Download - 9. RUMUSAN folio geografi
-
7/30/2019 9. RUMUSAN folio geografi
1/1
9.0 RUMUSAN
Pengangkutan awam memainkan peranan yang penting di kawasan Bandar Sungai Buaya.
Antara pengangkutan awam yang utama di kawasan kajian saya ialah bas awam dan teksi.
Selain itu, bas dan van sekolah turut sama beroperasi dengan pesat di sini. Penduduk di
kawasan kajian menggunakan bas untuk ke tempat kerja mahupun destinasi masing-masing
manakala para pelajar menggunakan bas dan van sekolah untuk ke sekolah dan kelas
tambahan. Hal ini membuktikan bahawa pengangkutan awam di kawasan ini telah
meningkatkan mobiliti penduduk terutamanya bagi mereka yang tidak memiliki kenderaan
dan saya merasa bangga dengan pihak kerajaan tempatan yang mengusahakan perkhidmatan
pengangkutan awam ini.
Selain daripada itu, penggunaan pengangkutan awam di kawasan kajian turut berfungsi
mengurangkan kesesakan jalan raya, menjimatkan kos dan menyediakan peluang pekerjaan.
Namun, terdapat juga beberapa masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan kajian
berhubung dengan pengangkutan awam ini. Antara masalah yang dihadapi ialah jadual
perjalanan yang lambat, pencemaran udara dan bunyi, keselamatan penumpang terancam dan
darjah ketersampaian yang rendah. Saya berharap pihak yang prihatin dapat bersama bersatu
tenaga untuk memperbaiki mutu pengangkutan awam.
Justeru saya mencadangkan beberapa langkah untuk mengurangkan masalah pengangkutan
awam di kawasan kajian. Antara perkara yang boleh dilaksanakan ialah kuat kuasa undang-
undang, kempen pendidikan alam sekitar, kursus pemanduan berhemah dan penggunaan
petrol tanpa plumbum. Saya sebagai penduduk di kawasan kajian merasa bersyukur dengan
kemudahan yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan dan berharap agar tahap
perkhidmatan pengangkutan awam ini dapat ditingkatkan agar dapat menghasilkan
pengangkutan awam yang setaraf dengan negara maju yang lain.