Download - 76715909 Kerja Kursus Model Assure
-
5/28/2018 76715909 Kerja Kursus Model Assure
1/31
KOD KURSUS : HBEF3103
MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)
1
PENGENALAN
Model ASSURE adalah satu model reka bentuk pengajaran (RP) yang berfokuskan
inisiatif instruktor (guru) menggunakan media dan teknologi di dalam kelas. Model ASSURE
ini telah digubal oleh Heinich dan rakan-rakannya pada tahun 1982. Model ASSURE ini
menyediakan rangkakerja perancangan yang sesuai dan sistematik kepada guru dan bukan
merangkumi satu skop reka bentuk pengajaran yang luas. Mengikut model ASSURE ini
penggunaan media dan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PNP) akan
sentiasa berubah dalam persekitaran pengajaran dan pembelajaran sesuatu kelas tersebut. Model
ASSURE adalah model reka bentuk instruksi yang berteraskan kelas menurut Heinrich &
Molenda (2000). Menurut Robert Gagnes pula model ini boleh di gandingkan dengan sembilan
peringkat pembelajaran untuk menjamin keberkesanan dalam penggunaan media dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Sains untuk mencipta spesifikasi pengajaran dengan terperinci
untuk pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan suatu keadaan yang boleh memudahkan
pembelajaran sesuatu unit pelajaran. Penyataan tersebut dipetik daripada Richney (1986).
Model ASSURE juga merupakan ISD (Instructional System Design) iaitu suatu proses
yang telah diubahsuai daripada model assure yang asal (Heinich dan rakan-rakannya 1982) dan
telah diperbaharui pada tahun 2002 yang dituju khas kepada setiap tenaga pengajar untukmemberi panduan merancang dan mengendalikan pengajaran dengan bantuan media. Ia juga
berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah dan bukan merangkumi satu
skop reka bentuk rancangan pengajaran yang luas.
Instructional Media and Technologies For Learning oleh Heinich, Molenda Russell
dan Smaldino (1999) dalam penulisannya menyatakan bahawa model ASSURE mengandungi
enam langkah bagi membantu para pendidik atau pengajar membuat perancangan dan
seterusnya menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah mencapai
matlamatnya. Enam langkah yang dinyatakan di atas adalah di ambil daripada perkataan
A.S.S.U.R.E.
-
5/28/2018 76715909 Kerja Kursus Model Assure
2/31
KOD KURSUS : HBEF3103
MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)
2
Antara langkah-langkah yang terdapat dalam model ASSURE adalah seperti di bawah :
A Analyze Learners (analisa
pelajar)
Kaji umur,tahap/tingkatan, latar belakang, sosio
ekonomi dan pengetahuan dan kemahiran sedia ada
pelajar untuk memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku.
S State Objective (nyatakan
objektif)
Menyatakan objektif dengan khusus dan disentuh
secara ringkas
S Select method, media, and
materials (pilih kaedah,mediadan bahan)
Terdapat 3 langkah iaitu: menentukan kaedah yang
sesuai, memilih media yang sesuai dan memilih,mengubahsuai atau mereka bentuk media yang
telah ditentukan.
U Utilise media and materials
(gunakan media dan bahan)
Pengunaan media dan bahan tidak semestinya
cantik atau canggih. Lima langkah bagi penggunaan
media yang baik iaitu melihat,sediakan bahan,
sediakan persekitaran, sediakan pelajar dan
sediakan pengalaman pembelajaran.
R Require learner participation
(dorong penglibatan pelajar)
Proses pembelajaran berlaku apabila murid
melibatkan diri dalam aktiviti di dalam kelas.
Aktiviti pengukuhan akan diberi selepas pelajar
member tindak balas yang betul.
E Evaluate and revise (nilai dan
semak)
Penilaian berlaku sepanjang proses pengajaran iaitu
sebelum, semasa dan selepas pengajaran.
Menyemak semula bahan yang telah digunakan
seperti kualiti media dan keberkesanan dariapada
bahan media yang di gunakan.
-
5/28/2018 76715909 Kerja Kursus Model Assure
3/31
KOD KURSUS : HBEF3103
MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)
3
Sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran boleh dicapai jika perancangan yang buat
oleh guru mengikut piawaian yang ditetapkan. Guru-guru hendaklah memastikan perancangan
pengajaran harian yang mereka hasilkan mempunyai ciri-ciri umum yang terdapat pada semua
murid seperti jantina, umur, bakat, gaya pembelajaran, kelas, dan taraf sosio-ekonomi. Di
samping itu guru-guru juga perlu mengenal pasti ciri-ciri peringkat masuk (specific entry
characteristics) dan pengetahuan sedia ada yang berkaitan dengan tajuk dan kandungan
pelajaran seperti pengetahuan, kemahiran, dan sikap murid. Hal ini begitu penting kerana
sesuatu objektif pengajaran bergantung kepada perancangan guru itu sendiri.
Berdasarkan model ASSURE, saya sebagai Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2,
telah memperaktikkan rancangan pengajaran harian saya mengunakan model tersebut. Sekolah
ini terletak di KM 6.5 Hang Tuah Jaya, Melaka yang merupakan sekolah kawasan bandar. Saya
telah memperaktikkan pengajaran model ini keatas murid tahap 1, kelas 1 Gemilang 1. Murid
kelas ini seramai 45 orang, mempunyai tahap pencapaian pembelajaran yang baik berdasarkan
keputusan ujian bulanan baru-baru ini. Mereka terdiri daripada 15 murid lelaki dan 11 murid
perempuan dan semuanya berbangsa melayu. Mereka datang dari pelbagai latar belakang sosio
ekonomi. Hasil dapatan guru, 80% ibu atau ayah murid di kelas tersebut bekerja di sektor
perkhidmatan awam (kerajaan) dan selebihnya bekerja di syarikat swasta atau bekerja sendiri.
Murid-murid ini tinggal di beberapa kawasan perumahan di sekitar sekolah dan kampung yang
berdekatan. Terdapat banyak kawasan perumahan di kawasan ini dan juga terdapat 2 sekolah
rendah di kawasan ini bagi menampung murid yang ramai. Secara keseluruhannya murid-murid
kelas ini datang ke sekolah dengan menaiki kenderaan sendiri sama ada motorsikal atau kereta.
Purata jarak murid dari rumah sekolah pula hanya 80 meter5km sahaja.
Berdasarkan hasil soal jawab saya bersama murid-murid 1 Gemilang 1, saya mendapati
murid-murid tersebut telah mempunyai pengetahuan sedia ada yang kukuh berkaitan mengenali
bahagian tubuh . Hal ini kerana murid telah mempelajarinya sejak kecil lagi. Bahagian tubuh
badan ini murid-murid telah mempelajarinya dari sejak kecil lagi oleh ibu bapa dan juga ahli
keluarga mereka. Pada pendapat saya 100% murid di dalam kelas tersebut mengenali bahagian
AANALYSE LEARNER (ANALISA PELAJAR)
-
5/28/2018 76715909 Kerja Kursus Model Assure
4/31
KOD KURSUS : HBEF3103
MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)
4
tubuh badan mereka.Murid juga terdedah dengan papan-papan iklan di persekitaran mereka dan
iklan gaya hidup sihat tanpa rokok di televisyen. Pengetahuan murid-murid 3 Amanah berkaitan
punca dan kesan merokok juga telah didedahkan dengan pameran Pendidikan Pencegahan
Dadah (PPDa) di sudut pameran dan minggu PPDa peringkat sekolah yang telah dijalankan
baru-baru ini. Secara keseluruhannya murid-murid kelas ini telah mempunyai pengetahuan sedia
ada mengenai tajuk dan isi pelajaran yang akan diajar oleh saya. Selain itu , murid-murid ini
dilihat mempunyai sikap yang positif iaitu ingin mencuba dan sikap ingin tahu yang
memerlukan mereka bersoaljawab bersama guru semasa aktiviti pengajaran di dalam kelas.
Dalam pengajaran saya kelak sudah pasti murid-murid akan merasa seronok kerana saya
selitkan aktiviti menyanyi di awal pengajaran saya dan lagu yang dipilih adalah melodi yang
sinonim dengan mereka iaitu melodi lagu Tanya Sama Pokok. Selesai menyanyi saya akan
bersoaljawab dengan murid maksud lirik lagu yang ingin disampaikan.
Proses pengajaran saya di dalam kelas akan menjadi lebih mudah dengan pengalaman
sedia ada murid di samping menggunakan stail pengajaran yang lebih menarik dengan menyanyi
bersama-sama sebelum penyampaian isi-isi pengajaran sekaligus dapat menarik minat murid
untuk bersama-sama menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran kelak. Menurut Dunn dan
Dunn (1992),telah membina satu instrument piawai mengukur stail pembelajaran dan
persekitaran pembelajaran yang digemari oleh setiap stail. Berdasarkan analisis daripada
instrument ini mendapati ia berjaya meningkatkan pencapaian akademik, sikap, dan disiplin
pelajar. Sekiranya isi pelajaran yang diajar hambar atau mendatar ataupun sehala dan bahan
serta alat bantu mengajar yang biasa dilihat diguna oleh guru-guru lain seperti manila kad, kertas
sebar dan papan hitam, sudah tentu ini mengurangkan minat murid untuk belajar. Justeru itu,
saya perlu mencari idea dan inisiatif lain untuk menarik minat murid terhadap isi pelajaran yang
dirancang dan seterunya menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan.
Kesimpulannya, analisis terhadap murid yang telah dijalankan akan dapat membantu
saya membuat perancangan yang rapi dan baik dalam menyatakan objektif untuk memastikan
rancangan pengajaran yang dirancang berkesan untuk murid-murid Tahun 3 Amanah kelak.
Menurut Dick dan Reiser (1989), dengan adanya proses pengajaran yang berkesan, maka pelajar
yang terbabit akan memperolehi kemahiran, pengetahuan, dan menunjukkan sikap atau tingkah
laku yang diingini.
-
5/28/2018 76715909 Kerja Kursus Model Assure
5/31
KOD KURSUS : HBEF3103
MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)
5
State Objectives adalah satu penyataan yang menentukan tingkah laku spesifik yang
boleh diukur dan dilakukan oleh murid setelah mengikuti sesuatu pembelajaran. Umumnya
objektif ditulis untuk menyatakan pencapaian akhir hasil daripada suatu proses pengajaran dan
pembelajaran. Objektif pengajaran dapat membantu guru dalam mengenalpasti kaedah untuk
mengajar, merancang aktiviti, dan tugasan yang sesuai untuk murid dan dapat menentukan tahap
penguasaan murid sama ada mereka telah memperolehi pengetahuan dan kemahiran yeng telah
diajar.Selain daripada itu juga dapat member panduan kepada guru untuk membina soalan-
soalan ujian dan akhirnya soalan-soalan peperiksaan di peringkat sekolah.
Objektif pengajaran dan pembelajaran yang baik perlu mengandungi tiga elemen
berkaitan tingkah laku seperti berikut:
Tingkah laku murid perlu ada di akhir sesuatu pengajaran dan pembelajaran.
Tingkah laku hendaklah dalam bentuk perbuatan seperti menulis, melabel,
menggaris, melukis dan sebagainya.
Situasi di mana sesuatu tingkah laku akan dijalankan. Bahagian ini menerangkan
tentang bahan yang diberi kepada murid, persekitaran dan masa di mana tingkah
laku di tunjukkan.
Kriteria tingkah laku seterusnya menerangkan sejauh mana tahap penguasaan
yang perlu dicapai oleh murid untuk menunjukkan pencapaian objektif
pengajaran tersebut .
Objektif pengajaran dan pembelajaran secara khusus pula mungkin diambil dari sukatan
pelajaran, panduan kurikulum atau buku teks. Penentuan objektif juga adalah berdasarkan
kepada peringkat prestasi yang ingin dicapai, keadaan pembelajaran dan kriteria atau darjah
pencapaian yang dirancang. Objektif yang dinyatakan adalah jelas dan dinyatakan secara
eksplisit seperti menyatakan, memperihalkan, menceritakan dan meramalkan. Dalam rancanganpengajaran harian yang di buat, di akhir pengajaran dan pembelajaran murid akan dapat :
SSTATE OBJECTIVES (NYATAKAN OBJEKTIF)
-
5/28/2018 76715909 Kerja Kursus Model Assure
6/31
KOD KURSUS : HBEF3103
MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)
6
Menyatakan sekurang-kurangnya 2 hingga 3 punca pelajar terjebak dalam
aktiviti merokok
Menyatakan sekurang-kurannya 2 hingga 3 kesan merokok ke atas tubuh badan
manusia
Murid dapat menyesuaikan dengan tepat 4 maklumat yang diberikan
berdasarkan tajuk pengajaran
Murid dapat mengisi 7 tempat kosong dengan jawapan yang sesuai setelah
mengikuti sesi pembelajaran
Murid boleh menyenaraikan 4 hingga 5 kesan merokok terhadap tubuh badan
manusia
Murid-murid juga diharapkan dapat melengkapkan tugasan yang diberikan dalam jangka masa
yang ditetapkan dan melakukan aktiviti yang dirancang oleh guru dengan baik. Pemilihan
penggunaan computer dan Liquid Crystal Display atau Paparan Hablur Cecair atau lebih
dikenali dengan LCD sebagai bahan bantu mengajar diharapkan dapat menarik minat murid
untuk belajar. Rancangan pengajaran yang dibuat ini juga memenuhi Domain Objektif
pengajaran seperti Domain Kognitif, Domain Psikomotor dan Domain Afektif.
Domain Kognitif adalah domain pembelajaran yang terdiri daripada pengetahuan seperti
prinsip, fakta, teori, dan konsep. Mengikut hierarki Bloom 1956, terdapat enam peringkat
domain kognitif pembelajaran iaitu terdiri daripada pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis,
sintesis, dan penilaian. Pengetahuan adalah peringkat tahap pengetahuan yang telah dipelajari.
Contoh tingkah laku ini ialah mendefinisi, menamakan, menyenaraikan, dan mengenalpasti.
Peringkat kedua ialah kefahaman iaitu tahap menunjukkan kebolehan interprestasi,
menterjemah, dan menerangkan dengan perkataan sendiri. Peringkat ketiga ialah aplikasi iaitu
kebolehan menggunakan maklumat dalam situasi konkrit dan khusus. Manakala peringkat
keempat pula ialah analisis iaitu kebolehan memecahkan perkara yang dipelajari kepada
bahagian-bahagian tertentu untuk menjelaskan hubungan antara bahagian dan mengenal
keseluruhan organisasinya. Seterusnya peringkat kelima ialah peringkat sintesis iaitu peringkat
menunjukkan kebolehan mengintegrasi bahagian-bahagian kecil kepada bahagian-bahagian
-
5/28/2018 76715909 Kerja Kursus Model Assure
7/31
KOD KURSUS : HBEF3103
MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)
7
yang baru dan lebih besar. Peringkat terakhir keenam bahagian penilaian iaitu peringkat tahap
hasil pembelajaran dengan kebolehan membuat keputusan dan penghakiman berdasarkan
rasional dan kriteria tertentu. Kesemua peringkat tersebut terdapat dalam persediaan pengajaran
dan pembelajaran ini. Contohnya dalam peringkat pengetahuan, murid-murid diminta
menyatakan perkara-perkara berkaitan tabiat merokok di kalangan ahli keluarga, punca atau
sebab-sebab mereka merokok. Selepas guru mengajar , murid-murid diminta untuk berbincang
dalam kumpulan apa yang mereka faham dan aplikasikan dengan mengaitkan dalam
pembentangan hasil kumpulan masing-masing. Di sini guru dapat menilai sejauh manakah
penerimaan dan pemahaman murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang telah
dijalankan. Domain Psikomotor pula mengintegrasi kemahiran intelektual dan fizikal untuk
pembelajaran.
Dalam rancangan ini sebelum pengajaran murid-murid dikehendaki melihat, mendengar,
memerhati, menunjukkan, dan mempraktikkan nyanyian lagu yang dipaparkan dan
diperdengarkan oleh guru di samping itu aktiviti kumpulan dalam perancangan pengajaran saya
juga dapat membantu dalam perkembangan domain ini. Domain Afektif ialah domain yang
berkaitan perasaan, emosi, minat, sikap, kepercayaan, atau nilai dan lain-lain yangberkaitan.Menurut Krathwohl, Bloom & Masia, 1964, domain peringkat ini berbentuk hierarki
seperti menerima, merespons, menghargai, mengorganisasi dan mewatak. Dalam perancangan
pengajaran dan pembelajaran saya terdapat unsur-unsur domain ini, seperti murid-murid
menyanyi dan menjawab berdasarkan senikata lagu dan semasa pembentangan wakil kumpulan,
guru dan murid akan memberi tindak balas dan guru akan memberi penghargaan kepada
kumpulan yang membuat perbentangan di hadapan kelas dengan baik. Tindak balas yang diberi
akan menambahkan minat murid untuk belajar dan menumpukan kepada pengajaran yang
dijalankan oleh guru. Ini menunjukkan bahawa rancangan pengajaran dan pembelajaran ini
mempunyai ketiga-tiga domain objektif pengajaran.
-
5/28/2018 76715909 Kerja Kursus Model Assure
8/31
KOD KURSUS : HBEF3103
MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)
8
Kaedah pengajaran adalah cara menyampaikan maklumat atau menjalankan aktiviti
pengajaran. Selain dari kaedah, media pengajaran juga penting dalam memberi kesan positif
kepada pelajar. Media pengajaran adalah sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan
maklumat dari penyampai kepada penerima sehingga dapat meransang fikiran, perasaan,
perhatian, serta minat pelajar dan seterusnya terjadilah proses pembelajaran yang menarik.
Menurut R.M.W Travers (1970), istilah media biasanya digunakan untuk mewakili satu edaran
komunikasi yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Oleh itu kita menyebut tentang media televisyen
atau media filem bergerak. Mungkin media pendidikan mewakili sesuatu yang lebih sedikit dari
golongan bahan-bahan mendidik.Menurut B.J Enright (1972) pula,media ialah ikhtiar-ikhtiar
untuk memperolehi, memproses atau menyusun kembali maklumat pandang dan dengar atau
gabungan maklumat pandang dan dengar dengan cara grafik, fotografik, elekronik ataupun cara
mekanik. Jadi jelaslah fungsi media ialah untuk memperolehi, memproses atau menyusun
kembali maklumat pandang dan dengar ataupun gabungan dua jenis maklumat ini. Menurut
Yusuf Hashim (1997) menyatakan bahawa media pengajaran yang biasa digunakan dalam
pengajaran dan latihan boleh dibahagikan kepada lapan iaitu:
Media tayang kaku (transparensi, slaid, mikrofilem dll)
Media tayang gerak (video, filem, cakera dll)
Grafik (lukisan, poster, kartun dll)
Gambar kaku (gambar foto, kad imbasan, poskad dll)
Media pameran (model,boneka,diorama dll)
Media paparan (papan kapur, papan flannel, papan berita dll)
Media audio (tutur, pita audio, cakera padat dll)
Media cetak (modul pengajaran, buku teks, akhbar, majalah dll)
SSELECT METHODS, MEDIA AND MATERIALS
(PILIH KAEDAH, MEDIA DAN BAHAN)
-
5/28/2018 76715909 Kerja Kursus Model Assure
9/31
KOD KURSUS : HBEF3103
MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)
9
Pemilihan dan penggunaan kaedah, media dan bahan seperti di atas mestilah merujuk kepada
murid iaitu kesesuaiannya dalam penyampaian isi pelajaran. Terdapat tiga langkah dalam
memilih kaedah, media dan bahan. Antaranya adalah seperti berikut:
i. Menentukan kaedah yang sesuai dengan tugasan pembelajaran
ii. Memilih media yang sesuai untuk melaksanankan kaedah yang dipilih
iii. Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk media yang telah ditentukan
Merujuk kepada perancangan pengajaran guru, saya memilih kaedah media video
berlagu untuk set induksi pengajaran. Murid dipaparkan dan diperdengarkan senikata dan
melodi lagu Dengarlah Sayang. Seterusnya murid akan bersama-sama menyanyikan lagu
tersebut. Saya juga akan mengadakan sesi soaljawab berkaitan senikata lagu tentang pengajaran
yang hendak disampaikan dan ini dapat merangsang minda murid serta minat murid untuk
mengikuti langkah pengajaran seterusnya. Untuk langkah seterusnya guru menggunakan
kaedah perbincangan kumpulan bagi murid berbincang mendapatkan isi berkaitan pengajaran,
iaitu punca atau sebab-sebab seseorang itu merokok. Hasil perbincangan kumpulan hendaklah di
tulis di kertas mahjong yang telah diedarkan oleh guru bersama pen marker sebelum wakil
setiap kumpulan akan mempersembahkan di hadapan kelas. Kaedah media tayang kaku (slaid)
juga guru praktikkan semasa penyampaian isi-isi pengajaran dan ini dapat menarik minat murid
mengikuti pengajaran guru. Murid juga di paparkan dengan gambar-gambar grafik berkaitan
kesan merokok. Dalam pemilihan media dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan, saya telah memilih komputer riba (NoteBook/Laptop),marker pen, kertas mahjong,
gambar grafik dan Liquid Crystal Display atau Paparan Hablur Cecair atau lebih dikenali
dengan L.C.D bagi menarik minat murid dan mencetuskan motivasi murid dengan paparan
visual dan audio semasa pengajaran dan pembelajaran berjalan.
Dalam pemilihan bahan atau sumber yang hendak digunakan perlu dikenalpasti
keberkesanannya. Penggunaan bahan itu juga diharapkan dapat membantu murid lebih
memahami mesej yang disampaikan oleh guru. Lembaran kerja yang diedarkan untuk setiap
murid di akhir pembelajaran dapat menilai sejauh mana kefahaman dan penerimaan murid
terhadap pengajaran guru. Kesimpulannya, pemilihan kaedah, media dan bahan yang sesuai
dengan tahap pencapaian murid penting untuk memastikan proses pengajaran guru lebihberkesan.
-
5/28/2018 76715909 Kerja Kursus Model Assure
10/31
KOD KURSUS : HBEF3103
MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)
10
Mengikut pendekatan sistem ini, media adalah satu komponen dalam pembentukan
pengajaran. Untuk memuatkan media dalam pengajaran dan pembelajaran, guru perlu
merancang dengan sistematik terlebih dahulu supaya pengajaran menjadi lebih tersusun. Ini
kerana secanggih mana sekalipun media jika gagal digunakan dengan baik akan memberi kesan
negetif kepada pembelajaran (petikan dari buku Modul Teknologi Pengajaran,oleh Prof Madya
Dr Wan Zah Wan Ali, Prof Madya Dr Ramlan Hamzah dan Dr Rosini Abu). Terdapat 5 langkah
penggunaan media yang baik iatu pribiu bahan, persekitaran, murid dan pengalaman
pembelajaran. Pembelajaran akan berlaku apabila terdapat sesuatu perubahan tingkahlaku.
Dengan menonton video,televisyen dan media lain pelajar akan terangsang untuk belajar. Ini
akan menambahkan rasa seronok kepada pelajar kerana persekitaran bilik darjah adalah steril.
Oleh kerana perasaan seronok melihat atau mendengar media pengajaran tersebut, perubahan
tingkahlaku murid akan lebih mudah terhasil dan seterusnya pembelajaran pun berlaku.
Merujuk kepada rancangan pengajaran dan pembelajaran, guru menggunakan media
seperti video untuk memperdengarkan lagu yang bertajuk Dengarlah Sayang kepada murid
sebelum mengajar. Selepas aktiviti soaljawab mengenai senikata lagu dan perbincangan dalam
kumpulan guru menggunakan laptop dan LCD projector untuk menayangkan slaid menerangkan
kepada murid berkaitan isi-isi pengajaran iaitu punca-punca seseorang itu merokok. Penggunaan
media tersebut amat penying untuk membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran
supaya menjadi lebih berkesan dan dapat menarik minat murid dengan isi pelajaran pada hari
itu.
Dalam pada itu, penggunaan bahan yang digunakan oleh guru dalam proses persediaan
pengajaran dan pembelajaran seperti kertas mahjong, marker pen, gambar grafik dan lembaran
kerja dapat memberi kesan yang mendalam kepada murid. Penggunaan bahan-bahan tersebut
perlu disusun dengan lebih teratur untuk tidak menganggu proses pengajaran dan pembelajaran
yang dijalankan.
UUTILISE MEDIA AND MATERIALS
(GUNAKAN MEDIA DAN BAHAN)
-
5/28/2018 76715909 Kerja Kursus Model Assure
11/31
KOD KURSUS : HBEF3103
MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)
11
Dalam memastikan proses pembelajaran itu berlaku, pelajar perlu dilibatkan dalam
setiap aktiviti pembelajaran seperti membuat latihan, perbincangan, soalajawab, latih tubi dan
sebagainya. Kajian telah menunjukkan bahawa penglibatan yang aktif murid akan dapat
mempertingkatkan pencapaian seseorang murid di samping membuka ruang untuk kejayaan
serta kepuasan murid. Menurut Skinner 1954, penglibatan murid yang aktif akan meningkatkan
keberkesanan pengajaran.
Beberapa cara atau peringkat bagi memastikan penglibatan murid dalam perancangan
pengajaran dan pembelajaran yang disediakan ialah dengan:
Berinteraksi aktif dengan persekitaran pembelajaran mereka, seperti dalam set
induksi guru dapat menarik minat murid dengan menyanyi bersama-sama , murid
akan lebih aktif memberikan pendapat mengenai soalan yang diajukan oleh guru
berkaitan dengan senikata lagu tersebut. Meminta penglibatan semua murid dalam kumpulan berbincang berkaitan punca-
serta kesan merokok dan memilih wakil kumpulan untuk membuat perbentangan
hasil perbincangan di hadapan kelas.
Guru juga telah menyediakan aktiviti-aktiviti lanjutan selepas pembelajaran
dengan mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid bagi mengukur
pemahaman murid terhadap isi pengajaran dan pembelajaran pada hari itu.
Murid juga terlibat semasa membuat rumusan di akhir pengajaran dan
pembelajaran dengan melaungkan bersama-sama slogan anti merokok dengan
penuh semangat.
Dengan penglibatan semua murid, diharapkan dapat memberi manfaat kepada murid untuk
memahami mesej yang ingin disampaikan oleh guru dan seterusnya menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan bersifat kepada interaksi dua hala dan
suasana pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan.
RREQUIRE LEARNER PARTICIPATION
(DORONG PENGLIBATAN PELAJAR)
-
5/28/2018 76715909 Kerja Kursus Model Assure
12/31
KOD KURSUS : HBEF3103
MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)
12
Di dalam fasa terakhir ini, adalah penting bagi guru untuk membuat penilaian ke atas
keberkesanan perancangan pengajaran dan pembelajaran yang dibuat. Penilaian yang dibuat
berkemungkinan akan menunjukkan murid tidak mencapai matlamat pembelajaran yang
sepatutnya. Penilaian berlaku sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran iaitu sebelum,
semasa dan selepas. Dua jenis penilaian yang biasa dilakukan ialah penilaian formatif dan
penilaian sumatif. Aspek pencapaian murid terhadap objektif dinilai semasa pembentangan
setiap kumpulan dan kerjasama murid bagi melengkapkan doman afektif.
Data yang didapati daripada penilaian tersebut dapat membantu di dalam langkah
penambahbaikan atau modifikasi yang akan dilakukan kelak. Penilaian tentang kekuatan dan
keberkesanan alat atau bahan media itu secara menyeluruh harus dijalankan. Beberapa soalan
yang boleh diambil kira di dalam penilaian antaranya ialah:
a) Adakah objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai?
b) Adakah kemahiran atau konsep dapat dipersembahkan?
c) Apakah sikap murid terhadap persekitaran tersebut?
d) Adakah bahan dan sumber yang digunakan berkesan?
e) Adakah bahan dan sumber tersebut membantu murid mencapai objektif
pembelajaran?
f) Adakah murid telah menunjukkan perubahan?
g) Adakah penilaian yang dijalankan mengukur apa yang diajar?
h) Adakah penilaian yang dijalankan adil?
i) Adakah perlu lebih banyak latihan dan maklumbalas?(Yusuf Hashim Teknologi Pengajaran)
Merujuk kepada rancangan pengajaran dan pembelajaran, penilaian formatif telah dijalankan
pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran untuk melihat sejauh mana penerimaan murid
terhadap pengajaran guru dan aktiviti pengukuhan dan pemulihan turut dijalankan. Dengan
penilaian yang dijalankan ini sedikit sebanyak membantu murid mengatasi masalah dalam
proses pengajaran dan pembelajaran yang guru jalankan dan seterusnya menjadikannya lebih
berkesan.
EEVALUATE AND REVISE (NILAI DAN SEMAK)
-
5/28/2018 76715909 Kerja Kursus Model Assure
13/31
KOD KURSUS : HBEF3103
MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)
13
KESIMPULAN
Bagi merealisasikan rancangan pengajaran dan pembelajaran mencapai objektif, penting bagi
seseorang guru dapat memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan teratur
dan bersistematik. Tanpa persediaan awal rancangan pengajaran dan pembelajaran yang hendak
diajar oleh seseorang guru itu sudah pastinya tidak akan dapat mengajar dengan baik dan mudah
terpesong dari isi pelajaran yang ingin diajar. Ini kerana rancangan pengajaran merupakan
panduan untuk guru semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Rancangan
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dengan menggunakan model Assure di mana guru
meneliti secara terperinci tentang latar belakang murid, objektif pengajaran, kaedah, media danbahan yang digunakan, penglibatan murid serta penilaian pada akhir pembelajaran dapat
membantu guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.
Pendekatan ini ternyata lebih sesuai digunakan di samping dapat memaksimumkan penglibatan
murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Jelas sekali model rancangan pengajaran
dan pembelajaran yang disediakan ini mengikut kehendak model Assure atau secara langsung
terdapat hubungkait antara kedua-duanya. Secara keseluruhannya model Assure merupakan
sebuah model reka bentuk pengajaran yang sesuai untuk digunakan dalam situasi pengajarandan pembelajaran di bilik darjah dengan penggunaan media. Dengan mengaplikasikan model
Assure dalam rancangan pengajaran dan pembelajaran diharapkan proses pembelajaran akan
menjadi lebih berkualiti seterusnya menghasilkan pengajaran dan pembelajaran secara optimum
dan berkesan.
-
5/28/2018 76715909 Kerja Kursus Model Assure
14/31
KOD KURSUS : HBEF3103
MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)
14
RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE
Tarikh : 3 Mac 2011
Masa : 1 jam (11.10pg. hingga 12.10 thr.)
Tahun : 3 Amanah
Bilangan Murid : 26 orang
Mata Pelajaran : Pendidikan Kesihatan
Tajuk Pengajaran : Punca dan kesan merokok kepada tubuh badan manusia
Pengetahuan Sedia Ada : 1. Murid pernah melihat iklan bahaya merokok di iklan
televisyen
2. Murid terdedah dengan pameran di sudut pameran
Pendidikan Dan Pencegahan Dadah di sekolah
3. Murid pernah terbaca papan iklan di persekitaran
mereka berkaitan dengan gaya hidup sihat tanpa rokok
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid akan dapat :
1. Menyatakan sekurang-kurangnya 2 hingga 3 punca dan kesan pelajar
terjebak dalam aktiviti merokok.
2. Murid dapat menyesuaikan dengan tepat 4 maklumat yang diberikan
berdasarkan tajuk pengajaran.
3. Murid dapat mengisi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai setelah
mengikuti pengajaran.
4. Murid boleh menyenaraikan 4 hingga 5 kesan merokok terhadap tubuh badan
manusia.
Media dan bahan : Slaid power point, lampiran, LCD/Skrip,kertas mahjong,pen marker
Kad kata dan gambar grafik
-
5/28/2018 76715909 Kerja Kursus Model Assure
15/31
KOD KURSUS : HBEF3103
MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)
15
Langkah/
Masa
Aktiviti guru Aktiviti Murid Bahan
Set
Induksi
(5 minit)
a) Guru memaparkan cdsenikata lagu dan
mempendengarkan lagu
Dengarlah Sayang
b) Guru bersoaljawab dengan
murid berkaitan perkara
yang hendak disampaikan
dalam senikata lagu yang
diperdengarkan.
a) Murid mendengar danseterusnya menyanyi
bersama-sama.
b) Beberapa orang murid
memberi jawapan
-berkaitan gaya hidup
sihat
-rayuan agar tidak
merokok
-rokok memberi kesan
yang buruk kepada
kesihatan manusia
-jauhi rokok
-LCD-laptop
Langkah 1
(15 minit)
a) Guru bertanya kepada
murid tentang:
- Ahli keluarga murid
yang merokok
- Murid yang pernah
merokok
b) Murid dibahagikan kepada
4 kumpulan. Guru
member kertas mahjong
dan marker pen dan
meminta ahli kumpulan
membincangkan punca-
punca dan kesan merokok
a) Beberapa orang murid
menjawab soalan guru:
- Terdapat ahli keluarga
yang merokok
contohnya ayah
- Murid tidak pernah
merokok tetapi pernah
melihat orang
merokok
b) Sebab-sebab merokok,ikut
kawan,suka-suka,ingin
mencuba dsb. Kesan
merokok membazir wang,
-kertas mahjong
-marker pen
-
5/28/2018 76715909 Kerja Kursus Model Assure
16/31
KOD KURSUS : HBEF3103
MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)
16
keatas tubuh badan
manusia.
c) Guru minta seorang wakil
kumpulan untukmembentangkan hasil
perbincangan.
-soaljawab dan
perbincangan.
batuk, kanser paru-paru,
nafas berbau dsb.
c) Wakil setiap kumpulan
membentangkan hasilperbincangan di hadapan.
-murid menjawab dan
memberi sumbangsaran
berkaitan pertanyaan guru
dan rakan-rakan lain.
Langkah 2
(15 minit)
a) Tayangan slaid berkaitan
dengan punca-punca
merokok:
- Kurang didikan
daripada ibubapa
- Pengaruh rakan
sebaya/idola/ibu bapa
- Pengaruh iklan
- Ingin mencuba
- Lemah jati diri
- Mudah diperolehi
- Mampu dibeli
b) Guru memberi penerangan
dan bersoaljawab dengan
murid tentang punca-
punca merokok
a) Murid melihat slaid
dengan penuh minat dan
menjawab soalan-soalan
yang diajukan.
-slaid
Langkah 3
(10 minit)
a) Tayangan slaid berkaitan
dengan kesan
merokok.(sebelum
tayangan slaid guru
bersoaljawab dengan
a) Beberapa orang murid
menyatakan kesan-kesan
merokok keatas tubuh
badan manusia.
- kad gambar
-slaid
-
5/28/2018 76715909 Kerja Kursus Model Assure
17/31
KOD KURSUS : HBEF3103
MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)
17
murid dan meminta murid
menampalkan gambar
kesan merokok keatas
tubuh badan sepertigambar paru-paru yang
baik dan paru-paru yang
telah diserang kanser)
i. Ketagihan:
-buang masa
-kurang daya konsentrasi
(tumpuan)
ii. Perubahan pada
fizikal
-gigi kuning
-letih lesu
-mengantuk
-nafas berbau
iii. Penyakit
-kanser paru-paru
-sakit jantung
-asma
-batuk kering
iv. Ekonomi
-pembaziran wang
v. Prestasi merosot
-disiplin
-akademik
-kokurikulum
Murid memberi resporn
slaid yang ditayangkan
oleh guru. Seorang murid
menampalkan gambargrafik di papan hitam.
Langkah 4
(10 minit)
a) Aktiviti menulis
menggunakan lembaran
kerja yang disediakan.
b) Guru mengedarkan lemba
a) Ketua kumpulan
mengedarkan lembaran
kerja kepada rakan setiap
kumpulan masing-masing.
-lembaran kerja
-
5/28/2018 76715909 Kerja Kursus Model Assure
18/31
KOD KURSUS : HBEF3103
MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)
18
edarkan kepada ketua
kumpulan dan meminta
mengagihkan kepada ahli
kumpulan.
b) Murid menyiapkan aktiviti
seperti yang terdapat
dalam lembaran kerja.
Penutup
(5 minit)
a) Guru meminta murid
membuat rumusan tentang
pengajaran dan
pembelajaran pada hari ini
b) Guru melantik seorang
ketua untuk melaungkan
slogan dan diikuti oleh
murid lain beramai-ramai;
-Kami benci rokok
-Kami benci perokok
-Kami tak nak
merokok
c) Menyanyi kembali
bersama-sama lagu
Dengarlah Sayang
a) Murid membuat rumusan
tentang pelajaran yang
telah mereka pelajari hari
ini:
-kesan merokok
mendatangkan keburukan
daripada kebaikan ke atas
tubuh badan manusia.
b) Murid melaungkan slogan
bersama-sama dengan
penuh semangat
c) Murid bernyanyi dengan
penuh semangat dan
gembira
-senikata lagu
-kad kata
-
5/28/2018 76715909 Kerja Kursus Model Assure
19/31
KOD KURSUS : HBEF3103
MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)
19
LAMPIRAN
-
5/28/2018 76715909 Kerja Kursus Model Assure
20/31
KOD KURSUS : HBEF3103
MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)
20
Nama : _________________________________ Lampiran 1
Darjah: ______________________
Suaikan maklumat yang berkaitan di antara petak A dan B.
A B
Kesan fizikal
kepada perokok Kanser paru-paru
Kesan
ekonomi
Ingin cuba, pengaruh rakan
Punca murid merokok Membazir wang
Penyakit akibat merokok Gigi kekuningan, lesu,
mengantuk
-
5/28/2018 76715909 Kerja Kursus Model Assure
21/31
KOD KURSUS : HBEF3103
MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)
21
Nama : ___________________________________ Lampiran 2
Darjah: _________________
Isi tempat kosong dengan menggunakan jawapan yang sesuai ;
kuning kimia merokok rakan sebaya
menjejaskan berkedut sihat paru-paru
1. Gigi seorang perokok biasanya berwarna ____________ .
2. Pengaruh __________________ merupakan salah satu punca murid cuba merokok.
3. Orang yang tidak merokok lebih ______________ berbanding orang yang merokok.
4. Merokok akan mempercepatkan proses penuaan dan kulit cepat ____________ .
5. Murid yang merokok boleh ___________ prestasi akademik.
6. Dalam sebatang rokok, terdapat bahan ________________ yang boleh mendatangkanpelbagai penyakit kepada perokok.
7. Kanser ___________________ adalah antara penyakit yang menimpa seorang perokok.
-
5/28/2018 76715909 Kerja Kursus Model Assure
22/31
KOD KURSUS : HBEF3103
MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)
22
KAD GAMBAR
PARU-PARU YANG BAIK
KANSER PARU-PARU
-
5/28/2018 76715909 Kerja Kursus Model Assure
23/31
KOD KURSUS : HBEF3103
MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)
23
Lirik lagu Dengarlah Sayang
Tanya sama hati
Apa adik rasa
Tentu jawab hati
Sihat dan ceria
Tanya sama akal
Apa adik takut
Tentu jawab akal
Asaplah rokok
C/o
Duhai ayah sayang
Dengarlah rayuan
Rokok yang dibuang
Jangan diulang
Sihat tubuh badan
Kanser tak menyerang
Jantung pula tenang
Hidup pun riang.
-
5/28/2018 76715909 Kerja Kursus Model Assure
24/31
KOD KURSUS : HBEF3103
MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)
24
KAD KATA
Kami benci rokok
Kami benci perokok
Kami tak nak merokok
-
5/28/2018 76715909 Kerja Kursus Model Assure
25/31
KOD KURSUS : HBEF3103
MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)
25
RANCANGAN PENGAJARAN
TOPIK 1
TAJUK Punca dan Kesan Merokok Kepada Tubuh Badan.
MASA 1 Jam
KELAS / TAHUN 3 Amanah
OBJEKTIF Pada akhir pembelajaran murid dapat :
1. Menyatakan punca-punca merokok.
2. Menyatakan kesan-kesan merokokterhadap diri dan keluarga.
LANGKAH-LANGKAH Set Induksi (5 minit)
1. Guru menyalakan lingkaran ubat nyamuk di hadapankelas.
2. Guru bertanyakan kepada murid tentang:- warna api- bau asap- kesan asap ke atas manusia- aktiviti-aktiviti lain yang mengeluarkan asap
Langkah 1 (10 minit)
Guru bertanya kepada murid tentang:- ahli keluarga murid yang merokok.
- murid yang pernah merokok- sebab-sebab mereka merokok
Langkah 2 (15 minit)
Tayangan slaid berkaitan dengan punca-punca merokok.
- pengaruh rakan sebaya/ idola/ ibu bapa.- Pengaruh iklan.- Ingin mencuba.- Lemah jati diri- Mudah diperolehi.
- Mampu dibeli.
-
5/28/2018 76715909 Kerja Kursus Model Assure
26/31
KOD KURSUS : HBEF3103
MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)
26
Langkah 3 (10 minit)
Tayangan slaid berkaitan dengan kesan merokok ;
b. Ketagihan ;- buang masa- kurang daya konsentrasi (tumpuan)
c. Fizikal ;- gigi kekuningan- letih lesu- mengantuk- nafas berbau
d. Penyakit ;
- kanser paru-paru- sakit jantung- asma- batuk kering
e. Ekonomi ;- Pembaziran wang
f. Prestasi merosot;- disiplin- akademik- kokurikulum
Langkah 4 (Aktiviti bertulis15 minit)
1. Aktiviti bertulis menggunakan lembaran kerja yang disediakan.
2. Guru mengedarkan lembaran kerja mengikut tahap murid.
Rumusan (5 minit)
Guru meminta murid melaungkan slogan berikut secara beramai-ramai ;- Kami benci rokok- Kami benci perokok- Kami tak nak merokok
-
5/28/2018 76715909 Kerja Kursus Model Assure
27/31
KOD KURSUS : HBEF3103
MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)
27
RUJUKAN
Prof. Madya Dr. Wan Zah Wan Ali, Prof. Madya Dr. Ramlan Hamzah dan Dr. Rosini Abu
(2011). Open University Malaysia, HBEF3103 Prinsip Teknologi Pengajaran.Selangor Darul
Ehsan : Dibangunkan oleh Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi Open University
Malaysia
Yusup Hashim (1998). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Penerbit Siri Pendidikan Fajar
Bakti
Ab.Rahim Selamat (1990). Teknologi Sistem Pengajaran. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti
Sdn.Bhd.
Kit Pengajaran dan Pembelajarab Program Sifar Dadah Sekolah Rendah (PROSIDAR).Sekolah
Bebas Dadah 2012.Putrajaya:Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia
http://members.fortunecity.com/uniforce/mediahtm/.html
http://www.valenciacc.edu/oit/articles_detail.cfm?ID=45
http://www.mscd.edu/_act2/courseconstruct/assure.html
http://members.fortunecity.com/uniforce/mediahtm/.htmlhttp://members.fortunecity.com/uniforce/mediahtm/.htmlhttp://www.valenciacc.edu/oit/articles_detail.cfm?ID=45http://www.valenciacc.edu/oit/articles_detail.cfm?ID=45http://www.mscd.edu/_act2/courseconstruct/assure.htmlhttp://www.mscd.edu/_act2/courseconstruct/assure.htmlhttp://www.mscd.edu/_act2/courseconstruct/assure.htmlhttp://www.valenciacc.edu/oit/articles_detail.cfm?ID=45http://members.fortunecity.com/uniforce/mediahtm/.html -
5/28/2018 76715909 Kerja Kursus Model Assure
28/31
KOD KURSUS : HBEF3103
MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)
28
-
5/28/2018 76715909 Kerja Kursus Model Assure
29/31
-
5/28/2018 76715909 Kerja Kursus Model Assure
30/31
KOD KURSUS : HBEF3103
MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)
30
-
5/28/2018 76715909 Kerja Kursus Model Assure
31/31
KOD KURSUS : HBEF3103
MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)
31