doa perasmian bakti siswa

Upload: sword5595

Post on 06-Mar-2016

322 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

DOA PERASMIANSesungguhnya kami berhimpun di Majlis Perasmian Program Bakti Siswa di Bestari Jaya pada hari ini, bagi melahirkan rasa

kesyukuran di atas kurniaan-Mu yang tidak ternilai. Jadikanlah kami

hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur di atas nikmat yang

melimpah ruah yang telah Engkau berikan kepada kami .

YA ALLAH, YA RAHMAN, YA RAHIM,Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin

menimba ilmu-Mu yang sangat luas bagi mengembangkan potensi

kami sebagai hamba-Mu yang Engkau redhai.

Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah

kepada kami apa kiranya ilmu-Mu. Sinarilah hati-hati kami dengan

cahaya dan hidayah-Mu. Semoga dengannya kami mudah

menerima dan menghayati serta mengamalkannya.

YA ALLAH, YA RAHMAN, YA RAHIM,Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan anggota,

kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga

dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan

mampu mengangkat martabat diri, keluarga,

masyarakat dan negara.YA ALLAH, YA RAHMAN, YA RAHIM,Kau jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang Engkau rahmati dan Kau jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau berkati.YA ALLAH,Kau jadikanlah hari ini lebih baik dari hari semalam dan Kau jadikanlah hari esok lebih baik dari hari ini.