Sarawak.
Gas asli yang dilombong disalurkan melalui salur paip ke pencairan gas asli.
Pusat pencairan gas asli terdapat di Kerteh dan Bintulu.
Gas asli di eksport ke Jepun melalui pelabuhan Bintulu.
Kegunaan gas asli ialah
a) Bahan api untuk memasak.
b) Bahan api untuk menjana kuasa elektrik terma seperti di Paka, Terengganu.
c) Bahan api untuk kenderaan.
d) Digunakan untuk industri petrokimia.
e) Bahan untuk menghasilkan baja urea di Bintulu.
7.2.3 Bijih timah
Bijih timah merupakan mineral yang tidak berkarat.
Perlombongan bijih timah di negara kita memainkan peranan penting dalam era 60-an dulu.
Jumlah pengeluaran bijih timah negara telah merosot kerana kekurangan sumber, harga yang tidak stabil, kos pengeluaran
yang meningkat, persaingan daripada bahan ganti seperti plastik, aluminium dan kaca serta persaiangan daripada negara
pengeluar bijih timah yang lain.
Terdapat beberapa bandar yang berkembang ekoran daripada perlombangan bijih timah ini iaitu Kuala Lumpur, Seremban,
Ipoh dan Taiping.
Kawasan pengeluaran bijih timah negara ialah
a) Lembah Kinta, Perak
b) Lembah Klang dan Kuala Langat, Selangor
c) Jemaluang, Johor
d) Sungai Lembing, Pahang (telah ditutup).
Bijih timah dilombong dengan pelbagai kaedah iaitu dengan menggunakan kapal korek, pam kelikir, lombong syif, lombong
dedah dan mendulang.
Kegunaan bijih timah ialah
a) Menyadur tin.
b) Membuat puiter (bijih timah dicampur dengan plumbum).
c) Pateri.
d) Membuat gangsa (bijih timah dicampur dengan kuprum).
7.2.4 Mineral Lain
Jenis Mineral
Taburan Kegunaan
Bauksit
Teluk Ramunia dan Seri Medan (Johor),
Semantan (Sarawak)
Membuat aluminium
Bijih besi
Kota Tinggi dan Batu Pahat (Johor), Bukit Besi
(Terengganu), Temangan (Kelantan), Tambun
(Perak) dan Yan (Kedah).
Bahan binaan bangunan, jambatan, landasan
kereta api dan kenderaan.
Tembaga (kuprum) Mamut, Sabah. Barangan elektrik, wayar dan pancalogam seperti
gangsa.
Arang batu
Silimpopon (Sabah), Merit-Pila, Mukah,
Balingian dan Silantek (Sarawak), Enggor
(Perak) dan Batu Arang (Selangor).
Bahan api untuk melebur bijih besi dan menjana
elektrik di Klang.
Emas
Bau (Sarawak), Rusila (Terengganu), Kuala Lipis
dan Raub (Pahang), Mersing (Johor), Lahad datu
dan Semporna (Sabah).
Barang perhiasan.
Batu kapur
Tasek (Perak), Jelai (Negeri Sembilan), sekitar
Batu Caves (Selangor).
Membuat simen.
Fosfat
Gua Niah (Sarawak) Fosfat dari tahi kelawar digunakan untuk
membuat baja.
Kaolin (tanah liat)
Bidor dan Tapah (Perak), Air Hitam (Johor). Batu-bata, barangan tembikar.
Batu mamar Pulau Langkawi dan Baling (Kedah) Bahan binaan dan jubin.
7.3 Sumber Hutan
Sumber Hutan
Hutan Hujan
Tropika
Hutan Paya Air Masin
Hutan Paya Air Tawar
Hutan Pantai
Hutan Gunung
7.3.1 Hutan hujan tropika
Hutan hujan tropika merupakan hutan utama negara.
Tumbuh subur di kawasan tanih aluvium dan tanih laterit.
Tumbuh dikawasan kurang daripada 1000 m tinggi.
Terdapat pokok kayu keras seperti cengal, balau, keruing, meranti dan kapur.
Terdapat rotan dan buluh untuk di buat perabot.
Jenis haiwan yang terdapat di hutan ini ialah gajah, harimau, seladang, tapir,kera dan orang hutan.
Terdapat empat lapisan iaitu lapisan emergen (renjung), lapisan kanopi, lapisan tengah dan lapisan bawah (lantai hutan).
Pokok-pokok tumbuh rapat dan malar hijau.
Hutan ini terdapat di kawasan tanah pamah dan kaki bukit Banjaran Titiwangsa, Banjaran Bintang, Banjaran Crocker,
Banjaran Iran dan Taman Negara.
7.3.2 Hutan paya air masin
Hutan paya air masin tumbuh di kawasan lumpur di pinggir pantai.
Antara kawasan hutan ini ialah di pantai negeri Perak dan Selangor, pantai barat daya Johor, pantai utara Sabah, muara Sungai
Sungut dan muara Sungai Labuk.
Jenis tumbuhan yang terdapat dihutan ini ialah pokok bakau, nipah, bakau kurap, bakau minyak, nibung dan gelam.
Kayu bakau digunakan untuk membuat arang kayu, membina kelong, cerucuk bangunan dan kayu api.
Jenis haiwan yang terdapat di hutan ini ialah kera, keluang, ular, ikan, ketam, kerang dan udang.
7.3.3 Hutan paya air tawar
Hutan paya air tawar terdapat di pendalaman dan mempunyai saliran yang buruk.
Hutan paya air tawar tumbuh di kawasan tanah gambut.
Antara kawasan hutan paya air tawar ialah Tasik Bera, sekitar Tasik Chini dan bahagian hilir Sungai Baram.
Jenis pokok yang terdapat di kawasan ini ialah palma, nipah, mengkuang, keladi air dan ramin.
Haiwan yang terdapat di kawasan ini ialah ular, biawak, ikan, burung dan kera.
Nipah digunakan untuk membuat atap rumah. Mengkuang digunakan untuk mengayam tikar dan bakul.
7.3.4 Hutan pantai
Hutan pantai tumbuh di kawasan berpasir.
Kawasan yang ditumbuhi kawasan hutan ini ialah pantai Terengganu, Desaru (Johor), Pantai Cahaya Bulan (Kelantan), Pulau
Sipadan, Pantai Tanjung Rhu, Cherating, Pulau Talang-talang (Sarawak).
Jenis pokok yang terdapat di hutan ini ialah pokok ru, kelapa, mengkuang laut dan pokok tapak kuda.
Jenis haiwan yang terdapat di hutan ini ialah burung, ular, kera dan biawak.
Pokok ru digunakan nelayan untuk membuat perahu.
7.3.5 Hutan Gunung
Hutan gunung tumbuh di kawasan melebihi 1 000 m dari aras laut.
Hutan gunung terdapat di Banjaran Titiwangsa, Gunung Tahan, Tanah Tinggi Cameron dan Gunung Kinabalu.
Jenis tumbuhan adalah berbeza-beza mengikut ketinggian.
Ketinggian ( m ) Jenis tumbuhan
1 200 – 1 800 Pokok oak, berangan, paku-pakis dan orkid.
1 800 – 2 900 Pokok pain, sprus dan periuk kera.
2 900 – 3 500 Rumput aips dan pokok renek.
Melebihi 3 500 Tumbuhan alps, kulampair dan lumut.
7.4 SUMBER TENAGA DI NEGARA MALAYSIA
Sumber Tenaga di Malaysia
Petroleum Gas Asli Kuasa
Hidroelektrik Elektrik Terma Arang Batu Biomas/Biojisim Tenaga Nuklear Tenaga Suria
7.4.1 Petroleum
Petroleum merupakan tenaga api fosil yang penting di negara kita.
Petroleum di lombong di
a) Luar pantai Terengganu (Dulang, Tiong, Bekok, Pulai)
b) Luar pantai Sabah (St. Joseph, Erb West, Tembungo, Semarang)
c) Luar pantai Sarawak (Baram, Tukau, Temana, Betty).
Petroleum di negara kita bermutu tinggi kerana kandungan sulfur yang rendah.
Pusat penapisan petroleum terdapat di Kerteh, Port Dickson, Tangga Batu Lutong dan Miri.
Penggunaan petroleum mencemarkan alam sekitar. Petroleum tanpa plumbum diperkenalkan untul mengurangkan
pencemaran alam sekitar.
Kegunaan petroleum ialah :
a) Bahan api untuk kenderaan.
b) Bahan api untuk menjana terma elektrik.
c) Bahan mentah untuk industry petrokimia.
d) Kerosin untuk pesawat, minyak diesel untuk kenderaan, minyak pelincir untuk jentera dan kenderaan, bitumen dan tar
untuk menurap jalan raya.
7.4.2 Gas asli
Gas asli merupakan bahan api fosil yang penting bagi negara kita.
Gas asli di lombong di
a) Luar pantai Terengganu (Pilong, Jernih, Bujang)
b) Luar pantai Sabah (Kinarut, Glayer)
c) Luar pantai Sarawak (Laila, Beryl, E11, M1, F6)
Pusat pencairan gas asli terdapat di Kerteh dan Bintulu. Gas asli yang di lombong disalurkan melalui paip didasar laut ke
pusat-pusat pencairan gas asli.
Kegunaan gas asli ialah
a) Bahan api untuk memasak.
b) Bahan api untuk menjana kuasa elektrik terma seperti di Paka, Terengganu.
c) Bahan api untuk kenderaan.
d) Digunakan untuk industry petrokimia.
e) Bahan untuk menghasilkan baja urea di Bintulu.
7.4.3 Kuasa hidroelektrik dan elektrik terma (haba)
Kuasa hidroelektrik merupakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui. Tenaga hidroelektrik diperolehi dengan
menggunakan tenaga air yang mengalir.
Tenaga hidroelektrik merupakan tenaga yang penting dan digunakan secara meluas di Malaysia.
Terdapat banyak empangan hidroelektrik di negara kita iaitu:
a) Empangan Temenggor
b) Empangan Chenderoh
c) Empangan Kenyir
d) Empangan Pelagus
Negara kita mempunyai potensi untuk menjana tenaga hidroelektrik kerana mempunyai aliran air yang deras dan isipadu
sungai yang banyak dan tetap sepanjang tahun kerana menerima hujan sepanjang tahun.
Antara kelebihan menggunakan kuasa hidroelektrik ialah tidak mencemarkan alam sekitar, mudah digunakan dan dapat di
hantar dengan cepat.
Kegunaan tenaga hidroelektrik ialah;
a) Kegunaan domestik (memasak dan menerangi rumah).
b) Tenaga untuk barangan elektrik dan elektronik.
c) Bekalan tenaga elektrik untuk kilang-kilang.
d) Tenaga untuk pengangkutan seperti lampu isyarat dan rel ringan (komuter dan LRT).
Tenaga elektrik terma dihasilkan dengan menggunakan sumber tenaga seperti gas asli dan arang batu.
Antara stesen menjana elektrik terma ialah di Paka (Terengganu), Klang (Selangor) dan Prai (Pulau Pinang).
Penggunaan tenaga elektrik terma mencemarkan alam sekitar.
7.4.4 Arang batu
Arang batu merupakan bahan tenaga api fosil yang dilombong di Batu Arang (Selangor), Merit-Pila dan Mukah-Balingian
(Sarawak), Enggor (Perak) dan Silimpopon (Sabah).
Kegunaan arang batu :
a) Bahan api untuk menghasilkan elektrik terma. Contoh di logi Connaught, Klang.
b) Bahan api untuk melebur bijih besi.
Penggunaan arang batu sebagai bahan api mencemarkan alam sekitar.
7.4.5 Tenaga nuklear
Penggunaan tenaga nuklear di negara kita adalah di tahap yang rendah. Tenaga nuclear digunakan secara kecil-kecilan dalam
bidang perubatan dan sector perindustrian.
Tenaga nuklear dihasilkan dengan mengunakan bahan aktif seperti uranium dan plutonium.
Tenaga nuklear belum dimajukan di negara kita kerana memerlukan kos yang tinggi, memerlukan teknologi yang tinggi dan
tenaga pakar yang mahir dan bahan nuklear sangat berbahaya.
7.4.6 Tenaga suria/solar
Tenaga suria merupakan tenaga yang diperolehi daripada cahaya matahari.
Alat photovoltaic digunakan untuk menukar cahaya matahari kepada tenaga elektrik.
Negara kita berpotensi untuk menjana tenaga suria kerana suhu tinggi sepanjang tahun dan menerima cahaya matahari
melebihi enam jam sehari.
Di negara kita tenaga suria digunakan untuk
a) Memanaskan air di rumah.
b) Tenaga untuk perhubungan telefon.
c) Mesin kira.
d) Mengeringkan hasil pertanian.
Sumber tenaga suria digunakan di Teluk Apan (Langkawi), Hulu Tembeling (Pahang), dan Gua Mulu (Sarawak).
7.4.7 Tenaga biomas/biojisim
Tenaga biomas dan biojisim dihasilkan melalui sisa pertanian dan hasil bungan haiwan.
Contoh sisa pertania ialah hampas kelapa sawit, sabut kelapa dan sekam padi. Contoh bahan buangan haiwan ialah najis
lembu dan najis ayam.
Pereputan sisa pertanian menghasilkan gas mentana dan etana. Gas mentana digunakan sebagai bahan api domestik.
Kayu api merupakan sumber tenaga biojisim yang digunakan dalam industry membuat batu-bata dan mambuat batik di
Kelantan.
7.5 SUMBER TENAGA DI NEGARA LAIN
Sumber Tenaga di Negara Lain
Tenaga suria di Jepun
Tenaga ombak di Perancis
Tenaga pasang surut di China
Tenaga angin di Belanda
Tenaga biomas/biojisim
di India
Tenaga geoterma di
Iceland
7.5.1 Tenaga suria di Jepun
Tenaga suria di Jepun digunakan untuk kegunaan domestik dan digunakan di kawasan pendalaman yang tiada bekalan elektrik.
Alat photovoltaic digunakan untuk menukarkan cahaya matahari kepada tenaga elektrik dan dipasang pada bumbung rumah.
Penghasilan tenaga suria memerlukan teknologi tinggi dan menelan perbelanjaan yang banyak.
Kegunaan tenaga suria di Jepun
a) Tenaga untuk stesen pemancar televisyen dan radio pendalaman
b) Petempatan di pendalaman yang menggunakan tenaga suria.
c) Kenderaan di padang golf.
d) Alat komunikasi, papan tanda di jalan raya dan rumah api.
Alat photovoltaic di atas bumbung rumah di Jepun.
7.5.2 Tenaga ombak di Perancis
Perancis merupakan negara pertama yang mengembangkan tenaga ombak di dunia. Empangan pertama yang menjana tenaga
ombak telah dibina di Sungai Rance, St. Molo.
Tenaga ombak dihasilkan dengan menggunakan kaedah sakuran ters, pelampung, kolan berayun dan turbin air bawah air.
Kaedah pelampung ialah kaedah dimana pelampung diletakkan di paras laut mengerakkan pam hidraulik yang dihubungkan
dengan turbin.
Kolam berayun ialah kaedah di mana ombak memasuki saluran tegak dan air akan turun ke bawah apabila ombak mengundur.
Air turun ke bawah dalam saluran akan memusingkan turbin.
Kaedah turbin bawah air ialah kaedah dimana turbin akan berputar apabila ombak berdampar dan berundur. Kaedah ini sama
dengan kaedah kinci air.
Turbin untuk menghasilkan ombak.
7.5.3 Tenaga pasang surut di China
Negara China mempunyai arus pasang surut yang deras sesuai untuk memperoses tenaga pasang surut.
Stesen pasan surut yang terdapat di China terletak di Jiangxia, Baishakou dab Wenzhou.
Stesen Wenzhou merupakan stesen pasang surut yang terbesar di Asia.
Tenaga pasang surut dihasilkan melalui dua kaedah iaitu kaedah empangan dan kaedah arus pasang surut.
Kaedah empangan ialah cara di mana pintu empanagn dibuka semasa air pasang dan air laut akan terperangkap dalam
empangan. Apabila air surut, air dalam empangan akan dilepaskan untuk mengerakkan turbin.
Kaedah pasang surut diletakkan di kawasan yang mempunyai arus yang kuat bagi mengerakkan turbin.
7.5.4 Tenaga angin di Belanda
Kincir angin digunakan untuk menghasilkan tenaga angin. Di Belanda, kincir angin dipasang di tepi pantai dan di tengah laut
di mana terdapat tiupan angin kencang.
Pada peringkat awal, penggunaan kincir angin di Belanda digunakan untuk mengairi kawasan pertanian dan mengisar jisim.
Tapi kini kincir angin digunakan untuk menjana tenaga elektrik.
Kincir angin di Belanda
7.5.5 Tenaga biomas/biojisim di India
India merupakan negara yang menggunakan tenaga biomas.
Di India, bahan mentah untuk menjana tenaga biomas diperoleh daripada sisa pertanian, sisa peternakan dan habuk kayu
gergaji.
Tenaga biomas digunakan secara meluas di Bandar Chennai, New Delhi dan Mumbai.
Pereputan sisa pertanian dan sisa haiwan menghasilkan gas metana dan etana.
Gas metana dan etana digunakan sebagai bahan api untuk kegunaan domestik dan perindustrian.
7.5.6 Tenaga geoterma di Iceland
Iceland merupakan negara beriklim sejuk dan tundra.
Tenaga geoterma digunakan secara meluas di negara ini.
Tenaga geoterma dihasilkan melalui pancutan wap air panad (geiser). Iceland berpotensi menghasilkan tenaga geoterma
kerana terdapat banyak geiser di kawasan gunung berapi aktif.
Di Iceland, kawasan kolam geoterma bersuhu kurang daripada 150° C digunakan untuk memanaskan rumah, membasuh dan
memasak.
Kolam geoterma yang melebihi suhu 200 °C digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik.
Logi geoterma terdapat di sekitar Iceland iaitu Reykjavik.
Logi tenaga geoterma dan geiser (pacutan air panas).
7.6 INFO TAMBAHAN
BIL
KONSEP/ ISTILAH HURAIAN
1 Tenaga nuklear Tenaga nuklear ialah tenaga yang dihasilkan dengan
menggunakan bahan aktif.
2 Tenaga suria Tenaga suria ialah tenaga yang dihasilkan daripada sinaran
matahari.
3 Tenaga biomas Tenaga biomas ialah tenaga yang terhasil daripada proses
pereputan tumbuhan dan haiwan.
BIL
FAKTA HURAIAN
1 Bijih timah
-Bahan tidak berkarat.
-Bahan mineral yang tidak boleh diperbaharui.
BIL
KLASIFIKASI HURAIAN
1 Sumber mineral
-Petroleum, gas asli, bijih timah, bijih besi, kuprum, emas,
bauksit, arang batu, batu kapur, kaolin dan batu mamar.
BIL
KRITERIA HURAIAN
1 Hutan hijau tropika -Tumbuh di kawasan kurang daripada 1000 m tinggi.
-Tumbuh di kawasan tanah aluvium dan laterit.
-Tumbuh rapat dan malar hijau.
2 Hutan paya air masin -Tumbuh di kawasan lumpur dan bersaliran buruk
3 Hutan paya air tawar -Tumbuh di kawasan gambut.
4 Hutan pantai -Tumbuh di kawasan berpasir.
5 Hutan gunung -Tumbuh mengikut ketinggian.
-Tumbuh pada ketinggian 1200 -3500 m lebih.
BAB 8 KEPENTINGAN PELBAGAI SUMBER
Kepentingan Pelbagai Sumber
Bahan mentah untuk perindustrian
Getah, minyak sawit dan banyak lagi
Mewujudkan peluang pekerjaan
Sektor pelombongan, pertanian, pembalakan
dan pembuatan
Menambahkan pendapatan negara
Eksport dan cukai
Pembukaan kawasan baru
Jengka dab Muazam Syah (hasil pertanian) dan Miri,
Lutong dan Kerteh (penapisan petroleum)
Mengembanagkan kemudaha infrastruktur
Kemudahan pengangkutan,
perhubungan, bekalan air da elektrik
8.1 OBJEKTIF
Di akhir unit ini, anda akan dapat :
Menyenaraikan kepentingan penerokaan pelbagai sumber negara Malaysia.
Menjelaskan dengan contoh kepentingan penerokaan pelbagai sumber negara Malaysia.
Menghubungkaitkan kepentingan penerokaan pelbagai sumber kepada pembangunan negara Malaysia.
8.2 BAHAN MENTAH UNTUK PERINDUSTRIAN
Sumber semulajadi banyak dijadikan sebagai bahan mentah dalam sektor perindustrian.
Kayu hutan hijau tropika seperti meranti, balau, keruing dan cengal digunakan sebagi industri perabot.
Buluh dan rotan digunakan untuk membuat kraftangan dan perabot.
Pokok bakau digunakan untuk mebuat cerucuk dan kayu api.
Pokok ru digunakan untuk membuat perahu.
Mengkuang digunakan untuk membuat tikar dan bakul.
Batang nibung digunakan untuk membuat rumah dan kelong.
Petroleum dan gas asli digunakan dalam industri petrokimia.
Gas asli dan fosfat digunakan dalam industri baja urea di Bintulu.
Tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, petai dan pokok setawar digunakan dalam
industri perubatan.
Sumber air digunakan untuk menjada kuasa hidroelektrik dan mengairi kawasan pertanian.
8.3 PELUANG PEKERJAAN
Penerokaan sumber semulajadi akan mewujugkan banyak peluang pekerjaan dalam sektor pertanian, perlombongan, perikanan
dan perhutanan.
Pada tahun 2004, seramai 1.4 juta orang penduduk negara kita terlibat dalam sektor pertanian dan perhutanan dan 41 928 orang
terlibat dalam sektor perlombongan.
Sektor perhutanan mewujudkan peluang pekerjaan seperti pembalak, pemandu lori balak dan pekerja di kilang papan.
Sumber air penting dalam memajukan sector perikanan di negara ini iaitu perikanan pinggir pantai dan perikanan laut dalam.
Kegiatan akuakultur juga memberikan peluang pekerjaan dalam sector perikanan di negara ini.
Kegiatan perlombongan juga menyediakan peluang pekerjaan yang luas seperti perlombongan bijih timah di Lembah Kinta,
Lembah Klang dan Jemaluang. Perlombongan petroleum memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk di sekitar Kerteh,
Port Dickson, Miri dan Lutong.
Peluang pekerjaan dalam pertanian wujud di kawasan penanaman padi, getah, kelapa sawit, teh, kelapa, nenas dan tembakau.
Peluang pekerjaan juga wujud dalam agensi yang terlibat dalam pertanian seperti FELDA, RISDA, FAMA, MARDI dan
MPOB.
8.4 MENAMBAHKAN PENDAPATAN NEGARA
Penerokaan sumber menambahkan pendapatan negara.
Negara yang banyak mengimport sumber dari negara kita ialah Amerika Syarikat, Singapura, Jepun dan China.
Sektor pelancongan menambahkan pendapatan negara. Pada tahun 2002, seramai 13.3 juta orang telah melancong ke negara
kita.
Kegiatan akuakultur iaitu peternakan udang dan ikan dijalankan untuk menambahkan pendapatan negara. Hasilnya akan di
eksport ke Jepun dan Taiwan.
8.5 PEMBUKAAN KAWASAN BARU
Sumber alam menjadi pendorong kepada pembukaan kawasan baru. Petempatan kecil akan berkembang menjadi kawasan
Bandar.
Penerokaan sumber mineral tenaga petroleum dan gas asli mendorong kepada perkembangan Bandar seperti Kerteh, Paka,
Bintulu dan Miri.
Penerokaan hutan untuk kegiatan pembalakan telah membangungkan kawasan petempatan baru seperti Sandakan di Sabah.
Penerokaan sumber air untuk menjada kuasa hidroelektrik telah membuka kawasan petempatan yang baru dan mampu menjadi
daya tarikan pelancongan. Contohnya Tasik Kenyir, Terengganu.
Kegiatan pertanian mempengaruhi pembukaan petempatan baru seperti penanaman kelapa sawit dan getah di kawasan
terancang seperti di Bandar Jengka dan Muadzam Shah di Pahang.
8.6 KEMUDAH INFRASTRUKTUR
Penerokaan sumber meningkatkan kemudah infrastruktur seperti jaringan pengangkutan, bekalan air, elektrik dan
perhubungan.
Kemudahan sosial seperti kemudahan perubatan, sekolah, tempat hiburan dan rekreasi akan meningkat apabila penduduk
berhijrah ke kawasan sumber yang di teroka.
Bandar Kerteh mempunyai kemudahan infrastruktur yang baik kerana di pengaruhi oleh kegiatan perindustrian petroleum.
Kawasan tanah rancangan mempunyai kemudahan infrastruktur yang baik. Terdapat kemudahan pengangkutan, perhubungan,
bekalan air dan elektrik di kawasan ini. Contohnya ialah FELDA.
8.7 INFO TAMBAHAN
BIL
KONSEP/ISTILAH HURAIAN
1 Bahan mentah
Bahan mentah ialah bahan asas yang digunakan dalam sektor
industri.
2 Industri petrokimia Industri petrokimia ialah industri yang berkaitan dengan
petroleum dan gas asli.
3 Akuakultur Akuakultur ialah sektor perikanan yang menternak ikan di
dalam sangkar.
BAB 9 KESAN PENEROKAAN SUMBER TERHADAP ALAM SEKITAR
9.1 OBJEKTIF
Di akhir unit ini anda akan dapat :
Menyenaraikan penerokaan sumber terhadap alam sekitar negara Malaysia.
Menghuraikan dengan contoh kesan penerokaan sumber terhadap alam sekitar negara Malaysia.
Kesan Penerokaan Terhadap Alam
Sekitar
Perubahan Landskap
(pandang darat)
Kepupusan flora dan fauna
Peningkatan suhu
Kesan hakisan tanah
Banjir Pencemaran udara dan air
9.2 PERUBAHAN PANDANG DARAT
Penerokaan sumber menyebabkan perubahan landskap atau perubahan pandang darat.
Kegiatan perlombongan, pembalakan, penerokaan tanah untuk pertanian dan pembinaan empangan mengubah landskap
sesuatu kawasan.
Kegiatan perlombongan bijih timah di Lembah Kinta dan Lembah Klang meninggalkan bekas lombong yang terdiri daripada
tasik, timbunan tanah dan pasir.
Kaedah melombong bijih timah dengan menggunakan kapal korek meninggalkan tasik bekas lombong.
Kaedah lombong dedah meninggalkan lekukan yang luas.
Kegiatan pembalakan menyebabkan hakisan tanah. Hakisan tanah menyebabkan perubahan landskap.
Penerokaan tanah untuk kegiatan pertanian seperti penanaman teh, kelapa sawit dan getah mengubah kawasan hutan menjadi
pandang darat buatan manusia. Bukit-bukit diteres bagi proses penanaman dijalankan.
Pembinaan empangan untuk menjana proses hidroelektrik dan empangan untuk proses pengairan pertanian akan
menenggelamkan kawasan hutan dan mengubah landskap menjadi tasik yang luas. Contohnya ialah Empangan Tasik Kenyir
di Terengganu.
PERUBAHAN
LANDSKAP
Kawasan Pertanian
Kawasan Empangan
Kawasan Pembalakan
Kemudahan Insfrastruktur
9.3 KEPUPUSAN FLORA DAN FAUNA
Penerokaan sumber menyebabkan kepupusan flora dan fauna.
Kegiatan pembalakan dan penerokaan hutan untuk pertanian memusnahkan habitat flora dan fauna dan akan menyebabkan
sepsis pokok dan binatang yang berharga mengalami kepupusan.
Antara sepsis pokok yang mengalami masalah kepupusan ialah pokok keruing, jelutung, merbau, berlian, orkid hutan dan
pokok bakau.
Kegiatan pembalakan akan menyebabkan habitat haiwan musnah. Haiwan yang kehilangan habitat akan mati kerana
kekurangan makanan. Antara sepsis haiwan yang mengalamikepupusan di negara kita ialah tapir, kijang, rusa, seladang, orang
hutan harimau, badak sumbu dan kambing gurun.
Flora dan Fauna
yang Hampir
Pupus
Pokok Merbau
Orang Utan
Kambing Gurun
Tapir
Pokok Meranti
9.4 PENINGKATAN SUHU
Penerokaan hutan menyebabkan kawasan suhu setempat meningkat.
Pernerokaan hutan telah menyebabkan permukaan bumi terdedah terus kepada sinaran cahaya matahari. Permukaan tanah
akan kehilangan kelembapan dengan cepat dan seterusnya menyebabakan peningkatan suhu setempat.
Suhu di kawasan berhutan tebal lebih rendah dan sejuk berbanding dengan suhu kawasan yang telah digondolkan.
Tumbuh-tumbuhan menyederhanakan suhu melalui proses transpirasi. Transpirasi ialah satu proses penyejatan air permukaan
daun ke atmosfera. Ekoran daripada penebangan hutan secara berlelusa, maka proses transpirasi akan berkurangan dan suhu
setempat akan meningkat.
Contohnya ialah peningkatan suhu di Tanah Tinggi Cameron. Min suhu di Tanah Tinggi Cameron ialah 19 °C dan ekoran
daripada penebangan hutan menyebabkan suhu meningkat kepada 19.5 °C.
9.5 HAKISAN TANAH
Penebangan hutan untuk pertanian, perlombongan dan jaringan pengangkutan mendedahkan tanah kepada proses hakisan tanah
yang giat.
Tumbuhan melindungi tanah daripada hakisan air hujan. Kanopi tumbuhan menghalang air hujan terus sampai ke permukaan
bumi. Akar tumbuhan mencengkam tanah dan manghalang proses hakisan berlaku.
Penebangan hutan telah menyebabkan tanah terdedah kepada proses hakisan tanah dan menyebabkan aliran lumpur,
gelongsoran tanah dan tanah runtuh. Tanah runtuh sering berlaku di kawasan lebuh raya.
Tanah yang terhakis menuruni cerun dalambentuk lumpur dan memasuki sungai. Tanah yang termendap di dasar sungai
menjadikan sungai semakin cetek dan kaejadian banjir kilat akan berlaku.
Tanah yang mendap di dasar sungai juga menjejaskan hidupan akuatik sungai.
Penebangan paya bakau di pinggir laut mendedahkan hakisan ombak di pinggir laut semakin giat berlaku.
Kegiatan pertanian pindah yang dilakukan oleh kaum asli menyebabkan tanah terdedah kepada proses hakisan. Tanah yang
terhakis akan kehilangan nutrient dan menjadi gersang.
9.6 BANJIR
Kegiatan pembalakan merupakan faktor utama yang menyebabkan masalah kejadian banjir.
Keadaan air sungai yang keroh menunjukkan sungai berkenaan membawa bahan-bahan hakisan tanah yang banyak. Air
sungai di kawasan pembalakan sentiasa keruh dan menjejaskan hidupan akuatik.
Tanah yang terdedah ekoran daripada proses pembalakan akan terhakis dibawa oleh arus air ke sungai dan termandap di dasar
sungai.
Dasar sungai yang cetek tidak dapat menampung air apabila hujan lebat dan menyebabkan air akan melimpah keluar daripada
sungai. Maka kejadian banjir akan berlaku.
Kegiatan pembalakan di hulu Sungai Pahang dan Sungai Kelantan menjebabkan kejadian banjir di kawasan hilir sungai.
9.7 PENCEMARAN UDARA DAN AIR
Penerokaan sumber mencemarkan alam sekitar.
Perlombongan bijih timah dan kegiatan pembalakan menyebabkan tanah yang terhakis memasuki sungai dan menjejaskan
hidupan akuatik.
Bahan yang terhakis semasa hujan seperti pasir, lumpur dan kelodak mengalir masuk ke sungai dan mencemarkan sungai.
Lumpur dan kelodak yang berasal dari kawasan perlombongan bijih timah bertoksid dan boleh membunuh hidupan akuatik.
Kuari dan granit menyebabkan pencemaran bunyi dan mencemarkan udara dengan habuk dan asap.
Perlombongan petroleum dan gas asli di luar pantai Terengganu, Sabah dan Sarawak mencemarkan laut. Tumpahan minyak
menjejaskan hidupan laut.
9.8 INFO TAMBAHAN
BIL
KONSEP/ISTILAH HURAIAN
1 Pandang darat Merupakan permandangan semulajadi.
2 Pandang budaya Permandanag semulajadi yang telah diubah menjadi suatu
kawasan yang membangun. Hasil kerja manusia.
3 Proses transpirasi Proses sejat peluhan yang berlaku terhadap tumbuhan.
BIL
KLASIFIKASI HURAIAN
1 Hakisan tanah -Tanah runtuh
-Aliran lumpur
-Gelongsoran tanah
2 Pencemaran
-Pencemaran air
-Pencemaran bunyi
BAB 10 PENGURUSAN SUMBER
Pengurusan Sumber
Kepentingan pengurusan sumber
*Mengelakkan kepupusan
*Mengekalkan keseimbangan ekologi
*Menjamin bekalan berterusan
*Menjimatkan sumber
*Mengelakkan pembaziran sumber
Langkah-langkah pengurusan sumber
*Langkah pemeliharaan
*Langkah pemiliharaan
*Penguatkuasa undang-undang
*Pendidikan
Pengurusan sumber air di Jepun
*Pengurusan sumber air semulajadi.
*Rawatan semula air sisa industri dan domestik.
10.1 OBJEKTIF
Di akhir unit ini, anda akan dapat
Menyatakan dan menghuraikan langkah-langkah pengurusan sumber yang dapat mengurangkan kesan negatif terhadap
penerokaan sumber.
Menyenaraikan dan menghuraikan langkah-langkah pengurusan sumber yang dapat mengurangkan kesan negatif penerokaan
sumber.
Mencadangkan langkah-langkah yang boleh digunapakai dalam pengurusan sumber untuk kegunaan masa depan.
Menghuraikan langkah-langkah pengurusan sumber air di Jepun.
10.2 KEPENTINGAN PENGURUSAN SUMBER
Kepentingan Pengurusan Sumber
Mengelakkan kepupusan
Mengekalkan keseimbangan
ekologi
Menjamin bekalan
berterusan
Menjimatkan sumber
Mengelakkan pembaziran
sumber
10.2.1 Mengelakkan kepupusan sumber
Pengurusan sumber penting untuk mengelakkan berlakunya kepupusan sumber.
Sumber hutan, hidupan liar dan sumber mineral perlu diurus untuk mengelakkan berlakunya kepupusan sumber. Pengurusan
sumber penting untuk generasi akan dating dapat menggunakan sumber.
Penggunaan sumber secra berterusan akan menyebabkan kepupusan sumber. Contohnya, penerokaan sumber hutan tanpa
penanaman semula akan menyebabkan kepupusan.
Kouta pengeluaran perlu ditetapkan dalam pengeluaran sumber agar tidak berlaku pembaziran dan kepupusan sumber.
Sumber tenaga fosil seperti arang batu, petroleum dan gas asli akan pupus jika digunakan secara berterusan. Penggunaan
tenaga alternative seperti kuasa hidroelektrik, tenaga suria dan angin dapat mengurangkan masalah kepupusan sumber.
10.2.2 Mengekalkan ekosistem
Pengurusan sumber penting dalam mengekalkan ekosistem semulajadi.
Ekosistem ialah interaksi antara komponen biotic dan abiotik. Interaksi komponen biotic dan abiotik melibatkan proses kitaran
makanan dan kitaran udara. Pengurusan sumber yang tidak terancang akan menyebabkan ekosistem tergangu.
Biotic ialah benda-benda hidup seperti manusia, haiwan, tumbuhan dan mikroorganisma.
Abiotik ialah benda-benda tidak hidup seperti angin, cahaya matahari, tanah dan air.
10.2.3 Menjamin bekalan berterusan
Kawalan pengurusan sumber iaitu kuota pengeluaran ditetapkan supaya bekalan sumber akan berterusan.
Kawalan pencemaran laut dan sungai dilakukan agar hidupan akuatik tidak terjejas.
Tukun tiruan diperbuat daripda tayar buruk dan diletakkan didasar laut agar hidupan laut mendapat perlindungan dan
membiak.
Pengurusan sumber yang lemah akan menyebabkan berlakunya pembaziran sumber.
10.3 LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN SUMBER
Langkah-langkah Pengurusan Sumber
Pemeliharaan Pemuliharaan Penguatkuasaan Undang-undang
Pendidikan
Pengurusan Sumber
Pemeliharaan dan
Pemuliharaan
Penggunaan sumber Alternatif.
Menggunakan kayu getah, rotan, buluh bagi menggantikan kayu keras.
Menggunakan tenaga alternatif seperti tenaga suria, biomas dan hidroelektrik menggantikan tenaga fosil Program Kitar Semula
Mengamalkan konsep 3R – Reduce, Reuse dan Recycle.
Kitar semula bahan seperti kertas dan logam. Penghutanan Semula
Menanam semula spesies-spesies pokok bermutu tinggi dan cepat matang
Contoh akasia, yemane dan batai. Ladang Hutan
Kayu bermutu seperti akasia, yemane dan batai di tanam secara ladang. Rawatan Sivilkultur
Pokok bermutu akan di bantu dan diberi bantuan untuk hidup dan bersaing Penebangan Terpilih
Membuat pemantauan supaya pokok yang betul-betul matang dan berdiameter sekurang-kurang 45cm boleh ditebang.
Penguatkuasaan undang-
undang
Akta Kualiti Alam Sekitar
Pemeriksaan dan pemantauan kawasan tumpahan minyak / penerokaan mineral lain. Akta Perhutanan
Akta Perhutanan Negara (Pindaan 1993)
Akta Perlindungan Hidupan Liar Mewarta Hutan Simpan Kekal dan Taman Negara
Kawasan tertentu duwarta sebagai hutan simpan, taman negara, hutan lipur danrizab perlindungan haiwan
Contoh Hutan Simpan Sik< Taman Negara Pahang dan Bako Sarawak. Pemulihan Bekas Lombong
Akta Pembangunan Mineral 1994 dan Enakmen Mineral Negeri menggariskan langkah-langkah pemuliharaan selepas penerokaan.
Pendidikan alam Sekitar
Penubuhan FRIM Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia yang menjalankan penyelidikan perhutanan.
Penwujudan PERHILITAN Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara bagi melindungi taman negara dan huidupan liar
Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) danTabung Alam Malaysia merupakan badan bukan kerajaan yang menjalankan pendidikan alam sekitar kepada orang ramai.
10.4
PENGURUSAN SUMBER AIR DI JEPUN
Pengurusan air di Jepun terbahagi kepada tiga iaitu :
Pengurusan Air
Pengurusan Sungai
Membina empangan pelbagai guna
Membina empangan kecil di kawasan terpencil
Melebar dan mendalamkan dasar sungai
Membina laluan banjir (floodways)
Pengurusan Tasik
Membina sistem pebetungan
Membersihkan tasik-tasik
Mengawal pembiakan rumpai
Mendalamkan tasik
Kawalan Undang-undang
Undang-undang Kawalan Kualiti Air
Undang-undang Kawalan Buangan Industri 1958
Undang-undang asas Bagi Kawalan Pencemaran Alam Sekitar
10.5 INFO TAMBAHAN
BIL
KLASIFIKASI HURAIAN
1 Langka-langkah pengurusan
sumber
-Pemeliharaan
-Pemuliharaan
-Undang-undang
-Pendidikan