-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
1
TENTANG PENULIS
Ebook ini ditulis oleh saya iaitu Ir. Sofian yang
merupakan anak kelahiran Johor. Bagi anda yang belum
mengenali saya, saya merupakan Profesional Engineering yang
mempunyai syarikat perundingan kejuruteraan sendiri iaitu
Kezo Consult Sdn Bhd.
Namun disebabkan minat yang mendalam terhadap
emas dan perak, saya telah menceburkan diri dalam bidang
pelaburan emas dan perak.
Saya mula menceburkan diri dalam bidang pelaburan
ini sejak tahun 2009 dengan berbekalkan azam yang kuat
untuk mendalami ilmu tentang emas ini yang merupakan satu-
satunya harta yang bernilai diberikan oleh Allah SWT.
Saya mula mendalami teknik-teknik melabur emas
dengan betul dan saya juga cuba belajar menguasai teknikal
analisis bagi mengkaji pasaran emas. Alhamdulillah, Allah
telah mengkurniakan saya ilham yang memudahkan saya
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
2
untuk memahami ilmu tentang emas ini hinggakan saya
berjaya menjadi pakar. Hampir 80%-90% analisis yang saya
lakukan adalah tepat. Dari itu, saya juga memberikan
konsultasi mengenai pelaburan emas dan perak di dalam
seminar-seminar yang dianjurkan.
Saya juga ada menulis buku berjudul ‘Magnet Emas
Magnet Kekayaan’ bagi berkongsikan kepada masyarakat
tentang bagaimana mereka boleh menjadikan emas sebagai
magnet kekayaan mereka.
Bukan itu saja, bahkan saya juga membuat program
Trade Gold For Money (TG4M) dan Simplified Trading Signal
(STS) untuk mengajar dan mendidik masyarakat bagaimana
untuk trade emas dengan cara yang betul dan selamat.
http://www.irsofian.com/http://irsofian.com/tg4m/http://irsofian.com/sts2017/http://irsofian.com/sts2017/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
3
PRAKATA
Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah SWT kerana
dengan limpah kurnia dan rahmatnya saya dapat
menyelesaikan ebook saya ini. Tanpa taufiq dan inayahnya,
mungkin saya tidak mampu untuk melengkapkan ebook ini.
Ebook ini mendedahkan tentang 25 CARA bagaimana
emas ini dapat membantu anda menjadi lebih kaya ketika
ekonomi gawat. Justeru, saya menyediakan ebook ini kerana
saya tahu ada di antara anda yang ingin mengubah hidup anda
menjadi lebih baik. Cuma anda sendiri tidak ada anjakan
paradigma yang kukuh untuk menolak diri anda keluar dari
zon anda.
Segala maklumat dan informasi yang ditulis di dalam
ebook ini bukan sahaja berdasarkan pengalaman saya selama
hampir 8 tahun terlibat dalam pelaburan emas dan perak, tapi
ia juga merujuk kepada kajian yang saya telah lakukan
terhadap peristiwa penting yang berlaku sepanjang tahun
2016 dan 2017.
Selain itu, ebook ini juga turut disediakan bagi
memberikan kesedaran kepada anda tentang isu-isu semasa
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
4
yang berlaku yang saling berkait dengan pergerakan harga
pasaran emas.
Sebelum saya menulis ebook ini, ada sesuatu perkara
yang terlintas difikiran saya. Saya melihat semakin ramai
orang sering bertanyakan kepada saya persoalan-persoalan
berkenaan pelaburan emas.
Tidak kurang juga ramai yang cuba bertanyakan
bagaimana mereka dapat memulakan dan menjana
keuntungan dari pelaburan emas tersebut. Persoalan ini
banyak diajukan terutamanya di dalam program percuma yang
saya anjurkan iaitu 60 Minit Q&A bersama Ir. Sofian.
Sekiranya anda juga ingin turut serta dalam program
kami ini, anda boleh klik link ini: http://bit.ly/60minitqna2017.
Program percuma saya ini adalah merupakan salah
satu ruang yang saya berikan kepada orang di luar sana untuk
mengetahui serba sedikit ilmu berkaitan dengan emas samada
http://www.irsofian.com/http://bit.ly/60minitqna2017http://bit.ly/60minitqna2017http://bit.ly/60minitqna2017
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
5
emas fizikal atau trading emas serta memberikan mereka
peluang untuk bertanyakan soalan berkaitan kepada saya.
Apa yang saya
cuba lakukan adalah saya
melihat ia sebagai salah
satu inisiatif yang bagus
untuk dilakukan kerana
saya melihat tidak semua
orang mempunyai wang untuk menghadiri seminar dan juga
tidak semua orang mempunyai masa yang terluang untuk
hadir ke seminar-seminar yang dianjurkan.
Bermula dari persoalan orang ramai di ruang inilah,
terdetik di hati saya untuk membuat satu ebook yang
menunjukkan ulasan bagi cara bagaimana emas ini sangat
membantu anda untuk buat duit khususnya ketika kegawatan
ekonomi berlaku.
Selain itu juga, sejak saya berjumpa dengan Robert
Kiyosaki pada tahun lepas di Sydney, Australia yang mana
beliau telah sampaikan kepada saya iaitu selepas tahun 2016
akan berlaku satu kegawatan ekonomi yang sangat dahsyat
http://www.irsofian.com/http://bit.ly/60minitqna2017
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
6
daripada apa yang pernah berlaku pada tahun 2008. Dan apa
yang dikatakan oleh beliau adalah bertepatan dan selari
dengan analisis yang saya lakukan dalam pasaran emas.
Perkara ini juga yang menjadi salah satu penyumbang
tercetusnya idea untuk saya menuliskan ebook ini kerana saya
juga ingin menyampaikan kepada anda di luar sana tentang
peri pentingnya isu kegawatan ekonomi terhadap diri kita.
Apakah kesannya terhadap diri kita sekiranya ia berlaku dan
apakah persediaan yang anda perlu lakukan untuk
menghadapinya dengan tenang.
Anda boleh dapatkan video yang saya kongsikan ketika
berada di Sydney dahulu dengan memicit gambar saya
bersama Robert Kiyosaki ini.
Banyak info yang saya
kongsikan di dalam video
tersebut yang anda ambil
sebagai munafaat diri anda.
Justeru, disebabkan
oleh kesemua ini, saya cuba
untuk menggunakan saluran
http://www.irsofian.com/https://www.facebook.com/Ir.Sofian/videos/10210002160315337/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
7
ebook ini bagi menyampaikan kepada anda di luar sana segala
maklumat dan informasi tentang emas secara terus kepada
anda.
Mungkin bagi anda yang tidak dapat menyertai
seminar atau program yang saya anjurkan, sekurang-
kurangnya anda tidak terlepas info yang sangat berguna ini
buat bekalan dan persiapan anda untuk menghadapi ekonomi
gawat.
Saya melihat ramai orang di luar sana yang ingin
membeli dan memiliki emas namun mereka mempunyai
kekangan dari sudut duit. Ada yang nak buat pelaburan dalam
emas, nak ada emas yang boleh dijadikan sebagai pelindung
ketika ekonomi gawat, tapi untuk konsisten membeli 10gram
emas pun mereka tidak mampu.
Oleh itu, saya wujudkan proram Trade Gold For Money
(TG4M) untuk mereka di luar sana ini dapat membeli dan
menjual emas secara santai dan mudah.
http://www.irsofian.com/http://irsofian.com/tg4m/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
8
Tapi, program TG4M yang saya ajarkan ini bukanlah
berkenaan dengan emas fizikal, ia lebih kepada bentuk seperti
stock market iaitu trading secara online. Cara ini lebih mudah
kerana anda dapat buat duit poket setiap hari dan daripada
wang yang anda peroleh inilah anda boleh gunakan untuk
membeli emas secara fizikal pula.
Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut berkenaan
program saya ini, anda boleh lawati website saya berkenaan
program ini di sini http://irsofian.com/tg4m/. Daripada
program TG4M ini juga telah lahir ramai pelajar saya yang
berjaya dan kisah kejayaan mereka memperolehi keuntungan
dalam trading saya kongsikan di dalam FB Page Cangkul Sakti.
Anda boleh lihat berapa banyak keuntungan yang
mereka perolehi di situ. Ada pelajar saya yang dapat sekitar
http://www.irsofian.com/http://irsofian.com/tg4m/https://www.facebook.com/profile.php?id=100009078557330https://www.facebook.com/profile.php?id=100009078557330
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
9
$100 ke $200 USD sehari. Cuba anda bayangkan! $200 USD
jika ditukarkan kepada Ringgit Malaysia jadi berapa? RM840
tu. Banyak ke banyak? Siapa nak bagikan RM800 dalam sehari?
Dengan duit trade inilah anda dapat beli emas fizikal. Anda tak
nak ke dapat beli emas FREE aje?
Oleh itu, saya harapkan agar ebook ini akan menjadi
satu wadah buat anda untuk melangkah masuk ke alam
pelaburan emas dan mengubah kehidupan anda menjadi lebih
baik dan sempurna.
Satu pesanan saya yang anda WAJIB tanam betul-betul
dalam kepala anda.
“Simpanlah Emas. Nescaya Anda Tidak Akan Miskin.”
Selamat membaca dan jangan lupa untuk share dengan
sahabat yang lain ye.
Salam Sayang
Ir Sofian
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
10
ISI KANDUNGAN Vol.1
Tentang Penulis 1
Prakata 3
BAB 1 Emas Menyimpan Nilai Sebagai Emas 12
BAB 2 Emas Adalah Precious Metal 19
BAB 3 Emas Menampal Bocornya Tangki Wang 26
BAB 4 Emas Ubat Bagi Inflasi 30
BAB 5 Duit Akan Terbakar & Hangus, Tapi Emas
Hanya Cair
36
BAB 6 Emas Laku Melampaui Sempadan Negara 42
BAB 7 Harga Emas Akan Melompat $1900/oz 48
BAB 8 Permintaan Terhadap Emas Semakin Menggila 53
BAB 9 Orang Tidak Jual Emas, Tapi Orang Sentiasa
Beli Emas
60
BAB 10 Emas Dulu Lain, Emas Sekarang Lain 65
BAB 11 Supply & Demand Terhadap Emas Semakin
Meruncing
71
BAB 12 Harga Emas Tidak Sama Bagi Setiap Pengedar
Emas
76
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
11
ISI KANDUNGAN Vol.2
BAB 13 Petua Pelaburan Emas Jangka Panjang &
Pendek 84
BAB 14 Brexit 101
BAB 15 Persaingan Matawang Nak Jadi Juara Dunia 106
BAB 16 Krisis Ekonomi Malaysia & GST Lingkupkan
Banyak Syarikat
119
BAB 17 Trump Menjadi Presiden Amerika Syarikat 138
BAB 18 Dividen KWSP Berkurang 147
BAB 19 China Semakin Bertahta 154
BAB 20 Putaran Krisis Ekonomi Dunia Kembali 161
BAB 21 Lumrah Manusia Apabila Takut Akan Mencari
Sesuatu Yang Menjamin Kehidupan (Emas
Sebagai ‘Save Haven’)
173
BAB 22 Migrate 181
BAB 23 Dunia Akhir Zaman 188
BAB 24 Iphone atau Emas? 195
BAB 25 Teknik Manipulasi Ar-Rahnu Dapat Cetak
Emas
207
Kesimpulan 230
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
12
1
ANDA WAJIB TAHU BAHAWA:
EMAS MENYIMPAN NILAI
SEBAGAI EMAS
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
13
Apakah maksud menyimpan nilai?
Nilai ataupun value adalah perkataan yang
menggambarkan bahawa kepentingan sesuatu yang anda
miliki dan ianya adalah layak untuk dinikmati.
Emas yang sebagaimana orang tahu dari setiap
peringkat umur bahawa ia adalah barangan yang eksklusif dan
sangat istimewa. Pemiliknya akan menjadikan ia sebagai
lambang kekayaan yang sejati.
Emas sememangnya menyimpan nilainya yang
tersendiri. Jika kita lihat pada zaman dahulu datuk nenek kita,
mereka akan menurunkan emas sebagai harta pusaka kepada
anak-anak dan cucu-cucu mereka. Walaupun telah bertahun-
tahun emas tersebut sudah bertukar tangan ke 3 atau 4
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
14
generasi, emas tersebut tetap menyimpan nilainya yang
tersendiri.
Bahkan, harganya juga semakin meningkat saban
tahun mengikut harga emas semasa. Mungkin dahulu,
sewaktu datuk nenek kita membeli emas, harga emas tersebut
hanya RM40 segram, kini harganya sudah mencecah RM210
segram.
Jika anda lihat graf pasaran harga emas 10 ke 20 tahun
seperti di bawah ini, sememangnya terdapat satu peningkatan
yang sangat memberangsangkan terhadap harga emas.
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
15
Anda sendiri boleh menilai betapa beruntungnya anda
sekiranya anda mempunyai emas dan menyimpannya dalam
jangka masa yang panjang.
Oleh sebab itu, anda wajib beli emas kerana emas
menyimpan nilai sebagai
emas yang sangat bernilai.
Tidak ada benda lain yang
mampu menandingi emas
walaupun wang kertas.
Cuba anda bayangkan!
Jika anda menyimpan
wang kertas, 10 tahun
kemudian wang kertas tersebut sudah tidak boleh digunakan
lagi untuk membeli barang kerana telah berlaku pertukaran
versi pengeluaran wang kertas. Anda setujukan?
Cuba anda lihat note duit RM1,000 yang pernah
dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia ini pada satu ketika
dahulu telah tidak boleh digunakan lagi jika anda masih
memilikinya sekarang.
http://www.irsofian.com/http://irsofian.com/2016/07/12/asas-pelaburan-emas-fizikal/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
16
Namun, jika anda menyimpan emas, emas tetap
bernilai walaupun ke generasi yang seterusnya. Manakan
sama dengan wang kertas yang generasinya telah lama berlalu
dan sudah tidak laku lagi di mata Bank Negara. Betul tak?
Ada satu kisah yang sangat istimewa saya nak
kongsikan dengan anda berkenaan menyimpan emas ni.
Pernah beberapa tahun yang lepas ada satu cerita yang
berlaku di Paris di mana ada seorang lelaki telah mewarisi
sebuah rumah agam milik keluarganya.
Sewaktu sedang mengemas rumah agam tersebut
beliau menjumpai beberapa kepingan syiling dan bar emas
sejumlah 100kg. Wow!! Teruja tak? Apabila dinilai pada masa
itu, anggaran emas tersebut bernilai RM16.3 juta. Anda boleh
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
17
lihat sendiri emas-emas yang dijumpai oleh beliau di dalam
gambar di bawah ini.
Inilah dia emas berjumlah 100kg yang dijumpai di rumah agam
Sekiranya anda sendiri berada pada situasi lelaki
tersebut, apakah perasaan anda? Sudah tentu anda akan
berasa terujakan? Bukan teruja sikit, malah anda mungkin
akan melompat sampai kebumbung agaknya kan!
Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Anda juga boleh cipta
sejarah bagi keluarga dan generasi anda. Oleh sebab itu, anda
wajib melabur dalam emas sebab emas memang menyimpan
nilai sebagai emas yang tidak mungkin boleh digantikan oleh
benda lain.
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
18
Cuba anda kirakan mamat dari Paris tu punya emas
dengan nilai sekarang. Jika nilai emas sekarang pada harga
RM210 segram, anda rasa berapa nilai logam berharga dia
sekarang?? RM21 juta!! Apa macam? Rasa teruja tak?
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
19
2
ANDA WAJIB TAHU BAHAWA:
EMAS ADALAH ‘PRECIOUS
METAL’
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
20
Emas adalah ‘precious metal’ yang sangat bernilai.
Antara banyak-banyak logam, emas adalah logam
yang sentiasa bernilai zaman berzaman. Sebelum pergi lebih
jauh lagi, tentunya terdetik di minda anda apakah dia
‘Precious Metal’? Bahasa mudah bagi kita hendak faham
precious metal ini adalah logam berharga.
Kategori ‘berharga’ adalah memberi makna bahawa
logam dalam kategori ini adalah logam yang seperti berikut:
1. Ianya sukar ditemui
2. Ia mempunyai kilauan yang sangat mengasyikkan
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
21
3. Ia mempunyai sifat keunikan tersendiri yang tidak
mudah patah dan senang dibentuk mengikut bentuk
yang kita kehendaki
4. Metal jenis ini akan boleh menyimpan nilainya yang
tersendiri sebagaimana yang diterangkan dalam bab 1
dan tidak lapuk dek zaman
5. Logam ini boleh dijadikan matawang disebabkan ianya
mempunyai nilai yang tinggi sejak zaman sistem
pertukaran barter lagi dan ia memenuhi ciri-ciri
ISO4217.
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
22
Disebabkan keunikan itu ‘precious metal’ ini ditempa
kepada pelbagai bentuk yang lain seperti bullion, duit syiling
dan bahan perhiasan.
Dalam kitaran sejarah dahulu, logam ini telah
digunakan sebagai bahan komoditi dan pelaburan selain dari
matawang. Sebenarnya, selain dari emas, masih ada lagi
logam-logam lain yang berharga. Mungkin saya boleh kataka
yang ianya adalah antara family emas juga. Jadi, ingin saya
senaraikan di bawah ini family logam berharga tersebut.
1. Emas (Ini sudah pastikan!)
2. Perak
3. Platinum
4. Palladium
5. Rhodium
6. Ruthenium
7. Iridium
8. Osmium
Walaupun
emas tidak diiktiraf
sebagai wang sekarang ini, namun emas adalah merupakan
http://www.irsofian.com/http://irsofian.com/2016/07/11/pelaburan-yang-menguntungkan/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
23
wang yang sebenarnya. Anda perasan atau tidak bahawa emas
tetap dapat ditukarkan kepada wang. Walaupun negara itu
menggunakan kertas sebagai matawang dan di seantero dunia.
Sekiranya anda menyimpan wang kertas di bank, ia
tidak akan menjamin wang anda selamat kerana ia berada di
bawah pegangan pihak bank dan terikat dengan pelaburan
yang mereka lakukan.
Namun, perasankah anda? Jika anda menukarkan
wang kertas anda kepada emas, ia lebih selamat daripada
dimanipulasi dan dirompak oleh pihak bank dan kerajaan.
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
24
Mungkin anda tidak akan dapat dividen setiap bulan
atau setiap tahun, tapi dengan memiliki dan menyimpannya
anda akan dapat keuntungan yang lebih berlipat ganda
daripada dividen yang diberikan oleh pihak bank.
Sekiranya anda melabur di dalam emas, keuntungan
bagi pelaburan emas untuk setahun adalah mencecah 25%.
Anda rasa untung ke tidak sekiranya anda melabur di dalam
emas? Haa... Cuba fikirkan. Anda rasa-rasa macam mana?
Jika anda lihat graf di bawah ini, anda dapat lihat
pelaburan di dalam emas lebih menguntungkan berbanding
pelaburan di dalam koperasi atau ASB.
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
25
Inilah yang istimewanya pada emas yang merupakan
leader dalam precious metal. Oleh sebab itu, anda juga harus
mempunyai ‘precious metal’ ini sebagai simpanan. Dengan
memilikinya, anda akan dapat rasai betapa berharganya emas
ini berbanding benda lain.
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
26
3
ANDA WAJIB TAHU BAHAWA:
EMAS MENAMPAL BOCORNYA
TANGKI WANG
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
27
Tahukah anda bahawa emas ini boleh membantu anda
menampalkan kebocoran wang?
Jika sebelum ini anda sentiasa mengalami masalah
ketidakcukupan wang. Apabila anda dapat sahaja gaji, dalam
masa beberapa hari wang gaji anda telah pun habis. Bukan
hanya sekali perkara ini berlaku, bahkan setiap bulan juga
perkara yang sama berlaku berulang kali.
Mengapa perkara seperti ini terjadi? Hal ini terjadi
kerana anda tidak pandai menguruskan kewangan anda
dengan betul dan tepat dan akhirnya menyebabkan anda
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
28
selalu kekeringan wang apabila masuk pertengahan bulan.
Sentap kan statement saya ni?!
Oleh itu, inilah sebab yang
kuat untuk anda ubah kehidupan
anda iaitu dengan melabur dalam
emas. Tukarkan segera wang anda
kepada emas yang boleh
membuatkan anda berhenti
daripada menghabiskan wang anda
begitu sahaja.
Perasan tak? Jika anda ingin
membeli, sudah tentu anda akan
menggunakan wang kertas atau
menggunakan kad debit anda.
http://www.irsofian.com/http://irsofian.com/2016/12/06/apa-sebab-ramai-orang-sentiasa-kebocoran-wang-setiap-bulan/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
29
Jadi, sekiranya wang tersebut telah ditukarkan kepada
emas, anda tidak akan dapat membeli barang melebihi bajet
anda.
Sekurang-kurangnya, anda sudah ada simpanan yang
bernilai yang anda boleh gunakan semula apabila terdesak
suatu hari nanti berbanding duit tabung yang anda simpan dan
dengan mudah anda korek balik duit tabung tersebut untuk
dibelanjakan. Betul tak cakap saya?
Hanya ini sahaja jalan yang tepat untuk anda tampal
kebocoran tangki wang anda. Tiada lagi jalan lain. Oleh itu,
anda wajib melabur dalam emas untuk masa depan anda.
Jangan biarkan masa depan anda terabai begitu sahaja.
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
30
4
ANDA WAJIB TAHU BAHAWA:
EMAS UBAT BAGI INFLASI
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
31
Mungkin anda pernah melakukan perkara ini, tapi tidak
berhasil?
Tunjang kepada kejayaan adalah istiqomah atau
disiplin dalam anda membuat sesuatu perkara. Jangan
menyatakan cara ini tidak berjaya jika anda hanya
menjalankan ia hanya untuk dua atau tiga bulan sahaja.
Mungkin pula anda pelik mendengar teknik ini bahawa
untuk mengelakkan kebocoran wang, anda wajib tukarkan
wang fiat kepada emas. Jika anda tidak percaya tidak apa, tapi
jika anda memulakan dengan langkah yang pertama,
keuntungannya tidak membazirkan!
Anda tambah ilmu emas! Ya, tambah ilmu tentang
bagaimana anda boleh menjadi magnet emas selepas satu
tahun. Kejayaan akan bermula dengan langkah pertama.
Selepas langkah pertama, teruskan kejayaan anda dengan
disiplin untuk melangkah lebih jauh lagi.
Anda boleh lihat dan nilai sendiri bagaimana emas ini
menjadi ubat dan penawar bagi inflasi. Cuba anda lihat negara
Zimbabwe yang telah mengalami inflasi yang terlalu tinggi
hingga nilai matawang kertas mereka tidak mampu lagi
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
32
menanggung barang keperluan harian mereka. Bayangkan
bagaimana mereka membawa duit gaji mereka dengan
menggunakan kereta sorong.
Hanya untuk membeli sebuku roti sahaja harganya
mencecah 100 trilion dollar Zimbabwe. Jikalau di Malaysia
satu masa dahulu, wang Malaysia paling tinggi pun adalah
RM1000 bagi 1 keping note. Anda sendiri boleh lihat akan
perbezaannya.
Kini mereka hanya bergantung kepada logam emas
dalam menjalani kehidupan seharian. Kebanyakan mereka
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
33
menggunakan logam emas sebagai pertukaran dan pembelian
barang keperluan.
Masing-masing bertungkus lumus melombong dan
menampi emas bagi mendapatkan sedikit serbuk emas untuk
membeli barang keperluan mereka.
Lihat! Anda sendiri boleh melihat bagaimana emas
menjadi peranan dalam inflasi yang negara mereka hadapi.
Oleh itu, anda wajib melabur dalam emas sebab hanya emas
satu-satunya ubat penawar bagi inflasi.
Anda sendiri boleh nilai bahawa wang kertas sudah
tidak mempunyai peranannya lagi setelah inflasi berlaku. Ia
hanya menjadi sekeping kertas yang tidak ada nilainya lagi.
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
34
Jadi, sudahkah anda bersiap sedia dengan ubat
penawar inflasi ini? Jika belum, anda masih belum terlambat
untuk membuat persiapan menyediakannya. Inilah masanya,
usah ditunggu-tunggu lagi kerana anda tidak akan tahu apa
yang akan berlaku pada masa hadapan.
Mungkin perkataan inflasi ini dah muak dan lali
berlegar di telinga anda kan! Tapi apakah maksud sebenar
inflasi ni?
Dalam konteks ekonomi, INFLASI adalah kenaikan
harga barang-barang keperluan umum kita yang kita
menyedarinya apabila nilaian wang kita belanja sebelum ini,
kita bandingkan dengan kita berbelanja sekarang, barangan
yang kita dapat telah berkurangan.
Contoh mudah untuk diperjelaskan macam ini, dulu
dengan RM100 kita dapat berbelanja di pasaraya mesti boleh
penuh troli kan! Tapi sekarang dengan nilai RM100 yang sama,
hanya sedikit sahaja barang yang dapat diisi dalam troli.
Apa yang saya katakan ini adalah realiti yang berlaku
kini. Bukan hanya saya sahaja yang merasakannya, bahkan
anda juga turut merasakannya.
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
35
Anda sendiri boleh lihat bagaimana ketaranya
perbezaan nilai matawang Ringgit Malaysia kita dulu dan kini.
Cuba pula anda lihat nilai matawang Malaysia berbanding
dengan Us Dollar di mana tukaran wang adalah sekitar
RM4.40. JIka kita masih berpegang teguh kepada urusniaga
Ringgit Malaysia, kita kan berdepan dengan dua masalah!
a) Masalah matawang Malaysia yang sudah banyak
kurang nilainya
b) Masalah inflasi yang menghimpit Malaysia
Sudah sediakah anda dengan ubat bagi masalah ini?
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
36
5
ANDA WAJIB TAHU BAHAWA:
DUIT AKAN TERBAKAR &
HANGUS, TAPI EMAS HANYA
CAIR
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
37
Apakah yang membezakan antara wang kertas dan emas?
Walaupun wang kertas adalah duit, namun ia tetap
tidak mampu melawan kuasa api. Wang kertas akan terbakar
dan hangus dijilat api, tapi emas hanya akan mencair apabila
dibakar.
Sekiranya anda menyimpan wang kertas di rumah, ia
tidak menjamin keselamatan wang anda akan selamat. Anda
lihat sahaja gambar di bawah ini.
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
38
Tentu anda berapa sayangkan melihat wang kertas
tersebut sudah terbakar? Walaupun ia masih lagi mempunyai
bentuk, dan masih nampak rupa, tapi ia sudah tidak bernilai
lagi kan?! Tapi, cuba anda lihat pula pada emas tersebut.
Emas walaupun terbakar tetap tidak akan menjejaskan
nilai yang ada padanya. Selagi mana ianya adalah emas, ia
tetap bernilai. Walaupun emas mencair, apabila dijual ia tetap
bernilai kerana ianya adalah emas.
Tapi bagaimana pula dengan wang kertas? Jika ia
terbakar, adakah ia masih menyimpan nilai yang sama?
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
39
Anda lihat apa yang terjadi pada wanita di atas. Beliau
menyimpan wang hasil niaga beliau di dalam tin biskut selama
32 tahun. Wang simpanan beliau dianggarkan sebanyak
RM250 ribu.
Namun, malang tidak berbau kerana ia hangus akibat
terbakar. Adakah wang tersebut masih bernilai? Adakah beliau
masih mempunyai RM250 ribu?
Tidak! Anda
sendiri sedar bahawa
wanita tersebut sudah
tidak mempunyai lagi
wang bernilai RM250
ribu sebab nilai
tersebut telah hilang
bersama terbakarnya
wang kertas tersebut.
Oleh sebab itulah saya tidak galakkan agar anda
menyimpan wang kertas di rumah. Walaupun ia menunjukkan
anda kaya tapi apabila sesuatu perkara berlaku seperti
kejadian kebakaran, di manakah terletaknya kekayaan anda?
http://www.irsofian.com/http://irsofian.com/2017/01/17/magic-power-pada-emas-yg-setiap-pelabur-emas-harus-tahu/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
40
Adakah anda masih mempunyai kekayaan tersebut?
Adakah anda akan menyesal sekiranya perkara sebegini
berlaku? Jikalau dalam bab sebelum ini saya telah
menyarankan anda menyimpan ‘wang’ anda dalam bentuk
emas untuk mengelakkan bocornya dompet dan wang
simpanan anda.
Manakala dalam bab ini, saya berharap anda juga
faham mengapa anda wajib menyimpan kekayaan anda dalam
bentuk emas kerana selain daripada ditelan inflasi, kekayaan
yang anda simpan tidak akan hangus sepertimana wang kertas
anda. Jadi, bila lagi anda mahu bertindak? Jikalau bukan
sekarang!!
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
41
“Ingat!! Kejayaan anda esok hari adalah kerana usaha anda semalam.”
Jika anda tidak ingin perkara sebegini berlaku,
melaburlah di dalam emas. Anda tidak akan tahu betapa
bersyukurnya anda suatu hari nanti apabila anda menyimpan
emas. Pecayalah cakap saya!
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
42
6
ANDA WAJIB TAHU BAHAWA:
EMAS LAKU MELAMPAUI
SEMPADAN NEGARA
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
43
Tahukah anda logam emas ini laku walaupun melampaui
sempadan negara?
Bak kata pepatah, jauh perjalanan, luas pemandangan!
Bidalan ini telah saya buktikan dalam siri jelajah saya di
beberapa buah negara. Disebabkan kepercayaan saya kepada
emas yang memang diterima di seluruh dunia tanpa
sempadan, saya akan membawa emas dalam setiap
perjalanan saya.
Kenapa ya?? Sedarkah anda bahawa emas ini
merupakan logam yang sangat bernilai dan berharga?
Bawalah emas ke mana sahaja anda ingin pergi, ia
tetap berharga kerana ia tidak mempunyai had sempadan dan
masa. Oleh sebab itu logam emas tetap laku di mana-mana jua
walaupun melampaui had sempadan dan masa.
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
44
Sekiranya anda sedang melancong atau berada di luar
negara, anda pun boleh gunakan emas untuk ditukarkan
kepada matawang negara tersebut. Anda tidak perlu lagi
bersusah payah membawa wang tunai dan menukarkan ia
kepada matawang di sana.
Atau apabila anda telah kehabisan wang tunai, dan
hanya mempunyai emas di dalam simpanan anda ketika itu.
Anda boleh gunakan ia dan anda tidak perlu risau kerana emas
tetap laku walau di negara mana anda berada.
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
45
Apabila anda menukar wang Malaysia ke matawang
lain,anda tidak mungkin perasan bahawa nilai tersebut telah
berkurangan disebabkan oleh currency exchage rates. Untuk
anda mudah memahami, spenjelasannya adalah begini. Cuba
anda bayangkan yang anda memiliki RM1000 ditangan semasa
anda berada di luar negara dan katakanlah negara tersebut
adalah US.
Apabila anda membawa wang RM1000 anda untuk
ditukarkan kepada matawang US Dollar, adakah anda akan
mendapat $1000USD? Sudah tentu tidak! Mereka akan
melihat kepada kadar pertukaran matawang tersebut. Jika
pada waktu itu $1USD bersamaan dengan RM4.40, maka
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
46
wang RM1000 anda hanya boleh menjadi $227USD sahaja.
Jauh bezakan jatuh harganya!
Tapi, cuba bayangkan pua jika anda bawa emas ke luar
negara dan anda cuba cairkan ia ke dalam bentuk matawang
negara tersebut. Anda akan dapati nilaian ‘harta’ anda lebih
terjamin dan bernilai kerana ia tetap membawa nilai yang
sama atau lebih tinggi.
Inilah sebab yang menunjukkan bahawa anda wajib
memiliki emas kerana ia benar-benar logam berharga yang
melampaui sempadan.
Sekiranya anda bawa wang kertas Malaysia, anda rasa
adakah ianya akan laku dan diterima di negara lain? Tidak!
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
47
Ringgit Malaysia hanya boleh digunapakai di Malaysia sahaja.
Inilah yang membezakan limit sesuatu barang.
Ringgit Malaysia atau matawang lain hanya limit boleh
digunakan di negara mereka sahaja. Ianya sangat berbeza
dengan emas yang tiada limit dan boleh digunakan di mana
sahaja. Anda nak travel? Cubalah buat!
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
48
7
ANDA WAJIB TAHU BAHAWA:
HARGA EMAS AKAN MELOMPAT
$1900/OZ
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
49
Percayakah anda bahawa harga emas ini akan naik ke
$1900/oz?
Saya sendiri telah melakukan analisis terhadap chart
pasaran emas dan saya lihat harga emas ini akan naik dan
mencapai kepada nilai $1900. Anda sendiri boleh lihat analisis
saya terhadap pasaran emas seperti di bawah ini.
Saya nak review semula apa yang berlaku pada tahun
2011 di mana berlakunya satu sejarah besar dalam industri
pelaburan emas apabila harga emas mencecah $1920/oz.
Selepas dari tarikh bulan September 2011 tersebut,
emas mula turun dan turun sehingga mencecah kepada
$1046/oz pada Disember 2015.
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
50
Dalam tempoh lebih 4 tahun emas tidak pernah
menunjukkan tanda-tanda bahawa ia akan naik sehinggalah
pada tahun lepas iaitu pada Julai 2016 apabila emas cuba
mendaki semula untuk memecahkan harga $1400/oz.
Buat masa ini,
catatan kenaikan harga
emas yang terbaik
adalah $1375/oz. Ok lah
tu kan, setelah hampir 5
tahun emas jatuh dan
dalam tempoh 7 bulan
emas mula membuat
kenaikannya sebanyak
31.45%. Banyak kan!!
Namun begitu, emas perlulah melepasi harga keramat
ini iaitu $1400/oz atau $1500/oz untuk membolehkan ia
meletup ke paras tertinggi.
Buat masa ni pasaran emas akan turun dahulu untuk
mengambil nafas sebelum membuat satu pendakian yang
lebih tinggi.
http://www.irsofian.com/http://irsofian.com/2017/01/13/nak-invest-dalam-gold-100-gram-sebulan/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
51
Jika anda lihat akan harga emas sebelum ini, pasti anda
akan nampak perbezaan yang ketara pada harga emas.
Dalam masa 16 tahun, harga emas telah meningkat
naik sehingga 83%. Cuba anda bayangkan 10 tahun akan
datang? Berapakah harga emas pada ketika itu?
Adakah anda akan merasa rugi jika emas yang anda
beli dengan harga RM150 segram telah naik menjadi RM210
segram? Jika anda menjualkan kembali emas anda pada harga
RM210 segram, adakah anda akan mendapat keuntungan?
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
52
Persoalan-persoalan sebegini yang anda perlu jawab
supaya anda dapat faham dengan jelas mengapakah anda
akan mendapat keuntungan sekiranya anda melabur di dalam
emas.
Oleh sebab itu, tidak rugi jika anda melabur dalam
emas. Inilah waktu yang sesuai kerana harga emas akan naik
betul-betul tinggi seperti yang pernah berlaku pada tahun
2011. Bahkan, mungkin lebih tinggi lagi.
Sementara harga emas masih rendah lagi ketika inilah
anda kena rangkul peluang ini untuk melabur dalam emas.
Orang yang bijak akan bertindak segera dan tidak akan
memikirkan perkara ini lebih dari 10 kali. Bijakkah anda?
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
53
8
ANDA WAJIB TAHU BAHAWA:
PERMINTAAN TERHADAP EMAS
SEMAKIN MENGGILA
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
54
Mengapa permintaan terhadap emas semakin menggila?
Dalam situasi yang tidak ketentuan, manusia akan
mencari tempat yang selamat untuk mereka tinggal agar
mereka tidak akan terpalit dalam situasi tersebut.
Ini adalah lumrah manusia dikala berlakunya gempa
bumi, orang akan berlari mencari tempat yang selamat untuk
dirinya.
Dalam ketidaktentuan dunia sekarang ini lebih-lebih
lagi dengan kerenah pemimpin yang ego dan sistem ekonomi
yang menunjukkan tanda-tanda ianya telah retak menunggu
belah, pelbagai cara telah dilakukan oleh kapitalis untuk
membolehkan sistem mereka ini berkesan untuk mereka.
Dari sudut ekonomi, selain dari sistem perbankan dan
sistem wang fiat, tidak ada jalan lain untuk keluar dari masalah
ini kecuali berpindah kepada emas.
Inilah yang mendorong emas untuk dimiliki oleh setiap
negara yang melihat emas sebagai ‘safe heaven’ kepada
maruah negara mereka.
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
55
Setakat orang perseorangan yang membeli ia tidak
memberi kesan yang besar, tapi bagi institusi dan negara yang
terasa terancam sedang musnah, mereka sanggup membeli
emas untuk mempertahankan negara mereka.
Jika anda perhatikan statistik supply dan demand di
atas, anda dapat lihat bahawa permintaan terhadap emas kini
semakin banyak dan meningkat. Hal ini terjadi berikutan
jumlah emas di perut bumi sudah semakin berkurangan.
Tahukah anda apa yang ada di perut bumi ini boleh
habis? Macam dulu, semasa zaman negara kita dijajah,
mereka melombong bijih timah. Apabila bijih timah semakin
berkurangan atau habis mereka akan mencari tempat lain pula
untuk melombong. Sama juga sistemnya dengan emas.
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
56
Semakin dilombong, maka ia akan semakin habis. Apa yang
tinggal nanti emas yang dikitar semula.
Anda boleh lihat sendiri kawasan perlombongan emas
di bawah ini.
Oleh itu, ramai yang mula menyimpan emas kerana ia
sudah susah untuk didapati lagi. Daripada harga emas menjadi
mahal kerana pengeluarannya sudah berkurangan, lebih baik
dapatkan emas sekarang! Sementara anda masih boleh
dapatkan dengan harga rendah lagi berbanding akan datang.
Selain emas, logam perak juga menjadi rebutan orang
ramai. Walaupun harga perak lebih rendah berbanding emas,
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
57
tapi ia tetap adalah logam berharga. Bukankah perak juga
merupakan family emas!
Maka, skibat kekurangan emas di kerak bumi, masing-
masing cuba untuk memiliki emas kerana nilainya akan
semakin meningkat berikutan ia sukar untuk diperolehi.
Malah, emas yang ada dipasaran sekarang
kebanyakannya adalah emas yang telah dilebur semula dan
dijadikan emas baru. Pengeluaran emas recycle telah banyak
digunakan kembali akibat kekurangan emas untuk dilombong.
Anda sendiri boleh lihat bagaimana emas ini dicairkan dan
ditempa semula untuk dijual kembali seperti dalam gambar di
bawah ini.
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
58
Oleh sebab itu juga, anda wajib melabur dalam emas.
Jangan tunggu hingga emas sudah tiada lagi untuk dijumpai
dan harganya melambung tinggi baru anda ingin
mendapatkannya. Pada waktu tu mungkin anda sudah rasa
menyesal kerana tidak cuba untuk membelinya sewaktu ia
masih lagi mudah didapati.
Namun begitu, bagi negara yang mempunyai kuasa
yang tidak begitu kuat, maka negara kuasa besar akan
mengambil peluang untuk ‘merompak’ emas negara mereka
sebagai jalan mudah untuk menambahkan kekayaan mereka.
http://www.irsofian.com/http://irsofian.com/2016/07/12/eksperimen-emas-fizikal/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
59
Buktinya sudah ada. Contoh di depan mata yang anda
sendiri boleh lihat pada pemimpin Libya, iaitu Muammar
Gaddafi yang telah dibunuh kerana kerajaan Gaddafi memiliki
143tan emas dan mereka mewujudkan Dinar Emas sebagai
matawang mereka.
Lihatlah bagaimana negara kuasa besar ini cuba
menakhluk emas mereka. Benarlah kata orang, siapa ada
emas, dia berkuasa. Siapa ada emas, dia kaya. Kata-kata ini
bukan hanya ditujukan pada orang, malah pada sesebuah
negara juga.
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
60
9
ANDA WAJIB TAHU BAHAWA:
ORANG TIDAK JUAL EMAS,
TAPI ORANG SENTIASA BELI
EMAS
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
61
Anda nak jual emas anda ke atau anda nak beli emas lagi?
Emas adalah barang yang berharga. Emas bukan
macam barang perhiasan lain yang sampai ketikanya akan
buruk dan tidak berharga lagi.
Kalau anda mempunyai barang kemas, setelah sekian
lama anda memakainya, tiba-tiba anda teringin untuk
membeli pula barang kemas yang baru. Adakah barang kemas
anda yang lama tu
anda akan buang?
Takkan! Anda tentu
akan simpan barang
kemas tersebut
sebagai kenang-
kenangan.
Belilah barang
kemas yang lain lagi, anda tetap akan simpan lagi barang
kemas yang sebelumnya itu.
Sebab itulah zaman dulu, atok dan nenek kita ni,
mereka banyak menginggalkan harta pusaka dalam bentuk
barang kemas kerana mereka menyimpan emas itu sebagai
http://www.irsofian.com/http://irsofian.com/2016/05/16/bagaimana-untuk-membuat-pelaburan-emas-dengan-betul-selamat-menguntungkan/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
62
harta dan juga sebagai kenang-kenangan. Boleh jadi barang
kemas tu adalah hadiah perkahwinan atau hadiah tanda
pertunangan.
Kini, saya lihat ramai orang telah mendapat kesedaran
untuk menyimpan emas ini berbanding kesedaran mereka
untuk menyimpan wang kertas.
Jika dilihat, sudah semakin banyak juga pendedahan
tentang menyimpan emas yang memberikan faedah kepada
pemiliknya. Ramai orang telah berlumba-lumba melabur di
dalam emas. Jika anda belum lagi, anda kena tanya pada diri
anda sendiri, kenapa aku tak melabur dalam emas lagi?
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
63
Tidakkah anda lihat dengan apa yang berlaku pada
tahun lepas apabila Tabung Haji mempunyai krisis dan ramai
pemilik akaun tersebut mula mengeluarkan wang mereka dari
Tabung Haji? Apakah yang mereka lakukan dengan wang
tersebut?
Ramai yang melabur dalam emas kerana mereka sedar
betapa untungnya mereka melabur di dalam emas. Perkara ini
terjadi juga akibat hilang kepercayaan mereka terhadap bank
atau Tabung Haji bagi menguruskan wang simpanan mereka.
Daripada membiarkan wang mereka selonggok di
rumah, lebih baik mereka membeli emas dan meyimpannya di
dalam safe box deposit.
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
64
Oleh itu juga, ramai yang mengambil pendekatan
dengan membeli emas daripada menyimpan wang mereka
begitu sahaja.
Justeru, anda juga harus lakukan sebagaimana orang
yang telah berjaya melakukannya. Bertindaklah segera
melabur emas. Jangan
biarkan diri anda
terkebelakang daripada
orang lain.
Bercakap tentang ‘safe
box deposit’ ini, jika
anda menyimpan emas
anda di bank atau di
mana-mana tempat khidmat menyimpan selamat, anda
adalah orang yang bijak.
Mengapa saya katakan begitu? Kerana anda telah
memindahkan risiko berkenaan emas anda daripada diri anda
kepada pihak bank atau pihak syarikat swasta tersebut.
“Hanya orang yang bijak sahaja tahu handle risiko”
http://www.irsofian.com/http://irsofian.com/2017/01/11/nak-tahu-macam-mana-cara-jana-emas-dgn-emas-part-1/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
65
10
ANDA WAJIB TAHU BAHAWA:
EMAS DULU LAIN, EMAS
SEKARANG LAIN
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
66
Betul ke emas dulu dan sekarang lain? Apa yang lainnya?
Terdapat beberapa persoalan yang selalu saya terima
seperti mengapa harga emas sekarang tidak sama dengan
dulu? Mengapa dulu mudah dijangka? Tapi sekarang sangat
sukar?
Keadaan harga emas yang naik dan turun ini pada
masa 10 tahun kebelakangan ini adalah perkara yang tidak
ramai orang sedar. Pada waktu itu, apa yang orang tahu
adalah harga emas semakin meningkat tinggi.
Itu yang mendorong penglibatan ramai orang terhadap
pasaran emas pada waktu itu bagaikan orang yang tiada
berbelah bagi di dalam kepala mereka. Mereka hanya tahu
emas akan naik. Beli hari ini, lagi satu bulan atau 6 bulan
harganya pasti akan naik.
Namun begitu, pada akhir tahun 2011 dan tahun-tahun
berikutnya, ia telah membuka mata saya bahawa emas telah
bertukar cara ‘permainannya’. Emas yang dahulu dikenali
sebagai logam berharga yang tidak akan turun harganya
lenyap sama sekali.
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
67
Saya sendiri tidak percaya dan bermula dari tahun
2012 dan 2013 saya cuba menyedarkan orang ramai bahawa
untuk terlibat di dalam pelaburan emas ini, mereka perlukan
ilmu yang mendalam dan perlu menguasai teknik membaca
pasaran emas.
Jika dahulu harga emas tidak pernah jatuh. Anda boleh
lihat daripada tahun 1998 hinggalah pada tahun 2011, harga
emas telah mencapai kenaikan sehingga 86%.
Namun, fenomena sekarang yang berlaku adalah emas
telah membuat kejatuhan yang besar dari tahun 2011 hingga
tahun 2015. Hanya dalam tempoh 4 tahun, harga emas telah
turun sebanyak 47%.
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
68
Mengapakah ini terjadi? Bagaimana harga emas boleh
turun sehingga begitu besar nilainya? Adakah benar harga
emas ni akan susut? SIla rujuk kepada graf di bawah ini.
Waktu inilah ramai yang menjual kembali emas mereka
kerana mereka sangka mereka telah mengalami kerugian.
Lebih-lebih lagi pada akhir tahun 2014. Akan tetapi
sebenarnya mereka silap. Harga emas memang akan ada naik
turunnya.
Ia umpama anda mendaki bukit. Apabila anda telah
penat, anda akan berehat seketika untuk menghambil hela
sebelum meneruskan pendakian anda. Begitulah juga apa
yang berlaku kepada pasaran emas. Malah, bukan sahaja
pasaran emas, semua instrumen pelaburan juga mempunyai
tabiat dan perangai yang sama.
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
69
Tahukah anda apakah tanda-tanda berlaku penurunan
harga emas? Cuba fikirkan apakah
‘rahsia’ disebalik itu? Fenomena
yang akan datang kelak akan
menjadikan emas akan membuat
kembali satu kenaikan yang luar
biasa. Harga emas akan
melambung tinggi sekali lagi.
Saya menjangkakan harga
emas akan naik sehingga 25%
dalam masa yang terdekat ini.
Jika sekarang purata harga emas
pada harga $1200/oz, harga emas
akan naik lagi sehingga $1500/oz.
Bagi pandangan saya, sekiranya harga emas dapat
memecahkan harga $1500, maka harga emas akan mula naik
dan naik lagi selepas itu. Oleh sebab itu, anda wajib beli emas
sebelum harga emas terus menaik. Bukan lagi untuk anda
menunggu dan terus menunggu harga emas akan turun.
Betindak sekarang!
http://www.irsofian.com/http://irsofian.com/2017/01/26/kebodohan-dalam-pelaburan-emas-yang-anda-perlu-elakkan-part1/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
70
Jika sekarang, harga emas masih lagi boleh dikatakan
rendah berbanding akan datang. Kalau anda perhatikan, nilai
harga emas di kedai telah mencecah RM210 segram. Cuba
anda bayangkan! Jika harga emas naik lagi dan terus lagi,
besar kemungkinan ia akan menceah kepada RM300 atau
tinggi lagi pada masa akan datang.
Justeru, jangan lepaskan peluang anda untuk kaut
keuntungan dalam pelaburan emas ni. Mulakanlah bertindak
sekarang sebelum ianya semakin meningkat tinggi.
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
71
11
ANDA WAJIB TAHU BAHAWA:
SUPPLY & DEMAND SEMAKIN
MERUNCING
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
72
Memberi kesankah supply dan demand kepada emas?
Supply dan demand atau juga kita sebut penawaran
dan permintaan adalah perkara asas dan penting di dalam
ekonomi. Sebagai bahan komoditi kategori logam berprestij ini,
emas juga tidak terkecuali dari supply dan demand.
Terdapat masih banyak lagi penawaran dan
permintaan terhadap logam emas ini bagi tujuan pelaburan
yang menyebabkan pengeluaran emas saban tahun semakin
meningkat.
Anda boleh lihat pengeluaran emas untuk pelaburan
seperti emas bar dan syiling emas semakin tinggi. Ini
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
73
menunjukkan bahawa masih ada lagi permintaan terhadap
emas ini.
Perkara ini bukanlah main-main. Walaupun emas
sudah semakin berkurangan di kerak bumi, namun permintaan
terhadapnya sentiasa meningkat. Ini menunjukkan betapa
emas ni sentiasa menjadi rebutan dan pilihan orang ramai.
Mustahil orang akan berdiam diri apabila mereka tahu
dengan memiliki emas mereka boleh mengekalkan kekayaan
mereka. Bahkan emas juga boleh melindungi kekayaan
mereka.
http://www.irsofian.com/http://irsofian.com/2016/04/28/pelaburan-emas-fizikal
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
74
Sejak tahun 2013, saya meihat ramai orang menjadi
sangsi terhadap pergerakan naik dan turun harga emas
terutamanya sejak kejatuhan teruknya pada tahun 2011.
Ramai orang mula hilang kepercayaan terhadap emas.
Ditambah lagi mereka ini digembar-gemburkan dengan bakal
ada penurunan yang lebih besar lagi terhadap harga emas.
Maka, mereka ini mula menjual stok emas untuk ditukarkan
kepada wang kertas kerana tidak ingin mengalami kerugian.
Tidak kurang dari itu juga, ramai yang membuat
langkah bijak untuk mencari ruang membeli emas pada harga
rendah. Sudah semestinya mereka yang bijak ini tidak mudah
terpedaya dengan desas-desus berkenaan emas kerana
mereka ini benar-benar percaya kepada logam emas. Kalau
anda lihat, inilah dia kerenah pelabur-pelabur emas dan inilah
juga penyebab berlakunya pertukaran tangan ke tangan
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
75
barangan emas yang sangat bernilai ini. Mendapatkan emas
terpakai adalah lebih murah berbanding emas yang baru
ditempa. Tak gitu?
Namun, jika anda lihat pada saat ini, harga emas mula
meingkat naik. Oleh sebab itu, permintaan terhadapnya selalu
meningkat. Takkan anda ingin tengok lagi? Cepat ambil
tindakan dan capai peluang ini. Jangan jadi seperti pelabur
emas yang lepas. Sudah tentu merek amenyesal kerana telah
menjualkan emas mereka.
Inilah sebab anda wajib melabur dalam emas kerana
peluang anda lebih cerah di dalamnya. Bukan sekadar
pelindung kekayaan anda, bahkan anda juga dapat
menambahkan kekayaan anda dengan emas jika anda tahu
caranya.
Di dalam bab sebelum ini, saya ada terangkan tentang
bagaimana ‘cycle’ perubahan angin untuk emas kembali
bertahta akan tiba. Waktu itu, pastinya ramai yang akan
membeli pada ketika harga emas telah meningkat tinggi. Yang
pastinya anda perlu ada ilmu untuk bertindak!!
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
76
12
ANDA WAJIB TAHU BAHAWA:
HARGA EMAS TIDAK SAMA
BAGI SETIAP PENGEDAR EMAS
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
77
Tahukah anda bahawa harga emas tidak sama bagi setiap
pengedar emas?
Setiap pengeluar dan pengedar emas sudah
semestinya akan merujuk kepada satu-satunya harga utama
ketika membuat transaksi pembelian atau penjualan emas
mereka iaitu harga emas semasa. Ia menjadi rujukan seluruh
dunia untuk melihat perkembangan turun naik harga emas.
Selain itu, pelabur yang melabur di dalam emas juga
turut menjadikan harga emas semasa ini sebagai rujukan
mereka sebelum mereka membuat keputusan sama ada ingin
membeli lagi emas atau menjual emas mereka. Pendek kata,
penting bagi anda untuk mengetahui harga emas semasa jika
anda ingin membuat pelaburan yang tepat.
Anda boleh lihat harga emas semasa ini di laman Kitco
atau mana-mana laman lain yang berkaitan. Saya akan
terangkan dengan lebih lanjut tentang bagaimana anda boleh
cek harga emas semasa hanya melalui telefon pintar anda di
bab yang seterusnya. Untuk pengetahuan anda, setiap hari
harga emas semasa ini akan berubah. Ia selalu dikemaskini
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
78
mengikut harga emas yang diperdagangkan di pasaran emas
antarabangsa. Anda rasa berapa harga emas sekarang?
Lihat gambar di bawah ini. Saya kongsikan kepada anda
harga emas semasa dan harganya dalam bentuk Ringgit
Malaysia juga.
Nampak tak? Harga emas semasa bagi 2 Mei 2017 ini
adalah RM174.87. Tapi mengapa anda tidak pernah dapat
harga sebegini di kedai atau di mana-mana pengedar emas?
Inilah yang saya cuba sampaikan bahawa walaupun
mereka ini semua merujuk kepada satu harga iaitu harga emas
semasa (spot price), tetapi sebenarnya harga emas ini tidak
ada kawalan langsung.
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
79
Secara realitinya anda tidak akan dapat harga yang
mengikuti harga emas semasa. Lebih-lebih lagi bagi harga
emas yang dijual di kedai emas. Apakah yang menyebabkan
perkara ini berlaku?
Oleh kerana setiap pengedar emas berhak
menentukan berapa banyak keuntungan yang ingin mereka
perolehi, maka harga emas yang dikeluarkan sememangnya
dikawal oleh mereka.
Bagi pengedar emas yang menggunakan rangkaian atas
talian, kebanyakan harga emas mereka lebih murah
berbanding pengedar emas yang mempunyai kedai emas
mereka sendiri.
Anda sendiri boleh melihat dan menilai akan
perbezaan harga antara emas yang dijual secara online dan
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
80
emas yang dijual di kedai-kedai emas. Kebanyakan kedai-kedai
emas meletakkan harga emas lebih tinggi kerana mereka
mempunyai kos-kos sampingan yang perlu ditanggung seperti
sewa kedai, utiliti, gaji pekerja dan banyak lagi.
Kalau anda pergi ke kedai emas, cuba anda tanyakan
kepada mereka berapa harga emas. Mesti anda akan terkejut
dengan perbezaannya dari harga emas semasa. Ini belum
termasuk lagi harga barang kemas yang mempunyai upah
emas. Amacam??
Anda boleh lihat senarai harga emas bagi gold bar 999
yang saya tunjukkan di bawah ini dan anda sendiri boleh nilai
akan perbezaan harga emas tersebut dengan harga emas
semasa.
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
81
Konsep mudah yang diamalkan oleh pengedar emas
ialah semakin banyak (gram) emas yang anda beli, semakin
murah harga segram yang diberikan oleh pengedar emas.
Sebab tu kalau anda perasan, saya selalu cadangkan
anda melabur sekurang-kurangnya 10gram sekiranya anda
ingin buat pelaburan dalam emas.
Bukan apa, jika anda beli 1gram, harga kos pembuatan
bagi 1 gram lebih tinggi daripada 10gram. Ia sangat tidak
berbaloi untuk tujuan pelaburan. Sama juga jika anda lihat
harga 100gram emas tidak sama dengan harga 10gram emas.
Harga segram bagi 100gram emas lebih murah dan
rendah berbanding segram bagi 10gram emas. Saya akan
kupas dengan lebih lanjut tentang petua bagaimana anda
melabur emas untuk jangka panjang dan pendek di bab yang
seterusnya nanti.
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
82
Tapi, semua ini sebenarnya terpulang kepada anda
untuk beli mengikut harga yang sesuai buat anda. Anda sendiri
perlu membuat pilihan yang tepat. Anda sendiri juga yang
menentukan sama ada ingin membeli emas 1gram atau 10
gram. Anda sendiri yang buat pilihan untuk beli emas 999 tau
916. Keputusan di tangan anda.
Oleh sebab itu, seeloknya anda buat dahulu kajian
tentang harga emas sebelum membuat keputusan. Anda
boleh pergi ke kedai-kedai emas, search syarikat-syarikat
pengedar emas yang menggunakan sistem online, pergi ke
branch pengedar emas. Survey berapa harga segram bagi
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
83
emas yang mereka jual. Semua ni penting supaya anda boleh
buat keputusan yang tepat sebelum membuat pelaburan di
dalam emas.
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
84
13
ANDA WAJIB TAHU BAHAWA:
PETUA PELABURAN EMAS
JANGKA PANJANG & PENDEK
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
85
Apakah jenis pelaburan emas yang anda lakukan?
Jika di dalam bab yang sebelum ini saya ada nyatakan
akan menerangkan lebih terperinci mengenai bagaimana anda
boleh melakukan atau membuat pelaburan jenis jangka
panjang dan pendek dengan menggunakan emas. Apa yang
anda perlu tahu adalah apakah jenis pelaburan jangka panjang
dan pendek ini yang anda boleh lakukan.
Sebelum saya menerangkan mengenai pelaburan emas,
apa kata anda ambil dulu formula bagaimana nak convert
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
86
harga emas dunia ni
kepada harga bagi negara
Malaysia. Yelah, harga
emas dunia mengikut US
Dollar, dah tentu-tentu
tak sama nilainya dengan
Ringgit Malaysia. Jadi,
bagaimana anda nak tahu
yang harga segram emas
tu bersamaan dengan berapa Ringgit Malaysia?
Formulanya senang aje. Apa yang anda perlu tahu
adalah mesti ada dua perkara ni untuk buat kiraan. Pertama,
harga emas dunia. Dan yang kedua, nilai matawang Ringgit
Malaysia bagi $1USD.
Cara untuk mengiranya
adalah anda ambil nilai harga
emas dunia didarabkan dengan
nilai matawang Ringgit
Malaysia. Kemudian bahagi
pula dengan berat 1auns/gram.
http://www.irsofian.com/http://irsofian.com/2016/06/10/nak-melabur-emas-tapi-tak-tahu-nak-mula-part-1/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
87
Tentu anda rasa keliru dan pening kan? Kenapa pula
tiba-tiba nak kena bahagikan dengan berat dia? Sebenarnya
begini, nilai harga emas dunia ni adalah bagi 1auns (ounce/oz)
dan 1auns ni tak sama beratnya dengan 1gram kita ni. 1auns
ni bersamaan dengan 31.1gram. Sebab tu lah anda kena
tukarkan nilai auns kepada gram sebab Malaysia timbang
berat emas tak pakai auns, kita pakai gram. Orang luar negara
je pakai auns ni.
Macam mana? Boleh faham tak macam mana nak buat
kiraan ni? Lepas ni anda dah bolehlah bandingkan harga emas
dunia ni berapa segram. Senang nak buat pelaburan nanti
sebab anda boleh tahu harga yang anda perlu laburkan untuk
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
88
beli emas tu. Tapi, kalau beli emas kat kedai, takkan dapat
harga macam harga pasaranlah sebab mereka dah campur
sekali dengan kos pembuatan, upah, sewa kedai, gst, gaji
pekerja dan sebagainya. Tapi sekurang-kurangnya anda dah
tahu kan?
Berbalik kepada point penting kita iaitu pelaburan
jangka panjang dan pendek ni. Bagi pelaburan jangka panjang,
ia memerlukan masa lebih dari 10 tahun.
Manakala, pelaburan jangka sederhana memerlukan
masa simpanan kurang daripada 5 tahun. Dan jangka masa
pendek pula antara 1 ke 2 tahun.
Lepas ni anda sendiri dah boleh buat pengiraan dan
perancangan sama ada nak buat pelaburan jenis jangka
panjang, sederhana atau pendek. Melalui perancangan
tersebut, sudah tentu anda dapat menyusun kewangan anda
dengan lebih baik pada masa akan datang.
http://www.irsofian.com/http://irsofian.com/2017/01/18/kenapa-emas-per-auns/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
89
Untuk pengetahuan anda, simpanan untuk pelaburan
jangka panjang ni sebenarnya adalah untuk hari tua kita.
Daripada simpanan emas, anda boleh beli saham atau ASB dan
beranakkan nilai tu menjadi lebih banyak lagi. Bagaimana?
Anda boleh gunakan wang keuntungan atau dividennya untuk
kegunaan pada masa akan datang.
Ingat tak anda pada zaman atok nenek kita dulu
mereka wariskan barang kemas kepada anak cucu mereka?
Anda pun boleh lakukan perkara sedemikian. Sekiranya anda
mempunyai simpanan emas, anda boleh jadikan ia sebagai
pusaka untuk waris anda nanti.
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
90
Anda juga boleh jadikan ia dalam pelbagai bentuk.
Oleh kerana emas ni sangat berharga dan mudah dicairkan,
jadi tak mustahil untuk anda mempelbagaikan harta anda.
Dari emas, anda boleh beli tanah, anda boleh beli rumah, dan
anda boleh beli emas lagi.
Kesemua ini anda boleh pusakakan buat anak cucu
anda nanti. Namun, anda juga boleh gunakan untuk
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
91
keselesaan diri dan keluarga anda. Nampak tak bagaimana
kepelbagaian aset yang anda boleh dapatkan hanya dari emas?
Sekiranya anda mempunyai anak dan anda ingin
menyediakan tabung kewangan atau pendidikan untuk
mereka suatu hari nanti, anda boleh jadikan emas ini sebagai
salah satu caranya.
Formulanya senang aje. Saya boleh kongsikan kepada
anda bagaimana anda
nak buat perancangan
kewangan untuk anak
anda. Saya rasa pasti
setiap ibu bapa nakkan
yang terbaik buat anak-
anak mereka. Sudah
tentu juga mereka
inginkan anak-anak mereka mendapat pendidikan yang
sebaiknya.
Jadi, bermula dari hari ini, anda sudah boleh membuat
kiraan berapa kos yang anda perlukan untuk anak anda ketika
umur anak anda mencecah 18 tahun. Selepas membuat
http://www.irsofian.com/http://irsofian.com/2017/03/07/7-tips-simpan-emas-dengan-betul/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
92
pengiraan, baru anda mula mengumpul wang untuk beli emas.
Kenapa saya cakap emas? Sedangkan anda sendiri boleh
kumpul wang anak anda sikit-sikit sampai mereka besarkan?
Salah satu sebabnya adalah nilai emas ni akan sentiasa
meningkat setiap tahun. Berbanding dengan nilai wang kertas,
kita tak boleh nak jamin yang wang kertas pada zaman anak-
anak kita nanti nilainya masih sama.
Cuba saja anda lihat kembali wang kertas pada zaman
sebelum ini, bukankah nilai RM50 dulu dan sekarang sudah
tidak sama? Jadi mengapa anda perlu bergantung kepada
barang yang tidak memegang nilai yang sebenar? So, saya
sarankan anda simpan duit untuk beli emas. Cukup simpanan,
terus tukarkan kepada emas.
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
93
Contohnya, nak dapatkan 1 dinar emas anda
memerlukan dalam RM700 lebih. Setiap bulan anda simpan
dalam Rm350. Jadi masuk bulan kedua, anda dah boleh beli 1
dinar tersebut.
Begitu jugalah bagi bulan-bulan yang seterusnya.
Dalam soal membuat pelaburan untuk tabung pendidikan
anak-anak ni, anda beli aje emas tak kira pada harga dia
rendah atau tinggi. Mungkin ia makan masa lebih dari 5 tahun
atau kurang lagi.
Tapi, cuba anda bayangkan, apabila tiba pada waktu
anak anda berumur 18 tahun dan mereka memerlukan wang
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
94
untuk menyambungkan pelajaran, anda sudah ada tabungan
syiling dinar untuk mereka.
Anda sudah tidak perlu lagi bersusah payah
memikirkan nak membuat pinjaman dari PTPTN atau sedara
mara hanya untuk keperluan dan pendidikan anak-anak anda.
Lagi pula, kita juga tidak tahu adakah kerajaan akan masih
meneruskan pinjaman PTPTN buat anak-anak anda pada masa
akan datang.
Dan bayangkan pula, sekiranya anda menggadaikan
tabungan emas simpanan untuk pendidikan anak anda pada
waktu tersebut, adakah emas tu masih lagi memegang nilai
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
95
yang sama sewaktu anda beli dulu? Setelah 5 6 tahun, adakah
masih sama harganya?
Tidak! Sudah tentu harganya telah meningkat naik
daripada waktu anda mula-mula membelinya. Sebabnya
dalam pelaburan emas ni, boleh dikatakan keuntungan bagi
setahun ialah 15%-20%. Jadi, adakah anda rugi? Adakah ia
satu pelaburan yang sangat bagus? Sudah tentulah kan!
Selain sebab nilai emas ni meningkat setiap tahun, ada
satu lagi sebab lain
kenapa anda perlu
tukarkan wang anda
kepada emas jika ingin
menabung. Oleh kerana
jika anda menukarkan
kepada emas, sudah
tentu anda tidak boleh
sewenang-wenangnya membelanjakan emas anda.
Anda tidak boleh ke kedai dan gunakan emas untuk
beli barang keperluan anda. Anda perlu cairkan atau tunaikan
dahulu emas tersebut kepada wang ringgit, baru anda boleh
http://www.irsofian.com/http://irsofian.com/2016/07/17/petua-pelaburan-emas-untuk-jangka-panjang/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
96
gunakannya. Oleh itu, cara ini sangat membantu anda supaya
anda tidak mengalami kebocoran wang.
Sudah tentu jika anda simpan wang, ada sahaja benda
yang menyebabkan anda keluarkan kembali wang simpanan
anda. Nak baiki itulah, nak beli inilah, nak bayar itulah. Betul
tak kata saya? So, emas ini adalah jalan penyelamatnya.
Selain tabung pendidikan, anda juga boleh buat
tabungan lain. Anda boleh buat tabungan nak pergi umrah dan
haji, tabungan untuk melancong, tabungan beli rumah dan
tanah, dan macam-macam lagi.
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
97
Semuanya terserah kepada anda. Tabungan ini boleh
jadi pelaburan anda untuk jangka panjang atau mungkin
jangka pendek kerana ia bergantung kepada berapa lama
masa yang anda nak peruntukkan untuk menyimpannya.
Sekiranya anda ingin membuat pelaburan jangka
pendek, anda boleh beli emas pada harga rendah dan jualnya
ketika harga emas meningkat. Macam yang saya katakan tadi,
keuntungan jual beli emas dalam masa setahun adalah dalam
lingkungan 15%-20%. Anda sendiri boleh letakkan target
berapa keuntungan yang anda inginkan.
Nak tahu apa yang paling best? Yang syoknya dalam
bulan 7 ni harga emas akan buat penurunan. Jadi, apa anda
tunggu lagi? Cepat-cepat beli emas pada waktu tersebut. Apa
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
98
yang saya cakapkan ini adalah berdasarkan analisa saya dalam
pasaran emas. Sementara harganya tengah jatuh, ambil
peluang ini untuk beli emas. Bukan mudah nak tunggu harga
emas turun lagi. Memang harga emas ada turun naiknya,
tetapi bilakah anda pasti ia kaan turun?
Jika anda juga pakar menganalisis chart pasaran seperti
saya, tidak menjadi masalah buat anda untuk mencari waktu
yang sesuai. Jika tidak? Mungkin sebab nak tunggu punya
tunggu, tup-tup harga emas naik semula. Siapa yang dapat
kawal harga emas di pasaran kan?
Nanti, bila dah tahun 2020 anda jual, mesti sangat
berbaloi. Cubalah bayangkan kalau pada waktu tu harga emas
dah jadi Rm400 segram, boleh melompat giler tengok
keuntungan yang anda dapat.
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
99
Anda juga boleh lihat video saya mengenai kemanakah
arah gold di atas ini. Sedikit sebanyak saya berkongsikan
kepada anda tentang arah perjalanan harga emas buat masa
sekarang ini. Anda boleh buat persediaan jika ingin membeli
emas.
Saya pasti, mesti ada antara anda yang
mempersoalkan, “Habis kalau jual emas, apa yang saya
dapat???” Mesti ada yang persoalkan hal ini kan? Memanglah
anda beli emas untuk dijual semula. Kalau anda tak jual?
http://www.irsofian.com/https://www.facebook.com/IrSofianFan/videos/1572067942806146/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
100
Macam mana anda nak dapat keuntungannya yang dah
meningkat?
Perumpamaan mudah saya bagi, cuba anda bayangkan
anda ada rumah atau tanah. Dulu masa anda beli, harganya
baru dalam RM70,000. Tapi, apabila masa telah berlalu harga
tanah atau rumah tersebut telah meningkat naik dan menceah
harga RM150,000.
Jikalau anda nak dapat untung, anda perlu menjualnya
dengan harga terkini iaitu RM150,000. Apabila anda telah jual,
anda dapat duit dan hartanah tersebut telah bertukar tangan.
Keuntungan yang anda dapat RM80,000.
Jadi samalah kesnya macam emas. Sekiranya anda beli,
simpan dan jual beberapa tahun kemudian. Harganya bukan
sama seperti harga waktu anda beli sebab ia mengikut harga
pasaran. Jadi di mana anda akan rugi??
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
101
14
ANDA WAJIB TAHU BAHAWA:
BREXIT
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
102
Terkesankah emas dengan isu Brexit ini?
Jika anda rewind kembali apa yang berlaku pada bulan
Jun tahun 2016, satu dunia telah digemparkan dengan berita
United Kingdom (UK) ingin keluar daripada Kesatuan Eropah
(EU). Mereka menggelarkan peristiwa ini sebagai Brexit iaitu
Britain Exit. Sedar tak sedar, dah setahun isu ini berlalu. Tapi,
ia sebenarnya masih lagi memberi kesan kepada dunia.
Pada waktu itu, apabila keputusan undian rakyat
diumumkan, majoriti rakyat dengan undian 51.7% bersetuju
agar Britain keluar daripada Kesatuan Eropah kerana bagi
mereka, negara mereka sudah menjadi sebuah negara yang
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
103
kuat dan kukuh dan tidak memerlukan lagi dokongan daripada
Kesatuan Eropah untuk membangun.
Akibat daripada keputusan undian tersebut, empayar
EU dilihat akan mengalami kejatuhan. Peristiwa ini juga telah
menyebabkan nilai Pound Sterling jatuh paling rendah
sepanjang 31 tahun ini iaitu sejak tahun 1985.
Anda boleh lihat gambar di bawah yang menunjukkan
matawang Pound Sterling yang menurun dalam Ringgit
Malaysia. Tapi apakah kaitan peristiwa Brexit ini dengan emas?
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
104
Jika anda lihat, sebenarnya EU juga merupakan salah
satu pengeluar emas. Jadi, apabila matawang Pound Sterling
mereka menurun, ramai orang berebut-rebut membeli emas
mereka dengan harga yang murah kerana mereka sedar inilah
peluang yang boleh diambil bagi mendapatkan emas dengan
harga yang lebih murah.
Oleh kerana matawang Pound Sterling telah jatuh
merundum, maka harga barangan mereka juga menjadi
semakin rendah, termasuklah emas.
Bagi orang luar, mereka menganggap ini adalah tuah
kerana nilai tukaran wang asing yang rendah menyebabkan
mereka dapat menukarkan wang mereka kepada Pound
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
105
Sterling dengan lebih banyak, bahkan mungkin berganda dari
nilai matawang negara mereka.
Anda sendiri lihat bagaimana orang luar
mempergunakan isu semasa ini untuk mendapatkan emas.
Bagaimana pula dengan anda?
Oleh itu, anda juga harus mengambil peluang ini dan
melabur di dalam emas. Kerana inilah antara waktunya untuk
anda dapatkan emas dengan harga yang lebih murah.
Tidak kiralah sama ada secara individu, institusi atau
negara tertentu yang cuba untuk mendapatkan bekalan emas.
Yang pasti, sesiapa yang memiliki emas, mereka dapat
melindungi kekayaan mereka daripada kegawatan ekonomi
dan inflasi.
Bahkan, dengan memiliki emas juga membuka peluang
buat mereka untuk menjana aset atau pendapatan sampingan
lain melalui saluran pelaburan.
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
106
15
ANDA WAJIB TAHU BAHAWA:
PERSAINGAN MATAWANG NAK
JADI JUARA DUNIA
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
107
Siapa tak nak jadi juara dunia?
Jika anda perhatikan dengan apa yang berlaku pada
matawang Ringgit Malaysia dan US Dollar, anda akan dapati
bahawa matawang MYR semakin menyosot dan nilai US Dollar
semakin mengukuh. Lihat aje nilai Ringgit Malaysia pada awal
tahun ini mencecah hingga 4.50.
Semakin hari matawang Malaysia semakin meninggi
sehinggakan nilai MYR sudah semakin tidak laku dipandangan
mata negara lain. Bayangkan matawang negara kita ini di mata
negara jiran kita sendiri iaitu negara Thailand pun sudah tidak
laku.
Kalau dulu, mereka menerima matawang Ringgit
Malaysia kerana wang kita ada nilainya. Namun, sejak tragedi
Ringgit Malaysia jatuh merudum melebihi daripada keadaan
matawang ketika krisis ekonomi berlaku pada 1998, ia mula
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
108
mengalami zaman kejatuhan apabila negara-negara lain tidak
mahu menerima penggunaan Ringgit Malaysia di negara
mereka.
Lihat aje pada notis di sebuah premis di Thailand,
mereka sampai menampal notis untuk memaklumkan yang
premis mereka sudah tidak lagi menerima Ringgit Malaysia
sebagai matawang di sana.
Jadi, kalau anda nak melancong ke sana, kenalah siap-
siap tukar matawang Malaysia dengan matawang Bhat mereka.
Seingat saya juga, semasa saya ingin menunaikan umrah pada
bulan 12 tahun lepas, terdapat juga ura-ura menyatakan
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
109
bahawa kerajaan Arab Saudi sudah tidak menerima
penggunaan Ringgit Malaysia di sana.
Terpaksalah saya siap-siap tukarkan mawatang wang di
sini sebab tak nak menyesal pula bila tiba di sana. Mana tak
nya, Ringgit Malaysia yang dulu berada dalam sekitar RM3.80
ke RM3.90 per USD kini sudah mencecah RM4.50.
Oleh sebab perbezaan matawang Malaysia dan US
Dollar ni lebih berkali ganda bezanya ia juga telah
menyebabkan taraf hidup rakyat Malaysia semakin tinggi.
Mana taknya, kalau kita nak keluar negara, bandingkan aje
perbezaan matawang kita dan negara kita nak pergi tu. Beza
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
110
satu kali ganda ke, dua kali ganda ke, tiga kali ganda ke atau
lebih? Kalau lebih, memang banyak pakai kos lah jawabnya.
Lihat graf di atas ini, anda dapat lihat nilai matawang
Ringgit Malaysia bagi $1USD semakin jauh meningkat dalam
tempoh 2 tahun sahaja. Sekarang ni, kalau nak beli barang
kalau tak ada RM100-RM200 ditangan, janganlah gatal-gatal
tangan main ambil barang. Itupun boleh dapat sikit je barang.
Pernahkah anda terfikir, mungkinkah suatu hari nanti
matawang Malaysia juga akan sudah tidak laku di Malaysia
sendiri? Yelah. Macam apa yang berlaku di negara Zimbabwe.
Kita cuma cuba ambil ikhtibar aje dari apa yang berlaku di
sekeliling kita. Sebab kalau boleh kita tak nak lah kan perkara
sebegini terjadi kepada negara tercinta kita ni. Siapa yang suka
melarat di tanah air sendiri?
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
111
Lihat aje matawang Zimbabwe, matawang mereka kini
dah naik berjuta-juta. Walau mereka bawa banyak wang
sampai berguni-guni, tapi kebanyakan peniaga sudah tidak
mahu lagi menerima matawang sebagai pertukaran jual beli
barang. Mereka lebih menerima jika pembeli membayar
dengan emas.
Apakah tindakan anda jika menghadapi situasi seperti
itu? Tidakkah anda takut kalau-kalau ia berlaku di Malaysia
juga? Apakah persiapan anda nak hadapi situasi seperti ini?
Bukankah anda sepatutnya membuat persediaan dan
persiapan awal bagi menghadapi isu ini? Bagaimanakah
caranya untuk anda mengekalkan wang yang anda ada?
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
112
Inilah dia satu-satunya jalan anda iaitu dengan
menukarkan wang anda kepada emas. Kerana emas tetap
berharga dan bernilai tidak kira pada waktu apa pun. Malah
harganya akan meningkat lebih tinggi setiap tahun.
Dengan apa yang saya tunjukkan pada anda tadi, anda
sendiri boleh lihat persaingan matawang Malaysia dengan
negara lain adalah sangat sengit. Jika anda perhatikan, nilai
matawang negara jiran kita iaitu negara Indonesia pula sudah
semakin membaik.
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
113
Mengikut sumber, pengeluaran wang baru mereka
yang terkini sudah semakin berkurang nombor ‘0’
dibelakangnya. Kerajaan Indonesia hanya mengeluarkan wang
kertas bernilai Rs100000, Rs50000, Rs 20000, Rs10000, Rs5000,
Rs2000 dan Rs1000.
Tiada lagi nilai juta rupiah di dalam wang kertas
mereka. Hal ini menunjukkan ekonomi negara Indonesia
sudah semakin membangun dan nilai matawang mereka juga
sudah semakin rendah. Walaupun tak adalah serendah
macam matawang kita, tapi ia satu perkara yang baik kerana
sekurang-kurangnya menampakkan ekonomi mereka semakin
pulih.
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
114
Tapi, bagaimana pula dengan keadaan negara Malaysia?
Pada asalnya matawang negara kita tidak jauh beza dengan
negara lain. Tapi kini, nilai matawang kita semakin jatuh
dengan teruknya. Jika keadaan ekonomi Malaysia berterusan
sebegini, tidak mustahil Malaysia juga mampu untuk menjadi
seperti negara Zimbabwe.
Cuba anda bayangkan keadaan matawang Dollar
Zimbabwe semakin jatuh teruk sehinggakan untuk membeli
sebuku roti sahaja mereka memerlukan berbillion dollar.
Berbilion tau, bukan seringgit dua.
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
115
Dahulu, seingat saya kalau nak dapatkan 1 Juta Rupiah
Indonesia kita kena ada RM300. Akan tetapi, sekarang
matawang kita sudah naik tinggi kepada RM325. Bayangkan
pula, sekarang ni matawang mereka sudah banyak hilang
kosong sehingga maksimum 100,000 Rupiah dan pastinya
mereka akan menaikkan nilai Rupiah mereka.
Sama juga dengan nilai matawang Arab Saudi iaitu
Riyal. Dahulu jikalau kita ada 100 Riyal, kita hanya perlukan
dalam RM80 sahaja.
Tapi sampai satu masa, ia telah menjadi nilai yang
sama iaitu 100 Riyal bersamaan RM100. Akan tetapi, yang
terkini, nak dapat 100 Riyal kita kena bayar sebanyak RM115.
Maknanya nilai matawang kita semakin mengecil.
http://www.irsofian.com/
-
25 Cara Ir Sofian
© Copyright 2019 By: Ir. Sofian | www.irsofian.com
116
Pernah tak a