KONSEP AKHLAK DALAM ISLAM
OLEH : NIK AFIFAH SHAHIRAH BINTI
RAHIMIM10E
Sabda Rasulullah s.a.w. :
“Bahawasanya aku diutus Allah untuk menyempurnakan keluhuran akhlak
(budi pekerti).” ( Hadis
riwayat Ahmad )
APA ITU AKHLAK ????
Dari segi bahasa : KHULUQ = perangai / tabiat / adab / adat kebiasaan / agama
Dari segi falsafah :
Imam Al-Ghazali Sifat tertanam dalam jiwa, daripadanya timbul perbuatan-
perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan terlebih dahulu
Ibnu Maskawih Keadaan jiwa, mendorong melakukan perbuatan-perbuatan
tanpa pertimbangan akal fikiran terlebih dahulu
Prof Dr Ahmad AminKehendak dibiasakan & akan menjadi kebiasaan yang mudah
dilakukan.
Pengertian akhlak dalam Islam :
Perangai yang ada dalam diri manusia yang mengakar, yang dilakukannya secara
spontan dan terus menerus
AKHLAK
Mahmudah
Sabar, hormat-menghormati
Mazmumah
Panas baran, hasad dengki
CIRI-CIRI AKHLAK ISLAMIAH
Bersifat mutlak dan menyeluruh
Melengkapkan dan menyempurnakan tuntutan
Bersifat sederhana dan seimbang
Mencakupi suruhan dan larangan
PERANAN AKHLAKDALAM KEHIDUPAN
SESEORANG INDIVIDU
Akhlak membezakan antara insan dengan haiwan : tingkahlaku, tindak-tanduk dan tanggungjawab
Individu yang tidak berakhlak tidak boleh dianggap sebagai individu yang baik & mulia walaupun mempunyai pendidikan, kemahiran & pengetahuan yang tinggi.
Orang yang berakhlak baik adalah orang yang sempurna imannya. Sabda Rasulullah s.a.w : “ orang yang sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya”
( Al-Araf ; 179 ) “dan sesungguhnya, kami jadikan isi neraka jahanam kebanyakan jin dan manusia. Mereka mempunyai hati , tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami ayat-ayat Allah dan mereka mempunyai mata tetapi tidak dipergunakannya untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah, dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakannya untuk mendengarkan ayat-ayat Allah. Mereka seper ti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah.”
BAGAIMANA MAHU MEMUPUK AKHLAK
YANG BAIK??
•Ilmu. Banyak membaca buku untuk mengambil keteladanan dari sahabat-sahabat nabi dan mengikuti kajian-kajian Islam. Kemudian, berusaha mengamalkan nilai-nilai iman yang sudah kita ketahui ke dalam perilaku kita sehari-hari.
•Latihan ibadah, mengurangi maksiat, membentuk golongan yang baik, melatih amal atau kerja kita, bergaul dengan orang-orang soleh, meninggalkan golongan yang buruk, dan mengambil hal positif dari golongan di sekitar kita
3) http://www.scribd.com/doc/19726648/Konsep-Akhlak-Menurut-Perspektif-Islam4) http://www.anneahira.com/-pengertian-akhlak-dalam-islam-.htm5) http://fazakkeer.blogspot.com/2010/01/konsep-akhlak-di-dalam-islam.html6) http://www.youtube.com/watch?v=oV7lsZ5cSxg
RUJUKAN1) Bimbingan Akhlak Mulia dan Nilai-nilai Murni - Mohd Yusof
2) Akhlak Seorang Muslim - Muhammad Al-Ghazali
7) http://riefismi.wordpress.com/2010/01/05/akhlak-dan-moral/
“Bukanlah keindahan itu Kerana baju yang
Menghiasi kitaSesungguhnya keindahan
Itu adalah keindahanIlmu dan adab”
SEKIAN TERIMA KASIH