PROSEDUR PENTADBIRAN NO. DOKUMEN : 01
BKP LPNM TARIKH DOKUMEN : 1 NOVEMBER 2010
Bahagian Khidmat Pengurusan Mukasurat 1 / 12
LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA
PROSEDUR DALAMAN PENTADBIRAN
BIL 1/2010
GARIS PANDUAN AM PENGURUSAN KENDERAAN BERMOTOR
DI LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA
___________________________________________________________
1. TUJUAN
Garis panduan ini dikeluarkan kepada Pegawai Kenderaan,
Pegawai Pengangkutan dan Pemandu Kenderaan Bermotor
Gred R3 semasa menjalankan tugas rasmi di Lembaga
Perindustrian Nanas Malaysia.
2. TAKRIFAN
“Kenderaan Pejabat” bermaksud kenderaan yang
didaftarkan atas nama Lembaga Perindustrian Nanas
Malaysia
“Pegawai Kenderaan” bermaksud pegawai yang
bertanggungjawab menguruskan Kenderaan Pejabat
“Pegawai Pengangkutan” bermaksud pegawai yang
bertanggungjawab menyelenggaraan kenderaan pejabat.
“Tugas Rasmi” bermaksud tugas yang berkaitan dengan
urusan pejabat
“Ketua Bahagin” bermaksud pegawai yang mengetuai satu-
satu bahagian
PROSEDUR PENTADBIRAN NO. DOKUMEN : 01
BKP LPNM TARIKH DOKUMEN : 1 NOVEMBER 2010
Bahagian Khidmat Pengurusan Mukasurat 2 / 12
LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA
“Pengarah Negeri” bermaksud pegawai yang mengtuai
satu-satu negeri
“Pegawai Khas” bermaksud pegawai yang diperuntukan
kenderaan iaitu Pegawai_pegawai Utama LPNM bertaraf
Jusa
3. GARIS PANDUAN AM PEMANDU
3.1 Penugasan Kerja Harian
3.1.1 Setiap hari menyemak tugas-tugas yang
telah dijadualkan oleh Pegawai Kenderaan
dengan membuat cacatatan tarikh, masa,
lokasi, maklumat penumpang dan sebagainya.
3.1.2 Memastikan kad minyak, kad told an
sebagainya diambil dan direkodkan
pengambilannya daripada Pegawai Kenderaan
khususnya melibatkan jarak perjalanan yang
jauh.
3.1.3 Membuat pemeriksaan ke atas paras minyak,
minyak pelincir, air bateri dan sebagainya
adalah mencukupi sebelum memulakan
perjalanan.
3.1.4 Memastikan berada di tempat mengambil
penumpang 15 minit awal sebelum pergerakan
kenderaan dilakukan.
PROSEDUR PENTADBIRAN NO. DOKUMEN : 01
BKP LPNM TARIKH DOKUMEN : 1 NOVEMBER 2010
Bahagian Khidmat Pengurusan Mukasurat 3 / 12
LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA
3.2 Penyelanggaraan Buku Log Kenderaan
3.2.1 Memastikan Buku Log Kenderaan sentiasa
berada di dalam kenderaan kecuali untuk
tujuan semakan Pegawai Kenderaan ataupun
Pemeriksaan Audit.
3.2.2 Memastikan Buku Log Kenderaan siselanggara
dan butir-butir dicatat dengan betul
setiap kali menamatkan pergerakan
kenderaan.
3.2.3 Memastikan Buku Log Kenderaan
ditandatangani oleh penumpang sebaik
sahaja menamatkan pergerakan sebagai
pengesahan penggunaanya.
3.2.4 Memastikan Buku Log Kenderaan dikemukakan
kepada Pegawai Kenderaan untuk semakan dan
ditandatangani sekurang-kurangnya satu (1)
kali setiap minggu.
3.2.5 Memastikan keratin salinan asal Buku Log
Kenderaan yang dicatatkan hendaklah
disimpan oleh Pegawai Kenderaan untuk
tujuan rekod dan pemeriksaan audit.
3.3 Kebersihan Kenderaan
3.3.1 Memastikan kenderaan dibawah jagaan
sentiasa berada didalam keadaan bersih.
3.3.2 Menghantar kenderaan ke tempat memcuci
kenderaan sekurang-kuranya seminggu sekali
(mengikut keperluan).
PROSEDUR PENTADBIRAN NO. DOKUMEN : 01
BKP LPNM TARIKH DOKUMEN : 1 NOVEMBER 2010
Bahagian Khidmat Pengurusan Mukasurat 4 / 12
LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA
3.4 Penyelenggaraan Kenderaan
3.4.1 Memaklumkan kepada Pegawai Pengangkutan
setiap kenderaan perlu diselenggara
mengikut tempoh/jumlah jarak yang
disyorkan.
3.4.2 Melaporkan segera sebarang kerosakan ke
atas kenderaan kepada Pegawai Pengangkutan
untuk tujuan pembeikan.
3.4.3 Menghantar kenderaan untuk diselanggara di
pusat servis yang telah ditetapkan sahaja.
3.5 Keselamatan Penumpang
3.5.1 Sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan
penumpang sepanjang perjalanan ke lokasi.
3.5.2 Sentiasa memberikan penumpuan yang penuh
semasa memandu kenderaan.
3.6 Keselamatan Kenderaan
3.6.1 Sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan
kenderaan sepanjang berada di bawah
kawalan.
3.6.2 Sentiasa memastikan kenderaan sentiasa
berkunci termasuk sistem kunci kenderaan
tambahan sekiranya meninggalkan kenderaan
dalam jangkamasa lama atau sekejap.
3.6.3 Sentiasa memastikan kenderaan diletakkan
di kawasan selamat terutama sekali
PROSEDUR PENTADBIRAN NO. DOKUMEN : 01
BKP LPNM TARIKH DOKUMEN : 1 NOVEMBER 2010
Bahagian Khidmat Pengurusan Mukasurat 5 / 12
LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA
meninggalkanya dalam jangkamasa lama atau
ketika berada di luar kawasan pejabat.
3.6.4 Tidak dibenarkan meninggalkan kenderaan di
kawasan gelap, terlindung, tiada
pengawasan keselamatan seperti pengawal
keselamatan, CCTV, kawasan bukan rizabkan
tempat letak kenderaan dan sebagainya.
3.6.5 Tidak dibenarkan meninggalkan kenderaan
dengan injin masih dihidupkan walaupun
urusan tersebut agak singkat atau perlu
disegerakan.
3.6.6 Kenderaan tidak dibenarkan dibawa balik ke
rumah kecuali pegawai yang diperuntukkan
kenderaan seperti Pegawai-Pegawai Utama
LPNM bertaraf JUSA.
3.7 Keselamatan Anak Kunci Kenderaan
3.7.1 Dilarang meninggalkan anak kunci di dalam
kenderaan tanpa sebarang kawalan.
3.7.2 Selesai bertugas, anak kunci hendaklah
diserahkan kepada Pegawai Kenderaan untuk
simpanan. Sekiranya, ketiadaan Pegawai
Kenderaan ketika itu atau lewat sampai di
Pejabat, hendaklah menyimpan anak kunci
kenderaan tersebut di tempat yang selamat
dan menyerahkannya pada keesokan harinya.
3.7.3 Tidak dibenarkan anak-anak kunci kenderaan
dibawa balik rumah tanpa mendapat
kebenaran Pegawai Kenderaan atau tanpa
sebab-sebab yang munasabah.
PROSEDUR PENTADBIRAN NO. DOKUMEN : 01
BKP LPNM TARIKH DOKUMEN : 1 NOVEMBER 2010
Bahagian Khidmat Pengurusan Mukasurat 6 / 12
LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA
3.7.4 Tidak dibenarkan membuat anak kunci pendua
tanpa kebenaran daripada pihak pengurusan.
3.8 Pematuhan Peraturan Lalu Lintas
3.8.1 Sentiasa mematuhi semua peraturan lalu
lintas yang berkuatkuasa bagi mengelakkan
sebarang tindakan undang-undang oleh mana-
mana pihak berkuasa yang berkaitan.
3.9 Saman / Kompaun Kesalahan Jalanraya
3.9.1 Pemandu bertanggungjawab sepenuhnya
membayar saman atau kompoun yang
dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa
di atas apa jua jenis kesalahan yang
melanggar peraturan lalulintas.
3.9.2 Pemandu dikehendaki mengemukakan salinan
asal resit pembayaran kompoun atau saman
sebagai bukti bayaran telah dilakukan.
3.10 Kawalan Penggunaan Kemudahan Kad Minyak dan Kad
Tol
3.10.1 Kemudahan Kad Minyak dan Kad Tol hanya
untuk kegunaan rasmi kenderaan di bawah
seliaan masing-masing.
3.10.2 Pemandu perlu mendapatkan Kad Minyak dan
Kad Tol daripada Pegawai Kenderaan
aekiranya memerlukannya dengan merekodkan
dalam Buku Daftar Penggunaan Kad Minyak
dan Buku Daftar Kad Tol.
PROSEDUR PENTADBIRAN NO. DOKUMEN : 01
BKP LPNM TARIKH DOKUMEN : 1 NOVEMBER 2010
Bahagian Khidmat Pengurusan Mukasurat 7 / 12
LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA
3.10.3 Kad Minyak dan Kad Tol perlu diserahkan
kembali kepada Pegawai Kenderaan sebaik
sahaja selesai penggunaannya.
3.10.4 Sebarang penyalahgunaan kemudahan ini akan
dikenakan tindakan tatatertib di bawah
mana-mana peraturan-peraturan tatatertib
yang sedang berkuatkuasa.
3.11 Penyalahgunaan Kenderaan
3.11.1 Kenderaan adalah digunakan untu tujuan
rasmi Lembaga sahaja.
3.11.2 Tidak dibenarkan menggunakan kenderaan
LPNM untuk tujuan peribadi yang tiada
kaitan dengan urusan rasmi Lembaga.
3.12 Hal-Hal Berkaitan Kecemasan
3.12.1 Sebarang hal-hal berkaitan dengan
kecemasan sepanjang perjalanan seperti
kerosakan kenderaan, kemalangan dan
sebagainya hendaklah dimaklumkan setra-
merta kepada Pegawai Pengangkutan untuk
arahan dan tindakkan selanjutnya.
3.13 Penampilan Pemandu
3.13.1 Pemandu hendaklah sentiasa berpakaian
kemas ketika bertugas dan memakai pakaian
seragam yang dibekalkan (mengikut
kesesuaian)
PROSEDUR PENTADBIRAN NO. DOKUMEN : 01
BKP LPNM TARIKH DOKUMEN : 1 NOVEMBER 2010
Bahagian Khidmat Pengurusan Mukasurat 8 / 12
LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA
3.13.2 Sentiasa mengamalkan sifat sopan santun
ketika membawa kenderaan.
3.13.3 Tidak digalakkan mencelah semasa penumpang
berbual.
3.13.4 Sentiasa mengamalkan sikap ”Pemandu
Menunggu Penumpang Bukannya Penumpang
Menunggu Pemandu”.
3.13.5 Sentiasa menghormati penumpang walaupun
penumpang tersebut bukannya dikalangan
pegawai-pegawai atasan.
3.14 Larangan Merokok Dalam Kenderaan
3.14.1 Pemandu dilarang sama sekali merokok
didalam kenderaan terutama sekali ketika
memandu kenderaan. Sekiranya berhajat
untuk merokok bolehlah merokok sekurang-
kurang satu (1) jam sebelu memandu.
3.14.2 Pemandu digalakkan untuk teguran secara
berhemah kepada penumpang supaya tidak
merokok di dalam kenderaan.
3.15 Larangan Menggunakan Telefon Bimbit Semasa
Memandu
3.15.1 Pemandu dilarang menerima dan membuat
panggilan telefon atau menerima dan
membuat khidmat pesanan ringkas (SMS)
semasa memandu kecuali menggunakan
kemudahan kit bebas tangan.
PROSEDUR PENTADBIRAN NO. DOKUMEN : 01
BKP LPNM TARIKH DOKUMEN : 1 NOVEMBER 2010
Bahagian Khidmat Pengurusan Mukasurat 9 / 12
LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA
3.16 Arahan ”Standby” Di Bilik Pemandu
3.16.1 Semua pemandu dikehendaki sentiasa berada
di Bilik Pemandu sekiranya tiada
pergerakan ketika itu.
3.17 Persediaan Perjalan Jauh
3.17.1 Sekiranya tugasan melibatkan perjalanan
jauh, pastikan tidur dan rehat secukupnya
sebelum memulakan perjalanan
3.17.2 Jika mengantuk dan berkemungkinan
mendatangkan bahaya, sila minta kebenaran
daripada pegawai yang dibawa untuk
berrehat seketika.
4.0 GARIS PANDUAN AM PEGAWAI KENDERAAN
4.1 Kawalan Penggunaan Kenderaan
4.1.1 Menyemak dan menandatangani Buku Log
Kenderaan pada hari akhir tiap-tiap minggu.
4.1.2 Mengawal penggunaan minyak melalui
Cerakinan Bulanan Penggunaan Bahan Api
yang disediakan.
4.1.3 Memastikan penggunaan minyak adalah
munasabah.
4.1.4 Memastikan pembelian minyak (kenderaan
khas pegawai) setahun tidak melebihi had
yang ditetapkan/diluluskan dengan membuat
perkiraan bagi menentukan amoun minyak
PROSEDUR PENTADBIRAN NO. DOKUMEN : 01
BKP LPNM TARIKH DOKUMEN : 1 NOVEMBER 2010
Bahagian Khidmat Pengurusan Mukasurat 10 / 12
LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA
yang terlebih pakai setiap hujung tahun
dan tuntut balik amoun daripada pegawai
bertanggungjawab.
4.2 Kawalan Kad Inden Minyak
4.2.1 Menyediakan Rekod Pergerakan Kad Inden
untuk pemandu gunasama. Maklumat yang
perlu diisi adalah Tarikh Kad Diambil,
Tandatangan Pegawai Yang Memberi,
Tandatangan Pemandu, Tarikh Dikembalikan,
tandatangan Penerima Kad dan Kuantiti/
Nilai Minyak dibeli.
4.2.2 Kad Inden Minyak hendaklah disimpan oleh
Pegawai Kenderaan setiap masa melainkan
jika ada keperluan mengisi minyak.
4.2.3 Rekod Pergerakan Kad Inden hendaklah
dikemaskini dan dari masa ke semasa
diperikas oleh Ketua Jabatan.
4.2.4 Penyata pembelian atau penyata kad disemak
kepada salinan resit dan disahkan sebelum
pembayaran dilakukan.
4.2.5 Laporan Analisis Kenderaan dikaji untuk
mengesan sebarang perbelanjaan luar biasa
dan ketidakseragaman dari bulan-bulan
biasa.
PROSEDUR PENTADBIRAN NO. DOKUMEN : 01
BKP LPNM TARIKH DOKUMEN : 1 NOVEMBER 2010
Bahagian Khidmat Pengurusan Mukasurat 11 / 12
LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA
4.3 Kawalan Kad Elektronik Bagi Pembayaran Tol
4.3.1 Daftar Penggunaan Kad ”Touch n Go”
hendaklah diselanggara dan disimpan dengan
selamat.
4.3.2 Menandatangani Daftar Penggunaan
Kad ”Touch n Go” selepas pemandu selesai
menjalankan tugas.
4.3.3 Daftar Penggunaan Kad ”Touch n Go”
diselanggara dengan kemas kini bagi
memastikan baki nilai adalah tepat.
4.3.4 Menyimpan Kad pada setiap masa melainkan
ada keperluan menggunakannya.
4.3.5 Mendapatkan salinan penyata yang
menunjukkan semua transaksi penggunaan kad
4.3.6
4.3.7 daripada syarikat pengeluar kad untuk
tujuan penyemakan bagi memastikan tidak
berlakunya penyalahgunaan kad.
5.0 GARISPANDAUAN AM PEGAWAI PENGANGKUTAN
5.1 Penyelenggaraan Kenderaan
5.1.1 Menyediakan Program penyelenggaraan
kenderaan.
5.1.2 Penyelenggaran dilaksanakan mengikut
jadual dan tempoh yang telah ditetapkan
melainkan sesuatu kenderaan itu memerlukan
penyelenggaraan segera.
PROSEDUR PENTADBIRAN NO. DOKUMEN : 01
BKP LPNM TARIKH DOKUMEN : 1 NOVEMBER 2010
Bahagian Khidmat Pengurusan Mukasurat 12 / 12
LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA
5.1.3 Kos penyelenggaraan dan pembaikan serta
maklumat penyelanggaraan direkodkan dalam
fail kenderaan dan daftar harta modal.
5.1.4 Kenderaan disimpan dengan selamat dan di
bawah perlinduangaan atau depot kenderaan.
5.1.5 Kenderaan sentiasa dalam keadaan baik dan
boleh digunakan.
5.1.6 Program penyelenggaraan dinilai bagi
memastikan matlamat program tercapai,
penyenggaraan adalah berkualiti, benar dan
munasabah dari segi kos dan masa serta
mengenalpasti penyenggaraan yang
seterusnya demi membantu pihak pengurusan
membuat keputusan tindakan yang sesuai.
6.0 PENUTUP
Garis Panduan Am Pengurusan Kenderaan Bermotor di
Lembaga Perindustrian Nanas berkuatkuasa daripada
tarikh peraturan ini ditandatangani.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
[HAJI SAHDAN BIN SALIM]
KETUA PENGARAH
LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA