doamajlis.doc

4
DOA MAJLIS 1 Ya ALLAH Ya Tuhan kami Jadikanlah majlis ini………… majlis yang diberkati Perhimpunan kami perhimpunan yang dirahmati Pertemuan kami pertemuan yang diredhai Dan golongkanlah kami semua sebagai hambaMu yang dikasihi Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kami mengangkat tangan bermohon kepadamu agar dikurniakan kepada kami Ketabahan sesabar Rasul ulul azmi Keimanan sekental Iman Abu Bakar Al Siddiq Keberanian sehebat Umar Al Khattab Budi Perkerti sesantun Uthman Ibn Affan Keilmuan sebijak Ali Ibn Abi Talib Tanggungjawab seamanah Umar Ibnu Abd Aziz Perwatakan kami sezuhud Uwais Al Qarni Pemikiran setinggi Al Imam Al Ghazali Pengetahuan sealim Al Imam As Syafie Kepakaran semahir Ibnu Sina dan Al Khawarizmi Semangat juang sekental Salahuddin Al Ayyubi Ya Allah Jadikanlah kami para ibu bapa dan anak-anak yang dianugerahi dengan kebaikan di dunia dan akhirat yang mana ; Jika kami ada kami disayangi Jika kami tiada kami dicari Jika kami berkata kami didengari Jika kami menasihat kami dituruti Jika kami berbuat kebaikan kami diteladani Jika kami berbuat kebajikan kami diganjari Jika kami berbuat kesalahan kami diampuni Jika kami datang kami dirai Jika kami pergi kami dirindui Kami hidup kami berbakti Dan jika kami mati, kami dirahmati , diredhai dan dikenangi

Upload: khairul-afifi

Post on 11-Nov-2015

228 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

sharing is caring

TRANSCRIPT

DOA MAJLIS.doc.docx

DOA MAJLIS 1

Ya ALLAH Ya Tuhan kami

Jadikanlah majlis ini majlis yang diberkatiPerhimpunan kami perhimpunan yang dirahmatiPertemuan kami pertemuan yang diredhaiDan golongkanlah kami semua sebagai hambaMu yang dikasihi

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Kami mengangkat tangan bermohon kepadamu agar dikurniakan kepada kami Ketabahan sesabar Rasul ulul azmi Keimanan sekental Iman Abu Bakar Al Siddiq Keberanian sehebat Umar Al Khattab Budi Perkerti sesantun Uthman Ibn Affan Keilmuan sebijak Ali Ibn Abi Talib Tanggungjawab seamanah Umar Ibnu Abd Aziz Perwatakan kami sezuhud Uwais Al Qarni Pemikiran setinggi Al Imam Al Ghazali Pengetahuan sealim Al Imam As Syafie Kepakaran semahir Ibnu Sina dan Al Khawarizmi Semangat juang sekental Salahuddin Al Ayyubi

Ya Allah Jadikanlah kami para ibu bapa dan anak-anak yang dianugerahi dengan kebaikan di dunia dan akhirat yang mana ; Jika kami ada kami disayangi Jika kami tiada kami dicari Jika kami berkata kami didengari Jika kami menasihat kami dituruti Jika kami berbuat kebaikan kami diteladani Jika kami berbuat kebajikan kami diganjari Jika kami berbuat kesalahan kami diampuni Jika kami datang kami dirai Jika kami pergi kami dirindui Kami hidup kami berbakti Dan jika kami mati, kami dirahmati , diredhai dan dikenangi

Disediakan oleh :Ustaz Zakaria bin Muhamad

DOA MAJLIS MESYUARAT

Ya ALLAH Ya Tuhan kami

Jadikanlah majlis ini, Mesyuarat_______________________, majlis yang diberkatiPerhimpunan kami perhimpunan yang dirahmatiPertemuan kami pertemuan yang diredhaiDan golongkanlah kami semua sebagai hambaMu yang dikasihi

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Kami mengangkat tangan bermohon kepadmu agar dikurniakan kepada kami Ketabahan sesabar Rasul ulul azmi Keimanan sekental Iman Abu Bakar Al Siddiq Ketegasan sehebat Umar Al Khattab Budi Perkerti sesantun Uthman Ibn Affan Keilmuan sebijak Ali Ibn Abi Talib Tanggungjawab seamanah Umar Ibnu Abd Aziz Pemikiran setinggi Al Imam Al Ghazali Pengetahuan sealim Al Imam As Syafie Kepakaran semahir Ibnu Sina dan Al Khawarizmi Semangat juang sekental Salahuddin Al Ayyubi

Ya Allah Ya Tuhan Kami

Engkau gemblingkanlah seluruh tenaga kami , untuk mengempur anjakan pemikiran, cetusan idea dan gerakkan minda kami untuk terus menjana kecemerlangan dalam arena pendidikan , Atas kebesaran Mu Ya Allah ,kami mengharapkan pertolongan dan rahmat Mu yang berpanjangan.

Ya Allah , Engkau mantapkanlah semangat dan hasil kerja kami, untuk terus menghambat kejayaan demi kejayaan dengan penuh dedikasi dan cekal, ke arah menjana kecemerlangan yang beterusan ,

Ya Allah , kami memohon kepada Mu agar Engkau berikan kekuatan untuk kami mengaplikasikan segala pengisian yang diperbincangkan di akhir mesyuarat ini nanti , mudah-mudahan segala apa yang dirancang mampu terlaksana dan segala hasrat serta impian kami akan dimakbulkan oleh Mu Ya Allah

Ya Allah Jadikanlah kami para guru yang dianugerahi dengan kebaikan di dunia dan akhirat yang mana ; Jika kami ada kami disayangi Jika kami tiada kami dicari Jika kami berkata kami didengari Jika kami menasihat kami dituruti Jika kami berbuat kebaikan kami diteladani Jika kami berbuat kebajikan kami diganjari Jika kami berbuat kesalahan kami diampuni Jika kami datang kami dirai Jika kami pergi kami dirindui Kami hidup kami berbakti Dan jika kami mati, kami dirahmati , diredhai dan dikenangi

Disediakan oleh :Ustaz Zakaria bin Muhamad