dokumen sebut harga · web viewsila sertakan salinan sijil berkaitan dan juga sijil taraf...

35
DOKUMEN SEBUT HARGA SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KERJA-KERJA MEMBERSIH RUANG PEJABAT JABATAN PERKHIDMATAN AWAM DI ARAS 4, 6 DAN 7, MENARA SERI WILAYAH, PUTRAJAYA NO. SEBUT HARGA: JPA(SII)06/2016

Upload: others

Post on 31-Dec-2019

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: DOKUMEN SEBUT HARGA · Web viewSila sertakan salinan sijil berkaitan dan juga sijil taraf Bumiputera (sekiranya ada). 2.2 Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan adalah merupakan

DOKUMEN SEBUT HARGA

SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KERJA-KERJA MEMBERSIH RUANG PEJABAT JABATAN

PERKHIDMATAN AWAM DI ARAS 4, 6 DAN 7, MENARA SERI WILAYAH, PUTRAJAYA

NO. SEBUT HARGA: JPA(SII)06/2016

Page 2: DOKUMEN SEBUT HARGA · Web viewSila sertakan salinan sijil berkaitan dan juga sijil taraf Bumiputera (sekiranya ada). 2.2 Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan adalah merupakan

SENARAI LAMPIRAN

1. Lampiran  1 : ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA

2. Lampiran  2 : JADUAL SPESIFIKASI TEKNIKAL

3. Lampiran  3 : JADUAL TAWARAN HARGA

4. Lampiran  4 : LATAR BELAKANG DAN PENGALAMAN PENYEBUTHARGA

5. Lampiran  5 : SURAT AKUAN SEBUT HARGA

6. Lampiran 6 : SURAT AKUAN PEMBIDA

7. Lampiran 7 : KESALAHAN RASUAH (AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 2009))

8. Lampiran 8 : LAMPIRAN Q

1

Page 3: DOKUMEN SEBUT HARGA · Web viewSila sertakan salinan sijil berkaitan dan juga sijil taraf Bumiputera (sekiranya ada). 2.2 Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan adalah merupakan

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

_________________________________

SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KERJA-KERJA MEMBERSIH RUANG PEJABAT JABATAN PERKHIDMATAN AWAM DI ARAS 4, 6 DAN 7, BLOK 1,

MENARA SERI WILAYAH, PUTRAJAYA

MUSTAHAK PENYEBUTHARGA DIKEHENDAKI MEMAHAMI DAN MEMATUHI SYARAT DAN

PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN BAGI SEBUT HARGA INI

1.  PERIHAL

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia mempelawa Sebut Harga Bagi Perkhidmatan Kerja-Kerja Membersih Ruang Pejabat Di Aras 4, 6 Dan 7, Blok 1, Menara Seri Wilayah, Jabatan Perkhidmatan Awam dengan arahan kepada penyebutharga seperti di Lampiran 1.

2.  SYARAT-SYARAT PENYERTAAN BAGI PENYEBUT HARGA

2.1  Penyebutharga yang dipelawa mestilah daripada syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan bertaraf Bumiputera. Syarikat juga perlu memiliki kod bidang : 221001 – Pembersihan Bangunan Dan Pejabat. Sila sertakan salinan sijil berkaitan dan juga sijil taraf Bumiputera (sekiranya ada).

2.2  Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan adalah merupakan jaminan ke atas sebut harga yang dikemukakan. Oleh itu sekiranya Penyebut Harga menarik balik tawaran sebelum sebut harga dipertimbangkan atau menolak tawaran setelah sebut harga diberikan kepadanya, maka tindakan akan diambil berdasarkan 1Pekeliling Perbendaharaan (1PP)/PK 8 – Tindakan Tatatertib ke atas Syarikat dan Firma Perunding yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan .

2.3  Syarikat-syarikat yang digantung atau dipotong pendaftarannya tidak akan dibenarkan mengambil bahagian di dalam mana-mana sebut harga yang dipelawa oleh semua Kementerian/Jabatan Berkanun di seluruh Malaysia.

2

Page 4: DOKUMEN SEBUT HARGA · Web viewSila sertakan salinan sijil berkaitan dan juga sijil taraf Bumiputera (sekiranya ada). 2.2 Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan adalah merupakan

2.4  Bagi semua penggantungan/ potongan pendaftaran syarikat, nama pengarah-pengarah termasuk nama pemegang-pemegang saham terbesar akan disenaraihitamkan.

3. SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA

3.1  Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh Penyebut Harga.

3.1.1 Kerajaan tidak terikat untuk menyetujui terima tawaran yang terendah atau mana-mana tawaran.

3.1.2 Kerajaan berhak menimbang tiap-tiap satu butiran sebagai satu tawaran yang berasingan atau bersekali.

3.1.3 Sekiranya terdapat apa-apa perkhidmatan/perkara di dalam Lampiran 3 & 3(A) (Jadual Tawaran Harga) yang tidak diletakkan harga, maka ia akan dianggap bahawa kos item atau barangan tersebut telah pun dimasukkan di lain-lain bahagian atau barangan di dalam Lampiran 3. Sebarang tuntutan tambahan untuk perkhidmatan tersebut tidak akan dilayan.

3.1.4 Penyebutharga hendaklah mengganti rugi Kerajaan dengan sepenuhnya sekiranya berlaku sebarang perlakuan, tuntutan, kos atau perbelanjaan yang berbangkit daripada atau disebabkan oleh sebab-sebab atau perlanggaran paten hak milik dan rekabentuk, ‘trademark’, nama atau pun apa-apa hak yang dilindungi di dalam apa-apa kerja, material atau benda/sistem atau cara-cara menggunakan, cara-cara kerja atau susunan yang digunakan atau dibekalkan oleh Penyebut Harga.

3.1.5 Para 3.1.1 dan 3.1.2 di atas ini tidaklah memudaratkan apa-apa hak Kerajaan untuk mendapatkan ganti rugi kerana kemungkiran kontrak.

3.1.6 Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan mana-mana tawaran boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

3.1.7 Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia dan Penyebut Harga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang

3

Page 5: DOKUMEN SEBUT HARGA · Web viewSila sertakan salinan sijil berkaitan dan juga sijil taraf Bumiputera (sekiranya ada). 2.2 Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan adalah merupakan

mungkin timbul mengenai sebut harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.

4. SKOP PERKHIDMATAN

Perkhidmatan Bagi Kerja-Kerja Membersih Ruang Pejabat Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Di Blok 1, Aras 4, 6 dan 7, Menara Seri Wilayah, Persiaran Perdana, Presint 2, Putrajaya.

4.1 Kontraktor akan menyediakan dan memberikan perkhidmatan yang merupakan kerja-kerja pembersihan ruang pejabat (Bahagian dalam pejabat sahaja – anggaran keluasan 53,155 kps) dan ianya tidak termasuk kerja-kerja pembersihan bilik air gunasama di setiap aras dan juga tidak termasuk kawasan luar pejabat.

4.2 Semua pekerja cucian adalah warga tempatan sahaja, dan pembekal perkhidmatan wajib mengisi borang tapisan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak CGSO.

4.3 Pembekal perkhidmatan perlu menyediakan sekurang-kurangnya seorang tukang cuci sepenuh masa bagi setiap aras iaitu aras 4, 6 dan 7.

4.4 Skop kerja bagi perkhidmatan ini adalah seperti berikut:

4.4.1 Mencuci dan membersih lantai serta peralatan bilik air bagi pegawai (serta meletak pewangi dan pembasmi kuman dan membekal tisu tandas) – 2 kali sehari;

4.4.2 Memungut sampah dari bakul sampah – 2 kali sehari;

4.4.3 Menyediaan perkhidmatan pewangi yang bersesuaian mengikut persetujuan pegawai penguasa;

4.4.4 Membersih lantai ruang pejabat termasuk vakum permaidani, menyapu dan mop lantai jubin serta juga membuat spot cleaning untuk permaidani apabila diperlukan – setiap hari;

4.4.5 Membersih telefon meja dengan menggunakan pewangi yang bersesuaian – sekali seminggu;

4.4.6 Membersih penutup hawa dingin (diffuser / return grill) – tiga bulan sekali;

4.4.7 Membersih dinding-dinding cermin di bahagian dalam ruang pejabat (dengan menggunakan glass cleaner) – sekali seminggu;

4.4.8 Membersih sawang di seluruh ruang pejabat – sekali sebulan;

4

Page 6: DOKUMEN SEBUT HARGA · Web viewSila sertakan salinan sijil berkaitan dan juga sijil taraf Bumiputera (sekiranya ada). 2.2 Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan adalah merupakan

4.4.9 Scrub & polishing lantai jubin dengan polish shine – sekali sebulan ; dan

4.4.10 Syampu seluruh permaidani – sekali sebulan secara bergilir mengikut aras.

4.5 Kos bagi perkhidmatan ini hendaklah termasuk kos tenaga kerja (buruh), bahan & peralatan, pengangkutan, perlindungan insuran dan apa-apa kos yang terlibat dan berkaitan.

4.6 Ruang yang diduduki oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di bangunan ini bermula aras 4, 6, dan 7 dengan jumlah keluasan lantai sebanyak 53, 155 kps.

4.7 Semua Penyebutharga hendaklah membuat pemeriksaan secara rapi dan teliti terhadap skop kerja yang diperlukan bagi perkhidmatan ini sebelum membuat tawaran Sebut Harga.

4.8 Waktu Perkhidmatan Yang Diperlukan:

4.8.1 Isnin hingga Jumaat : 7.30 pagi hingga 4.30 petang

4.8.2 Sabtu, Ahad dan Cuti Am/Cuti Umum adalah dianggap sebagai hari tidak bekerja.

4.9 Kerja-kerja pembersihan seperti senarai di bawah adalah tidak termasuk dalam skop perkhidmatan Sebut Harga ini kerana ianya dilaksanakan oleh pihak lain (tuan punya bangunan). Lokasi-lokasi berkenaan adalah seperti berikut:

4.9.1 Keseluruhan kawasan luar bangunan;

4.9.2 Keseluruhan kawasan basement;

4.9.3 Kawasan lobi utama (ground floor) dan lobi lif setiap aras;

4.9.4 Dinding cermin luar pejabat;

4.9.5 Kawasan terrace luar pejabat;4.9.6 Lif (lift car) dan juga dinding lif;

4.9.7 Bilik air gunasama di setiap aras; dan

4.9.8 Bilik Kawalan Bangunan (BCS Room).

4.10 Tempoh kontrak adalah selama 9 Bulan.

5

Page 7: DOKUMEN SEBUT HARGA · Web viewSila sertakan salinan sijil berkaitan dan juga sijil taraf Bumiputera (sekiranya ada). 2.2 Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan adalah merupakan

5.  SPESIFIKASI TEKNIKAL

5.1. Spesifikasi Teknikal seperti di Lampiran 2 adalah penting dan perlu dibaca, difahami dan diuruskan seperti mana yang diminta. Kegagalan memahami serta menguruskannya dengan tidak betul boleh mencacat dan menggagalkan tawaran pelawaan sebut harga.

5.2. Penyebut Harga dikehendaki membuat ulasan/kenyataan yang sewajarnya di ruangan yang ditetapkan.  Kegagalan berbuat demikian boleh menjejaskan penilaian terhadap tawaran yang dibuat.

5.3. Sebelum menghantar tawaran sebut harga, Penyebut Harga hendaklah memeriksa dokumen sebut harga dan jadual spesifikasi dengan teliti dan sekiranya mendapati sebarang kesilapan atau kekeliruan hendaklah mendapatkan penjelasan dan pengesahan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam.

5.4. Sebarang tuntutan berkenaan alasan ketidaktahuan (plea of  ignorance) yang dibuat kemudian tidak akan dilayan.

6.  TARIKH TUTUP SEBUT HARGA

Tarikh Tutup   :  14 April 2016 (Khamis)Masa   :  12.00 tengahariNombor Rujukan :  JPA(SII)06/2016

7. KEHADIRAN LAWATAN TAPAK / TAKLIMAT

Syarikat / wakil tidak diwajibkan hadir ke taklimat / lawatan tapak.

8.  DOKUMEN SEBUT HARGA

8.1 Penyebut Harga dikehendaki mengisi dengan lengkap segala butir butir di dalam lampiran berikut: 

8.1.1 Lampiran 2  - Jadual Spesifikasi Teknikal8.1.2 Lampiran 3 - Jadual Tawaran Harga

& 3(A)8.1.3 Lampiran 4  - Latar Belakang Dan Pengalaman

Penyebut Harga8.1.4 Lampiran 5 - Surat Akuan Sebut Harga8.1.5 Lampiran 6 - Surat Akuan Pembida

6

Page 8: DOKUMEN SEBUT HARGA · Web viewSila sertakan salinan sijil berkaitan dan juga sijil taraf Bumiputera (sekiranya ada). 2.2 Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan adalah merupakan

9.  PERATURAN MENGISI DAN MENGIRIM DOKUMEN

9.1 Semua dokumen hendaklah diisi dengan lengkap di ruangan yang ditentukan sama ada ditaip atau  ditulis dengan kemas dan terang.  Maklumat yang tidak jelas akan menjejaskan tawaran yang dibuat. Jika ruangan yang disediakan tidak mencukupi, Penyebut Harga dibenarkan menaip atau menulis maklumat itu di dalam kertas tambahan.

9.2Sebarang pindaan dan pembatalan di dalam dokumen hendaklah ditandatangani ringkas oleh Penyebut Harga dan diberi tarikh serta diletakkan cop syarikat.

9.3 Dokumen-dokumen di bawah perlu dikembalikan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) :

9.3.1 Lampiran 2   - Jadual Spesifikasi Teknikal9.3.2 Lampiran 3 & 3(A) - Jadual Tawaran Harga9.3.3 Lampiran 4   - Latar Belakang Dan Pengalaman

Penyebut Harga9.3.4 Lampiran 5 - Surat Akuan Sebut Harga9.3.5 Lampiran 6 - Surat Akuan Pembida

9.4 Dokumen-dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri (sealed) dan ditandai dengan jelas seperti arahan di Lampiran 1.  Sampul surat hendaklah dihantar ke alamat:

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia,Jabatan Perkhidmatan Awam,Bahagian Khidmat Pengurusan,Sektor Perolehan dan Aset,Aras 9, Blok C1, Kompleks C,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62510 PUTRAJAYA

9.5 Dokumen tersebut  hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut harga yang telah ditetapkan beralamat seperti di para 9.4.

9.6 Tawaran sebut harga juga boleh dihantar melalui pos atau agensi penghantaran swasta. Bagaimanapun JPA tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak kepada sebarang kelewatan, kehilangan atau sebagainya terhadap tawaran sebut harga yang dihantar melalui pos atau agensi penghantaran swasta

7

Page 9: DOKUMEN SEBUT HARGA · Web viewSila sertakan salinan sijil berkaitan dan juga sijil taraf Bumiputera (sekiranya ada). 2.2 Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan adalah merupakan

10.  TEMPOH SAH SEBUT HARGA

10.1 Semua tawaran harga (Lampiran 3 & 3(A)) yang ditawarkan di dalam dokumen Sebut Harga ini hendaklah sah dan tidak boleh ditarik balik dalam tempoh sekurang-kurangnya 90 hari dari tarikh sebut harga ini ditutup.

11.  PEMBATALAN PERKHIDMATAN DALAM SEBUT HARGA

11.1 JPA berhak untuk membatalkan salah satu perkhidmatan yang telah dinyatakan dalam dokumen sebut harga ini pada bila-bila masa, sekiranya diperlukan.

11.2 Sebarang kos yang terpaksa ditanggung oleh pihak Penyebutharga kerana urusan sebut harga ini adalah menjadi tanggungjawab pihak Penyebutharga dan pihak JPA tidak akan bertanggungjawab terhadap perkara tersebut.

12.  SETUJU TERIMA SEBUT HARGA

12.1  JPA adalah berhak mempersetujui sebut harga sama ada kesemuanya atau sebahagiannya.

12.2  JPA tidak terikat mempersetujui sebut harga yang rendah sekali atau mana-mana sebut harga jua pun.

12.3  JPA akan memberi notis bertulis kepada Penyebutharga  yang berjaya apabila tawarannya dipersetujui.

12.4  Notis ini boleh mengandungi syarat-syarat tawaran atau pengubahsuaian kepada syarat-syarat tawaran. Sebut harga itu tidak boleh diterima sehinggalah persetujuan bertulis daripada Penyebut Harga menyatakan bahawa pengubahsuaian syarat itu adalah diterima.

12.5  Apabila dipersetujui maka suatu perjanjian hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat di antara Kerajaan dengan Penyebut Harga dan suatu perjanjian akan diadakan selepas persetujuan tersebut.

8

Page 10: DOKUMEN SEBUT HARGA · Web viewSila sertakan salinan sijil berkaitan dan juga sijil taraf Bumiputera (sekiranya ada). 2.2 Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan adalah merupakan

13. KEPUTUSAN SEBUTHARGA ADALAH MUKTAMAD

13.1 JPA tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran dari Penyebutharga. Keputusan adalah muktamad. Sebarang surat menyurat mengenai keputusan sebut harga ini tidak akan dilayan.

14.  BANTAHAN

14.1 Bantahan rasmi secara bertulis yang disertai dengan butir-butir lengkap berkaitan dengan penentuan Spesifikasi Teknikal yang menjurus kepada sesuatu jenama (jenis) tertentu boleh dibuat oleh Penyebut Harga dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh iklan tawaran sebut harga. 

14.2 Bantahan hendaklah dialamatkan kepada:

Jabatan Perkhidmatan Awam MalaysiaBahagian Khidmat PengurusanSektor Perolehan & AsetAras 9, Blok C1, Kompleks CPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62510 PUTRAJAYA.(u.p: En. Safuan Bin Saleh / Puan Shahila binti Shamsuddin)

15.  URUS SETIA SEBUT HARGA

15.1  Penyebutharga yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai secara bertulis seperti alamat di para 14.2 (Untuk perhatian : Puan Shahila binti Shamsuddin)

16.  TAWARAN HARGA PENYEBUT HARGA – Lampiran 3

16.1 Merujuk kepada 1Pekeliling Perbendaharaan (1PP/PK 5), kadar fi perkhidmatan akan dikenakan sebanyak 0.4% bagi setiap transaksi tertakluk kepada had maksimum berjumlah RM4,800 bagi setiap transaksi bayaran yang bernilai RM1.2 juta atau lebih bagi kontrak yang melibatkan beberapa kali pembayaran (multiple payment) sama ada melalui Jadual Penghantaran (Delivery Schedule), Pencapaian Perkhidmatan (Milestone), Bayaran Kemajuan (Progressive Payment) atau mengikut permintaan (as-and-when-required) yang ditetapkan dalam tempoh kontrak.

9

Page 11: DOKUMEN SEBUT HARGA · Web viewSila sertakan salinan sijil berkaitan dan juga sijil taraf Bumiputera (sekiranya ada). 2.2 Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan adalah merupakan

Sehubungan itu, caj sebanyak 0.4% akan dikenakan atas nilai invois/tawaran harga yang dikemukakan dan;

Kadar fi perkhidmatan sebanyak 0.8% bagi setiap transaksi tertakluk kepada had maksimum berjumlah RM9,600 bagi transaksi yang bernilai RM1.2 juta atau lebih bagi pembelian yang melibatkan hanya sekali bayaran (one time payment)

16.2 Pembayaran akan dikenakan ke atas perkhidmatan yang sebenar sahaja tertakluk kepada perubahan atau penambahan dalam skop perkhidmatan.

17.  PENUTUP

17.1 Penyebutharga dinasihatkan agar memberi perhatian terhadap arahan-arahan yang terkandung di dalam dokumen pelawaan semasa mengisi dokumen-dokumen tawaran. Ini untuk memastikan segala maklum balas yang diperlukan.

10

Page 12: DOKUMEN SEBUT HARGA · Web viewSila sertakan salinan sijil berkaitan dan juga sijil taraf Bumiputera (sekiranya ada). 2.2 Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan adalah merupakan

Lampiran 1

ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA(LAMPIRAN INI TIDAK PERLU DIKEMBALIKAN)

1. PERIHAL SEBUT HARGA

1.1 Penyebutharga yang dipelawa mestilah daripada syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan bertaraf Bumiputera. Syarikat juga perlu memiliki kod bidang : 221001 – Pembersihan Bangunan Dan Pejabat. Sila sertakan salinan sijil berkaitan dan juga sijil taraf Bumiputera (sekiranya ada).

1.2 Sebarang urusan / pertanyaan yang melibatkan Sebut Harga mestilah dalam tempoh tujuh (7) hari dari hari tawaran dibuka sehingga ianya ditutup dan mestilah berurusan terus di alamat:

Jabatan Perkhidmatan Awam MalaysiaBahagian Khidmat PengurusanSektor Perolehan & AsetAras 9, Blok C1, Kompleks CPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62510 PUTRAJAYA.(u.p: En. Safuan Bin Saleh / Pn. Shahila binti Shamsuddin)

1.3 Harga Tawaran hendaklah diisi di dalam ruangan Jadual Harga (Lampiran 3 & 3(A)) yang disediakan dan hendaklah disahkan dan ditandatangani dengan sempurna.

2. PENGHANTARAN DOKUMEN SEBUT HARGA

2.1 Penyebut Harga hanya dibenarkan mengemukakan satu tawaran sahaja.

2.2 Dokumen Sebut Harga yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut :

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia,Jabatan Perkhidmatan Awam,Bahagian Khidmat Pengurusan,Sektor Perolehan dan Aset,Aras 9, Blok C1, Kompleks C,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62510 PUTRAJAYA.

11

Page 13: DOKUMEN SEBUT HARGA · Web viewSila sertakan salinan sijil berkaitan dan juga sijil taraf Bumiputera (sekiranya ada). 2.2 Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan adalah merupakan

3. PERTANYAAN

3.1 Pertanyaan mengenai Spesifikasi Sebut Harga Kerja-Kerja Housekeeping Di Aras 4, 6 Dan 7, Blok 1, Menara Seri Wilayah, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) boleh berhubung dengan pegawai berikut:

Spesifikasi :

i) Che Azmi Bin Che Haron 03 – 8885 [email protected]

ii) En. Ismail Bin Safian 03 – 8885 [email protected]

iii) Pn. Shahila binti Shamsuddin [email protected]

4. PENYEBUTHARGA YANG BERJAYA

4.1 Sentiasa mematuhi arahan penyelia yang dilantik oleh pihak Kerajaan terutamanya dalam perkara keselamatan hartabenda dan nyawa manusia serta ketenteraman awam di sepanjang melaksanakan kerja-kerja perkhidmatan tersebut.

4.2 Menyediakan checklist kerja-kerja yang dilaksanakan dan memberi laporan kepada penyelia.

4.3 Memastikan segala perkakas dan peralatan pasangsiap Kerajaan dan juga kepunyaan tuan punya bangunan sedia ada di premis (Aras 4, 6 dan 7, Blok 1,Menara Seri Wilayah,Persiaran Perdana, Presint 2, Putrajaya) yang berada di dalam bangunan dan persekitrannya sentiasa dijaga keselamatannya.

4.4 Hendaklah menanggung rugi terhadap apa-apa tuntutan sekiranya ianya berlaku disebabkan atas kecuaian kontraktor semasa melaksanakan perkhidmatan berkenaan seperti kecederaan atau kematian mana-mana orang atau kerosakan terhadap apa-apa harta benda Kerajaan atau yang dipunyai oleh sesiapa jua.

4.5 Di samping arahan-arahan pihak Kerajaan, kontraktor juga hendaklah sentiasa mematuhi arahan dari pihak pengurusan tuan punya bangunan (Aras 4, 6 dan 7, Blok 1, Menara Seri Wilayah, Persiaran Perdana, Presint 2, Putrajaya) semasa menjalankan kerja-kerja perkhidmatan ini.

4.6 Kontraktor hendaklah melaksanakan kerja-kerja pembaikan dengan sempurna atau membuat penggantian baru ke atas sebarang kerosakan atau kehilangan harta benda kepunyaan kerajaan atau kepunyaan lain-

12

Page 14: DOKUMEN SEBUT HARGA · Web viewSila sertakan salinan sijil berkaitan dan juga sijil taraf Bumiputera (sekiranya ada). 2.2 Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan adalah merupakan

lain pihak atau kepunyaan individu yang disebabkan oleh kecuaian kontraktor itu sendiri dengan kadar segera sebaik sahaja dimaklumkan.

4.7 Kontraktor hendaklah menyediakan peralatan dan bahan-bahan yang bersesuaian serta mencukupi bagi tujuan melaksanakan perkhidmatan.

4.8 Kontraktor hendaklah juga sentiasa menyediakan tenaga kerja yang mencukupi serta penyelia yang bertanggungjawab dalam melaksanakan perkhidmatan ini.

4.9 Pihak Kerajaan adalah sentiasa mempunyai hak untuk menangguh bayaran Perkhidmatan ini atau membuat pemotongan bayaran sekiranya kontraktor gagal mengambil tindakan sewajarnya terhadap perkara di para 4.8 tersebut di atas.

5. KESIMPULAN

Penyebut Harga dinasihatkan supaya berhati-hati terutamanya semasa mengisi dokumen Jadual Spesifikasi Teknikal (Lampiran 2) dan Jadual Harga (Lampiran 3 & 3(A)) dengan memberikan maklumat tambahan yang diperlukan. Maklumat yang TIDAK lengkap akan menyebabkan dokumen tawaran Sebut Harga tersebut ditolak.

13

Page 15: DOKUMEN SEBUT HARGA · Web viewSila sertakan salinan sijil berkaitan dan juga sijil taraf Bumiputera (sekiranya ada). 2.2 Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan adalah merupakan

LAMPIRAN 2

JADUAL SPESIFIKASI

Spesifikasi Perkhidmatan Bagi Kerja-Kerja Membersih Ruang Pejabat Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Di Aras 4, 6 dan 7, Menara Seri Wilayah

Putrajaya.(Anggaran Keluasan = 53,155 kps)

Bil Skop PerkhidmatanKekerapan Mandator

iYa/Tidak

Harian Mingguan Bulanan

1 Membersih lantai ruang pejabat termasuk vakum permaidani, menyapu dan mop lantai jubin serta membuat skop cleaning untuk permaidani apabila diperlukan.

Setiap hari

2 Membersih dinding-dinding cermin di bahagian dalam ruang pejabat (dengan menggunakan glass cleaner).

Seminggu sekali

3 Scrub dan Polishing lantai jubin dengan polish Shine.

Sebulan sekali

4 Syampu keseluruhan permaidani. Sebulan sekali

5 Memberus, mencuci dan membersih lantai dan peralatan bilik air pegawai (serta membekal pewangi dan pembasmi kuman dan membekal tisu tandas).

2 x sehari

6 Memungut sampah dari bakul sampah. 2 x sehari7 Membersih telefon meja dan meletak pewangi. Seminggu

sekali8 Membersih penutup hawa dingin (Diffuser /

Return Grill).3 bulan sekali

9 Membersih sawang di seluruh ruang pejabat. Sebulan sekali

10 Menjalankan kerja-kerja pest control (untuk makhluk perosak seperti tikus, lipas, semut, dan lain-lain serangga).

Sebulan sekali

11 Kerja-kerja pembersihan dari semasa ke semasa mengikut keperluan seperti diarahkan.

14

Page 16: DOKUMEN SEBUT HARGA · Web viewSila sertakan salinan sijil berkaitan dan juga sijil taraf Bumiputera (sekiranya ada). 2.2 Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan adalah merupakan

LAMPIRAN 3JADUAL TAWARAN HARGA

Perkhidmatan Bagi Kerja-Kerja Membersih Ruang Pejabat Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Di Aras 4, 6 dan7, Menara Seri Wilayah

Putrajaya.(Anggaran Keluasan = 53,155 kps)

Bil Skop Perkhidmatan Kekerapan Harga SebulanHarian Mingguan Bulanan

1 Membersih lantai ruang pejabat termasuk vakum permaidani, menyapu dan mop lantai jubin serta membuat skop cleaning untuk permaidani apabila diperlukan.

Setiap hari

2 Membersih dinding-dinding cermin di bahagian dalam ruang pejabat (dengan menggunakan glass cleaner).

Seminggu sekali

3 Scrub dan Polishing lantai jubin dengan polish Shine.

Sebulan sekali

4 Syampu keseluruhan permaidani. Sebulan sekali

5 Memberus, mencuci dan membersih lantai dan peralatan bilik air pegawai (serta membekal pewangi dan pembasmi kuman dan membekal tisu tandas).

2 x sehari

6 Memungut sampah dari bakul sampah. 2 x sehari7 Membersih telefon meja dan meletak

pewangi.Seminggu

sekali8 Membersih penutup hawa dingin (Diffuser /

Return Grill).3 bulan sekali

9 Membersih sawang di seluruh ruang pejabat. Sebulan sekali

10 Menjalankan kerja-kerja pest control (untuk makhluk perosak seperti tikus, lipas, semut, dan lain-lain serangga).

Sebulan sekali

11 Kerja-kerja pembersihan dari semasa ke semasa mengikut keperluan seperti diarahkan.

Jumlah Harga Sebulan (RM)

Jumlah Harga 9 Bulan (RM)

15

Page 17: DOKUMEN SEBUT HARGA · Web viewSila sertakan salinan sijil berkaitan dan juga sijil taraf Bumiputera (sekiranya ada). 2.2 Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan adalah merupakan

LAMPIRAN 3(A)

JADUAL TAWARAN HARGA

Perkhidmatan Bagi Kerja-Kerja Membersih Ruang Pejabat Jabatan Perkhidmatan Awam Di Aras 4, 6 Dan 7, Blok 1, Menara Seri Wilayah, Putrajaya

JUMLAH (RM)

Jumlah Harga Keseluruhan RM ......................................

(dengan perkataan)

Ringgit Malaysia: …………………………………………………………………………………

………………………… Tarikh: ………………..(Tandatangan kontraktor)

Nama: ………………………………….. Cop Rasmi: ……………………….

NOTA : SETIAP HARGA YANG DITAWARKAN AKAN DIKENAKAN POTONGAN SEBANYAK 0.4% SEMASA PROSES PEMBAYARAN KERANA MELALUI SISTEM E-PEROLEHAN

HARGA DALAM SISTEM E-PEROLEHAN DAN DI DALAM DOKUMEN MANUAL (LAMPIRAN 3) MESTILAH SAMA.

16

Page 18: DOKUMEN SEBUT HARGA · Web viewSila sertakan salinan sijil berkaitan dan juga sijil taraf Bumiputera (sekiranya ada). 2.2 Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan adalah merupakan

LAMPIRAN 4

LATAR BELAKANG PENYEBUT HARGA

1. Nama Syarikat : __________________________

1.1 Alamat Pejabat : __________________________

__________________________

__________________________

1.2 No. Telefon : __________________________

1.3 No. Faks : __________________________

1.4 No. Pendaftaran : __________________________Syarikat

1.5 No. Pendaftaran : __________________________Kementerian Kewangan (sertakan salinan sijil)

1.6 Status Bumiputera / : __________________________Bukan Bumiputera (sertakan salinan sijil)

2. Modal Dibenarkan : RM _______________________

Modal Berbayar : RM _______________________

3. Kedudukan Kewangan:

3.1Kemudahan Pinjaman Dimiliki : RM _______________________

3.2 Nilai Aset Semasa : RM _______________________

3.3 Nilai Liabiliti Semasa : RM _______________________

4. Profil Syarikat :

(i) Pengarah :

Bil. Nama

17

Page 19: DOKUMEN SEBUT HARGA · Web viewSila sertakan salinan sijil berkaitan dan juga sijil taraf Bumiputera (sekiranya ada). 2.2 Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan adalah merupakan

Bil. Nama

(ii) Pemegang Saham :

Bil. Nama Peratus Pegangan Saham (%)

(ii) Pekerja :

Bil. Kategori Jawatan Bilangan Orang

1 Pengurusan

2 Profesional

3 Kakitangan

5. Senaraikan pengalaman Syarikat dalam Sebut Harga ini sahaja (Contoh dalam tahun 2009, 2010 dan 2011).Boleh gunakan kertas tambahan jika ruangan tidak mencukupi dan nyatakan tiada pengalaman sekiranya tiada diruang di bawah

18

Page 20: DOKUMEN SEBUT HARGA · Web viewSila sertakan salinan sijil berkaitan dan juga sijil taraf Bumiputera (sekiranya ada). 2.2 Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan adalah merupakan

(i) Kerajaan :

Bil. Nama Projek / PerolehanKementerian /

Jabatan / Syarikat yang dibekalkan

Nilai (RM) Tempoh Kontrak

Nama Pegawai &

No. Tel. Pegawai /

Agensi untuk dirujuk

1

2

3

4

5

(ii) Swasta :

Bil. Nama Projek / PerolehanKementerian /

Jabatan / Syarikat yang dibekalkan

Nilai (RM)

Tarikh / Tempoh /

Tahun Perkhidmatan

Nama Pegawai &

No. Tel. Pegawai /

Agensi untuk dirujuk

1

2

3

4

5

19

Page 21: DOKUMEN SEBUT HARGA · Web viewSila sertakan salinan sijil berkaitan dan juga sijil taraf Bumiputera (sekiranya ada). 2.2 Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan adalah merupakan

6. Sila lampirkan Penyata Bank untuk 3 bulan terakhir.

6.1Baki akaun bank tertinggi : RM _____________________

6.2Baki akaun bank terendah : RM ____________________

Nama : __________________________ __________________________ (Tandatangan)

Tarikh : ___________________Cop Syarikat:

20

Page 22: DOKUMEN SEBUT HARGA · Web viewSila sertakan salinan sijil berkaitan dan juga sijil taraf Bumiputera (sekiranya ada). 2.2 Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan adalah merupakan

F. PERAKUAN

Saya/kami mengaku bahawa segala maklumat yang dikemukakan di atas adalah benar. Saya juga menyedari sekiranya didapati maklumat-maklumat yang diberikan ini adalah palsu atau tidak benar, maka Kerajaan boleh mengambil apa-apa tindakan terhadap saya dan Syarikat yang saya wakili di bawah apa-apa undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

Tandatangan : ____________________________________

Nama Penyebut Harga : ____________________________________

Nombor Kad Pengenalan : ____________________________________

Tarikh : ____________________________________

Cap Syarikat :

21

Page 23: DOKUMEN SEBUT HARGA · Web viewSila sertakan salinan sijil berkaitan dan juga sijil taraf Bumiputera (sekiranya ada). 2.2 Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan adalah merupakan

LAMPIRAN 5

SURAT AKUAN SEBUT HARGA

Ketua pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia,Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,Bahagian Khidmat Pengurusan,Sektor Perolehan dan Aset,Aras 9, Blok C1, Kompleks C,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62510 W.P Putrajaya.

Tuan,

NO. SEBUT HARGA : JPA(SII)06/2016

SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KERJA-KERJA MEMBERSIH RUANG PEJABAT DI ARAS 4, 6 DAN 7, BLOK 1, MENARA SERI WILAYAH, JABATAN PERKHIDMATAN AWAM.

Saya/kami yang bertandatangan di bawah, dengan ini mengemukakan tawaran bagi perkhidmatan yang ditawarkan dengan harga yang telah ditentukan di dalam Lampiran 3. Tawaran ini mempunyai sah laku untuk tempoh selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh Sebut Harga ini ditutup.

2. Saya/kami yang bertandatangan di bawah ini bersetuju sepenuhnya :

a) Bahawa tawaran ini akan dijadikan asas oleh Kerajaan untuk penerimaan tawaran kami;

b) Bahawa Kerajaan tidak terikat untuk menerima Sebut Harga dengan harga yang terendah atau mana-mana Sebut Harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu Sebut Harga;

c) Bahawa Kerajaan berhak untuk menerima keseluruhan atau sebahagian tawaran penyebut harga mengikut pakej atau menerima tawaran yang sama lebih daripada satu penyebut harga;

d) Bahawa keputusan Lembaga Sebut Harga JPA adalah muktamad;

e) Bahawa sekiranya tawaran kami diterima maka satu kontrak yang formal akan ditandatangani antara pihak kami dengan Kerajaan selaras dengan tawaran yang diberikan;

f) Bahawa Surat Akuan Sebut Harga ini berserta dengan Surat Setuju Terima hendaklah menjadi sebahagian daripada kontrak yang mengikat antara Kerajaan dan Penyebut Harga walaupun kontrak yang formal belum dilaksanakan;

g) Bahawa sekiranya kami menolak tawaran ini atau jika maklumat yang diberikan adalah palsu, Kerajaan boleh menarik balik penganugerahan

22

Page 24: DOKUMEN SEBUT HARGA · Web viewSila sertakan salinan sijil berkaitan dan juga sijil taraf Bumiputera (sekiranya ada). 2.2 Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan adalah merupakan

Sebut Harga yang diberikan kepada dan membawa kes ini ke Mahkamah; dan

h) Bahawa kami akan mematuhi segala syarat – syarat seperti mana yang dinyatakan di dalam dokumen ini.

Bagi pihak Penyebut Harga

Tandatangan Penyebut Harga : ________________________________

Nama Penuh : ________________________________

No. Kad Pengenalan : ________________________________

Alamat / Cap Syarikat : ________________________________

Di hadapan :

Tandatangan Saksi : ________________________________

Nama Penuh Saksi : ________________________________

No. Kad Pengenalan Saksi : ________________________________

Alamat : ________________________________

________________________________

________________________________

23

Page 25: DOKUMEN SEBUT HARGA · Web viewSila sertakan salinan sijil berkaitan dan juga sijil taraf Bumiputera (sekiranya ada). 2.2 Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan adalah merupakan

LAMPIRAN 6

SURAT AKUAN PEMBIDABagi

(Tajuk dan Nombor Tender/Sebut Harga)……………………………………………………

Saya, ……………………………………....... nombor K.P. .........………………...... yang mewakili.....………………………………................................................................ nombor Pendaftaran…...........……………………………………………...... dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam .......………………………………................... atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.

2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam ……………………………….............. atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:

2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; atau2.2 penamatan kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; dan2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan.

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.

Yang Benar,

……………………………......(Nama dan No.KP)Cop Syarikat :

Catatan:* Potong mana yang tidak berkaitan.

24

(Nama Wakil Syarikat)

(Nama Syarikat)(MOF/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB)

(Nama Kementerian/Agensi)

(Nama Kementerian/Agensi)

(Tandatangan)

Page 26: DOKUMEN SEBUT HARGA · Web viewSila sertakan salinan sijil berkaitan dan juga sijil taraf Bumiputera (sekiranya ada). 2.2 Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan adalah merupakan

LAMPIRAN 7

KESALAHAN RASUAH (AKTA PENCEGAHAN RASUAH 1997)

1. Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

2. Sekiranya mana-mana pihak menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Badan Pencegahan Rasuah atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malysia 2009 (Akta 694).

3. Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota pentadbiran awam dan menyenaraihitamkan Kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

4. Mana-mana Kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan di bekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi di mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

25

Page 27: DOKUMEN SEBUT HARGA · Web viewSila sertakan salinan sijil berkaitan dan juga sijil taraf Bumiputera (sekiranya ada). 2.2 Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan adalah merupakan

(Kew. 284-Pin. 2/94)Lampiran Q

Bila menjawab, sila nyatakan nombor ini

KERAJAAN MALAYSIA(ARAHAN PERBENDAHARAAN 170)NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN

SEBUTHARGA UNTUK BEKALAN BARANG-BARANG/PERKHIDMATAN

Kepada (Nama Syarikat). ......................................... Pelawaan Sebutharga dikeluarkan

oieh

.................................................................................. Jabatan (Alamat Lengkap)

No. TeIefon............................................................... Ketua Pengarah Jabatan

No. Pendaftaran dengan Kementerian Perkhidmatan Awam

Kewangan ...... ......... ............................................... Jabatan Perkhidmatan Awam

Kod Bidang Pendaftaran yang relevan dengan Bahagian Khidmat Pengurusan

pembelian ini 221001 Sektor Perolehan Dan Aset, Aras 9,

Blok C1 Kompleks C, Putrajaya

No. Telefon. 03-8885 3256

Tarikh: _______________ 1. Sila beri sebutharga untuk bekalan barang-barang/perkhidmatan yang disenaraikan di

bawah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan:

1.1 Syarat Penyerahan/Penyempurnaan kepada Ketua Pengarah dengan

sempurna

1.2 Tarikh Penyerahan/Penyempurnaan akan ditentukan.

1.3 Arahan Pengirim hantar dengan tangan.

1.4 Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam suatu sampul surat berlakri dan

bertanda

”No. Scbutharga JPA(SII)06/2016

1.5 Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran yang berkenaan di

alamat di atas tidak lewat pada jam 12.00 tengahari 14 April 2016 (Khamis)

1.6 Tempoh sahlaku sebutharga hendaklah sembilan puluh (90) hari selepas tarikh

tutup.26

No. Sebutharga Bil.JPA(SII)06/2016

Page 28: DOKUMEN SEBUT HARGA · Web viewSila sertakan salinan sijil berkaitan dan juga sijil taraf Bumiputera (sekiranya ada). 2.2 Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan adalah merupakan

Tarikh: 11 April 2016

Nama Pegawai : Safuan Bin Saleh

Jawatan : Ketua Penolong Pengarah

BilPerihal barang-barang/perhidmatan

dan Syarat-syarat Khas

Unit

Durasi

Kuantiti/

Kekerapan

Kadar

(RM)

Harga

(RM)

Untuk diisi oleh JabatanUntuk disi oleh

Penyebutharga

Sebut Harga Perkhidmatan

Kerja-Kerja Membersih Ruang

Pejabat Jabatan Perkhidmatan

Awam Aras 4,6 dan 7, Blok 1 ,

Menara Seri Wilayah , Putrajaya

Tarikh Penyerahan/Penyempurnaan ditawarkan.......................................

*sila sertakan sesalinan Sijil Pendaftran dengan Kementerian Kewangan

Jumlah

(i) Harga yang ditawarkan adalah harga bersih; dan

(ii) Tarikh Penyerahan/Penyempurnaan ialah ...........................................

27

Page 29: DOKUMEN SEBUT HARGA · Web viewSila sertakan salinan sijil berkaitan dan juga sijil taraf Bumiputera (sekiranya ada). 2.2 Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan adalah merupakan

Saya/Kami dengan ini menawar untuk membekalkan barang-barang/perkhidmatan di atas

dengan harga dan syarat-syarat yang ditunjukkan di atas dengan tertakluk kepada syarat-syarat

di atas dan di belakang ini.

Tandatangan Penyebutharga : ..........................................

Nama dan K/P : .........................................

Alamat Syarikat : ..........................................

Tarikh : ..........................................

28

Page 30: DOKUMEN SEBUT HARGA · Web viewSila sertakan salinan sijil berkaitan dan juga sijil taraf Bumiputera (sekiranya ada). 2.2 Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan adalah merupakan

29