Download - 2016
2016
ANCAMANPENYAKITAHLI KUMPULAN: LIM DARENCE
LIM SHENG HONG
LOH CHIN CHEAN
TAN TIAN LIM
VOON SHUN ZHI
KELAS : 5S6
ISI KANDUNGANBil Tajuk Muka surat
1 Perancangan projek
2 Cadangan
3 Penghargaan
4 Pendahuluan
5 Punca wabak penyakit
6 Langkah membendung
7 Rumusan
8 Lampiran
PELAKSANAAN PROJEK:A)Perancangan-
Projek yang bermauduk “ Ancaman penyakit” dipilih memandangkan wabak penyakit yang semakin bermaharajalela di negra kita, Contoh yang dekat dengan kita ialah demam denggi, AIDS, sakit jantung yang akan menyebabkan seseorang terlantar di hospital ataupun kembali ke alam berzakh pada usia yang muda .Walaupun penyakit ini makin hari makin serius ,namun hanya pihak kerajaan yang menunjukkan dalil keprihatinan. Jika hal ini dibiarkan berterusan, nescaya ramai yang akan terkorban dan impak yang buruk akan menimpa masyarakat khususny dan Negara amnya.
Projek ini bermotif untuk menyedarkan masyarakat tentang betapa bahayanya sekiranya diserang penyakit yang kronik.Projek ini juga ingin menjadikan gaya hidup sihat sebagai lumrah kehidupan masyarakat.
B) Refleksi Pada keseluruhannya, projek ini berjaya dilaksanakan . Setiap ahli kumpulan telah menjalan kan tugas dan obligasi masing-masing dengan amat baik. Ahli kumpulan saling membantu untuk meringankan beban antara satu sama lain. Daripada refleksi ahli-ahli kumpulan, kami dapat merumuskan bahawa pelaksanaan brojek ini banyak membawa faedah.
Antaranya :--Mengetahui prosedur melaksanakan sesuatu progam yang melibatkan ahli
masyarakat.
-Mengetatkan ikatan silaturahim antara ahli kumpulan
-Mewujudkan kerjasama, hormat-menghormati, dan bertolak ansur sesama ahli kumpulan.
Di samping itu, terdapat juga beberapa masalah semasa menjalankan projek ini.
Antaranya ialah :-
-Kekangan masa mesyuarat.
CadanganKami mencadangkan supaya kempen
mengamalkan gaya hidup sihat senantiasa
dianjurkan, bukanlah bermusim-musim dan
diteruskan pada masa akan datang. Semua pihak
perlu menggembleng tenaga, masa dan wang
untuk menjayakan sesuatu kempen agar rakyat
Malaysia tidak lagi lumpuh dan sentiasa
bersemangat waja untuk menghadap cabaran.
PenghargaanKami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru Pendidikan
Sivik kami, yakni Pn Tang Mun Phing kerana memberikan tunjuk ajar dan
bimbingan kepada kami untuk menyiapkan projek Sivik ini dengan lancar dan
sebaik mungkin
Kami berharap projek ini yang menjadi salah satu unsure dalam Pendidikan
Sivik dan kewarganegaraan boleh meningkatkan kesedaran masyarakat tentang
ancaman penyakit kronik yang menyerang masyarakat.
PendahuluanSejak akhir-akhir ini, wabak penyakit berjangkit seperti denggi dan chikung.
unya semakin berleluasa di negara kita. Jangkitan penyakit biasanya berlaku
apabila bakteria, virus, atau protozoa masuk ke dalam tubuh manusia lalu
menyebabkan tindak balas dalam badan. Jika daya tahan badan kita terhadap
penyakit adalah lemah, kita akan jatuh sakit. Keadaan ini mungkin membawa
maut kepada pesakit jika lewat mendapatkan rawatan di klinik ataupun hospital.
Peribahasa Melayu ada mengusulkan bahawa, “ kerja baik disegerakan, jangan
ditimpa kerja buruk”. Apakah punca-punca kepada wabak penyakit dan
langkah-langkah mengatasinya?
ANCAMAN PENYAKIT:
PUNCANYA-PENYAKIT AIDS
-DEMAM DENGGI-BATUK KERING
-KANSER PARU-PARU-Diabetik
Punca-punca AIDS-Penyalangunaan dadah
-Praktik pelacuran serta homoseksual yang mencemaskan dan
bermaharajalela
-Rendahnya penggunaan kondom
-Penggunaan jarum suntik yang tidak steril
-Donor darah yang tidakmelalui uji saring atau diskrining
bebas HIV
-Kemasukan pekerja asing
Menurut Jabatan imigresen, terdapat 6.7 juta warga asing di
Malaysia.(lebih kurang 23.7 %)
PUNCA-PUNCA DEMAN DENGGI -Bekas menyimpan air yang tidak ditutup telah menyebabkan
nyamuk bertelur
-pasubunga, alas pasu, kolam mandi yang menakung air
menyebabkan nyamuk Aedes membiak
Longkang di sekitar taman yang dipenuhi sampah timbunan
tanah dan yang telah tumbuh
-sikap pengotor segelintir penduduk yang mengaburikan
aspek kebersihan termasuk membiarkan air bertakung
sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes dikenali
pasti antara punca peningkatan kes .
-pengabaian terhadap kebersihan dan displin diri.
-pengabaian terhadap kebersihan kawasan persekitaran.
Menurut Kementerian Kesihatan, terdapat 2604 kes
deman denggi telah dilaporkan di seluruh Malaysia pada
2015.
Faktor Kanser Paru-paru-Hidup dalam kalangan perokok (perokokpasif)-Asap dari Persekitarandan di Tempat Kerja- Pendedahan ke bahan kimia industri -Perokok lebih berisiko jika didedahkan ke bahan kimia industri-Faktor genetik pun memainkan peranan keranahanya seorang dari sepuluh perokok yang menghidap penyakitini.-Pendedahan terhadap karsinogen yang hadir dalam alam sekitar dan di tempat kerja
Merokok dikenal pasti sebagai pemangkin utama
kepada kanser paru-paru di kalanga
BATUK KERING(TIBI)-Penyakit Tibi boleH berjangkit melalui titisan cecair mulut dan hidung
- Mereka yang dijangkiti AIDS (Virus HIV)
-Rakyat asing daripadanegara yang mempunyai kadar jangkitan penyakitTibi
yang tinggi
- Mereka yang kekurangan zat dan vitamin
- Pemabuk dan penagih dadah yang dijangkiti HIV
-Kemasukan pekerja dari negara-negara dunia ketiga yang membawa virus tibi.
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati
Diabetik-Pemakanan yang kurang seinbang- Culas untuk bersenam-Kekerapan memakan makanan segera- Kekurangan tidur-Stres yang bersarang dalam urat saraf minda.
Kehidupan ini ibarat sebatang tubuh. Apabila salah satu anggotanya sakit, yang lain akan turut merasainya dan bersama-sama berjaga malam.
RumusanMelalui projek ini, kami telah banyak menimba ilmu pengtahuan dan
informasi tentang wabak penyakit yang melanda Negara. Dengan ini,
kami tidak akan ketinggalan di bawah arus kemodenan atau sekadar
“seperti kataak di bawaah tempurung”. Apa yang lebih penting ialah
fokus untuk menyelesaikannya, ataupun setidak-tidaknya
meminimumkannya. Berpeganglah pada slogan “ Negara bersih, rakyat
sihat” dan “ Rakyat sihat, negara maju” untuk membendung masalah ini
sebelum menjadi barah.
LANGKAH-LANGKAH
MENGATASI
—Kita boleh mendapatkan suntikan atau imunisasi penyakit berjangkit untuk
menjamin kesihatan kita.
×Sebagai contohnya, suntikan imunisasi seperti suntikan B.C.G. dapat
mencegah penyakit tibi. Suntikan imunisasi hepatitis membolehkan kita
menjauhi penyakit hepatitis yang disebabkan oleh makanan, khususnya
makanan laut yang tercemar.
—pencegahan penyakit berjangkit dapat dilakukan dengan pengambilan
antibiotik seperti streptomaisin, penisilin, dan kloromaisin.
—kita wajar menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala. Tindakan ini
dapat mengelakkan diri kita daripada dijangkiti penyakit berjangkit
Imunisasi BCG termasuk salah satu dari 5 imunisasi yang diwajibkan. Ketahanan terhadap penyakit TB (Tuberkulosis) berkaitan dengan keberadaan virus tubercel bacili yang hidup di dalam darah. Itulah mengapa, agar memiliki kekebalan aktif, dimasukkanlah jenis basil tak berbahaya ke dalam tubuh, alias vaksinasi BCG (Bacillus Calmette Guerin).
—kita mestilah menjaga kebersihan dan kesihatan diri untuk mengelakkan diri
daripada diserang wabak penyakit berjangkit.
×Penyakit kulit seperti kurap dan panau mudah merebak jika seseorang tidak
mementingkan kebersihan tubuh badan.
×Amalan mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari dan tidak sewenang-
wenangnya berkongsi barang peribadi dengan orang lain seperti tuala dan
pakaian dapat mengelakkan penyakit kulit merebak kepada seseorang.
×kawasan tempat tinggal kita hendaklah sentiasa bersih. Rumah yang bersih
dapat mengelakkan penghuninya daripada penyakit deman denggi, chikugunya
dan malaria.
—senaman yang secukupnya dapat menguatkan daya tahan badan seseorang
terhadap penyakit.
× Kita hendaklah bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dengan
kiraan masa sekurang-kurangnya 30 minit pada setiap sesi. Kita harus sedar
bahawa kebersihan merupakan cermin diri kita dan tiada yang lebih baik
daripada kesihatan.
— mementingkan kebersihan alam sekitar. Pencemaran sungai yang biasanya
berlaku di kawasan setinggan menyebabkan sumber air akan tercemar.
×Sebagai contohnya, kawasan penternakan khinzir yang kotor mendorong
pembiakan virus Nipah. Virus tersebut telah menyebabkan banyak nyawa
terkorban pada tahun 1999.
-amalan pemakanan yang sihat. Aspek utama yang perlu diberikan perhatian
ialah kebersihan makanan yang kita makan.
×Makanan yang bersih dapat mengelakkan pemakannya daripada keracunan
makanan dan menghidap penyakit hepatitis.
× Dalam pada itu, makanan dan air mesti dimasak dan hendaklan sentiasa
ditudung untuk mengelakkan kes keracunan makanan.
×Sebagai contohnya, sayur-sayuran dan buah-buahan hendaklah dibasuh dengan
betul untuk menyingkirkan racun perosak atau bahan-bahan kimia padanya.
LampiranBerita-berita berkaitanTingkat kesedaran tentang DIABETES
NATURA Run for Hope bukan acara larian biasa kerana turut mendidik peserta tentang penyakit diabetes.
KESEDARAN masyarakat terhadap penyakit diabetes di anggap masih lemah kerana jumlah individu menderita penyakit tersebut menunjukkan peningkatan membimbangkan saban tahun.Berdasarkan statistik dikeluarkan Yayasan Diabetes Antarabangsa, pada 2014, seramai 3.2 juta rakyat negara ini dilaporkan mengalami penyakit itu dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 34, 422 kematian telah dicatatkan.Sehubungan itu, bagi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang masalah berkaitan, syarikat suplemen kesihatan, Prestige Living Malaysia telah menganjurkan Natura Run for Hope 2016.Acara yang disertai 4,000 peserta pelbagai peringkat umur ini telah diadakan di Kompleks Sukan Air, Putrajaya baru-baru ini. Pengasas Prestige Living, Aiman Manan dalam satu kenyataan berkata, Natura Run for Hope adalah tanda sokongan untuk membina kesedaran dalam memerangi penyakit tersebut.
“Kami percaya ramai individu, tidak kira tua atau muda, terlepas pandang dan mengambil ringan tentang isu diabetes. Namun, penyertaan memberangsangkan dalam acara ini membuktikan masih ada harapan untuk perubahan ke arah generasi bebas diabetes.“Larian ini menjadi tanda perpaduan masyarakat dalam menyuarakan sokongan kepada individu-individu yang menderita penyakit itu,” katanya.Natura Run for Hope merangkumi beberapa kategori termasuk unity walk sejauh tiga kilometer (km) serta larian sejauh 10 dan 15 km. Pada masa sama, beberapa aktiviti lain turut dianjurkan seperti pemeriksaan dan khidmat nasihat kesihatan secara percuma.Acara ini turut mendapat kerjasama daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan termasuk Small Changes, KL Calling, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Selangor dan Pertubuhan Diabetes Malaysia.Dalam pada itu, menerusi acara sama, sebanyak RM10,000 dana telah berjaya dikumpul. Daripada jumlah itu, RM7,000 disalurkan kepada PBSM Selangor sebagai sokongan bagi inisiatif kemanusiaannya manakala RM3,000 diserahkan kepada Small Changes untuk pembinaan ruang bacaan di Asrama Haluan Penyayang.Pengerusi, PBSM Selangor, Fatimah Sulaiman dalam kenyataan sama menyuarakan rasa gembira atas kejayaan penganjuran Natura Run for Hope.“Dana disalurkan kepada pihak kami akan digunakan untuk menganjurkan kem perubatan dan kesihatan sepanjang tahun ini,” ujarnya.Sementara itu, Ketua, Jawatankuasa Perhubungan Awam Small Changes, Muhammad Nadzrin Muhammad Redza ketika dihubungi memberitahu acara tersebut bukan sahaja mengetengahkan konsep kecergasan, malah mendidik peserta tentang penyakit diabetes.“Papan tanda memaparkan informasi berkaitan diabetes serta langkah diletakkan di setiap 2.5 km sepanjang trek larian. Larian tidak bersifat kompetitif, lebih secara santai untuk kesedaran bersama,” katanya.http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/tingkat-kesedaran-tentang-diabetes-1.199890#sthash.HPL8S7b1.dpuf