[MLL205] STUDY NOTES STUDY UNIT [2]
Bab 1: Strategi Pengajaran Kefahaman Membaca
OBJEKTIF
Pada akhir bab ini, anda harus tahu mengenai:
(a) Pelbagai kaedah mengajar kefahaman membaca
(b) Cara mengajar kefahaman membaca dengan lebih makna
(c) Cara membentuk soalan untuk mempertingkatkan kemahiran berfikir
SIM UNIVERSITY SU1-2
[MLL205] STUDY NOTES STUDY UNIT [2]
Strategi Kefahaman Bacaan
Kefahaman merupakan satu proses memahami apa-apa yang baca. Proses ini
melibatkan proses yang kompleks seperti menubuhkan makna, mentafsirkan makna,
menilai makna, menyusun idea serta menghubungkaitkan idea dengan pengetahuan
dan pengalaman sedia ada.
Menubuhkan makna bermaksud mengecam dan memahami makna perkataan,
rangkai kata, frasa, ayat yang digunakan dalam teks prosa atau puisi. Manakala
mentafsirkan makna bermaksud mendapatkan makna daripada isi atau mesej yang
tidak dinyatakan secara langsung iaitu maksud yang tersirat.
Kefahaman membaca pada peringkat menilaikan makna memerlukan murid
menggunakan fikiran yang kritis untuk menilai petikan, membezakan antara fakta
dengan pendapat serta keupayaan membuat pertimbangan mengenai persoalan yang
dikemukakan.
Teknik-teknik mengajar kefahaman membaca bertujuan untuk membimbing murid
ke arah pemahaman teks yang dibaca.Terdapat beberapa teknik dan prosedur yang
boleh digunakan sebagai strategi dalam kefahaman bacaan seperti yang dinyatakan
di bawah ini.
Dalam proses membaca terdapat tiga peringkat iaitu peringkat sebelum membaca,
semasa membaca dan selepas membaca.Jika dikaji teknik kefahaman membaca yang
dinyatakan di bawah, umumnya terdapat tiga peringkat yang dapat membantu guru
membimbing murid semasa mengajar kefahaman membaca.
1. Aktiviti Membaca Berarah
Betts (1946) memperkenalkan format Aktiviti Membaca Berarah atau Directed Reading Activity (DRA) yang boleh digunakan di peringkat sekolah rendah. Berikut adalah komponen-komponen DRA.Merangsang minat dengan mencungkil pengalaman mereka serta mengaitkannya dengan tajuk.Memahami perkataan-perkataan sukar dan konsep yang ada pada teks.Meramal serta membuat andaian kemudian memastikan andaian dengan membaca secara senyap. Berbincang serta mencatatkan maklumat dan kemudian membaca secara nyaring.Menyusun aktiviti yang dikaitkan dengan teks dan membina model menulis cerita berdasarkan maklumat dalam teks.
SIM UNIVERSITY SU1-3
[MLL205] STUDY NOTES STUDY UNIT [2]
2. Aktiviti Membaca dan Berfikir Berarah
Aktiviti Membaca dan Berfikir Berarah yang dikenali sebagai Directed Reading – Thinking Activity (DRTA) diusahakan oleh Stauffer (1975-1980). Teknik ini memberi fokus kepada aktiviti kumpulan yang dimulakan dengan ramalan sebelum membaca yang kemudiannya memastikan kebenarannya dengan membaca serta menggunakkan teknik penyoalan kaedah berfikir bercapah (divergent). DRTA dapat merangsangkan minat kanak-kanak untuk membaca hasil daripada perbincangan awal. DRTA ini dapat digunakan sebagai alternatif kepada teknik DRA atau menggunakannya bersama teknik DRA. Teks yang bukan cerita berbeza dengan teks cerita terutamanya dalam langkah ramalan.
Langkah-langkah aktiviti DRTA adalah seperti berikut:
Meninjau dan Membina Asas:
Meninjau dengan melihat tajuk, gambar dan sebagainya untuk membolehkan mereka meramal tentang tajuk atau isi teksnya.
Membaca Secara Senyap serta Mengenalkan kosa kata:
Membaca bahagian-bahagian tertentu untuk mendapatkan jawapan kepada apa yang diramalkan serta membantu mereka dengan kosa kata yang sukar.
Meramal dan Pandangan Keseluruhan Teks:
Setelah mereka meramal sehingga akhir teks mereka memberi pandangan keseluruhan teks.
3. Teknik SQ3R
Francis P Robinson memperkenalkan teknik membaca SQ3R pada tahun 1941 berdasarkan prinsip yang terdapat dalam teori pembelajaran. Teknik ini sungguh berkesan jika digunakan menurut peringkatnya. Berikut diberi langkah-langkah teknik SQ3R (Survey, Question, Read, Review, Recite).
Tinjauan Awal: Membaca potongan karangan sepintas lalu untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang isi yang terkandung dalam teks.
Menyoal: Membentuk soalan-soalan yang berkaitan dengan teks. Soalan-soalan seperti apa, bila, mengapa, siapa, dan bagaimana dapat membantu membina soalan.
Membaca: Membaca secara teliti dengan pelibatan secara aktif serta mencari jawapan bagi soalan-soalan yang telah dibentuk lebih awal lagi.
Menyatakan Kembali: Mengeluarkan semula isi-isi yang terdapat dalam teks dengan menggunakan perkataan sendiri.
Meninjau Semula: Menyemak semula catatan yang telah dibuat semasa membaca. Aktiviti peneguhan ini membantu pelajar mengingat teks dengan sempurna.
SIM UNIVERSITY SU1-4
[MLL205] STUDY NOTES STUDY UNIT [2]
4. Teknik SQ4R
Setelah meneliti SQ3R, Pauk (1984) mendapati ada beberapa kelemahan terutamanya pada peringkat 'tinjauan awal' yang difikir agak terlalu lama. Pauk telah membuat beberapa perubahan dalam strategi pembacaan ini yang dikenali sebagai SQ4R. SQ4R ialah akronim bagi surveying (tinjauan), question (soalan), reading (bacaan), recording (catatan), reciting (menyatakan kembali) dan reflecting (membuat bayangan atau gambaran).
Meninjau: Meninjau kandungan teks secara ringkas dengan melihat keseluruhan teks. Membentuk soalan-soalan yang jawapannya terdapat dalam teks bacaan.
Menyoal: Membentuk soalan bagi meninjau gambaran keseluruhan kandungan teks.
Membaca: Memberi perhatian untuk menjawab soalan-soalan yang dibina semasa membaca.
Mencatat: Membuat catatan ringkas untuk mengingati apa yang dibaca.Menyatakan Kembali:
Melafazkan semula catatan yang dibuat dengan menggunakan perkataan sendiri tentang maklumat yang diperolehi daripada teks.
Membuat Bayangan atau Gambaran:
Memikirkan bagaimana idea/fakta dapat digunakan semula. Mengimbas kembali maklumat baru bersama dengan maklumat yang sedia diketahui serta melihat hubungannya.
5. Teknik PQRST
Teknik PQRST memberi panduan yang bersistem mengenai pembacaan. Teknik ini hampir sama dengan SQ3R. Sistem ini membolehkan pelajar memberi tumpuan sepenuhnya kepada bahan bacaan yang diberi. Teknik ini sesuai untuk semua peringkat dengan syarat pelajar sudah boleh membaca. Lima langkah PQRST (Preview, Question, Read, State/Summarize, Test) adalah seperti berikut:
Tinjauan Awal: Meneliti bahagian-bahagian grafik dan meninjau keseluruhan teks dengan meneliti tajuk-tajuk kecilnya.
Menyoal: Membina soalan untuk mendapatkan maklumat yang ada dalam teks.
Membaca: Baca dengan teliti untuk menjawab soalan-soalan yang telah dibina. Mencatat nota sambil membaca.
Menyatakan Kembali:
Menyatakan isi-isi penting serta menjawab soalan-soalan yang telah dibentuk tanpa merujuk teks.
Ujian Bahan: Baca semula serta mengulangkaji teks dan menguji benar atau tidak jawapan yang dibentuk kepada soalan yang dibuat. Semak dan teliti jawapan.
6. Prosedur SPaRCS
SIM UNIVERSITY SU1-5
[MLL205] STUDY NOTES STUDY UNIT [2]
Pendekatan yang diusahakan oleh Beau Fly Jones memberi tumpuan pada penggunaan kerangka (frames) dan pelan rangka grafik. Tambahan lagi pendekatan ini mengintegrasikan bacaan dan penulisan iaitu pelajar menggunakan kategori kerangka dan merangkakan struktur sebelum, semasa dan sesudah membaca teks bukan sahaja untuk menyusun maklumat tetapi untuk membuat pernyataan ringkas ketika menulis. SPaRCS merupakan ringkasan kepada perkataan Survey/Predict (tinjauan/ramalan), read/construct (bacaan/binaan), Summarise (ringkasan).
Meninjau/Meramal: Membantu pelajar meninjau fitur-fitur teks seperti tajuk dan tajuk kecil, grafik dan lain-lain lagi. Memandu pelajar meramalkan struktur teks. Menyusun soalan-soalan untuk membantu memahami teks.
Membaca/Membina: Membantu pelajar untuk memastikan apa yang diramal atau memperhalusi ramalan yang dibuat.
Meringkas: Pelajar dikehendaki menyumbang saran (brainstorm) untuk mengenal pasti idea-idea atau fakta-fakta yang penting.
7. Strategi Pengajaran Kumpulan K-W-L
Strategi K-W-L berkehendakkan pelajar berfikir secara aktif ketika membaca teks ekspositori. Huruf-huruf K, W dan L membawa makna kepada tiga aktiviti ketika belajar membaca: mengeluarkan maklumat yang mereka TAHU (K: KNOW), menentukan apa yang mereka HENDAK TAHU (W: WANT) dan mengenal pasti apa yang mereka belajar (L: LEARN) setelah membaca teks. Langkah-langkah K-W-L adalah seperti berikut:
Sebelum membaca:
Melengkapkan carta K-W-L yang disediakan seperti berikut dengan mengenal pasti apa yang anda tahu mengenai teks itu. Tuliskan soalan-soalan khusus yang mahu dijawab. Buat ramalan tentang apa yang dipelajari.
Sudah Tahu (K)
Ingin Tahu (W)
Yang Dipelajari(L)
Semasa membaca:
Mendapatkan jawapan kepada soalan-soalan yang dibina: Jika ada soalan baru catatkan dalam ruangan 'Hendak Tahu'. Isikan maklumat yang diperolehi daripada teks dalam ruangan 'Yang Dipelajari'.
Sesudah Membaca:
Bincang maklumat yang tercatat dalam ruang "Yang dipelajari". Semak soalan-soalan yang dibina dan pastikan semuanya sudah terjawab.
SIM UNIVERSITY SU1-6
[MLL205] STUDY NOTES STUDY UNIT [2]
Rumusan Beberapa Strategi Pengajaran
SQ3R yang diperkenalkan oleh F. P Robinson sungguh popular pada tahun 1940an.
Namun begitu, John dan Mc Namara (1980) melaporkan bahawa tidak ada bukti
yang nyata tentang keserlahan teknik SQ3R berbanding dengan teknik-teknik yang
lain. Kekecewaan terhadap teknik membaca SQ3R mendorong Pauk (1984)
memperkenalkan teknik SQ4R sebagai satu strategi pengajaran kefahaman bacaan.
Begitu juga dengan teknik DRTA berbanding dengan teknik DRA yang disertakan
dengan teknik berfikir bercapah (divergent thinking) untuk meningkatkan kemahiran
berfikir.
Menurut kajian R. Anderson (1977), pengetahuan yang sedia ada atau skemata
untuk menentukan apa yang dibaca adalah aspek yang agak penting untuk
memahami apa yang dibaca. Ujian dalam bilik darjah telah menunjukkan bahawa
prosedur K-W-L merupakan suatu teknik yang sungguh berkesan untuk membantu
para pelajar menjadi pemikir yang aktif untuk membolehkan mereka mengingati apa
yang dibaca (Ogle 1986).
Strategi K-W-L hampir sama dengan teknik SPaRCS yang melibatkan guru dan
murid dalam proses interaktif secara dialog dalam peringkat sebelum, semasa dan
setelah membaca. Perbezaannya ialah SPaRCS memberi penekanan dalam
penggunaan kerangka (frames) dan grafik serta mengintegrasikan bacaan dan
karangan.
Teknik membaca berdasarkan model yang melibatkan pemikiran kritis dapat
membantu pelajar menggunakan pengetahuan dan pengalaman sedia ada dalam
membuat rumusan atau membuat keputusan ke atas sesuatu persoalan yang terdapat
dalam teks bacaan. Guru harus menyediakan teks yang sesuai supaya model yang
digunakan sesuai untuk menjadikan pelajar lebih kritis dan kreatif yang merupakan
matlamat penting dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
Kepentingan Soalan dan Penyoalan dalam Pengajaran Bacaan dan Kefahaman
SIM UNIVERSITY SU1-7
[MLL205] STUDY NOTES STUDY UNIT [2]
Di sekolah rendah mahu pun di sekolah menengah, soalan dan penyoalan merupakan
aktiviti yang penting dalam pengajaran bacaan dan kefahaman. Perkara yang
terpenting dalam proses membaca ialah memahami apa yang dibaca. Ini bermakna
ia harus memikirkan tentang isi teks atau apa jua bahan yang dibaca.
Tugas guru adalah untuk membantu mereka memahami apa yang mereka membaca
dengan mengemukakan soalan untuk merangsangkan pemikiran murid dan untuk
memudahkan mereka mengingati apa yang dibaca. Guru harus tahu cara menyoal
mereka dan menggunakan bentuk soalan yang tertentu untuk memastikan
keberkesanan pengguanaan soalan.
Ada berbagai-bagai jenis soalan yang boleh digunakan. Guru boleh memilih
taksonomi soalan yang biasa digunakan seperti Taksonomi Bloom, Taksnomi
Santoz, Taksonomi Barret dan Pearson dan sebagainya.
Bloom telah menggolongkan soalan-soalan kepada beberapa kategori menurut
susunan kepayahannya seperti berikut:
Pengetahuan: Soalan kategori ini memerlukan jawapan yang berbentuk
ingatan kembali. Jawapan itu mungkin memerlukan hanya satu
perkataan, frasa atau ayat yang ringkas. Soalan ini tidak memerlukan
SIM UNIVERSITY SU1-8
[MLL205] STUDY NOTES STUDY UNIT [2]
daya taakulan yang sepenuhnya.
Kefahaman: Soalan ini berkehendakkan jawapan yang menguji
kefahaman murid tentang apa yang telah dipelajari. Pelajar dikehendaki
mendapatkan jawapan daripada teks dan menyatakan idea-idea dengan
menggunakan perkataan mereka sendiri.
Aplikasi: Dalam soalan jenis ini pelajar dikehendaki memahami apa yang
dipelajari dan menggunakan pengetahuan baru yang sudah difahami
untuk menyelesaikan masalah dalam situasi yang baru itu.
Analisis: Soalan kognitif jenis ini tergololng dalam peringkat yang tinggi
yang memerlukan pelajar menggunakan daya taakulan untuk mengesan
jawapan setelah memahami isinya.
Sintesis: Soalan jenis ini memerlukan masa untuk berfikir sebelum
menjawab. Bentuknya memerlukan murid membuat ramalan atau
menyatakan idea atau pandangan mengenai sesuatu isu.
Penilaian: Soalan jenis penilaian memerlukan kuasa berfikir yang
tertinggi.
Berdasarkan Taksonomi Barret dan Pearson, ada tiga kategori soalan
kefahaman seperti yang berikut (Marhoni Yusoff, 1999:197):
“1. Teks eksplisit
(a) Soalan pengecaman-penglihatan
(b) Soalan terjemahan
2. Teks implist
(a) Soalan aplikasi
(b) Soalan analisis
(c)Soalan sintesis
3. Skript implist
(a) Soalan penilaian
(b) Soalan penghayatan”
SIM UNIVERSITY SU1-9
[MLL205] STUDY NOTES STUDY UNIT [2]
Dalam pengajaran bacaan dan kefahaman soalan-soalan yang dibentuk harus berkait
rapat dengan idea penting dan konsep yang didapati dalam teks. Guru harus
memahami jenis soalan yang hendak dibentuk berdasarkan taksonomi yang dipilih.
Guru juga harus tahu mengenai latar belakang murid untuk mengetahui kecerdasan
mereka. Sudahkah mereka cukup bersedia untuk menjawab soalan yang
dikemukakan? Jika belum, guru harus membina kemahiran berfikir secara beransur-
ansur sehinggalah mereka bersedia untuk menjawab soalan-soalan yang memerlukan
tahap pemikiran yang tinggi.
SIM UNIVERSITY SU1-10
[MLL205] STUDY NOTES STUDY UNIT [2]
Rujukan
1. Abbas Mohd. Shariff, Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa (Singapore: Alfa
Media, 2006).
2. Abbas Mohd. Shariff, Pendidikan: Satu Panduan Praktis (Singapore: Alafa
Media, 2003).
3. Marohaini Yusoff, Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman (Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999).
SIM UNIVERSITY SU1-11
[MLL205] STUDY NOTES STUDY UNIT [2]
Bab 2: Pengajaran Kosa Kata dan Masalah Kebolehbacaan
OBJEKTIF
Pada akhir bab ini, anda harus tahu mengenai:
(a) Cara mempertingkatkan kosa kata murid-murid
(b) Cara menggunakan prinsip teori skema dalam aktivit bacaan
(c) Masalah murid dan tahap kebolehbacaan bahan bacaan
SIM UNIVERSITY SU1-12
[MLL205] STUDY NOTES STUDY UNIT [2]
Pengajaran Kosa Kata
Pemerolehan kosa kata berlaku sejak kecil lagi melalui pelbagai proses. Semakin
banyak perbendaharaan kata yang diperolehi semakin yakin seseorang dapat
berkomunikasi atau dapat memahami sesuatu teks dengan berkesan. Tujuan utama
dalam sesuatu program pengajaran bahasa ialah untuk membantu pelajar membina
saiz perbendaharaan kata.
Ada tiga jenis kosa kata iaitu: kata-kata berfrekuansi tinggi, kata-kata berfrekuensi
rendah dan kata-kata khusus. Guru harus tahu jenis kosa kata yang hendak diajar
agar ia dapat mengaturkan strategi yang harus digunakan untuk menjadikan
pengajaran kosa kata lebih berkesan. Guru harus tahu cara mengenalkan ketiga-tiga
jenis perbendaharaan kata itu dan cara melatih mereka menggunakannya. Guru juga
harus mengulangkaji pemahaman perbendaharaan kata yang telah diperkenalkan
agar mereka dapat menggunakannya dalam proses penulisan.
Ada dua cara pembelajaran yang berkaitan dengan perbendaharaan kata. Apabila
seseorang menemui perkataan sukar dan ia dapat mengingati maknanya, maka
proses ini disebut sebagai pembelajaran reseptif. Apabila ia dapat mengenal
maknanya kemudian dapat menggunakannya dalam karangan maka proses ini
disebut sebagai pembelajaran produktif. Ini bermakna bahawa apabila seseorang itu
hanya hendak memahami sesuatu bahan ia hanya memerlukan kosa kata jenis
reseptif. Sebaliknya jika ia mahu menggunakannya dalam penulisan maka latihan
yang lebih intensif diperlukan melalui beberapa kegiatan yang tertentu.
Setelah mengetahui jenis perbendaharaan kata yang hendak diajar, guru harus tahu
jenis strategi yang harus digunakan. Adakah ia hanya hendak mengenalkan makna
perkataan itu atau hendak mengukuhkannya dengan memberi bahan-baan bacaan?
Dengan aktiviti-aktiviti tambahan, pelajar bukan sahaja tahu konsep sebalik makna
perkataan itu malah tahu jenis kolokasi yang berkaitan dengan perkataan itu serta
mendapat gambaran corak perkataan itu.
Ada pelbagai cara untuk mengenalkan sesuatu perkataan. Satu cara yang lumrah
dilakukan ialah dengan memberi makna untuk menerangkan sesuatu perkataan atau
SIM UNIVERSITY SU1-13
[MLL205] STUDY NOTES STUDY UNIT [2]
meminta pelajar memberi makna perkataan sukar setelah bahan dibaca. Kadang-
kadang guru boleh menyuruh mereka membina ayat daripada perkataan baharu
yang diperkenalkan. Guru juga boleh menggunakan kaedah terjemahan iaitu
memberi makna melalui bahasa yang mereka dapat memahaminya. Ada juga cara
lain yang jarang digunakan iaitu membunyikan perkataan itu untuk mereka
mengesan maknanya. Walau apa pun teknik atau gabungan teknik yang digunakan
perlu diingat bahawa gurulah yang menentukan keberkesanan sesuatu pengajaran.
Penerangan selanjutnya akan memaparkan huraian yang lebih berfokus mengenai
pengajaran perbendaharaan kata.
Kaedah Senarai-Kumpul-Namakan dan Matriks
Ada pelbagai strategi yang lain yang menggunakan prinsip teori skema yang
memberi penekanan kepada pembinaan pengetahuan sedia ada untuk mengajar
perbendaharaan kata. Ciri-ciri senarai- kumpul-namakan dan matriks merupakan
antara beberapa strategi yang memudahkan pelajar mengenal makna perkataan
baru. Penggunaan strategi ini boleh dilakukan secara berpasangan, kumpulan atau
secara keseluruhan kelas.
Senarai-Kumpul-Namakan
Guru boleh memperkenalkan tajuk yang berkaitan dengan perkara yang hendak
diajar, misalnya tajuk pencemaraan. Setiap murid diminta untuk memberi seberapa
banyak perkataan untuk membina rangkaian kosa kata mengenai pencemaran. Guru
membimbing murid untuk mengumpulkan kata-kata yang telah disenaraikan itu
menurut kumpulannya yang tertentu.
Contoh:
Pembakaran hutan, karbon monoksida, tumpahan minyak, penebangan pokok, asap
rokok, pembuangan sampah, pembuangan bahan toksid, gangguan bunyi dan
sebagainya.
PENCEMARANDarat Laut/Air Udara
Senarai-Kumpul-Namakan: ‘pencemaran’
SIM UNIVERSITY SU1-14
[MLL205] STUDY NOTES STUDY UNIT [2]
Matriks
Kita sedia maklum bahawa perkataan mempunyai ciri-ciri tertentu. Ada ciri yang
unik bagi perkataan itu sahaja dan ada ciri yang dikongsi bersama dengan perkataan
lain. Dengan teknik ini guru dapat membina perbendahraan kata yang luas dan
secara tidak langsung dapat membantu murid dalam proses penulisan karangan.
Berikut diberi beberapa contoh mengenai teknik menggunakan ciri-ciri matriks:
1. Guru memilih satu kategori perktaan atau konsep sebagai rangsangan bagi
pengajaran perbendaharaan kata (misalnya beberapa bahagian mengenai
‘penyakit’).
2. Secara kumpulan kecil murid-murid berbincang serta menyenaraikan
bahagian bagi kategori yang dipilih seperti berikut:
Kategori mengenai ‘penyakit’
3. Guru membimbing murid untuk menyenaraikan sifat atau ciri yang dapat
dikaitkan dengan kategori perkataan yang dipilih. Murid-murid akan
berbincang kemudian mengisikan matriks dengan menuliskan tanda campur
(+) dan tolak (-) untuk menunjukkan ciri yang dimiliki dan tidak dimilikinya.
Contoh 1: Beberapa penyakit serta cara-cara mengendalikannya
SIM UNIVERSITY SU1-15
[MLL205] STUDY NOTES STUDY UNIT [2]
Matriks mengenai ‘penyakit’
Teknik Mengajar Perbendaharaan Kata
Kita sedia maklum bahawa setiap perkataan mempunyai bentuk apabila kita
menuliskannya. Apabila perkataan itu disebut kita melahirkan bunyinya. Ada guru
yang beranggapan bahawa apabila kita mengenalkan perkataan, murid harus
mendengar bunyi perkataannya dahulu sebelum dia menuturkannya. Ia harus
menuturkannya sebelum membacanya. Ada juga yang tidak bersetuju dengan
pendapat ini. Namun demikian terserahlah kepada setiap guru mencuba dengan
teknik yang difikirkan berfaedah. Harus ditekankan di sini bahawa ada teknik yang
sesuai untuk sesuatu kumpulan mungkin tidak sesuai untuk kumpulan murid yang
lain.
Ada perkataan yang mudah diperkenalkan seperti jenis kata nama, kata kerja, kata
adjektif dan kata tugas. Ada pula yang agak sukar sedikit sebab berupa abstrak. Ada
juga kata-kata yang bergantung kepada yang lain yang ada kaitan dengan tatabahasa
seperti kata sendi nama, partikel terikat dan sebagainya.
SIM UNIVERSITY SU1-16
[MLL205] STUDY NOTES STUDY UNIT [2]
Di peringkat sekolah rendah pelbagai teknik boleh digunakan untuk mengajar
perbendaharaan kata seperti yang berikut:
(a) Menunjukkan sesuatu bahan (seperti buku, meja, lampu dan sebagainya).
(b) Menunjukkan atau membuat perbandingan mengenai sesuatu bentuk (seperti
bulat, bujur, tiga segi, gemuk, kurus, tinggi, rendah dan sebagainya).
(c) Melakukan sesuatu dengan menggunakan anggota badan seperti tangan, kaki
dan mimik muka (seperti melompat, berjalan, tunduk, cepat, lambat dan
sebagainya); lakon ajuk dan gerak-geri (seperti perlahan, cepat, marah,
terhuyung-hayang dan sebagainya); membayangkan dengan perasaan seperti
gembira, sedih, panas, haus, marah, penat dan sebagainya.
(d) Menggunakan bahan ‘realia’ iaitu benda-benda yang sebenarnya atau model
sesuatu benda dibawa ke sekolah yang dapat menarik perhatian murid-murid
(misalnya buah-buahan, barang-barang mainan dan sebagainya).
Bahan- bahan yang sukar dibawa ke dalam bilik darjah boleh ditunjukkan
melalui gambar-gambar yang diambil daripada majalah, surat khabar,
internet dan sebagainya. Kad imbasan juga boleh digunakan untuk tujuan
tersebut. Bahan-bahan ini dapat memberi gambaran yang jelas dalam proses
pembelajaran.
(e) Melukis gambar wajah yang menggambarkan berbagai emosi dapat dilukis
dengan mempelbagaikan bentuk mata dan mulut seperti menangis, senyum,
marah dan sebagainya.
(f) Melukis “orang-orang lidi” untuk memperlihatkan sesuatu aktiviti yang
boleh dijadikan bahan perbincangan atau soalan. Misalnya, lukisan berikut
boleh dijadikan bahan perbincangan untuk menceritakan apa yang mereka
lihat.
(g) Melukis kegiatan-kegiatan yang mereka telah lakukan pada hujung minggu
yang lalu untuk menguji penguasaan perbendaharaan kata murid (seperti
keadaan di sebuah pasar, lawatan ke taman haiwan dan sebagainya).
Bincangkan lukisan mereka untuk memperkenalkan perkataan-perkataan
baru.
SIM UNIVERSITY SU1-17
[MLL205] STUDY NOTES STUDY UNIT [2]
Menurut Konteks
Dalam sesuatu pelajaran yang memakan masa selama 40 minit guru boleh
memperkenalkan kira-kira lima hingga tujuh patah perkataan baru. Ini bergantung
kepada kebolehan murid-murid menguasai bahasa itu. Guru boleh menambahkan
bilangan perkataan itu atau mengurangkan jika mereka sukar mengingatinya. Namun
demikian perkataan yang hendak diajar dalam kefahaman harus dikaitkan dengan
kehidupan harian.
Selain daripada strategi mengajar kosa kata dengan menggunakan kaedah secara
terus menerus itu ada satu lagi strategi yang membolehkan pelajar mencari makna
perkataan sukar secara sendiri (decode for themselves). Ini hanya boleh dilakukan
apabila seseorang itu sudah mempunyai kosa kata yang asas. Apabila pelajar itu
sudah menguasai 2,000 -3,000 patah perkataan dalam sesuatu bahasa bererti ia
sudah menguasai 80% daripada perkataan yang ia sering temui. Namun demikian,
Honeyfield (1977) menyatakan bahawa pelajar yang bijak yang telah menguasai
sebanyak 3,000 patah perkataan masih menghadapi masalah mentafsirkan teks yang
mengandungi perkataan-perkataan yang tidak kerap digunakan (infrequent words).
Satu lagi kaedah yang sungguh berkesan serta digalakkan ialah mengajar menurut
konteks iaitu dengan cara meneka maknanya. Murid akan membaca keseluruhan
ayat kemudian meneka maknanya yang boleh diperolehi daripada ayat itu. Murid
harus membuat inferen berdasarkan konteks penggunaan perkataan baharu itu.
Ada beberapa maklumat yang dapat membantu untuk menggunakan kaedah konteks
secara berkesan. Bahan bacaan yang mempunyai gambar, ilustrasi, carta, huruf
condong atau tebal dan sebagainya dapat memberi bayangan kepada makna
perkataan baru. Teknik bantuan tipografi ini serba sedikit dapat membantu meneka
makna perkataan baharu atau sukar. Namun demikian jika bahan yang dibaca itu
mempunyai banyak perkataan sukar maka teknik ini tidak dapat membantu
menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Satu lagi teknik yang dapat menghuraikan makna yang sukar ialah dengan
melihatnya dari sudut sintaksis dan semantik. Nation (1990:162) telah memberi
SIM UNIVERSITY SU1-18
[MLL205] STUDY NOTES STUDY UNIT [2]
langkah-langkah tertentu untuk menguasai kemahiran meneka makna seperti
berikut:
Langkah 1: Lihat perkataan yang sukar dan tentukan jenisnya dalam
nahu. Adakah perkataan itu berupa kata nama, kata kerja, kata adjektif
atau kata sendi.
Langkah 2: Lihat klausanya atau ayat yang mengandungi perkataan
sukar. Jika perkataan yang sukar itu berupa kata nama, lihat kata sifat
yang menerangkannya. Apakah kata kerja yang mendekatinya? Apakah
fungsi kata nama itu atau apa yang dijadikannya? Jika perkataan sukar
itu kata kerja apakah kata nama yang mengiringinya? Adakah perkataan
itu dimudahkan dengan kata adjektif? Jika perkataan itu kata adjektif
apakah kata nama yang mengirinya?
Langkah 3: Lihat hubungan di antara klausa atau ayat yang
mengandungi perkataan yang sukar dengan ayat-ayat lain atau
perenggan. Kadang-kadang hubungan dapat dilihat melalui kata sendi
seperti tetapi, kerana, jika, bila atau dengan kata-kata seperti walau
bagaimanapun, dan akibatnya.
Langkah 4: Gunakan pengetahuan yang diperolehi daripada langkah 3
ke langkah 4 untuk meneka makna perkataan.
Langkah 5: Pastikan yang tekaan anda itu tepat atau tidak.
(a) Lihat jenisnya dalam nahu. Adakah sama dengan golongan
pembahagian perkataan sukar? Jika tidak sama, maka ada sesuatu
yang tidak betul mengenai tekaan anda.
(b) Gantikan perkataan sukar itu dengan perkataan tekaan anda.
Jika ayat itu memberi makna bererti tekaan anda mungkin betul.
(c) Pecahkan perkataan sukar itu kepada awalan, kata akar dan
imbuhan jika boleh. Jika makna awalan dan kata akar sesuai dengan
tekaan anda itu tanda baik. Jika tidak lihat tekaan anda sekali lagi,
tetapi jangan tukar apa-apa pun jika anda pasti dengan tekaan anda.
(Nation, 1990, ms 162-163)
SIM UNIVERSITY SU1-19
[MLL205] STUDY NOTES STUDY UNIT [2]
Pembelajaran Perbendaharaan Kata di Sekolah
Para pelajar harus didedahkan kepada seberapa banyak kosa kata lisan dan tulisan
melalui pelbagai aktiviti yang dianjurkan. Tumpuan harus diberi pada pemilihan
kata, maknanya, ejaannya serta hubungannya dengan kata-kata yang lain. Jika
persekitaran kelas itu dapat dipenuhi dengan suasana pembelajaran yang
merangsang pembelajaran kosa kata, ini bererti bahawa guru telah berjaya
membentuk iklim pembelajaran yang memudahkan pembelajaran perbendaharaan
kata.
Buku Perbendaharaan Kata
Galakkan para pelajar memiliki ‘buku perbendaharaan kata’ agar mereka dapat
mencatatkan perkataan-perkataan sukar dengan maknanya di bawah pelbagai tajuk
seperti: kata kerja, kata nama, kata adjektif, kata ganda dan kata pinjaman. Aktiviti
ini harus dijadikan sebagai usaha yang berterusan untuk melihat kejayaannya.
Sumber Perpustakaan
Perpustakaan sekolah dan bilik darjah harus ada bahan-bahan sumber yang boleh
dijadikan rujukan para pelajar seperti pelbagai jenis kamus, tesaurus, buku-buku
yang berkaitan dengan kemahiran bahasa dan sebagainya.
Peralatan Elektronik
Dengan kecanggihan peralatan zaman ini, banyak perkataan dapat dijelaskan dengan
menggunakan komputer. Murid-murid mendapat gambaran yang sejelasnya dengan
tayangan berserta bunyi serta fungsi-fungsi lain (seperti animasi, simulasi dan lain-
lain) yang menjadikan bahan pengajaran lebih seronok untuk dipelajari.
Persekitaran sekolah dan bilik darjah harus dilengkapi dengan pelbagai jenis
peralatan elektronik (perkakasan dan sofwe seperti kamus elektronik) untuk
membolehkan para pelajar mendapatkan maklumat yang dikehendaki.
SIM UNIVERSITY SU1-20
[MLL205] STUDY NOTES STUDY UNIT [2]
Kolokasi
Kata-kata yang berkaitan yang kerap kelihatan wujud bersebelahan antara satu sama
lain dikatakan sebagai kolokasi. Kata-katanya diatur dalam pola yang tetap.
Menurut Nation (2001:317) kolokasi merupakan “items which frequently occur
together and have some degree of semantic unpredictability”.
Menurut Asmah Hj Omar (2008:283) “Kolokasi bermakna perkaitan antara dua kata
yang diletakkan pada paksi sintagmatik yang menimbulkan makna yang dapat
diterima oleh pengguna bahasa. Kata memakai boleh berkolokasi dengan baju,
menghasilkan memakai baju, tetapi kata makan tidak boleh berkolokasi dengan baju.
Kata makan boleh berkolokasi dengan nasi, roti, buah, ubat dan sebagainya”.
Pawley dan Syder (1983) menyatakan bahawa:
“….the best way to explain how language users produce
nativelike sentences and use the language fluently is that in
addition to knowing the rules of the language, they store
memory and draw on them in language use. Thus each
word in the language is likely to be stored many times,
once as a single item in the language and many times in
memorized chunks.”
Kolokasi dalam bahasa Melayu seperti pemuda kacak, gadis ayu, makanan sihat dan
sebagainya membayangkan bahawa ada kata-kata berada dalam sesuatu kelompok
yang tertentu yang memudahkan otak mengingatinya serta mengeluarkannya ketika
diperlukan.
Kata Sumber
Kebanyakan kata asing yang menyerap masuk ke dalam bahasa Melayu
menunjukkan bentuk yang baru sehingga tidak begitu jelas lagi bentuk dan bunyi
asalnya. Sebutan perkataan serta ejaannya pun telah berubah untuk menurut sebutan
SIM UNIVERSITY SU1-21
[MLL205] STUDY NOTES STUDY UNIT [2]
bahasa Melayu. Misalnya perkataan ‘basikal’ berasal daripada perkataan bahasa
Inggeris bicycle.
Kebolehbacaan
Kebolehbacaan Bahan BacaanTahap kesukaran atau kesenangan sesuatu bahan merupakan ukuran kepada tahap kebolebacaan
bahan. Ini dapat dibahagikan kepada tiga peringkat seperti yang berikut:
1Senang membaca bahan
bacaan serta memahaminya
2Boleh membaca bahan bacaan dengan bantuan
3Sukar memahami
bahan bacaan sehingga
mengecewakan
Seperti yang dinyatakan dahulu, bahawa faktor yang ada pada bahan bacaan
mempengaruhi kebolehbacaan bahan bercetak. Ini termasuk perbendaharaan kata,
pembentukan ayat dan panjang pendek ayat. Faktor-faktor lain termasuk
penyusunan bahan visual dan grafik (saiz dan stail cetakan) dan cara bahan itu
disajikan.
Teknik Kloz sebagai alat menilai tahap kebolehbacaan
teksProsedur kloz merupakan satu prosedur untuk menilai tahap kebolehbacaan sesuatu
bahan bacaan. Prosedur kloz biasanya diadakan berdasarkan petikan keratan
bacaan. Teknik menggunakan ujian kloz sebagai alat untuk menguji kefahaman
bacaan boleh digunakan untuk murid-murid sekolah rendah dan menengah. Teknik
ini memerlukan prosedur-prosedur tertentu untuk mentadbirkannya.
Pada setiap perkataan yang kelima digugurkan perkataan untuk membolehkan
murid meneka dan mengisikan perkataan yang tepat. Ayat yang pertama dan juga
ayat yang terakhir tidak diusik untuk menolong murid memahami kandungan
karangan itu.
Ujian kloz yang standard biasanya menggunakan keratan bacaan yang tidak kurang
daripada 250 patah perkataan. Tujuannya ialah untuk mengisi 50 item kloz (di
SIM UNIVERSITY SU1-22
[MLL205] STUDY NOTES STUDY UNIT [2]
tempat-tempat kosong), sekiranya guru menggunakan nisbah tetap 1:5. Untuk
kegunaan di peringkat sekolah rendah, keratan bacaan yang panjangnya di antara
100 – 160 patah perkataan boleh digunakan.
Nisbah tetap akan memberi kesahan dan kebolehpercayaan yang lebih baik daripada
nisbah yang tidak tetap (penguji menggunakan budi bicara apabila perkataan-
perkataan yang patut dikeluarkan).
Guru perlu menyesuaikan bahan yang digunakan dengan kebolehan murid
membaca. Dengan menyediakan bahan bacaan yang bersesuaian dengan kebolehan
murid membaca, bererti guru dapat membantu menyelesaikan sebahagian daripada
masalah bacaan yang dihadapi oleh murid-murid.
Masalah DisleksiaMenurut Ensiklopedia, disleksia menjejas pemerolehan dan perkembangan bahasa
seseorang dan ini dinyatakan seperti yang berikut:
“Dyslexia refers to a continuum of severe impairments in
the acquisition and development of written language.
These chilhood disabilities result in reading and spelling
performance from one and a half to two years or more
below levels appropriate to age.”
Sering dilabelkan disleksik kepada kanak-kanak yang mengalami kesusahan belajar
membaca atau mempunyai disleksia. Label ini tidak sesuai digunakan sebab ramai
orang mengalami disleksik pada satu ketika di dalam kehidupan seseorang. Cara
untuk mengatasinya adalah terus belajar membaca.
Ada pendapat yang mengatakan bahawa disleksia disebabkan kecacatan otak atau
salah fungsi otak. Kepercayaan bahawa satu ketika seseorang boleh membaca tetapi
disebabkan kecederaan atau kerosakan otak berlaku kehilangan daya untuk
bercakap. Ini tidak berlaku di sekolah sebab ramai kanak-kanak sekolah tidak
mengalami kecederaan otak dan tidak terdapat bukti bahawa kanak-kanak yang
SIM UNIVERSITY SU1-23
[MLL205] STUDY NOTES STUDY UNIT [2]
tidak boleh membaca mempunyai kecacatan otak. Biasanya kanak-kanak
mempunyai kesusahan membaca disebabkan masalah penglihatan.
Menurut Paul Eggen dan Don Kauchak(1997:171):
“One in 10 students enters school with some type of visual
impairment. Fortunately, most of these impairments can be
corrected with glasses, surgery or therapy. In some
situations, though the impairment cannot be corrected.
People with this type of condition possess a visual
disability.”
Fenomena keterbalikan merupakan perkara yang lumrah yang berlaku di kalangan
murid-murid di sekolah rendah. Huruf-hurf seperti b dengan d, huruf p dengan q
merupakan satu masalah yang memerlukan “pemulihan” supaya belajar membaca
tidak bertambah payah.
“Pembaca bermasalah” memerlukan latihan dan latih tubi sebelum didedahkan
kepada bacaan yang lebih bermakna. Cara yang paling berkesan ialah membantu
kanak-kanak dengan latihan yang tidak susah dan masalah membaca boleh diatasi.
Ramai pendidik yang mencadangkan pengajaran pemulihan yang menekankan
kepada empat komponen seperti yang berikut:
“(1) Programs should be systematically, sequentially
organised around the structure of the written language
system.
(2) Instruction should be gradual and phonically based,
providing a phonological route in reading.
(3) Intrinsic problems in memory and self-esteem
require overlearning techniques and novelty.
(4) Strengths of the individual child should be
continually emphasised, along with work on specific
areas of deficit.”
SIM UNIVERSITY SU1-24