dosa semalam

Upload: kelabk

Post on 09-Apr-2018

453 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    1/147

    Adilla Tasha

    1

    RINGGGringgg.

    Bunyi jam loceng di

    hujung kepala membuatkan aku

    terjaga.

    Kenapalah jam ni berbunyi masa aku sedang enak

    dibuai mimpi... bisikku sendiri sambil mata masih terpejam.

    Satu dua tiga. Aku membilang masa dan

    kedengaran satu suara.

    Hanim... bangun nak, dah subuh ni!

    Lantang suara itu dan disusuli dengan bunyi

    ketukan di pintu.

    Hanim dah bangun, mak. Sekejap lagi Hanim

    keluar! Aku menolak malas selimut yang menutupi tubuhku.

    Kucapai tuala mandi di ampaian dan keluar menuju ke bilik

    mandi yang terletak bersebelahan dengan bilikku.

    Oiii!!! Sejuknya!!! luahku lemah tetapi kesejukan

    yang menggigit tubuh ini harus kulontar jauh-jauh demi

    membolehkan aku menunaikan kewajipan pada Yang Esa.

    Bab1

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    2/147

    Dosa Semalam

    2

    MAK masak apa ni, harumnya bau! pujiku sekali gus

    mengusik mak pagi-pagi begini.

    Bau aje, bukan nak menolong... keluh mak,

    sengaja.

    Aku hanya tersenyum dan memeluk mesra bahu

    mak.

    Dah kejut adik-adik? tanya mak sambil menumis

    cili di dalam kuali.

    Dah... cuma alang tu liat sikit nak bangun, mak.

    Itu pun Hanim jerit kat telinga dia, baru bergerak sikit,

    aduku pada mak.

    Memang di kalangan adik-beradik, alang agak degil

    dan suka memberontak berbanding angah, Harun dan

    Hamdan.

    Jangan buat begitu, tak baik. Kalau kita tunjukkan

    tauladan tak elok dengan adik-adik, nanti mereka akan

    terikut-ikut dengan perangai kita.

    Nasihat mak lembut masuk ke telingaku. Begitulah

    mak yang penuh kelembutan dalam mendidik dan menjaga

    rumah tangganya.

    Hanim mintak maa mak, lain kali Hanim tak buatlagi, akurku bersama sebuah janji. Kukucup pipi mak penuh

    kasih sayang.

    Mak tersenyum.

    Hanim kerja hari ni? Mak yang sedang mengacau

    bihun di dalam kuali bertanya.

    Kerjalah, mak. Lagipun hari ni Dato Hassan adameeting. Kalau Hanim tak ada, tentu dia kelam-kabut,

    luahku sambil mencapai tuala kecil yang digunakan untuk

    mengelap meja.

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    3/147

    Adilla Tasha

    3

    Mak yang sibuk sedari tadi hanya memandangku

    sekilas.

    Capaikan mak botol kicap tu, Nim, arah mak.

    Aku segera mengambil botol kicap yang terletak di

    atas para dan menyerahkan kepada mak. Kuteliti kerja mak

    dengan penuh minat. Kalau mak memasak memang tiada

    siapa yang boleh menandinginya. Hasil tangannya bagaikan

    ada jampi serapah kerana walaupun aku sudah kenyang

    sepulang dari kerja, tetapi bila melihat sahaja masakan maksecara tiba-tiba perutku menjadi lapar semula.

    Baguslah Hanim... kerja elok-elok. Nasib baiklah

    Dato Hassan nak ambil Hanim bekerja sebagai pembantunya.

    Kalau diikut dari sijil Hanim, mak rasa Hanim tak layak kerja

    dengan Dato Hassan tu.

    Aku tahu mak dan abah banyak berkorban untukku. Walaupun aku layak untuk menyambung pelajaran, tetapi

    nasib tidak menyebelahiku. Abah tidak mampu membiayai

    pengajianku di menara gading. Sijil SPM berpangkat satu

    masih kemas berada di dalam simpananku.

    Memang aku akui dengan sijil tersebut aku boleh

    memohon biasiswa, tetapi dalam masa menanti pengeluaran

    biasiswa tersebut, di mana aku nak cekau (ambil) duit untuk

    menampung perbelanjaanku di sana? Pekerjaan abah sebagai

    pengawal keselamatan dan menanggung lima orang anak

    sudah cukup membebankannya. Aku kagum dengan

    semangat abah yang tidak pernah mengeluh dalam membina

    sebuah kehidupan yang agak teratur untuk keluarganya.

    Hanya aku sahaja yang meminta agar abah aham dengan

    niat suciku untuk membantunya. Walaupun ditentang pada

    mulanya, namun akhirnya mak dan abah terpaksa akur

    dengan kedegilanku.

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    4/147

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    5/147

    Adilla Tasha

    5

    berkepuk di dalam laci, kalau akal pendek, sijil itu umpama

    kertas sahaja.

    Aku menjadikan kata-katanya sebagai azimat.

    Mempunyai majikan seperti Dato Hassan adalah satu rahmat

    yang tidak ternilai. Dia tidak cerewet dan aku boleh

    berbincang dengannya kalau ada sebarang masalah tentang

    kerja. Pesannya juga, jangan malu untuk bertanya daripada

    kita berlagak pandai. Sikap ramahnya dengan kakitangan di

    cawangan ini memang tiada siapa boleh nakan. Kamisentiasa kagum dengan peribadinya yang tidak memilih siapa

    pun untuk didampinginya.

    Tanggungjawabnya kepada keluarga membuat aku

    memandang tinggi kepadanya. Setiap hujung bulan dia akan

    pulang ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan keluarganya.

    Kadangkala Datin Kalsom akan datang ke daerah Manjung ini

    untuk berada di sisinya. Anak-anaknya yang seramai empat

    orang itu masing-masing sudah berkerjaya dan ada yang

    masih menuntut di pusat pengajian tinggi, tetapi mereka

    sering meneleon Dato Hassan untuk bertanya khabar berita.

    Anak-anaknya juga berbudi pekerti mulia seperti dia dan

    isterinya. Mereka sekeluarga kaya dalam serba-serbi. Hanya

    aku saja, Nurul Hanim Hamidi yang masih merangkak-rangkak dalam membentuk kehidupan dan hala tujuku.

    ASSALAMUALAIKUM Hanim. Pagi-pagi dah termenung,

    ingatkan siapa? Cik abang ke? tegur Dato Hassan.

    Aku yang termangu sambil memegang pen,terkejut. Spontan kuhadiahkan senyuman seraya memandang

    Dato Hassan yang memang suka sangat menyakat aku.

    Waalaikumussalam, Dato. Maakan saya. Tak

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    6/147

    Dosa Semalam

    6

    perasan Dato masuk tadi. Aku cuba menutup kegugupan

    diri walaupun pipi sudah merona merah bila Dato Hassan

    masih tersenyum memandangku.

    Itulah, asyik ingat cik abang saja, mana nak

    perasan saya masuk... usik Dato Hassan lagi.

    Mana ada Dato ni, ke situ pula! Siapalah nakkan

    saya ni, Dato. Harta tiada, rupa apatah lagi. Aku membalas

    usikannya walaupun jauh di sudut hati, aku terpaksa

    mengakui bahawa itulah kebenarannya.

    Hanim Hanim. Siapa kata Hanim tak cantik?

    Kalau isteri saya benarkan saya buka cawangan baru, dah

    lama Hanim saya pinang.

    Usikanku spontan dibalas oleh Dato Hassan.

    Amboi! Beraninya, Dato. Kalau Datin ada, mesti

    dah kena tarik telinga, gurauku dan kutahu kata-katatersebut hanya untuk menceriakan suasana pagi kami.

    Eh... salah cakappulak. Yang sebenarnya saya nak

    cakap kalau anak lelaki saya belum kahwin lagi, mesti saya

    jadikan awak menantu, usik Dato Hassan lagi.

    Dato ni dah mulalah tu.

    Aku terasa segan bila Dato Hassan mula menyentuhgurauan yang sering kami luahkan pada setiap kali berbicara.

    Apa yang dipandangnya pada diri yang serba kekurangan ini

    tidak aku ketahui, tetapi Dato Hassan sering memujiku yang

    masih menjaga adat ketimuran dan sopan santun dalam

    pergaulan seharian. Katanya di zaman yang membangun ini

    sukar untuk berjumpa dengan anak gadis yang serupa

    denganku. Ha ha tingginya li Dato tekan untukmenaikkan sahamku.

    Okeylah saya kalah.

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    7/147

    Adilla Tasha

    7

    Dato Hassan akhirnya menutup perbualan kami

    dengan rasa bersalah.

    Baiklah, apa yang perlu saya buat hari ini? tanya

    Dato Hassan sambil menolak pintu biliknya.

    Aku segera bangun mengikut langkah Dato

    Hassan.

    Beg bimbitnya diletakkan di sebelah meja dan mula

    duduk di kerusi empuknya. Okey apa agenda saya hari

    ni?

    Dato ada temu janji dengan Encik Rajakrisnan

    dari syarikat Raj & Son Sdn. Bhd. di tapak projek jam sebelas

    pagi. Jam satu petang ada temu janji makan tengah hari di

    Hotel Singgahsana di Ipoh dengan Encik Lim yang loyar

    buruk tu, dan pada sebelah petang ada mesyuarat dengan

    semua pegawai di sini berkenaan laporan bulanan mereka,beritahuku dan mengangkat wajah lantas terpandang wajah

    Dato Hassan yang sedang tersenyum. Kenapa Dato

    tersenyum ni, sakit ke?

    Aku benar-benar pelik dengan telatah Dato Hassan

    hari ini. Pergaulan kami yang agak rapat menjadikan aku

    suka mengusik Dato Hassan tidak kira masa. Tetapi aku

    sentiasa menjaga gurauanku agar tidak melanggar benteng

    yang ada di antara aku dan Dato Hassan.

    Apa yang awak anti sangat dengan Encik Lim tu,

    Hanim? tanya Dato Hassan, masih tersenyum.

    Bukan saya anti, tetapi Encik Lim tu gatal nak

    mampus! Cepat-cepat aku menutup mulut yang kurasakan

    agak celopar kali ini.

    Awak jangan Hanim... awak marah-marah orang

    suatu hari nanti awak akan jatuh cinta dengan orang tu baru

    awak tahu! usik Dato Hassan lagi.

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    8/147

    Dosa Semalam

    8

    Idak le teman sio, yop. (Saya tak ingin, abang

    long). Tak sanggup teman.

    Entah kenapa loghat negeri terkeluar dari mulutku.

    Pecah ketawa Dato Hassan bila melihat cara aku bercakap.

    Memang kuakui yang mulutku ini kadangkala tidak boleh

    dikawal.

    Dato nikan, malaslah saya nak layan. Baik saya

    keluar dulu.

    Malu dengan kealpaan diri, aku segera

    meninggalkan Dato Hassan yang masih ketawa sambil

    menggeleng kepala.

    Kerja yang menambun sambil mengatur setiap janji

    temu Dato Hassan kadangkala membuatkan aku terlupa

    waktu makan. Aku sering menyuruh Khatijah membungkus

    roti atau kuih untuk aku mengalas perut sebelum sampai kerumah. Bukan tidak pernah kawan-kawan di pejabat ini

    menegur aku yang jarang menyertai mereka keluar makan.

    Bagiku di kawasan Manjung ini, apa yang hendak dipilih

    sangat pasal makanan kerana semuanya sama, lainlah kalau

    di Ipoh. Jadi lebih baik aku makan masakan mak di rumah.

    Selamat duit dan selamat tenaga. Teleon yang berbunyi di

    atas meja mematikan lamunanku.

    Selamat tengah hari, Bersatu Holdings Berhad di

    sini. Walaupun malas untuk menjawab panggilan pada

    waktu makan tengah hari begini, kugagahkan juga. Takut-

    takut ada panggilan yang mustahak. Apatah lagi teleonku

    sudah diprogramkan untuk menerima panggilan ketika

    waktu rehat.

    Boleh I bercakap dengan Dato Hassan?

    Suara di hujung talian bergema sebaik sahaja aku

    habis menjawab.

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    9/147

    Adilla Tasha

    9

    Maa encik, Dato Hassan tiada. Boleh saya tahu

    siapa di talian? tanyaku sambil membuka buku catatan

    untuk mengambil nama pemanggil tersebut.

    Kalau begitu, sambungkan kepada setiausahanya,

    arahnya tanpa memberikan aku jawapan.

    Sayalah setiausahanya, jawabku selamba. Hatiku

    mula dihambat rasa geram dengan caranya memberi arahan.

    Oh you setiausahanya. I ingatkan you ni

    penyambut tetamu.

    Dari nadanya aku tahu dia menyindirku.

    Boleh saya tahu nama encik? Aku cuba mengawal

    suaraku walau dada ini rasa bergelojak. Ada yang kena

    hamput dengan aku ni....

    You siapa nama?

    Aku pula ditanyanya.

    Takkan setiausaha pada seorang Dato tiada nama

    pula?

    Mungkin dia ini sengaja hendak menyalakan api

    kemarahanku. Tenang, Hanim... tenang. Banyakkan bersabar.

    Tarik naas perlahan-lahan. Aku cuba menenteramkan diriku

    sendiri.

    Saya, Nurul Hanim. Boleh saya tahu siapa nama

    encik? Aku masih cuba mengawal keadaan. Nada suaraku

    juga cuba dilembutkan. Aku tidak mahu merosakkan nama

    Dato Hassan di mata orang luar. Sedangkan Encik Lim yang

    gatal bolehku handle, apatah lagi lelaki yang tidak bernama

    di hujung talian ini.Nurul Hanim. Hmmm... sedap nama tu sesedap

    suara di hujung sana.

    Aku mendengus keras bila mendengar bicara

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    10/147

    Dosa Semalam

    10

    lembut suara di hujung talian itu. Ulat bulu dah naik daun.

    Gatalnya jaga kau!

    Kalau encik tidak nak beritahu nama encik, lebih

    baik saya letakkan teleon ni. Aku gagal mengawal

    kemarahanku.

    I tak tahulah... bila dengar suara you, nama I

    sendiri pun I terlupa.

    Aduh! Berombak dadaku mendengar jawapan yang

    kurang bernas ini.

    Minta maa encik yang terlupa nama ni. Di dompet

    encik ada kad pengenalan tak? Kalau ada, encik cuba eja

    nama encik perlahan-lahan. Kemudian encik tulis di dahi

    encik. Mesti encik terlupa nama ni akan ingat sampai bila-

    bila nama encik, ajarku geram.

    You marah?

    Geramnya bila orang di sana masih cuba mencurah

    minyak padaku.

    Taklah, saya suka sangat-sangat. Bibir kuketap

    untuk menahan lahar gunung berapi yang mula hendak

    mengalirkan haba.

    Kalau you marah, nanti bila I sampai sana, Ibelanja you makan, okey?

    Kalaulah orang ini ada di hadapanku, mungkin

    kepalanya sudah lama aku luku. Tak pun akan kulastik

    dengan lastik Si Hamdan.

    Tak perlulah, encik. Simpan saja duit encik tu.

    Nanti nak buat kad pengenalan baru kena caj sebab nak bayarduit pencarian identiti encik, luahku, geram.

    Alah... janganlah begitu, wahai Nurul Hanim. I

    kalau dah berjanji, I akan kotakan. Oh ya you cakap dengan

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    11/147

    Adilla Tasha

    11

    Dato Hassan, Ari Aris teleon dan minta Dato callI semula,

    ya Hanim sayang....

    Terdengar suara itu tertawa sebelum talian

    diputuskan.

    Tergamam aku seketika dengan luahan bersahaja

    lelaki itu.

    Ari Aris. Bisikku perlahan dan nama itu seakan-

    akan telah sebati dengan lidahku.

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    12/147

    Dosa Semalam

    12

    A

    KU ingin pulang awal hari ini.

    Seluruh tubuhku terasa amat

    letih dengan kerja-kerja yang

    bertimbun. Namun memandangkan Dato Hassan masih

    bermesyuarat, segala keinginanku terbantut. Nasib baiklah

    Dato Hassan menyuruh Khatijah mengambil minit mesyuarat,

    kalau tidak entah pukul berapa aku kena menunggu.

    Sudah menjadi kelaziman Dato Hassan, jika

    sehingga pukul enam setengah beliau masih tidak keluar dari

    bilik mesyuarat lagi, aku dibenarkan pulang kerana beliauaham yang aku terpaksa mengejar bas. Bukan tidak pernah

    Dato Hassan mempelawa untuk menghantar kupulang,

    tetapi aku menolak dengan baik. Aku tidak mahu abah dan

    mak menjadi umpatan jiran tetangga apatah lagi mak long

    yang tinggal berdekatan dengan rumah kami.

    Mak long yang merupakan kakak kepada abah suka

    mencari silap kami adik-beradik. Kalau bercakap macam diatidak mempunyai anak dara. Sering kali aku disindirnya

    tetapi kupekakkan telinga. Kalau aku menjawab nanti, nama

    abah dan mak juga disebutnya tidak pandai menjaga anak.

    Bab2

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    13/147

    Adilla Tasha

    13

    Ting!

    Terkejut aku bila loceng berbunyi menandakan bas yang aku naiki ini akan berhenti di perhentian rumahku.

    Nasib baik ada orang mahu turun di perhentian yang sama,

    kalau tidak terlajaklah aku ke perhentian seterusnya.

    Aku mengatur langkah perlahan-lahan sambil

    memerhati keadaan sekeliling. Beg di tangan kukepit bawah

    ketiak. Bekal yang telah kosong kumasukkan ke dalam beg

    plastik hijau muda. Aku suka dengan pemandangan di tamanperumahan ini. Walaupun rumah kampung tidak dapat

    dilihat di sini lagi, tetapi semangat kemasyarakatan tetap

    tebal di jiwa penduduk yang majoritinya orang Melayu. Cuma

    bila melewati satu kumpulan budak kampung yang suka

    melepak di simpang masuk ke lorong rumahku, membuat

    langkahku menjadi lemah. Aku sering diganggu dengan

    gelagat dan siulan nakal mereka.

    Hai kak long, baru balik ke?

    Aku tidak menghiraukan sapaan itu kerana sudah

    lali dengan suara nakal salah seorang daripada mereka.

    Mereka ini memang tidak pernah serik. Sudah banyak kali

    aku mencebik, tetapi masing-masing seperti tidak ada

    perasaan. Langsung tidak pernah menghiraukan kejelikankumemandang mereka. Tidak ada kerja lain agaknya.

    Nak abang temankan? tambah seorang lagi.

    Aku memandang sekilas dengan rasa meluat yang

    tidak dapat kugambarkan. Hati tidak usah ditanya. Bengkak

    semacam. Tiba-tiba langkahku dihalang oleh seorang lelaki

    berbaju kuning cair yang mula-mula mengusikku tadi.Kenapa awak sombong sangat dengan saya?

    Aku memandang tajam wajah yang menghalang

    langkahku. Rasa hendak kutumbuk mukanya tetapi aku tahu

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    14/147

    Dosa Semalam

    14

    setakat mana tenagaku. Jika aku melawan, apa-apa sahaja

    boleh terjadi. Sorotan mataku yang tajam ditambah rasa yang

    berbuku membuat lelaki tadi berundur perlahan-lahan.

    Saya akan dapatkan awak suatu hari nanti. Itu janji

    saya.

    Berani sungguh lelaki itu berkata demikian di

    hadapan rakan-rakannya dan lantas disambut dengan tepukan

    gemuruh. Aku menjeling dan segera menyambung

    langkahku. Tak guna punya lelaki! Hanya itu yang bolehdibuatnya. Cuba kalau suruh azan di masjid, entah boleh

    entahkan tidak.

    Langkahku yang laju tadi menjadi perlahan bila aku

    ternampak dua orang budak perempuan yang sedang berbual

    mesra dengan dua remaja lelaki yang sedang bertenggek di

    atas motosikalnya. Nak kena budak-budak ni! Hati yangsudah surut dengan rasa geram tadi kembali terbakar bila

    melihat gelak ketawa mereka.

    Along! Ada bawak apa-apa untuk kami? tanya

    Harun yang sedang leka bermain guli bersama Hamdan di

    halaman rumah.

    Sorrylah dik, along nak cepat tadi takut tertinggal

    bas, terangku sambil membuka kasut.

    Alah, along ni teruklah. Tak nak kawanlah! rajuk

    Hamdan dengan mimik wajah yang mencuit hatiku.

    Malam ni along belanja. Kita pergi pasar malam,

    ek? janjiku.

    Memang aku sudah berangan-angan untuk

    mengajak mak dan adik-adikku untuk membeli barangan

    dapur. Aku hendak menolong abah setakat yang aku mampu.

    Yahooo!!! jerit Hamdan dan Harun gembira.

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    15/147

    Adilla Tasha

    15

    Aku hanya tersengih suka melihat kegembiraan

    yang terpancar di wajah adik-adikku.

    Pergi mandi. Mak mana? tanyaku bila melihat

    kelibat mak tiada di hadapan mata. Selalunya mak cukup

    suka duduk di pangkin kayu di halaman rumah sambil

    menunggu kepulangan aku atau abah.

    Mak ada kat dalam. Laju Harun menjawab sambil

    mengutip guli-guli yang bertabur.

    Hamdan membantu memasukkan ke dalam uncang

    yang sudah kusam.

    Assalamualaikum mak, Hanim dah balik. Mak!

    Mak! Aku segera masuk ke dalam rumah dan terus menuju

    ke dapur mencari mak. Kasut di tangan masih kujinjing.

    Waalaikumussalam, kenapa ni Hanim? Kelam-

    kabut aje. Kasut tu nak dibawak ke mana? Mak yang baruselesai mandi menyapaku hairan.

    Alamak! Terlupa pulak! Aku segera menyimpan

    kasut di rak kasut belakang pintu.

    Mana angah dan alang mak? Aku segera bertanya

    walaupun aku tahu di mana mereka.

    Entah! Tadi katanya nak ke kedai, tak balik lagiagaknya, jawab mak sambil berlalu masuk ke dalam bilik

    untuk memakai baju.

    Kuperhatikan meja kopi di ruang tamu yang

    dipenuhi dengan majalah-majalah esyen. Ini tak lain kerja si

    alang. Adik aku yang satu ini suka sangat mengumpul

    majalah tetapi tidak tahu menyimpannya setelah dibaca.

    Nasib baik majalah itu diperoleh dari simpanan duit

    belanjanya. Kalau masih hendak meminta dari abah dan mak,

    tahulah aku hendak mengajarnya.

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    16/147

    Dosa Semalam

    16

    Korang berdua ni dari mana? sergahku bila

    melihat angah dan alang yang baru melangkah ke dalam

    rumah.

    Wajah angah berubah pucat bila melihat aku sudah

    berdiri di tengah rumah. Terkebil-kebil dia memandangku,

    manakala alang hanya menjeling tajam.

    Pergi ke kedailah. Alang menjawab acuh tak acuh.

    Entah kenapa perhubunganku dengan adikku yang

    seorang ini sering bermasalah. Nurul Halisa sering menguji

    kesabaranku.

    Pergi kedai ke atau melayan jantan? Kukeluarkan

    rasa terbuku di hati sejak melihat gelagat mereka tadi. Jangan

    ingat aku mahu mendiamkan diri atas tingkah mereka yang

    kurasa sudah melampau sebagai anak gadis.

    Nurul Hanimmm! Apa Hanim cakap tadi? Makkeluar bila mendengar bahasaku yang agak kasar. Dipandang

    wajah anak-anaknya satu per satu.

    Makkk! Masa Hanim balik tadi, Hanim nampak

    angah dan alang ni seronok sangat layan dua budak lelaki di

    simpang hujung masuk ke rumah kita. Hari dah nak senja

    tapi masih bersidai kat tepi jalan. Nasib baik radio karat tu

    tak nampak. Kalau tak, nama mak dan abah jugak yang

    dijajanya. Cukup-cukuplah apa yang dikatanya selama ni....

    Aku terangkan pada mak agar mak tidak menyalah

    anggap akan teguranku pada adik-adik. Bukan niatku untuk

    mengadu itu ini, tetapi cara mereka tadi memang tidak sedap

    mata memandang. Apatah lagi kami duduk dalam masyarakat

    yang memang mengenali antara satu sama lain. Lainlah kalaududuk di bandar-bandar besar. Hendak buat apa pun orang

    sekeliling tak endah. Mati keras dalam rumah pun tiada siapa

    ambil peduli.

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    17/147

    Adilla Tasha

    17

    Betul angah... alang? Betul apa yang kakak kamu

    cakapkan ni?

    Mak memandang angah yang hanya tunduk

    memandang lantai. Memang begitulah dia. Nurul Hanis

    seorang gadis yang akan diam membisu kalau dia bersalah

    tetapi yang lagi seorang ini, akan membangkang segala apa

    yang aku cakapkan.

    Alah, kami jumpa kawan saja. Takkan itu pun tak

    boleh? Sengaja alang mengundang rasa marahku.

    Cuba kau ulang sekali lagi? Aku sepak mulut kau

    nanti baru kau tahu tinggi rendahnya langit ni.

    Sikap kurang ajar alang membuatkan darahku

    sentiasa membuak-buak naik. Sebagai anak sulung, memang

    menjadi tugasku menegur apa yang perlu dan memikul

    tanggungjawab abah sementara abah tiada di rumah.Tambahan pula mereka berdua masih di alam persekolahan

    lagi. Tidak perlu bersidai di merata tempat untuk meraih

    perhatian lelaki.

    Sudahlah Hanim, tak baik bergaduh adik-beradik.

    Lagipun Hanim penat, kan?

    Lembut mak memujukku. Rasa marah terbang

    menghilang bila mendengar suara mak merayu.

    Hanis, Halisa... pergi masuk mandi. Panggil Harun

    dan Hamdan sekali. Sediakan tempat, kita mengaji bersama.

    Hanim tolong mak ajar Harun dan Hamdan.

    Arahan mak yang tegas membuat adik-adikku yang

    berdua itu segera angkat kaki. Memang sudah menjadi

    kelaziman mak untuk mengajar kami adik-beradik mengaji

    al-Quran.

    Macam bagus sangat!

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    18/147

    Dosa Semalam

    18

    Sempat aku menangkap bicara alang yang

    menyindirku.

    Hanim! Pergi masuk bilik Hanim.

    Suara mak mematikan pergerakanku yang mahu

    mengekori alang untuk membuat perhitungan.

    Dan satu lagi, tak baik panggil mak long tu radio

    karat.

    Aku diam membisu bila ditegur begitu. Aku akui itumemang salahku tetapi memang mulut mak long bagaikan

    DJ radio yang tidak pernah berhenti menjaja cerita orang

    lain.

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    19/147

    Adilla Tasha

    19

    H

    ANIM, ada orang nak

    jumpa dengan Dato.

    Aku yang leka

    menatap komputer mengangkat muka bila mendengar suara

    Shimah, penyambut tetamu di syarikat ini dari corong

    teleonku. Memang sudah menjadi kebiasaan Shimah untuk

    terus memanggil namaku daripada menanti aku mengangkat

    gagangnya.

    Dato belum balik mesyuaratlah. Dia ada buat

    temu janji ke? Tanganku lincah mengangkat gagang teleonsambil segera menyelak diari yang mencatatkan semua temu

    janji Dato. Mungkin aku terlepas pandang. Dadaku mula

    berdebar, takut jika aku yang terlepas pandang. Nahas!

    Dia kata, dia tak ada buat temu janji pun... tapi

    kalau Dato tak ada di pejabat, dia nak berjumpa dengan kau,

    terang Shimah bersahaja.

    Jumpa dengan aku? Kau kenal ke dengan orang

    tu? Hatiku mula diterpa kehairanan. Siapa pulak yang nak

    jumpa aku ni? Aku kenal ke?

    Bab3

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    20/147

    Dosa Semalam

    20

    Aku pun tak pernah tengok lelaki ni, bisik

    Shimah. Mungkin orang itu berada di hadapannya kini.

    Sepanjang bekerja di sini, aku tidak pernah

    berurusan dengan rakan seperniagaan Dato Hassan selagi

    tiada arahan daripadanya.

    Cepatlah! Dah lama orang tu tunggu.

    Sergahan Shimah segera menyapu tanda tanya di

    dalam kiranku. Okeylah, suruh orang itu naik.

    Shimah segera meletakkan gagang setelah

    mendapat persetujuanku. Hati ini rasa berdebar-debar

    menanti siapakah insan misteri ini.

    Hai Nurul Hanim... sapa seorang lelaki di

    hadapanku.

    Pelik! Jenuh aku memerah otak memikirkan

    bagaimana lelaki ini tahu namaku. Bila masa pula aku

    berkenalan dengan lelaki ini? Setahu aku dia tak pernah

    datang ke pejabat Dato sebelum ini. Lelaki di hadapanku pula

    sedari tadi asyik menjual giginya. Tersengih macam kerang

    busuk bila memandang wajahku.

    Maafah! Encik hendak berjumpa dengan Dato ke?

    Tapi Dato dah keluar. Lagipun mengikut list saya ini, tiadaapa-apaappointment pun waktu ini.

    Aku cuba berlagak selamba.

    I tahu Dato tak ada. I cuma nak berjumpa dengan

    gadis yang bernama Nurul Hanim ini.

    Senyumannya masih bermain di bibir.

    Encik ni, siapa?Tidak senang duduk aku bila melihat tingkah laku

    lelaki yang berada di hadapanku ini. Kukerling melihat

    teman-teman yang duduk agak berjauhan dari mejaku bagi

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    21/147

    Adilla Tasha

    21

    memastikan keadaan. Kalau apa-apa terjadi, senang aku

    hendak menjerit atau melarikan diri. Aku segera menjarakkan

    diri bila lelaki itu mendekatki sisi meja. Macam orang gatal

    sahaja. Aku terus bangun untuk memastikan segalanya

    terkawal dan senang untuk aku bertindak.

    Betul jangkaan I. You ni mesti cantik, cantik

    semula jadi, bisiknya perlahan.

    Aku segera memalingkan wajah agar lelaki itu tidak

    dapat mengesan pipiku yang sudah bertukar merah. Hangat.Apa yang encik merepek ni?

    Hatiku benar-benar sebal dengan apa yang kuhadapi

    ketika ini.

    Nurul Hanim... hmmm cantik pada nama, cantik

    pada wajah dan cantik pada budi pekerti. Perlahan lelaki itu

    melontarkan kata-katanya. Bagai disusun-susun. Aku tergamam dengan sikap selamba lelaki di

    hadapanku.

    Hanim, sedarlah! Jangan jatuh dalam pujian ini,

    hati berbisik, mengingatkanku.

    Encik ni siapa? Dari mana encik tahu nama saya?

    Keras aku menyoalnya.Hai! Baru tadi I puji, you dah bertukar rentak

    pulak? usik lelaki ini sambil tersenyum lebar. Tersusun

    mutiara putih dari bibirnya yang merekah itu. Lelaki itu

    segera berpaling mengatur langkah dan duduk di soa tetamu.

    Dia buat halpulak!

    Ya Allah! Kenapa pulak dia duduk di situ? Rasa

    hendak menjerit bila lelaki itu masih berlagak selamba tanpa

    memperkenalkan dirinya. Kalau aku berkasar, nama Dato

    Hassan yang akan tercemar... tetapi kalau aku tidak

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    22/147

    Dosa Semalam

    22

    mengambil tahu secara terperinci berkenaan sesiapa yang

    berurusan dengan Dato Hassan, terasa aku tidak

    menjalankan tugas dengan sempurna pula.

    You sambunglah buat kerja tu, I akan duduk di sini

    sampai Dato pulang... terang lelaki itu sambil tangannya

    mencapai surat khabar di atas meja kopi.

    Tapi encik belum beritahu nama encik. Aku harap

    kali ini pertanyaanku akan terjawab.

    Nama I tak penting, Yang penting I dah dapat

    jumpa you, lihat wajah you. Cantiknya! jawabnya sambil

    mengenyit mata.

    Sesak dadaku hendak bernaas bila perbuatannya

    yang tidak diduga itu berjaya mengundang rasa resahku.

    Suka hati awaklah mamat oiii...! Malas aku nak

    layan. Tenggelamlah kau dengan kata-kata romeo kau tu,bisikku sendiri dan mula meneruskan tugasku semula.

    Aku segera menunduk dan berpura-pura meneliti

    kertas yang memang ada di atas meja. Lantaklah kalau dia

    tidak mahu kenalkan dirinya, lebih baik aku simpan suaraku

    daripada melayan lelaki ini yang entah muncul dari planet

    mana. Untuk menjaga nama syarikat, aku segera menyediakan

    air Nescae untuk lelaki itu dan kembali menyambung kerja.

    Sedapnya!!! Sempat lelaki itu memuji sambil

    merenungku gatal.

    Aku tidak mengendahkannya lantas merenung

    kembali skrin komputerku untuk menyiapkan kerja. Aku

    tenggelam dalam dunia sendiri tanpa menghiraukan keadaan

    sekeliling. Bila terasa lenguh, aku memicit-micit tengkuk

    dan tiba-tiba tanganku terhenti bila pandanganku bersatu

    dengan lelaki itu yang sedang tersenyum melihat segala

    gelagatku.

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    23/147

    Adilla Tasha

    23

    Aduh ada orang rupanya. Macam manalah aku

    boleh terlupa dengan makhluk Allah di depan ni?

    Pandangannya masih tidak beralih dan matanya

    masih merenungku. Aku tidak mempedulikannya tetapi di

    dalam hati hanya Allah yang tahu betapa malunya aku. Untuk

    menutup rasa gugup dan malu, aku segera bangun menuju

    ke tandas. Lama aku berada di tandas bagi meredakan hati

    ini. Kenapa jiwa aku resah sebegini? Selama ini tidak pernah

    aku lalui semua ini. Adakah perasaan ini disebabkan olehpujian-pujian dan bisikan lelaki itu yang sedang

    menggoncang jiwaku? Adakah sudah sampai masanya hatiku

    diseru untuk mengenali apa itu cinta?

    Sebaik sahaja aku menghampiri tempatku semula,

    kelihatan Dato Hassan sedang berbual mesra sambil

    tangannya menepuk bahu lelaki itu bagaikan bapa dengan

    anak dan mereka hilang di balik pintu sebelum aku sempat

    menerangkan kedatangan lelaki tanpa nama itu. Setahu aku,

    lelaki itu bukanlah zuriat Dato Hassan kerana aku kenal

    semua anak Dato Hassan. Siapakah gerangan mamat tidak

    bernama itu?

    Hampir dua jam mereka berada di dalam bilik Dato

    Hassan, aku kian diundang rasa hairan bila Dato tidakmemanggilku seperti biasa untuk mendapatkan sebarang ail

    yang diperlukan. Selalunya kalau ada tetamu berjumpa

    dengan Dato, mesti Dato akan meminta itu ini.

    Baiklah, nanti uncle akan suruh Hanim sediakan

    semuanya.

    Aku terdengar namaku disebut bila kedua-dua lelaki

    itu keluar dari bilik Dato Hassan. Kenapa namaku disebut

    pula ni? Macam ada pakatan aje? Hati melonjak-lonjak ingin

    tahu.

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    24/147

    Dosa Semalam

    24

    Okeylah, kita jumpa seminggu dari sekarang.

    Tangan lelaki itu bertaut dengan tangan DatoHassan.

    Aku hanya menjadi pemerhati tanpa berniat untuk

    menyampuk. Memang tidak sopan jika aku terus bertanya

    tanpa arahan Dato.

    Oh hampir terlupa, kenalkan iniPAuncle, Nurul

    Hanim.

    Aku bangun bila Dato Hassan memperkenalkan

    diriku kepada lelaki itu. Tidak perlu kenalkan diriku lagi

    kerana lelaki ini sudah tahu namaku, hanya lelaki tanpa nama

    ini sahaja yang masih berat hendak memberitahu namanya.

    Saya dah berkenalan pun dengan PA uncle ni.

    Hanimmm celah lelaki itu sambil tersenyum selamba.

    Aik, cepatnya berkenalan... usik Dato Hassan.

    Kenapa lelaki ini tidak memanggil Dato Hassan

    dengan gelarannya seperti orang lain? Adakah mereka

    mempunyai ikatan kekeluargaan? Pening... pening.

    Mana boleh lepaskan peluang berkenalan dengan

    cik adik manis ni.

    Amboi! Gatalnya lelaki ni. Encik Lim itu pun tak

    segatal ini. Nantilah aku kompelin pasal kau pada Dato.

    Okeylah, saya pergi dulu. Bye Hanim. Jumpa lagi!

    Jangan lupa rindukan saya, tau!

    Tidak tahu di mana aku hendak letakkan muka ini

    bila lelaki itu begitu bersahaja di hadapan Dato.

    Dato Hassan pula boleh tersenyum dengan telatahlelaki gatal itu.

    Dato nikan, memanglah!

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    25/147

    Adilla Tasha

    25

    Aku lontarkan rasa berbuku di hati ini bila lelaki itu

    berlalu pergi.

    Kenapa Hanim nak marah-marah ni?

    Aku mengikut langkah Dato Hassan masuk ke

    dalam biliknya. Boleh pula Dato Hassan berkata demikian.

    Dia tidak nampak ke apa yang lelaki itu buat di hadapan dia

    tadi? Siapa lelaki tu? Gatal tak ingat!

    Tanpa dikawal mulutku lantang bersuara. Opsss!

    Mukaku masam mencuka bila Dato Hassan ketawa besar

    dengan kata-kataku.

    Kan saya dah pesan, Hanim jangan suka benci

    orang... nanti jatuh cinta, susah saya nanti, usik Dato

    Hassan lagi.

    Dato dah mulalah tu! Nasib baik lelaki tu dah

    balik, kalau tidak pening kepala saya dengan sikap selambabadaknya tu... luahku dengan rasa marah dan geram yang

    masih bersisa di perdu hati.

    Saya rasa Hanim, lebih baik awak bawa minyak

    angin atau Panadol lebih bila datang kerja lain kali.

    Aku rasa ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik

    kata-katanya bila Dato Hassan seakan-akan menahan ketawaketika berkata demikian.

    Kenapa pula, Dato? Saya ni bukan pening sebab

    sakit.

    Kerana lelaki itu akan bertukar ke sini mulai

    minggu depan.

    Jawapan Dato Hassan membuatkan aku terduduk.Tapi siapa lelaki itu? Buru-buru aku bertanya.

    Itulah Tuan Ari Aris, rakan kongsi saya yang

    baru.

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    26/147

    Dosa Semalam

    26

    Terjawab sudah segala-galanya bila Dato Hassan

    bersuara.

    Tuan Ari Aris? Alamak, lelaki tu!!! Mampus

    aku. Bisikku perlahan.

    Memang aku benar-benar perlukan minyak angin

    dan Panadol nanti.

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    27/147

    Adilla Tasha

    27

    P

    AGI-PAGI lagi aku sudah

    tercongok di hadapan pintu

    pejabat. Walaupun hari ini

    adalah hari cuti, tetapi aku sengaja menghadirkan diri untuk

    menyusun atur bilik Tuan Ari atas permintaan Dato Hassan.

    Takkan aku hendak menghampakan Dato Hassan pula bila

    dia memerlukan pertolongan. Tambahan pula tugasanku hari

    ini bukan percuma. Berserta dengan claimOTdan juga duit

    makan.

    Bukan tidak boleh dilakukan pada hari bekerja,tetapi masa bagaikan cemburu dengan kami sampaikan tidak

    sempat untuk melihat apa yang masih tertinggal di dalam

    bilik tersebut. Sementara menunggu kehadiran Khatijah, sta

    di bahagian pentadbiran dan Shimah yang dengan senang

    hati sukarela untuk menolongku bila mendengar ada

    imbuhan, aku meloloskan diri ke tempat sendiri. Sunyi pula

    bila bersendirian begini. Yalah, selalunya suasana agakhingar-bingar dengan suara-suara kakitangan lain di sini,

    tetapi hari ini hanya aku sahaja yang dok terpacak sendirian.

    Hoi! Berangan ke?

    Bab4

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    28/147

    Dosa Semalam

    28

    Hampir gugur jantungku bila suara Khatijah tiba-

    tiba menyergah. Mangkuk ayun punya budak! Di sisinya

    kulihat Shimah sudah tersengih lebar.

    Kau nikan, suka sangat sergah aku. Kau nak aku

    mati keras ke kat sini? marahku sambil menjeling tajam.

    Mukaku sudah berubah kelat. Sengaja hendak kenakan dia.

    Kau marah ke Nim? Sorrylah, janganlah marah...

    aku gurauje.

    Khatijah memegang bahuku untuk meredakan

    tahap kepanasan jiwa ini.

    Baiklah! Kalau nak aku maakan kau, bilik depan

    sana kau bersihkan, arahku sambil menunjuk ke bilik depan

    yang memang sudah lama tidak berpenghuni. SejakMr.

    Kiran bertukar ke Kuala Lumpur, sengaja bilik itu

    dikosongkan atas arahan Dato Hassan sendiri.Habis, kau dan Shimah?

    Khatijah memandangku dengan mata yang

    dikecilkan. Dia kelihatan lucu dengan mimik mukanya yang

    ternanti-nanti apa yang hendak kucakapkan.

    Aku dan Shimah akan jadimem besar.

    Ketawaku pecah tanpa dapat ditahan. Shimahmengangkat tangan memberi tanda fve padaku. Khatijah

    sudah menarik muka. Kena juga dia akhirnya.

    Tak nak kawanlah. Menyampah! rungut Khatijah

    sambil melangkah pergi.

    Alamak, merajuklahpulak!

    Okeylah, kami main-main jelah. Takkan kami nakbiarkan kau sorang-sorang buat kerja. Janganlah merajuk,

    sayangku Khatijah, pujuk Shimah sambil mengikut langkah

    Khatijah.

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    29/147

    Adilla Tasha

    29

    Aku hanya memerhati kelibat Shimah dan Khatijah

    yang hilang di dalam bilik tersebut. Beg sandang yang

    warnanya sudah lusuh kusimpan di dalam laci. Kuncinya

    kutarik dan rantai kuncinya kuselitkan di tali pas yang

    tergantung di leher. Walaupun beg itu sudah agak lama

    digunakan, sejak dari tingkatan empat, tetapi ia telah banyak

    berjasa kepadaku. Sayang nak tukar.

    Cik kak, tak nakstart lagi ke?

    Tersembul wajah Shimah di bibir pintu.

    Sorry! Sorry! Aku termalu sendiri.

    Beranganje kerjanya, keluh Shimah geram.

    Aku hanya buat muka tak sudah dan terus

    melangkah menyertai mereka. Dengan bantuan Shimah dan

    Khatijah, aku menarik meja menghadap pintu masuk agar

    memudahkan sesiapa yang hendak berjumpa denganpenghuni bilik ini, terus ternampak apa yang mereka cari

    tanpa perlu berpusing merata. Kuletakkan tray di atas meja

    sisi. Segala ail yang telah diberikan oleh Dato Hassan untuk

    dilaksanakan oleh tuan empunya bilik, kualihkan ke belakang.

    Siap disusun mengikut abjad.

    Shimah dan Khatijah sudah hilang ke tandas untuk

    membasahkan kain bagi mengelap meja. Bunga plastik yang

    telah siap digubah terletak cantik di sudut kabinet. Sengaja

    kucampurkan warna lembut agar penghuni bilik ini sentiasa

    tenang bila berada di dalamnya. Soa berwarna coklat tua

    kutarik pula. Dari menghadap empunya tempat, kualih ke

    bahagian tepi dinding dan meja kopi terletak di tengahnya.

    Ini menjadikan bilik ini lapang sedikit daripada mula-mulakami masuk tadi.

    Hai, kau beria-ia mengemas ni Nim, ada apa-apa

    ke? usik Shimah dan dapat kutangkap kerlingan matanya

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    30/147

    Dosa Semalam

    30

    kepada Khatijah. Macam sengaja hendak mengenakan aku

    saja.

    Haah! Macam suka sangat dengan bilik ni. Kalau

    suka bilik ni takpe Nim, jangan suka dengan tuannya,

    dahlah, tambah Khatijah.

    Jangan nak buat hal kat sini, okey. Aku paling anti

    dengan orang yang duduk dalam bilik ni, tau. Sakit hati bila

    dia kenakan aku hari tu depan Dato Hassan, luahku geram

    lantas serta-merta terbayang wajah Tuan Ari Aris di hadapanmata. Senyuman gatalnya bagaikan mencarik-carik hati ini.

    Dia buat apa? tanya Shimah berminat. Hanya

    Shimah yang dapat mengenali wajah Tuan Ari ketika lelaki

    itu datang tempoh hari.

    Takde apa-apalah, tapi gurauan dia tu buat aku

    bengang, tambahku lagi.Hai, belum apa-apa dah bergurau senda? Mesti

    handsome, kan? usik Khatijah.

    Dahlah, malas aku nak cakap pasal dia. Lebih baik

    kita buat kerja kita. Lebih cepat kita buat, lebih cepat kita

    balik, arahku sambil mengambil kain basah yang terempap

    di atas meja kopi.Handsome

    ke?

    Alah takpelah buat lambat-lambat, nanti

    bolehlah kita claim lebih. Shimah menyampuk.

    Banyak cantik kau punya muka! Itu dinamakan

    makan gaji buta. Berdosa tau! Aku tidak mahu titik peluhku

    menjadi tidak halal hanya kerana seminit dua curi tulang.

    Iyelah. Kau ni kadang-kadang macam mak tiri aku,

    tapi kadangkala boleh bertukar pulak jadi ustazah, cebik

    Shimah dan senyuman terukir menandakan dia tidak kecil

    hati langsung dengan kata-kataku selama ini.

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    31/147

    Adilla Tasha

    31

    Akhirnya semua selesai dikemas dan disusun atur.

    Sebelum pulang, kami sempat menjamu selera di warung

    Mek Ani di seberang jalan. Kalau diikutkan, malas aku hendak

    turut serta tetapi paksaan daripada Shimah dan Khatijah

    tidak bisa kutolak. Khatijah dengan murah hati menghantar

    aku dan Shimah pulang ke rumah dengan Proton Satria

    birunya.

    Cantiknya kereta kau ni. Geram aku! luahku,

    terpegun dengan kecantikan kereta Khatijah yang telahdiubahsuai.

    Cat birunya sudah ditukar ke warna hitam putih.

    Sistem audio juga ditukar. Bila dimainkan lagu kegemaran

    Khatijah, akan berdentum-dentum jawabnya. Sport rimnya

    juga ditukar ke tujuh belas inci bermata lapan.Skirtnya juga

    ditambah menampakkan solidnya kereta ini. Sejak dulu aku

    agak kagum dengan kereta ini, nampaksporty.

    Alah... kereta buruk saja. Khatijah merendah diri.

    Shimah yang duduk di belakang hanya membisu.

    Kereta buruk kau kata? Kalau aku dapat macam ni,

    tak tahulah nak kata. Mungkin tidur dalam kereta

    gamaknya.

    Memang aku kagum dengan Khatijah yang ada

    serba sedikit pengetahuannya tentang hal kereta.

    Kalau kau nak pakai pun boleh. Siapa cakap tak

    boleh. Bersahaja Khatijah memulakan syarahan.

    Aku nak pakai, mimpilah....

    Jangan bermimpi di siang hari, wahai Nurul Hanim,

    hatiku berbisik untuk mengingatkan siapa aku di sini. Hanya

    makhluk Allah yang kerdil.

    Jangan cakap macam tu, Nim. Rezeki kita ni kita

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    32/147

    Dosa Semalam

    32

    tak tahu. Cuma lambat atau cepat je, tambah Khatijah

    sambil tenang memandu.

    Betullah apa yang Khaty cakap tu, Nim. Entah

    bila Shimah menegakkan badannya di antara kerusi kami.

    Doa-doakanlah ek, mana tahu masin cakap kau

    berdua. Gurauku sambil mata memandang ke hadapan.

    Jalan yang berliku-liku harus ditempuh ibarat jalan

    raya yang bersimpang-siur, ada yang tidak rata dan

    berlubang-lubang. Begitulah perjalanan hidup ini. Penuh

    dengan dugaan dan cabaran.

    Memang di antara kami bertiga, Khatijah agak

    beruntung dari segi kemewahan kehidupan. Walaupun ibu

    bapanya berjawatan tinggi dalam kerajaan, sikapnya yang

    tidak menyombong diri membuat kami senang berkawan

    dengannya.Ketika kami memasuki simpang ke rumahku,

    kelihatan Shikin, anak mak long sedang terkedek-kedek

    berjalan. Dengan gayanya bertudung dan memakai jean dan

    baju sendat membuat aku meluat. Kalau sudah pakai baju

    yang menampakkan lekuk-lekuk badan dan t-shirt yang

    dipakainya hanya menutup hingga ke paras pinggang, lebih

    baik tudung di kepala dicampakkan sahaja. Sama sahaja,

    aurat tetap terlihat.

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    33/147

    Adilla Tasha

    33

    K

    ETIKA aku turun dari

    kereta, kelihatan mak sedang

    bersembang dengan Mak Cik

    Yati, jiran sebelah rumah. Entah apa yang diborakkan oleh

    mereka berdua.

    Apa khabar mak cik. Dah makan ke? tanyaku

    berbasa-basi. Tangan kuhulurkan.

    Walaupun tinggal berjiran, tetapi aku jarang

    melihat kelibat Mak Cik Yati kerana dia tidak suka bertandang

    ke rumah orang kalau tiada hal yang penting untukdibicarakan. Itu siatnya yang kupuji. Mungkin hari ini dia

    ada hal yang menjadikan kelibatnya ada di rumah ini.

    Mak cik sihat. Baru balik ke? tanya Mak Cik Yati

    tersenyum. Orangnya muda daripada mak dan senang

    memanggil mak dengan panggilan kakak.

    Iyelah mak cik, hari ni kena OT, luahku sambilmeletakkan kasut dan turut duduk di pangkin di samping

    mak.

    Baguslah begitu, dapat cari lebih... usiknya.

    Bab5

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    34/147

    Dosa Semalam

    34

    Alah... Yati. Kalau lebih maka lebihlah belanjanya,

    keluh mak.

    Aku terdiam. Memang betul kata mak. Makin kita

    korek lubang itu, maka makin dalamlah isinya. Sampai bila-

    bila tidak mencukupi.

    Mak, Hanim masuk dululah.

    Aku mohon diri. Aku memandang Mak Cik Yati

    sambil tersenyum untuk menghantar isyarat yang aku tidak

    mahu berada di dalam perbincangan ini. Mak Cik Yati

    menyambut bahasaku dengan kening yang terangkat.

    Tengok tu! Baru cakap sikit dah mulalah nak

    angkat kaki.

    Alamak! Mak dapat membaca gerak hatiku.

    Takpelah, Kak Nah. Hanim penat tu, baru balik

    kerja, kan? sokong Mak Cik Yati.

    Aku tersenyum kepada Mak Cik Yati yangsporting.

    Tolong hidangkan lauk atas meja tu. Buat satu

    bekas, nanti senang adik-adik kamu nak ambil. Kalau

    dibiarkan ambil sendiri, habis hancur ikan dalam periuk

    dikacaunya, arah mak.

    Iyelah mak, akurku sambil berlalu pergi.

    Setelah menyelesaikan tugasan yang mak berikan

    tadi, aku terus masuk ke bilikku. Nyaman. Walaupun kecil

    bilik ini tetapi aku lebih tenang di sini. Walaupun tidak

    semewah bilik Khatijah dan Shimah, aku tetap sayang bilik

    ini. Bilik yang banyak kenangan dan di sinilah segalanya

    kuluahkan. Baik suka mahupun duka, semuanya ada. Kalaudinding ini boleh berbicara, mesti ia akan menceritakan

    segala duka nestapaku demi mahu melaksanakan

    tanggungjawab yang tergalas di bahuku.

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    35/147

    Adilla Tasha

    35

    Angah dan alang sudah disediakan bilik sendiri

    sejak dulu lagi. Memang abah sediakan satu bilik untukku

    kerana aku anak sulung. Jika aku sudah berkahwin nanti,

    bilik ini akan diserahkan kepada angah. Tetapi akan

    berkahwinkah aku nanti?

    Perut yang kenyang dan mata yang semakin kuyu

    membuat aku bertambah malas untuk bangun dari

    perbaringanku. Mata ini menjadi bertambah berat dan

    semakin lama aku semakin hilang di dalam dunia sendiri.

    TELINGA kudapat menangkap suara-suara sembang di luar

    sana. Perlahan-lahan aku bangun. Mulut yang terbuka dengan

    cepat kututup. Aku segera berdiri dan mencapai tuala bila

    melihat jam di dinding bilik menunjukkan angka empatpetang.

    Ya Allah! Aku belum solat zohor lagi ni.

    Kelam-kabut aku keluar menuju ke bilik air. Usai

    solat aku keluar semula untuk melihat apa yang patut

    kulakukan pada petang begini. Ketika sampai di ruang tamu,

    kulihat mak sedang bersembang dengan mak long, radiokarat yang tidak pernah kekurangan bateri itu.

    Hai, anak dara! Baru bangun ke? Entah apa nak

    jadi. Tidur sampai ke petang!

    Tanpa sempat aku memulakan mukadimah, tak

    semena-mena aku diserang oleh si mulut laser.

    Iyelah mak long, penat sangat hari ni. Banyakkerja di pejabat. Aku mengiakan sahaja kata-kata mak long.

    Mak bangun dan masuk ke dalam bilik. Entah apa

    yang hendak dibuatnya.

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    36/147

    Dosa Semalam

    36

    Hah! Hari cuti pun pergi kerja? Betul ke pergi

    kerja? serkap mak long.

    Ada kerja yang belum siap... tu yang Hanim kena

    pergi kerja hari ni, mak long, terangku tanpa berminat

    untuk menatap wajah tua mak long.

    Iyelah cakap dengan mak pergi kerja, entah-entah

    melencong ke tempat lain.

    Mak long masih cuba membakar perasaanku yang

    semakin membuak-buak menyampah ini.

    Apa pulak nak menipu, mak long! Kalau Hanim

    nak merayap, biar Hanim cakap terus dengan mak Hanim

    dari Hanim menipu orang tua tu. Aku sudah mahu

    memulakan serangan

    Entah betul entah tak...! Mak long masih cuba

    hendak menabur tnah lagi.

    Orang tua ni betul-betul nak kena ajar! Darahku

    sudah mula mendidih. Mak long!

    Suaraku sudah mula meninggi.

    Hanim!

    Tanpa sempat aku menyambung kata, mak terlebih

    dulu memanggil namaku. Emak mengerutkan kening tanda

    dia tidak suka dengan suaraku yang agak kasar pada

    pendengarannya. Entah bilalah mak muncul.

    Mak! Aku cuba membantah dalam diam.

    Hanim pergi tengok air yang mak jerang tadi.

    Alasan mak agar aku segera meninggalkan ruang

    tamu ini. Dengan gerak perlahan, aku bangun untukmematuhi permintaan mak. Oh, iye! Mak long, Shikin

    mana?

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    37/147

    Adilla Tasha

    37

    Aku melontarkan pertanyaan yang sudah kurangka

    arah tujunya.

    Ada di rumah. Dia tu bukan suka nak merayap tak

    tentu hala macam anak dara yang lain. Kalau keluar pun

    dengan mak long aje.

    Amboi, tinggi melangit orang tua ini memuji anak

    daranya.

    Iye ke? Tapikan tadi masa Hanim nak balik, Hanim

    ternampak Shikin kat bus stop. Entah tunggu siapa agaknya.

    Aku sengaja mengenakan orang tua itu walaupun

    aku sendiri tidak tahu sama ada Shikin menunggu orang di

    perhentian bas itu atau tidak. Hati ini sudah terlampau geram

    dengan sikap mak long yang suka menjaga tepi kain orang

    itu. Geram yang sudah berbuku sekian lama.

    Hanim! Sekali lagi mak bersuara.

    Aku balik dululah, Nah. Terima kasih sebab

    pinjamkan aku duit ni. Mak long bangun sambil

    menghadiahkan aku jelingan mautnya. Mungkin tidak puas

    hati aku tahu gelagat anaknya Si Shikin yang perasan cantik

    itu.

    Setelah kelibatnya hilang, mak datang ke arahkulantas menarik telinga kiriku.

    Mak, sakitlah! luahku sambil menggosok

    telingaku berulang kali.

    Lain kali buat lagi! Mak tak suka Hanim cakap

    begitu dengan mak long dan mak tak suka anak mak kurang

    ajar dengan orang tua, syarah mak dan aku menelan liur.

    Terkilan.

    Mak bagi mak long pinjam duit lagi ke mak?

    soalku tidak puas hati.

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    38/147

    Dosa Semalam

    38

    Mak tenang sahaja mengisi gula ke dalam teko.

    Takpelah, mak long tengah susah sekarang ni. Kitasepatutnya tolong-menolong. Lembut mak berbicara.

    Tapi mak, dia pun ada anak yang bekerja. Takkan

    tak boleh tolong mak sendiri? luahku tidak puas hati.

    Tak baik cakap macam tu. Itu hal mereka, jangan

    masuk campur. Hari ni hari mak long, mana tahu esok lusa

    hari kitapulak... tambah mak lagi

    Eleh... kalau mak long tu masuk campur hal orang

    lain bolehpulak! bisikku perlahan.

    Apa Hanim? tanya mak.

    Terkejut aku bila disergah begitu.

    Tak ada apa-apa, mak. Aku cuba menipu.

    Dah! Angkat air ni ke depan. Kejap lagi baliklahabah kamu dari kerja. Jangan mulut tu kumat-kamit

    bebelkan hal orang.

    Sempat mak menyindir aku. Termalu dengan sikap

    sendiri, laju sahaja dulang kutatang ke ruang tamu. Baiknya

    mak!!!

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    39/147

    Adilla Tasha

    39

    A

    WAL pagi aku sudah sampai

    di pejabat. Seperti biasa aku

    membersihkan meja Dato

    Hassan terlebih dahulu dan ia sudah menjadi rutinku sejak

    dulu. Fail-ail yang bersepah, kususun kemas. Air suam

    kuisi dalam jag putih, dan cawan seramik berbunga biru

    kuletak berhampiran jag tersebut. Dato Hassan seorang yang

    mementingkan kekemasan. Tidak susah melayan kerenahnya

    kerana apabila Dato Hassan tiba barulah aku akan membuat

    air kopi O untuknya. Sering kali aku mendapat pujian daripada

    Dato Hassan tentang air yang kubuat. Nasiblah Dato Hassan,

    jangan orang kata aku guna-gunakan dia, sudahlah.

    Setelah berpuas hati, aku kembali duduk di

    tempatku. Fail yang terletak di kiri kucapai. Fail yang tidak

    sempat kusentuh sejak minggu lepas sambil menghirup air

    Nescae yang kubancuh tadi. Kedamaianku terganggu dengan

    deringan teleon di mejaku. Kacau betullah. Belum masakerjalah oiii!!!

    Helo, Bersatu Holdings Berhad. Selamat pagi!

    ucapku penuh ceria pada entah siapa di hujung talian sambil

    Bab6

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    40/147

    Dosa Semalam

    40

    menjeling jam di pergelangan tangan yang baru

    menunjukkan pukul lapan tiga puluh minit pagi. Masih ada

    setengah jam lagi sebelum waktu kerja bermula.

    Selamat pagi, Hanim sayang.

    Rasa hendak tercekik air yang kuminum bila

    mendengar panggilan maut itu. Nasib baik tidak tersembur

    ke atas kertas di dalam ail tadi.

    Siapa ni? Aku tidak menghiraukan ucapan

    selamat pagi dan kata mendayunya itu.

    I, la sayang. Dah tak kenal I lagi ke sayang oiii?

    Selamba orang di hujung sana bersuara.

    Boleh you buatkan air I macam yang you minum

    tu?

    Belum aku menjawab, arahan pula diberi. Pelik aku

    mendengar arahan itu. Dari mana orang ini tahu aku tengah

    menikmati air kegemaranku? Mataku meliar memerhati

    sekeliling dan terhenti di hadapan bilik yang menghadap

    mejaku. Aku hampir terlupa yang hamba Allah ini akan mula

    bertugas minggu ini sedangkan hari Jumaat lepas aku yang

    sibuk mengatur apa yang perlu untuk penghuni di dalam

    bilik itu. Pandangan kami bertembung. Lelaki itu sedang

    tersenyum memandangku. Bidai biru tua yang selama ini

    menutup cermin di bilik itu bagi menghalang penglihatan,

    sudah ditarik ke atas dan aku atau lelaki itu boleh nampak

    antara satu sama lain.

    Kenapa sayang terperanjat tengok I? Mesti you dah

    lupa yang I mula bertugas hari ni. Sekali lagi suara itu

    menyapa dan matanya masih terus memandangku.

    Takkk tidakkk. Entah kenapa aku menjadi

    gagap sekejap. Pecah ketawa lelaki itu bila mendengar

    kegugupanku.

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    41/147

    Adilla Tasha

    41

    Sampai hati you lupakan I... tapi tak apalah. You

    masuk bilik I sekarang. Guraunya bersatu dengan arahannya.

    Tegas.

    Tapi.

    Aku tidak tahu bagaimana hendak berhadapan

    dengan lelaki ini. Aku takut kalau-kalau lelaki itu melakukan

    sesuatu yang tidak elok. Serangan seksual kadangkala boleh

    juga terjadi di tempat yang kita kir selamat selama ini.

    Ingat Hanim, I juga bos di sini. Jangan ingkar

    arahan I dan sebelum itu buatkan I air macam you, okey?

    Belum sempat aku menjawab, talian diputuskan.

    Langkah yang agak canggung terpaksa kuaturkan bagi

    memenuhi permintaannya. Tetapi di dalam hati berbakul

    sumpah seranah sudah kuhamburkan untuk lelaki itu. Aku

    mengetuk pintu sebelum melangkah masuk dan tangan inientah kenapa menggigil bila tiba di dalam bilik ini. Cawan

    yang berisi air Nescae tampak berkocak sedikit.

    Ini airnya, Tuan Ari. Aku memecahkan kesunyian

    bila lelaki itu masih tidak mengangkat wajahnya.

    Kalau tiada apa-apa lagi, saya keluar dulu. Aku

    segera berpaling untuk menuju ke pintu bila lelaki itu masih

    diam membisu.

    Duduk dulu, Hanim. Akhirnya lelaki itu bersuara

    juga walau wajahnya masih menatap kertas di tangannya.

    Tadi bersayang-sayang. Sekarang bila aku depan

    mata, tahupulak tak berani angkat muka, hati aku mengomel

    tetapi kaki ini terus sahaja melangkah mendekati lantas

    duduk di kerusi di hadapan lelaki itu. Entah apa yang hendak

    dibebelkan oleh lelaki di hadapanku ini.

    You tahu, kan I mula bertugas hari ni?

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    42/147

    Dosa Semalam

    42

    Lembut lelaki itu bersuara sambil merenungku

    tanpa segaris senyuman.

    Relaks Hanim. Tunjukkan sikap matang kau, bisik

    hati. Berulang kali aku menarik naas mencari ketenangan

    secara perlahan-lahan. Takut terkantoipula nanti.

    Hanimmm....

    Entah kenapa aku jadi resah bila lelaki di hadapanku

    menyebut namaku.

    Iya, Dato sudah beritahu saya minggu lepas.

    Maafah, saya terlupa pula, jawabku jujur sambil membalas

    renungannya. Tetapi hanya sekejap sahaja keberanian ini

    kerana kepalaku lebih dulu mengambil tindakan. Hujung

    kaki kurenung.

    Sampai hati you lupakan I. Ada nada usikan di

    situ.

    Aku hanya mendiamkan diri kerana aku sendiri

    tidak tahu apa yang perlu kukatakan. Wajahku kosong dan

    pandanganku bersatu dengan renungan lelaki di hadapanku.

    Kenapa nampak blurje?

    Hah! Takde apa-apa. Betul tak ada apa-apa. Entah

    kenapa lain ditanya lain yang kujawab.

    Lelaki itu hanya tersenyum.

    Baiklah, kalau begitu I tidak perlu beritahu

    tentang kerja Hanim kerana Hanim akan menjadi setiausaha

    I juga. Macam mana Hanim layan Dato, begitu juga Hanim

    layan I.

    Kata-kata lelaki itu membuatkan aku terkedu.Kenapa aku harus jadi setiausaha lelaki ini pula? Aku tidak

    kisah kalau membuat kerja lebih kerana Dato Hassan tidak

    pernah berkira denganku, tetapi dengan lelaki ini segala-

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    43/147

    Adilla Tasha

    43

    galanya menjadi tidak menentu. Lagipun aku belum

    mengenali rentak lelaki ini. Tetapi nampak gaya lelaki ini

    cerewet orangnya.

    Hanim tidak perlu takut kerana I tidak makan

    orang dan belum pernah sesiapa menjadi mangsa I.

    Kata-kata lelaki itu seperti dapat membaca

    kekalutanku.

    Baiklah! Sepatah jawapanku bagi menutup rasa

    gelabahku.

    Tapi you kena ingat, you mesti sentiasa bersedia

    bila I memerlukan you.

    Arahannya yang terakhir ini menjadikan aku bagai

    dihempap batu. Penyek terus. Lelaki ini sekejap panggil aku

    Hanim, sekejap you. Mana satu nama aku sebenarnya?

    Dan untuk peringatan you, setiap pagi I nak you

    sediakan secawan air sama dengan yang you minum.

    Bicaranya lembut sambil tersenyum.

    Aku rasa lelaki di hadapanku ini ada sedikit miring.

    Kenapa?

    Mulut ini bagaikan tidak sabar dan mendahului rasa

    hati. Agak-agaknyalah, kalau aku minum air longkang, lelaki

    ini juga turut ikut minum air yang sama. Ha ha ha!

    Ketawaku di dalam hati. Memang lelaki ini sudah tidak betul.

    Mungkin terlepas dari Tanjung Rambutan, kut?

    Kerana di sini Hanim adalah isteri I dan sudah

    menjadi tanggungjawab isteri menyediakan sarapan untuk

    suami. Betul tak? jawabnya selambanya sambil menghirupair yang kubuat tadi.

    Gelak jahatku di dalam hati mati serta-merta. Aku

    segera bangun untuk lari dari situasi ini. Pipiku sudah terasa

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    44/147

    Dosa Semalam

    44

    bahangnya. Antara malu dan marah yang mana satu

    sepatutnya mendahului?

    Hanimmm!

    Mati langkahku bila namaku dipanggil dengan

    keras. Geram dan sakit hati sebenarnya, tetapi tanggungjawab

    harus kupatuhi.

    Sedap air yang you buat ni, kena dengan selera I.

    Kenyitan mata dan senyumannya membuat akutergamam. Tanpa melengahkan masa, aku terus

    meninggalkan bilik yang kurasa semakin panas.

    Aku segera duduk di tempatku sambil mendengus

    keras. Geramnya! Kenapa ada lelaki sepertinya di dunia ini?

    Kenapa bila aku sudah selesa, ada sahaja masalah yang

    datang? Tidak terkir yang aku harus hadapi masalah

    sebegini sepanjang aku berkhidmat di sini. Debaran di dadaini kadangkala menghambat jiwa setiap kali renungan lelaki

    itu dapat kutangkap. Adakah aku terperasan atau mainan

    perasaan untuk gadis yang seperti aku ini? Ah, malas hendak

    melayan rasa hati... segera kucapai diari dan berlalu ke bilik

    Dato Hassan. Melayan lelaki itu membuat aku terlupa

    seketika dengan Dato Hassan, majikanku yang sebenar.

    Dah berkenalan dengan Tuan Ari? tanya Dato

    Hassan sebelum sempat aku berkata apa-apa.

    Dah... jawabku lemah.

    Hai! Macam tak ada semangat saja... usik Dato

    Hassan.

    Senyuman Dato Hassan tetap macam biasa. Ikhlas.

    Tiada ragu-ragu untuk aku membalasnya. Tidak macam lelaki

    di bilik hujung itu. Takkan aku hendak beritahu Dato Hassan

    tentang apa yang Tuan Ari cakapkan tadi? Nak mampus?!

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    45/147

    Adilla Tasha

    45

    Tak ada apa-apalah, Dato. Aku segera menutup

    rasa gundah di hati. Belum apa-apa, hatiku sudah diketuk

    oleh lelaki yang bernama Ari Aris dan menjadikan ianya

    tidak tenteram.

    Hanya sebulan saja Hanim kena kerja lebih sikit

    sementara Tuan Ari ada di sini.

    Bagai mengetahui apa yang ada di dalam kiranku,

    Dato Hassan memujuk.

    Hanim tidak kisahlah Dato. Lagipun Dato dah

    banyak tolong Hanim. Tak pernah berkira dengan Hanim.

    Datin pun begitu juga. Aku berharap Dato Hassan tidak

    tersinggung dengan jawapanku tadi.

    Jangan diungkit tentang pertolongan saya pada

    Hanim. Bagi saya itu adalah satu tanggungjawab pada sesama

    insan di dunia ini. Saya ada kelebihan yang Allah beri dan apasalahnya saya berikan kepada yang memerlukannya.

    Itu yang membuat aku kagum dengan Dato Hassan

    yang tidak pernah lokek dengan apa yang dia ada.

    Dahlah tu, Hanim! Oh ya! Tolong booking tempat

    untuk saya dan Tuan Ari makan tengah hari.

    Arahan Dato Hassan kucatat di dalam diari ditanganku. Pukul berapa Dato?

    Satu setengah, tengah hari, jawab Dato Hassan

    sambil mencapai ail yang telah kususun tadi.

    Tempat?

    Restoran Masam-Masam Manis, jawab Dato

    Hassan, pasti. Hanim nak ikut? Aku segera mengangkat muka bila mendengar

    pertanyaan Dato Hassan. Memang kadangkala aku mengikuti

    Dato Hassan sekiranya diperlukan.

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    46/147

    Dosa Semalam

    46

    Tak naklah. Tuan Arikan ada, buat apa Dato nak

    Hanim ikut pula? Aku segera menolak pelawaan dan berdoa

    agar Dato Hassan tidak memaksa aku mengikutinya.

    Dah terbiasalah. Baiklah kalau begitu.

    Lega hatiku bila Dato Hassan berkata demikian.

    Saya keluar dulu. Aku memohon diri bila segala-

    galanya sudah kucatatkan.

    Panggilkan Ari jumpa saya, arah Dato Hassansebelum aku keluar.

    Baiklah. Hendak atau tidak, tugas mesti

    kujalankan. Aku segera menekan nombor sambungan Tuan

    Ari dan suara di sana segera bergema.

    Ada apa Hanim? Lembut suara tersebut bertanya.

    Errr. Entah kenapa gagapku pula timbul.Kenapa ni sayang?

    Sekali lagi aku rasa tercekik.

    Hmmm... Dato Hassan panggil!

    Mangkuk punya orang! Ada ke dia bersayang-sayang

    masa ni? Betul tak pergi sekolah lelaki ini!

    Itu saja? Bukan Hanim yang panggil ke?Sengaja aku diusik lagi. Dari cermin bilik aku dapat

    melihat wajah itu sedang memandangku. Segera aku

    menyorokkan muka di hadapan monitor.

    Dato panggillah! ucapku geram dan terus

    meletakkan teleon.

    Aku mencuri pandang pada Tuan Ari yang sedangbangun dan mengambil diari hitamnya. Langkahnya diatur

    dan aku segera buat-buat sibuk tanpa mengendahkannya.

    Tetapi di dalam hati hanya Allah yang tahu.

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    47/147

    Adilla Tasha

    47

    Hai!

    Terkejut aku lantas mengangkat wajah. Tindakanrefeks. Tergamam aku bila Tuan Ari berdiri di hadapanku

    sambil mengenyit mata kanannya dan terus berlalu dengan

    senyuman.

    AKU leka menatap komputer di hadapanku tanpamenghiraukan keadaan sekeliling. Sesekali mata jahat ini

    mencuri pandang wajah insan di seberang sana. Nampaknya

    lelaki itu pun tengah khusyuk menatap ail-ail yang

    kuserahkan pagi tadi. Sejak keluar dari bilik Dato Hassan,

    wajahnya agak serius dan masuk ke bilik tanpa keluar

    sehingga kini. Baguslah, terasa selamat bila tiada lagi mata

    nakal merenungku.

    Tiba-tiba sahaja teleon berbunyi dan bila kuangkat,

    suara itu di hujung talian.

    Hanim, masuk bilik I.

    Baru nak puji! Setiap kali lelaki ini memberi

    arahan, jantungku akan berdebar-debar tidak menentu. Aku

    melangkah dan masuk ke dalam biliknya setelah dibenarkan.

    Iya, Tuan Ari. Seperti biasa, aku bersedia

    memenuhi arahannya.

    Bawakan I air suam, tekak I hauslah.

    Rasa hendak kucekik lelaki ini. Aku ingatkan arahan

    apalah yang hendak diberikan. Bila kurenungkan kembali,

    memang salahku kerana bilik Dato Hassan sudah akusediakan segala-galanya tetapi bila dengan lelaki ini, aku

    bagaikan tidak tahu hendak berbuat apa-apa. Segala-galanya

    menjadi kaku.

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    48/147

    Dosa Semalam

    48

    Hanim tak ikut sama?

    Aku tidak jadi melangkah apabila mendengarpertanyaannya.

    Lunch hari ni.

    Mungkin melihat dari wajahku yang tidak mengerti,

    lelaki itu menerangkan maksud kata-katanya.

    Oh! Taklah, jawabku sepatah sambil memegang

    tombol pintu.I makan nasi, bukan makan orang.

    Aku dapat mendengar bicaranya walaupun hampir

    tidak kedengaran. Sempat aku menjeling bila mendengar

    kata-katanya yang baru dilontarkan dan lelaki itu masih

    tersenyum memandangku.

    Setelah memberikan air suam seperti yang diminta,aku segera berlalu ke mejaku. Belum pun sempat aku

    mencapai pen, teleonku berbunyi lagi.

    Pastikan Hanim makan tengah hari walaupun

    sedikit. I tak mahu Hanim sakit kerana itu akan membuat I

    tak boleh menyelesaikan kerja dengan baik. Isterikan tulang

    belakang suami.

    Lembut suara itu berbisik dan talian terus

    diputuskan sebelum sempat aku menjawabnya.

    Lelaki ini sudah melampau dan menganggap serius

    tentang apa yang dikatakan padaku pagi tadi. Kupandang ke

    seberang sana dan lelaki itu masih menatapku dari jauh. Isy...

    boleh sakit jiwa aku!!!

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    49/147

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    50/147

    Dosa Semalam

    50

    kalau jumpa aku? Ada tak dia tanya aku sihat ke tidak? Ini

    asyik nak tanya tentang Tuan Ari... luahku geram.

    Alah, dia biasalah. Kalau tak sebut nama Tuan Ari

    satu hari tak sah! jawab Shimah sambil mula mengunyah.

    Hoi! Dah baca doa ke? Tangan Shimah kutepis

    perlahan.

    Maafah, terlupa. Lapar sangat, jawab Shimah

    sambil tersengih dan mula menadah tangan.

    Buat macam tu lagi, aku tak nak makan dengan

    kau! ugutku.

    Hari ni Tuan Arihandsome pakai baju warna

    hijau muda tu. Lembutje.

    Aku yang baru menyuap nasiku terhenti terus. Kau

    tak habis lagi ke? Boleh tak jangan sebut nama lelaki tu masa

    aku nak makan?

    Aku cakap je. Bila dia lalu kat meja aku, bau

    minyak wangi dia boleh buat aku cair, tau! Memang budak

    yang bernama Khatijah ni dah miring otaknya.

    Kau nak aku blah dari meja ni ke? luahku geram.

    Seleraku mati bila mendengar pujian daripada Khatijah. Sakit

    hati aku bila terkenang usikan nakalnya.

    Janganlah cam tu. Baiklah, kita makan okey? Aku

    tutup mulut! Khatijah membuat isyarat mulutnya ditutup.

    Bagus! jawabku geram.

    Kami melayan perasaan masing-masing tanpa

    bersuara.

    Tapikan... aku memang suka bila tengok mukahandsome Tuan Ari tu, tau! Senyumannya, lirikan matanya

    dan bila dia bercakap, terpegun aku mendengarnya. Sekali

    lagi nama lelaki itu meniti di mulut Khatijah.

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    51/147

    Adilla Tasha

    51

    Khatijah! Sekali lagi aku memberi amaran.

    Dahlah Khatijah, kita tengah makan ni. Bisinglah.Shimah mula menyampuk.

    Aku saja nak sebut. Nak tengok reaksi Hanim ni.

    Macam suka je. Khatijah menjawab dengan wajah tidak

    bersalahnya.

    Kenapa kau nak marah kalau aku sebut nama Tuan

    Ari? Kekadang aku ternampak dia sengaja mengusik kau.

    Kalau kau tak ada, aku tengok dia macam kucing kehilangan

    anakje aku rasa. Kau yang cakap tak ada apa-apa dengan dia,

    tapi marahnya lebih. Macam bercintapulak! Kita orang mana

    tahu kalau-kalau dalam hati kau tu ada bunga-bunga cinta.

    Aku kaku bila mendengar apa yang Khatijah

    katakan. Resah sendiri. Betul juga, kenapa aku mesti marah?

    Biarlah Khatijah hendak cakap apa pun kerana itu hak dia. Atau hatiku ada bersarang sesuatu? Oh! Aku sendiri sudah

    tidak mengerti tentang hati sendiri akhir-akhir ini....

    TADI pergi mana?

    Entah bila masa lelaki ini berdiri di mejaku. Tanpa

    salam tanpa bicara, aku disergah sebegitu.

    Pergi mana? Pertanyaan itu kulontarkan semula

    kepada Tuan Ari.

    Tadi masa lunchlah. Cari tak jumpa pun? balas

    Tuan Ari.

    Oh! Makan kat pantri bawah dengan Shimah dan

    Khatijah, terangku.

    Lain kali jangan tinggalkan I sendiri kat sini.

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    52/147

    Dosa Semalam

    52

    Aku terpaksa merenung wajah yang berkumis nipis

    di hadapanku. Pelik! Kenapa pula?

    Kerana tanpa Hanim di depan mata, tak ada selera

    I nak makan.

    Miring lelaki ini kembali semula. Serasa ingin

    sahaja kujegilkan mataku kepadanya tanda aku tidak

    menyukai kata-katanya sebentar tadi itu.

    Memang betul apa yang Khatijah katakan tadi.

    Sudah hampir dua minggu berlalu dan aku sudah terbiasa

    dengan kerenah Tuan Ari. Dia memang senang mengusik

    dan aku sudah dapat menerima segala usikannya tetapi hanya

    satu sahaja yang sering membuat aku resah sendiri dan

    mengundang rasa marah di dalam hati. Sering kali dia

    menyatakan peranan aku di sampingnya apabila waktu

    bekerja. Isteri adalah tulang belakang suami. Ayat itu seringaku dengar dari mulutnya dan kadangkala aku tinggalkan dia

    sendiri di dalam biliknya tanpa pamitan bila ayat itu

    kedengaran lagi.

    Ayat itu membuat aku takut dengan diri sendiri.

    Apa maksudnya dan sukar untuk aku rungkaikan

    memandangkan aku hanyalah seorang wanita dan maruahku

    tidak akan sesekali kupertaruhkan hanya kerana seoranglelaki. Tanggungjawabku besar untuk keluargaku. Di bahu ini

    tergalas segala-galanya. Dan yang paling penting, aku tidak

    mahu nanti bila ada orang lain mendengarnya akan timbul

    bermacam-macam tnah. Aku tidak mahu ia disampaikan

    kepada keluargaku. Apatah lagi kalau telinga radio karat itu

    mendengarnya. Mesti dicanangkan satu taman akan hal ini.

    Silap-silap satu negeri pula!

    Hanim! Kenapa termenung ni, ada masalah ke?

    Tidak sedar yang Tuan Ari masih berdiri di hadapanku.

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    53/147

    Adilla Tasha

    53

    Tak ada apa-apalah, Tuan Ari. Segera kucapai

    kertas di dalam tray lantas kuatur langkah ke mesin otostat.

    Macam mana aku tak sedar dia ada di depan aku

    lagi? bisikku sendiri.

    Betul ke ni?

    Entah bila masa pula lelaki itu berada di

    belakangku. Kenapa dengan dia ni?

    Hmmm... betullah Tuan Ari, saya okey je. Akuserba salah bila lelaki ini bagaikan tidak mengerti

    ketidakselesaanku. Suara Khatijah bagaikan terngiang-ngiang

    di telingaku.

    Betul ni...? Atau Hanim tidak sihat?

    Aku segera memalingkan mukaku ke arah lain bila

    matanya tidak jemu menatapku.

    Saya okeylah, tuan. Aku berharap agar dia segera

    meninggalkan aku yang sudah macam cacing kepanasan.

    I bawa Hanim ke klinik ya! Tuan Ari masih tidak

    berganjak dari tempatku berdiri.

    Saya okey, tuan. Percayalah! Saya tidak sakit atau

    ada sebarang masalah. Aku memandangnya dengan wajah

    yang kuceriakan untuk cuba meyakinkan Tuan Ari walaupun

    sebenarnya dia yang mendatangkan masalah padaku.

    I suka mata Hanim yang bundar tu. Lain kali

    jangan renung I macam tu, buat iman I bergoncang.

    Aku kaku seketika bila Tuan Ari berjaya

    mengenakanku. Tiba-tiba sahaja pipiku terasa berbahang.

    Tuan Ari!!!Maa sayang, I nak keluar sebentar. Lain kali kita

    sambung, okey?

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    54/147

    Dosa Semalam

    54

    Segera Tuan Ari beredar bila mendengar nada

    suaraku yang menggambarkan perasaanku yang geram ini.

    Cepat sahaja dia menghilangkan diri sebelum sempat aku

    berkata apa-apa. Aku segera kembali ke tempatku sebelum

    aku tumbang ke lantai ini kerana penangan kata-kata lelaki

    itu.

    Kenapalah dia ni begini... keluhku sendiri sambil

    mengambil pen di sisiku untuk menyambung kerjaku tadi.

    Kutarik naas panjang untuk melegakan perasaan yang tidaktentu arah tadi. Jantung yang berlari kencang, cuba

    kutenangkan.

    Jangan nakal-nakal, sayang.Bye!

    Sekali lagi jantungku bagaikan hendak tercabut bila

    bisikan itu terasa dekat di telingaku. Kulihat Tuan Ari

    tersenyum memandangku sambil mengenyitkan matanya.Bilapulak dia ni patah balik? bisikku sendiri.

    Aku segera bangun dan belum sempat aku bersuara,

    lelaki itu mencapai pen di tanganku dan segera melangkah

    menuju ke pintu keluar sambil melambaikan tangannya.

    Argh geramnya!!! jeritku sendiri dan aku

    terduduk kembali.

    Bila kukenangkan kembali, seakan terhibur dengan

    gelagatnya dan buat aku tersenyum sendiri.

    Hai! Dah jatuh cinta ke dengan cik abang tu?

    Segera aku berpaling apabila mendengar suara

    Dato Hassan. Dato!

    Rasa geramku yang bercampur dengan marah taditerbit semula bila Dato Hassan pula ketawa meninggalkanku.

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    55/147

    Adilla Tasha

    55

    H

    ARI ini aku terpaksa mengikut

    Dato Hassan dan Tuan Ari

    keluar berjumpa pelanggan.

    Tetapi dengan kehadiran Tuan Ari bersama membuatkan

    aku rasa kekok.

    Selesai perbincangan dengan pihak pelanggan,

    kami dijemput makan tengah hari bersama. Makan di tempat

    yang mewah membuatkan aku tidak tahu hendak memilih

    menu kerana setiap kali bersama Dato Hassan, segala-

    galanya kuserahkan kepadanya. Tidak perlu aku bersusahpayah kerana Dato Hassan bagaikan ayah kepadaku dan dia

    mengerti cita rasaku.

    Ketika aku ingin mengambil tempat di sebelah

    Dato Hassan, Tuan Ari terlebih dahulu menarik kerusi di

    sebelahnya untukku. Mahu atau tidak aku terpaksa duduk di

    kerusi itu. Dato Hassan bagaikan memberi peluang kepada

    kami dan Encik Shankar mengambil tempat di sebelahnya. Aku memandang Dato Hassan untuk menyampaikan rasa

    tidak puas hatiku tetapi Dato Hassan hanya tersenyum

    membalasnya.

    Bab8

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    56/147

    Dosa Semalam

    56

    Tuan Ari memandangku pula bila pelayan berdiri

    di sebelahnya sementara Dato Hassan masih rancak berbual

    dengan Encik Shankar, pelanggan kami.

    Kenapa? tanyaku sepatah bila pandangan Tuan

    Ari masih tertancap padaku.

    Hanim nak makan apa? jawabnya sambil

    mengangkat keningnya.

    Boleh tak kalau saya tak makan? Seleraku

    bagaikan mati bila makan bersama dengan Tuan Ari dan

    walaupun dipaksa, mesti perutku tidak akan kenyang kerana

    apa yang kutelan nantinya, bagaikan pasir sahaja rasanya.

    Tak boleh!

    Geramnya aku bila Tuan Ari memberi jawapan

    yang menentang kehendakku saat ini. Suka hatilah aku nak

    makan ke tidak! Bebelku di dalam hati.

    Ari, kalau you nak tahu Hanim ni selalu

    tinggalkan waktu makan tengah harinya.

    Aku benar-benar tidak sangka Dato Hassan sempat

    mencuri dengar perbualan kami yang sebenarnya lebih

    kepada pertengkaran bagiku.

    Kenapa Hanim tidak mahu makan? Jangan selaluberdiet, nanti you sakit.

    Chewah... Encik Shankar pula menyampuk.

    Tuan Ari hanya tersenyum memandangku.

    Bukan saya tidak suka makan tengah hari, Encik

    Shankar tapi. Aku mula terkir-kir untuk mencari

    alasan. Ya Allah! Kenapalah waktu ini otakku seakan-akangagal berungsi?

    Tapi apa, Hanim?

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    57/147

    Adilla Tasha

    57

    Tuan Ari segera mematahkan alasan yang hendak

    kusampaikan. Kupandang wajahnya dan lelaki itu masih

    menanti jawapan dariku.

    Okeylah saya makan. Lemah aku bersuara. Malas

    hendak bertegang urat dengan lelaki-lelaki di hadapanku ini.

    Kalau tiga lawan satu, sudah pasti aku yang akan kalah nanti.

    Ari, pesankan untuk Hanim. Dia ni bab pesan

    memesan lemah sikit.

    Hati mula tertanya-tanya, kenapa dengan Dato

    Hassan hari ini? Sengaja hendak melagakan aku dengan Tuan

    Ari! Dato!

    Aku menjeling melihat Dato Hassan dan Encik

    Shankar ketawa seenaknya selepas mengenakan aku.

    Okeylah sayang, I pesankan. Apa yang I makan,

    you mesti makan. Lagipun you ingat pesanan I, kan? ujarnyadengan senyuman nakalnya.

    Dalam diam aku berdoa agar janganlah lelaki ini

    menimbulkan apa yang dia pernah beritahuku dulu.

    Pesan apa Ari? tanya Dato Hassan.

    Tidak ada apa-apa, Dato. Tuan Ari ni memang

    suka bergurau. Aku segera bersuara. Oh! Sakitnya hati akudengan lelaki di sebelahku ini!!! Boleh gila aku kalau selalu

    dihadapkan dengan situasi sebegini.

    Okeylah, Ariset menu kita, arah Dato Hassan.

    Huh! Nasib baik Dato Hassan tidak berminat untuk

    mencungkil apa-apa lagi.

    Sedang kami menikmati hidangan, teleon bimbitTuan Ari berbunyi menandakan ada panggilan masuk.

    Maakan I. Segera Tuan Ari menekan butang

    hijau setelah melihat nama di skrin teleonnya.

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    58/147

    Dosa Semalam

    58

    Hai sayang.

    Bergetar hatiku melihat cara Tuan Ari menjawabpanggilan itu. Aku cuba mengawal gelojak perasaanku agar

    tidak ketara di hadapan Dato Hassan.

    You di mana ni?

    Perlahan-lahan aku mengunyah nasi yang kusuap,

    namun sebenarnya telingaku memasang antena untuk

    mengetahui siapa di hujung talian. Wah! Perangai

    busybodyku yang sekian lama kutinggalkan sejak zaman

    sekolah dulu, menjelma semula.

    Iya ke? I masih di Kuala Lumpur lagi ni, ada kerja

    yang nak diselesaikan.

    Aku mula diterpa kehairanan bila Tuan Ari tidak

    menyatakan lokasi sebenar dia berada kepada orang yang

    meneleonnya.

    Okeylah sayang. I ada client ni, nanti malam I call

    you.

    Mungkin itu adalah kekasih hati Tuan Ari agaknya.

    Kalau tidak, takkan perbualan ini hendak disambung hingga

    ke malam.

    Yes! I promise. I will call you. Tuan Arimematikan panggilan setelah membuat perjanjian lantas

    mengambil sudu yang diletakkan tadi dan menyambung

    suapannya yang telah agak lama terhenti.

    Gembira orang tu dapat calldari buah hati. Encik

    Shankar mengusik Tuan Ari.

    Biasa saja. Pandai Tuan Ari menyembunyikanrasa hatinya.

    Aku hanya diam membisu tanpa berminat untuk

    menyampuk. Air mukaku ternyata sukar untuk disorokkan

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    59/147

    Adilla Tasha

    59

    bila Tuan Ari menggunakan perkataan sayang kepada si

    pemanggil tadi. Kenapa hatiku jadi tidak menentu dengan

    keadaan ini? Aku bukan ada sebarang hubungan dengan Tuan

    Ari, jadi aku tidak berhak untuk rasa tergugat dengan

    panggilan tadi. Kenapa aku pula harus terasa sedangkan lidah

    Tuan Ari tiada rasa bersalah pun hendak menyebut

    perkataan sayang. Aku sahaja yang terlebih perasan.

    Ketika aku mengangkat wajah, pandanganku

    bertembung dengan Dato Hassan. Segera aku berpaling kearah lain kerana aku tidak mahu Dato Hassan membuat

    sebarang ulasan tentang perbualan ini.

    You duduk mana sekarang ini, Mr. Ari? tanya

    Encik Shankar tiba-tiba.

    I tinggal di Lake View Hotel di Bandar Seri

    Manjung. Tuan Ari menjawab tanpa mengangkat wajahnya.You tinggal di hotel? I ingatkan you tinggal di

    apartmen atau pun kondo. Kalau tak salah I, you akan berada

    di Manjung ni selama sebulan, kan? Encik Shankar sungguh

    berminat mencungkil hal peribadi Tuan Ari.

    I malas nak sewa apartmen atau kondo, Encik

    Shankar. Bukan apa, I ni malas nak mengemas rumah. Jadi

    kalau duduk di hotel ada room service, jadi taklah I susah

    payah, terang Tuan Ari lagi.

    Aku dan Dato Hassan hanya berminat menjadi

    pemerhati.

    Jadi selama sebulanlah you di Lake View Hotel

    itu? tanya Encik Shankar lagi.

    Tengoklah, kalau ada kerja yang belum selesai,

    mungkin I akan tinggal dalam dua minggu lagi.

    Dalam diam aku amat berharap agar semua yang

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    60/147

    Dosa Semalam

    60

    bersangkutan dengan Tuan Ari dapat diselesaikan dalam

    waktu yang ditetapkan. Aku tidak mahu hati ini menjerat

    diriku sendiri dengan kehadirannya. Biarlah aku kenangkan

    masa yang sedikit ini untuk tatapan jiwaku.

    Hanim, kenapa you senyap saja? soal Encik

    Shankar.

    Tak ada apa-apa yang hendak dibualkan, Encik

    Shankar. Biarlah saya jadi pendengar saja. Aku tersenyum

    memandang Encik Shankar.

    Baguslah you, kan? Dato bawa you ke mana-mana

    dia pergi.

    Aku rasa tersinggung dengan apa yang Encik

    Shankar katakan tetapi aku cuba mengawalnya. Mungkin

    pada pandangan Encik Shankar aku ini sama dengan

    setiausaha yang kebanyakannya suka mengambil kesempatandan mempunyai skandal di luar sana. Mungkin Encik

    Shankar sering melihat aku bersama Dato Hassan pada setiap

    kali perjumpaan kami.

    Tak adalah Encik Shankar. Aku cuba berlembut

    untuk menahan rasa hati yang agak panas ketika ini.

    You jangan salah aham, Encik Shankar. I dan

    Dato bawa Hanim keluar berjumpa dengan client untuk dia

    belajar bagaimana cara hendak berurusan dengan client

    kami. I mahu Hanim tahu di bidang perniagaan ini, banyak

    kerenah yang kita kena hadapi. Lagipun kalau I ke Kuala

    Lumpur semula, dan Dato pula ada urusan, sekurang-

    kurangnya Hanim boleh mewakili kami untuk membuat

    keputusan. I tidak mahu you cakap begini dengan Hanimlagi. Tegas Tuan Ari bersuara.

    Aku terkedu. Apa sudah jadi? Aku tidak sangka Tuan

    Ari sanggup mempertahankan maruah diriku.

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    61/147

    Adilla Tasha

    61

    Dato Hassan hanya tersenyum bila Tuan Ari

    berbicara begitu.

    I minta maafah kalau you tersinggung. I tak

    berniat begitu. Sekali lagi I minta maa, Dato dan Mr. Ari.

    Berubah wajah Encik Shankar bila Tuan Ari berani

    mengeluarkan amaran sebegitu kepadanya.

    Rasa terharu bila diri ini dipandang mulia walaupun

    pekerjaan ini kadangkala menjadi umpatan keji masyarakat.

    You tak perlu minta maa dengan I, you kena

    minta maa dengan setiausaha I, Nurul Hanim!

    Dari nada suara Tuan Ari yang tegas, aku tahu

    lelaki ini cuba mengawal perasaan amarahnya. Namun dia

    bijak memainkan perasaannya agar tidak ketara.

    Hanim, I minta maa dengan apa yang I cakapkan

    tadi. I tiada niat apa-apa pun. Im so sorry. Sekali lagi katamaa keluar dari mulut Encik Shankar.

    Tidak mengapa, Encik Shankar. Saya datang ke

    sini kerana bekerja dan tiada niat lain yang tersimpan. Saya

    mencari rezeki untuk amili. Sudahlah, yang penting saya

    tahu siapa diri saya. Dalam senyum aku membalas, cuba

    mengendurkan suasana tegang yang wujud di antara Tuan

    Ari dan Encik Shankar.

    Tuan Ari... Dato, jangan lupa kita ada temu janji

    pukul tiga setengah petang ini di ofce. Aku cuba

    mengalihkan topik perbualan mereka. Sempat kulihat wajah

    Tuan Ari masih tegang walaupun lelaki ini cuba

    menyembunyikan dengan membuang pandangannya ke

    kejauhan.

    Oh ya, lupa pulak. Terima kasih. Barulah Dato

    Hassan bersuara.

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    62/147

    Dosa Semalam

    62

    Tuan Ari hanya mendiamkan diri.

    Okeylah Encik Shankar, kami minta diri dulu.Terima kasih kerana makan tengah hari ini dan kami harap

    kita akan berjumpa lagi berkenaan projek tadi. Dato Hassan

    segera bangun, diikuti Tuan Ari.

    Aku benar-benar pelik dengan Dato Hassan hari ini

    bila dia sedikit pun tidak membantah atau mencampuri

    perbalahan di antara Tuan Ari dan Encik Shankar.

    Encik Shankar dan Dato Hassan berjalan di

    hadapan sementara aku dan Tuan Ari mengikuti mereka

    dari belakang.

    Dahlah tu, cuba senyum sikit. Perkara kecil saja...

    bisikku perlahan untuk memujuk hati Tuan Ari.

    Jangan buat macam ini depan client, please. Demi

    saya. Sekali lagi aku bersuara.

    Terdengar keluhan dari bibir Tuan Ari.

    Okey Dato, next time kita jumpa lagi. Mr. Ari, I

    minta maa sekali lagi. Ketika itu Encik Shankar berpaling

    dan menghulurkan tangan untuk bersalaman. Agak keruh

    juga wajah hitam manis Encik Shankar.

    Tidak mengapa. Tuan Ari menepuk bahu EncikShankar berkali-kali tanda dia telah memaakan.

    Alhamdulillah!

    Hanim,Im sorry again.

    Aku hanya tersenyum dan mula melangkah

    perlahan-lahan meninggalkan lelaki-lelaki itu yang masih

    tidak berhenti berbincang.

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    63/147

    Adilla Tasha

    63

    H

    ARI itu sudah masuk hari

    ketiga Tuan Ari dan Dato

    Hassan tiada di pejabat. Dato

    Hassan seperti biasa menemui isteri dan keluarganya di

    Kuala Lumpur, manakala Tuan Ari secara tiba-tiba membuat

    keputusan hendak turun ke Kuala Lumpur pula.

    Aku pun tidak tahu apa masalahnya cuma Tuan

    Ari sempat berpesan supaya meneleonnya sekiranya ada

    perkara penting sahaja.

    Aku terasa aman sedikit bila tiada sesiapa yangmenggangguku ketika ini. Tetapi kesunyian seakan menggigit

    jantungku bila setiap kali ada panggilan yang masuk

    bertanyakan Tuan Ari. Bila ada yang menyebut nama lelaki

    itu, serta-merta jantungku berdegup laju. Aku sendiri tidak

    mengerti apa sebenarnya perasaan ini. Bila Tuan Ari ada di

    hadapan mata, segala gerak lakuku menjadi kaku. Kalau

    orang kata aku bagaikan boneka pun aku terima kerana akubagaikan patung bernyawa bila duduk di tempatku yang

    menghadap biliknya. Serba tidak kena segalanya. Adakah aku

    telah jatuh hati kepada lelaki ini? Apa aura yang dipakainya?

    Bab9

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    64/147

    Dosa Semalam

    64

    Telah acap kali aku terima salam perkenalan

    daripada lelaki-lelaki yang melewati perjalanan hidupku

    tetapi tiada siapa pun yang dapat menggoncang pintu hati ini.

    Lain pula dengan lelaki yang satu ini, tidak dipetik pun aku

    sudah bagaikan jatuh terduduk. Mengapakah aku menjadi

    lemah sebegini sehingga sanggup membiarkan ruang-ruang

    hatiku yang kosong ini dihuni insan yang bernama Ari Aris

    walaupun aku tahu lelaki ini sudah berpunya? Tetapi adakah

    benar lelaki ini sudah berpunya?Bangun Hanim! Jangan lalai dengan rayuan itu.

    Pandang dirimu dan tanya dirimu siapa sebenarnya Nurul

    Hanim yang hendak berjalan sama tegak dengan Tuan Ari?

    hatiku memberontak.

    Uiii... termenung nampak!

    Semuanya terbang hilang dari kotak kiranku bilaKhatijah menepuk bahuku. Hampir aku menjerit. Kau nikan

    Tijah, suka sangat sergah aku.

    Cik kak, boleh tak kau jangan panggil aku Tijah?

    Aku tahu Khatijah memang anti kalau aku

    memanggil nama singkatannya. Semenjak dua menjak ini

    aku lebih suka mengusiknya dengan nama panggilannya di

    rumah. Hanya itu sahaja senjata yang dapat membuat

    Khatijah terdiam bila dia sering mengusikku.

    La, kan nama kau tu? Kesian mak bapak kau penat-

    penat kirkan nama yang sedap tu... usikku lagi. Kulihat

    bibir Khatijah sudah mencemik tanda dia sudah merajuk.

    Iyalah, kalau kau panggil nama penuh aku takpe

    jugak. Ini panggil nama Tijah, macamlah aku ni dah tuasangat.

    Aku tak panggil pun nama kau Mak Cik Tijah, yang

    aku sebut Tijahje.

  • 8/7/2019 Dosa Semalam

    65/147

    Adilla Tasha

    65

    Semakin seronok aku mengusik Khatijah.

    Kau nikan tak nak kawanlah! Khatijah mulamengatur langkahnya.

    Tak nak kawan sudah, aku sayang kaujelah.

    Bertambah seronok aku mengusiknya.

    Menyampah!

    Aku tertawa bila melihat rajuk Khatijah semakin

    menjadi-jadi.Okey... aku mintak maa, Cik Khatijah. Lembut

    aku bersuara untuk memujuk Khatijah semula.

    Macam tu la Cik Nurul Hanimku sayang.

    Aku tahu rajuk Khatijah tidak ke mana kerana

    hanya dia yang agak rapat denganku selain Shimah. Khatijah

    mengatur langkah kembali berdiri di sisi mejaku.Aku nak pergi makan, kau nak ikut tak? pelawa

    Khatijah.

    Aku tak ada seleralah, kau pergilah.

    Memang sedari tadi aku tidak senang duduk kerana

    dari pagi kepalaku sudah berdenyut-denyut dan