-
8/14/2019 14587079 Guru Sebagai Satu Profesion Guru Dan Alam Pendidikan
1/28
10.1 KONSEP ASAS FALSAFAH PENDIDIKAN
KONSEP FALSAFAH
Perkataan Falsafah berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud
mencintai kebijaksanaan.
Perkataan Falsafah memberi makna sebagai pemikiran/pandangan yangbenar, rasional & bernas.
Tujuan Falsafah ialah mencari serta membukti kebenaran & memberi arah
tuju / pedoman untuk perkara-perkara yg penting dlm kehidupan.
10.2 KONSEP PENDIDIKAN
Bermakna pendidikan merupakan aktiviti-aktiviti yang mempunyai objektif,
rancangan & organisasi untuk mendidik murid-murid supaya insan yang
berilmu pengetahuan, berakhlak mulia & menguasai kemahiran tertentu, demi
berupaya menyesuaikan diri dalam masyarakatnya pada masa depan.
Pengertian Pendidikan seperti berikut:
Pendidikan ialah suatu proses atau aktiviti yang berusaha untuk
mengembangkan fizikal, intelek, sosial dan emosi seseorang individu serta
menambahkan kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan pengalaman mereka
supaya dapat memberi kegembiraan, faedah dan kemajuan dalam
kehidupannya, membantu dan mendorongnya bertindak dengan cara yang
rasional bagi faedah diri serta masyarakat, bangsa dan negaranya.
-
8/14/2019 14587079 Guru Sebagai Satu Profesion Guru Dan Alam Pendidikan
2/28
10.2.1 KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN
Memberi panduan kepada sesebuah system pendidikan utk menetapkan
matlamat, jenis sistem pendidikan, jenis kurikulum, kaedah-kaedah
pengajaran serta peranan guru di sekolah.
Pada amnya, falsafah adalah diklasifikasikan kepada empat cabang / bidang
kajian, iaitu:
1. Metafizik yang berkaitan dengan kajian realiti seperti kewujudan alam,
roh & kehidupan.
2. Epistemologi yang berkaitan dengan kajian ilmu yang sering ditanya.
3. Aksiologi yang berkaitan dengan kajian nilai etika (tingkah laku
seseorang) & estetika (menilai kecantikan & seni)
4. Logik yang berkaitan dengan penaakulan.
Falsafah pendidikan juga diertikan sebagai pedoman, arah tujuan /
pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan.
Ciri utama falsafah pendidikan ialah ia menilai keseluruhan pengalamanmanusia.
Ia juga memberi interpretasi yang komprehensif mengenai ilmu & kebenaran.
Melihat hubungan manusia dalam aspek-aspek kesedaran diri, kebebasan,
nilai, moral & kecantikan seni.
Juga merupakan satu bidang di mana guru boleh mendapat panduan &
petunjuk terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan.
10.3 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)
- Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi
-
8/14/2019 14587079 Guru Sebagai Satu Profesion Guru Dan Alam Pendidikan
3/28
intelek, rohani, emosi dan jasmani,berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan.
- Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
- FPK ialah satu kumpulan konsep-konsep, prinsip dan nilai yang menjadi
asas kepada amalan-amalan pendidikan di Malaysia.
- FPK digubal daripada idealogi yang dimanifestasikan dalam laporan dan
dasar-dasar pendidikan termasuk Rukun Negara.
- FPK menjadi suluh yang memberi pedoman dan hala kepada segala
usaha pendidikan di Malaysia.
10.4 FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG)
- Guru-guru Malaysia yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah
berusaha menuju kepada arah pembentukan warganegara yang berilmu,
yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang
menyedari betapa penting usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah
pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya kepada demokrasi,
kebebasan perseorangan dan prinsip-prisip Rukun Negara.
- Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik,
bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan
kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara
suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan
-
8/14/2019 14587079 Guru Sebagai Satu Profesion Guru Dan Alam Pendidikan
4/28
berdisiplin.
10.4.1 MATLAMAT FPG
Matlamat-matlamat FPG yang asas ialah seperti berikut:
- membina insan guru yang berakhlak mulia, berilmu, kreatif dan berdaya
tahan yang boleh mendidik murid-murid dengan cekap dan berkesan.
- Mengembangkan maktab perguruan sebagai pusat rujukan dalam bidang
keguruan.
- Meningkatkan pengetahuan dan kecekapan guru terlatih secara
berterusan.
- Mengeluarkan guru permulaan yang mencukupi untuk sekolah-sekolah
rendah dan menengah di Malaysia.
-
8/14/2019 14587079 Guru Sebagai Satu Profesion Guru Dan Alam Pendidikan
5/28
10.4.2 MODEL KONSEPTUAL PENDIDIKAN GURU
Model konseptual pendidikan ialah seperti yang ditunjukkan dalam rajah di
bawah:
Rajah 1: Model Konseptual Pendidikan Guru
- Model konseptual guru mementingkan akauntabiliti guru kepada diri
sendiri, masyarakat dan ketuhunan.
- Daripada aspek kenduri, guru perlu memupuk budaya ilmu, pembentukan
sahsiah serta daya ketahanan dalam diri murid.
- Daripada aspek kemasyarakatan, guru perlu menyedari bahawa sebagai
seorang agen perubahan dia boleh mendidik dan memimpin anak
muridnya.
-
8/14/2019 14587079 Guru Sebagai Satu Profesion Guru Dan Alam Pendidikan
6/28
- Daripada aspek ketuhanan pula, guru mesti dapat meningkatan ilmu
murid serta membentuk murid yang patuh dan taat kepada agama
masing-masing.
10.4.3 NILAI-NILAI KEGURUAN
- Semua guru adalah pengajar nilai-nilai tertentu.
- Sama ada guru-guru sedar atau tidak, mereka selalu mempengaruhi
murid-murid mereka melalui kaedah-kaedah dan strategi-strategi
pengajaran yang digunakan.
- Sebagai contoh, Cik Tan seorang guru bahasa, pada masa yang sama
beliau juga merupakan pengajar nilai-nilai
- Guru pada peringkat rendah harus melambangkan ciri-ciri kesempurnaan
dari segi jasmaniah dan rohaniah.
- Guru perlu mengamalkan dan menghayati nilai-nilai yang dia mengajar.
- Nilai-nilai yang dihayati oleh guru akan tercermin dalam amalan-amalan
sehariannya. Contoh, guru datang awal ke sekolah setiap hari.- Penghayatan nilai boleh dibuat secara berperingkat-peringkat, mulai dari
peringkat yang paling rendah sampai kepada peringkat yang sangat tinggi
seperti yang tertera dalam rajah penghayatan nilai dibawah:
Kelima : Peringkat Perwatakan
Keempat : Peringkat Organisasi
Ketiga : Peringkat Penilaian
Kedua : Peringkat Gerak balas
Pertama : Peringkat Penerimaan
- Bila sesuatu nilai itu dihayati sampai ke peringkat perwatakan, ia akan
sebati dengan sahsiah guru dan sukar untuk diubah oleh mana-mana
-
8/14/2019 14587079 Guru Sebagai Satu Profesion Guru Dan Alam Pendidikan
7/28
pihak.
10.4.4 ANALISIS FPK DAN FPG
Matlamat-matlamat yang perlu dicapai oleh guru-guru di Malaysia daripada
analisis FPK dan FPG ialah seperti berikut:
- Mengeluarkan guru permulaan yang mencukupi untuk sekolah rendah dan
menengah
- Pendidikan kewarganegaraan
- Perkembangan pendidikan vokasianal
- Teknologi dalam pendidikan
- Mata pelajaran kemahiran hidup/manipulatif
- Penerapan nialai-nilai murni
- Pelaksanaan kurikulum baru sekolah rendah dan menengah
- Pendidikan moral kepada setiap murid
- Bahasa Melayu merentasi kurikulum
- Pendididkan pra-sekolah
- Menjalankan ko-kurikulum di semua peringkat
- Perkembangan pendidikan vokasional- Penerapan nilai-nilai Islam
10.4.5 IMPLIKASI FPK DAN FPG KEPADA PERANAN GURU
SEBAGAI PENDIDIK
- Implikasi FPK dan FPG kepada guru sebagai pendidik ialah seperti
berikut:
- Mesti Cemerlang dalam aspek akhlak dan akademik,
- peka kepada aspirasi bangsa, masyarakat dan negara
- menjadi seorang guru yang serba salah.
- mesti mempunyai paras tenaga yang tinggi dan mempunyai stamina
-
8/14/2019 14587079 Guru Sebagai Satu Profesion Guru Dan Alam Pendidikan
8/28
untuk bekerja keras serta tidak mudah putus asa
- dan juga mempunyai unsur kecindan dan kemesraan serta mempunyai
penampilan diri yang menarik.
- Guru juga mesti memiliki ciri-ciri yang berikut:
- mesti mempunyai unsur kecintaan dan kemesraan serta
mempunyai penampilan diri yang menarik.
- Mesti mempunyai integriti yang tinggi di mana dia boleh dipercayai
serta mempunyai tabiat baik yang kukuh.
- mesti mempunyai imej kenduri yang baik dan berasa yakin pada
diri sendiri.
- Mesti bertanggungjawab dan sentiasa menyempurnakan tugas.
- Mesti mempunyai tenaga mental yang tinggi serta berkeupayaan
untuk terus belajar seiring dengan pertambahan tugas.
- Mesti mempunyai daya kepimpinan supaya ia boleh berpengaruh
ke atas orang lain.
10.5 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan
ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam bedasarkan Al-Quran dan As-Sunnah
bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai
hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri,
masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan
kesejahteraan di akhirat.
- mengikut Hamka (Haji Abdul MAlik Karim Amrullah), pendidikan Islam
merupakan proses memupuk budi pekerti yang mulia serta tabiat-tabiat baik
serta sikap berani, merendah diri, sabar serta menghormati orang yang lebih
-
8/14/2019 14587079 Guru Sebagai Satu Profesion Guru Dan Alam Pendidikan
9/28
tua dan murid-murid.
- Amar al Shaibani,- persiapan untuk kehidupan di dunia dan akhirat.
- Al Ghazali menegaskan kepentingan latihan jasmani dan sukan yang dapat
menguatkan badan serta menambahkan kecergasannya. Pendidikan Islam
merangkumi aspek intelek, pembinaan akhlak mulia, berani dan menghormati
antara satu sam lain.
- Muhamad Oatb- proses membentuk manusia secara menyeluruh dan
seimbang untuk memperkembangkan potensi intelek, fizikal, emosi, dan
rohani ke tahap kesempurnaan.
- Muhamad Athhiyah al abrashi pembinaan tingkah laku manusia yang
berakhlak mulia di bawh teras ajaran Islam.
- Syed Naquib direalisasikan apabila berlaku perubahan dalam diri individu.
Proses membina tingkah laku manusia supaya menjadi orang yang berakhlak
mulia mengikt peraturan taat dan cinta kepada pemerintah dan negara.
- Rumusannya: - pendidikan dalam sudut Islam menyatupadukan semua ilmu
pengetahuan di bawah pengendalian Al-Quran dan Sunah yang merupakan
teras di dalam pendidikan dan kebudayaan Islam yang sebenarnya.
10.5.1 CIRI-CIRI PENDIDIKAN ISLAM
(a) sesuai dengan roh Islam, akidah dan undang-undang Islam
(b) berkaitan dengan realiti masyarakat dalam hubungannya dengan
kebudayaan sosial, ekonomi dan politik
(c) peningkatan manusia haruslah berdasarkan kepada aspek kehidupan
manusia yang berkaitan dengan ilmu pengertahuan dan tugas
menyampaikan ilmu kepada amanah Allah.
(d) Bersifat universal dan didasarkan kepada faktor-faktor sosial, budaya, rohani,
ekonomi, politik, pendidikan, psikologi dan sebagainya.
(e) Bersifat dinamik di mana ia berkemban sesuai dengan perkembangan
penyelidikan dan kajian-kajian dalam pelbagai pendidikan.
-
8/14/2019 14587079 Guru Sebagai Satu Profesion Guru Dan Alam Pendidikan
10/28
10.5.2 Dasar Pendidikan Islam
Rajah 2: Dasar Pendidikan Islam
10.5.3 MATLAMAT PENDIDIKAN ISLAM
(A) mewujudkan perkembangan yang seimbang di dalam diri individu dengan
nilai-nilai ke Islam
(B) melahirkan manusia yang bertakwa
(C) melahirkan manusia yang bertatabudi
(D) melahirkan manusia yang bercita-cita tinggi
(E) skop dan bidang pendidikan Islam harus disebarkan secara luas dan
menyeluruh
(f )
Kehidupan dunia dan
akhirat
(f )
Kehidupan dunia dan
akhirat
(e)
Individu bertanggung
jawab untuk tindakansendiri
(e)Individu bertanggung
jawab untuk tindakan
sendiri
(d)
Manusia berpotensi
dalam perkembanganmoral dan kerohanian
(d)
Manusia berpotensi
dalam perkembanganmoral dan kerohanian
(c)
Kepercayaan kepadaWahyu dan Nabi
(c)
Kepercayaan kepada
Wahyu dan Nabi
(b)
Kepercayaan pesuruh-
pesuruhNya
(b)
Kepercayaan pesuruh-
pesuruhNya
(a)Tauhid
(a)
Tauhid
(g)
Persaudaraan danpersamaan sejagatantara semua umat
Islam
(g)
Persaudaraan dan
persamaan sejagatantara semua umat
Islam
Dasar pendidikanIslam
Dasar pendidikanIslam
-
8/14/2019 14587079 Guru Sebagai Satu Profesion Guru Dan Alam Pendidikan
11/28
(F) fahaman idealistik dan realisme serta usaha untuk membentuk individu-
individu beriman.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Falsafah Pendidikan Islam
Konsep Falsafah Pendidikan Islam
usaha menyampaikan
ilmu, kemahiran, danpenghayatan Islam.
berdasarkan Al-Quran
dan Al-Sunnah
membentuk
sikap,
kemahiran,keperibadian
, pandangan
hidup yangpositif
mendorong masyarakat, alam
sekitar, negara ke arah yang
maju san sejahtera di akhirat
-
8/14/2019 14587079 Guru Sebagai Satu Profesion Guru Dan Alam Pendidikan
12/28
10.5.4 Dasar Pendidikan Islam
Keesaan Tuhan (Tauhid)
Kepercayaan pesuruh-pesuruhNya
Kepercayaan kepada wahyu-wahyu Tuhan kepada Nabi-nabi
Manusia mempunyai potensi dalam perkembangan moral dan kerohanian
Setiap individu bertanggungjawab terhadap tindakan sendiri
Kehidupan keduaniaan dan akhirat
Persamaan dan persaudaraan sejagat di antara semua umat Islam
Ajaran Al-Quran (Kurikulum)
Bahasa Arab
- bidang pengajian kemanusiaan (media
penghantar)
(psikologi, sosiologi, sejarah, ekonomi)
- bidang alam tabii
(astronomi, biologi)
Haji Abdul Malik Mohammad Dr. Mohd Athiyah Amal al-Shaibani Al-
Ghazali
Ajaran Falsafah
Pendidikan Islam
Tokoh Falsafah Pendidikan Islam
-
8/14/2019 14587079 Guru Sebagai Satu Profesion Guru Dan Alam Pendidikan
13/28
Karim Amrullah Qatb al-Abrasyi
Persamaan tokoh-tokoh Falsafah Pendidikan Islam
Pendidikan boleh memainkan peranan ke arah untuk mewujudkan satu
insan yang mempunyai keseimbangan antara potensi fizikal, intelek dan
rohani manusia.
Proses pendidikan merupakan penyatuan semua ilmu pengetahuan di
bawah al-Quran yang menjadi teras pendidikan.
- FPK ialah satu kumpulan konsep-konsep, prinsip dan nilai yang menjadi asas
kepada amalan-amalan pendidikan di Malaysia.
- Digubal daripada ideologi yang dimanifestasikan dalam laporan dan dasar-
dasar pendidikan termasuk Rukun Negara.
- Menjadi suluh yang memberi pedoman dan hala kepada segala usaha
pendidikan di Malaysia.
10.6 FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT
Mengikut Plato, pendidikan ialah satu proses yg dapat membentuk individu
yg berakhlak mulia
Mengikut Maria Montessori, pendidikan ialah satu proses membentuk &
mengembangkan intelek, jasmani, rohani & sosial kanak-kanak.
Mengikut Dewey, pendidikan ialah satu proses perkembangan individu &
usaha mengatur ilmu pengetahuan utk menambahkan lagi pengetahuansemulajadi yg ada pada manusia supaya mereka dapat hidup dgn lebih
berfaedah & selamat.
tokoh
pendidikanIslam
terpengaruhdi
Indonesia
bentuk insanpositif
tingkah laku,
budi perkertimulia,
hormat-
menghormat
Membina
insanmenyeluruh
danseimbang
Berakhlak
tinggi danmulia tingkah
laku insan
Persiapanmenghadap
cabaran
kehidupan
dan akhirat
Patut
ditambahdenganPendidikan
Jasmani
untuk binainsan
berakhlak
mulia dan
hormatorang
-
8/14/2019 14587079 Guru Sebagai Satu Profesion Guru Dan Alam Pendidikan
14/28
Rajah 3: Falsafah Pendidikan Barat Tradisional
a) Perennialisme
Falsafah
Pendidikan
- Perennialisme
- Pelopor : R. M. Hutchins , Mortimer J. Alder , Jacques
Maritian
Dasar
Pendidikan
- Idealisme
Tujuan
Pendidikan
- Mendisiplinkan/mendidik mental & jiwa murid supaya
menjadi rasional
- Menanam intelek & kemahiran berfikir murid
Ilmu
Pengetahuan
- Tertumpu kepada kajian yang kekal
- Menguasai fakta & ilmu tanpa batas masa
Falsafah Pendidikan Barat
Tradisional Moden
Perennialisme
Essensialisme
Progressivisme
Rekonstruksionisme
Eksistensialisme
-
8/14/2019 14587079 Guru Sebagai Satu Profesion Guru Dan Alam Pendidikan
15/28
Peranan
Pendidikan
- Guru membantu murid fikir secara rasional
- Menolong menemui prinsip mutlak
- Memahami dunia benar
Tumpuan
Kurikulum
- Mata pelajaran klasik
- Menganalisa sastera (karya)
- Memupuk kelakuan moral
- Melatih murid dalam 3M
b) Essensialisme
Falsafah
Pendidikan
- Essensialisme
Dasar
Pendidikan
- Idealisme
- Realisme
Tujuan
Pendidikan
- Mempertingkatkan pertumbuhan intelek individu
- Mendidik manusia menjadi lebih cekap
- Membentuk personaliti & mental ke tahap keharmonian
& kesempurnaan
Ilmu
Pengetahuan
- Kemahiran penting dalam mata pelajaran akademik
- Menguasai konsep & prinsip-prinsip mata pelajaranPeranan
Pendidikan
- Guru mempunyai autoriti dalam mata pelajarannya &
pengajaran nilai-nilai tradisi masyarakat secara eksplisit
Tumpuan
Kurikulum
- Kemahiran asas iaitu 3M & mata pelajaran penting e.g.
sains, sejarah, ilmu alam & bahasa asing
- Nilai-nilai masyarakat (sosial, budaya politik) diajar di
sepanjang peringkat sekolah
10.6.1 FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT MODEN
a) Progresivisme
-
8/14/2019 14587079 Guru Sebagai Satu Profesion Guru Dan Alam Pendidikan
16/28
Falsafah
Pendidikan
- Progressivisme
- Pelopor : John Dewey , William H. Kilpatrick , Boyd H.
Bode
Dasar
Pendidikan
- Pragmatisme
- NaturalismeTujuan
Pendidikan
- Mempertingkatkan kehidupan sosial yg demokratik
(tanpa perbezaan istimewa)
Ilmu
Pengetahuan
- Ilmu yg membawa kepada pertumbuhan &
pembangunan proses belajar hidup
- Tertumpu kepada pembelajaran aktif
Peranan
Pendidikan
- Guru sebagai pembimbing & penasihat terhadap
penyelesaian masalah & kaedah inkuiri (semangat tahu)Tumpuan
Kurikulum
- Berdasarkan kepada minat, keperluan & kebolehan
murid
- Terlibat kepada aplikasi prinsip-prinsip membuat sambil
belajar
- Penyelesaian masalah, projek ujikaji & mata pelajaran
e.g. kemahiran hidup
b) Rekonstruktivisme
Falsafah
Pendidikan
- Rekonstruktivisme
- Pelopor : Harold O. Rugg , George S. Counts
Dasar
Pendidikan
- Pragmatisme
Tujuan
Pendidikan
- Memperbaiki & membina masyarakat
- Pendidikan utk perubahan & reformasi
Ilmu
Pengetahuan
- Kemahiran & mata pelajaran untuk mengenal &
menyelesaikan masalah masyarakat
- Pembelajaran aktif
Peranan - Guru menjadi agen perubahan & reformasi
-
8/14/2019 14587079 Guru Sebagai Satu Profesion Guru Dan Alam Pendidikan
17/28
Pendidikan - Bertindak sebagai pengarah projek & ketua penyelidik
- Membantu murid sedar ttg masalah yg dihadapi oleh
manusia (guru pembawa isu-isu sosial utk dibincangkan
& diselesaikan bersama dgn murid)
Tumpuan
Kurikulum
- Tertumpu kepada sains sosial & kaedah penyelidikan
sosial
- Pemeriksaan ke atas masyarakat
- Kemahiran berfikir secara kritis & kreatif
- Ekonomi & politik tertumpu kepada trend masa kini & yg
akan datang
- Termasuk kepada isu kebangsaan & antarabangsa
c) Eksistensialisme
Falsafah
Pendidikan
- Eksistensialisme
Dasar
Pendidikan Metafizik
/ Realiti Kewujudan
- Alam kewujudan
- Realiti didefinisikan oleh individu sendiri
- Manusia dilahirkan & memasuki alam kewujudan- Membesar & seterusnya menyedari kewujudan
keadaan dirinya & penghidupannya
Pengetahuan /
Kebenaran
- Kebenarannya sebagai pilihan individu
- Apa yg diamati diberi makna berlandaskan
pemahaman sendiri
Etika Moral & Akhlak - Berdasarkan kebebasan individu
- Seseorg tidak perlu mengikut / mematuhi norma
atau nilai masyarakatEstetika Keindahan /
Citarasa
- Penjelmaan daripada norma & nilai masyarakat
10.7 PENGURUSAN DAN PERKEMBANGAN KURIKULUM
-
8/14/2019 14587079 Guru Sebagai Satu Profesion Guru Dan Alam Pendidikan
18/28
10.7.1 KONSEP KURIKULUM
- Kurikulum didefinisikan sebagai bahan pengajaran yang guru dan murid-
murid perlu meliputi dalam proses pembelajaran.
- Ia menerangkan kaedah, struktur pentadbiran dan persembahan bahan
pembelajaran tersebut.
- Menurut Kerr pula, kurikulum adalah semua jenis kumpulan atau secara
individu di dalam atau di luar sekolah.
- Tafsiran kurikulum ialah aktiviti-aktiviti yang dialami oleh seseorang individu
dari peringkat kematangan kanak-kanak ke peringkat kematangan orang
dewasa.
- Tafsiran spesifik untuk kurikulum ialah pelbagai aktiviti pembelajaran yang
dijalankan di dalam dan luar bilik darjah.
- Pengertian kurikulum juga merujuk kepada bidang-bidang mata pelajaran
yang diajar di sekolah.
10.7.2 JENIS-JENIS KURIKULUM
(i) Kurikulum Ideal
- satu kurikulum yang digubal dan dibentuk berlandaskan teori-teori ilmu
pendidikan.
- ia mengandungi komponen-komponen seperti:
(a) matlamat dan tujuan kurikulum
(b) sukatan pelajaran dan huraiannya
(c) bahan-bahan pelajaran termasuk buku panduan guru, sistem
pelaksanaan dan penilaian kurikulum
- digunakan untuk membentuk kurikulum rasmi
(ii) Kurikulum Rasmi atau Kurikulum Nyata
- dibuat oleh pakar-pakar kurikulum di Kementerian Pendidikan Malaysia
-
8/14/2019 14587079 Guru Sebagai Satu Profesion Guru Dan Alam Pendidikan
19/28
- contoh kurikulum rasmi di Malaysia ialah KBSR dan KBSM
(a) ilmu pengetahuan serta kemahiran
(b) nilai-nilai norma
(c) unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat Malaysia
- ia terdiri daripada kurikulum formal dan kurikulum tak formal
(iii) Kurikulum Formal
- merangkumi kurikulum akademik yang dilaksanakan melalui kurikulum
pengajaran dan kurikulum operasi
- kurikulum pengajaran ialah kurikulum formal mengikut pentafsiran guru
sendiri
- kurikulum operasi merujuk kepada kurikulum yang benar-benar
dilaksanakan melalui proses pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah mengikut jadual waktu yang ditetapkan
- terdiri daripada:
(a) isi pengajaran dan pembelajaran
(b) penilaian di dalam bilik darjah
(c) aktiviti-aktiviti ko-kurikulum
(IV) KURIKULUM TAK FORMAL
- meliputi segala pengalaman yang dipelajari secara tidak formal
- ia meliputi pembelajaran yang diperolehi daripada penerapan nilai-nilai
murni melalui peniruan tingkap laku guru, pelbagai mata pelajaran,
peraturan sekolah, aktiviti bahasa dan budaya sekolah
(V) KO-KURIKULUM- merujuk kepada aktiviti-aktiviti tambahan yang dijalankan selepas waktu
pelajaran sekolah
- aktiviti ko-kurikulum merupakan sebahagian daripada kurikulum formal, iaitu
aktiviti-aktiviti persatuan, kelab, permainan, sukan serta badan
berunifom yang dijalankan di luar bilik darjah
-
8/14/2019 14587079 Guru Sebagai Satu Profesion Guru Dan Alam Pendidikan
20/28
- ia tidak termasuk dalam jadual waktu pengajaran mata pelajaran sekolah
10.7.3 MODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL KURIKULUM TYLER
- Mengikut Tyler, kurikulum ialah pelajaran yang dirancang, dikelola dan
dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan
yang ditentukan
- berasaskan kepada objektif dan proses pengajaran yang tersusun seperti
berikut:
Mendiagnosis keperluan pembelajaran
Membentuk objektif tingkah laku
Memilih bahan pembelajaran yang
sesuai
Penyusunan bahan pembelajaran
Pemilihan pengalaman pembelajaran
Penyusunan pengalaman pembelajaran
Menentukan bahan pembelajaran yang
akan dinilai dan cara-cara untuk menilai
-
8/14/2019 14587079 Guru Sebagai Satu Profesion Guru Dan Alam Pendidikan
21/28
Rajah 4: ModeL KURUKULUM TRELER
MODEL KURIKULUM TABA
- Juga dikenali sebagai model pembangunan konsep dan mengutamakan
penyusunan bahan-bahan pengajaran dalam proses pengajaran dan
pembelajaran
- Merupakan kaedah yang berkesan untuk mengajar kandungan kurikulum
dalam bentuk generalisasi dan diskriminasi
- Model ini mengesyorkan empat strategi pengajaran untuk menggalakkan
pemikiran kritis di kalangan murid, iaitu
I) PEMBENTUKAN KONSEP
- menyenaraikan data-data sesuatu topik
- mengumpul dan mengkategorikan data mengikut persamaan
- menyusun kategori-kategori data mengikut kepentingan
Ii) Mengintepretasi Data
- membuat diskriminasi antara data dalam kategori-kategori yang berlainan
- membuat rumusan atau inferens daripada pemerhatian
Iii) Pengaplikasian Prinsip-Prinsip
- menganalisis sesuatu masalah
- meramalkan penyelesaian masalah
iv) interpretasi perasaan, sikap dan nilai
- penyelesaian masalah interpersonal
- membincang dan membuat pertimbangan nilai
-
8/14/2019 14587079 Guru Sebagai Satu Profesion Guru Dan Alam Pendidikan
22/28
MODEL KURIKULUM STENHOUSE
- Satu perantaraan untuk murid mendapatkan pengalaman pembelajaran yang
menyeluruh
- Membahagikan pembentukan kurikulum kepada tiga bahagian, iaitu:
I) Dalam Perancangan Kurikulum
a) Guru mesti menentukan bahan pengajaran yang akan diajar
b) Guru juga mesti menentukan prinsip-prinsip yang akan dipraktikkan dalan
kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran
c) Guru juga perlu menentukan prinsip-prinsip dalam membuat urutan bahan
pembelajaran
d) Guru juga perlu menentukan kriteria-kriteria mengenai kekuatan dan
kelemahan murid-murid
Ii) Dalam Pembelajaran Empirikal
- Guru mesti menentukan apa yang harus dipelajari oleh murid dan cara-cara
menilai pencapaian murid-murid
- Dalam pembelajaran proses:
a) guru memilih isi kandungan daripada segi kriteria dan tidak perlu
bergantung kepada objektifnya
b) guru merancang aktiviti yang membolehkan murid melibatkan diri secara
aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran
c) menggalakkan peranan tambahan guru sebagai penyelidik dengan tujuanmeningkatkan kemahirannya
KURIKULUM TREND KINI
-
8/14/2019 14587079 Guru Sebagai Satu Profesion Guru Dan Alam Pendidikan
23/28
- Ialah kurikulum emergent yang terpaksa diwujudkan mengikut kehendak dan
trend semasa dalam system pendidikan sebuah negara.
- Kurikulum emergent menerokai apa yang diperlukan secara sosial. Ia adalah
pembelajaran yang terdiri daripada interaksi kanak-kanak dengan orang
dewasa.
- Idea-idea dalam kurikulum emergent berasal daripada minat, persoalan-
persoalan dan isu-isu semasa dalam saty persekitaran dan daripada satu
kumpulan manusia
- Peranan guru ialah sebagai pemerhati
- Di Malaysia, kurikulum rasmi terpaksa diubahsuaikan kerana perkara-perkara
berikut:
a) sekolah-sekolah bestari yang telah dilancarkan pada tahun 1990
b) pengajaran matematik dan sains dalam bahasa pengantar Inggeris yang
dimulakan pada tahun 2003
10.7.4 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PEMBENTUKAN DAN PERUBAHAN KURIKULUM
i. Faktor-faktor luaran yang mempengaruhi pembentukan kurikulum ialah:
- keperluan system pendidikan semasa dan perubahan-perubahan yang
berlaku dalam system sejagat seperti ledakan teknologi maklumat danglobalisasi
- kurikulum perlu diubahsuai supaya rakyat negara tidak ketinggalan dalam
perkembangan-perkembangan terkini dalam dunia pendidikan
-
8/14/2019 14587079 Guru Sebagai Satu Profesion Guru Dan Alam Pendidikan
24/28
ii. Faktor keperluan murid-murid
- sekolah perlu memenuhi semua keperluan mereka seperti keperluan asas,
keperluan keselamatan, keperluan kasih sayang dan keperluan kesempurnaan
kendiri
iii. sistem jadual sekolah, sumber-sumber bahan pengajaran dan
pembelajaran di sekolah serta polisi-polisi penilaian yang akan
digunakan dengan murid-murid juga boleh mempengaruhi
pembentukan sesebuah kurikulum
iv. Hasrat kerajaan
- bermatlamat memperkembangkan potensi murid dengan sepenuhnya selaras
dengan hasrat kerajaan untuk menghasilkan pekerja berilmu
v. Matlamat seperti meningkatkan penglibatan murid yang tinggi serta
peningkatan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dapat mempengaruhi pembentukan
sebuah kurikulum
vi. Sebuah kurikulum sekolah juga perlu dibina berdasarkan latar belakang
budaya dan sosial yang hendak distrukturan untuk murid-muridnya
10.8 KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR)
a) Matlamat
- dibentuk berlandaskan konsep pendidikan umun, iaitu pendidikan yang
seimbang dan berlandaskan prinsip-prinsip dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan
-
8/14/2019 14587079 Guru Sebagai Satu Profesion Guru Dan Alam Pendidikan
25/28
- tujuan utama KBSR ialah untuk mengembangkan potensi individu secara
menyeluruh yang akan membenarkannya untuk beroperasi dengan efisien
dalam struktur sistem sosial negara
b) Objektif
- supaya murid dapat membaca, menulis dan mengira serta memperoleh ilmu
pengetahuan yang cukup sesuai dengan peringkat umur dan perkembangan
diri mereka.
- untuk murid-murid menguasai Bahasa Melayu dengan memuaskan sesuai
dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
negara
c) Ciri-ciri utama
- dibahagikan kepada 2 fasa
FASA 1 FASA 2
Tahun 1 3 Tahun 4 - 6
Kemahiran asas seperti
membaca, menulis dan
mengira
Kemahiran-kemahiran di fasa 1
akan diperkukuhkan
Diajar untuk mendengar,
menyebut dan mengenal pasti
symbol-simbol nombor serta
abjad dan menggunakan
semua nombor dan abjad ini
Pengunaan kemahiran untuk
pemikiran dan komunikasi
khasnya dalam penaakulan logic
dan memahami isu-isu sosial
semasa
-
8/14/2019 14587079 Guru Sebagai Satu Profesion Guru Dan Alam Pendidikan
26/28
dalam tulisan mereka
Diajar pengiraan yang asas
dan kemahiran matematik
seperti campur, tolak, darab
dan bahagi
aktiviti tambahan ko-kurikulum
seperti kelab komputer, kelab
matematik dan kelab sains
- Menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar kecuali untuk
mata pelajaran bahasa Inggeris
- Juga diajar Matematik, Sains, Pendidikan Moral, Lukisan, Kemahiran Hidup,
Muzik, Pendidikan Jasmani, Kajian Tempatan dan Ko-kurikulum
- Diberikan peluang untuk mempelajari kemahiran bahasa dan untuk
berkomunikasi dalam bahasa Melayu
- Murid-murid perlu menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dalam
tahun 6.
d) Struktur
- murid-murid mesti mencapai kemahiran dalam tiga bidang asas, iaitu
i. bidang komunikasi
ii. bidang manusia (dalam alam sekelilingnya)
iii. bidang perkembangan individu (minat, bakat, kemampuan mental dan
kesediaan murid-murid)
e) Komponen
- komponen-komponen utama
i. Komunikasi iaitu kemahiran-kemahiran asas seperti membaca, menulis dan
-
8/14/2019 14587079 Guru Sebagai Satu Profesion Guru Dan Alam Pendidikan
27/28
matematik
ii. Manusia dengan persekitaran-pendidikan rohani, nilai-nilai kemanusiaan
serta sikap, ugama dan moral
iii. Perkembangan individu-Seni dan Rekreaksi, Lukisan dan Muzik,
Pendidikan Jasmani
- Pengalaman murid-murid dikaitkan dengan unsur-unsur Tuhan,
persekitaran dan ugama untuk membentuk individu-individu yang
mempunyai perkembangan yang seimbang
- Dalam pelaksanaan KBSR, penekanan juga diberikan kepada aspek-aspek
yang berikut:
i) kemahiran berfikir
ii) nilai merentasi kurikulum
iii) bahasa merentasi kurikulum
iv) patriotisme merentasi kurikulum
v) strategi pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid
vi) penilaian berterusanvii) pemulihan dan pengayaan
viii) prinsip mudah ubah
ix) sains dan teknologi merentasi kurikulum
10.8.1 PENGUBAHSUAIAN SUKATAN PELAJARAN KBSR
perubahan baru dalam KBSR telah dilaksanakan secara
terhad pada tahun 1982 di 305 buah sekolah rendah di Malaysia.
Selepas tahun 1988, program KBSR dikaji semula dan ditukar
kepada kurikulum bersepadu sekolah rendah (KBSR) dengan satu objektif
yang baru iaitu pengaplikasian kemahiran-kemahiran asas dengan jujur
dan betul dalam kehidupan seharian.
Amalan perdagangan diterapkan melalui tajuk wang, ukuran
-
8/14/2019 14587079 Guru Sebagai Satu Profesion Guru Dan Alam Pendidikan
28/28
dan sukatan sementara Alam dan Manusia dibahagikan kepada Sains dan
Kajian Tempatan.
10.8.2 PERANAN GURU DALAM PELAKSANAAN KBSR
Peranan guru sangat penting sebagai seorang fasilitator dalam proses
pembelajaran dan pengajaran.
Guru KBSR mesti memastikan yang dia dapat membuat bimbingan
pendidikan yang berkesan untuk murid-muridnya serta membentuk satu
persekitaran fizikal dan mental yang kondusif untuk pembelajaran.
Guru KBSR juga perlu mensimulasikan aktiviti-aktiviti yang akan
menyebabkan murid-murid memperolehi kemahiran berfikir, mengajar
murid-murid mencari maklumat sendiri, dan cara-cara untuk
menyelesaikan masalah-masalah yang akan membantu mereka untuk
menghadapi dunia sebenarnya.
Oleh yang demikian, peranan guru KBSR sangat mencabar, di mana
beliau terpaksa:
a) mengajar kanak-kanak yang ramai pada nisbah 1 guru kepada 45
hingga 50 murid.
b) Mempunyai kerja-kerja pentadbiran dan ko-kurikulum selain daripada
tugasan mengajar.
c) Sentiasa berada di bawah tekanan ibu bapa untuk menyediakan
bukti tentang cara-cara pengajaran dan penilaian yang betul.
Latihan dalaman yang lebih komprehensif perlu
disediakan untuk guru-guru KBSR supaya mereka dapat menghasilkanaktiviti-aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang sesuai.