doa sujud

Download doa sujud

If you can't read please download the document

Upload: annabee

Post on 05-Feb-2016

3 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ANNABEE

TRANSCRIPT

Top of Form 1

Bottom of Form 1

RESEPIRAHSIAKU.COM

HOME

http://www.resepirahsiaku.com/2009/08/tutorial.html"TUTORIAL

http://www.resepirahsiaku.com/2009/07/iklan-resepi-rahsia-ku.html"IKLAN

https://twitter.com/resepirahsiaku"TWITTER

http://www.facebook.com/captbokkhari"FACEBOOK

http://www.facebook.com/pages/Resepi-Rahsia-Ku/129072483773146"BLOG FB

http://www.resepirahsiaku.com/2009/06/my-friends-blog.html"MY FRIEND

http://www.resepirahsiaku.com/2009/07/sitemap.html"SITEMAP

19 Users Online

HomeHYPERLINK "http://www.resepirahsiaku.com/search/label/DOA%20MUSTAJAB"DOA MUSTAJABDOA SEWAKTU BERSUJUD DAN KEISTIMEWAANNYA

Sabtu, 1 Ogos 2009

DOA SEWAKTU BERSUJUD DAN KEISTIMEWAANNYA

Tweet

Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja didalam hati hajat kita sebagaimana yang yang biasa dilakukan oleh Rasulullah S.A.W memanjangkan sujudnya memperbanyakan zikir dan doa dengan didalamnya.

Rasulullah SAW bersabda: "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah dikala ia sujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakaan doa didalamnya."

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk di amalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar, ilmu yang bermanafaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar".

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manafaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat. Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah SAW biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akanmengenalinya di hari kiamat".

Mendengar itu para sahabat bertanya:

"Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramaiwahai Rasulullah?"

Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?

Sahabat Menjawab: Bahkan! "Rasulullah menyambung Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berseri-seri) disebabkan mereka (terutama anggota wuduk) putih berseri-seri oleh cahaya wuduk." KEISTIMEWAANNYA Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-

"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki. Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, l alu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.