Download - 1.0 PENDAHULUAN jjhjh
1.0 PENDAHULUAN
Otak dan minda merupakan anugerah ciptaan Allah yang Maha Kuasa. Salah satu
peranan otak dan minda adalah untuk mengingat sesuatu kejadian atau sesuatu perkara
sama ada perkara yang lepas, sedang berlaku dan juga pada masa hadapan. Kemahiran
mengingat adalah perkara yang berkait rapat dengan otak. Ia juga merupakan salah satu
daripada proses kemahiran belajar. Seringkali murid-murid menghadapi masalah
mengingat fakta-fakta dalam matapelajaran termasuk matapelajaran Pendidikan Islam.
Kemampuan daya mengingat murid-murid bergantung kepada kecerdasan minda
individu, minat dan teknik mengingat individu itu sendiri.
Murid-murid yang mempelajari Pendidikan Islam pula didedahkan dengan pelbagai
fakta yang banyak yang memerlukan mereka untuk mengingati setiap fakta tersebut. Oleh
itu, kemahiran mengingat yang baik amat diperlukan dalam mempelajari mata pelajaran
Pendidikan Islam.
1.1 Pengenalan
Secara umumnya, kandungan Pendidikan Islam sekolah rendah terbahagi kepada
4 bidang utama iaitu bidang Asuhan Tilawah al-Quran, bidang Asas Ulum Syar’iyah,
bidang Asas Akhlak Islamiah dan bidang Pelajaran Jawi. Manakala kandungan bagi
bidang Asas Ulum Syar’iyah terbahagi pula kepada 3 bidang kecil iaitu bidang Aqidah,
bidang Ibadah dan juga bidang Sirah. Hal ini termaktub dalam sukatan pelajaran
Pendidikan Islam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KPM 2002).
1
Secara umumnya, kajian pengkaji ini menjurus kepada bidang Asas Ulum
Syar’iyah dalam pecahan Ibadah. Pengkaji tertarik untuk melakukan kajian terhadap
bidang ibadah kerana ia amat penting bagi setiap insan yang bergelar muslim dalam
menunaikan perintah Allah Taala. Sebagai bakal guru Pendidikan Islam, pengkaji berasa
bertanggungjawab dalam memastikan murid-murid dapat menguasai bidang ini dengan
baik. Pengkhususan kepada tajuk Sunat Ab’ad pula kerana ia adalah salah satu cabang
dalam bidang ibadah yang merupakan salah satu perkara sunat yang sangat dituntut di
dalam Islam, di mana kebanyakan individu muslim mengabaikannya dalam kehidupan
seharian.
Sepanjang pemerhatian pengkaji semasa mengajar murid-murid tahun 5 Bestari,
pengkaji mendapati bahawa murid-murid menghadapi masalah untuk mengingati fakta,
iaitu 8 perkara Sunat Ab’ad. Hal ini dapat dibuktikan apabila sebilangan besar murid
tidak dapat menjawab soalan-soalan secara lisan yang diajukan kepada mereka dengan
betul. Semasa menjawab soalan pula, murid cuba berfikir dan mengambil masa yang
terlalu lama untuk menjawab soalan tersebut. Rentetan daripada hal ini pengkaji mula
mengetahui kelemahan pengkaji dari sudut keberkesanan dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Ahmad Salleh (2008), kualiti pencapaian pendidikan murid sangat
bergantung kepada pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas. Oleh itu,
persediaan yang rapi oleh seorang guru sangat memainkan peranan penting dalam
memastikan objektif pembelajaran di dalam kelas dapat dicapai dengan sempurna.
Kaedah pengajaran guru yang lebih kreatif pula amat diperlukan dan hendaklah
2
bersesuaian dengan tahap pemikiran murid yang diajar. Justeru, pengkaji telah memilih
kaedah nyanyian sebagai satu alternatif bagi memastikan murid dapat mengingati 8
perkara Sunat Ab’ad dengan baik. Dengan kaedah nyanyian ini diharapkan agar ia dapat
membantu pengkaji untuk meningkatkan penguasaan murid dalam mengingati fakta-
fakta seterusnya meningkatkan penghayatan murid dalam beribadah kepada Allah.
3
1.2 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Lalu
Pengkaji telah menjalani praktikum fasa ketiga selama tiga bulan di Sekolah Kebangsaan
Haji Abu Bakar bermula pada 29 Januari 2014 dan berakhir pada 26 April 2014. Sepanjang
menjalani praktikum, pengkaji telah diamanahkan untuk mengajar matapelajaran Pendidikan
Islam untuk murid-murid kelas 5 Bestari dan 4 Harapan. Kelas 5 Bestari merupakan kelas murid
berpencapaian tinggi manakala kelas 4 Harapan merupakan kelas murid berpencapaian rendah.
Murid di dalam kelas 5 Bestari adalah seramai 40 orang yang terdiri daripada 15 orang murid
lelaki dan 25 orang murid perempuan. Sementara itu, kelas 4 Harapan terdiri daripada 28 orang
murid, iaitu 16 orang murid lelaki dan 12 orang murid perempuan.
Semasa pengkaji melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran berkaitan tajuk Sunat
Ab’adh dan Hai’at bagi kelas 5 Bestari, pengkaji telah menggunakan pembentangan power point.
Pemilihan kaedah pengajaran menggunakan power point ini berdasarkan pandangan Jonassen
(1996), dipetik daripada Kamarul Azmi dan Ab. Halim (2007) di dalam bukunya yang
bertajuk Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran & Pembelajaran, pembelajaran melalui
persembahan multimedia adalah lebih attention-getting dan attention-holding kerana multimedia
adalah multimode, iaitu rangsangan yang berlaku lebih daripada satu deria pada satu masa.
Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) tersebut, pengkaji telah menggunakan
kaedah menyoal bagi menilai tahap pemahaman murid serta menilai pencapaian objektif
pembelajaran. Menurut Salihin (1993), dipetik dari Ahmad (2008) di dalam bukunya yang
bertajuk Pengajian Agama Islam & j-QAF Metodologi dan Pedagogi Pendidikan untuk KPLI,
kaedah menyoal dapat membangkitkan kecerdasan dan menggalakkan murid-murid berfikir.
Hasil daripada sesi soal jawab tersebut, pengkaji mendapati hampir separuh ahli kelas 5 Bestari
4
sukar mengingati kesemua 8 perkara Sunat Ab’adh dengan betul . Hal ini dibuktikan apabila
mereka tidak dapat menjawab soalan-soalan lisan yang diajukan kepada mereka dengan baik.
Semasa menjawab soalan pula, murid cuba berfikir dan mengambil masa yang lama untuk
menjawab soalan serta meminta bantuan rakan lain untuk memberikan jawapan.
Keadaan sama juga berlaku semasa murid melaksanakan aktiviti lembaran kerja
berkenaan tajuk Sunat Ab’adh yang diedarkan oleh pengkaji. Murid dilihat termenung dan cuba
mengingat kembali isi pelajaran yang diajar kepada mereka. Murid cuba berbincang dengan
rakan untuk mendapatkan jawapan. Melalui pemerhatian yang dibuat pengkaji, murid tidak dapat
menjawab soalan yang diberikan dan menulis perkara-perkara Sunat Ab’adh dengan betul.
Situasi yang berlaku semasa sesi soal jawab dan aktiviti lembaran kerja tersebut masih berulang
pada sesi penilaian di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran. Situasi ini sangat menyedihkan
pengkaji.
Apabila melihat situasi sebegini, pengkaji berasa bertanggungjawab untuk memperbaiki
tahap penguasaan murid berkenaan tajuk ini. Ini kerana tajuk Sunat Ab’adh dan Hai’at ini
merupakan salah satu daripada perkara-perkara sunat yang dituntut kepada seorang muslim
untuk melakukannya ketika dalam solat. Bagi meningkatkan keupayaan mengingat murid-murid,
pengkaji telah membandingbeza beberapa bentuk kaedah yang sesuai dengan tahap kecerdasan
murid-murid seperti latih tubi, soal jawab, nyanyian dan lain-lain .
Hasilnya, didapati kaedah nyanyian merupakan kaedah yang paling baik dan sesuai
dengan murid-murid. Maka, disinilah pengkaji beranggapan bahawa masalah ini harus
diselesaikan dengan menggunakan penyerapan unsur muzik dalam mengingati perkara Sunat
Ab’adh iaitu melalui pendekatan nyanyian. Ini kerana ianya dilihat lebih dekat dengan diri
5
murid-murid. Pembelajaran melalui nyanyian juga sesuai diterapkan kerana ia lebih berpusatkan
murid kerana murid akan menyanyi secara berkumpulan dan individu berdasarkan lirik dengan
bantuan guru. Kemudian mereka akan menghafal lagu berkenaan supaya memori ingatan mereka
berkekalan dalam jangka masa yang lama.
6
1.3 Pengumpulan Data Awal
Bagi mendapatkan maklumat tentang masalah yang wujud dalam kalangan murid
tahun 5 Bestari , pengkaji telah menjalankan beberapa kaedah pengumpulan data.
Pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian dan instrumen analisis dokumen.
1.3.1 Pemerhatian
Pemerhatian merupakan satu proses mendapatkan maklumat yang dilakukan
dengan melihat atau mendengar sesuatu peristiwa, kemudian hasil keputusan itu
direkodkan dalam bentuk yang sesuai mengikut kehendak kajian. Dalam kajian ini,
pengkaji telah membuat pemerhatian secara tidak berstruktur sepanjang sesi pengajaran
dan pembelajaran berlangsung. Pemerhatian yang dilakukan bertujuan untuk melihat
tingkah laku dan tindak balas murid semasa sesi pembelajaran sedang dijalankan.
Bagi pemerhatian ini, pengkaji telah membahagikannya kepada tiga sesi, iaitu
pemerhatian semasa sesi pengajaran oleh guru, sesi aktiviti berkumpulan, serta sesi
aktiviti kuiz dan penilaian. Pemerhatian bagi sesi pertama lebih berfokus kepada aspek
penumpuan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlangsung. Ia
dilakukan untuk melihat sejauh mana pengajaran yang disampaikan oleh guru dapat
menarik perhatian dan fokus murid di dalam kelas. Pada sesi ini juga pengkaji
menumpukan perhatian kepada keseluruhan murid di dalam kelas. Di samping itu,
pengkaji menilai dari aspek interaksi antara murid dan guru, tingkah laku yang
ditunjukkan oleh murid semasa guru sedang mengajar, serta fokus murid terhadap
pengajaran guru. Hasil daripada pemerhatian ini, pengkaji mendapati terdapat sebilangan
7
murid yang hilang fokus semasa sesi PdP sedang berlangsung. Ada juga murid yang
bermain-main di belakang kelas tatkala kelas sedang berjalan. Tidak kurang juga murid
yang bersembang bersama kawan serta mengelamun di dalam kelas.
Seterusnya bagi pemerhatian sesi kedua pula, pengkaji ingin menilai tahap
penglibatan murid dalam aktiviti yang disediakan. Pengkaji telah mengelompokkan
murid dalam beberapa kumpulan kecil, kemudian menjalankan aktiviti mengikut
kumpulan-kumpulan tersebut. Daripada pemerhatian tersebut, pengkaji mendapati
terdapat dua kumpulan yang tidak bersungguh-sungguh dalam menyelesaikan tugasan
yang diberi. Kumpulan tersebut juga tidak terkawal dengan membuat bising sesama ahli
kumpulan. Terdapat juga ahli kumpulan yang mengganggu rakan mereka dalam
kumpulan lain sewaktu aktiviti masih berjalan.
Bagi sesi ketiga pula, pengkaji telah menjalankan aktiviti kuiz secara lisan.
Aktiviti ini bertujuan untuk melihat tahap pemahaman dan penguasaan murid terhadap isi
pelajaran yang telah disampaikan pada sesi yang pertama. Beberapa aspek telah dilihat
sepanjang menjalankan pemerhatian terhadap pelaksanaan aktiviti kuiz tersebut.
Antaranya ialah respon atau tindak balas yang ditunjukkan oleh murid ketika diajukan
soalan, keyakinan murid dengan jawapan yang diberikan serta masa yang diambil oleh
murid untuk menjawab soalan yang diajukan kepada mereka. Hasil daripada pemerhatian
semasa aktiviti kuiz berlangsung ialah didapati beberapa orang murid dilihat termenung
dan cuba mengingati kembali isi pelajaran yang diajar kepada mereka. Murid cuba
berbincang dan bertanya kawan untuk mendapatkan jawapan. Selain itu, terdapat juga
murid yang tidak dapat menjawab soalan yang diajukan dengan yakin. Mereka masih
ragu-ragu dengan jawapan mereka, sama ada betul atau salah. Ada juga murid yang
8
mengambil masa yang terlalu lama untuk menjawab soalan yang diajukan. Hal ini
mungkin disebabkan oleh beberapa faktor yang perlu ditangani oleh guru itu sendiri.
1.3.2 Instrumen Analisis Dokumen
Lembaran kerja individu telah diedarkan kepada setiap murid bagi membuat
penilaian terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan. Analisis
lembaran kerja dijalankan bagi mengenalpasti kelemahan murid dalam penguasaan
terhadap topik Sunat Ab’ad. Lembaran kerja dibuat secara individu dan murid dilarang
untuk berbincang sesama mereka untuk mendapatkan jawapan. Lembaran kerja ini
mengandungi 20 soalan berbentuk soalan struktur dan soalan objektif. Pengkaji telah
merekod markah yang diperoleh oleh murid tahun 5 Bestari berdasarkan soalan tersebut.
Berikut merupakan butiran analisis pemarkahan lembaran kerja yang telah diberi:
Skala Markah 2 4 6 8 10 1
2
14 16 18 20
Bilangan Murid 4 2 3 5 6 8 7 5
Daripada analisis pemarkahan dalam jadual 1 , didapati seramai 20 orang murid
mendapat markah 10 dan ke bawah dan 20 orang murid lagi mendapat markah 12 dan ke
atas. Tetapi tiada seorang murid pun mendapat markah penuh bagi set lembaran kerja
yang dijawab oleh mereka.
9
Berdasarkan dapatan analisis markah individu ini, pengkaji berpendapat bahawa
perolehan markah di bawah 10 markah ini memerlukan pemulihan bagi meningkatkan
prestasi dalam pembelajaran murid.
1.3.3 Temubual
Temubual dilakukan bersama guru Pendidikan Islam yang mengajar kelas 5
Bestari dan 7 orang murid yang telah dikenalpasti. Temubual dijalankan untuk
mendapatkan maklumat berkenaan tahap kecerdasan murid di dalam kelas tersebut dan
juga respon murid-murid terhadap pembelajaran. Temubual dijalankan sehari selepas sesi
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Berikut merupakan masalah yang dikenalpasti
yang dihadapi oleh murid:
Bil Masalah Kuantiti
1 Susah untuk mengingat 7
2 Keliru antara perkara Sunat Ab’ad dan Hai’at 6
3 Bosan dengan topik yang diajar 5
4 Tidak minat bidang ibadah 3
Masalah dia atas merupakan masalah yang dihadapi oleh murid setelah sesi
temubual dilakukan terhadap 7 orang murid. Masalah utama yang dihadapi oleh mereka
ialah susah untuk mengingati perkara-perkara Sunat Ab’ad. Ini disebabkan oleh tahap
kecerdasan yang renda. Selain itu, mereka juga keliru antara perkara-perkara Sunat Ab’ad
dan Hai’at. Terdapat dalam kalangan mereka yang mencampur-adukkan kedua-dua
perkara tersebut dalam pernyataan mereka.
10
Di samping itu juga, masalah yang timbul ialah murid-murid berasa bosan dengan
topik yang diajar iaitu Sunat Ab’ad dan Hai’at. Pengajaran guru yang bersifat tradisional
juga menyebabkan murid berasa bosan semasa proses P&P berjalan. Dapatan daripada
analisis ini juga, masalah yang dihadapi oleh segelintir murid ialah tidak berminat dengan
bidang ibadah. Ini kerana bidang ini memerlukan banyak hafazan.
11
2.0 FOKUS KAJIAN
2.1 Huraian Fokus Kajian
Sepanjang melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran berkaitan tajuk Sunat
Ab’ad dan Sunat Hai’at, pengkaji telah mengenal pasti beberapa masalah yang telah dihadapi
oleh murid ketika mempelajari tajuk ini. Antaranya ialah ada di antara murid menghadapi
masalah untuk menyebut kembali perkara-perkara Sunat Ab’ad. Hal ini dibuktikan apabila
murid tidak dapat menjawab soalan-soalan secara lisan yang diajukan kepada mereka dengan
betul. Semasa menjawab soalan pula, murid cuba berfikir dan mengambil masa yang lama
untuk menjawab soalan serta meminta bantuan rakan lain untuk memberikan jawapan.
Keadaan sama juga berlaku semasa murid melaksanakan aktiviti lembaran kerja berkenaan
tajuk Sunat Ab’adh yang diedarkan oleh pengkaji. Murid dilihat termenung dan cuba
mengingat kembali isi pelajaran yang diajar kepada mereka. Murid cuba berbincang dengan
rakan untuk mendapatkan jawapan. Tidak kurang juga murid yang tidak dapat membezakan
antara perkara Sunat Ab’ad dan Hai’at.
Rentetan daripada masalah ini, pengkaji optimis untuk memfokuskan kajian kepada
masalah murid yang menghadapi kesukaran untuk mengingati perkara-perkara Sunat Ab’ad.
Oleh itu, pengkaji memperkenalkan satu cara untuk membantu murid mengatasi masalah ini
iaitu melalui kaedah nyanyian yang diberi nama nyanyian melodi ria ataupun singkatannya
“MeloRia”. Nyanyian MeloRia adalah satu alternatif yang direka khusus untuk meningkatkan
kemahiran mengingat murid dengan menerapkan unsur muzik dan gaya. Abdullah Al Amin
(1994) di dalam bukunya bahawa Ibnu Khaldun telah mengisyaratkan sesungguhnya muzik
adalah suatu ilmu, dan menekankan bahawa muzik dan nyanyian itu suatu perkara yang dapat
12
memperkembangkan pengetahuan dan idea semasa melagukan sesuatu lagu. Penggunaan
elemen nyanyian ini juga adalah merujuk kepada kajian bertajuk The Effectiveness of
Integrating Music In The Classroom, menyatakan bahawa integrasi muzik dalam PdP adalah
sangat efektif di mana pendekatan muzik sesuai digunakan untuk semua peringkat umur.
Dari sudut kebolehtadbiran intervensi ini, ia mudah dilaksanakan kerana ia tidak
memerlukan tindakan, bahan atau aktiviti yang kompleks. Pengkaji hanya perlu menyelitkan isi
kandungan fokus kajian iaitu perkara-perkara Sunat Ab’ad ke dalam melodi sebuah lagu.
Seterusnya murid akan diajar untuk menyanyikan lagu tersebut di samping mengingati perkara
Sunat Ab’ad secara tidak langsung. Ditambah pula dengan unsur gaya yang membantu murid
untuk mengukuhkan lagi ingatan mereka terhadap lirik lagu yang dihafal.
Untuk menjalankan kajian ini, pengkaji akan berkolaborasi dengan pihak sekolah,
pensyarah penyelia, dan juga guru pembimbing bagi memudahkan proses perjalanan
pelaksanaan intervensi.
13
2.2 Intervensi
Pengkaji menggunakan kaedah nyanyian dalam usaha meningkatkan kemahiran
mengingat dalam kalangan murid tahun 5 Bestari. Kaedah nyanyian tersebut diberi nama
“MeloRia” . MeloRia adalah gabungan dua perkataan iaitu melodi dan ria. Gabungan
dua perkataan ini akan membentuk perkataan baru yang dikenali sebagai MeloRia.
Perkataan ‘Melo’ adalah ringkasan daripada perkataan melodi. Penggunaan perkataan
‘Ria’ pula merujuk kepada perkataan Ria itu sendiri.
Menurut Wikipedia , perkataan melodi berasal daripada bahasa Greek iaitu Meloidia
yang bermaksud menyanyi atau berteriak. Melodi ialah satu gabungan antara nada dan
irama. Menurut Kamus Dewan edisi ke empat, istilah melodi merujuk kepada susunan
senikata berirama atau dengan istilah yang lebih tepat lagu. Perkataan Ria pula menurut
Kamus Dewan edisi keempat bermaksud gembira, riang, girang, dan sukacita.
Secara umumnya, kaedah nyanyian adalah satu medium bagi membantu guru dalam
satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks mengukuhkan kemahiran
mengingat murid pula, menyanyi merupakan satu kegiatan yang dapat membantu guru
mencapai matlamat tersebut. Ini adalah kerana nyanyian itu sendiri melibatkan
penyebutan bunyi dengan jelas dan betul, mengikut rentak dan irama serta disampaikan
mengikut tekanan, intonasi, dan nada tertentu. Seorang guru boleh menyediakan seni
kata lagu mengikut isi dan bahan pelajaran yang dipilih. Aktiviti menyanyi mempunyai
beberapa tujuan, antaranya dapat menambah kepelbagaian aktiviti bukan sahaja kepada
proses pembelajaran tetapi kepada proses pengalaman murid mempelajari bahasa. Ia
14
mampu mencetuskan perubahan dalam aktiviti yang lazim dilakukan di dalam bilik
darjah.
Menyanyi dapat membantu proses mengingat kanak-kanak. Ia amat berguna dan
boleh membantu murid untuk menguasai perbendaharaan kata, sebutan, intonasi,
sebutan, rima dan tekanan, struktur dan bentuk lagu. Lagu juga dapat menyumbang ke
arah bentuk pemikiran dan daya inkuiri otak mentafsir sesuatu perkara. Mengikut kajian
Rosne Hafizah (2009) terhadap beberapa orang murid di sekolah, beliau mendapati
bahawa aktiviti nyanyian ini dapat merangsang minat murid-murid untuk mempelajari
bahasa Arab. Secara tidak langsung telah berjaya menguasai perbendaharaan kata
Bahasa Arab melalui kaedah nyanyian.
Kemampuan otak setiap individu untuk mengingati sesuatu fakta juga adalah
berbeza-beza. Allah telah berfirman dalam surah Al- Baqarah ayat 286 yang bermaksud
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya”. Justeru,
bagi mengingati sesuatu perkara, seseorang itu perlu untuk menggunakan kaedah
tertentu supaya ingatan itu berkekalan. Pengkaji menggunakan kaedah nyanyian dalam
pengajarannya kerana ia satu aktiviti yang sangat baik untuk merangsang minat murid
untuk belajar dalam keadaan seronok dan menghiburkan. Pengkaji juga percaya bahawa
kaedah nyanyian dapat meningkatkan kemampuan murid dalam mengingati sesuatu
fakta.
Oleh yang demikian, pengkaji telah memilih sebuah lagu yang pernah didendangkan
di sebuah sekolah di negeri Selangor dan memasukkan senarai perkara-perkara Sunat
Ab’ad ke dalam lagu tersebut. Memandangkan isi fokus kajian terdiri daripada ayat-ayat
15
yang panjang, seni katanya telah diolah oleh pengkaji agar sesuai dengan tempo dan
melodi lagu. Lirik lagu akan diedarkan kepada murid untuk dibaca dan dihayati
maknanya terlebih dahulu. Kemudian pengkaji akan memasang melodi lagu tersebut di
dalam kelas. Untuk memberi gambaran yang lebih jelas kepada murid-murid, pengkaji
akan menyanyikannya terlebih dahulu dengan diiringi melodi tersebut. Dengan adanya
contoh nyanyian daripada guru itu sendiri, murid akan lebih terhibur dan bersemangat
untuk menyanyi bersama-sama. Pengkaji akan membimbing murid agar menyanyikan
lagu tersebut dengan tekanan serta tempo yang betul agar matlamat meningkatkan
ingatan murid melalui kaedah nyanyian tercapai. Pengkaji juga akan menyelitkan unsur
gaya bagi setiap perkara sunat yang disebutkan melalui lagu. Justeru, melalui intervensi
ini akan dapat dilihat dengan jelas hasil yang akan tercapai iaitu kemampuan murid
untuk mengingati perkara-perkara Sunat Ab’ad setelah intervensi dijalankan.
.
16
3.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
3.1 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk :
1) Meningkatkan daya ingatan murid tahun 5 terhadap perkara-perkara Sunat Ab’ad
dengan menggunakan kaedah “ Nyanyian MeloRia”
2) Mengenalpasti tahap keberkesanan kaedah nyanyian “MeloRia” dalam
meningkatkan ingatan murid terhadap perkara-perkara Sunat Ab’ad
3) Menarik minat murid dalam mengingati perkara-perkara Sunat Ab’ad melalui
kaedah nyanyian “MeloRia”.
3.2 Soalan Kajian
Terdapat beberapa persoalan yang timbul sepanjang pengkaji menjalankan kajian
tindakan ini. Antaranya ialah:
1) Adakah penggunaan nyanyian “MeloRia” dapat meningkatkan daya ingatan
murid tahun 5 terhadap perkara-perkara Sunat Ab’ad?
2) Sejauh manakah tahap keberkesanan kaedah “ MeloRia” dalam meningkatkan
ingatan murid terhadap perkara-perkara Sunat Ab’ad?
3) Adakah kaedah nyanyian “MeloRia” dapat menarik minat murid-murid untuk
mengingat perkara-perkara Sunat Ab’ad?
17
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan murid-murid Tahun 5 Bestari di Sekolah Haji Abu Bakar, Alor
Setar. Kelas tersebut merupakan kelas berpencapaian tinggi. Seramai 9 daripada 40 orang murid
Tahun 5 Bestari akan dipilih sebagai responden. Mereka terdiri daripada 5 orang murid lelaki
dan 4 orang murid perempuan. Responden dipilih berdasarkan data awal yang diperolehi melalui
pemerhatian pengkaji semasa sesi P&P yang dijalankan serta melalui analisis lembaran kerja
semasa proses penilaian. Melalui analisis lembaran kerja tersebut, mereka adalah murid-murid
yang mendapat markah paling rendah di dalam kelas. Responden juga terdiri daripada murid-
murid yang suka duduk di belakang kelas dan didapati seringkali kurang memberikan perhatian
semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ada di kalangan responden terdiri
daripada murid yang cerdik, tetapi malas menghafal. Terdapat juga di kalangan responden yang
mempunyai rekod pencapaian cemerlang di dalam peperiksaan, tetapi kurang keyakinan diri
apabila disoal oleh cikgu semasa di dalam kelas.
18
5.0 PELAKSANAAN INTERVENSI
5.1 Prosedur Pelaksanaan
Kajian yang dijalankan ini adalah berteraskan kepada Gelung Kajian Tindakan
Kemmis & McTaggard (1988) yang menyarankan empat langkah kajian iaitu mereflek,
merancang, bertindak, dan memerhati.
5.1.1 Mereflek
Kajian ini bermula hasil daripada proses refleksi pengajaran lalu untuk
mengenalpasti kekuatan, kelemahan, serta masalah yang dihadapi di dalam kelas. Satu
proses pengumpulan data awal telah dijalankan bagi mendapatkan maklumat-maklumat
tersebut. Proses yang dijalankan adalah proses pemerhatian dan analisis dokumen.
Berdasarkan data yang diperolehi oleh pengkaji, telah didapati bahawa masalah utama
yang dihadapi murid adalah kesukaran untuk mengingati perkara-perkara Sunat Ab’ad.
5.1.2 Merancang
Setelah masalah dikenalpasti, pengkaji mula merancang satu pelan tindakan
sebagai intervensi kepada masalah yang menjadi fokus utama. Pengkaji mula membuat
kerangka kajian iaitu objektif kajian, membentuk soalan kajian, menentukan kumpulan
sasaran, alat-alat kajian serta merancang tindakan. Fokus utama kajian adalah untuk
meningkatkan kebolehan murid mengingati perkara-perkara Sunat Ab’ad dengan
menggunakan kaedah nyanyian “MeloRia”.
19
Di awal kajian, pengkaji akan memilih melodi lagu yang dirasakan sesuai untuk
kanak-kanak. Seterusnya, pengkaji memasukkan melodi yang dipilih iaitu lagu “Seruan
Solat” dengan perkara-perkara Sunat Ab’ad. Kemudian, pengkaji menjalankan proses
rakaman nyanyian perkara-perkara Sunat Ab’ad bersama melodi yang telah dipilih
dengan menggunakan suara pengkaji sendiri untuk digunapakai di dalam kajian ini.
Selepas itu, pengkaji akan meminta murid menyanyi bersama-sama dengan dibekalkan
lirik lagu yang telah diubahsuai. Di akhir pengajaran, pengkaji akan menjalankan semula
ujian lisan kepada murid-murid untuk menilai tahap ingatan murid terhadap perkara-
perkara sunat Ab’ad melalui teknik nyanyian tersebut.
5.1.3 Bertindak
Penggunaan kaedah nyanyian “MeloRia” akan diperkenalkan kepada responden
seramai 9 orang murid dari tahun 5 Bestari semasa intervensi dilaksanakan. Ia dijalankan
khusus bagi meningkatkan ingatan murid terhadap perkara-perkara Sunat Ab’ad.
Pelaksanaan ini dijalankan di Bilik Muzik dan Rakaman sekolah selama sebulan.
Langkah-langkah pelaksanaan nyanyian MeloRia telah diringkaskan dan terkandung
dalam jadual di bawah.
Minggu Langkah Perkara
1
(30 Minit)
Langkah 1 Pengkaji memberi rangsangan awal dengan
memperdengarkan lagu “Seruan Solat”. Murid diminta
mendengar dengan teliti lagu tersebut.
Pengkaji juga mengedarkan lirik asal lagu untuk murid
diteliti liriknya oleh murid.
20
Langkah 2 Pengkaji mengedarkan lirik lagu yang mengandungi
perkara-perkara Sunat Ab’ad kepada murid-murid.
Pengkaji menyanyi lagu dengan menggunakan melodi
yang sama dengan lagu “Seruan Solat” sambil
diperhatikan oleh murid.
Langkah 3 Murid dilatih untuk menyanyikan lagu
2
(30 Minit)
Langkah 1 Pengkaji menyanyikan kembali nyanyian melodi ria
kepada murid
Langkah 2 Murid menyanyi lagu secara melihat lirik dan cuba
menghafal
Langkah 3 Pengkaji membantu murid mengingati lirik melodi ria
3
(30 Minit)
Langkah 1 Murid menyanyi lagu dengan melihat lirik
Langkah 2 Pengkaji menunjukkan gaya semasa menyanyikan lagu
dan diikuti oleh murid
Langkah 3 Murid menyanyi sambil membuat gaya bersama-sama
4
(30 Minit)
Langkah 1 Murid diberi peluang untuk mengingat kembali lirik dan
gaya secara terkawal
Langkah 2 Murid menyanyi lagu beserta gaya tanpa melihat lirik
Langkah 3 Setiap murid dikehendaki menyanyi secara individu di
hadapan guru dengan mengingati lirik dan membuat
gaya
Langkah 4 Pengkaji membuat ujian lisan terhadap murid secara
individu
5.1.6 Memerhati
Semasa proses pelaksanaan berlangsung, pengkaji membuat pengawasan terhadap
kajian yang dilakukan melalui pemerhatian. Pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji
21
direkodkan bertujuan untuk mengenalpasti perubahan tahap hafalan responden dalam
perkara-perkara sunat Ab’ad terhadap intervensi yang diperkenalkan. Pemerhatian itu
juga untuk menilai respon murid terhadap aktiviti nyanyian tersebut.
5.2 Cara Mengumpul Data
Instrumen Kajian yang digunakan ialah:
5.2.1 Ujian Pra dan Pasca
Sebagai pengukuran terhadap tahap kemahiran responden, pengkaji menjalankan
ujian pra dan pasca. Ujian pra dilaksanakan sebelum bermulanya kajian terhadap
responden. Ujian ini telah diagihkan oleh pengkaji kepada 9 orang responden tahun 5
Bestari untuk mengetahui pengetahuan responden yang terlibat. Responden dikehendaki
menjawab soalan yang terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B.
Ujian pasca pula dilaksanakan oleh pengkaji selepas kajian dibuat. Ujian pasca ini
dijalankan bertujuan untuk menilai sejauh mana kaedah nyanyian ini dapat mengekalkan
ingatan jangka panjang responden terhadap tajuk yang difokuskan ini. Ujian pasca yang
dibentuk ini sedikit berbeza dengan ujian pra bagi memastikan keesahan ujian.
Walaubagaimanapun, isi kandungan soalan ujian adalah sama. Ujian pasca mengandungi
dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B.
22
5.2.2 Soal Selidik
Rosinah (2012) menyatakan soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat
dan fakta berkaitan persepsi responden berkaitan sesuatu isu yang dibincangkan di
dalam kajian. Soal selidik yang digunakan oleh pengkaji telah dilaksanakan
berdasarkan objektif kajian kedua yang telah ditetapkan. Ia mengandungi beberapa
soalan. Soal selidik menggunakan skala likert 1-5. Soal selidik ini dijalankan bagi
menjawab persoalan kajian.
5.2.3 Pemerhatian
Pemerhatian akan direkodkan melalui borang senarai semak tentang situasi yang
berlaku di dalam bilik darjah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Pengkaji telah memilih untuk melakukan pemerhatian secara berstruktur iaitu dengan
menyediakan jadual pemerhatian. Proses ini melibatkan penelitian situasi atau kejadian
dan aktiviti secara kritikal. Pemerhatian ini dijalankan semasa proses menyanyi
berlangsung. Ia dilakukan berdasarkan kepada 6 fokus yang hendak diperhatikan. Butiran
fokus adalah seperti berikut:
23
Kod Fokus Pemerhatian
1 Beri perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung
2 Melibatkan diri semasa aktiviti menyanyi
3 Menunjukkan keseronokan semasa menyanyi dengan teknik nyanyian“MeloRia”
4 Menyanyi dengan penuh semangat
5 Berjaya mengingat lirik nyanyian “MeloRia”
6 Dapat menyatakan perkara-perkara Sunat Ab’ad dengan betul
24
5.3 Cara Menganalisis Data
5.3.1 Melihat perbezaan gred dan peratus antara ujian pra dan pasca
Pengkaji telah menjalankan ujian pra dan pasca bagi menilai tahap ingatan responden
terhadap perkara-perkara Sunat Ab’ad. Data yang diperoleh telah dipindahkan ke dalam bentuk
jadual. Kemudian data tersebut diterjemahkan ke dalam bentuk graf palang. Daripada graf palang
tersebut, pengkaji akan membandingkan antara ujian pra dan ujian pasca dari segi markah, gred
dan peratus. Pengkaji juga akan melihat perbezaan markah serta peratus perubahan markah yang
berlaku terhadap responden.
5.3.2 Melihat peratus kekerapan murid bagi soal selidik
Pengkaji telah melaporkan data daripada soal selidik dalam bentuk jadual dan peratus.
Kemudian data yang diperoleh bagi setiap responden dihuraikan satu persatu.
5.3.3 Melihat perbezaan peratus kekerapan bagi pemerhatian berstruktur
Bagi menganalisis data pemerhatian, pengkaji telah menggunakan kaedah deskriptif.
Pengkaji telah laporkan data daripada pemerhatian dalam bentuk jadual dan peratus.
Tujuannya adalah untuk melihat perubahan tingkah laku murid setelah intervensi dijalankan.
25
6.0 DAPATAN : ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA
Bagi memastikan kajian yang telah dijalankan ini menepati objektif dan soalan kajian,
pengkaji telah menjalankan tiga kaedah pengumpulan data yang sesuai bagi mengumpul data
kajian yang diperlukan iaitu ujian pra dan pasca, serta pemerhatian berstruktur.
6.1 Adakah penggunaan teknik nyanyian “Meloria” dapat meningkatkan daya ingatan
murid tahun 5 terhadap perkara-perkara Sunat Ab’adh?
6.1.1 Ujian Pra
Sesi ujian pra ini bertujuan untuk menguji tahap ingatan murid terhadap perkara-perkara
Sunat Ab’adh sebelum proses intervensi dijalankan ke atas mereka. Murid-murid dikehendaki
untuk menjawab soalan yang dikemukakan. Data yang diperoleh daripada ujian pra ini
dimasukkan ke dalam jadual serta ditukarkan ke dalam bentuk peratus. Peratus tersebut
kemudian dirujuk kepada gred pemarkahan yang telah diubahsuai daripada Skema Pemarkahan
Analitik (Sila rujuk Lampiran , Jadual 1 : Skor Pemarkahan Analitik). Menurut Maznah (2006),
skema pemarkahan analitik bertujuan untuk menentukan keberkesanan penggunaan sesatu
kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran melalui peratusan (Lew Moi Mooi (Ed.), 2013).
Oleh itu, pengkaji akan menggunakan skema pemarkahan analitik dalam kajian ini untuk
menentukan tahap pencapaian murid sama ada cemerlang, sederhana, lemah atau sangat lemah.
Selepas itu, pengkaji telah memasukkan data daripada ujian pra yang telah ditanda ke
dalam Jadual 2 dan ditukarkan ke dalam bentuk peratus. Hasil daripada peratus yang diperoleh,
gred dan pencapaian responden dinyatakan . Berikut adalah analisis data bagi ujian pra.
26
RESPONDEN UJIAN PRA (%) GRED PENCAPAIAN
Murid A 40 C Lemah
Murid B 50 C Lemah
Murid C 20 D Sangat Lemah
Murid D 40 C Lemah
Murid E 40 C
Lemah Murid F 60 B
Sederhana Murid G 40 C
Lemah Murid H 30 D
Sangat Lemah Murid I 40
C Lemah
Berdasarkan jadual di atas, murid A, D, E, G, dan I mendapat markah 40% dengan gred
C. Oleh itu, pencapaian mereka dikategorikan sebagai lemah. Murid B juga dikategorikan lemah
kerana hanya mendapat 50% dengan gred C. Manakala murid C dan H pula masing-masing
mendapat 20% dan 30% sahaja dengan gred pencapaian D. Jadi, mereka dikategorikan sebagai
sangat lemah. Hanya murid F yang mendapat markah lebih daripada 50% iaitu murid F dengan
markah yang diperolehi sebanyak 60% dengan gred B. Murid F dikategorikan sebagai sederhana.
Keseluruhannya, hanya seorang sahaja responden yang mendapat gred B dalam ujian pra
iaitu markah di antara 60% ke 70%. Pencapaian tersebut dikategorikan sebagai sederhana. Di
samping itu terdapat 6 orang murid yang mendapat gred yang sama iaitu gred C dengan
27
pencapaian yang lemah. Manakala dua orang murid mendapat gred paling rendah iaitu gred D
dan pencapaiannya dikategorikan sebagai sangat lemah.
6.1.2 Ujian Pasca
Set ujian pasca diberikan kepada responden-responden setelah intervensi dijalankan ke
atas mereka. Soalan ujian yang diberikan sedikit berbeza dengan ujian pra, tetapi mempunyai isi
kandungan yang sama. Ujian ini dijalankan untuk menguji keberkesanan aktiviti dan penggunaan
intervensi yang dijalankan.
Jadual 3
RESPONDEN UJIAN PASCA (%) GRED PENCAPAIAN
Murid A 90 A Cemerlang
Murid B 90 A Cemerlang
Murid C 80 B
Cemerlang Murid D 90 A
Cemerlang Murid E 90 A
Cemerlang Murid F 100
A Cemerlang Murid G 90
A Cemerlang Murid H 70
B Sederhana Murid I
100 A Cemerlang
Berdasarkan Jadual 3, murid A, B, C, D, E, dan G berjaya mendapat pencapaian yang
cemerlang dengan markah 90% iaitu gred A. Terdapat juga murid yang mendapat pencapaian
cemerlang dengan markah 100% iaitu murid F dan murid I. Meskipun begitu, terdapat juga
murid yang mendapat pencapaian sederhana iaitu gred B dengan markah 70% iaitu murid H.
28
Kesimpulannya, terdapat seramai 8 orang yang mendapat pencapaian yang cemerlang
iaitu gred A dengan markah lingkungan 80% ke 100%. Ia adalah satu pencapaian yang amat
memberangsangkan. Namun begitu, terdapat seorang murid yang masih di tahap pencapaian
sederhana dengan markah 70%. Mungkin kerana faktor masa pelaksanaan yang agak singkat.
Namun begitu, jika murid ini menggunakan aplikasi intervensi dengan lebih kerap mungkin
boleh mencapai ke tahap cemerlang.
6.1.3 Perbandingan Peratusan Markah Ujian Pra dan Pasca
Bagi melihat dengan lebih teliti lagi mengenai kebolehan responden mengingati perkara
Sunat Ab’adh, perbandingan keputusan Ujian Pra dan Pasca dipaparkan dalam Jadual H seperti
di bawah. Untuk memudahkan proses menganalisis data, perbandingan kedua-dua keputusan
ujian juga turut diterjemahkan dalam bentuk graf palang yang berasingan.Pengkaji juga telah
membuat rumusan dan huraian dalam bentuk teks berdasarkan hasil kajian.
RESPONDEN UJIAN PRA (%) UJIAN PASCA (%) NILAI PENINGKATAN (%)
Murid A 40 90 50
Murid B 50 90 40
Murid C 20 80 60
Murid D 40 90 50
Murid E 40 90 50
Murid F 60 100 40
Murid G 40 90 50
Murid H 30 70 40
Murid I 40 100 60
29
MURID A
MURID B
MURID C
MURID D
MURID E
MURID F
MURID G
MURID H
MURID I
0
20
40
60
80
100
120
UJIAN PRAUJIAN PASCA
Berdasarkan Jadual 4 , murid A,D,E dan G telah mendapat markah sebanyak 40%
dalam ujian pra manakala dalam ujian pasca mereka telah mendapat markah sebanyak 90%. Ini
bermakna mereka semua telah menunjukkan peningkatan sebanyak 50%. Murid C pula hanya
mendapat markah 20% pada ujian pra dan telah melonjak ke 80% pada ujian pasca. Beliau telah
mencapai peningkatan yang paling tinggi iaitu sebanyak 60%.
Sementara itu, murid B memperoleh markah 50% dalam ujian pra manakala pada ujian
pasca beliau telah mendapat 90% markah. Murid F pula pada ujian pra mendapat 60% dan pada
ujian pasca beliau mendapat 100% markah. Seterusnya ialah murid H,mendapat markah
sebanyak 30% pada ujian pra dan pada ujian pasca beliau mendapat markah sebanyak 70%.
Walaupun markah ketiga-tiga orang murid ini iaitu murid B,F dan H berlainan semasa ujian pra
30
dan pasca, namun peningkatan peratus markah yang ditunjukkan oleh mereka adalah sama
selepas intervensi dijalankan iaitu sebanyak 40% markah. Murid I pula adalah responden yang
mendapat markah peningkatan yang tertinggi, sama dengan murid C iaitu sebanyak 60%. Murid
I pada ujian pra mendapat 40% markah, namun selepas intervensi dan ujian pasca dijalankan
beliau mendapat markah yang mengagumkan iaitu 100% markah.
Kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan data yang telah diberi menunjukkan kesemua
responden telah menunjukkan peningkatan dalam ujian pasca dengan peningkatan melebihi 30%
ke atas. Selain itu, tiada murid yang mendapat markah kurang daripada 60% pada ujian pasca.
Daripada data ini jelas membuktikan intervensi nyanyian “MeloRia” yang dijalankan telah
berjaya membantu murid meningkatkan keupayaan mereka mengingat perkara-perkara Sunat
Ab’ad dengan baik. Keputusan ini juga telah berjaya menunjukkan bahawa intervensi ini
merupakan kaedah yang amat berkesan dalam meningkatkan ingatan murid terhadap perkara-
perkara sunat Ab’ad secara keseluruhannya.
6.2 Sejauh manakah tahap keberkesanan kaedah nyanyian “MeloRia” dalam
meningkatkan ingatan murid terhadap perkara-perkara Sunat Ab’ad?
Soal selidik yang telah dijalankan adalah mengenai tahap keberkesanan kaedah yang
digunakan dalam meningkatkan ingatan murid terhadap perkara Sunat Ab’ad. Soal selidik yang
telah dijalankan ini menggunakan skala likert 1 hingga 5. Cara interpretasi dapatan soal selidik
ditunjukkan dalam jadual 6 di bawah:
31
Jadual 5: Skala Likert
Jadual 6
BIL PERNYATAAN SKALA1 2 3 4 5
1. Saya tahu cara menyanyikan lagu
dengan menggunakan teknik nyanyian
“MeloRia” dengan betul.
0
(0%)
0
(0%)
0
(0%)
1
(11%)
8
(89%)
2. Saya lebih cepat ingat perkara-perkara
Sunat Ab’ad dengan menggunakan
teknik nyanyian “MeloRia”.
0
(0%)
0
(0%)
0
(0%)
1
(11%)
8
(89%)
3. Saya lebih mudah menyebut perkara-
perkara Sunat Ab’ad menggunakan
permainan teknik nyanyian “MeloRia”
0
(0%)
0
(0%)
0
(0%)
2
(22%)
7
(78%)
4. Saya lebih mudah menulis semula
perkara-perkara Sunat Ab’ad setelah
menggunakan permainan teknik
nyanyian “MeloRia”
0
(0%)
0
(0%)
0
(0%)
5
(56%)
4
(44%)
5. Saya yakin teknik nyanyian “MeloRia”
dapat membantu saya untuk menjawab
soalan spontan daripada guru
0
(0%)
0
(0%)
0
(0%)
1
(11%)
8
(89%)
32
SKALA PERNYATAAN
1 Sangat tidak setuju2 Tidak setuju3 Kurang setuju4 Setuju 5 Sangat Setuju
Berdasarkan jadual 4 di atas, dapatan menunjukkan seramai 8 orang responden sangat
bersetuju dan seorang responden bersetuju bagi item 1 dalam bahagian ini. Ini menunjukkan
bahawa sebanyak 89% daripada responden sangat bersetuju dan 11% bersetuju dengan item ini.
Jika dilihat daripada jumlah peratusan ini, tahap pengetahuan responden terhadap kaedah
nyanyian “Meloria” bagi tajuk perkara-perkara Sunat Ab’ad berada pada tahap yang sangat baik.
Dapatan bagi item 2 pada bahagian ini menunjukkan seramai 8 orang responden sangat
bersetuju dan 1 orang responden bersetuju dengan item tersebut. Oleh itu, sebanyak 89%
daripada responden sangat bersetuju dan 11% bersetuju dengan item ini. Berdasarkan jumlah
peratusan tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa responden lebih cepat ingat perkara-perkara
Sunat Ab’ad dengan menggunakan kaedah nyanyian “MeloRia”.
33
Seterusnya, dapatan bagi item 3 pada bahagian ini telah menunjukkan seramai 7 orang
responden sangat bersetuju dan 2 orang responden bersetuju dengan item tersebut. Oleh itu,
sebanyak 78% daripada responden sangat bersetuju dan 22% bersetuju dengan item ini. Jika
dilihat daripada jumlah peratusan tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa responden lebih mudah
menyebut perkara-perkara Sunat Ab’ad dengan betul menggunakan kaedah nyanyian “MeloRia”.
.
Bagi item 4 pada bahagian ini, menunjukkan seramai 4 orang responden sangat bersetuju
dan 5 orang responden bersetuju dengan item tersebut. Oleh itu, sebanyak 44% daripada
responden sangat bersetuju dan 56% bersetuju dengan item ini. Berdasarkan jumlah peratusan
tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa responden lebih mudah menulis semula perkara-perkara
Sunat Ab’ad dengan menggunakan kaedah nyanyian “MeloRia”.
Item 5 pada bahagian ini pula telah menunjukkan seramai 8 orang responden sangat
bersetuju dan 1 orang responden bersetuju dengan item tersebut. Oleh itu, sebanyak 89%
daripada responden sangat bersetuju dan 21% bersetuju dengan item ini. Jika dilihat daripada
jumlah peratusan tersebut, ini telah menunjukkan bahawa responden berasa yakin kaedah
permainan akronim dapat membantu mereka untuk menjawab soalan spontan daripada guru
mereka tentang perkea-perkara Sunat Ab’ad.
Kesimpulannya, dapatan daripada soal selidik bagi bahagian “tahap keberkesanan
permainan akronim” telah menunjukkan responden bersetuju dengan keberkesanan kaedah
nyanyian “MeloRia”. dalam meningkatkan keupayaan mereka untuk mengingati perkara-perkara
34
Sunat Ab’ad di mana setiap item hanya berada pada skala 4 (setuju) dan skala 5 (sangat setuju)
sahaja.
6.3 Membangkitkan minat murid dalam mengingati perkara sunat ab’ad melalui kaedah nyanyian “MeloRia”.
6.2.1 Pemerhatian
Dalam menjawab persoalan objektif kedua, iaitu membangkitkan minat murid dalam
mengingat nama-nama malaikat dan tugasnya melalui kaedah nyanyian “MeloRia”, pengkaji
menggunakan instrumen pemerhatian bagi melihat peningkatan ingatan dan minat serta
tingkahlaku responden semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pemerhatian yang
dilakukan adalah secara berstruktur iaitu dengan menggunakan borang senarai semak
pemerhatian bagi merekod bilangan kekerapan bagi setiap fokus pemerhatian yang diperhatikan.
Pemerhatian ini dilaksanakan semasa minggu keempat kajian. Jadual 7 dibawah menunjukkan
analisis data borang senarai semak pemerhatian.
Jadual 7: Analisis Data Borang Senarai Semak Pemerhatian
Kod Fokus Pemerhatian Bilangan Murid Peratus (%)
1 Beri perhatian semasa proses 8 89pengajaran dan pembelajaranberlangsung
2 Melibatkan diri semasa aktiviti menyanyi 9 100
35
3 Menunjukkan keseronokan semasa menyanyi 9 100 dengan teknik nyanyian“MeloRia”
4 Menyanyi dengan penuh semangat 7 77.8
5 Berjaya mengingat lirik nyanyian “MeloRia” 9 100
6 Dapat menyatakan perkara-perkara 9 100 Sunat Ab’ad dengan betul
Merujuk kepada Jadual 7, terdapat sebanyak 89% daripada responden iaitu 8 orang murid
telah memberi perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Seorang
responden masih didapati kurang memberi perhatian terhadap aktiviti tersebut. Seterusnya, 9
orang responden telah melibatkan diri semasa aktiviti menyanyi dan mereka semua dilihat berasa
seronok apabila menyanyi dengan teknik nyanyian yang telah diajarkan, iaitu teknik nyanyian
“MeloRia”. Bagi fokus pemerhatian keempat pula, hanya 77.8% daripada responden, iaitu
seramai 7 orang menyanyi dengan penuh semangat. Jika dilihat daripada fokus pemerhatian
kedua,ketiga dan keempat ini, peratus yang diperoleh adalah sangat tinggi iaitu antara 70%
hingga 100%. Hal ini menunjukkan bahawa responden-responden telah berminat untuk
mengingati perkara-perkara Sunat Ab’ad melalui pelaksanaan teknik nyanyian “MeloRia”.
Seterusnya, terdapat seramai 9 orang murid iaitu kesemua responden berjaya mengingati
lirik nyanyian “MeloRia”. Bukan itu sahaja, bahkan kesemua mereka berjaya menyatakan
perkara-perkara Sunat Ab’ad dengan betul.
36
7.0 PERBINCANGAN DAN REFLEKSI
7.1 Dapatan Kajian
Pada peringkat awal pengajaran dan pembelajaran di bawah topik Sunat Ab’ad dan
Hai’at yang telah saya jalankan, saya dapati bahawa murid kurang berminat dan cepat bosan
terhadap sesi pembelajaran. Ia menjadi lebih teruk apabila saya meminta mereka untuk
menghafal kesemua perkara Sunat Ab’ad yang tertera di dalam buku teks. Hal ini adalah
disebabkan murid-murid sudah bosan dengan cara pembelajaran secara konvensional
sebegini yang tidak ada kepelbagaian dalam pelaksanaan aktiviti. Apabila murid-murid
diminta untuk menyebut semula kesemua perkara Sunat Ab’ad , tidak ramai yang mampu
berbuat demikian. Ini adalah disebabkan keupayaan murid-murid itu sendiri untuk menghafal
amat rendah. Segelintir daripada mereka langsung tidak tahu cara yang baik untuk menghafal
37
isi sesuatu pelajaran. Namun, setelah pelaksanaan kaedah nyanyian “MeloRia” dijalankan,
murid-murid telah menunjukkan respon yang positif dan menggalakkan.
7.1.1 Penggunaan kaedah nyanyian “MeloRia” telah meningkatkan tahap ingatan
murid terhadap perkara-perkara Sunat Ab’ad
Berdasarkan kepada analisis dan interpretasi data, perbezaan min ujian pra dan pos
menunjukkan banyak perubahan yang ketara. Kesemua responden menunjukkan peningkatan
yang ketara ketika ujian pos berbanding ujian pra.Perbezaan markah antara ujian pra dan pos
bagi keseluruhan responden adalahsebanyak 55.1%. Min skor bagi ujian pra responden ialah
34% dan min skorbagi ujian pos responden ialah 89.1%.
Pengkaji mendapati wujud perubahan peningkatan yang memberangsangkan setelah kaedah
nyanyian MeloRia diperkenalkan kepada responden. Ini menunjukkan bahawa objektif pertama
telah terjawab. Sebelum kaedah nyanyian “MeloRia” ini diperkenalkan kepada responden,
responden sukar untuk menyatakan perkara Sunat Ab’ad dengan betul. Semasa menjawab soalan
bagi ujian pos, responden menjawab soalan sambil menyanyikan lagu yang dipelajari secara
perlahan dan cuba untuk mengingati kembali lirik lagu yang dihafal oleh mereka.
Setelah aktiviti nyanyian “MeloRia” ini dijalankan terhadap mereka, ternyata wujud peningkatan
dari segi prestasi terhadap tajuk yang dipelajari. Penekanan kepada konsep lagu dan gaya yang
menarik adalah antara faktor terkuat yang menyebabkan murid-murid mampu mengingat dengan
baik.
38
7.1.2 Penggunaan kaedah nyanyian “MeloRia” telah berkesan dalam meningkatkan
tahap ingatan murid terhadap Perkara-perkara Sunat Ab’ad
Dapatan daripada kajian jelas menunjukkan bahawa kaedah nyanyian “MeloRia” telah
memberi kesan yang sangat besar dalam meningkatkan kemahiran mengingat murid terhadap
perkara-perkara Sunat Ab’ad. Ini kerana,kaedah ini menekankan aspek penyebutan lirik yang
jelas dengan mengikut melodi lagu yang telah dipilih. Gaya yang direka mengikut isi kandungan
lagu juga memainkan peranan yang penting bagi memperkukuhkan ingatan murid terhadap
setiap point perkara-perkara Sunat Ab’ad yang terkandung dalam lagu. Berdasarkan data yang
diperoleh, kaedah ini bukan sahaja dapat membantu murid untuk mengingat dengan lebih mudah,
bahkan membantu mereka untuk menjawab soalan ujian dan soalan spontan daripada guru
dengan lebih yakin. Hal ini dapat dilihat menerusi soal selidik yang telah dijalankan, di mana
56% murid berstuju dan 44% murid sangat bersetuju bahawa kaedah nyanyian “MeloRia” ini
lebih memudahkan mereka untuk menulis semula perkara-perkara Sunat Ab’ad yang telah
dihafal melalui lagu.
7.1.3 Penggunaan kaedah nyanyian “MeloRia” telah menarik minat murid untuk
mengingat perkara-perkara Sunat Ab’ad
Instrumen pemerhatian telah digunapakai bagi mengenalpasti minat murid dalam mengingat
perkar-perkara Sunat Ab’ad melalui kaedah nyanyian “MeloRia”. Dapatan daripada data yang
telah dianalisis menunjukkan bahawa kesemua responden menunjukkan minat dan keseronokan
belajar apabila menggunakan kaedah nyanyian “MeloRia” dalam mengingat perkara-perkara
Sunat Ab’ad. Melalui data yang telah dianalisis, pengkaji memperoleh respon yang positif
39
setelah aktiviti nyanyian dilaksanakan kepada mereka. Aktiviti nyanyian “MeloRia” ini ternyata
memberi keseronokan terhadap mereka.
Tan Siew Tee dan Shi Soi Fah (2005) dalam kajian mereka, muzik dan lagu adalah suatu
perkara yang sangat hampir dengan murid. Mereka juga menambah, tindakan memainkan muzik
dan lagu dapat memotivasikan murid untuk menghadiri kelas dan menumpukan perhatian
sepenuhnya di dalam bilik darjah. Maka dengan itu, aktiviti nyanyian “MeloRia” ini secara
tuntasnya dapat meningkatkan minat murid dari segi tingkahlaku dan lisan murid.
Melalui pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji, murid-murid menunjukkan respon
tingkahlaku yang baik dan penuh minat dalam aktiviti nyanyian. Murid-murid kelihatan
bersemangat ketika menjalani aktiviti nyanyian ini.
Responden berasa sangat teruja untuk menyanyi setiap kali aktiviti nyanyian berlangsung.
Mereka bersungguh-sungguh untuk mengingat lirik dan melodi yang diadaptasi dari lagu nasyid
yang telah diperdengarkan pada awal sesi nyanyian. Lagu yang telah diadaptasi dan diubahsuai
inilah salah satu faktor yang mendorong mereka belajar dengan penuh minat.
Data ini kemudiannya disokong oleh Hanisah Shaari (2010) dalam kajiannya telah
menunjukkan bahawa aktiviti nyanyian telah memberi ruang kepada murid-murid untuk
melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran dan menarik minat mereka dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran. Penglibatan murid yang menyeluruh ditambah pula dalam suasana bilangan
responden yang terhad memudahkan pengkaji untuk memberikan bimbingan dan perhatian
kepada responden (murid-murid) yang menghadapi masalah dalam aktiviti tersebut.
Kesimpulannya, daripada analisis keseluruhan data bagi instrument yang digunakan iaitu
pra dan pasca menunjukkan bahawa kesan penggunaan kaedah nyanyian “MeloRia” ini dapat
40
meningkatkan ingatan murid terhadap perkara-perkara Sunat Ab’ad dengan baik. Instrumen soal
selidik yang diajlankan juga telah membuktikan serta menyokong hasil keputusan ujian pra dan
pasca tersebut. Selain itu, melalui instrumen pemerhatian pula saya mendapati bahawa
berlakunya perubahan positif di mana murid-murid lebih berminat untuk mengingati perkara-
perkara Sunat Ab’ad apabila menggunakan kaedah nyanyian “MeloRia”. Oleh itu, dapatan kajian
telah menunjukkan bahawa intervensi yang dijalankan berjaya menjawab semua persoalan kajian
seterusnya mencapai onjektif kajian yang telah ditetapkan.
7.2 Refleksi
Terdapat pelbagai kelemahan sepanjang menjalankan intervensi ini. Antaranya ialah
kekangan masa. Saya menghadapai kesukaran dalam menjalankan kajian saya kepada murid
tahun 5 kerana kekangan masa. Pihak sekolah banyak mengadakan program-program sekolah
dengan melibatkan murid-murid tahun 5 dan 6. Jadi, agak sukar untuk saya mencari masa yang
sesuai untuk melaksanakan intervensi terhadap responden yang terdiri daripada murid-murid
tahun 5.
Selain itu, saya juga menghadapi masalah dalam memilih melodi lagu yang sesuai
dengan peringkat umur responden. Saya terpaksa bertanyakan kawan-kawan tentang cadangan
mlagu yang sesuai melodinya. Saya juga menghadapi masalah untuk menyesuaikan isi
kandungan fokus kajian, iaitu perkara-perkara Sunat Ab’ad ke dalam lagu yang telah dipilih. Ini
41
kerana isinya terlalu panjang dan mempunyai ayat-ayat yang lebih kurang sama. Contohnya
selawat ke atas nabi dalam tahiyat awal dan selawat ke atas keluarga Nabi ketika dalam tahiyyat
akhir.
Saya juga menghadapi kesukaran dalam mengurus masa sepanjang tempoh internship. Ini
kerana saya perlu mengajar untuk dua masa, mengganti kelas, menyertai aktiviti kokurikulum
sekolah, menjalankan projek, menyediakan laporan projek di samping menyempurnakan tugasan
yang diberikan oleh pensyarah. Kekangan masa ini yang menyebabkan saya tidak mempunyai
masa yang mencukupi untuk menjalankan intervensi. Murid juga sanggup pulang lewat ke rumah
untuk memberikan kerjasama kepada saya dalam menyiapkan kajian ini.
Antara kelebihan kajian ini ialah saya telah memperoleh banyak ilmu berkaitan dengan
ilmu pengkomputeran. Kajian ini memberikan saya peluang untuk meningkatkan kemahiran
mengakses maklumat, mengumpul, menganalisis, dan menginterpretasi data yang dikumpul,
seterusnya berkemahiran dalam menulis laporan kajian. Pengalaman ini akan menjadi panduan
melaksanakan penyelidikan tindakan seterusnya apabila saya berada di sekolah ataupun
meneruskan pengajian tinggi misalnya di peringkat sarjana dan doktor falsafah.
Melalui intervensi nyanyian “MeloRia”, saya dapat lihat minat dan tingkah laku murid
berubah kea rah lebih baik. Murid-murid menjadi lebih bermotivasi dan bersemangat untuk
meneruskan pengajaran dan pembelajaran seterusnya meningkatkan prestasi dan kualiti murid
dalam pelajaran.
Kesimpulannya, terdapat kekuatan dan kelemahan dalam intervensi nyanyian “MeloRia”.
Sebagai seorang guru kita perlulah sentiasa mengkaji dan menambahbaik amalan pengajaran
supaya murid mendapat ilmu pengetahuan secara maksimum.
42
8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Setelah memperoleh hasil yang memuaskan dari dapatan-dapatan yang telah dibincangkan,
pengkaji berpendapat bahawa kajian ini perlu diteruskan untuk kepentingan pendidikan pada
masa akan datang. Ini kerana kaedah nyanyian ini amat sesuai dilaksanakan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran bagi merentasi mata pelajaran. Sehubungan dengan itu, beberapa
cadangan bagi kajian lanjutan telah dicadangkan oleh pengkaji iaitu menggunakan kaedah
nyanyian ini untuk pelbagai bidang dan matapelajaran.
Selain itu juga, pengkaji mencadangkan agar kajian ini diaplikasi secara meluas dalam
proses pengajaran dan pembelajaran pada masa kini. Murid-murid kini lebih berminat terhadap
unsur-unsur hiburan dan guru harus mengetengahkan hiburan mendidik jiwa seperti nyanyian
dalam pembelajaran agar dapat meningkatkan minat terhadap akademik.
43
Selain itu, pengkaji juga hendak mencadangkan agar penggunaan perkusi sebagai
instrumen tambahan semasa aktiviti nyanyian dilaksanakan bagi mencorakkan keseronokan
dalam proses pembelajaran murid. Tambahan itu, pengkaji juga bercadang agar kajian
seterusnya menggunakan sesi karaoke berpandukan video yang mempunyai lirik lagu. Nyanyian
berbentuk karaoke ini akan menarik minat murid untuk meningkatkan minat dan kefahaman
mereka dalam pembelajaran mereka. Sesi ini harus mempunyai pemerhatian dan kawalan
daripada guru agar sampel menjalani proses pengajaran dan pembelajaran secara terkawal.
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan sampel 9 orang responden dari murid tahun 5
Bestari dan pengkaji mencadangkan agar kajian seterusnya dilaksanakan dengan menggunakan
sampel kajian yang lebih besar dan terbuka untuk semua tahun dari tahun satu sehingga tahun
enam. Ini bertujuan untuk menguji sejauh mana kaedah nyanyian melodi ria ini membantu
meningkatkan kemahiran mengingat pada situasi murid yang ramai.
44
9.0 RUJUKAN
Ab. Halim Tamuri et.al. (2007). Pendidikan Islam; Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran.
Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia
Abdullah al-Amin al-Na’miy. (1994). Kaedah dan Teknik Pengajaran Menurut Ibn Khaldun dan
Al-Qabisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Mohd Salleh. (2008). Pengajian Agama Islam dan j-QAF: Metodologi dan Pedagogi
Pendidikan. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Alis bin Puteh. (2008). Kajian Tindakan di Sekolah Definisi, Proses dan Cabaran. Jitra: Pure
Honey Enterprise.
45
Brewer, C.B. (2007). The Effectiveness of Integrating Music In The Classroom. Muat turun pada
20 Februari 2014.http://www.context.org/ICLIB 1C27/ Campbell.htm
Hansen, D. Bernstorf, E, & Stuber,G.M. (2004). Linking Music Learning to Reading Instruction.
Music Educator’s Journal,88(5). 17-21
Kamaliah Aminah Abdullah. (2005). Kajian Penggunaan Rangsangan Muzik Terhadap
Penguasaan Sifir di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar, Dungun. Muat turun
pada 10 Mac 2013. http://www.fp.utm.my/ePusat Sumber
Kemmis & McTaggert. (1988) dalam Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan. Manual Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: Penerbit BPPDP,KPM.
Mohd Majid Konting. (1990). Kaedah Penyelidikan Tindakan. Kuala lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Omardin Ashaari. (1999). Pengajaran Kreatif untuk Pembelajaran Aktif. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Hj. Md. Hashim Hj. Yahya. (2011). Ensiklopedia Solat. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.
Ismail Kamus, Mohd. Azrul Azlen (2009). Indahnya Hidup Bersyariat. Kuala Lumpur: Telaga
Biru Sdn. Bhd.
46