Download - 5.0kaedah kajian
-
8/2/2019 5.0kaedah kajian
1/1
6.0 KAEDAH KAJIAN YANG DIGUNAKAN
Bagi menjalankan kajian ini, terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk
mengumpul maklumat berkenaan dengan tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah.
Berikut merupakan kaedah kajian yang telah pengkaji gunakan sepanjang perjalanankerja kursus ini.
6.1 Pemerhatian
Melalui kaedah ini, pengkaji memerhatikan keadaan persekitaran kawasan kajian untuk
memerhatikan jenis aktiviti ekonomi yang dijalankan dan bagaimana kehidupan sosial
yang dilalui oleh penduduk dalam menjalankan aktiviti sehariannya. Tambahan pula,
pemerhatian turut dibuat terhadap budaya dan cara hidup masyarakat sekeliling.
Pemerhatian yang dibuat akan didokumentasikan dalam penulisan ilmiah
6.2 Temu Bual
Selain menggunakan kaedah pemerhatian, pengkaji turut menggunakan kaedah temu
bual untuk mendapatkan maklumat terutama dari penduduk kampung terutamanya
supaya maklumat yang diperolehi lebih terperinci. Melalui kaedah ini juga, maklumat
mengenai aktiviti ekonomi dan kehidupan sosial masyarakat dapat diketahui. Orang
sumber yang ditemui membantu dalam pengumpulan maklumat kajian ini.
6.3 Rujukan
Pengkaji juga menggunakan kaedah rujukan untuk membuat perbandingan
berdasarkan teori yang diberikan dengan maklumat yang pengkaji perolehi daripada
hasil pemerhatian dan temubual yang dijalankan. Pengkaji mendapatkan sumber
rujukan daripada buku dan juga internet. Pengkaji mencari buku di dalam pusat sumber
supaya lebih banyak perbandingan teori yang pengkaji jalankan.