doa watikah

Upload: sarida-mohamad-hashim

Post on 09-Mar-2016

294 views

Category:

Documents


37 download

DESCRIPTION

doa majlis watikah

TRANSCRIPT

.Ya Allah, kami memanjatkan kesyukuran ke atas keizinan-Mu, untuk kami berkumpul pada pagi yang mulia ini, sempena WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER, KETUA DAN PENOLONG KETUA KELAS SK SG DULANG DALAM SESI 2016. Kami menadah tangan denganpenuh pengharapan agar kami dilimpahkan kurnia, taufik dan hidayah, kesihatan dan kekuatan, tekad dan azam yang tinggi untuk berjaya, serta dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah dan tanggungjawab.Jadikanlah Penyampaian Watikah pada hari ini, pembuka bagi kejayaan, ketenangan yang menyeluruh, untuk kami memelihara agama-Mu dan menjalankan amanah yang diberikan. YaAllah,terimalahsegalakerjadankhidmatbaktikami,sebagaiamalibadatyang engkau redhai.Ya Allah, engkau tingkatkan lah keilmuan, keazaman dan komitmen kami, untuk terus menjalankan segala tanggungjawab. Berikanlah kekuatan kepada kami, agar dapat membantu pihak pengurusan, guru dan seluruh warga sekolah, dalam mewujudkan budaya sihat dan cemerlang.Ya Allah, wahai tuhan kami, jadikanlah majlis Penyampaian Watikah ini, sebagai satu majlis yangdirahmati dan terpelihara dari sebarang bencana dan kemaksiatan. Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua-dua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami dan dosa mukminin dan mukminat seluruhnya, sama ada yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. .