Download - 1 Keberkesanan PNP KBSR Artkl 1
-
7/23/2019 1 Keberkesanan PNP KBSR Artkl 1
1/19
5Ka, an Keberkesanan Pelaksanaan Pengajaran dan
Pembelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR
Hj. Iberahim Hassan *Md. N asir Ibrahim M ohd Zaihid.ee Hj. A rshad Jam ilah Omar
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengenai pasti tahap kemahiran guru dalam bidang
Pendidikan Seni Visual dalam usaha untuk berfungsi secara berkesan. Kajian ini
juga melihat perbezaan antara tahap kompetensi berdasarkan ciri-ciri latar
belakang dan hubungan antara keperluan dan tahap kompetensi. Keutamaankompetensi mengikut persepsi guru-guru pendidikan seni jug a dilihat. Di samping
itu, kajian juga melihat sikap murid-murid terhadap Pendidikan Seni Visual.
Pengumpulan data dilakukan melalui soal selidik ke atas guru-guru yang
mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan murid-murid tahun enam di
sekolah rendah di kawasan Batang Padang, Manjung, Kinta, Shah Alam dan
Wilayah Persekutuan. Jumlah sekolah yang dilibatkan adalah 41 buah dengan
sejumlah 67 orang guru dan 1088 murid tahun enam. Kompetensi yang dikaji
meliputi empat kategori iaitu perancangan, pelaksanaan, penilaian, dan hubungan
interpersonal. Kaedah deskriptif (kekerapan dan min) serta inferential (ujian-t,
ANOVA Sehala, dan Korelasi Pearson) telah digunakan untuk menganalisis data.
Analisis kajian ini mendapati (a) sebahagian besar responden beranggapan
keempat-empat kategori kompetensi yang telah dikenal pasti sangat diperlukan
oleh guru-guru Pendidikan Seni Visual; (b) sebahagian besar responden
menganggap mereka memiliki tahap kompetensi sederhana tinggi sebagai guru
Pendidikan Seni Visual dalam setiap kompetensi; (c) terdapat perbezaan yang
signifikan pada tahap kompetensi dalam keempat-empat kategori yang ditetapkan
di antara kumpulan responden berasaskan ciri-ciri latar belakang seperti
kelulusan, pengalaman, jantina, gred dan lokasi sekolah; (d) wujud hubungan
signifikan di antara kompetensi yang dianggap perlu dan tahap kompetensi yang
dimiliki dalam kategori perancangan pengajaran; (e) kompetensi dalam kategori
pelaksanaan P & P dianggap oleh responden sebagai yang paling tinggi. Kajian
-
7/23/2019 1 Keberkesanan PNP KBSR Artkl 1
2/19
Kajian Keberkesanan Pelaksanaan Pengajaran & Pembelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR / 63
mencadangkan agar kursus dan latihan sebelum perkhidmatan dan dalam
perkhidmatan ditingkatkan supaya kompetensi mereka dalam bidang tersebut
dapat dipertingkatkan. Senarai kompetensi yang telah dikaji boleh digunakansebagai kriteria atau panduan dalam melatih guru-guru Pendidikan Seni Visual
yang opsyen dan juga yang bukan opsyen. Akhir sekali, kurikulum Pendidikan
Seni Visual visual perlu disemak semula untuk merealisasikan hasrat untuk
melihat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual seiring dengan tuntutan
globalisasi.
Latar Belakang Kajian
Mata pelajaran pendidikan seni sekolah rendah merupakan mata pelajaran terasdalam sistem persekolahan sekolah rendah di negara ini. Kurikulum pendidikan
seni sekolah rendah mula dibuat perubahan sejak tahun 1982, dengan nama
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). *
Kurikulum baru Pendidikan Seni KBSR bertujuan untuk memberi peluang
kepada murid supaya memupuk minat dan memperkembangkan bakat serta
mengenali unsur-unsur kebudayaan kebangsaan dan mempunyai kepekaan
terhadap alam sekitar (Kurikulum pendidikan seni KBSR, 1982). Selain daripada
itu, mata pelajaran ini juga boleh di jadikan sebagai salah satu tempat pengukuhan
dan kemahiran asas membaca, melukis dan mengira yang menjadi tonggakkepada kurikulum baru sekolah rendah.
Kurikulum Pendidikan Seni KBSR telah disemak semula pada tahun 1999.
Perkataan Baru telah ditukar kepada Bersepadu manakala mata pelajaran
pendidikan seni ditukar kepada Pendidikan Seni Visual. Semakan ini adalah untuk
memastikan kandungan mata pelajaran ini memenuhi kehendak alaf baru iaitu
memenuhi harapan negara menuju Wawasan 2020. Penyemakan tidak melibatkan
perubahan struktur yang besar. Hanya kandungannya sahaja ditokok tambah dan
disesuaikan dengan keadaan semasa. Antara struktur kandungan Sukatan
Pelajaran Pendidikan Seni Visual Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ialah:
a. Melukis dan Membuat Gambar
b. Membuat Rekaan Corak
c. Membentuk dan Membuat Binaan
d. Mengenai Kraf Tradisional
Sehingga kini tidak ada kajian yang menyeluruh terhadap Kurikulum
Pendidikan Seni Visual KBSR dari segi keberkesanan dan pelaksanaannya di
sekolah rendah. Kajian dari Kementerian Pendidikan hanyalah menumpukan
keberkesanan pelaksanaan kurikulum baru sekolah rendah (KBSR) secara
menyeluruh. Oleh yang demikian kajian ini diharapkan dapat membantu
Kementerian Pendidikan, nstitusi-institusi pendidikan, maktab perguruan dan
-
7/23/2019 1 Keberkesanan PNP KBSR Artkl 1
3/19
64/Menangg api Keberkesanan dan Perubahan
sekolah-sekolah untuk mengenai pasti keberkesanan dan pelaksanaan kurikulum
ini. Hasil dapatan kajian ini akan dapat membantu pembentukan kurikulum
Pendidikan Seni Visual sekolah rendah yang lebih dinamik.
Penyataan Masalah
Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR yang diperuntukkan di Sekolah Rendah
telah dirancang dengan baik selaras dengan tujuan dan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK). Sebenarnya kurikulum itu mempunyai peranan dan
sumbangan yang penting bagi perkembangan mutu setiap murid di sekolah
rendah. Oleh yang demikian kurikulum menentukan arah aliran pendidikan dan
perkembangan bagi kegiatan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Dalam hal ini guru Pendidikan Seni Visual mempunyai peranan utama dalam
menentukan keberhasilan ataupun tidaknya murid-murid dalam mengembangkan
pengetahuan, sikap mahupun kemahiran. Kenyataan ini disokong oleh Hastad dan
Lacy (1998) yang menyatakan bahawa peranan utama guru pendidikan seni
adalah memperkembangkan dan mempertingkatkan prestasi murid-murid dalam
domain kognitif, afektif dan psikomotor. Ketiga-tiga domain tersebut secara
semula jadi telah tertanam d dalam setiap individu murid-murid yang mana
potensi murid-murid ini perlu dikembangkan sehingga domain-domain itu dapat
berfungsi dan berada dalam keadaan yang baik dan produktif.
Dengan demikian murid-murid perlu diberi peluang untuk membolehkan
mereka memiliki pengetahuan tentang hasil-hasil seni dan kraf di samping
membina kemahiran dan menanamkan nilai-nilai murni dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Seni Visual (Kementerian Pendidikan 1990). Dengan
adanya tuntutan tersebut sebaik sahaja guru menyampaikan pengajaran kepada
murid-murid, ia akan dapat menyumbang ke arah perkembangan dan
pertumbuhan mtelek, emosi, rohani dan jasm ani selaras dengan kehendak
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Matlamat tersebut tidak akan tercapai
sepenuhnya secara optimum sekiranya guru tidak mempunyai pengetahuan, dan
berkemahiran. Misalnya kemahiran dan pengetahuan untuk mengukur prestasipsikomotor murid-muridnya, mengenai pasti dan mengembangkan potensi dan
kreativiti muridnya. Dalam hal ini keberkesanan murid-murid bergantung kepada
kepercayaan, pengetahuan, kemahiran serta perlakuan guru sewaktu
menyampaikan pengajaran dan pembelajarannya selama di dalam mahupun di
luar bilik darjah di lingkungan sekolah. Kemahiran murid-murid bergantung
kepada pendidikan yang diterima menerusi corak pengajaran guru sebelum itu.
(Iberahim Hassan, 2000)
Daripada dapatan kajian yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan, pada
keseluruhannya Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) tidak mencapaisasaran sebenar. Namun demikian unjuran yang didapati tidak mengatakan secara
khusus terhadap mata pelajaran pendidikan seni KBSR. B elum ada kajian secara
-
7/23/2019 1 Keberkesanan PNP KBSR Artkl 1
4/19
Kajian Keberkesanan Pelaksanaan Pengajaran & Pembelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR / 65
menyeluruh terhadap kurikulum ini sama ada dari segi kesesuaian kurikulum dari
segi objektif, kandungan dan falsafahnya ataupun dari segi pelaksanaan oleh
guru-guru melalui amalan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kajian
seumpama ini sangat penting bagi membolehkan satu dapatan bagi melihat
kelemahan dan kelebihan untuk menggubal kurikulum baru pada masa akan
datang. Secara umumnya kurikulum perlulah memenuhi matlamat pendidikan
yang seharusnya dicapai, isi kandungannya mencapai objektif yang dikehendaki,
metodologi digunakan disusun dan dilaksanakan dalam pengalaman-pengalaman
pembelajaran supaya mencapai objektif dan kurikulum itu harus boleh dinilai dan
diukur untuk menentukan keberkesanan pembelajaran berlaku (Hooper R, 1977).
Objektif Kajian
Penyelidikan ini dilakukan adalah dengan tujuan seperti yang berikut:
1. Untuk meneroka sejauh mana pandangan guru terhadap tahap keperluan
perancangan, pelaksanaan, penilaian dan hubungan interpersonal dalam
pengajaran dan pembelajaran kurikulum Pendidikan Seni Visual di sekolah-
sekolah rendah pada ketika ini.
2. Untuk mengenai pasti tahap kompetensi guru dalam bidang Pendidikan SeniVisual untuk sekolah rendah dalam usaha untuk berfungsi sepenuhnya secara
berkesan.
3. Untuk mengenai pasti pandangan murid-murid terhadap keberkesanan P & P
Pendidikan Seni Visual.
Kerangka Teori
Seseorang guru Pendidikan Seni Visual mempunyai peranan yang amat penting
dalam menentukan keberkesanan pelaksanaan kurikulum Pendidikan Seni Visual.
Kejayaan pengajaran dan pembelajaran seseorang guru banyak bergantung
kepada kebijaksanaan, kebolehan serta kecekapan seseorang guru itu merancang,
melaksana, menilai dan hubungan interpersonalnya. Untuk mengajar,
membimbing dan membentuk murid-murid supaya menjadi insan yang kamil
bukanlah satu misi yang mudah, lebih-Iebih lagi sekiranya murid-murid datang
daripada pelbagai latar belakang budaya dan bangsa. Matlamat utama Pendidikan
Seni Visual Pendidikan Seni Visual menyumbang ke arah perkembangan dan
pembentukan kualiti peri bad i pelajar melalui peningkatan daya imaginatif, kreatif
dan mengutamakan estetika. Untuk mencapai hasrat tersebut, guru Pendidikan
Seni Visual haruslah bijak menganalisis kelemahan yang ada pada dirinya dan
seterusnya berusaha untuk meningkatkan kompetensinya dari semasa ke semasa.
Berasaskan 4 kategori kompetensi. iaitu perancangan, pelaksanaan, penilaian
dan hubungan interpersonal, kajian ini menganalisis kompetensi yang diperlukan
-
7/23/2019 1 Keberkesanan PNP KBSR Artkl 1
5/19
66 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan
oleh guru-guru Pendidikan Seni Visual, tahap kompetensi yang dimiliki, dan
kompetensi-kompetensi yang diutamakan. Rajah 1.0 menunjukkan bagaimana
persoalan dan objektif kajian cuba dihuraikan. Objektif 1 menggambarkan
persepsi responden terhadap kompetensi yang diperlukan oleh guru PendidikanSeni Visual berdasarkan bidang yang dikenal pasti. Tahap kompetensi responden
berdasarkan persepsi turut ditinjau (objektif 2). Perbezaan tahap kompetensi
berdasarkan ciri-ciri latar belakang juga dikaji (objektif 3). Seterusnya, kajian
melihat hubungan antara keperluan dengan tahap kompetensi (objektif 4) dan
akhir sekali kajian meninjau apakah kompetensi yang diutamakan oleh guru
Pendidikan Seni Visual (objektif 5) dalam pengajaran mereka.
Rajah 2.1: Kerangka Kajian
Pemboleh ubah Bersandar Pemboleh ubah Bebas
KEPERLUAN>-i
Z< zz
-
7/23/2019 1 Keberkesanan PNP KBSR Artkl 1
6/19
Kajian Keberkesanan Pelaksanaan Pengajaran & Pembelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR / 67
rendah di kawasan Batang Padang, Manjung,
Kinta, Shah Alam dan Wilayah Persekutuan.2. Pemboleh ubah moderator Respon guru pendidikan seni yang mengajar mata
pelajaran seni visual sekolah rendah dan murid-
murid darjah enam yang telah mengikuti
pelajaran Pendidikan Seni Visual selama enam
tahun, Respon positif menunjukkan keberkesanan
pelaksanaan kurikulum ini.
3. Pemboleh ubah bersandar Ciri-ciri demografi dan latar belakang guru serta
murid-murid.
Persoalan Kajian
Berdasarkan em pat kategori kompetensi di atas, soal selidik dibentuk sendiri oleh
pengkaji bagi mendapatkan persepsi responden mengenai persoalan berikut: '
a. Apakah kompetensi yang diperlukan oleh guru-guru untuk mengajar
Pendidikan Seni Visual secara berkesan?
b. Apakah tahap kompetensi yang ada di kalangan guru Pendidikan SeniVisual bagi membolehkan mereka mengamalkan pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah?
c. Adakah wujud perbezaan signifikan antara keperluan dengan tahap
kompetensi guru Pendidikan Seni Visual?
d. Adakah wujud perbezaan signifikan antara ciri-ciri latar belakang dengan
tahap kompetensi guru Pendidikan Seni Visual?
e. Apakah persepsi guru Pendidikan Seni Visual berhubung keutamaan
kompetensi berasaskan tugas sebagai guru Pendidikan Seni Visual?
f. Sejauh manakah sikap murid-murid sekolah rendah terhadap mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual?
g. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi sikap murid-murid terhadap
Pendidikan Seni Visual?
Batasan Kajian
Kajian ini tidak bertujuan untuk memberi gambaran secara menyeluruh kepada
masalah yang dikaji. Walau bagaimanapun, batasan perlu diambil kira:
1. Kajian ini memusatkan guru-guru yang mengajar Pendidikan Seni Visual
KBSR di sekolah Daerah Batang Padang, Manjung, Ipoh, Lembah Kelang
dan Shah Alam yang telah dipilih secara rawak.
2. Segala dapatan daripada penyelidikan ini, dari segi ketepatan bergantung
kepada respons subjek terhadap kenyataan-kenyataan dalam soal selidik
-
7/23/2019 1 Keberkesanan PNP KBSR Artkl 1
7/19
68 / Mena nggapi K eberkesanan dan Perubahan
yang dijalankan sahaja.
3. Kajian ini hanya melibat sekolah di Daerah Batang Padang, Manjung,
Ipoh, Lembah Kelang dan Shah Alam yang telah dipilih secara rawak.
4. Bentuk item-item yang dibina adalah berdasarkan keperluan kurikulumKBSR Pendidikan Seni Visual dan tidak terlibat dengan subjek-subjek lain
yang sesuai dengannya.
Reka Bentuk Kajian
Penyelidikan ini akan menggunakan pendekatan kuantitatif berbentuk deskriptif
dan exploratory untuk mengukur tahap keberkesanan pelaksanaan kurikulum
Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah di kawasan-kawasan yang terpilih. Gay
(1992) menyatakan bahawa penyelidikan berbentuk deskriptif melibatkan
pengum pulan data bagi menjawab persoalan tentang status terkini mengenai
bidang yang hendak dikaji. Beliau juga menyatakan kaedah ini amat berguna
untuk mengkaji pelbagai permasalahan yang terdapat dalam arena pendidikan
terutama penilaian mengenai sikap, pandangan, keterangan tentang demografi,
prosedur dan keadaan semasa.
Soal selidik adalah kaedah pengumpulan data yang telah digunakan. Cohen
dan Manion (1994) serta Alreck dan Settle (1995) menyenaraikan tiga perkara
berkaitan dengan kekuatan kaedah ini. Pertama, kaedah ini memungkinkan
pengkaji melibatkan bilangan responden yang lebih ramai. Kedua, dapatan kajian
yang menggunakan kaedah ini membolehkan pengkaji membuat kajian hubungan
dan perbandingan dengan hasil kajian kepada populasi atau sampel yang lebih
besar dan ketiga, ia menghasilkan fakta-fakta dan maklumat yang boleh diuji atau
di cross tabu late dalam pelbagai kaedah statistik bagi mengayakan deskripsi
sesuatu kajian.
Soal selidik yang dikumpulkan itu akan dibuat perbandingan. Ini akan men
jadi penentu antara satu pemboleh ubah dengan pemboleh ubah yang lain bagi
menjawab persoalan-persoalan kajian, dan akhirnya akan dibuat suatu
generalisasi mengenai keberkesanan pelaksanaan kurikulum Pendidikan Seni
Visual di sekolah rendah yang berkenaan. Pendekatan ini juga akan menggunakanskala-skala tertentu.
Populasi dan Persampelan Kajian
Pengumpulan maklumat bagi kajian ini diperoleh daripada guru-guru yang
mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan murid-murid tahun enam di
sekolah rendah di kawasan Batang Padang, Manjung, Kinta, Shah Alam dan
Wilayah Persekutuan. Jumlah sekolah yang dilibatkan adalah 41 buah dengan 67
orang guru dan 1088 orang murid tahun enam. Sekolah-sekolah itu terdiri
-
7/23/2019 1 Keberkesanan PNP KBSR Artkl 1
8/19
Kajian Keberkesanan Pelaksanaan Pengajaran & Pembelajaran Pendidikan Seni Visual K B S R /69
daripada sekolah kebangsaan, jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis
kebangsaan Tamil.
Pemilihan sampel dibuat secara rawak berdasarkan senarai sekolah-sekolah
rendah yang dikeluarkan oleh Bahagian Sekolah-sekolah, Kementerian
Pendidikan Malaysia. Untuk daerah Batang Padang sebanyak 18 buah sekolah
rendah, daerah Manjung 8 buah sekolah, daerah Kinta 16 buah sekolah. Manakala
di kawasan Shah Alam terdapat 10 buah sekolah rendah. Wilayah Persekutuan
pula terdapat sebanyak 15 buah sekolah rendah yang terdiri daripada ketiga-tiga
kategori. Sebanyak 20 buah sekolah rendah di setiap kawasan telah dipilih secara
rawak untuk diedarkan borang soal selidik.
Instrumen Kajian
Penyelidik menggunakan kaedah tinjauan. Oleh itu borang soal selidik telah
disediakan bertujuan untuk mengesan keberkesanan pelaksanaan kurikulum
Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah di beberapa kawasan di Batang Padang,
Manjung, Kinta, Shah Alam dan Wilayah Persekutuan. Keberkesanan
perlaksanaan itu diukur dari pandangan guru yang mengajar mata pelajaran ini
dan dari persepsi murid-murid tahun enam yang telah mengikuti pelajaran ini
selama enam tahun di sekolah rendah. Soal selidik ini menggunakan skala kadarLikert.
Soal selidik ini terbahagi kepada dua set. Set pertama untuk mendapat
maklum balas terhadap amalan guru-guru Pendidikan Seni Visual yang
melaksanakan kurikulum mata pelajaran tersebut di bilik darjah. Set kedua adalah
soal selidik yang ditujukan kepada murid-murid tahun enam sekolah rendah untuk
meninjau pandangan dan pendapat murid-murid tahun enam yang telah
mengalami dan mengikuti pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini selama
enam tahun di sekolah rendah.
Set Pertama: Soal selidik guru-guru Pendidikan Seni Visual:
Set ini terdiri daripada tiga bahagian:
Bahagian 1: Latar belakang guru
Bahagian ini mengandungi sebelas item berkaitan dengan maklumat responden.
Tujuan item itu dikemukakan adalah untuk mendapatkan maklumat dan latar
belakang guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual meliputijantina, bangsa, umur, kelulusan akadem ik tertinggi, kelu lusan ikhtisas,
pengalaman mengajar pendidikan seni, mata pelajaran yang diajar di sekolah
selain seni, latihan-latihan dalam perkhidmatan di bidang pendidikan seni, lokasi
sekolah, saiz sekolah dan jenis sekolah.
-
7/23/2019 1 Keberkesanan PNP KBSR Artkl 1
9/19
70 / M enanggapi Keberkesanan dan Perubahan
Bahagian 2: Amalan guru dalam P & P Pendidikan Seni Visual.
Bahagian ini bertujuan untuk mengumpul maklumat tentang kompetensi guruPendidikan Seni Visual dalam pengajaran. Terbahagi kepada empat kecekapan
yang diukur iaitu:
Pertama: Kecekapan perancangan pengajaran: Terdapat lima belas item dalam
bahagian ini yang bertujuan un tuk mengumpul mak lum balas
pandangan guru terhadap keperluan menguasai perancangan dan
kompetensi terkini dalam merancang pengajaran
Kedua: Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Terdapat sepuluh item di
bahagian ini.Ketiga: Penilaian pengajaran. Terdapat tujuh item di bahagian ini, dan
Keempat: Hubungan interpersonal. Terdapat lima item dalam bahagian ini.
Ukuran tahap keperluan itu terdapat lima pilihan iaitu: Tidak perlu (1),
Kurang perlu (2), Perlu (3), Sangat Perlu (4), dan Teramat perlu (5). Manakala
tahap kompetensi terkini dalam merancang yang dikuasai oleh guru dalam
pengajaran Pendidikan Seni Visual terbahagi kepada 5 pilihan iaitu: Sangat
rendah(ITRendah (2), Sederhana (3), Tinggi (4), dan Sanga t tinggi (5).
Bahagian 3: Persepsi kendiri guru terhadap pengajaran Pendidikan Seni
Visual KBSR:
Bahagian ini bertujuan untuk mendapat maklumat terhadap persepsi guru yang
mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah. Persepsi
mereka terhadap bidang tugas yang empat dinyatakan di dalam bahagian 2 di atas
iaitu berkenaan dengan kecekapan perancangan pengajaran, perlaksanaan
pengajaran dan pembelajaran, penilaian pengajaran dan hubungan interpersonal.
Set Kedua: Soal selidik murid-murid tahun 6 yang belajar Pendidikan Seni
Visual:
Set ini terdiri daripada empat bahagian:
Bahagian 1: Latar belakang murid
Bahagian ini mengandungi lima item berkaitan dengan maklumat responden.
Tujuan item itu dikemukakan adalah untuk mendapatkan maklumat dan latar
belakang murid yang belajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual meliputi
jantina, bangsa, lokasi sekolah, tahap pendidikan bapa dan pendapatan bapa.
-
7/23/2019 1 Keberkesanan PNP KBSR Artkl 1
10/19
Kajian Keberkesanan Pelaksanaan Pengajaran & Pembelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR/ 71
Bahagian 2: Sikap murid terhadap Pendidikan Seni Visual
Bahagian ini mengandungi tiga komponen iaitu komponen afektif, tingkah laku
dan kognitif. Komponen afektif terdiri daripada empat item, komponen tingkah
laku terdiri daripada lima item dan komponen kognitif meliputi tiga item. Tujuan
item itu dikemukakan adalah untuk mengesan minat dan sikap murid-murid
dalam pembelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah. Pada masa yang sama
soal selidik ini akan dapat melihat kompetensi guru-guru Pendidikan Seni Visual
dalam p & p Pendidikan Seni Visual.
Bahagian 3: Item faktor-faktor yang mempengaruhi sikap terhadap
Pendidikan Seni Visual.
Bahagian ini pula mengandungi tujuh komponen iaitu pengaruh pengalaman (3
item), pengaruh motivasi (4 item), pengaruh guru (5 item), pengaruh ibu bapa (5
item), pengaruh budaya (8 item), pengaruh media massa (4 item), dan pengaruh
alat dan media (3 item).
Bahagian 4: Kompetensi murid-murid dalam pembelajaran Pendidikan SeniVisual KBSR
Bahagian ini pula meninjau kebolehan, minat dan potensi murid berdasarkan
persepsi murid-murid tersebut yang meliputi kompetensi dalam menggambar,
kompetensi dalam mencorak, kompetensi dalam membentuk dan membuat binaan
dan kompetensi dalam kraf tradisional. Tujuan komponen ini ditanya adalah
untuk melihat kompetensi manakah di kalangan murid-murid tahun 6 yang paling
tinggi.
Pengumpulan Data
Sebelum melakukan kerja-kerja penyelidikan di lapangan, kebenaran telah
didapati daripada Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan
(EPRD), Kementerian Pendidikan Malaysia dengan mengisi borang BPPP1
berserta salinan proposal telah dihantar. Kebenaran untuk menjalankan
penyelidikan ini telah didapati pada 18 November 2002. Kebenaran berikutnya
adalah daripada Pengarah Pendidikan Negeri yang berkenaan. Surat kebenarantelah diterima daripada Jabatan pendidikan Wilayah Persekutuan pada 13
Disember 2002, Jabatan Pendidikan Negeri Perak pada 23 Disember 2002, dan
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor pada 27 Disember 2002, membenarkan
penyelidikan dijalankan di kawasan-kawasan yang dipohon.
Setelah mendapat kebenaran daripada Jabatan Pendidikan Negeri berkenaan,
soal selidik diedarkan ke sekolah-sekolah rendah melalui Guru Besar sekolah
-
7/23/2019 1 Keberkesanan PNP KBSR Artkl 1
11/19
72/Menanggap i Keberkesanan dan Perubahan
berkenaan yang dipilih secara rawak berdasarkan senarai sekolah-sekolah rendali
yang dikeluarkan oleh Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan,Setiap sampul surat yang dihantar mengandungi 30 set soal selidik untuk murid-
murid tahun enam, dua set soal selidik untuk guru-guru yang mengajar
Pendidikan Seni Visual. Untuk memudahkan borang soal selidik itu dikembalikan
kepada penyelidik sampul surat jawapan berserta alamat dan setem yang
mencukupi disertakan. Kebanyakan sekolah lambat menghantar kembali jawapan
soal selidik menyebabkan pemeriksa dan pembantu pemeriksa terpaksa
menghubungi mereka dengan telefon malah terpaksa mengambilnya sendiri di
sekolah-sekolah berkenaan kerana borang soal selidik masih belum diuruskaii
lagi.
Akhirnya borang soal selidik itu dikumpulkan kembali. Terdapat 1088 keping
soal selidik daripada responden murid-murid tahun enam dan 67 responden
daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini.
Pengaiialisisan Data
Data dianalisis berdasarkan objektif kajian yang difokuskan melalui persoalan
kajian (lihat Jadual 2). Untuk membuat penganalisisan, ujian statistik yanjdigunakan adalah seperti yang berikut:
a. Statistik Deskriptif:
Untuk mengenai pasti persepsi responden berhubung keperluan kompetensi gun
Pendidikan Seni Visual dan tahap kompetensi yang dimiliki. Analisis kekerapai
dan peratusan serta min digunakan dan huraian adalah berbentuk deskriptif.
b. Ujian-t:
Untuk melihat sama ada wujud atau tidak perbezaan yang signifikan antara ciri-
ciri latar belakang seperti jantina, kelayakan akademik, latihan dalan
perkhidmatan berhubung Pendidikan Seni Visual, gred dan lokasi sekolah sert
jenis dan saiz sekolah dengan tahap kompetensi guru-guru Pendidikan Seni Visual
c. Ujian ANOVA Sehala:
Untuk melihat sama ada wujud atau tidak perbezaan yang signifikan antara ciri-
ciri latar belakang seperti umur, kelayakan ikhtisas, pengalaman sebagai gw
Pendidikan Seni Visual, saiz dan jenis sekolah dengan tahap kompetensi gun
Pendidikan Seni Visual.
-
7/23/2019 1 Keberkesanan PNP KBSR Artkl 1
12/19
Kajian Keberkesanan Pelaksanaan Pengajaran & Pembelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR/ 73
d. Analisis Korelasi Pearson:
Untuk menentukan terdapat atau tidak hubungan signifikan antara keperluan
dengan tahap kompetensi pada aras keyakinan p
-
7/23/2019 1 Keberkesanan PNP KBSR Artkl 1
13/19
74/Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan
membolehkan mereka menjadi seorang guru Pendidikan Seni Visual yang
kompeten. Antara keempat-empat kategori tersebut, kategori penilaian pengajaran
memperlihatkan persepsi tahap keperluan yang tertinggi berbanding kategori-
kategori lain. Manakala kompetensi bagi pelaksanaan pengajaran berada pada
tahap paling rendah. Analisis menunjukkan sebilangan besar responden
mempunyai tahap kompetensi sederhana dan rendah dalam kompetensi yang
disenaraikan dalam semua kategori.
Bagi kompetensi perancangan pengajaran, dapatan menunjukkan tidak ada
perbezaan yang sign ifikan an tara pembaharuannya seperti ja ntina, tahap
pendidikan, pengalaman sebagai guru-guru Pendidikan Seni Visual, pendedahan
kepada latihan, lokasi, saiz dan jenis sekolah dengan tahap kompetensimerancang responden. Walau bagaimanapun, hasil kajian menunjukkan terdapat
perbezaan yang signifikan antara ciri-ciri latar belakang seperti bangsa, umur, dan
kelulusan akademik dengan kompetensi merancang responden. Analisis korelasi
Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara umur
dan kompetensi merancang, manakala tidak terdapat hubungan yang signifikan
bagi kompetensi yang lain.
Manakala bagi kompetensi pelaksanaan pengajaran, dapatan menunjukkan
tidak ada perbezaan yang signifikan antara pembaharuannya seperti jantina, umur,
tahap pendidikan, kelulusan ikhtisas, lokasi, saiz dan jenis sekolah dengan tahapkompetensi melaksana responden. Walau bagaimanapun, hasil kajian
menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara ciri-ciri latar belakang
seperti bangsa, pengalaman sebagai guru Pendidikan Seni Visual dan latihan
berhubung Pendidikan Seni Visual yang telah diterima dengan kompetensi
melaksana responden. Daripada keseluruhan ciri-ciri latar belakang yang
diterangkan, latihan yang diterima oleh guru-guru berhubung Pendidikan Seni
Visual membantu guru-guru dalam melaksana pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Seni Visual. Walau bagaimanapun latihan yang diterima tidak
mempunyai hubungan yang signifikan dengan kompetensi merancang, menilai
dan hubungan interpersonal guru.
Bag, kompetensi penilaian pengajaran pula, dapatan menunjukkan tidak ada
perbezaan yang signifikan antara pembaharuannya seperti jantina, bangsa, umur,
pendedahan kepada latihan, dan lokasi dengan tahap kompetensi merancang
responden. Walau bagaimanapun, hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan
yang signifikan antara ciri-ciri latar belakang seperti tahap pendidikan, kelulusan
ikhtisas, dan pengalaman sebagai guru Pendidikan Seni Visual, saiz sekolah dan
jenis sekolah dengan kompetensi menilai responden. Bagi kompetensi menilai,
guru-guru yang berkelulusan SPM didapati mempunyai kompetensi menilai yang
lebih baik dibandingkan kelulusan yang lebih tinggi.
Manakala bagi kompetensi hubungan interpersonal, dapatan menunjukkan
tidak ada perbezaan yang signifikan di antara pembaharuannya seperti jantina,
bangsa, umur, tahap pendidikan, kelulusan ikhtisas, pengalaman sebagai guru
-
7/23/2019 1 Keberkesanan PNP KBSR Artkl 1
14/19
Kajian Keberkesanan Pelaksanaan Pengajaran & Pembelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR/ 75
Pendidikan Seni Visual, latihan yang diterima berhubung Pendidikan Seni Visual,
dan jenis sekolah dengan tahap kompetensi menilai responden. Walaubagaimanapun, hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan
antara ciri-ciri latar belakang seperti lokasi dan saiz sekolah dengan kompetensi
menilai responden. Lokasi sekolah bagi kompetensi hubungan interpersonal
merupakan satu-satunya ciri yang mempunyai hubungan signifikan dibandingkan
kompetensi lain. Dapatan kajian memperlihatkan lokasi sekolah bandar
mempunyai keupayaan menjalinkan hubungan interpersonal yang lebih baik
dengan pelajar-pelajar dibandingkan guru-guru yang berada di lokasi luar bandar.
Seterusnya, analisis mendapati wujudnya perbezaan yang signifikan antara lokasisekolah dengan tahap kompetensi dalam kategori hubungan kemanusiaan serta
komunikasi secara berkesan, iaitu guru-guru Pendidikan Seni Visual yang
berkhidmat di bandar lebih tinggi tahap kompetensi mereka dalam aspek
komunikasi secara berkesan jika dibandingkan dengan rakan-rakan mereka yang
berkhidmat di luar bandar.
Hasil kajian mendapati guru-guru berbangsa Melayu mempunyai kompetensi
merancang dan menilai yang lebih baik dibandingkan bangsa-bangsa lain.
Manakala tahap umur 41-50 tahun lebih berkemampuan dari segi merancang
dibandingkan tahap umur yang lain. Manakala guru-guru yang berkelulusan
ikhtisas sijil perguruan lebih mempunyai kompetensi dalam merancang dan
menilai pengajaran dibandingkan guru-guru yang memiliki kelulusan diploma
perguruan. Turut diperoleh daripada kajian ialah guru-guru Pendidikan Seni
Visual yang berpengalaman kurang daripada 5 tahun memperlihatkan kompetensi
melaksana dan menilai yang tinggi dibandingkan guru-guru yang lebih
berpengalaman. Saiz sekolah pula tidak mempengaruhi kompetensi merancang
dan melaksana guru. Walau bagaimanapun analisis data memperlihatkan saiz
sekolah mempengaruhi penilaian pengajaran dan hubungan interpersonal guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Turut diperoleh dalam hasil kajian ialah
wujudnya hubungan signifikan antara kategori jenis sekolah dengan kompetensi
melaksana pengajaran dan menilai pengajaran. Sekolah yang mempunyai
populasi melebihi 800 orang lebih didapati lebih kompeten jika dibandingkan
sekolah-sekolah yang mempunyai populasi yang lebih kurang.
Kompetensi dalam kategori penilaian pengajaran dianggap sebagai kompe
tensi yang paling utama dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni
Visual. Kompetensi dalam kategori hubungan interpersonal diletakkan sebagaikedua penting dan diikuti oleh kompetensi perancangan dan kompetensi pelak
sanaan. Tinjauan ini memberikan gambaran betapa kedua-dua kategori ini tidak
perlu diabaikan. Ini adalah kerana telah terbukti bahawa sebarang keberkesanan
ataupun kejayaan sesuatu program bergantung kepada kekuatan perancangan dan
pelaksanaannya. Oleh yang demikian, guru-guru Pendidikan Seni Visual
seharusnya mahir dan faham tentang proses dan prosedur dalam merancang dan
melaksana sesuatu program.
-
7/23/2019 1 Keberkesanan PNP KBSR Artkl 1
15/19
76/Men an gg api Keberkesanan dan Perubahan
Dari perspektif murid-murid pula, daripada tujuh kategori faktor yang
mempengaruhi mereka dalam pembelajaran mereka, faktor utama yang paling
mempengaruh murid-murid ialah media massa, diikuti faktor budaya dan faktor
alat dan bahan. Faktor guru berada di tangga kelima. Ini memberikan gambaran
bahawa guru kurang berkesan dalam pengajaran mereka sehingga meletakkan
faktor guru jauh ketinggalan daripada faktor-faktor yang disebutkan di atas. Lebih
mengecewakan apabila guru tidak dapat menggunakan aktiviti seni dalam
memberikan pengalaman estetika kepada murid-murid. Ini menyebabkan faktor
pengalaman berada di tangga terakhir daripada faktor-faktor yang mempengaruhi
minat pelajar terhadap Pendidikan Seni Visual.
Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual, dapatan kajian
menunjukkan murid-murid lebih berminat dengan kerja-kerja kraf dan diikuti
dengan kerja-kerja membina. Murid-murid didapati kurang berminat denganaktiviti mencorak dan paling tidak berminat dengan aktiviti menggambar.
Perbincangan dan Cadangan
Berdasarkan kajian ini, amalan guru-guru Pendidikan Seni Visual dalam
pengajaran dan pembelajaran mereka pada keseluruhannya berada pada tahap
sederhana. Keadaan ini agak membimbangkan dan pihak Kementerian
Pendidikan perlu melakukan sesuatu untuk melahirkan tenaga pengajar yang
kompeten dalam menangani masalah kekurangan kompetensi guru-guru
Pendidikan Seni Visual. Tanggungjawab berat yang terpaksa dipikul olehKementerian Pendidikan Malaysia dan guru-guru Pendidikan Seni Visual
khususnya, merupakan cabaran besar yang memerlukan mereka menguasai
pelbagai pengetahuan dan kemahiran yang bersesuaian agar kemam puan dan
kredibiliti mereka sebagai guru seni tidak dipertikaikan. Cabaran ini juga
memerlukan tahap kesabaran dan kesungguhan yang tinggi daripada guru-guru
Pendidikan Seni Visual kerana telah diakui untuk membentuk anak-anak didik
yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani serta intelek seperti mana yang
dituntut oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan bukanlah satu misi yang mudah.
Keperluan dan tahap kompetensi yang ada pada mereka perlu dikenal pasti agar
mereka boleh menghadapi cabaran-cabaran tersebut.
Cadangan Untuk Amalan
Berikut dikemukakan beberapa implikasi dan cadangan ke atas tata cara
pemilihan guru-guru Pendidikan Seni Visual sama ada di peringkat maktab
mahupun universiti dan juga pemilihan guru di sekolah serta bentuk latihan
(kursus dalam perkhidmatan) dalam usaha meningkatkan prestasi guru-guru
Pendidikan Seni Visual dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Seni Visual.
-
7/23/2019 1 Keberkesanan PNP KBSR Artkl 1
16/19
Kajian Keberkesanan Pelaksanaan Pengajaran& Pembelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR/ 77
1. Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri perlu
meningkatkan kompetensi guru-guru Pendidikan Seni Visual dalam
mengajar Pendidikan Seni Visual para pelajar di sekolah menengah,Membangun sumber manusia yang kompeten adalah perlu bagi membantu
menghasilkan tenaga kerja yang mantap dan berkemahiran tinggi.
2. Senarai kompetensi ini boleh digunakan sebagai kriteria atau panduan
dalam melatih guru-guru Pendidikan Seni Visual yang baru dilantik.
Dengan itu, guru-guru Pendidikan Seni Visual baru akan tahu mengenai
kompetensi-kompetensi yang diperlukan serta boleh mendorong mereka
untuk terus mempertingkatkan kemahiran dalam bidang-bidang tersebut.
3. Guru-guru Pendidikan Seni Visual yang baru dilantik wajar diberikan
senarai tanggung jawab secara bertulis serta diberi taklimat tentangperanan dan tugas mereka dalam mengajar Pendidikan Seni Visual.
4. Guru-guru Pendidikan Seni Visual haruslah memahami sepenuhnya
tentang peranan yang sepatutnya dilaksanakan dalam mengajar
Pendidikan Seni Visual pelajar kerana ini boleh membantu mereka untuk
melaksanakan tugas-tugas mengajar dengan lebih berkesan.
5. Didapati sebilangan besar guru-guru Pendidikan Seni Visual mengatakan
mereka memiliki kompetens pada tahap sederhana dan rendah sahaja
dalam aspek perancangan dan pelaksanaan. Oleh itu, kompetensi ini
perlulah dipertingkatkan terutama di kalangan guru-guru Pendidikan SeniVisual yang berkhidmat di sekolah-sekolah di kawasan luar bandar. Dalam
merancang latihan dan kursus berhubung Pendidikan Seni Visual, Pusat
Perkembangan Kurikulum (PPK) seharusnya memanggil guru-guru kanan
pendidikan seni menghadiri bengkel ataupun kursus mahupun seminar
untuk memberikan input yang bersesuaian dengan keperluan guru-guru
Pendidikan Seni Visual. Apabila balik ke sekolah masing-masing, guru-
guru kanan pendidikan seni tersebut haruslah mengambil sikap yang
proaktif dengan mengadakan kurus dalaman (in-house training) kepada
guru-guru seni. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri melalui Unit Kurikulumpula, perlulah membentuk jawatankuasa Pendidikan Seni Visual peringkat
negeri yang akan merancang aktiviti tahunan dan membuat perancangan
jangka panjang program latihan bagi guru-guru Pendidikan Seni Visual.
Dengan ini keupayaan guru-guru Pendidikan Seni Visual akan dapat diper
tingkatkan dan kita tidak lagi perlu mengharapkan Bahagian Pendidikan
Guru (BPG) semata-mata untuk menghasilkan guru-guru Pendidikan Seni
Visual.
6. Memandangkan kompetensi dalam hubungan interpersonal merupakan
bidang kompetensi yang kedua diutamakan oleh guru-guru PendidikanSeni Visual, bidang kompetensi ini perlulah diberi perhatian. Kecekapan
dalam menjalinkan hubungan interpersonal antara guru-guru dan murid-
murid mampu menangani masalah psikologi pelajar. Memandangkan
-
7/23/2019 1 Keberkesanan PNP KBSR Artkl 1
17/19
78 /Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan
kompetensi mereka masih berada pada tahap sederhana, guru-guru
tersebut perlu didedahkan dengan kursus-kursus yang bersesuaian
seberapa awal yang mungkin supaya mereka lebih berkeyakinan untuk
memikul tanggung jawab mereka sebagai guru-guru Pendidikan Seni
Visual.
7. Pihak sekolah pula tidaklah harus terus-terusan menganggap mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual ini sebagai mata pelajaran yang kurang
penting dengan meletakkan mana-mana guru untuk mengajar pendidikan
seni dengan tujuan untuk memenuhkan jadual. Jika sikap ini berterusan,
maka amat malang sekali bagi generasi yang akan datang kerana salah satu
daripada lapan kecerdasan iaitu kecerdasan visual-spatial yang diutarakan
oleh Howard Gardner telah diabaikan. Begitu juga dengan teori Split Brainoleh Rogers Sperry dengan kajian beliau tentang otak kiri dan otak kanan.
Maka Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani tidak akan kesam-
paian.
8. Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual, guru
seharusnya mempunyai kemahiran dan ilmu pengetahuan tentang seni.
Kelemahan dari segi pengurusan masa paling ketara. Begitu juga dengan
integrasi kaedah kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) dan
kelemahan ini patut segera diatasi sama ada oleh guru itu sendiri melaluipembacaan, internet, rakan sejawat, ketua bidang dan sebagainya.
Cadangan Untuk Kajian Selanjutnya
Memandangkan kajian ini mempunyai beberapa kekurangan dan kelemahan
seperti bilangan responden di kalangan guru yang terhad, pemungutan data hanya
melalui soal selidik dan kajian dibuat di hanya tiga buah negeri Semenanjung
Malaysia, maka berikut dikemukakan cadangan untuk kajian selanjutnya:
1. Kajian ini telah dijalankan di tiga buah negeri di Semenanjung Malaysia
dan meliputi bahagian tengah sahaja. Segala dapatan kajian hanya boleh
dibincangkan dalam konteks di mana kajian dibuat. Adalah dicadangkan
supaya kajian yang lebih meluas dengan melibatkan populasi yang lebih
ramai dijalankan pada masa akan datang bagi mendapatkan hasil kajian
yang benar-benar menyeluruh agar dapat memberi satu gambaran yang
lebih jelas atau tepat mengenai kompetensi guru-guru Pendidikan Seni
Visual dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual.
2. Kajian ini telah dilakukan dengan menggunakan kaedah soal selidik. Sedikit
sebanyak kekurangan dan kelemahan pasti wujud dalam menggunakan
kaedah tersebut. Oleh itu, dicadangkan agar kajian yang serupa dilakukan
tetapi dengan menggunakan kaedah lain seperti kaedah temu bual atau
-
7/23/2019 1 Keberkesanan PNP KBSR Artkl 1
18/19
Kajian Keberkesanan Pelaksanaan Pengajaran & Pembelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR/ 79
pemerhatian yang mungkin dapat memberi gambaran yang lebih tepat dan
terperinci tentang kompetensi guru-guru Pendidikan Seni Visual.
3. Kajian im hanya menumpukan bidang kompetensi guru-guru PendidikanSeni Visual dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di
sekolah rendah sahaja. Adalah dicadangkan skop kajian ini diperluaskan
lagi ke dalam bidang-bidang lain. Misalnya, kajian terperinci tentang isi
kandungan kurikulum Pendidikan Seni Visual ataupun bentuk latihan yang
diberikan kepada guru-guru opsyen Pendidikan Seni Visual di maktab-
maktab perguruan dan di institut pengajian tinggi awam (IPTA). Apakah
pandangan mereka tentang latihan yang mereka terima di maktab, IPTA,
latihan dalaman, masalah yang mereka hadapi serta pandangan mereka
tentang bagaimana kurikulum Pendidikan Seni Visual ini dapatdipertingkatkan.
4. Bidang lain yang tidak kurang menariknya untuk dikaji pada masa-masa
akan datang ialah mengenai kompetensi guru-guru Pendidikan Seni Visual
dalam mengurus hal ehwal di luar bilik darjah seperti pengurusan
kokurikulum, lawatan sambil belajar, aktiviti luar bilik darjah, pengurusan
pameran, pertandingan dan penganjuran seminar.
Rumusan dan Penutup
Penekanan kepada kecemerlangan dan kualiti dalam sistem pendidikan negara
menuntut pihak pengurusan sekolah bukan sahaja menjadi efisien dan efektif
tetapi mampu bertindak lebih proaktif, kreatif, inovatif serta mempunyai daya
inisiatif yang tinggi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka. Jadi,
bertitik-tolak dari senario ini, adalah menjadi harapan supaya dapatan-dapatan
daripada kajian ini dijadikan asas penyelidikan yang lebih mendalam serta boleh
dijadikan panduan dan rujukan dalam usaha untuk mempertingkat mutu
pengajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah-sekolah secara menyeluruh dan
dalam mencapai pendidikan bertaraf dunia.
Rujukan
Abdul Shukor Hashim, 1985. Pendidikan Seni Visual Mengisi Kekosongan Jiwa Murid.
Kuala Lumpur: Dewan Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Arthur Efland, 1998. Changes in Cognitive Learning Theory With Implications for Art
Education.Ohio: Ohio Department of Education, Columbus.
Beat, J. K., 2000. Becoming An Art Teacher.CA: Wadsworth/Thomson Learning
Briggs, D. C., 1974. Your Childs Self-Esteem.NJ: Doubleday.
-
7/23/2019 1 Keberkesanan PNP KBSR Artkl 1
19/19
80 / M enanggapi Keberkesanan dan Perubahan
Erikson, Katter, Lankford, 1999. Scope and Sequence, A Guide fo r Learning and Teaching
Art.at ArtsEdNet, URC:http//www.Artedunet.getty.edu/.
Hooper R., 1977. The Curriculum: Context, Design and Development.London: The OpenUniversity Press.
Kementerian Pendidikan Malaysia, 1982. Sukatan Pelajaran Kurikulum baru Sekolah
Rendah Pendidikan Seni Visual.Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000. Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah Pendidikan Seni Visual.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000. Malaysian Educational Statistics. Kuala
Lumpur: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.
Leithwood & Montgomery, 1982. Creative Activities For Young Children. NY: Delmar
Publishing.
Lowenfeld, Viktor and Brittain, W. Lambert, 1982. Creative and Mental Growth (7"1Ed)
New York, Mac Millan.
Mohd Najib Ghafar, 1999. Penyelidikan Pendidikan. Johor: Universiti Teknologi
Malaysia.
Wan Zahid Mohd. Noordin, 1993. Wawasan Pendidikan-Agenda Pengisian. Kuala
Lumpur: Nurin Enterprise.
http//www/icaf.org/Adults/Why_ChildArt2.htm
http://www.artedunet.getty.edu/http://www.artedunet.getty.edu/