Download - 1. KRM 3073 MT.docx
LAMPIRAN 1
KRM3073
PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH
SEMESTER 2 SESI 2014/2015
KUMPULAN UPSI 01
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
SARADHA A/P SANKARAN D20121061764 012-34420586
NAMA TUTOR E-LEARNING: Mohd Uzi bin Dollah
TARIKH SERAH: 29.03.2015
PEMARKAHAN
1 TUGASAN 1
2 TUGASAN 2
3 E FORUM
JUMLAH
TUGASAN 1
LAMPIRAN 2
ISI KANDUNGAN
N0 Halaman
Penghargaan 1
1.0 Pendahuluan 1-2
2.0
2.1
2.2
2.3
2.4
Dihadapi Isu Yang
Peruntukan Masa Yang Tidak Mencukupi
Penekanan Terhadap Penguasaan Fakta dan Konsep
Penekanan Pengajaran Matematik Kepada Peperiksaan
Pengajaran Dan Pembelajaran kemahiran Yang Kurang
Berkesan
2-5
3.0
3.1
3.2
3.3
3.4
Tindakan Bagi Isu
Penggjnaan Masa Secara Optimum
Galakkan Pelajar Membuat Penaakulan
Ubah Soalan Peperiksaan
Perancangan Rapi Sebelum Pengajaran Dan Pembelajaran
5-9
4.0 Kesimpulan 10-11
5.0 Rujukkan 12
PENGHARGAAN
Pertamanya saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada tuhankerana dengan limpah
kurnianya dapatlah juga saya menyiapkan kerja kursus yang diamanahkan walaupun banyak
cabaran dan dugaan yang telah dilalui semasa menyiapkan tugasan ini. Saya tidak merasakan
sebarang tekanan ketika melaksanakan kerja kursus ini. Jutaan terima kasih juga di ucapkan
kepada pensyarah pembimbing kami iaitu Mohd Uzi bin Dollah diatas segala tunjuk ajar yang
diberikan kepada kami. Sememangnya tunjuk ajar dan nasihat daripada beliau banyak
membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini. Tanpa tunjuk ajar daripada beliau, kami
mungkin terkapai-kapai dalam menyiapkan tugasan ini. Terima kasih juga diucapkan kepada
rakan-rakan seperjuangan yang banyak menyumbangkan idea dan pendapat dalam usaha
untuk menyiapkan tugasan ini. Segala sumbangan rakan-rakan amat kami hargai.
Sesungguhnya hanya tuhan sahaja yang mampu membalasnya. Sekali lagi saya ingin
merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam proses menyiapkan tugasan ini. Segala jasa rakan-rakan amat kami
hargai.Sekian terima kasih.
1
1.0 PENGENALAN
Isu-isu tentang pendidikan matematik boleh digolongkan kepada tiga jenis ialah isu-isu
kontemporari, sedang muncul dan futuristik. Isu kontemporari diberi penekanan dalam kursus
ini. Isu kontemporari dalam pendidikan matematik agak luas, daripada pengajaran
pembelajaran dalam bilik darjah, hinggalah kepada isu-isu ICT. Oleh itu guru matematik
perlulah peka dengan isu-isu ini dan pengetahuan yang ada perlulah sentiasa ditingkatkan demi
menjadikan pengajaran matematik menjadi lebih berkesan. Kebiasaan guru-guru adalah
menggunakan kaedah biasa iaitu buku teks dan papan putih menyebabkan pelajar juga sudah
terbiasa dengan keadaan ini. Mereka selalu mengajar mengikut buku teks dan ini akan
menyebabkan fikiran pelajar mudah menjadi beku dan tidak kreatif. Pernyataan ini disokong
oleh Fauziah Hashim(2002), bahawa pelajar didedahkan kepada penghafalan rumus tanpa
mengetahui konsep sebenarnya. Bagi kebanyakan pelajar matematik merupakan satu
matapelajaran yang sukar. Menurut Marzita (2002), matematik bukanlah matapelajaran yang
dianggap senang untuk dipelajari dan mudah untuk difahami oleh kebanyakan pelajar. Kesan
daripada tanggapan tersebut menyebabkan pelajar kurang berminat terhadap matapelajaran ini.
Tujuan utama pendidikan adalah untuk mengajar kanak-kanak untuk berfikir dengan lebih
berkesan, rasional dan membina pemikiran yang logik. Dengan membina kemahiran berfikir,
pelajar - pelajar akan berfikir dengan lebih kritikal, kreatif, kritis dan boleh menyelesaikan
masalah dengan efisyen. Kemahiran berfikir merangkumi pemikiran kreatif, kritis dan Higher
Order Thinking Skills’ (HOTS) atau pemikiran Tahap Tinggi seperti analisis, sintesis dan
penilaian. Benjamin Bloom (1984) telah mengkategorikan kemahiran berfikir dalam peringkat –
peringkat seperti pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Dengan
menggunakan Taksonomi Bloom, guru-guru dan pelajar - pelajar dicabar menggunakan
pemikiran tahap tinggi dan bukan pemikiran tahap mudah seperti mengingat kembali,
pemahaman dan aplikasi.
Kemahiran berfikir kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan
bersifat evaluatif. Kemahiran berfikir kreatif pula ialah kebolehan untuk mencerna dan
menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Idea baru terhasil melalui ilham atau gabungan
idea-idea yang ada. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif yang diajar atau diterapkan di
dalam pembelajaran pelajar - pelajar akan meningkatkan penguasaan dan pencapaian
akademik mereka.
Pengajaran kemahiran berfikir mempercepatkan pembelajaran pelajar - pelajar ( Cotton, 1991).
Kemahiran berfikir ini perlu diberikan penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
matematik kerana mereka yang didedahkan dengan pemikiran berfikir secara kritis dan kreatif
ini lebih bersedia menghadapi masalah yang lebih kompleks serta perubahan teknologi yang
berlaku secara mendadak pada masa ini. Namun begitu, bagi melahirkan pelajar yang berfikiran
kritis dan kreatif ini telah menjadi satu isu yang sering diperkatakan dan menjadi cabaran
kepada para guru Matematik pada masa kini.
2.0 Isu Yang Dihadapi.
2.1 Peruntukan Masa Yang Tidak Mencukupi.
Matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi mata pelajaran Matematik adalah
untuk membina pemahaman pelajar tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan,
memahami idea matematik yang mudah dan berketrampilan, mengaplikasikan pengetahuan
serta kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.
Oleh itu, guru berpendapat bahawa pelajar perlu menguasai semua fakta dan konsep
matematik terlebih dahulu sebelum mereka mengaplikasikannya dalam soalan penyelesaian
masalah yang melibatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
Semasa Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), masa bagi matapelajaran Matematik
adalah 7 waktu yang bersamaan dengan 210 minit. Namun begitu, dalam Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR), masa bagi matapelajaran Matematik sudah berkurangan kepada 6
waktu yang bersamaan dengan 180 minit dalam seminggu. Oleh itu, masa untuk pengajaran
dan pembelajaran matematik tidak mencukupi ditambah pula dengan topik yang semakin
bertambah. Oleh kerana kekangan masa, maka kemahiran berfikir yang cuba diterapkan di
dalam soalan yang melibatkan penyelesaian masalah harian diabaikan. Berpendapat saya
bahawa pengajaran kemahiran berfikir ini akan mengambil masa yang agak lama dan akan
membebankan saya. Oleh sebab itu, mereka lebih menumpukan kemahiran berfikir itu hanya
kepada pelajar pintar sahaja dan itupun di ajar secara sepintas lalu sahaja.
2
Selain itu, masa perisian kursus yang dibekalkan KPM terhad. Tiada kepelbagaian aras
kebolehan pelajar. Perisian yang dibekalkan untuk aras kefahaman sahaja. Tiada penambah
baikan. Harison Bakar (2008) penggunaan „chalk & talk ‟dianggap lebih berkesan oleh
sesetengah guru kerana kandungan CD yang dibekalkan oleh KPM adalah amatringkas. Selain
itu, saya beranggap ‘Pengajaran secara „chalk & talk „ lebih puas hati kerana hubungan 2 hala,
Kandungan perisian tidak mengikut format peperiksaan., Perisian kursus hanya sesuai untuk
pelajar lemah sahaja.
Kesuntukan masa menggunakan ICT oleh guru-guru juga menjadi penghalang manakala sikap
positif,keyakinan diri dan kemahiran menggunakan ICTmenjadi pendorong perlaksanaannya
dalam pdp. Masa bagi pengajaran Matematik singkat. Penggunaan ICT memerlukan
persediaan sebelum dan selepas pengajaran, mereka anggap penggunaan ICT ini bebanan
guru. Kerisauan untuk Masa dan beban tugas menghadapi guru perubahan Bilangan guru
terlatih ICT tidak mencukupi factor guru Kekurangan Persepsi guru kemahiran computer
terhadap kepentingan dan pengetahuan komputer penggunaan komputer dalam pdp.
2.2 Penekanan Terhadap Penguasaan Fakta Dan Konsep
Guru berpendapat bahawa semua pelajar perlu mengetahui semua fakta dan konsep terlebih
dahulu sebelum mereka digalakkan berfikir. Pelajar digalakkan menghafal fakta-fakta tanpa
melibatkan perkembangan pemikiran mereka dengan lebih berkesan (Abd Rahim, 1999). Bagi
memastikan pengajaran konsep dan fakta diberikan kepada pelajar sepenuhnya, maka
pengajaran lebih mementingkan corak hafalan seperti menghafal sifir dan formula bagi mencari
isipadu, perimeter, luas dan sebagainya dan kurang menekankan proses, teknik dan strategi
berfikir yang berkesan. Guru juga di dapati bahawa tidak tahu bagaimana cara untuk
meningkatkan daya pemikiran pelajar kerana bagi mereka memadai bagi pelajar untuk
menguasai fakta dan konsep asas matematik.
2.3 Penekanan Pengajaran Matematik Kepada Peperiksaan.
Satu lagi cabaran yang dihadapi oleh saya dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang
berfikiran kritis dan kreatif adalah penekanan pengajaran matematik yang lebih menjurus
kepada peperiksaan terutama sekali UPSR yang lebih mementingkan pengujian kebolehan
pelajar mengingat kembali fakta. Ini adalah bagi menjaga prestasi sekolah dalam mata
3
pelajaran matematik. Secara tidak langsung, ianya mendorong guru untuk memberi lebih
banyak fakta dan mengutamakan penghafalan serta kurang menggalakkan supaya pelajar
berfikir tentang fakta yang dipelajari. Sikap taksub kepada peperiksaan dan terlalu banyaknya
peperiksaan seragam dalam sistem pendidikan kebangsaan menjadi faktor utama pelajar yang
berfikiran kritis dan kreatif tidak dapat dicapai secara maksimum. Ini menyebabkan pelajar tidak
mempunyai masa mengembangkan bakat, kebolehan dan potensi mereka.
Pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di sekolah bersifat reproduction iaitu mengeluarkan
semula apa yang telah dipelajari tanpa menggalakkan pelajar berfikir (Wenning, 2002). Bentuk
soalan peperiksaan yang terdapat di peringkat sekolah sekarang lebih menjurus kepada
mengingat semula fakta dan formula yang telah dipelajari. Guru juga berpendapat bahawa
mengajar pelajar menguasai maklumat untuk peperiksaan dan memperkembangkan daya
pemikiran pelajar adalah dua matlamat yang berlainan dan bercanggah.
Selain itu, guru-guru matematik di sekolah sering mengatakan bahawa pelajar menghadapi
kesulitan apabila mereka dikehendaki menyelesaikan masalah matematik berayat berbanding
soalan matematik berbentuk mekanikal. Adalah menjadi persoalan pula sama ada cara
pendekatan yang didapati sama dan dapat membantu pelajar untuk menghadapi pelbagai
penyelesaian masalah dalam kehidupan seharian dan dalam mata pelajaran matematik.
Cabaran ini dapat membantu guru-guru dalam merancang strategi yang lebih efektif untuk
membantu pelajar mengatasi kelemahan mereka dalam menyelesaikan masalah penyelesaian
masalah di samping menarik minat mereka semula. Jika guru dapat mengenal pasti dan
mendiagnos kelemahan pelajar di peringkat awal maka pemulihan dapat diberikan untuk
memperbaiki kelemahan dan seterusnya dapat membantu pelajar menguasai kelemahan dan
membina keyakinan serta minat mereka terhadap matematik khususnya.
2.4 Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Berfikir Yang Kurang Berkesan.
Pengajaran dan pembelajaran yang kurang berkesan untuk meningkatkan kemahiran berfikir
juga menjadi satu cabaran bagi guru matematik untuk melahirkan pelajar yang berfikiran kritis
dan kreatif ini. Ini adalah kerana, mengajar kemahiran berfikir kepada pelajar sama ada kritis
atau kreatif tanpa membantu mereka belajar cara menggunakannya dalam membuat keputusan
4
dan menyelesaikan masalah adalah tidak mencukupi (Mohd Nashuha, 1997). Saya juga kurang
pengetahuan dan berkebolehan untuk mengintegrasikan kemahiran berfikir dalam mata
pelajaran matematik. Penggunaan cara pengajaran kemahiran berfikir kritis dan kreatif tidak di
ambil berat oleh guru dan mereka tidak mempelbagaikan kaedah atau teknik
menyampaikannya. Saya juga lebih yakin tentang kemahiran penyampaian pengajaran yang
mereka miliki berbanding kemahiran pedagogi untuk mengajar kemahiran berfikir aras tingi
(KBAT). Ada guru yang pernah menghadiri kursus untuk mengajar KBAT tidak bersedia dan
mendapati sukar untuk mengajarnya terutama sekali bagi pelajar – pelajar yang lemah. Guru itu
juga tidak menjalankan LDP untuk semua guru.
Pengajaran yang lebih berpusatkan kepada guru juga menjadikan pelajar tidak dapat
menggunakan kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Terdapat guru yang memberikan penerangan
tentang tajuk yang di ajar tanpa memberikan peluang kepada mereka untuk menggunakan
kemahiran berfikir ini. Walhal penekanan pengajaran berfikir kritis dan kreatif semasa proses
pengajaran dan pembelajaran matematik merupakan faktor penting bagi melahirkan pelajar
yang berfikiran kritis dan kreatif ini.
3.0 Tindakan Bagi Isu
Berikut adalah empat tindakan yang boleh diambil dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik bagi melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif:
3.1 Penggunaan Masa secara Optimum.
Saya dapat menangani cabaran dengan menggunakan masa secara optimum dan sistematik di
mana guru boleh mengajar berkenaan dengan soalan penyelesaian masalah dahulu sebelum
mengajar fakta. Saya juga menggunakan teknik penceritaan yang melibatkan situasi harian bagi
membolehkan pelajar lebih memahami dan menggunakan pemikiran kritis dan kreatif bagi
menyelesaikannya.
Guru juga boleh mengintegrasikan topik lain bagi mengatasi masalah masa yang tidak
mencukupi. Contohnya dalam tajuk wang, jisim dan ukuran panjang yang terdapat dalam mata
pelajaran matematik Tahun 2, dapat mengajar semasa tajuk penambahan nombor bulat serta
dapat dikaitkan dalam soalan berbentuk penyelesaian masalah. Ini membolehkan saya
mempunyai banyak masa untuk menerapkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif pelajar.Sistem
5
Penekanan berlebihan kepada peperiksaan. Buku latihan dipantau dari masa ke semasa.Guru
lebih selesa menggunakan kaedah biasa yang di anggap cepat , berkesan dan mempunyai
bukti. Penekanan kepada peperiksaan mewujudkan fenomena, Guru mengajar dengan kaedah
biasa sahaja. Mengajar dan belajar untuk peperiksaan. Guru menghabiskan sukatan seberapa
segera. Suasana pembelajaran yang lumpuh.
Menurut Toh (2003) penekanan kepada peperiksaan terutamanya peperiksaan piawai
bagikeseluruhan pelajar di akhir tahun KBSR dan KBSM menyebabkan guru lebih cenderung
untuk melaksanakan proses pengajaran yang berpusatkan guru kerana kaedah ini terbukti lebih
berkesan untuk menghasilkan pelajar yang akan mendapat markah yang tinggi dalam
peperiksaan.Guru yang berjaya menghasilkan bilangan pelajar yang ramai mendapat
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan biasanya akan dilihat sebagai guru yang
berkesan.
3.2 Galakkan Pelajar Membuat Penaakulan
Pemikiran penaakulan melibatkan proses deduktif dan induktif. Untuk menggalakkan
penaakulan deduktif, konsep dan prinsip hendaklah benar-benar difahami oleh pelajar. Mereka
dapat memberi galakan untuk memberikan contoh-contoh yang berkenaan . Galakan
penaakulan induktif pula dapat dilakukan dengan memberi contoh-contoh khusus dan pelajar
dapat berfikir untuk merumuskan generalisasi. Oleh itu, bagi menggalakkan mereka membuat
penaakulan dan berfikir secara kritis dan kreatif, saya mengelakkan diri daripada memberi
terlalu banyak penerangan dan sentiasa memberi panduan kepada pelajar supaya mereka
dapat menjawab soalan yang memerlukan mereka berfikir dengan kritis dan kreatif.
Bagi mengatasi masalah ini salah satu kaedah pengajaran yang dianggap berkesan digunakan
bagi menarik minat pelajar dan seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar dalam
matapelajaran ini ialah penggunaan perisian kursus. Kaedah pengajaran menggunakan perisian
kursus ini dipercayai dapat membantu mengatasi masalah dalam mengajar pelajar yang
berbeza kebolehan. Selain itu penggunaan perisian multimedia ini berjaya menarik minat
pelajar terhadap matematik kerana penggunaan grafik, audio dan video yang menarik
berbanding dengan pengajaran matematik secara tradisional iaitu menggunakan papan putih
6
dan pen marker sahaja. Dalam kajian-kajian lepas walaupun sebahagian penyelidik
menyatakan penggunaan perisian kursus tidak memberikan perbezaan yang signifikan
berbanding dengan kaedah tradisional di dalam pengajaran dan pembelajaran matematik tetapi
kebanyakan penyelidik samada dari dalam atau luar negara menyatakan sebaliknya. Dalam
kajian-kajian lepas perhatian lebih banyak ditumpukan kepada kesan penggunaan perisian
kursus terhadap pencapaian pelajar berbanding dengan persepsi pelajar terhadap perisian
kursus.
3.3 Ubah Soalan Peperiksaan.
Saya dapat mengubah sistem peperiksaan kepada beberapa cara penyelesaian masalah.
Sebelum ini guru-guru membuat soalan yang berbentuk objektif. Ini memberikan peluang
kepada pelajar terutamanya pelajar kelas hujung menjawab soalan tanpa membacanya.
Mereka hanya menanda jawapan bagi soalan yang senangpun. Oleh itu, untuk
mengelakkannya, boleh mencuba membuat soalan yang mempunyai pelbagai cara
penyelesaiannya. Ini bermakna guru akan menerima apa sahaja jawapan murid sama ada
dalam bentuk ayat matematik, bentuk lazim, dalam bentuk gambar atau cara yang murid
fikirkan sesuai dan betul sebagai jawapan. Contohnya dalam penambahan nombor satu digit
dengan satu digit bagi murid Tahun 1 iaitu cari jawapan 7 + 8, Mungkin terdapat murid
membuat lidi yang mewakili 7 dan 8 sebagai jawapannya. Jadi, perlu menerima jawapan murid
walaupun ianya tidak diterjemahkan dalam bentuk nombor.
3.4 Perancangan Rapi Sebelum Pengajaran dan Pembelajaran
Bagi pengajaran dan pembelajaran yang kurang berkesan untuk meningkatkan kemahiran
berfikir terutama kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), guru-guru matematik yang mengajar
KBAT perlu menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran pedagogi dan sikap sebelum
mengaplikasikannya di dalam bilik darjah. Hanya guru yang betul-betul yakin sahaja mampu
menyebatikannya di dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Mengutamakan kursus
latihan dalamperkhidmatan (LADAP) yang berkaitanteknologi instruksional. Mewujudkan sikap
positif jangka panjang guru terhadap teknologi instruksional melaluimotivasi intrinsik.
7
Oleh itu, kursus-kursus yang dikendalikan untuk menyediakan guru-guru mengajar KBAT perlu
dirancang dengan teliti dan dikendalikan dengan cara yang profesional supaya kursus-kursus
ini meninggalkan kesan positif dan berkesan di kalangan guru-guru. Satu daripada aspek yang
perlu diberi perhatian dalam pengendalian kursus-kursus ini ialah perlu mengadakan sesi-sesi
’hands-on’ yang cukup bagi guru merancang, mencuba, menilai dan belajar bagi
menyampaikannya semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas nanti.
Guru-guru juga perlu diberi sistem sokongan untuk melaksanakan KBAT di kelas nanti. Ianya
meliputi aspek-aspek seperti bahan rujukan, bahan resos untuk mengendalikan pengajaran dan
pembelajaran serta wacana untuk guru-guru membincangkan isu-isu berkaitan dengan
pembelajaran KBAT. Guru-guru juga perlu diberi kebebasan untuk membuat keputusan masing-
masing berhubung pendekatan dan strategi yang mereka ingin gunakan dalam pengajaran
mereka. Oleh itu, sekiranya kita ingin menghasilkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif,
maka kursus-kursus yang disampaikan secara berkesan dan memberi makna sangat perlu
diadakan untuk memberi input-input penting kepada semua guru bagi membolehkan
pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran berfikir ini dijalankan secara
berkesan.
Saya juga telah menguasai teknik menyoal dengan betul. Teknik menyoal merupakan satu
teknik yang biasa dan dominan. Kajian menunjukkan terdapat perhubungan positif yang
signifikan antara penyoalan saya dengan pencapaian pelajar (Turney et.al, 1973). Bagi
melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif, saya telah memberikan satu situasi kepada
mereka dan minta mereka menghuraikan dengan lanjut bagaimana jawapan itu diperolehi bagi
memupuk kemahiran berfikir mereka.
Saya juga membuat kajian bagaimana caranya untuk menerapkan kemahiran berfikir di
kalangan pelajar. Selain daripada itu, guru juga perlu mengubah rancangan pengajaran harian
(RPH) dengan menerapkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif dan dalam masa yang sama
ianya juga bertujuan untuk meningkatkan prestasi murid dalam matematik.
Cara penyelesaian masalah tidak dapat dihafal seperti sifir atau menyelesaikan soalan-soalan
bentuk mekanis. Ia perlu dilaksanakan secara sistematik dan berperingkat dengan melibatkan
8
kefahaman konsep asas matematik yang dikuasai di tahap satu. Salah satu objektif pendidikan
matematik sekolah rendah yang dinyatakan dalam KBSR ialah untuk membolehkan pelajar
menyelesaikan masalah bercerita atau penyelesaian masalah dan penekanan diberi secara
menyeluruh bagi semua tajuk kerana ia merupakan komponen penting dalam Kurikulum
Matematik KBSR. Pelajar-pelajar telah mula didedahkan dengan unsur-unsur penyelesaian
masalah atau masalah matematik berayat pada tahap satu.
Pelajar dikehendaki memilih operasi tambah, tolak, darab dan bahagi bergantung kepada
arahan soalan yang melibatkan satu langkah penyelesaian sahaja. Kebanyakan dapat
diperhatikan pelajar cukup berminat dalam mengikuti kelas matematik dan prestasi pencapaian
pada tahap satu amat membanggakan dan ia mengambarkan bahawa mata pelajaran
matematik pada saat itu amat menyeronokkan. Tidak lupa juga penekanan diberikan terhadap
aspek kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis yang berteraskan penyelesaian masalah juga
dimasukkan dalam sukatan pelajaran matematik. Pada tahap dua pula pelajar dikehendaki
menyelesaikan masalah yang memerlukan lebih daripada satu langkah penyelesaian. Strategi
penyelesaian dengan memilih operasi yang betul sahaja mungkin tidak menepati arahan soalan
kerana ia juga mungkin mempunyai dua langkah penyelesaian untuk menghasilkan
penyelesaian yang sempurna. Maka kebanyakkan keseronokkan tadi akan berubah apabila
minat pelajar mula berkurangan terhadap mata pelajaran matematik yang juga menghantui
pelajar kepada bentuk soalan bertambah sukar bagi mereka. ‘Minat’ di sini bermaksud tertarik
kepada matematik atau merasa ingin memberi perhatian kepadanya. Prestasi pelajar tahap dua
juga kurang memuaskan berbanding dengan tahap satu pelajar tersebut. Miller dan Mercer
(1997) mengatakan murid yang menghadapi kesukaran mengingat akan memberi kesan
kepada keupayaannya menyelesaikan masalah berayat dengan cara murid tidak berupaya
menyimpan fakta-fakta matematik atau maklumat baru, murid tidak ingat langkah-langkah
algoritma, murid-murid menunjukkan kelemahan dalam ulang kaji pelajaran, murid-murid
menghadapi kesukaran menyatakan masa dan murid-murid menghadapi masalah
menyelesaikan masalah yang melibatkan lebih dari satu langkah.Semua itu memberi kesan
kepada kemahiran pengiraan dan penyelesaian masalah.
9
4.0 Kesimpulan.
sebahagian penyelidikan dalam pendidikan matematik adalah bersifat individualistik, terasing,
kurang koheren, dan kurang kualiti kumulatif. Tajuk- tajuk yang dikaji hanya berkisar kepada
aspek kemahiran, persepsi, dan perbandingan mudah. Penyelidikan pendidikan matematik
sering dicengkam oleh amalan dikotomi atau pembahagian dan polarisasi antara perspektif
berbeza. Contohnya, kaedah pengajaran guru lawan pencapaian pelajar; dan penyelidikan
kuantitatif lawan penyelidikan kualitatif. Penyelidikan pendidikan matematik perlu dilihat sebagai
kegiatan manusia yang kompleks. Penyelidikan tentang fenomena yang kompleks memerlukan
teori dan kerangka teori yang kukuh, bersepadu, dan bebas daripada cengkaman dikotomi dan
polarisasi.
Kemahiran berfikir telah lama diperkenalkan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik
dan dikenali sebagai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Namun begitu
pelaksanaannya masih belum mantap dan kurang diberikan penekanan terutama pengajaran
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) yang sedang dipraktikkan dalam mata pelajaran
Matematik bagi Tahap 2 sekolah rendah. Oleh itu, pendedahan yang berterusan dan sistematik
diperlukan agar semua guru matematik dapat memperluaskan pelaksanaan kemahiran berfikir
ini dalam pengajaran dan pembelajaran matematik seterusnya sehingga dapat melahirkan
pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif.
Penerapan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran matematik ini amat penting
selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan negara ke arah K-
ekonomi. Dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah juga, kemahiran berfikir adalah unsur
utama yang diberikan penekanan. Untuk meningkatkan pemikiran pelajar yang analitis dan
kreatif, penyelesaian masalah merupakan satu aspek penting yang perlu diserapkan dalam
pengajaran dan pembelajaran matematik. Penyelesaian masalah yang dikemukakan hendaklah
bersesuaian dengan tahap pelajar. Di samping itu, guru perlu menggalakkan pelajar untuk
10
berkomunikasi dan berani membuat keputusan. Keberkesanan pengajaran dan
pembelajaranjuga bergantung pada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu belajar
serta teknologi yang dapat merangsang dan menggalakkan pelajar berfikir secara kritis, kreatif,
inovatif, berkomunikasi dan berinteraksi.
Jadi Guru matematik perlu mengambil tindakan dalam pengajaran matematik bagi melahirkan
pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif kerana ia merupakan salah satu elemen penting yang
perlu dimiliki oleh para pelajar yang meliputi kebolehan berfikir secara kritis, kreatif, inovatif dan
kebolehan mengaplikasikan pemahaman dan pengetahuan dalam pelbagai bidang yang
diceburi nanti. Oleh itu, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif yang melampaui penguasaan
kemahiran asas dan pengetahuan matematik perlu diterapkan dan dikembangkan dalam
kurikulum matematik bagi melahirkan pelajar yang menepati kriteria Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
11
5.0 RUJUKAN
1. Noraini Idris (2010).Penyelidikan Dalam Pendidikan. McGraw Hill (Malaysia) Sdn.Bhd.2.
2. Janice CH Sim & Lau Bee Theng.Teachers’ perceptions of the use of ICT as an
instructional Tool in Mathematics and Science.Swinburne University of
Technology,Sarawak, Campus, Malaysia.3.
3. Schmuck, R.A. (1997). Practical action research for change. Arlington Heights, IL:
4. Abd. Manaf, Kasim and Abdullah, Samsudin (1999) Sumbangan Sarjana Matematik
Tamadun Islam Dalam Bidng Aljabar. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia
5. bdul Muthalif, Ahmed Nasir (2005) Pengaruh pengaruh pencapaian akademik ke atas
sikap pelajar terhadap mata pelajaran matematik. Masters thesis, universiti pendidikan
sultan idris.
6. Polla, G. 1996. Mathematics education Rese1arch: Past, Present & Future. Bangkok UNESCO
7. Modul KRM 3073 Pengajaran Matematik sekollah rendah, Penulis : NOOR SHAH BIN SAAD, PhD &
MOHD UZI BIN DOLLAH, PhD
12