Kerja Khusus GeorgrafiKepentingan Jaringan Sistem Pengangkutan Di Batang Kali
Nama Calon : …Tingkatan : …No K/P : …Angka Giliran :Nama Sekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan …Tajuk Kajian : Kepentingan Jaringan Sistem Pengangkutan Di Batang KaliGuru Penilaian : Puan / Encik
Bil
Aspek Markah Penuh
Markah Diperolehi
1 Tajuk Kajian 12 Senarai
Kandungan1
3 Penghargaan 24 Pendahuluan 25 Objektif Kajian 26 Kawasan Kajian 87 Kaedah Kajian 28 Dapatan Kajian 259 Rumusan 210
Lampiran 2
11
Rujukan 2
12
Penilaian 1
Jumlah 50
Tahap Pencapaian :
Tanda Tangan Guru :
SENARAI KANDUNGAN
Bil Perkara Muka Surat
1 Penghargaan
2 Pendahuluan
3 Objektif Kajian
4 Kawasan Kajian
5 Kaedah Kajian
6 Dapatan Kajian
7 Rumusan
8 Lampiran
9 Rujukan
2
PENGHARGAANSaya merakamkan setinggi-tinggi perhargaan dan mengucapkan terima kasih
kepada guru Georgrafi kelas saya iaitu Puan Sharijah Binti Seman. Beliau telah
memberikan panduan dan nasihat kepada saya dan rakan-rakan sekelas tentang tajuk
kerja khusus ini dan cara melakukannya.
Terima kasih juga kepada Puan Hajah Siti Khalijijah Binti Haji Hassan
pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mashor kerana memberikan
kebenaran dan sokongan untuk membuat kerja khusus ini. Ribuan terima kasih kepada
ibu bapa saya yang telah memberikan nasihat dan dorongan serta sokongan sepanjang
masa saya melaksanakan kajian ini. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada
rakan-rakan dalam kumpulan saya yang telah bekerjasama mengumpul maklumat
penting dalam kerja khusus ini.
3
PENDAHULUANSaya ( nama anda ) murid Tingkatan ( nama kelas ) di Sekolah Menengah
Kebangsaan … . Saya dan rakan-rakan sekelas dimaklumkan oleh Puan Sharijah
bahawa kerja ini wajib dilaksanakan oleh murid Tingkatan Dua bagi memenuhi
keperluan sukatan pelajaran untuk matapelajaran Georgrafi tingkatan dua. Hal ini
dijalankan melalui tema Kajian Georgrafi Tempatan.
Pada tahun ini, kami diperlukan membuat kajian tentang Kepentingan
Jaringan Sistem Pengangkutan Di Batang Kali. Kami memilih stesen komuter di
Batang Kali sebagai kawasan kajian kami. Kami memilih kawasan ini kerana saya
dan rakan-rakan tinggal berhampiran di kawasan kajian. Puan Sharijah memberi
tempoh masa satu bulan bagi melaksanakan hasil kajian kami. Laporan kerja khusus
perlu dilaksanakan secara individu.
OBJEKTIF KAJIAN4
Berikut adalah objektif-objektif yang ditentukan dalam melaksanakan kerja khusus
ini:
a) Mengenal pasti sistem pengangkutan komuter memainkan peranan penting
di kalangan penduduk di sekitar Batang Kali.
b) Mengetaui masalah-masalah yang timbul berkaitan dengan pengangkutan
komuter kepada penduduk di sekitar Batang Kali.
c) Dapat menyenaraikan langkah-langkah untuk mengatasi masalah
pengangkutan komuter.
Melalui kajian ini, saya berasa bangga dan bersyukur kerana dapat mengenal pasti
sistem pengangkutan komuter memainkan peranan yang penting di kalangan
penduduk di sekitar Batang Kali. Saya juga dapat mengetahui masalah-masalah yang
timbul dan dapat menyenaraikan langkah-langkah mengatasi masalah pengangkutan
komuter.
KAWASAN KAJIAN
5
Selepas membuat kajian saya mendapati bentuk muka bumi di Pekan Batang Kali
adalah tanah pamah yang rata. Jadi, saya telah memilih kawasan ini kerana kawasan
ini berdekatan dengan kawasan rumah saya iaitu Taman Tamu Hill Park.
Pekan Batang Kali terletak di Mukim Batang Kali di negeri Selangor (lihat
peta lakar 1). Kawasan ini disempadani oleh Mukim Rasa di bahagian utara dan barat
laut dan Mukim Ulu Yam di bahagian selatan. Pekan Batang Kali terletak di bawah
pentadbiran Majlis Daerah Hulu Selangor. Di Pekan Batang Kali ini terdapat lebih
kurang 7 buah taman dan 5 buah kampung. Pekan Batang Kali juga terdapat 2 buah
sekolah menengah dan 2 buah sekolah rendah. Contoh Sekolah Menengah
Kebanggsaan Syed Mashor jaraknya kira-kira 3 kilometer dan Sekolah Rendah
Kebanggsaan Batang Kali jaraknya kira-kira 4 kilometer dari Taman Tamu Hill Park.
Di Pekan Batang Kali ini juga terdapat pelbagai kemudahan seperti Stesen Bas, Balai
Polis, Kedai, Masjid dan pelbagai lagi. Keluasan bagi Pekan Batang Kali ini
dianggarkan kira-kira 178,761 hektar manakala bagi keluasan Daerah Hulu Selangor
pula dianggarkan kira-kira 185,047 hektar.
Stesen komuter terletak di timur Pekan Batang Kali. Kedudukannya kira-kira
4 kilometer dari rumah saya. Tambang perjalanan dari rumah saya ke stesen komuter
Batang Kali menggunakan bas awam ialah RM0.80 sen. Terdapat 10 stesen sebelum
sampai ke KL Sentral. Tambang komuter dari Batang Kali hingga KL Sentral ialah
RM 5.00 ringgit dan masa perjalanan hanya selama 30 minit sahaja, untuk sampai ke
sana. Di stesen komuter Batang Kali ini juga mempunyai kemudahan seperti tandas
dan surau. Pekan Batang Kali merupakan kawasan tanaman pokok getah dan kelapa
sawit. Sebahagian bentuk muka bumi di Pekan Batang Kali adalah rata dan keadaan
bentuk muka bumi sebegini membolehkan pemaju membangunkan kawasan ini
kerana kos pembinaanya yang murah. Kawasan yang rata ini mempunyai potensi
6
dijadikan kawasan petempatan, pembinaan jaringan pengangkutan yang lengkap dan
sesuai untuk menjalankan kegiatan ekonomi seperti perniagaan. Tidak lupa juga, di
sini terdapat pelbagai kemudahan awam yang lengkap seperti kedai, dewan orang
ramai, taman rekreasi dan sebagainya.
Permukaan muka bumi juga memainkan peranan yang penting. Strukturnya
yang rendah dan rata menjadi faktor kepada pembinaan jaringan jalan raya dibina di
Pekan Batang Kali ini. Jaringan jalan raya di sini telah menghubungkan tempat-
tempat seperti Ligamas (2km), Kuala Kubu Bharu (20km), Rawang (23km), Genting
Highland (25km) dan juga Kuala Lumpur (51km). Dengan adanya sistem
pengangkutan komuter ini, maka penduduk di Pekan Batang Kali akan mudah
berulang-alik dari tempat kerja serta ke destinasi yang ingin dituju seperti Bandaraya
Kuala Lumpur.
KAEDAH KAJIAN
7
Berikut adalah kaedah kajian yang digunakan dalam menjalankan kajian terhadap
kawasan ini :
a) Pemerhatian
Pemerhatian dibuat terhadap bentuk muka bumi, jenis kegiatan ekonomi,
kemudahan sosial yang ada, dan kemudahan yang yang terdapat di
Taman Tamu Hill Park.
Kami juga memerhatikan ciri kawasan dan tempat sekitarnya dari segi
kemajuan dan pembangunannya.
b) Soal selidik
Sebelum memulakan temu bual, kami menyediakan boring selidik
kepada 20 orang responden di Taman Tamu Hill Park untuk mendapat
maklumat tenteng tempat tinggal, jenis pekerjaan, masalah yang
dihadapi, dan cadangan bagi mengatasi masalah tersebut. Sila lihat
contoh lampiran 1.
Kami juga berbincang dengan rakan dalam kumpulan tantang maklumat
yang diperolehi.
c) Temu bual
8
d) Rujukan
Kami mengumpulkan maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian
seperti peta kawasan kajian dan maklumat-maklumat lain yang
berkaitan.
Kami mendapatkan maklumat melalui risalah, majalah, keratan akhbar
serta melalui laman web.
DAPATAN KAJIAN8.1 Jenis dan pola petempatan di Taman Tamu Hill Park
9
Daripada maklumat yang saya perolehi Taman Tamu Hill Park adalah
kawasan di luar Bandar. Di sini terdapat tiga jaringan pengangkutan yang utama iaitu
jalan raya, jalan komuter dan jalan kereta api. Jalan raya merupakan laluan utama bagi
penduduk di Batang Kali. Jalan raya di Batang Kali menghubungkan dengan negeri-
negeri lain di Malaysia. Mengikut pemerhatian saya, kebanyakan penduduk di Taman
Tamu Hill Park menggunakan jalan raya untuk ke mana-mana berbanding jaringan
sistem pengangkutan yang lain. Jalan raya disini menghubungkan kawasan ini dengan
tempat-tempat lain seperti Rawang, Ligamas, Kuala Kubu Bharu, Genting Highland
dan Kuala Lumpur. Jumlah penduduk di taman ini juga hampir mencecah 6 ribu
penduduk dengan terdiri dari 3 bangsa. Bangsa Melayu 4 ribu, bangsa Cina 1 ribu,
manakala bangsa India juga 1 ribu.
Selain itu, jalan kereta api juga salah satu jaringan pengangkutan yang penting
di Batang Kali. Mengikut hasil kajian saya, pengangkutan kereta api ini bukan sahaja
membawa penumpang malah pengangkutan kereta api juga penting untuk
mengangkut barangan hasil pertanian seperti getah, koko dan juga barangan pukal
seperti kayu balak, papan dan pasir. Oleh itu, pengangkutan ini memainkan peranan
penting bagi penduduk di sekitar Batang Kali dan juga dalam perkembangan ekonomi
penduduk di sekitarnya
8.2 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Sistem Pengangkutan di Batang Kali
i) Bentuk muka bumi
Permukaan bumi yang rendah dan rata di Batang Kali membolehkan
pembinaan jaringan pengangkutan seperti jalan raya, jalan jalan komuter dan
10
jalan kereta api dibina. Saya berasa bangga dapat tinggal di kawasan Batang
Kali kerana terdapatnya kemudahan sistem pengangkutan.
ii) Kegiatan ekonomi
Penduduk di Batang Kali banyak yang mengusahakan kegiatan perdagangan
dengan mengusahakan kedai. Selain itu, terdapat juga penduduk yang
terlibat dalam bidang pertanian. Oleh kerana kegiatan ekonomi yang
semakin berkembang di Batang Kali, jaringan sistem pengangkutan di
Batang Kali amat penting untuk membawa hasil pertanian dan lain-lain.
Saya berasa bangga dan bertuah kerana perkembangan kegiatan ekonomi di
sini.
iii) Dasar kerajaan
Dasar kerajaan negeri Selangor yang menggalakkan perkembangan
jarinagn sistem pengangkutan di kawasan pedalaman seperti Batang Kali
membantu dalam membangunkan sistem pengangkutan di Batang Kali.
Saya berasa bangga dengan dasar kerajaan negeri Selangor ini.
8.3 Kepentingan Jaringan Sistem Pengangkutan
i) Ketersampaian
11
Jaringan sistem pengangkutan di Batang Kali membolehkan pergerakan
penduduk dan meningkatkan tahap ketersampaian penduduk di sini. Dengan
adanya jaringan sistem pengangkutan ini, penduduk akan lebih mudah dan
cepat sampai ke destinasi yang dituju. Penduduk di Batang Kali patut berasa
bangga dengan hal ini.
ii) Perkembangan Ekonomi
Kegiatan ekonomi yang semakin berkembang di Batang Kali terutama
dalam bidang perdagangan dan pertanian, menggalakkan penggunaan jalan
kereta api terutamanya untuk membawa hasil pertanian dan perdagangan.
Saya berasa bertuah kerana jaringan sistem pengangkutan menjadi begitu
penting di Batang Kali.
8.4 Kesan-kesan Jaringan Pengangkutan Terhadap Alam Sekitar
Kesan Positif
12
Jaringan sistem pengangkutan memberi banyak manfaat kepada kita. Dengan
adanya jaringan pengangkutan, kita dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas
seterusnya menjimatkan masa. Kita juga dapat menjimatkan wang minyak
jikalau kita menggunakan pengangkutan ini. Ini kerana duit tambangnya
jauh lebih murah dari duit minyak yang kita gunakan. Selain itu, pencemaran
juga akan berkurangan dengan adanya jaringan pengangkutan. Sebagai rakyat
Malaysia, saya berasa bangga kerana negara kita mempunyai jaringan
pengangkutan yang cukup efektif.
Kesan Negatif
Perkembangan pengangkutan turut menyumbang kepada permasalahan alam
sekitar. Pertambahan kenderaan persendirian di jalan raya akan meningkatkan
kadar pencemaran udara. Perkembangan pengangkutan juga mengakibatkan
pencemaran bunyi. Kenderaan yang bertambah akan menghasilkan bunyi
bising terutama di kawasan bandar. Keadaan ini akan menganggu
ketenteraman dan ketenagan emosi penduduk bandar. Pembinaan sistem
pengangkutan juga turut mengubah landskap fizikal sesuatu kawasan. Kita
haruslah berusaha menjaga negara Malaysia dari terjejas dengan pencemaran
yang tidak sepatutnya berlaku.
8.5 Langkah-langkah Penyelesaian
(a) Pendidikan Alam Sekitar
13
Pendidikan megenai kepentingan menjaga alam sekitar haruslah dititik
beratkan kepada generasi muda. Generasi muda haruslah diberi
pendedahan megenai penjagaan alam sekitar dan akibatnya jika kita tidak
menjaga alam sekitar. Kempen juga boleh dilaksanakan untuk menjayakan
hal ini. Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bersama-sama menjaga alam
sekitar demi kebaikan bersama.
(b) Petrol Tanpa Plumbum
Kempen menggalakkan penggunaan petrol tanpa plumbum yang
diperkenalkan oleh kerajaan negara Malaysia sejak tahun 80-an juga telah
meningkatkan kualiti udara secara keseluruhannya. Oleh itu, sebagai
rakyat Malaysia, kita haruslah menyahut dan menyokong seruan kerajaan
ini.
(c) Alat Catalytic Converter
Masalah pencemaran udara dapat diatasi dengan memasang alat catalytic
converter pada ekzos kereta. Penggunaan alat ini telah berupaya
menukarkan gas beracun seperti karbon monoksidadan nitrogen oksida
kepada bentuk gas yang tidak memudaratkan seperti karbon dioksida dan
nitrogen. Rakyat Malaysia harus menggunakan kenderaan ini demi
kebaikan negara tercinta, Malaysia.
(d) Pengurusan Trafik yang Lebih Efisien
Usaha-usaha perlu dijalankan bagi menggalakkan pengangkutan awam
terutama di waktu puncak. Hal ini dapat mengurangkan kesesakan lalu
14
lintas di pusat bandar. selain itu, kualiti udara di sekitar bandar juga dapat
ditingkatkan. Dengan cara ini, masalah kesesakan lalu lintas dan
pencemaran udara juga dapat diselamatkan. Saya berasa bangga kerana
rakyat Malaysia mulai sedar akan hal ini dan mula menggunakan
pengangkutan awam daripada kenderaan sendiri.
15
8.6 Jadual
Data dan
Grafik
16
JADUAL PENGGUNAAN
KERETA DI JALAN RAYA
JENIS PENGANGKUTAN BILANGAN
KERETA 1964
MOTOSIKAL 535
BAS 42
LORI 182
BASIKAL 72
17
GRAF PENGGUNAAN KERETA
DI JALAN RAYA
JENIS PENGANGKUTAN YANG TERDAPAT DI BATANG KALI
0
500
1000
1500
2000
2500
Kereta Motosikal Bas Lori Basikal
JENIS PENGANGKUTAN
BILA
NGAN
18
BORANG BANCIAN
PENGGUNAAN KERETA
DI JALAN RAYA
RUMUSAN
19
Saya mendapati bahawa stesen komuter di Batang Kali banyak memberikan
kemudahan kepada penduduk di sekitarnya. Ini memudahkan penduduk di Batang
Kali pergi ke mana-mana dengan lebih mudah dan cepat tanpa sebarang kesesakan
lalu lintas walaupun mempunyai pengangkutan bas dan juga teksi.Komuter ini lebih
ramai dinaiki oleh penumpang adalah untuk tujuan bersiar-siar. Di samping itu,
kemudahan-kemudahan yang ada, masih tidak memenuhi keselesaan penumpang.
Oleh itu, stesen komuter ini perlulah mengatasi masalah yang di hadapi oleh para
penumpang dengan segera bagi memenuhi keselesaan mereka ketika hendak menaiki
komuter.
Saya berasa gembira kerana dapat melaksanakan kerja kursus ini dengan
kerjasama daripada rakan-rakan saya. Selepas kajian ini, saya menyedari bahawa
stesen komuter Batang Kali merupakan sebuah kawasan jaringan pengangkutan yang
sangat memberi kemudahan kepada penduduk di sekitar Batang Kali.
Melalui kajian ini, saya berasa bangga dan bersyukur kerana saya dapat
mengenal pasti bahawa stesen komuter di Batang Kali banyak memberikan
kemudahan kepada penduduk di sekitarnya. Ini memudahkan penduduk di Batang
Kali pergi ke mana-mana dengan lebih mudah dan cepat tanpa sebarang kesesakan
lalu lintas walaupun mempunyai pengangkutan bas dan juga teksi. Komuter ini lebih
ramai dinaiki oleh penumpang adalah untuk tujuan bersiar-siar. Di samping itu,
kemudahan-kemudahan yang ada, masih tidak memenuhi keselesaan penumpang.
Oleh itu, stesen komuter ini perlulah mengatasi masalah yang di hadapi oleh para
penumpang dengan segera bagi memenuhi keselesaan mereka ketika hendak menaiki
komuter.
RUJUKAN
20
BUKU ILMIAH
Buku Geografi tingkatan 2 Chong Mui Sen, Azizan bin Hj. Abu Samah,
Percetakan Saufi, 2003.
ORANG SUMBER
Nama : En Amir Bin Hj Ahmed
Umur : 45 Tahun
Alamat : …
INTERNET
www. ktmb.com.my /images/default/ komuter /comfare0708.pdf
en.wikipedia.org/wiki/Batang_Kali_Komuter_station
21
LAMPIRAN
22