Transcript
  • 7/31/2019 94119850 Nota SJH1106 Imperialisme Di Asia Tenggara(1)

    1/35

    Nota SJH1106 Hazmanipda2012

    1

    IMPERIALISME DI ASIA TENGGARA

    MERKANTILISME

    Konsep Merkantilisme

    Merkantilisme boleh ditakrifkan sebagai satu sistem campur tangan kerajaan dalamhal ehwal ekonomi negara. Merkantilisme bertujuan untuk mengukuhkan kekuasaan

    politik dan kekayaan negara.

    Melalui campur tangan secara langsung dalam bidang ekonomi, kerajaan dapatmemastikan supaya perkembangan ekonomi yang berlaku seiring dengan matlamat

    dan kepentingan sesebuah negara bangsa.

    Dasar merkantilisme menjadi penting setelah kejatuhan sistem feudal di Eropah yangmenyaksikan pembentukan kerajaan berpusat dan moden yang membolehkan

    percantuman politik dan ekonomi di bawah satu pentadbiran.

    Oleh itu, pembentukan sistem ekonomi baharu ini telah berjaya mewujudkan satupasaran ekonomi tunggal, yang membawa kepada perkembangan bidang

    perekonomian seperti pertanian, industri dan perdagangan yang akhirnya

    meledakkan Revolusi Perindustrian di Eropah.

    Para pemikir Barat yang mendukung prinsip merkantilisme termasuklah John Hales,Milles dll yang berpendapat bahawa, negara yang berjaya adalah negara yang

    berjaya memasukkan emas sebanyak-banyaknya ke dalam negara, sehingga negara

    menjadi kaya dan makmur. Asas utama dalam merkantilisme adalah emas (hasil

    negara) adalah penentu kepada kekuatan dan kekayaan sesebuah negara.

    Perkataan merkantilisme adalah berasal dari perkataan merchant dalam bahasaInggeris yang bermaksud pedagang. Oleh itu, berdasarkan fahaman merkantilisme,

    setiap negara yang ingin maju haruslah memajukan sektor perdagangan,

    terutamanya yang melibatkan negara-negara luar.

    Justeru, semenjak awal abad ke-16, para pedagang Eropah mula merintis jalanperdagangan ke seluruh dunia terutamanya para pedagang dari Portugis, Sepanyol,

    Belanda, England dan Perancis.

  • 7/31/2019 94119850 Nota SJH1106 Imperialisme Di Asia Tenggara(1)

    2/35

    Nota SJH1106 Hazmanipda2012

    2

    Kemudiannya, dalam akhir abad ke-19, muncul pula kuasa imperialis Barat yangbaharu seperti Jerman, Russia dan Amerika Syarikat yang turut merintis perdagangan

    ke seluruh dunia.

    Perluasan Perdagangan

    Perdagangan bangsa Eropah keluar dari benua mereka bermula dengan penemuanjalan laut ke Timur, bermula dengan penemuan Tanjung Harapan di Afrika Selatan

    oleh Bartolomeu Dias, telah membuktikan bahawa terdapat jalan lain ke Timur.

    Dengan galakan dan dorongan oleh Raja Portugal, King Emanuel, pelayaran Vasco daGama kemudiannya berjaya tiba di Goa di India, seterusnya memulakan pertapakan

    kuasa Eropah di Timur.

    Berdasarkan semangat gold,gospel and glory, maka usaha untuk menguasaiperdagangan di Timur sehingga ke China telah dimulakan oleh para pedagang dari

    Portugis, Sepanyol, Belanda, Inggeris dan Perancis dalam usaha mereka

    memecahkan monopoli perdagangan yang selama ini dikuasai oleh orang-orang

    Islam terutamanya perdagangan rempah.

    Semenjak itu, para pedagang Eropah, samada melalui campurtangan ataupun tidaktelah menguasai perdagangan di Timur termasuk di Asia Tenggara terutamanya di

    laluan perdagangan penting di Selat Melaka.

    Pembinaan pelabuhan Portugis di Melaka dan Belanda di Betawi telah membolehkankuasa-kuasa ini memonopoli perdagangan di Tanah Melayu dan Indonesia. Portugis

    misalnya walaupun diancam perang tiga segi dengan Johor dan Acheh telah

    menjalinkan hubungan dengan kerajaan seperti Pedir dan Aru yang mempunyai

    antara pelabuhan terpenting di Selat Melaka.

    Belanda di bawah VOC pula lebih berhati-hati dan menjalankan hubungan dagangyang baik dengan kuasa-kuasa tempatan bagi memenuhi keperluan perdagangan

    mereka. Misalnya, dengan membantu Johor-Riau menjatuhkan Portugis di Melaka

    telah membolehkan VOC menguasai hasil perdagangan di Tanah Melayu yang

    dibawa berdagang ke pelabuhan Melaka, manakala bantuan VOC dalam

    menjatuhkan kedudukan Bugis di Tanah Melayu setelah diminta oleh Sultan Mansor

  • 7/31/2019 94119850 Nota SJH1106 Imperialisme Di Asia Tenggara(1)

    3/35

    Nota SJH1106 Hazmanipda2012

    3

    Terengganu membolehkan Belanda mendapatkan monopoli lada daripada negeri

    tersebut.

    Perluasan perdagangan bangsa Eropah kemudiannya sampai ke China yangmerupakan antara pasaran terbesar di dunia disebabkan jumlah penduduknya yang

    ramai selain barang perdagangan yang diperlukan di Eropah terutamanya sutera dan

    teh.

    Hasil perluasan perdagangan bangsa Eropah sehingga ke China, perasaan untukmenguasai negara-negara tersebut dalam menguasai kegiatan perdagangan di Timur

    telah membawa kepada perlaksanaan imperialisme Barat di Timur termasuklah di

    Asia Tenggara.

    IMPERIALISME

    Konsep Imperialisme

    Secara umumnya, imperialisme bermaksud kecenderungan dan kegiatan sesebuahmasyarakat atau negara meluaskan penguasaannya terhadap masyarakat atau

    negara lain.

    Imperialisme menonjolkan sifat-sifat keunggulan (hegomoni) oleh sesuatu bangsa keatas bangsa lain.

    Konsep imperialime juga meragkumi gerak perluasan masyarakat atau negarabangsa tertentu untuk membina empayar. Bentuk empayar boleh bersifat tanah

    jajahan atau memperoleh kedudukan istimewa dalam kegiatan pasaran, penguasaan

    bahan-bahan mentah dan penindasan terhadap penggunaan buruh.

    Justeru, konsep imperialisme mempunyai kaitan dengan hubungan ekonomi yangtidak seimbang antara dengan rakan perdagangan kecil, besar, miskin dan kaya, yang

    akan melibatkan pergantungan politik dan ekonomi pihak yang miskin dan kecil

    kepada negara yang besar dan kaya.

  • 7/31/2019 94119850 Nota SJH1106 Imperialisme Di Asia Tenggara(1)

    4/35

    Nota SJH1106 Hazmanipda2012

    4

    Faktor Pemangkin Imperialisme di Asia Tenggara

    Faktor 1: Kedudukan Strategik

    Kawasan Asia Tenggara terletak di sebuah kawasan yang amat strategik di dunia,berada di laluan perdagangan maritim di antara Timur dan Barat, yakni dari China ke

    India.

    Kedudukan ini menyebabkan kawasan Asia Tenggara menjadi pusat perdaganganyang tersibuk di dunia pada zaman kegemilangannya. Seperti catatan Tome Pires

    yang dipetik oleh Andaya (1982), sesiapa yang menguasai Melaka seolah-olah

    menguasai dunia menunjukkan bahawa kawasan Asia Tenggara (dalam konteks

    Tome Pires adalah Melaka) adalah kawasan yang terkaya di dunia, malah catatan

    Tome Pires kemudiannya menyebut bahawa jumlah keuntungan perdagangan di

    Melaka pada ketika itu hampir menyamai pelabuhan tersibuk di Eropah iaitu Seville.

    Kedudukan pelabuhan-pelabuhan yang strategik yang silih berganti di Asia Tenggaraterutamanya di laluan Selat Melaka seperti pelabuhan Srivijaya yang kemudiannya

    diambilalih peranannya oleh Samudra-Pasai, Haru (Aru), dan Melaka kemudiannya

    yang berjaya mencipta satu ketamadunan di Selat Melaka dan apabila jatuhnya

    Melaka muncul pula pelabuhan Acheh yang mengambilalih peranan tersebut.

    Kedudukan negara-negara Asia Tenggara di antara laluan India-China menyebabkanwujudnya jumlah pelabuhan yang banyak bermula dari Vietnam di sempadan laut

    China sehinggalah ke Acheh di penghujung Selat Melaka. Hal ini kerana para

    pedagang yang berlayar ke China dan sebaliknya perlu segera berlindung di mana-

    mana pelabuhan terdekat apabila tiba sahaja musim angin monsun yang berbahaya

    kepada kapal-kapal mereka.

    Apabila Barat telah menemui jalan laut ke Timur, mereka telah memanfaatkanpeluang ini untuk berdagang sehingga ke China kerana keperluan-keperluan mereka

    untuk mendapatkan barangan dan bekalan seperti bahan makanan, rempah-ratus,

    ubat-ubatan, dan barangan mewah seperti sutera dan tembikar yang selama ini

    didominasi oleh para pedagang Islam.

    Orang Barat pada ketika itu tidak boleh berdagang menggunakan jalan daratmengikuti laluan rempah (spice route) atau laluan sutera (silk route) ke India dan

    China kerana laluan tersebut dikuasai oleh kerajaan-kerajaan Islam di Timur Tengah

  • 7/31/2019 94119850 Nota SJH1106 Imperialisme Di Asia Tenggara(1)

    5/35

    Nota SJH1106 Hazmanipda2012

    5

    seperti kerajaan Mamluk dan Turki Uthmaniyyah. Oleh itu, satu-satunya jalan

    perdagangan untuk memecah monopoli perdagangan kerajaan Islam di Timur adalah

    melalui jalan laut walaupun pada awalnya mereka terpaksa berlayar mengelilingi

    Tanjung Harapan di Afrika sebelum berjaya tiba di India.

    Oleh itu, kuasa-kuasa Barat yang menubuhkan syarikat-syarikat perdagangan sepertiSyarikat Hindia Timur Belanda (VOC) dan Syarikat Hindia Timur Inggeris (EIC)

    memerlukan satu pengkalan di Timur bagi menjamin kelangsungan perdagangan di

    kawasan tersebut.

    Di Indonesia, VOC misalnya telah bertindak menguasai Betawi (Jakarta pada masasekarang) sebagai pengkalan mereka bagi menguasai perdagangan rempah di

    Nusantara. Pada ketika itu, Eropah sangat menggilakan penguasaan dan berusaha

    untuk memonopoli rempah di pusat pengeluarannya sendiri di Kepulauan Rempah di

    Indonesia.

    Belanda juga telah berazam untuk menguasai Kepulauan Maluku yang kaya dengancengkih, di mana di dunia pada ketika itu buah pala dan cengkih hanya terdapat

    secara meluas di kawasan Maluku.

    Menurut Nicholas Tarling (2001), British walaupun tidak cuba untuk menguasaikeseluruhan Vietnam telah bertindak menguasai wilayah Tonkin di sempadan

    Vietnam-China sebagai pengkalan mereka untuk selangkah ke Yunnan di China yang

    sangat diidamkan mereka.

    Di Pulau Pinang pula, Nicholas Tarling (2001) menyatakan bahawa faktor penarikkepada usaha Syarikat Hindia Timur British (SHTI) untuk menguasai Pulau Pinang

    adalah disebabkan kedudukannya yang strategik di pintu masuk ke Selat Melaka.

    Kemudiannya SHTI yang menugaskan Raffles berjaya pula menguasai Singapura jugadi pintu masuk ke Selat Melaka dari arah China. Hal ini bermakna keseluruhan Selat

    Melaka di dua buah pintu masuknya di utara dan selatan sudah dikuasai oleh British.

    Faktor terpenting mengapa Pulau Pinang dianggap penting adalah kerana Britishmemerlukan sebuah pengkalan baru di sebelah Timur India sebagai pengkalan

    sokongan kepada pengkalan British di Goa, India.

    Hal ini kerana British telah bersaing dengan Perancis di India bagi menguasaiperdagangan dan pengaruh di negara tersebut. Oleh itu, sekiranya pengkalan British

  • 7/31/2019 94119850 Nota SJH1106 Imperialisme Di Asia Tenggara(1)

    6/35

    Nota SJH1106 Hazmanipda2012

    6

    di Goa cuba diserang musuh, pengkalan British di Pulau Pinang mampu untuk

    membantu Goa dari segi sokongan ketenteraan.

    Di Indochina pula, Perancis bertindak menguasai Vietnam dan Kampuchea keranapotensi pasaran barangan yang ada pada wilayah tersebut. Pada era tersebut

    Perancis di bawah pemerintahan Napoleon III telah mengalami revolusi

    perindustrian yang pesat seperti negara lainnya di Eropah.

    Oleh itu, Perancis melihat satu keperluan kepada mereka untuk menguasai kawasanIndochina sebagai sebuah kawasan yang berkepadatan penduduk selain kedudukan

    Indochina yang strategik kerana bersempadanan dengan Tanah Besar China di utara.

    Hal ini penting kerana cita-cita kebanyakan penjajah Eropah adalah untuk

    menembusi pasaran China yang mempunyai jumlah penduduk yang terbesar di

    dunia pada ketika itu.

    Di Filipina pula, Sepanyol melihat potensi yang ada pada Filipina sebagai sebuahpusat perdagangan entrepot di Asia Timur Jauh. Hal ini kerana kedudukannya yang

    berhampiran dengan kawasan Asia Timur termasuk China, Korea dan Jepun selain

    kedudukannya yang berhampiran dengan pusat pengeluaran rempah di Indonesia.

    Malah, Belanda juga pernah berusaha untuk merampas Filipina daripada Sepanyoltetapi telah menemui kegagalan. Selain itu, perdagangan Sepanyol dan Amerika

    Syarikat dilaksanakan di mana Filipina menjadi pusat pengumpulan sutera China dan

    rempah ratus sebelum didagangkan di Pelabuhan Acapulco di Mexico.

    Selain itu, kedudukan strategik kebanyakan negara di Asia Tenggara yang beradaberhampiran garisan khatulistiwa menyebabkan negara-negara ini menerima

    taburan cuaca panas dan lembap sepanjang tahun.

    Hal ini memainkan peranan yang sangat penting dalam pertanian kerana tanahmenjadi subur dengan penerimaan taburan hujan yang sekata di kawasan Asia

    Tenggara yang kebanyakannya beriklim hutan hujan tropika dan hutan malar tropika.

    Selain tanahnya yang subur, kawasan Asia Tenggara juga menjamin bekalan tenagakerja yang ramai kerana jumlah rakyatnya yang banyak seperti di Indonesia yang

    dimanfaatkan oleh Belanda untuk menjalankan pertanian kultur di Pulau Jawa.

  • 7/31/2019 94119850 Nota SJH1106 Imperialisme Di Asia Tenggara(1)

    7/35

    Nota SJH1106 Hazmanipda2012

    7

    * Kata kunci untuk kedudukan strategik Asia Tenggara: TM dan Indonesia - terletak di Selat

    Melaka - laluan tersibuk dunia. Filipina - pusat perdagangan China-Amerika Sykt. Indochina

    - pintu masuk ke Tanah Besar China

    Faktor 2: Kekayaan Bahan Mentah

    Kedudukan strategik Asia Tenggara tidak akan menjadi satu tarikan kepada kuasaasing melainkan kelebihannya yang mampu untuk menjana keperluan ekonomi

    kepada kuasa yang ingin meluaskan kuasa ke kawasan tersebut.

    Kejayaan Melaka muncul sebagai sebuah pelabuhan termaju di Selat Melaka dalamabad ke 15 dan 16 menurut Andaya (1982) banyak dibantu oleh kekayaan bahan

    mentah di kawasan sekitarnya terutamanya di kawasan Tanah Melayu dan

    Indonesia.

    Di Tanah Melayu misalnya diketahui sebagai kawasan yang kaya dengan sumbergalian seperti emas dan bijih timah. Malah, para pedagang India telah menggelarkan

    Tanah Melayu sebagai swarnabumi iaitu bumi emas kerana kekayaan hasil yang

    ada padanya manakala ilmuan Greek, Ptolemy menggelarkan Tanah Melayu sebagai

    The Golden Khersonese (Semenanjung Emas).

    Menurut Muhammad Yusoff Hashim (1989) dalam bukunya Kesultanan MelayuMelaka menjelaskan bahawa kawasan di antara Kelang di Selangor sehingga ke

    Kedah di Utara meliputi kawasan seperti Bernam dan Dinding (Manjung) adalah

    sebuah kawasan yang sangat kaya dengan bahan mentah seperti bijih timah.

    Perlombongan timah telah dibuat secara tradisional semasa era Melaka sebelum

    dimodenkan apabila kedatangan British ke Tanah Melayu.

    Kekayaan bijih timah di kawasan tersebut juga pernah menarik minat Belandaapabila mereka membuka sebuah kota di Pulau Pangkor pada 1670 bertujuan untuk

    memonopoli perdagangan bijih timah di kawasan Dinding (Manjung). Perlombongan

    emas di Tanah Melayu pula terdapat di kawasan seperti di Hulu Tembeling di Pahang

    yang menjadi salah satu daripada sumber kerajaan Melaka yang memperdagangkan

    emas bijih menerusi denai penarikan di Pahang.

  • 7/31/2019 94119850 Nota SJH1106 Imperialisme Di Asia Tenggara(1)

    8/35

    Nota SJH1106 Hazmanipda2012

    8

    Di Indonesia pula, kekayaannya dalam bahan mentah dapat dilihat menerusipengeluaran rempah-ratus, buah pala dan cengkih yang terdapat secara semulajadi

    di Kepulauan Rempah dan Pulau Maluku terutamanya Ternate dan Tidore.

    Penemuan petroleum di persisiran Pantai Timur Sumatera dan Kalimantan telah

    dimanfaatkan oleh Belanda dengan penubuhan Royal Dutch Shell dan Dordrecht.

    Selain itu, kawasan seperti Siak dan Minangkabau pula terkenal dengan perusahaanlada hitam dan bijih timah manakala kawasan lain di Indonesia juga kaya dengan

    hasil-hasil semulajadi terutamanya hasil hutan seperti kapur barus, damar, rotan dll.

    Di Filipina pula, menurut K.Gilbert dan L.Dorothy (1978), Sepanyol telah menyedaribahawa Filipina tidaklah sekaya negara-negara lain di Asia Tenggara.

    Walaubagaimanapun, Filipina tetap memiliki kekayaan hasil bumi melalui pelbagai

    jenis galian seperti logam perak, batu arang dan batu kapur.

    Oleh itu, Sepanyol telah memanfaatkan galian perak yang terdapat di Filipina untukdijadikan syiling perak bagi digantikan dengan kain daripada negara China yang akan

    dieksport semula ke Sepanyol. Negara yang berbentuk kepulauan seperti Filipina ini

    juga kaya dengan hasil laut seperti mutiara dan obor-obor terutamanya di kawasan

    Kepulauan Sulu yang dieksport keluar oleh Sepanyol ke Eropah.

    Di Burma pula, British telah tertarik dengan kesuburan tanahnya selain kekayaanhasil hutan Burma seperti kayu jati dan perlombongan batu permata. Selain itu,

    Burma juga memiliki kualiti beras yang berkualiti tinggi selain pokok kapas yang

    diperlukan untuk membuat tekstil. British sangat meminati kayu jati Burma yang

    sangat diperlukan dalam industri pembuatan kapal kerana jenis kayunya yang

    berkualiti tinggi.

    Di negara-negara Indochina pula, negara-negara tersebut merupakan negara yangberasaskan pertanian, perikanan dan perhutanan berbanding negara-negara Selat

    Melaka yang mengamalkan tradisi ekonomi maritim. Walaubagaimanapun, negara

    ini juga kaya dengan bahan-bahan perlombongan seperti antimoni, emas dan bijih

    besi.

    * Kata kunci kekayaan bahan mentah di Asia Tenggara: TM - Bijih timah, emas, hasil hutan

    dll. Indonesia - bijih timah, lada hitam, rempah, cengkih dll. Burma - kayu jati, kapas, beras,

  • 7/31/2019 94119850 Nota SJH1106 Imperialisme Di Asia Tenggara(1)

    9/35

    Nota SJH1106 Hazmanipda2012

    9

    permata, dll. Filipina - perak, batu arang, batu kapur. Indo-China - emas, bijih besi, antimoni

    dll.

    Faktor 3: Revolusi Perindustrian

    Pada akhir abad ke 18 dan awal abad ke 19, telah berlakunya satu revolusi dalambidang ekonomi di Britain yang telah menggantikan ekonomi berasaskan tenaga

    buruh kepada ekonomi berasaskan mesin terutamanya dalam bidang pertanian dan

    pembuatan. Revolusi ini kemudiannya telah merebak ke seluruh Eropah.

    Menurut John A Schey (2009) dalam bukunya Pengenalan Proses Pembuatan,revolusi perindustrian semuanya dilihat bermula dengan penciptaan enjin wap oleh

    James Watt. Hal ini telah banyak merubah sektor perindustrian yang menggantikan

    kuasa fizikal manusia kepada kuasa mekanik mesin. Penerimaan mesin kuasa wap

    oleh kaum pemodal disebabkan kosnya yang lebih murah berbanding tenaga buruh

    yang memerlukan bayaran gaji tetap setiap bulan.

    Semenjak itu, revolusi perindustrian telah menyaksikan banyak penciptaan teknologibaru seperti teknologi pengetinan, teknologi pembuatan kereta dan pelbagai

    teknologi lainnya.

    Masalah yang dihadapi Eropah pada ketika itu adalah, mereka telah mempunyaiteknologi tetapi mengalami masalah untuk melaksanakan teknologi tersebut

    disebabkan ketiadaan bahan-bahan mentah yang diperlukan oleh mereka.

    Teknologi pengetinan misalnya memerlukan penggunaan timah, manakala teknologipembuatan kereta memerlukan bijih besi dan getah untuk dibuat tayar. Selain itu,

    getah sangat diperlukan untuk industri seperti dalam pembinaan rel kereta api bagi

    dijadikan pelapik di antara dua rel, pembuatan sarung tangan, but getah dan lain-

    lain.

    Oleh itu, para penjajah Eropah melihat perlunya mereka untuk menduduki AsiaTenggara bagi mengeksploitasi bahan-bahan mentah seperti bijih timah dan getah.

    Menurut Nicholas Tarling (2001), British pada mulanya menjalankan perdagangan

    dengan negeri-negeri Melayu seperti Perak dengan membeli bekalan bijih timah

    daripada mereka.

  • 7/31/2019 94119850 Nota SJH1106 Imperialisme Di Asia Tenggara(1)

    10/35

    Nota SJH1106 Hazmanipda2012

    10

    Walaubagaimanapun, British mula bertindak untuk campurtangan di Perak bagimemonopoli negeri Perak yang kaya dengan bijih timah. Melalui Perjanjian Pangkor

    1874 menyebabkan Perak menerima sistem Residen British yang berkuasa dalam

    ekonomi termasuk dalam perlombongan bijih timah. Malah, berdasarkan perjanjian

    tersebut British telah menduduki daerah Dindings (Manjung) yang kaya dengan bijih

    timah.

    Seterusnya, eksperimen penanaman getah di Singapura dan Tanah Melayu pada1886 oleh Sir H.N Ridley telah membuahkan hasil, seterusnya menyebabkan

    penanaman getah menjadi tanaman komersil terpenting bukan sahaja di Tanah

    Melayu tetapi ke seluruh Asia Tenggara. Kejayaan ini adalah kerana keadaan iklim di

    Asia Tenggara yang sama dengan tempat berasalnya getah iaitu Brazil.

    Di Indonesia, Belanda telah mula menanam getah yang memberi keuntungan yanglebih tinggi untuk tanaman eksport berbanding tanaman lada hitam dan tebu.

    Perkara sama turut dilaksanakan oleh penjajah Perancis di Indochina dan Sepanyol diFilipina. Di Burma, British turut membawa masuk tanaman getah untuk ditanam di

    sana dalam bentuk perladangan dan kebun kecil. Boleh dikatakan hampir kesemua

    negara di Asia Tenggara mula menanam getah sebagai tanaman komersil yang

    menguntung menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan pengeluar getah

    terbesar di dunia yang didominasi Tanah Melayu, Indonesia dan Siam.

    Selain melihat Asia Tenggara sebagai pusat untuk mendapatkan bahan mentah, parapenjajah juga melihat Asia Tenggara sebagai pasaran yang baik untuk mengeksport

    barangan yang telah dikeluarkan oleh mereka ke negara-negara di Asia Tenggara. Hal

    ini kerana, negara-negara seperti Indonesia dan Indo-China sebagai sebuah

    Persekutaan yang besar mempunyai jumlah penduduk yang sangat ramai.

    Faktor 4: Kemajuan Pengangkutan dan Perhubungan di Barat

    Pada abad ke 16, pelayaran bangsa Eropah ke Timur telah mula dirintis olehkebanyakan negara terutamanya Sepanyol dan Portugis. Vasco da Gama dengan

    sokongan Putera Emmanuel telah berjaya menemui Goa di India setelah berlayar

    dari Portugal melalui jalan ke Tanjung Harapan di Afrika Selatan.

  • 7/31/2019 94119850 Nota SJH1106 Imperialisme Di Asia Tenggara(1)

    11/35

    Nota SJH1106 Hazmanipda2012

    11

    Selepas penemuan jalan ke laut ke Timur tersebut, bangsa Eropah telah berlumba-lumba ke Timur yang telah memecahkan monopoli perdagangan kerajaan Islam di

    darat.

    Pada zaman imperialisme Barat, perkembangan revolusi perindustrian telahmemajukan sistem pengangkutan untuk ke Timur. Sekiranya sebelum ini perjalanan

    ke Timur banyak dibantu oleh penggunaan kapal layar yang memerlukan

    penggunaan kain layar untuk menggerakkan kapal mengikut arah pergerakan angin,

    penciptaan kapal wap pertama yang mampu berlayar oleh British pada 1807

    berinspirasikan ciptaan enjin wap oleh James Watt telah mencipta satu lagi teknologi

    dalam pelayaran moden.

    Usaha untuk membina kapal yang digerakkan oleh enjin telah lama dilakukan diEropah oleh negara seperti Sepanyol, Perancis dan lain-lain dalam usaha berlumba

    untuk memajukan teknologi masing-masing. Walaubagaimanapun, British akhirnya

    menjadi negara pertama yang berjaya merealisasikan penciptaan kapal wap

    tersebut.

    Penciptaan kapal wap telah memberikan banyak kelebihan dalam bidang pelayaran.Pertama, masa perjalanan kapal dapat dipendekkan tanpa perlu menunggu arah

    pergerakan angin yang banyak membantu proses mengemudi kapal layar sebelum

    itu.

    Selain itu, penciptaan kapal wap yang menggunakan kerangka besi berbanding kayusebelumnya juga membolehkan kapal menampung muatan yang lebih tinggi seperti

    membawa bijih timah, balak dan sebagainya. Hal ini akan memudahkan lagi proses

    pengeksploitasian ekonomi oleh para penjajah di Asia Tenggara.

    Seterusnya, pembinaan Terusan Suez juga telah berjaya memendekkan jarakperjalanan dari Barat ke Timur.

    Individu pertama yang mencadangkan pembinaan terusan ini ialah NapoleonBonaparte yang menemui laluan purba orang Mesir Purba di laut tersebut ketika

    Perancis menduduki Mesir selama beberapa tahun pada 1798 sebelum ditawan

    semula oleh kerajaan Islam Uthmaniyyah dengan bantuan British pada tahun 1801.

    Pembinaan terusan tersebut kemudiannya dilaksanakan pada zaman pemerintahanSaid Pasha, pemerintah bagi Mesir dan Sudan selepas usaha pembinaannya

  • 7/31/2019 94119850 Nota SJH1106 Imperialisme Di Asia Tenggara(1)

    12/35

    Nota SJH1106 Hazmanipda2012

    12

    diberikan kepada Ferdinand de Lesseps, seorang diplomat Perancis. Ketika

    pembinannya itu, Perancis sangat beria-ia untuk merealisasikan terusan tersebut

    walaupun kuasa Eropah lain berasa ragu mengenai kejayaan terusan tersebut.

    Malah ketika pembinaan terusan tersebut, British pernah membuat bantahan rasmikerana kematian beribu-ribu orang buruh abdi dalam menyiapkan projek tersebut.

    Pembinaan yang siap pada November 1869 setelah dibina selama sepuluh tahun

    tersebut telah memecahkan daratan yang berjaya memisahkan Laut Mediterranean

    dan Laut Merah di Bandar Suez menjadi satu laluan air yang bersambung.

    Pembukaan Terusan Suez ini telah berjaya memendekkan perjalanan dari Eropah keTimur kerana para pelayar tidak perlu lagi untuk melalui jalan laut ke Afrika sebelum

    sampai ke India. Kerana fungsinya itu, terusan tersebut telah diberi jolokan

    Lebuhraya ke India kerana jarak perjalanan ke India yang dapat dipendekkan.

    Akhirnya, Terusan Suez telah menjadi sebuah laluan perdagangan terpenting di

    dunia selepas itu.

    Pembukaan Terusan Suez pula dilihat seiring dengan kewujudan kapal wap berjayamemudahkan pergerakan ke Timur. Hal ini kerana penggunaan kapal layar di terusan

    tersebut adalah tidak sesuai kerana halaju angin yang agak kuat di kawasan tersebut.

    Sebagai menjamin keselamatan terusan tersebut, akhirnya Convention

    Constantinople ditandatangani bagi menjadikan terusan tersebut sebagai sebuah

    zon berkecuali yang membenarkan kesemua kapal dari negara Eropah untuk lalu di

    kawasan tersebut.

    Faktor 5: Tugas Menyebarkan Tamadun

    Bangsa Eropah menganggap bangsa mereka sebagai sebuah bangsa bertamaduntinggi manakala bangsa-bangsa lain di dunia sebagai tidak bertamadun.

    Ketamadunan Eropah dilihat berasaskan teknologi moden dalam pelbagai bidang,

    ilmu pengetahuan dan keagamaan.

    Mereka menganggap tugas ini sebagai whites man burden iaitu menjaditanggungjawab dan beban kepada orang putih untuk menyebarkan tamadun ke Asia

    Tenggara. Sebenarnya, beban ini adalah bermakna kuasa Eropah cuba untuk

  • 7/31/2019 94119850 Nota SJH1106 Imperialisme Di Asia Tenggara(1)

    13/35

    Nota SJH1106 Hazmanipda2012

    13

    mewujudkan satu order baru di dunia yang mengikut segala telunjuk dan acuannya

    dalam bidang politik, sosial dan ekonomi.

    Perkara ini banyak dilihat dengan pengenalan dasar-dasar dan birokrasi Barat dinegara-negara yang didudukinya. Menurut K.Gilbert dan L.Dorothy (1978) sebagai

    contoh, apabila Perancis bertindak menduduki Indochina, mereka mendakwa

    mereka bertanggungjawab menyebarkan perutusan tamadun ke Indochina. Oleh

    itu, dasar-dasar Perancis telah diserap masuk ke dalam sistem pentadbiran Indochina

    secara asimilasi.

    Selain itu, tanggungjawab menyebarkan tamadun ini juga adalah salah satu proseskristianisasi ke atas para penduduk asal di negara yang dijajah. Misalnya di Filipina,

    Sepanyol telah berjaya mengkristiankan penduduk tempatan di negara tersebut

    kecuali di bahagian Moro dan Mindanao yang kekal dengan Islam kerana pengaruh

    Islam yang kuat telah berjaya diwujudkan oleh para pemerintah Kesultanan Sulu.

    Di Vietnam, Perancis telah giat membawa masuk mubaligh-mubaligh Kristian keVietnam sehinggakan Maharaja Minh Mang di Vietnam menguatkuasakan undang-

    undang melarang kemasukan mubaligh Kristian Peranchis kerana merosakkan

    kebudayaan tempatan pada tahun 1825.

    Walaubagaimanapun, British dan Belanda tidak berusaha untuk mengkristiankanpenduduk tempatan secara langsung kerana perjanjian di antara British dan Raja-raja

    Melayu untuk menyerahkan hal ehwal agama dan budaya kepada penguasaan Sultan

    di Tanah Melayu manakala Belanda di Indonesia pula lebih berminat dalam soal

    perdagangan semata-mata.

    Faktor 6: Persaingan Antara Kuasa-kuasa Barat

    Perancis dan Inggeris mempunyai sejarah persengketaan yang panjang. Malah,Perancis dan Inggeris pernah terlibat dalam Perang Seratus Tahun yang berlaku

    dalam abad ke 14 hingga abad ke 15. Kemudian, dalam era Napoleon, berlaku pula

    perang 200 tahun antara Kesatuan British dan Perancis. Oleh kerana Perancis dan

    British dilihat sama kuat dan maju, pertembungan mereka di Timur bermula apabila

    kedua-duanya berminat untuk menguasai India.

  • 7/31/2019 94119850 Nota SJH1106 Imperialisme Di Asia Tenggara(1)

    14/35

    Nota SJH1106 Hazmanipda2012

    14

    Semenjak itu, kuasa-kuasa besar Eropah berusaha untuk terlebih dahulu kawasanyang dirasakan mereka berpotensi dan kaya dengan hasil bumi sebelum dirampas

    oleh pesaing mereka di Eropah.

    Menurut Andaya (1982), dalam keadaan pegawai British di Pulau Pinang danSingapura menganggap Siam sebagai satu ancaman kepada mereka, di London para

    pembuat dasar bimbang mengenai kemungkinan perluasan kuasa oleh negara

    Eropah lain, terutamanya Perancis, masuk ke kepulauan tersebut.

    Sebagai respons terhadap perkara tersebut, satu perjanjian di antara British danBelanda yang dikenali sebagai Anglo-Dutch Treaty 1824 telah ditandatangani untuk

    membahagikan kawasan pengaruh mereka kepada dua bahagian supaya tidak

    berlaku pertikaian ke atas dua kawasan yang sama dalam proses perluasan kuasa.

    Untuk itu, Belanda telah mendapat bahagian Kepulauan Indonesia manakala British

    akan mengambilalih Tanah Melayu.

    Sebelum daripada itu, semasa era Perang Napoleon (1803-1815) yang disertai olehPerikatan British-Austria-Russia dan kerajaan-kerajaan lain menentang Perikatan

    Napoleon Perancis telah menyebabkan Belanda yang menyertai Perikatan British

    diserang dan diduduki oleh tentera Napoleon.

    Kerajaan Belanda yang terpaksa berlindung di Istana Kew England telahmenandatangani Surat-surat Kew di mana Belanda bersetuju untuk menyerahkan

    wilayah jajahan mereka kepada British secara sementara dan British perlulah

    mengembalikannya semula kepada Belanda apabila perperangan Napoleon tamat.

    Belanda terpaksa membuat perjanjian sedemikian kerana bimbang kuasa-kuasa lainbertindak menguasai Indonesia tanpa mereka mampu untuk menghalangnya.

    Di Filipina, walaupun Sepanyol telah mula menduduki negara kepulauan itu sejak1521, Belanda juga dilihat berminat untuk menguasai kawasan Kepulauan Filipina.

    Perebutan ini telah menyebabkan satu perang Sepanyol-Belanda berlaku pada 1646

    yang dikenali sebagai Perang La Naval de Manila.

    Belanda dalam perang tersebut telah berlayar dari Indonesia ke Filipina denganlapan belas buah kapal perang lengkap bersenjata berat, manakala tentera-tentera

    mereka telah dibahagikan kepada tiga skuadron.

  • 7/31/2019 94119850 Nota SJH1106 Imperialisme Di Asia Tenggara(1)

    15/35

    Nota SJH1106 Hazmanipda2012

    15

    Perang yang berlaku di perairan Manila itu walaubagaimanapun gagal untukdimenangi oleh Belanda setelah berlaku kekalahan teruk Belanda ke atas Sepanyol.

    Belanda yang tewas teruk dalam perperangan tersebut telah melupakan hasrat

    untuk menguasai Filipina.

    Selain kuasa Eropah, Amerika Syarikat juga berminat untuk menguasai kawasan AsiaTenggara. Amerika Syarikat misalnya, tercari-cari sebuah pengkalan di Asia Tenggara.

    Oleh itu, mereka telah menyatakan hasrat kepada Sultan Terengganu untuk

    membuka sebuah pengkalan di Pulau Redang.

    Selain itu kuasa lain yang pernah berminat untuk bertapak di Asia Tenggara adalahRusia yang berminat menguasai Ujong Salang di Indonesia manakala German pula

    berminat menguasai Pulau Langkawi di Kedah. Kesemua mereka

    walaubagaimanapun telah melupakan hasrat tersebut apabila British secara agresif

    mula menguasai keseluruhan Tanah Melayu dan Belanda pula menguasai seluruh

    Kepulauan Indonesia.

    Pun begitu, hasrat Amerika Syarikat untuk bertapak di Asia Tenggara tercapai apabilamereka berjaya mengalahkan Sepanyol di Filipina pada 1899 dalam Perang Sepanyol-

    Amerika dalam siri-siri Amerika menguasai beberapa jajahan Sepanyol seperti di

    Cuba, Puerto Rico,Guam dan Filipina. Perang yang pada mulanya adalah berdasarkan

    revolusi rakyat Filipina mengusir Sepanyol telah diambil kesempatan oleh Amerika

    Syarikat.

    Dasar-dasar Barat di Asia Tenggara

    1. Pengenalan Birokrasi Barat

    Bagi menguasai sesebuah negara, sesuatu kuasa itu perlu menguasai pemerintahannegara tersebut samada secara langsung mahupun tidak langsung. Di Indonesia,

    Filipina, Burma, sebahagian Tanah Melayu dan sebahagian Indochina, penguasaan

    penuh kuasa asing telah masuk ke negara tersebut manakala di sebahagian kawasan

    di Tanah Melayu dan wilayah Annam,Tongking,Kampuchea dan Laos menerima

  • 7/31/2019 94119850 Nota SJH1106 Imperialisme Di Asia Tenggara(1)

    16/35

    Nota SJH1106 Hazmanipda2012

    16

    sistem Residen di mana pentadbiran asing dibuat secara tidak langsung (indirect)

    tetapi pada hakikatnya pemerintah tempatan dipaksa untuk mengikut telunjuk

    mereka.

    Di Tanah Melayu misalnya, sistem birokrasi Barat telah diperkenalkan oleh Britishdengan pengenalan kepada sistem pemerintahan berpusat.

    Menurut L.Y Fong (2005), pemerintahan berpusat mula diperkenalkan oleh British keatas tiga buah negeri di Tanah Melayu iaitu Pulau Pinang, Melaka dan Singapura

    digabungkan di bawah sebuah unit politik yang dikenali sebagai Negeri-negeri Selat

    (Straits Sattlements). Bagi melicinkan pentadbiran negeri-negeri tersebut, Seorang

    gabenor dilantik dan ianya tertakluk kepada arahan-arahan dari Kerajaan India.

    Kemudiannya, British telah menguasai keseluruhan Tanah Melayu dan menubuhkanSistem Residen di Negeri-negeri Melayu Bersekutu meliputi Selangor, Negeri

    Sembilan, Perak dan Pahang manakala Sistem Penasihat diwujudkan di Negeri-negeri

    Tidak Bersekutu seperti Johor,Kelantan,Kedah,Perlis dan Terengganu.

    Selain itu, British ketika menduduki Burma pula telah melaksanakan sistem birokrasiBarat dengan melantik Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pemerintah tertinggi di

    Burma.

    Seterusnya, di peringkat tempatan, sistem pentadbiran tempatan diambil alih olehMyo-ok (pegawai bandaran) dan sistem undang-undang Barat diperkenalkan. Pada

    zaman British di Burma, Pengaruh golongan agama merosot berikutan fungsi raja

    sebagai penaung sami Buddha telah diambil alih oleh undang-undang

    Barat. Seterusnya,bagi melicinkan pentadbiran, beberapa jenis jabatan seperti

    jabatan perhutanan, jabatan kesihatan dan jabatan kesihatan telah ditubuhkan.

    Di Indonesia pula, menurut David J.Steinberg et al(1971), pemerintah Belanda perlumemastikan bahawa sistem pemerintahan yang dilaksanakan perlu mengambil kira

    jarak di antara wilayah di negara kepulauan tersebut, selain keterlibatan masyarakat

    tempatan dalam sistem politik yang diwujudkan.

    Oleh itu satu sistem pemerintahan berpusat telah diperkenalkan oleh Belandadengan menjadikan Batavia (Betawi, kini Jakarta) sebagai pusat pemerintahan

    mereka. Pemerintahan di peringkat pusat diketuai oleh seorang Gabenor Jeneral

    dengan dibantu oleh Dewan Sektariat Hindia Belanda.

  • 7/31/2019 94119850 Nota SJH1106 Imperialisme Di Asia Tenggara(1)

    17/35

    Nota SJH1106 Hazmanipda2012

    17

    Selain itu, Belanda juga telah mewujudkan beberapa buah jabatan bagi melicinkanpentadbiran pusat seperti Jabatan Pertanian dan Jabatan Pelajaran. Di peringkat

    wilayah pula, sistem pentadbiran tempatan diwujudkan dengan ditadbir oleh

    pembesar tempatan tetapi diawasi oleh pegawai Belanda.

    Seterusnya, Dewan Tempatan telah diperkenalkan Belanda bagi menasihatkanpemerintah dalam pentadbiran tetapi dewan ini tidak pula mempunyai kuasa

    perundangan. Selain itu, hasil daripada desakan Sarekat Islam, Volksraad atau Dewan

    Rakyat ditubuhkan oleh Belanda pada 1916 bagi menasihat dan membuat dasar

    kepada pemerintahan Belanda.

    Di Indochina pula, pentadbiran Perancis di negara tersebut telah menggabungkantiga buah negara iaitu Vietnam, Kampuchea dan Laos di bawah satu Persekutuan

    yang dikenali sebagai Union Indochainoise(Indochina Bersatu).

    Melalui penggabungan ini, sebuah pentadbiran berpusat telah diwujudkan. Ideapenubuhan Indochina telah diluluskan pembentukannya dalam Parlimen Perancis.

    Menurut K.Gilbert dan L.Dorothy (1978), melalui pentadbiran berpusat ini,

    pemerintah tertinggi di Indochina ialah Gabenor Jeneral.

    Pemerintahan wilayah di Perancis telah terbahagi kepada dua sistem iaitu pertamasistem gabenor dan keduanya adalah sistem residen. Perbezaan ini adalah kerana

    hanya wilayah Cochin-China yang diduduki secara langsung dan wilayah ini

    menerima Gabenor Muda sebagai pentadbir mereka.

    Di wilayah-wilayah lain diwujudkan dua orang Residen Kanan di mana Residen Kananpertama mentadbir Tongkin dan Annam manakala Residen Kanan Kedua mentadbir

    wilayah Kampuchea dan Laos.

    Perancis juga telah mengekalkan sistem pemerintahan tempatan termasuklah sistemMaharaja di Vietnam walaupun pada dasarnya Residen dilihat lebih berkuasa dalam

    menentukan segala dasar. Bagi memudahkan pembahagian ekonomi, wilayah utara

    Indochina dikhususkan untuk industri manakala wilayah selatan untuk pertanian.

    Di Filipina pula, penjajahan Sepanyol telah menyebabkan pembentukan pentadbiranberpusat yang diketuai oleh Gabenor Jeneral sebagai pemerintah tertinggi, Datuk

    Bandar sebagai pemerintah di peringkat wilayah manakala Gabenor Kecil sebagai

    pentadbir di peringkat bandaran.

  • 7/31/2019 94119850 Nota SJH1106 Imperialisme Di Asia Tenggara(1)

    18/35

    Nota SJH1106 Hazmanipda2012

    18

    Di peringkat tempatan pula, Sistem Encomienda diwujudkan hasil penyatuanbarangay-barangay. Setiap Encomienda akan diperintah oleh seorang encomiendaro

    dan tugas mereka adalah untuk menjaga keamanan, mengutip cukai dan

    mengkristiankan penduduk.

    2. Dasar Belanda di Indonesia

    Sistem Kultur

    Krisis kewangan yang meruncing di Belanda akibat pemulihan pasca PerangNapoleon, diikuti dengan perbelanjaan menentang pemberontakan dalam Perang

    Jawa dan kemudiannya pemberontakan pembebasan Belgium daripada penjajahan

    Belanda telah menyebabkan ekonomi Belanda hampir muflis.

    Selain itu, perdagangan Belanda di Betawi merosot dengan teruk setelahkemunculan pelabuhan British di Singapura yang menjadi tumpuan utama para

    pedagang Eropah.

    Bagi mengatasi masalah tersebut, Belanda telah memperkenalkan Sistem Kulturatau lebih dikenali sebagai tanaman paksa di Indonesia terutamanya di Pulau Jawa.

    Melalui sistem ini, para petani telah dipaksa untuk menanam beberapa jenistanaman eksport yang telah ditetapkan oleh Belanda seperti kopi, tebu, tembakau,

    cengkih, teh dll.

    Untuk itu, para petani dikehendaki memperuntukkan satu per lima (1/5) daripadatanah mereka bagi ditanam dengan tanaman-tanaman eksport yang akan dijual

    kepada Belanda dan mereka akan dikecualikan daripada membayar cukai untuk

    tanah yang digunakan bagi menanam tanaman eksport.

    Bagi para petani yang tidak mempunyai tanah, mereka dikehendaki untuk berkerja diladang-ladang milik Belanda selama 66 hari dalam setahun.

    Sistem tanaman paksa ini dianggap membebankan petani tempatan kerana merekadipaksa meninggalkan amalan pertanian sara diri yang digunakan untuk menampung

    keperluan makanan harian mereka kepada pertanian eksport untuk keuntungan

    Belanda. Akibatnya, bekalan makanan meruncing dan semakin berkurangan dan

    beratus ribu penduduk telah mati kebuluran di Jawa Tengah disebabkan sistem yang

    telah diperkenalkan ini.

  • 7/31/2019 94119850 Nota SJH1106 Imperialisme Di Asia Tenggara(1)

    19/35

    Nota SJH1106 Hazmanipda2012

    19

    Malah, sistem ini turut ditentang oleh golongan liberal di Belanda yang menganggapsistem ini seperti salah satu daripada bentuk amalan perhambaan ke atas penduduk

    tempatan selain memeras keringat rakyat untuk kepentingan ekonomi.

    Dasar Liberal

    Penindasan dan penyelewengan dalam Sistem Kultur telah menyebabkan dasar barutelah diperkenalkan oleh pentadbiran Belanda di Indonesia.

    Dasar ini bukanlah satu bentuk dasar ekonomi oleh kerajaan Belanda di Indonesia,akan tetapi lebih kepada dasar pentadbiran dan perlaksanaan pentadbiran Belanda

    di Indonesia ke arah memperbaiki dan memulihkan taraf hidup rakyat Indonesia

    terutamanya di Pulau Jawa yang terjejas teruk akibat penindasan di bawah sistem

    kultur sebelumnya.

    Perlaksanaan dasar ini telah membolehkan ekonomi Indonesia mula dikawal olehgolongan kapitalis dan kaum pemodal Eropah, berbanding sistem kultur yang

    dikawal oleh kerajaan.

    Perubahan dasar Belanda di Indonesia adalah disebabkan pertukaran pemerintahanBelanda di bawah Parti Liberal yang lebih terbuka dan mendukung konsep

    liberalisme dan hak asasi manusia, selain pindaan di Parlimen yang memberi kuasa

    kepada Parlimen Belanda dalam menggubal dasar untuk tanah-tanah jajahan

    Belanda.

    Walaubagaimanapun, desakan terkuat untuk perlaksanaan dasar ini datang darikalangan para kapitalisme Belanda yang tidak diberi peluang untuk menanam modal

    di Indonesia, tidak seperti pentadbiran British di tanah-tanah jajahannya seperti

    India, Tanah Melayu dan Burma yang menggalakkan pemodal kapitalis dalam

    menjalankan aktiviti perekonomian di tanah-tanah jajahan.

    Apabila dasar liberal diperkenalkan, aktiviti ekonomi di Indonesia menjadi rancakdengan suntikan modal dalam kalangan pemodal Eropah dan kerajaan, dan pelbagai

    jenis tanaman baru diperkenalkan seperti getah, kelapa sawit dan koko

    diperkenalkan, manakala aktiviti ekonomi tidak lagi hanya tertumpu di Pulau Jawa,

    akan tetapi turut dilaksanakan di wilayah lain di Indonesia terutamanya di Sumatera.

  • 7/31/2019 94119850 Nota SJH1106 Imperialisme Di Asia Tenggara(1)

    20/35

    Nota SJH1106 Hazmanipda2012

    20

    Selain itu, suntikan modal membolehkan pelbagai aktiviti ekonomi barudiperkenalkan termasuk aktiviti perlombongan petroleum melalui penubuhan Royal

    Dutch Shell Company dan penumpuan kepada aktiviti perlombongan arang batu dan

    bijih timah.

    Sistem liberal telah mula meningkatkan taraf sosial masyarakat tempatan denganpembinaan sekolah-sekolah, kemudahan hospital, jalanraya dsb.

    Dasar Etika

    Walaupun dasar liberal dilihat lebih baik daripada sistem kultur yang pernahdiamalkan sebelumnya, hakikatnya taraf hidup rakyat di Indonesia tidak banyak

    berubah dan segala hasil mahsul Indonesia tetap diangkut ke Belanda.

    Oleh itu, desakan terus timbul di Belanda supaya kerajaan Belanda di Indonesiauntuk membalas budi Indonesia yang telah memberikan keuntungan kepada

    Belanda supaya dengan membantu meningkatkan taraf hidup rakyat tempatan.

    Dasar Etika diperkenalkan adalah bertujuan untuk membawa projek pembangunandan kebajikan politik , ekonomi dan sosial kepada rakyat .

    Antara kesan positif dasar etika ialah penubuhan Volksrad membawa kepadaperpaduan di kalangan pejuang kebangsaan Indonesia .

    Malah terdapat jalan raya dan keretapi memberi kemudahan perhubungan danpengangkutan kepada penduduk Bandar dan kampung . Seterusnya , kemudahan

    sistem pertanian yang diperkenalkan oleh Belanda membawa pertanian lebih maju .

    Pertanian bukan lagi menjadi bahan makanan , tetapi telah menjadi sumberpendapatan negara seperti bahan eksport .

    Lantaran itu , kehidupan rakyat tidak lagi terhimpit dan menderita kerana kesihatanrakyat terkawal melalui perubatan moden . Malah, ceti yang memberi dan mengutip

    hutang turut dihapuskan dalam pelaksanaan dasar etika.

    Selain itu, pemberian pendidikan kepada masyarakat tempatan telah melahirkanramai para intelektual yang akhirnya menjadi penggerak utama kepada kebangkitan

    nasionalisme masyarakat di Indonesia.

  • 7/31/2019 94119850 Nota SJH1106 Imperialisme Di Asia Tenggara(1)

    21/35

    Nota SJH1106 Hazmanipda2012

    21

    3. Dasar British di Tanah Melayu

    Pengenalan Sistem Dwiekonomi

    Kemasukan British ke Tanah Melayu telah menyaksikan dua sistem ekonomidiperkenalkan di mana masyarakat tempatan telah dikekalkan dengan aktiviti

    ekonomi mereka sebelum kedatangan British iaitu aktiviti ekonomi sara diri,

    manakala British telah mula memperkenalkan pelbagai aktiviti ekonomi dagangan

    terutamanya tanaman komersial dan perlombongan.

    Pengenalan sistem dwiekonomi ini telah menyebabkan orang-orang Melayu kekaldengan taraf hidup mereka di kawasan pedalaman dan kampung-kampung,

    manakala tanah-tanah baru telah dibuka untuk pertanian dagangan seperti buah

    pala, cengkih, tebu dll yang ditanam di negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Perak,

    Melaka, Selangor dan Negeri Sembilan.

    Selain itu, aktiviti perlombongan seperti bijih timah telah dilombong secara besar-besaran dengan menggunakan buruh-buruh Cina, kemudiannya pengenalan kapal

    korek telah memodenkan sektor perlombongan yang membawa kepada penguasaan

    pemodal Eropah di lombong-lombong di seluruh Tanah Melayu.

    Seterusnya, pengenalan pelbagai tanaman dagangan yang menguntungkan telahdiperkenalkan di Tanah Melayu diperkenalkan terutamanya getah dan kelapa sawit

    dan Tanah Melayu muncul sebagai antara pengeluar getah asli terbesar di dunia

    pada ketika itu.

    Dasar Kemasukan Buruh Asing

    Bagi memajukan ekonomi dagangan di Tanah Melayu seperti penanaman getah,perlombongan bijih timah dan aktiviti perburuhan di Tanah Melayu.

    Untuk itu, British telah menggalakkan kemasukan buruh-buruh asing terutamanyadari China dan India untuk memenuhi tuntutan para pemodal Eropah dalam pelbagai

    bidang ekonomi.

    Kemasukan buruh ini telah dibuat melalui beberapa kaedah terutamanya sistemtiket kredit dan rumah kongsi bagi buruh-buruh dari China manakala buruh-buruh

  • 7/31/2019 94119850 Nota SJH1106 Imperialisme Di Asia Tenggara(1)

    22/35

    Nota SJH1106 Hazmanipda2012

    22

    dari India telah menggunakan kaedah kemasukan melalui sistem kontrak dan sistem

    kangani.

    Kemasukan buruh asing ke Tanah Melayu telah mengubah komposisi penduduk diTanah Melayu dan orang Melayu dilihat terpinggir daripada aktiviti ekonomi yang

    dijalankan di negara mereka sendiri.

    Dasar Pecah dan Perintah

    Bagi mengelakkan sebarang masalah perkauman terutamanya di antara kaumimigran dan penduduk tempatan, British telah mengenalkan dasar pecah dan

    perintah di Tanah Melayu, di mana setiap kaum dipisahkan melalui aktiviti ekonomi

    yang berbeza-beza.

    Misalnya, orang-orang Melayu telah dikekalkan di kampung-kampung danmengusahakan aktiviti ekonomi sara diri, orang-orang Cina diletakkan di kawasan-

    kawasan lombong dan bandar-bandar manakala orang-orang India diletakkan di

    estet-estet dan menjadi buruh-buruh di estet-estet getah.

    Bagi menjayakan dasar pecah dan perintah, British telah mengeluarkan arahan untukmenghalang para pekebun kecil getah dalam kalangan orang Melayu untuk terus

    mengusahakan tanaman getah dengan pengenalan Enakmen Tanah Padi di mana

    tanah-tanah padi dilarang ditanam dengan tanaman komersial seperti getah dan

    pembukaan tanah-tanah baru untuk penanaman getah dalam kalangan orang

    Melayu adalah dilaran.

    Pengenalan Undang-undang Tanah

    Sebelum kedatangan British persoalan tanah tidak menjadi masalah kepada orangMelayu kerana tanah yang luas, penduduk rendah, urusan cukai dan kebenaran

    mengusahakan tanah hanya dengan pembesar Melayu. Pemilikan tanah amat

    mudah iaitu pemilik tanah ialah sesiapa yang meneroka dan mengerjakan tanah

    tersebut.

    Semasa zaman British, sistem pemilikan tanah dimodenkan dan rekod bertulisadalah elemen penting dalam mengesahkan pemilikan tanah pada masa

  • 7/31/2019 94119850 Nota SJH1106 Imperialisme Di Asia Tenggara(1)

    23/35

    Nota SJH1106 Hazmanipda2012

    23

    British.Rekod ini juga digunakan dalam urusan tanah seperti cukai, pajakan, sewa

    beli, jual dan beli tanah.Tanah juga dilihat sebagai cagaran untuk mendapatkan

    modal.

    Undang- undangan tanah pertama ialah Peraturan Tanah Perak. Seterusnya KanunTanah Selangor, Peraturan Tanah Sungai Ujong.

    Tanah dibahagikan mengikut nilai komersial seperti tanah ladang, pribumi danperlombongan kemudiannya dikenakan cukai mengikut jenis tanah.

    Kemudiannya, British telah memperkenalkan undang-undang untuk melindungitanah-tanah orang Melayu di bawah Akta Tanah Simpanan Tanah Melayu bagi

    mengelakkan tanah milik orang Melayu berpindah kepada tangan orang asing.

    Melalui undang-undang ini, Residen berhak mengisytiharkan mana-mana tanahorang Melayu sebagai TSM untuk mengelak TSM daripada dijual, dipajak gadai, atau

    ditukar milik.

    TSM juga ingin melindungi ekonomi penjajah, contohnya TSM tidak bolehdiusahakan tanaman komersial. TSM tidak subur dan tidak sesuai untuk tanaman

    perladangan.

    4. Dasar Sepanyol di Filipina

    Sistem Polo

    Melalui sistem ini, semua lelaki berumur antara 18 sehingga 60 tahun kecualipenghulu dan putera sulung mereka dipaksa berkhidmat secara paksa selama 40

    hari setahun dengan kerajaan Sepanyol.

    Sistem ini dianggap sebagai salah satu daripada bentuk buruh paksa yang diamalkanke atas rakyat tempatan oleh penjajah Sepanyol.

    Sepatutnya, melalui sistem ini mereka akan dibayar sedikit gaji sebagai upah, namundisebabkan ekonomi Filipina yang sangat teruk pada ketika itu, mereka langsung

    tidak dibayar gaji dan hanya diberi sedikit beras bagi mengelakkan mereka mati

    kebuluran.

  • 7/31/2019 94119850 Nota SJH1106 Imperialisme Di Asia Tenggara(1)

    24/35

    Nota SJH1106 Hazmanipda2012

    24

    Sistem Vandala

    Sistem Vandala pula merupakan satu kaedah di mana sejumlah barang yang tertentuyang mesti diserahkan oleh orang-orang Filipina kepada kerajaan.

    Dalam sistem ini, rakyat Filipina dipaksa menjual hasil-hasil mereka kepada pihakpemerintah yang membayar mereka dengan tanda bayaran sahaja atau surat

    perjanjian hutang.

    Malah, kerajaan tidak pernah membayar semula hasil yang telah diambil daripadarakyat Filipina dengan alasan rakyat mempunyai hutang cukai tanah dengan

    kerajaan.

    Sistem ini telah menyebabkan rakyat terpaksa berkerja keras bagi mengeluarkanlebihan hasil untuk tujuan Vandala, selain hsil yang menjadi keperluan makanan

    seharian.

    Sistem Encomienda

    Encomienda pada umumnya merujuk kepada sesebuah wilayah pentadbiran kecil diFilipina yang menggabungkan beberapa buah barangay di bawah satu unit

    pentadbiran.

    Melalui sistem ini, seorang Encomiendaro dilantik untuk mentadbir sesebuahencomienda. Antara tugas seorang Encomiendaro termasuklah berperanan untuk

    mengawal keamanan, mengutip cukai dan mengkristiankan penduduk di sesebuah

    barangay.

    Encomiendaro juga adalah penyelia kepada sistem Polo dan Vandala denganmenyediakan kerahan tenaga seperti yang dikehendaki oleh kerajaan selain

    memungut hasil yang ditetapkan dalam sistem Vandala.

    Sistem Encomienda ini akhirnya telah mewujudkan pelbagai salahguna kuasa olehEncomiendaro yang menindas dan bertindak kejam ke atas rakyat. Misalnya, sesiapa

    yang ingkar terhadap segala arahan Encomiendaro akan berhadapan dengan

    tindakan ditangkap atau dibakar rumahnya.

  • 7/31/2019 94119850 Nota SJH1106 Imperialisme Di Asia Tenggara(1)

    25/35

    Nota SJH1106 Hazmanipda2012

    25

    5. Dasar British di Burma

    Dasar Pentadbiran British di Burma

    Selepas berjaya menamatkan pemerintahan Dinasti Konbaung di bawah tiga siriperperangan British-Burma, Raja Thibaw kemudiannya dibuang ke India dan

    seterusnya British telah menguasai pentadbiran Burma.

    Semasa era pemerintahan Dinasti Konbaung, peranan sami-sami Buddha dalampentadbiran Burma sangat penting dan Raja Thibaw dianggap sebagai penaung

    kepada para sami Buddha. Hal ini kerana istana Burma adalah penaja utama yang

    membantu kegiatan para sami Buddha.

    Hubungan istana dan kuil yang kukuh ini menyebabkan masyarakat sangatmendukung Raja mereka yang dianggap mulia dan menjadi pelindung kepada

    agama. Hal ini bertentangan dengan fahaman sekularisme yang merebak di Eropah

    yang mengasingkan agama daripada pemerintahan terutamanya selepas Era

    Rennaisance.

    Untuk itu, pemisahan di antara institusi keagamaan dan pentadbiran telah dilakukanoleh British di mana fungsi Raja sebagai penaung Sami Buddha dihapuskan.

    Kemudiannya, sistem pendidikan Barat telah mula diperkenalkan di Burma, selainmenggalakkan penubuhan sekolah-sekolah oleh para mubaligh Kristian.

    Selain itu, bagi mengelakkan penentangan besar-besaran ke atas British, parapembesar tempatan yang dilihat cuba menentang British dan keluarganya akan

    dibuang negeri ke kawasan Hulu Burma.

    Kemudiannya, sistem pentadbiran dimodenkan dengan pengenalan MajlisPerundangan, pengenalan undang-undang Barat dan perlantikan pegawai Bandaran

    (Myo-ok) yang berkuasa ke atas pentadbiran daerah.

    Selain itu, beberapa akta diperkenalkan termasuklah Akta Perkampungan Ulu Burmadan Akta Perkampungan Burma.

  • 7/31/2019 94119850 Nota SJH1106 Imperialisme Di Asia Tenggara(1)

    26/35

    Nota SJH1106 Hazmanipda2012

    26

    Dasar Ekonomi British

    Pembukaan Terusan Suez menyebabkan perdagangan beras menjadi penting danmendapat permintaan yang tinggi.

    Oleh itu, British telah bertindak memajukan Delta Irrawady dalam meningkatpengeluaran beras di Burma.

    Bagi meningkatkan hasil pengeluaran, para petani dari Hulu Burma dibawa masuk keDelta Irrawady dan pada ketika itu juga, beribu-ribu buruh dari India berhijrah ke

    Delta Irrawady bagi mengusahakan penanaman padi.

    Perkembangan ini juga telah membawa kepada kewujudan para ceti dari India yangmeminjamkan wang sebagai modal kepada para petani dalam mengusahakan

    tanaman padi di Burma.

    Hasil daripada usaha ini, Burma muncul sebagai antara pengeluar beras terbesar didunia.

    6. Dasar Perancis di Indochina

    Penggabungan Vietnam-Laos-Kampuchea

    Setelah menguasai Vietnam dan Kampuchea, Perancis telah bertindakmenggabungkan kesemua wilayah yang didudukinya sebagai sebuah Persekutuan

    yang dikenali sebagai French Indochainoise, atau Indochina.

    Kemudiannya, setelah berjaya menuntut Laos daripada Siam atas alasan Vietnamyang menguasai Laos sebelumnya telah dikuasai Perancis, Laos kemudiannya

    dimasukkan ke dalam Persekutuan Indochina pada 1904.

    Pembentukan sebuah Persekutuan telah memudahkan lagi pentadbiran Perancis diIndochina yang diketuai oleh seorang Gabenor Jeneral.

    Kesan Imperialisme Barat di Asia Tenggara

    1. Pengenalan Birokrasi Barat

    *rujuk di atas

  • 7/31/2019 94119850 Nota SJH1106 Imperialisme Di Asia Tenggara(1)

    27/35

    Nota SJH1106 Hazmanipda2012

    27

    2. Keruntuhan Institusi Politik Tempatan dan Institusi Beraja

    Kedatangan penjajahan Barat juga telah menyebabkan berlakunya zaman kejatuhankepada pemerintahan tradisional tempatan di negara-negara Asia Tenggara samada

    disebabkan kekuasaannya dijatuhkan melalui perperangan ataupun kekuasaannya

    diambil alih secara halus oleh penjajah Barat melalui birokrasi yang diperkenalkan.

    Di Burma misalnya, pemerintahan Dinasti Konbaung ditamatkan oleh British setelahmereka tewas dalam Perang Inggeris-Burma III, sama seperti di Filipina apabila

    Sepanyol berjaya menakluk negara tersebut dan menghapuskan kekuasaan

    pembesar barangay.

    Di Tanah Melayu pula, menurut Andaya (1982) raja-raja Melayu kebanyakannyahilang kekuasaannya melalui siri-siri perjanjian, terutamanya menggunakan tipu

    helah. Melalui perjanjian yang dibuat, Sultan dikehendaki untuk menerima Residen

    atau Penasihat yang akan menasihatkannya dalam semua hal kecuali hal ehwal

    agama dan adat.

    Walaupun hanya bergelar residen dan penasihat, Sultan sebenarnya telahkehilangan kuasa mereka apabila mereka dikehendaki untuk mengikuti segala

    nasihat yang diberikan oleh para penasihat British tersebut.

    Selain itu, para pembesar juga telah kehilangan kuasa mereka terutamanya hakmengutip cukai setelah peranan tersebut diambilalih oleh Residen British.

    Di Indonesia dan Tanah Melayu, para Sultan telah kehilangan kuasa dan bagimengelakkan penentangan oleh Sultan, ugutan dikenakan ke atas mereka

    termasuklah menurunkan mereka daripada takhta kerajaan.

    3.Penyusunan Semula Geografi Politik Asia Tenggara

    Kedatangan penjajah Eropah ke Asia Tenggara telah merubah geografi politiksesebuah negara. Menurut Gilbert Khoo dan Dorothy Lo (1979), hasil kedatangan

    penjajah yang menguasai wilayah-wilayah tertentu, maka wujudlah satu

    persempadanan politik yang telah memisahkan antara negara dengan negara, dan

    antara negeri dengan negeri yang tidak pernah berlaku sebelumnya.

  • 7/31/2019 94119850 Nota SJH1106 Imperialisme Di Asia Tenggara(1)

    28/35

    Nota SJH1106 Hazmanipda2012

    28

    Di Indonesia misalnya, wilayah-wilayah Indonesia yang memiliki kerajaan-kerajaankecil dan beberapa buah empayar sebelumnya kelihatan sangat berselerak tanpa

    satu pemusatan. Oleh itu, kedatangan Belanda ke Indonesia telah mewujudkan satu

    sempadan politik yang kekal sehingga hari ini. Sempadan ini pada dasarnya telah

    dibuat berdasarkan Anglo-Dutch Treaty 1824 di antara British dan Belanda.

    Pemisahan wilayah yang bersempadan yang dikuasai oleh dua kuasa berasinganmisalnya telah merubah sempadan politik. Misalnya, Laos yang hampir tiada akibat

    penguasaan wilayahnya oleh Vietnam dan Siam telah diselamatkan dengan

    kedatangan Perancis. Jika tidak, wilayah Laos mungkin tidak akan wujud dalam peta

    pada hari ini.

    Begitu juga di Tanah Melayu. Perjanjian Inggeris-Siam 1909 telah menciptapersempadanan negara di antara Tanah Melayu - Siam yang menyebabkan kerajaan

    Kelantan pada ketika itu hilang wilayah Tabal (Tak Bai) yang menjadi wilayahnya

    manakala negeri-negeri Melayu-Islam seperti Pattani, Yala, Songkhla dan Narathiwat

    telah terpecah daripada gugusan negeri-negeri Melayu yang lainnya di Tanah

    Melayu.

    Oleh itu, berdasarkan pemisahan wilayah mengikut kekuasaan penjajah ini akhirnyakesemua negara yang wujud dalam Asia Tenggara moden pada hari ini adalah

    berdasarkan perencanaan persempadanan yang telah dibuat oleh penjajah kecuali

    Singapura yang keluar dari Malaysia.

    4. Eksploitasi dan Penindasan

    Antara faktor pemangkin imperialisme di Asia Tenggara adalah kesungguhanpenjajah untuk menguasai hasil mahsul dan kekayaan yang terdapat dalam sesebuah

    negara tersebut. Apabila mereka telah menguasai negara-negara terbabit, segala

    hasil dan tenaga penduduk akan dimanfaatkan walaupun pada hakikatnya menindas

    penduduk di negara terbabit.

    Di Indonesia dan Filipina misalnya, dasar kerahan tenaga yang membebankanrakyat telah dipaksa ke atas rakyat tempatan. Di Indonesia, sistem tanaman paksa di

    bawah Sistem Kultur dilaksanakan oleh Belanda bagi memenuhi keperluan

  • 7/31/2019 94119850 Nota SJH1106 Imperialisme Di Asia Tenggara(1)

    29/35

    Nota SJH1106 Hazmanipda2012

    29

    eksportnya seperti tanaman teh, tebu dan kopi terutamanya di Pulau Jawa.

    Menerusi sistem paksaan ini, setiap pemilik tanah dikehendaki mengusahakan satu

    per lima daripada tanahnya untuk tanaman komersil yang wajib dijual kepada

    Belanda manakala mereka yang tidak memiliki tanah, mereka dipaksa bekerja di

    ladang atau kilang kerajaan selama satu per lima daripada jumlah hari dalam

    setahun. Malah, kadangkala hasil yang dijual tidak dibayar kepada petani kerana

    kononnya petani mempunyai hutang tanah dengan pemerintah. Hasilnya, ramai

    penduduk yang kebuluran kerana jumlah hasil tuaian untuk makanan ruji tahunan

    ditukar kepada tanaman eksport.

    Begitu juga dengan pemerintah Sepanyol di Filipina. Kerahan tenaga turutdilaksanakan di sana di bawah Sistem Polo. Sistem inidikenakan ke atas setiap lelaki

    di Filipina yang diarah untuk berkhidmat secara paksaan kepada kerajaan. Melalui

    sistem ini juga,semua lelaki berumur 18 hingga 60 tahun akan dipaksa berkhidmat

    selama 40 hari dalam setahun kecuali penghulu dan anak lelaki sulung kepada

    penghulu. Mereka tidak diberi gaji dan hanya diberikan sedikit beras supaya tidak

    mati kebuluran.

    Di Filipina, banyak penindasan yang dikenakan ke atas penduduknya termasuklahsistem encomienda (majlis tempatan) yang mengenakan cukai yang tinggi iaitu

    sebanyak 1 hingga 9 Peso sebagai tanda ufti kepada kerajaan dan Sistem Vandala

    iaitu satu bentuk rampasan harta benda rakyat kepada pemerintah. Encomiendaro

    telah bertindak kejam terhadap mereka yang cuba mengingkari setiap arahan

    pemerintah dengan ugutan membinasakan kampung, mencedera dan

    memenjarakan mereka.

    5. Kristianisasi

    Dua buah negara yang menerima proses kristianisasi yang serius adalah negaraFilipina dan Indochina. Berbanding British yang sebolehnya mengekalkan agama dan

    adat resam tempatan manakala Belanda yang lebih berminat mengaut keuntungan

    semata-mata, kedatangan Sepanyol ke Filipina dan Perancis di Indochina turut

    melibatkan faktor keagamaan.

  • 7/31/2019 94119850 Nota SJH1106 Imperialisme Di Asia Tenggara(1)

    30/35

    Nota SJH1106 Hazmanipda2012

    30

    Proses kristianisasi iaitu proses mengkristiankan penduduk di Filipina pada dasarnyaadalah sangat serius sehinggakan pembesar di peringkat tempatan iaitu

    encomiendaro diarahkan untuk mengkristiankan penduduk.

    Hasilnya, sebahagian besar penduduk Filipina telah memeluk Kristian berbandingagama pagan dan animisme yang diamalkan sebelumnya. Menurut Gilbert Khoo dan

    Dorothy Lo (1978), sebelum kedatangan Kristian di Filipina, masyarakatnya

    menyembah tuhan yang bernama bathala. Mereka juga percaya kepada semangat

    roh yang dikenali sebagai dimata.

    Walaubagaimanapun, di Kepulauan Sulu, Moro dan Palawan, masyarakat Filipina disana menerima Islam sebagai agama anutan mereka. Oleh itu, penjajah Sepanyol

    gagal untuk mengkristiankan mereka kerana asas akidah yang kukuh dalam diri

    mereka.

    Di Indochina pula, proses kristianisasi turut berlaku walaupun masyarakat tempatahtetap berpegang dengan agama dan kebudayaan asal mereka di mana para mubaligh

    kristian telah dibawa ke Indochina bagi mengkristiankan penduduk.

    Perkara ini menyebabkan wujudnya gerakan penentangan Chan Vuong (slogan setiapada raja) di Vietnam yang bertindak menyerang dan membunuh orang Vietnam

    yang beragama Kristian kerana menganggapnya sebagai agama penjajahan Perancis

    di Vietnam.

    Hal ini kerana mereka beranggapan bahawa agama Kristian telah memecahbelahkanpenduduk tempatan selain dilihat cuba menghilangkan jati diri agama dan budaya

    dalam diri masyarakat. Antara tokoh Chan Vuong termasuklah Phan Dinh Phung di

    Ha Tinh dan Hoang Hoa di pergunungan utara Vietnam.

    6. Proses Modenisasi

    Dalam usaha untuk mengeksploitasi ekonomi tempatan, pihak penjajah telahbertindak memajukan sistem perhubungan dan pengangkutan di negara jajahan

    mereka. Hal ini kerana mereka perlu untuk mengangkut bahan-bahan mentah

    seperti bijih timah, getah, tanaman komersil dan hasil-hasil yang lain dalam skala

  • 7/31/2019 94119850 Nota SJH1106 Imperialisme Di Asia Tenggara(1)

    31/35

    Nota SJH1106 Hazmanipda2012

    31

    yang besar dari sebuah kawasan terutamanya di pedalaman, lombong-lombong dan

    estet ke pelabuhan sebelum dapat dieksport pulang ke negara mereka.

    Kebiasaannya jarak pusat pengeluaran hasil ke pelabuhan adalah jauh, oleh itu satumekanisme diperlukan untuk membawa barangan tersebut dengan cepat dan

    selamat. Justeru, pembinaan jalanraya dan landasan kereta api telah menjadi satu

    keperluan di kebanyakan negara Asia Tenggara.

    Di Tanah Melayu misalnya, satu jaringan jalanraya yang lengkap di seluruhsemenanjung telah berjaya disempurnakan dalam tahun 1928 manakala jaringan

    kereta api dari Singapura di selatan ke Perlis di utara telah berjaya dihubungkan

    dalam tahun 1918 dan pada tahun 1938 terdapat dua sambungan rel kereta api dari

    Tanah Melayu ke Siam iaitu di Padang Besar, Perlis dan Tumpat di Kelantan.

    Di Indonesia pula, penjajah Belanda telah memulakan pembinaan landasan keretaapi yang siap menghubungkan Semarang ke Tanggung pada Ogos 1867 bagi

    mengangkut hasil pertanian ke pelabuhan.

    Kota Semarang adalah sebuah kota pelabuhan terpenting di Pulau Jawa pada zamanpendudukan Belanda. Seterusnya, pembinaan landasan kereta api diteruskan lagi

    oleh Hindia Belanda di Semarang-Surakarta (1870) dan ke kebanyakan daerah-

    daerah lain di Pulau Jawa kerana perekonomian tanaman komersil yang penting di

    pulau tersebut. Di luar kawasan Pulau Jawa pula, pelabuhan penting seperti di Acheh

    turut dihubungkan dengan kereta api pada tahun 1874, Sumatera (1874-1891) dan

    dari Makasar ke Takalar di Pulau Sulawesi pada tahun 1923.

    Seterusnya, jaringan jalanraya utama pertama di Indonesia telah mula dibina olehHindia Belanda sepanjang 1000 kilometer yang menghubungkan bandar-bandar

    utama di Pulau Jawa pada tahun 1809. Jalanraya yang panjang tersebut hanyamemakan masa setahun sahaja untuk disiapkan apabila seluruh penduduk di Pulau

    Jawa dikerahkan untuk menyiapkan jalan tersebut secara kerja paksa.

    Jalan tersebut yang menghubungkan Banten di Jawa Barat sehingga ke BandarPanarukan di Jawa Timur. kemudiannya dikenali sebagai De Groote Postweg

    (Jalanraya Pos).

    Di Filipina pula, kerajaan Sepanyol turut membina jaringan jalanraya di Filipinadengan menggunakan sistem kerahan tenaga. Hasil perkembangan jaringan

  • 7/31/2019 94119850 Nota SJH1106 Imperialisme Di Asia Tenggara(1)

    32/35

    Nota SJH1106 Hazmanipda2012

    32

    jalanraya di negara tersebut, satu polisi telah dibuat oleh Sepanyol dengan

    menubuhkan Jabatan Kerjaraya dan Jalan pada 1867.

    Beberapa tahun kemudian, dalam tahun 1875, kerajaan Sepanyol telahmengarahkan jabatan tersebut untuk membuat kajian dalam membina landasan

    kereta api di Filipina yang membawa kepada pembinaan landasan pertama yang

    menghubungkan Kota Manila ke Bandar Dagupan pada 1892 dan kemudiannya

    disambung ke Legaspi pada 1938. Bandar Dagupan di Pangasinan merupakan antara

    bandar pelabuhan terpenting di Filipina pada ketika itu.

    Di Indochina, kerajaan Perancis turut memajukan pembinaan jaringan kereta apiberjaya disiapkan pada tahun 1936 yang telah menghubungkan Hanoi ke Saigon.

    Selain itu, pembinaan jalanraya yang menghubungkan wilayah-wilayah Indochina

    termasuk Chocin- China,Annam,Tonkin,Kampuchea dan Laos telah berjaya

    dihubungkan melalui satu jaringan jalanraya bagi mengangkut hasil pengeluaran ke

    pelabuhan.

    Pengenalan sistem birokrasi Barat melalui pemerintahan berpusat menyebabkanperkembangan telefon, pos dan telegraf menjadi penting sebagai medium

    perhubungan antara wilayah-wilayah dengan pusat pentadbiran penjajah.

    Penggunaan telefon dan telegraf hanya terhad kepada sektor perkhidmatan awam

    dan kepolisan semata-mata dan hanya boleh dijumpai di bandar-bandar besar. Bagi

    mengambil hati rakyat tempatan, bidang kebajikan seperti pembinaan sekolah dan

    hospital dilaksanakan di bandar-bandar utama di Asia Tenggara.

    4.7 Kemasukan Imigran dan Buruh Asing

    Kemasukan penjajah ke Asia Tenggara telah banyak merubah komposisi kaum dinegara tersebut. Hal ini kerana penjajah telah bertindak membawa masuk buruh

    asing dan imigran masuk untuk berkerja di negara tersebut.

    Menurut Andaya (1982), di Tanah Melayu British secara drastiknya telah membawamasuk para imigran China untuk berkerja sebagai buruh-buruh di lombong bijih

    timah dan buruh India untuk bekerja di estet-estet getah dalam skala yang besar. Hal

    ini menyebabkan kehadiran imigran tersebut hampir menyamai jumlah masyarakat

  • 7/31/2019 94119850 Nota SJH1106 Imperialisme Di Asia Tenggara(1)

    33/35

    Nota SJH1106 Hazmanipda2012

    33

    peribumi Melayu di Tanah Melayu. Hasilnya, terdapat pelbagai kaum di Tanah

    Melayu yang terdiri daripada tiga bangsa yang utama iaitu Melayu, Cina dan India.

    Di Indonesia pula, tenaga buruh telah dibawa masuk oleh Hindia Belanda (VOC)untuk menjalankan kegiatan perlombongan bijih timah di Kepulauan Bangka yang

    kaya dengan galian tersebut seperti di Belitung, Singkep, Karimun dan Kundur

    manakala di Filipina, Sepanyol membawa masuk orang-orang China ke bandar-

    bandar dan pekan di Filipina bagi memodenkan sektor perniagaan di negara

    tersebut.

    Menurut Gilbert Khoo dan Dorothy Lo (1979), di Burma pula, penjajah Inggeris telahmembawa masuk para pegawai rendah dari India untuk berkerja dalam bidang

    perkhidmatan awam seperti perkeranian dan perkhidmatan kerana taraf pendidikan

    yang diperoleh oleh penduduk di tanah jajahan British di India itu adalah sangat baik

    berbanding penduduk tempatan di Burma.

    4.8 Penentangan Rakyat Terhadap Penjajah

    Dasar penjajah Eropah yang kebanyakannya telah menindas rakyat tempatan telahmenyebabkan perasaan ketidakpuashatian rakyat terhadap penjajah menjadi

    meluap. Hal ini menyebabkan para penduduk telah bangun dan bangkit untuk

    menentang penjajahan samada dalam skala yang kecil mahupun besar.

    Kebangkitan antipenjajahan yang paling berjaya adalah di Filipina.Walaubagaimanapun, kejayaan tersebut bukanlah hasil perjuangan mereka secara

    bersendirian akan tetapi adalah dengan bantuan Amerika Syarikat yang menghadapi

    perang dengan Sepayol pada ketika itu.

    Menurut Nicholas Tarling (2001), penentangan rakyat di Filipina adalah disebabkandasar yang menindas yang telah dibuat oleh pemerintah Sepanyol ke atas penduduk

    di Filipina terutamanya dalam Sistem Polo dan Sistem Vandala yang mengenakan

    kerahan tenaga, kerja paksa dan merampas harta benda rakyat selain berleluasanya

    kezaliman dalam pentadbiran bawahan Sepanyol di peringkat encomienda yang

    menindas rakyat sesuka hati.

  • 7/31/2019 94119850 Nota SJH1106 Imperialisme Di Asia Tenggara(1)

    34/35

    Nota SJH1106 Hazmanipda2012

    34

    Selain itu, diskriminasi gereja ke atas penganut Kristian tempatan dengan penganutKristian Sepanyol menyebabkan para paderi tempatan bangkit menentang

    penjajahan Sepanyol yang tidak beramal dengan ajaran Jesus yang sebenar.

    Kebangkitan bersenjata dalam pemberontakan Basi, Novales dan Tayabas danbeberapa pemberontakan lain telah gagal. Selepas itu kebanyakan pemberontakan

    rakyat gagal kecuali apabila dibantu Amerika Syarikat yang berjaya mengusir keluar

    Sepanyol pada 1889 walaubagaimanapun hanya berjaya menamatkan pemerintahan

    Sepanyol tetapi Filipina tetap terjajah di bawah kuasa baru Amerika Syarikat.

    Di Indonesia, kebangkitan antipenjajah terbesar berlaku dalam Perang Jawa pada1810 dan perang menuntut kemerdekaan daripada Belanda pada tahun 1945.

    Perang Jawa yang dipimpin oleh Putera Jogjakarta iaitu Dipo Negoro dan para

    pengikutnya yang dilancarkan secara gerila bagi mengusir Hindia Belanda dari

    Indonesia. Perang yang berlanjutan selama setahun itu mengorbankan hampir dua

    ratus ribu orang Jawa dan enam belas ribu tentera. Seterusnya, peristiwa berdarah

    terbesar berlaku dalam perperangan rakyat Indonesia menentang penjajahan

    Belanda dalam Perang Buluh Runcing yang akhirnya menyebabkan Belanda

    mengiktiraf kemerdekaan Indonesia pada tahun 1949.

    Di Indochina, kebangkitan menentang penjajahan terbesar berlaku di Vietnam Rasatidak puas hati juga timbul kerana sikap dan tindakan orang Perancis ke atas

    penduduk tempatan.Pada tahun 1858, satu pemberontakan bersenjata dalam

    kalangan penduduk menentang Perancis berlaku apabila pemberontak menyerang

    kubu Perancis di Dan Nan.

    Serangan tersebut telah memberikan peluang kepada Perancis untuk menyerangbalas dan menduduki semula kubu tersebut. Malah, Perancis telah bertindak marahingga ke Sungai Mekong dan menduduki kawasan Gia Dinh. Kemaraan Perancis itu

    menyebabkan rakyat di Delta Mekong bangkit mempertahankan kawasan mereka di

    bawah pimpinan Sarjana Ningrat dan para pemilik tanah. Mereka menganggap

    orang Perancis sebagai orang gasar yang tidak berperikemanusiaan dan berikrar

    mengusir Perancis keluar dari Indochina.

    Oleh itu, kumpulan tersebut bertindak menyerang kapal-kapal Perancis danmenyekat bekalan daripada masuk kepada Perancis. Pada 13 Julai 1883, Maharaja

  • 7/31/2019 94119850 Nota SJH1106 Imperialisme Di Asia Tenggara(1)

    35/35

    Nota SJH1106 Hazmanipda2012

    Ham Nghi mengumumkan tiga strategi menentang Perancis iaitu

    menyerang,bertahan dan berunding.

    Seterusnya gerakan tentangan terhadap Perancis diteruskan lagi di bawah pimpinanHoang Hoa Tham. Beliau adalah petani dari Hung Yen. Selepas tahun 1890,gerakan

    tentangan terhadap Perancis berlaku di sepanjang Sungai Da. Bagi menghapuskan

    penentangan rakyat, Perancis telah bertindak mengawal Sungai Mekong dan

    menangkap para pemberontak.

    Di kawasan jajahan British seperti Tanah Melayu dan Burma, penentangan terhadappenjajah pada dasarnya adalah dalam skala yang kecil dalam kalangan rakyat

    tempatan dan tidak mendapat sokongan daripada pembesar tempatan.

    Di Tanah Melayu misalnya, pemberontakan rakyat dipatahkan dengan mudah keranatidak mendapat sokongan daripada raja-raja Melayu. Malah, di negeri-negeri Pantai

    Timur, penentangan rakyat seperti Datuk Bahaman di Pahang, Tok Janggut di

    Kelantan dan Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu dipatahkan dengan

    bantuan raja-raja Melayu sendiri di mana pihak British memaksa Sultan-sultan

    mengisyhtiharkan penentang British sebagai pemberontak dan menderhaka kepada

    Sultan.

    Oleh itu, apabila mereka tetap melawan, tentera British dihantar menentang merekaatas nama pemberontakan ke atas Sultan. Kebanyakan pejuang antipenjajah ini mati

    dibunuh dalam perperangan dan mereka yang hidup telah dibuang negeri.


Top Related