dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 2

Upload: syazalina83

Post on 05-Apr-2018

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 2

    1/26

  • 7/31/2019 Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 2

    2/26

  • 7/31/2019 Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 2

    3/26

  • 7/31/2019 Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 2

    4/26

  • 7/31/2019 Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 2

    5/26

    KANDUNGAN

    1. PENDAHULUAN 1

    2. MATLAMAT 1

    3. OBJEKTIF 1

    4. FOKUS 1

    5. PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL(PEERS) DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN

    2

    6. CADANGAN PENGAGIHAN WAKTU 3

    7. ORGANISASI STANDARD KURIKULUM 3

    8. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 4

    9. PENILAIAN 5

    10. OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN DUA 6

  • 7/31/2019 Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 2

    6/26

  • 7/31/2019 Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 2

    7/26

  • 7/31/2019 Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 2

    8/26

  • 7/31/2019 Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 2

    9/26

    PENDAHULUAN

    Pendidikan Kesihatan ialah disiplin ilmu yang membolehkan

    murid mendapat pengalaman pembelajaran secaraberterusan untuk membuat keputusan, meningkatkan literasikesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Murid dididiksupaya sentiasa bersedia menyesuaikan diri dalam aspekfizikal, mental, emosi, sosial dan rohani. Pengajaran danpembelajaran Pendidikan Kesihatan yang terancang dapatmeningkatkan potensi individu ke tahap kesihatan optimum.

    MATLAMAT

    Pendidikan Kesihatan membolehkan individu mengawalkesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaranmenerusi pengetahuan, kemahiran, amalan gaya hidup sihatdan bersikap positif untuk mencapai kesejahteraan hidup

    serta jangka hayat panjang yang berkualiti.

    OBJEKTIF

    Murid boleh :

    (i) mempertingkatkan pengetahuan, sikap dan amalan

    kesihatan diri, keluarga, masyarakat serta persekitaran;

    (ii) mempamerkan kemahiran mencegah masalah kesihatandan penyakit; dan

    (iii) menguasai keupayaan bagi menghadapi dan menanganimasalah serta isu berkaitan dengan kesihatan.

    FOKUS

    Kurikulum Pendidikan Kesihatan terdiri daripada Pendidikan

    Kesihatan Reproduktif dan Sosial iaitu PEERS (75%),pemakanan (15%) dan pertolongan cemas (10%). Sejumlah35 waktu dalam penjadualan persekolahan setahun diagihkanuntuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran PendidikanKesihatan bagi Tahap Satu dan Tahap Dua sekolah rendah.

    Kandungan Pendidikan Kesihatan memberi penekananterhadap gaya hidup sihat bersesuaian dengan ciri dankeperluan murid serta disusun mengikut tiga modul utamaiaitu :

    Modul 1 : Kesihatan FizikalModul ini menekankan aspek perkembangan fizikal sertapenjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat. Fokusdiberi kepada kesihatan diri dan reproduktif, pemakanan danpenyalahgunaan bahan.

  • 7/31/2019 Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 2

    10/26

    Modul 2 : Kesihatan Mental, Emosi dan SosialModul ini menekankan aspek perkembangan mental, emosidan sosial serta mengurus risiko, konflik dan perubahandalam kehidupan. Fokus diberi kepada pengurusan mentaldan emosi, kekeluargaan serta perhubungan.

    Modul 3 : Kesihatan PersekitaranModul ini menekankan aspek kesihatan dan keselamatanpersekitaran. Fokus diberi kepada pencegahan penyakit,keselamatan dan pertolongan cemas.

    PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL(PEERS) DALAM KURIKULUM PENDIDIKANKESIHATAN

    Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) diajarmelalui kurikulum Pendidikan Kesihatan. PEERS adalah

    satu proses sepanjang hayat untuk memperoleh pengetahuandan membentuk sikap, nilai serta kepercayaan terhadapidentiti, perhubungan dan keintiman sesama insan.

    PEERS bukan hanya terbatas kepada isu seksual atauhubungan seks semata-mata. PEERS mencakupipengetahuan dari aspek biologikal, sosiobudaya, psikologikal

    dan kerohanian ke arah amalan tingkah laku yang sihatdalam kehidupan.

    Objektif PEERS adalah untuk membantu murid :

    (i) membentuk pandangan yang positif tentang kesihatanreproduktif dan sosial untuk diri, keluarga danmasyarakat

    (ii) menyediakan maklumat yang perlu diketahui supayamurid mengambil berat tentang kesihatan seksual dankeluarga sebagai institusi asas manusia sertamenyumbang kepada pemeliharaan integriti institusi

    kekeluargaan secara berterusan dan berkekalan

    (iii) memperoleh kemahiran membuat keputusan secarabijak dan bertanggungjawab tentang kesihatan dantingkah lakuseksual pada masa kini serta masa depan.

    PEERS merangkumi :

    (i) Kesihatan diri dan reproduktif Aspek perkembangan dan perubahan fizikal,

    fisiologikal serta psikologikal semasa akil baligh,dan penjagaan kesihatan reproduktif.

    (ii) Penyalahgunaan bahan

    Kesan buruk pengambilan bahan berbahaya iaiturokok, dadah, inhalan dan alkohol, serta kemahiranberkata TIDAK.

    (iii) Kemahiran pengurusan mental dan emosi Kemahiran pengurusan konflik dan stres dalam diri,

    keluarga, rakan sebaya dan masyarakat.

  • 7/31/2019 Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 2

    11/26

    (iv) Kekeluargaan Kepentingan institusi perkahwinan, kekeluargaan,

    peranan dan tanggungjawab ahli dalam keluarga.

    (v) Perhubungan Kepentingan etiket perhubungan dan kemahiran

    interpersonal yang positif dalam persaudaraan sertapersahabatan.

    (vi) Pencegahan penyakit

    Pengetahuan dan kemahiran mengurus kesihatandaripada penyakit berjangkit, tidak berjangkit,genetik, keturunan dan mental.

    (vii) Keselamatan Langkah-langkah keselamatan diri di rumah, sekolah,

    taman permainan dan tempat awam, serta akta

    perlindungan bagi kanak-kanak, gadis dan wanita,termasuk kemahiran mengelak diri daripadaancaman orang yang tidak dikenali dan orang yangperlu dihubungi jika berlaku gangguan, ancamanserta kecemasan.

    CADANGAN PENGAGIHAN WAKTU

    Tahap Satu dan Tahap Dua Sekolah Rendah(35 waktu setahun)

    Pendidikan KesihatanReproduktif dan Sosial(PEERS)

    75% 26 waktu = 780 minit

    Pemakanan 15% 5 waktu = 150 minit

    Pertolongan Cemas 10% 4 waktu = 120 minit

    ORGANISASI STANDARD KURIKULUM

    Standard Kurikulum Pendidikan Kesihatan digubal denganmenetapkan Standard Kandungan dan Standard

    Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Tujuan utamapenetapan standard adalah untuk ekuiti dan kualiti. Ekuitibermaksud semua murid diberi peluang pendidikan yangsama, manakala kualiti bermaksud semua murid perlu diberipendidikan yang berkualiti. Justeru, kurikulum berasaskanstandard memberi pendidikan berkualiti yang sama kepadasemua murid.

    Standard Kandungan merupakan pernyataan spesifiktentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukandalam suatu tempoh persekolahan. Standard Kandunganmerangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

  • 7/31/2019 Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 2

    12/26

  • 7/31/2019 Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 2

    13/26

    5. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankanoleh guru perlu memberi peluang kepada murid untukmenguasai kemahiran berkomunikasi, membina

    perhubungan yang sihat, empati dengan orang lain,berupaya mengendalikan emosi serta tekanan dalammenguruskan hidup secara produktif dan sihat.

    6. Dalam menjalankan aktiviti bilik darjah, pengalamanmurid dan pengalaman pembelajaran perlu disusun aturdengan mengambil kira pelbagai tahap kecerdasan agarmurid dapat belajar dengan cara tersendiri dalamkeadaan yang paling sesuai. Kaedah dan aktiviti yangberbeza perlu dirancang untuk murid yang berbeza tahapkecerdasan.

    7. Penguasaan kemahiran kecekapan psikososial (life skills)adalah perlu dan membantu murid untuk mengadaptasipermintaan serta cabaran kehidupan harian, memberi

    kesedaran tentang sesuatu isu atau permasalahan yangberlaku pada masa lampau, masa kini dan masa depan.Ini bermakna murid dapat membuat ramalan, menjangkaakibatnya dan mengendali perubahan supaya mendapatmanfaat yang maksimum.

    8. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi seperti

    Internet, e-mel, CD-Rom dan sidang telekomunikasidalam proses pengajaran serta pembelajaran perludigalakkan sebagai melengkapkan diri dengan kemahiranabad ke-21.

    PENILAIAN

    1. Kaedah Penilaian

    Pemerhatian dan penilaian berterusan Penilaian fizikal secara berkala Penilaian hasil kerja Senarai semak Lisan

    2. Kekerapan Penilaian

    Penilaian dijalankan sepanjang masa.

    3. Ciri-ciri Penilaian Penilaian secara menyeluruh Perkara yang dinilai merangkumi penguasaan

    pengetahuan, penerapan sikap, penguasaankemahiran, status kesihatan dan amalan harian

    Criterion-based evaluation dan bukan perbandingan

    antara murid Proses dan kaedah penilaian tidak terlalu rumit.

    4. Penggunaan Hasil PenilaianPenilaian Pendidikan Kesihatan dirancang dandikendalikan oleh guru di peringkat sekolah. Hasilpenilaian digunakan untuk tindakan susulan bagi

    meningkatkan pembelajaran murid dan memperbaikipengajaran guru. Pelaporan perlu dibuat di peringkatsekolah untuk memberi maklum balas kepada murid,ibu bapa dan guru lain.

  • 7/31/2019 Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 2

    14/26

  • 7/31/2019 Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 2

    15/26

    OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN DUA

    Pada akhir pembelajaran, murid dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan amalan :

    1. Mengenal pasti dan mengamalkan aspek-aspek yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan fizikalyang sihat;

    2. Menjauhkan diri daripada situasi dan sentuhan tidak selamat;

    3. Memilih jenis makanan berkhasiat;

    4. Mengamalkan gaya hidup sihat tanpa rokok, alkohol dan dadah;

    5. Memahami dan mengurus perasaan mengikut situasi;

    6. Mengenali perbezaan fizikal dan perawakan antara lelaki dan perempuan;

    7. Menzahirkan perasaan kasih sayang terhadap Tuhan, diri, ibu bapa / penjaga, ahli keluarga, guru dan rakan;8. Mengetahui jenis penyakit dan cara mencegah serta mengelak risiko penyakit;

    9. Mengenal pasti dan mengamalkan aspek-aspek pencegahan kemalangan serta kecederaan; dan

    10. Mengetahui cara meminta bantuan apabila berlaku situasi kecemasan.

  • 7/31/2019 Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 2

    16/26

  • 7/31/2019 Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 2

    17/26

    MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL

    STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

    Kesihatan Diri dan Reproduktif

    1.1 Mengetahui dan memahami pertumbuhan sertaperkembangan fizikal yang sihat.

    1.1.1 Menyenaraikan aktiviti fizikal yang menyumbangkepada pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.

    1.1.2 Mengamalkan aktiviti fizikal untuk mencapai

    pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang sihat.1.1.3 Mengamalkan pemakanan yang seimbang untuk

    pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang sihat.1.1.4 Mengamalkan postur yang betul untuk pertumbuhan

    dan perkembangan fizikal.1.1.5 Menyatakankepentingan rehat dan tidur yang

    mencukupi untuk pertumbuhan serta perkembangan

    fizikal yang sihat.

    1.2 Mendemonstrasi keupayaan dan kemahiran untukmenangani pengaruh dalaman serta luaran yangmempengaruhi kesihatan diri dan reproduktif.

    1.2.1 Menyatakan maksud dan situasi sentuhan tidak selamat.1.2.2 Berkata TIDAK kepada sentuhan tidak selamat.1.2.3 Mengenal pasti individu yang mungkin melakukan

    sentuhan tidak selamat.1.2.4 Menyatakan tindakan yang perlu diambil jika berlakusentuhan tidak selamat.

  • 7/31/2019 Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 2

    18/26

    MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL

    STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

    Pemakanan

    1.3 Mengetahui dan mengamalkan pemakanan yang sihatserta selamat.

    1.3.1 Memilih makanan dan minuman yang berkhasiat padasetiap kali waktu makan.

    1.3.2 Menyatakan kepentingan pengambilan makanan dan

    minuman yang berkhasiat.1.3.3 Mengenal pasti jenis makanan dan minuman yang

    boleh menyebabkan berat badan yang berlebihanserta obesiti.

    1.3.4 Mengamalkan pengambilan makanan dan minumanmengikut keperluan.

    1.3.5 Mengamalkan tabiat makan dan minum yang sihat.

    1.3.6 Menceritakan tabiat pengambilan makanan danminuman dalam kalangan ahli keluarga.

    1.3.7 Menyatakan pengaruh rakan dalam pengambilanmakanan dan minuman.

    1.3.8 Menyatakan pengaruh media dalam pengambilanmakanan dan minuman.

  • 7/31/2019 Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 2

    19/26

    MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL

    STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

    Penyalahgunaan Bahan

    1.4 Mengetahui jenis dan kesan penyalahgunaan bahanserta berkemahiran menangani situasi berisikoterhadap diri, keluarga dan masyarakat.

    1.4.1 Mengenali jenis bahan ketagihan iaitu rokok, alkoholdan dadah.

    1.4.2 Menceritakan kesan negatif merokok, mengambil

    alkohol dan dadah terhadap kesihatan diri serta oranglain.

    1.4.3 Melaporkan kepada orang dewasa berkaitanpenyalahgunaan bahan dalam kalangan rakan.

    1.4.4 Berkata TIDAK kepada pelawaan penyalahgunaanbahan.

    1.4.5 Mengamalkan gaya hidup sihat dengan tidak

    menyalahguna bahan.

  • 7/31/2019 Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 2

    20/26

    MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL

    STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

    Pengurusan Mental dan Emosi

    2.1 Mengetahui pelbagai jenis emosi, kepentingan dan caramengurus emosi untuk meningkatkan kesihatan mentaldalam kehidupan harian.

    2.1.1 Mempamerkan perasaan seperti bimbang, cemas dantidak selamat.

    2.1.2 Menunjuk cara yang sihat ketika meluahkan perasaan

    kepada orang yang boleh dipercayai.2.1.3 Mengamalkan sikap positif untuk mengurus perasaandiri seperti rasa bersalah, bimbang, takut, marah,cemburu dan tidak selamat.

    2.1.4 Mengenal pasti perasaan yang wujud akibat perubahanyang berlaku dalam keluarga dan persekitaran sepertipertambahan serta kehilangan ahli dalam keluarga.

    Kekeluargaan

    2.2 Mengetahui peranan diri sendiri dan ahli keluarga sertakepentingan institusi kekeluargaan dalam aspekkesihatan keluarga.

    2.2.1 Menyatakan perbezaan fizikal perempuan dan lelaki.2.2.2 Menceritakan perbezaan antara perawakan perempuan

    dan lelaki.

    2.2.3 Menghargai diri dan gembira dilahirkan sebagai lelakiatau perempuan.

    2.2.4 Mengamalkan sikap menghormati antara satu sama laintanpa mengira jantina.

  • 7/31/2019 Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 2

    21/26

    MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL

    STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

    Perhubungan

    2.3 Mengetahui dan mengaplikasi kemahiran interpersonalserta komunikasi berkesan dalam kehidupan harian.

    2.3.1 Mematuhi ajaran agama.2.3.2 Menzahirkan kasih sayang yang berbeza kepada

    Tuhan, diri, ibu bapa / penjaga, ahli keluarga, gurudan rakan.2.3.3 Menunjukkan rasa kasih sayang tanpa membezakan

    individu atau kumpulan seperti tidak membuli danmenyakiti orang lain.

    2.3.4 Mengamalkan rasa syukur kepada Tuhan dan terimakasih sesama manusia.

  • 7/31/2019 Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 2

    22/26

    MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN

    STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

    Penyakit

    3.1 Mengetahui jenis penyakit dan cara mencegah sertamengelak risiko penyakit dalam kehidupan harian.

    3.1.1 Mengenal pasti tanda-tanda konjunktivitis.3.1.2 Menyatakan cara mengelak daripada jangkitan

    konjunktivitis.

    3.1.3 Menyatakan langkah-langkah yang perlu diambil ataudiawasi jika mengalami konjunktivitis.3.1.4 Mengenali penyakit tidak berjangkit seperti ketumbit

    mata, sakit telinga, hidung berdarah, ekzema danalahan.

    3.1.5 Mengenal pasti tanda-tanda penyakit tidak berjangkit.3.1.6 Menyatakan langkah-langkah yang perlu diambil atau

    diawasi jika mengalami penyakit tidak berjangkit.

  • 7/31/2019 Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 2

    23/26

    MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN

    STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

    Keselamatan

    3.2 Mengetahui kepentingan menjaga keselamatan diri danmendemonstrasikan kemahiran kecekapan psikososialdalam kehidupan harian.

    3.2.1 Mengenal pasti peralatan dan bahan yang berbahayadi rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam.

    3.2.2 Menyenaraikan cara penyimpanan peralatan dan

    bahan seperti racun dengan selamat.3.2.3 Mengenal pasti situasi tidak selamat di rumah, sekolah,taman permainan dan tempat awam.

    3.2.4 Menyatakan kesan kemalangan dan kecederaanseperti kecacatan kekal tubuh badan.

    3.2.5 Mengamalkan langkah-langkah keselamatan untukmengelak kemalangan, kecederaan dan situasi tidakselamat di rumah, sekolah, taman permainan dantempat awam pada setiap masa.

    Pertolongan Cemas

    3.3 Mengetahui asas pertolongan cemas dan kepentingan

    bertindak dengan bijak mengikut situasi.

    3.3.1 Mengetahui situasi kecemasan.

    3.3.2 Meminta bantuan apabila berlaku kecemasan.

  • 7/31/2019 Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 2

    24/26

  • 7/31/2019 Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 2

    25/26

  • 7/31/2019 Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 2

    26/26