dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 1

26

Upload: syazalina83

Post on 05-Apr-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 1

7/31/2019 Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 1

http://slidepdf.com/reader/full/dokumen-standard-pendidikan-kesihatan-tahun-1 1/26

Page 2: Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 1

7/31/2019 Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 1

http://slidepdf.com/reader/full/dokumen-standard-pendidikan-kesihatan-tahun-1 2/26

Page 3: Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 1

7/31/2019 Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 1

http://slidepdf.com/reader/full/dokumen-standard-pendidikan-kesihatan-tahun-1 3/26

DOKUMEN STANDARD

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

(KSSR)

MODUL TERAS ASAS 

PENDIDIKAN KESIHATANTAHUN 1

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Page 4: Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 1

7/31/2019 Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 1

http://slidepdf.com/reader/full/dokumen-standard-pendidikan-kesihatan-tahun-1 4/26

Page 5: Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 1

7/31/2019 Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 1

http://slidepdf.com/reader/full/dokumen-standard-pendidikan-kesihatan-tahun-1 5/26

iii

1

1

1

1

2

33

4

5

7

KANDUNGAN

1. PENDAHULUAN

2. MATLAMAT

3. OBJEKTIF

4. FOKUS

5. PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL(PEERS) DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN

6. CADANGAN PENGAGIHAN WAKTU7. ORGANISASI STANDARD KURIKULUM

8. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

9. PENILAIAN

10. OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN SATU

Page 6: Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 1

7/31/2019 Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 1

http://slidepdf.com/reader/full/dokumen-standard-pendidikan-kesihatan-tahun-1 6/26

Page 7: Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 1

7/31/2019 Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 1

http://slidepdf.com/reader/full/dokumen-standard-pendidikan-kesihatan-tahun-1 7/26

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung

cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam

kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu carahidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi

kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama

secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal

terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan

berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif

yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan

seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita

tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

Page 8: Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 1

7/31/2019 Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 1

http://slidepdf.com/reader/full/dokumen-standard-pendidikan-kesihatan-tahun-1 8/26

vi

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha

berterusan ke arah lebih memperkembangkan

potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk melahirkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan

warganegara Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berketerampilan, berakhlak

mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri serta

memberikan sumbangan terhadapkeharmonian dan kemakmuran keluarga,

masyarakat dan negara.

Page 9: Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 1

7/31/2019 Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 1

http://slidepdf.com/reader/full/dokumen-standard-pendidikan-kesihatan-tahun-1 9/26

1

 

PENDAHULUAN

Pendidikan Kesihatan ialah disiplin ilmu yang membolehkanmurid mendapat pengalaman pembelajaran secaraberterusan untuk membuat keputusan, meningkatkan literasikesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Murid dididiksupaya sentiasa bersedia menyesuaikan diri dalam aspekfizikal, mental, emosi, sosial dan rohani. Pengajaran danpembelajaran Pendidikan Kesihatan yang terancang dapatmeningkatkan potensi individu ke tahap kesihatan optimum.

MATLAMAT

Pendidikan Kesihatan membolehkan individu mengawalkesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaranmenerusi pengetahuan, kemahiran, amalan gaya hidup sihatdan bersikap positif untuk mencapai kesejahteraan hidup

serta jangka hayat panjang yang berkualiti.

OBJEKTIF

Murid boleh :

(i) mempertingkatkan pengetahuan, sikap dan amalan

kesihatan diri, keluarga, masyarakat serta persekitaran;

(ii) mempamerkan kemahiran mencegah masalah kesihatandan penyakit; dan

(iii) menguasai keupayaan bagi menghadapi dan menanganimasalah serta isu berkaitan dengan kesihatan.

FOKUS

Kurikulum Pendidikan Kesihatan terdiri daripada PendidikanKesihatan Reproduktif dan Sosial iaitu PEERS (75%),pemakanan (15%) dan pertolongan cemas (10%). Sejumlah35 waktu dalam penjadualan persekolahan setahun diagihkanuntuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran PendidikanKesihatan bagi Tahap Satu dan Tahap Dua sekolah rendah.

Kandungan Pendidikan Kesihatan memberi penekananterhadap gaya hidup sihat bersesuaian dengan ciri dankeperluan murid serta disusun mengikut tiga modul utamaiaitu :

Modul 1 : Kesihatan FizikalModul ini menekankan aspek perkembangan fizikal sertapenjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat. Fokusdiberi kepada kesihatan diri dan reproduktif, pemakanan danpenyalahgunaan bahan.

Pendidikan KesihatanReproduktif danSosial (PEERS)

(75%)

Pemakanan(15%)

PertolonganCemas(10%)

Page 10: Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 1

7/31/2019 Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 1

http://slidepdf.com/reader/full/dokumen-standard-pendidikan-kesihatan-tahun-1 10/26

2

 

Modul 2 : Kesihatan Mental, Emosi dan SosialModul ini menekankan aspek perkembangan mental, emosi

dan sosial serta mengurus risiko, konflik dan perubahandalam kehidupan. Fokus diberi kepada pengurusan mentaldan emosi, kekeluargaan serta perhubungan.

Modul 3 : Kesihatan PersekitaranModul ini menekankan aspek kesihatan dan keselamatanpersekitaran. Fokus diberi kepada pencegahan penyakit,keselamatan dan pertolongan cemas.

PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL(PEERS) DALAM KURIKULUM PENDIDIKANKESIHATAN

Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) diajar

melalui kurikulum Pendidikan Kesihatan. PEERS adalahsatu proses sepanjang hayat untuk memperoleh pengetahuandan membentuk sikap, nilai serta kepercayaan terhadapidentiti, perhubungan dan keintiman sesama insan.

PEERS bukan hanya terbatas kepada isu seksual atauhubungan seks  semata-mata. PEERS mencakupi

pengetahuan dari aspek biologikal, sosiobudaya, psikologikaldan kerohanian ke arah amalan tingkah laku yang sihatdalam kehidupan.

Objektif PEERS adalah untuk membantu murid :

(i) membentuk pandangan yang positif tentang kesihatanreproduktif dan sosial untuk diri, keluarga danmasyarakat

(ii) menyediakan maklumat yang perlu diketahui supayamurid mengambil berat tentang kesihatan seksual dankeluarga sebagai institusi asas manusia sertamenyumbang kepada pemeliharaan integriti institusikekeluargaan secara berterusan dan berkekalan

(iii) memperoleh kemahiran membuat keputusan secarabijak dan bertanggungjawab tentang kesihatan  dantingkah laku seksual pada masa kini serta masa depan.

PEERS merangkumi :

(i) Kesihatan diri dan reproduktif Aspek perkembangan dan perubahan fizikal,

fisiologikal serta psikologikal semasa akil baligh,dan penjagaan kesihatan reproduktif.

(ii) Penyalahgunaan bahan

Kesan buruk pengambilan bahan berbahaya iaiturokok, dadah, inhalan dan alkohol, serta kemahiranberkata TIDAK.

(iii) Kemahiran pengurusan mental dan emosi Kemahiran pengurusan konflik dan stres dalam diri,

keluarga, rakan sebaya dan masyarakat.

Page 11: Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 1

7/31/2019 Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 1

http://slidepdf.com/reader/full/dokumen-standard-pendidikan-kesihatan-tahun-1 11/26

3

 

(iv) Kekeluargaan Kepentingan institusi perkahwinan, kekeluargaan,

peranan dan tanggungjawab ahli dalam keluarga.

(v) Perhubungan Kepentingan etiket perhubungan dan kemahiran

interpersonal yang positif dalam persaudaraan sertapersahabatan.

(vi) Pencegahan penyakit Pengetahuan dan kemahiran mengurus kesihatan

daripada penyakit berjangkit, tidak berjangkit,genetik, keturunan dan mental.

(vii) Keselamatan Langkah-langkah keselamatan diri di rumah, sekolah,

taman permainan dan tempat awam, serta akta

perlindungan bagi kanak-kanak, gadis dan wanita,termasuk kemahiran mengelak diri daripadaancaman orang yang tidak dikenali dan orang yangperlu dihubungi jika berlaku gangguan, ancamanserta kecemasan. 

CADANGAN PENGAGIHAN WAKTU

Tahap Satu dan Tahap Dua Sekolah Rendah(35 waktu setahun)

Pendidikan KesihatanReproduktif dan Sosial(PEERS)

75% 26 waktu = 780 minit

Pemakanan 15% 5 waktu = 150 minit

Pertolongan Cemas 10% 4 waktu = 120 minit

ORGANISASI STANDARD KURIKULUM

Standard Kurikulum Pendidikan Kesihatan digubal denganmenetapkan Standard Kandungan dan Standard

Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Tujuanutama penetapan standard adalah untuk ekuiti dan kualiti.Ekuiti bermaksud semua murid diberi peluang pendidikanyang sama, manakala kualiti bermaksud semua murid perludiberi pendidikan yang berkualiti. Justeru, kurikulumberasaskan standard memberi pendidikan berkualiti yangsama kepada semua murid.

Standard Kandungan merupakan pernyataan spesifiktentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukandalam suatu tempoh persekolahan. Standard Kandunganmerangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Page 12: Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 1

7/31/2019 Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 1

http://slidepdf.com/reader/full/dokumen-standard-pendidikan-kesihatan-tahun-1 12/26

Page 13: Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 1

7/31/2019 Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 1

http://slidepdf.com/reader/full/dokumen-standard-pendidikan-kesihatan-tahun-1 13/26

5

 

5. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankanoleh guru perlu memberi peluang kepada murid untuk

menguasai kemahiran berkomunikasi, membinaperhubungan yang sihat, empati dengan orang lain,berupaya mengendalikan emosi serta tekanan dalammenguruskan hidup secara produktif dan sihat.

6. Dalam menjalankan aktiviti bilik darjah, pengalamanmurid dan pengalaman pembelajaran perlu disusun aturdengan mengambil kira pelbagai tahap kecerdasan agarmurid dapat belajar dengan cara tersendiri dalamkeadaan yang paling sesuai. Kaedah dan aktiviti yangberbeza perlu dirancang untuk murid yang berbeza tahapkecerdasan.

7. Penguasaan kemahiran kecekapan psikososial (life skills )adalah perlu dan membantu murid untuk mengadaptasi

permintaan serta cabaran kehidupan harian, memberikesedaran tentang sesuatu isu atau permasalahan yangberlaku pada masa lampau, masa kini dan masa depan.Ini bermakna murid dapat membuat ramalan, menjangkaakibatnya dan mengendali perubahan supaya mendapatmanfaat yang maksimum.

8. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi seperti

Internet, e-mel, CD-Rom dan sidang telekomunikasidalam proses pengajaran serta pembelajaran perludigalakkan sebagai melengkapkan diri dengan kemahiranabad ke-21.

PENILAIAN

1. Kaedah Penilaian  Pemerhatian dan penilaian berterusan Penilaian fizikal secara berkala Penilaian hasil kerja Senarai semak Lisan

2. Kekerapan Penilaian 

Penilaian dijalankan sepanjang masa.

3. Ciri-ciri Penilaian Penilaian secara menyeluruh Perkara yang dinilai merangkumi penguasaan

pengetahuan, penerapan sikap, penguasaankemahiran, status kesihatan dan amalan harian

  Criterion-based evaluation  dan bukan perbandinganantara murid Proses dan kaedah penilaian tidak terlalu rumit.

4. Penggunaan Hasil Penilaian Penilaian Pendidikan Kesihatan dirancang dandikendalikan oleh guru di peringkat sekolah. Hasilpenilaian digunakan untuk tindakan susulan bagi

meningkatkan pembelajaran murid dan memperbaikipengajaran guru. Pelaporan perlu dibuat di peringkatsekolah untuk memberi maklum balas kepada murid,ibu bapa dan guru lain.

Page 14: Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 1

7/31/2019 Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 1

http://slidepdf.com/reader/full/dokumen-standard-pendidikan-kesihatan-tahun-1 14/26

Page 15: Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 1

7/31/2019 Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 1

http://slidepdf.com/reader/full/dokumen-standard-pendidikan-kesihatan-tahun-1 15/26

7

 

OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN SATU 

Pada akhir pembelajaran, murid dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan amalan:

1. Menjaga kebersihan tubuh badan;

2. Mengetahui cara berkata TIDAK kepada sentuhan tidak selesa dan tidak selamat;

3. Mengambil makanan dan minuman yang cukup, bersih serta selamat;

4. Mengenali ubat;

5. Mengurus emosi;

6. Menghormati diri, ibu bapa, ahli keluarga dan orang lain;

7. Menjalin perhubungan yang sihat dan berkekalan;

8. Mencegah jangkitan penyakit berjangkit;

9. Menjaga keselamatan diri di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam; dan

10. Mengetahui cara meminta bantuan apabila berlaku situasi kecemasan.

Page 16: Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 1

7/31/2019 Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 1

http://slidepdf.com/reader/full/dokumen-standard-pendidikan-kesihatan-tahun-1 16/26

Page 17: Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 1

7/31/2019 Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 1

http://slidepdf.com/reader/full/dokumen-standard-pendidikan-kesihatan-tahun-1 17/26

9

MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

Kesihatan Diri dan Reproduktif

1.1 Mengetahui dan memahami pertumbuhan sertaperkembangan fizikal yang sihat.

1.1.1 Memahami aspek fizikal lelaki dan perempuan.1.1.2 Mengenali bahagian tubuh iaitu kepala, badan, tangan,

kaki dan organ genital.1.1.3 Memahami kepentingan menjaga kebersihan diri.

1.1.4 Menjaga kebersihan diri iaitu kepala, badan, tangan,kaki dan organ genital dengan cara mandi yang betul.

1.1.5 Menjaga kebersihan tangan dan kaki iaitu cara sertamasa mencuci dengan betul.

1.1.6 Menjaga kebersihan kuku tangan dan kaki iaitu caramembersih serta memotong kuku dengan betul.

1.1.7 Menjaga kesihatan gigi iaitu menggosok gigi dengan

cara yang betul dan mengurangkan makanan yangboleh merosakkan gigi.1.1.8 Menjaga kebersihan organ genital iaitu cara dan masa

mencuci organ genital dengan betul.1.1.9 Menjaga kebersihan pakaian dan alatan keperluan diri.1.1.10 Mengelak daripada berkongsi alatan keperluan diri

seperti sikat, berus gigi, tuala, pakaian dalam, peralatanmakan dan minum.

1.2 Mendemonstrasi keupayaan dan kemahiran untukmenangani pengaruh dalaman serta luaran yangmempengaruhi kesihatan diri dan reproduktif.

1.2.1 Berkata TIDAK kepada sentuhan tidak selesa dan tidakselamat.

Page 18: Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 1

7/31/2019 Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 1

http://slidepdf.com/reader/full/dokumen-standard-pendidikan-kesihatan-tahun-1 18/26

10

MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

Pemakanan

1.3 Mengetahui dan mengamalkan pemakanan yang sihatserta selamat.

1.3.1 Memilih jenis makanan harian yang berkhasiat.1.3.2 Mengamalkan pengambilan makanan yang sesuai

mengikut waktu makan iaitu sarapan, makan tengaharidan makan malam.

1.3.3 Menentukan ciri-ciri makanan dan minuman yang bersihserta selamat.

1.3.4 Menjelaskan kepentingan makanan dan minuman yangbersih serta selamat.

1.3.5 Menyatakan kepentingan pengambilan air yang cukup.1.3.6 Mengamalkan pengambilan makanan dan minuman

yang cukup, bersih serta selamat.

1.3.7 Mengamalkan cara menyimpan makanan dan minumanyang betul.

Page 19: Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 1

7/31/2019 Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 1

http://slidepdf.com/reader/full/dokumen-standard-pendidikan-kesihatan-tahun-1 19/26

11

MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

Penyalahgunaan Bahan

1.4 Mengetahui jenis dan kesan penyalahgunaan bahanserta berkemahiran menangani situasi berisikoterhadap diri, keluarga dan masyarakat.

1.4.1 Mengenali pelbagai jenis ubat.1.4.2 Menyatakan kepentingan penggunaan ubat dengan

betul.1.4.3 Menjelaskan bahawa ubat boleh membahayakan

kesihatan iaitu salah guna pengambilan ubat, danubat yang berubah warna, rasa, bau, rupa serta tamattempoh.

1.4.4 Mematuhi preskripsi doktor apabila mengambil ubat.1.4.5 Menyedari kepentingan ubat disimpan di tempat yang

selamat.1.4.6 Menyatakan sebab ubat seseorang tidak selamat untuk

orang lain.

Page 20: Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 1

7/31/2019 Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 1

http://slidepdf.com/reader/full/dokumen-standard-pendidikan-kesihatan-tahun-1 20/26

12

MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

Pengurusan Mental dan Emosi

2.1 Mengetahui pelbagai jenis emosi, kepentingan dan caramengurus emosi untuk meningkatkan kesihatan mentaldalam kehidupan harian.

2.1.1 Mempamerkan perasaan yang dialami seperti gembira,sedih, takut, marah dan malu.

2.1.2 Membezakan antara kehendak dan keperluan.2.1.3 Menunjuk cara meluahkan perasaan yang sesuai

mengikut situasi.2.1.4 Menyuarakan keperluan dan kehendak diri dengan cara

yang betul.2.1.5 Menyedari bahawa kasih sayang, penerimaan, rasa

kepunyaan dan keselamatan adalah asas keperluanemosi.

2.1.6 Mengenal pasti orang dewasa yang boleh dipercayai di

rumah dan sekolah.

Page 21: Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 1

7/31/2019 Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 1

http://slidepdf.com/reader/full/dokumen-standard-pendidikan-kesihatan-tahun-1 21/26

13

MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

Kekeluargaan

2.2 Mengetahui peranan diri sendiri dan ahli keluarga sertakepentingan institusi kekeluargaan dalam aspekkesihatan keluarga.

2.2.1 Mengenal pasti ahli dalam keluarga/penjaga.2.2.2 Menyedari peranan ahli dalam keluarga/penjaga.2.2.3 Menceritakan keistimewaan diri dan ahli dalam

keluarga/penjaga.

2.2.4 Menghormati diri, ibu bapa dan ahli dalam keluarga/ penjaga.

2.2.5 Mengambil maklumat ibu bapa, penjaga dan orangdewasa yang boleh dipercayai sebagai sumber rujukanuntuk mendapat maklumat.

2.2.6 Mengenal pasti ahli dalam rumah.

Page 22: Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 1

7/31/2019 Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 1

http://slidepdf.com/reader/full/dokumen-standard-pendidikan-kesihatan-tahun-1 22/26

14

MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

Perhubungan

2.3 Mengetahui dan mengaplikasi kemahiran interpersonalserta komunikasi berkesan dalam kehidupan harian.

2.3.1 Menjalin hubungan berkekalan dengan ibu bapa, ahlikeluarga, rakan sebaya dan orang lain.

2.3.2 Menerangkan batas hubungan antara diri dengan ibubapa, ahli keluarga, rakan sebaya dan orang lain.

2.3.3 Mengenal pasti sentuhan yang selamat dan tidakselamat.

2.3.4 Berkata TIDAK kepada sentuhan tidak selesa dan tidakselamat.

2.3.5 Memberitahu orang yang boleh dipercayai apabilaberlaku sentuhan tidak selamat.

2.3.6 Mengamalkan sikap bekerjasama dan berkongsi dengan

orang lain.2.3.7 Mengenal pasti perbuatan buli.2.3.8 Mengenal pasti pembuli dan mangsa.2.3.9 Menerangkan cara yang betul untuk menghadapi dan

menangani buli.

Page 23: Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 1

7/31/2019 Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 1

http://slidepdf.com/reader/full/dokumen-standard-pendidikan-kesihatan-tahun-1 23/26

15

MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

Penyakit

3.1 Mengetahui jenis penyakit dan cara mencegah sertamengelak risiko penyakit dalam kehidupan harian.

3.1.1 Menyedari kuman organisma yang berbahaya.3.1.2 Menceritakan cara kuman merebak.3.1.3 Menceritakan cara mengelak kuman merebak.3.1.4 Menyedari kepentingan mencegah kuman.

3.1.5 Mengenali penyakit berjangkit seperti penyakit kulit,penyakit tangan, kaki dan mulut, demam selesemaserta jangkitan cacing.

3.1.6 Menceritakan cara penyakit berjangkit merebak.3.1.7 Mengelakkan jangkitan penyakit berjangkit pada diri

kepada orang lain dan sebaliknya.3.1.8 Menunjuk cara meminta bantuan jika terdapat masalah

kesihatan daripada orang yang boleh dipercayai.3.1.9 Mengamalkan kebersihan diri.

Page 24: Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 1

7/31/2019 Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 1

http://slidepdf.com/reader/full/dokumen-standard-pendidikan-kesihatan-tahun-1 24/26

16

MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

Keselamatan

3.2 Mengetahui kepentingan menjaga keselamatan diri danmendemonstrasikan kemahiran kecekapan psikososialdalam kehidupan harian.

3.2.1 Menyimpan nama, nombor telefon, alamat sendiri dannama, nombor telefon serta tempat kerja ibu bapa ataupenjaga.

3.2.2 Mengelak diri daripada orang yang tidak dikenali.

3.2.3 Mengenal pasti beberapa situasi tidak selamat di rumah,sekolah, taman permainan dan tempat awam.

3.2.4 Menyenaraikan barangan keperluan rumah yangberbahaya jika disentuh, ditelan atau dihidu.

3.2.5 Memberitahu orang dewasa yang dipercayai jikaterjumpa alat-alat berbahaya.

3.2.6 Memohon bantuan daripada orang yang boleh membantu

ketika mengalami kecederaan, penderaan dankecemasan.3.2.7 Menunjuk cara meminta bantuan semasa berlaku

kecederaan, penderaan dan kecemasan.

Page 25: Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 1

7/31/2019 Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 1

http://slidepdf.com/reader/full/dokumen-standard-pendidikan-kesihatan-tahun-1 25/26

17

MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

Pertolongan Cemas

3.3 Mengetahui asas pertolongan cemas dan kepentinganbertindak dengan bijak mengikut situasi.

3.3.1 Mengetahui situasi kecemasan.3.3.2 Meminta bantuan apabila berlaku kecemasan.

Page 26: Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 1

7/31/2019 Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 1

http://slidepdf.com/reader/full/dokumen-standard-pendidikan-kesihatan-tahun-1 26/26