kertas kerja - · pdf filekembara bakti siswa ‘15 21 januari 2015 – 24 januari...

14
KEMBARA BAKTI SISWA ‘15 21 JANUARI 2015 24 JANUARI 2015 KERTAS KERJA KEMBARA BAKTI SISWA ‘15 TARIKH 21 JANUARI 2015 24 JANUARI 2015 TEMPAT KG. ALOR MERAH, ALOR SETAR, KEDAH ANJURAN MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR 2014/2015 HAL EHWAL LUAR DAN ANTARABANGSA KOLEJ IBRAHIM YAAKUB UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA DENGAN KERJASAMA ASPIRASI UKM TEMA ENGAGING WITH HUMANS CONNECTING WITH NATURE

Upload: lebao

Post on 01-Feb-2018

246 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS KERJA - · PDF fileKEMBARA BAKTI SISWA ‘15 21 JANUARI 2015 – 24 JANUARI 2015 ENGAGING WITH HUMANS CONNECTING WITH NATURE 4.0 MATLAMAT Menjana program yang berbentuk bakti

KEMBARA BAKTI SISWA ‘15

21 JANUARI 2015 – 24 JANUARI 2015

KERTAS KERJA

KEMBARA BAKTI SISWA ‘15

TARIKH

21 JANUARI 2015 – 24 JANUARI 2015

TEMPAT

KG. ALOR MERAH, ALOR SETAR, KEDAH

ANJURAN

MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR 2014/2015

HAL EHWAL LUAR DAN ANTARABANGSA

KOLEJ IBRAHIM YAAKUB

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

DENGAN KERJASAMA

ASPIRASI UKM

TEMA

“ENGAGING WITH HUMANS CONNECTING WITH NATURE”

Page 2: KERTAS KERJA - · PDF fileKEMBARA BAKTI SISWA ‘15 21 JANUARI 2015 – 24 JANUARI 2015 ENGAGING WITH HUMANS CONNECTING WITH NATURE 4.0 MATLAMAT Menjana program yang berbentuk bakti

KEMBARA BAKTI SISWA ‘15

21 JANUARI 2015 – 24 JANUARI 2015

ENGAGING WITH HUMANS CONNECTING WITH NATURE

KERTAS KERJA

KEMBARA BAKTI SISWA ‘15

Majlis Eksekutif Pelajar Hal Ehwal Luar dan Antarabangsa

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini adalah untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan

kewangan dari pihak kolej, Pusat Pembangunan Mahasiswa & Perhubungan Alumni serta pihak-

pihak luar untuk mengadakan Program Kembara Bakti Siswa.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) merupakan sebuah organisasi induk di setiap kolej

kediaman yang telah ditubuhkan khas untuk menjaga kebajikan warga kolej. Selain itu, organisasi

ini juga telah diamanahkan untuk merangka dan melaksanakan program-program di kolej

kediaman.

2.2 Program Kembara Bakti Siswa merupakan sebuah program daripada kolej yang dijalankan

oleh Majlis Eksekutif Pelajar Hal Ehwal Luar dan Antarabangsa setiap tahun. Program ini

berperanan untuk menyumbangkan khidmat mahasiswa dan mahasiswi kepada masyarakat.

Dengan adanya program ini, mahasiswa tidaklah hanya tertumpu kepada pelajaran semata-mata

sebaliknya menyumbang kembali kepada masyarakat.

2.3 Program Kembara Bakti Siswa dicadangkan agar mahasiswa Universiti Kebangsaan

Malaysia khususnya dari Kolej Ibrahim Yaakub dapat menyumbangkan tenaga dan khidmat

mereka untuk membantu masyarakat. Program ini menitikberatkan konsep perpaduan dan bersatu-

padu dalam kalangan mahasiswa dan masyarakat untuk mewujudkan suasana harmoni sejajar

dengan konsep “1 Malaysia” yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia.

3.0 MISI

Misi utama program ini ialah perpaduan dimana mahasiswa dapat berbakti kepada masyarakat dan

mengasah kemahiran-kemahiran mereka dalam menjalankan sesuatu program. Di samping itu,

penduduk yang terlibat dapat mewariskan ilmu-ilmu yang tidak boleh dipelajari di dalam kelas.

Jadi, perpaduan dapat dicapai apabila kedua-kedua belah pihak saling berkongsi idea dan

pengalaman.

Page 3: KERTAS KERJA - · PDF fileKEMBARA BAKTI SISWA ‘15 21 JANUARI 2015 – 24 JANUARI 2015 ENGAGING WITH HUMANS CONNECTING WITH NATURE 4.0 MATLAMAT Menjana program yang berbentuk bakti

KEMBARA BAKTI SISWA ‘15

21 JANUARI 2015 – 24 JANUARI 2015

ENGAGING WITH HUMANS CONNECTING WITH NATURE

4.0 MATLAMAT

Menjana program yang berbentuk bakti dan kebajikan untuk membentuk mahasiswa yang bersatu-

padu dan prihatin dalam usaha melahirkan generasi muda yang berdinamis serta berkemampuan

untuk memenuhi tuntutan yang lebih besar di dunia yang mencabar ini. Selain itu, program ini

dapat membentuk jati diri mahasiswa sebagai modal insan yang tinggi nilai akhlak, cergas fizikal,

berkemahiran, dan berintegriti. Diharapkan, melalui program ini juga perspektif masyarakat

terhadap mahasiswa dapat diubah melalui khidmat mahasiswa ini dalam membantu

perkembangan, perubahan, dan keperluan masyarakat dan Negara.

5.0 OBJEKTIF

Selari dengan lapan (8) Garis Panduan Pelaksanaan Kokurikulum Berkredit Berasaskan

kontrak Pembelajaran, pihak jawatankuasa pelaksana menggariskan beberapa objektif

yang perlu dicapai.

5.1 Melatih para pelajar dalam kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban(HPP1).

Tingkah laku bertanggungjawab terhadap diri dan orang lain, kepekaan kepada

alam sekitar dan kepekaan dan kebertanggungjawaban terhadap situasi sosial

seperti perpaduan dan kemiskinan.

5.2 Memperkemaskan lagi kemahiran komunikasi (HPP2). Menunjukkan kemahiran

bukan lisan yang berkesan (gerak tubuh, nada suara), menyampaikan idea secara

lisan dan bertulis dengan berkesan, menunjukkan kebolehan berinteraksi secara

berkesan dan mampu berinteraksi menggunakan bahasa antarabangsa.

5.3 Memupuk kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat

(HPP3). Merancang strategi untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran,

meneroka isu/masalah yang memerlukan penyelesaian masalah secara kendiri dan

mengumpul maklumat secara kendiri.

5.4 Melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran nilai, sikap, etika dan

profesionalisme (HPP4). Menunjukkan tingkah laku profesional sesuai dengan

etika kerjaya, melaksanakan tanggungjawab dengan integriti dan amanah dan

menunjukkan sikap kesukarelawanan.

5.5 Mencungkil kemahiran pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan

saintifik(HPP5). Mengenal pasti masalah tersurat dan tersirat, mengenal pasti dan

mensintesiskan masalah dengan tepat dan menilai pelbagai pilihan dan membuat

keputusan berdasarkan maklumat yang tepat.

5.6 Mendedahkan kepada pelajar kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan HPP6).

Menjadi pemimpin atau pengikut sesuai dengan konteks, membina kerja

berpasukan untuk mencapai maklumat yang disepakati dan membantu rakan-rakan

secara proaktif.

Page 4: KERTAS KERJA - · PDF fileKEMBARA BAKTI SISWA ‘15 21 JANUARI 2015 – 24 JANUARI 2015 ENGAGING WITH HUMANS CONNECTING WITH NATURE 4.0 MATLAMAT Menjana program yang berbentuk bakti

KEMBARA BAKTI SISWA ‘15

21 JANUARI 2015 – 24 JANUARI 2015

ENGAGING WITH HUMANS CONNECTING WITH NATURE

5.7 Memupuk kemahiran pengurusan dan keusahawanan (HPP7). Mencambah

idea/cadangan/perancangan setelah meneliti pelbagai pilihan, menetapkan

matlamat masa depan dengan menjajarkan perancangan, mempamerkan

kemampuan untuk, melaksana, memantau dan menilai aktiviti secara sistematik

dan menyerahkan/menyahkan autoriti dan kebertanggungjawaban kepada individu

lain.

5.8 Melahirkan generasi yang mempunyai kemahiran kreatif dan inovatif (HPP8).

Sentiasa meneroka idea baru, melahirkan idea kreatif/berinovasi yang menambah

nilai dan sentiasa merentas halangan dan merebut peluang.

6.0 TEMA

“ENGAGING WITH HUMANS CONNECTING WITH NATURE”

7.0 ANJURAN

Majlis Eksekutif Pelajar Hal Ehwal Luar dan Antarabangsa

Sesi 2014/2015

Kolej Ibrahim Yaakub

Universiti Kebangsaan Malaysia

8.0 TARIKH DAN MASA

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:

Tarikh : 21 Januari 2015 – 24 Januari 2015

Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang

9.0 TEMPAT PROGRAM

Tempat program yang dicadangkan ialah Kg. Alor Merah, Alor Setar, Kedah Darul Aman.

10.0 PUBLISITI

10.1 Poster dan Risalah

Poster dan risalah akan diedar serta ditampal di blok-blok kolej dan juga di pejabat

untuk menarik minat pelajar menyertai program ini.

10.2 Jaringan Internet

Program ini juga akan dipromosikan melalui laman laman sosial seperti laman blog

kolej, Facebook, dan Twitter.

Page 5: KERTAS KERJA - · PDF fileKEMBARA BAKTI SISWA ‘15 21 JANUARI 2015 – 24 JANUARI 2015 ENGAGING WITH HUMANS CONNECTING WITH NATURE 4.0 MATLAMAT Menjana program yang berbentuk bakti

KEMBARA BAKTI SISWA ‘15

21 JANUARI 2015 – 24 JANUARI 2015

ENGAGING WITH HUMANS CONNECTING WITH NATURE

11.0 CADANGAN PERASMI

I. Perasmian Pembukaan/Penutupan

1) En. Muhamad Azwan Abd Rahman

Felo Penasihat

Kembara Bakti Siswa ‘15

12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

Jumlah Peserta = 80 orang (Pelajar Tahun 1, 2, dan 3)

Jumlah Pengiring = 1 orang (Felo Penasihat)

13.0 STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk Lampiran A

14.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B

15.0 PERINCIAN PROGRAM

Program Keluarga Anak Angkat

Program ini dijalankan adalah untuk membentuk satu jalinan mesra selain mengeratkan

sillaturrahim dan mengenali dengan lebih dekat budaya hidup masyarakat setempat.

Mahasiswa akan menetap bersama keluarga angkat masing-masing sepanjang program

Kembara Bakti Siswa ini berlangsung.

Program Pengimarahan Masjid

Satu program yang melibatkan masyarakat desa dan peserta Kembara Bakti Siswa. Antara

pengisian yang bakal dijalankan adalah Tahlil Kesyukuran, Bacaan Surah Yasin, Tazkirah

Subuh dan Maghrib.

1Hari Bersukan Bersama Mahasiswa

Program ini dijalankan untuk mengeratkan sillaturrahim dalam kalangan penduduk dan

mahasiswa terutamanya belia. Pelbagai aktiviti yang akan dijalankan melibatkan

masyarakat setempat. Antara aktiviti yang dijalankan:

- Senamrobik

- Tarik upih

- Sukaneka

- Futsal

- Anyam ketupat

- Tangkap belut

-

Page 6: KERTAS KERJA - · PDF fileKEMBARA BAKTI SISWA ‘15 21 JANUARI 2015 – 24 JANUARI 2015 ENGAGING WITH HUMANS CONNECTING WITH NATURE 4.0 MATLAMAT Menjana program yang berbentuk bakti

KEMBARA BAKTI SISWA ‘15

21 JANUARI 2015 – 24 JANUARI 2015

ENGAGING WITH HUMANS CONNECTING WITH NATURE

Malam Kebudayaan

Malam ini diadakan bagi memperkenalkan kebudayaan dan kesenian masyarakat setempat

kepada mahasiswa yang melibatkan persembahan seni tradisional seperti wayang pacak.

Ceramah Motivasi dan Slot Wacana Minda bersama Mahasiswa

Ceramah ini dapat memberi pengetahuan mengenai langkah yang perlu diambil oleh ibu

bapa berkaitan dengan sumber kewangan dan prosedur yang perlu dilakukan sekiranya

anak-anak mereka berjaya melangkah ke peringkat yang lebih tinggi terutamanya bagi ibu

bapa yang berpendapatan rendah dan sukar untuk menanggung kos perbelanjaan anak-anak

untuk ke menara gading. Beberapa orang penceramah akan dijemput untuk sesi ini.

Slot Bisikan Hati

Mahasiswa dan masyarakat setempat akan saling menceritakan pengalaman hidup masing-

masing supaya dapat memberi iktibar dan semangat untuk meneruskan kehidupan.

Mahasiswa juga dapat belajar daripada pengalaman masyarakat setempat yang

sememangnya tidak dapat dibeli di dalam kuliah.

Tayangan Video

Penayangan ini berfungsi untuk memberikan gambaran sebenar tentang kehidupan selaku

pelajar universiti amnya. Hal ini merupakan langkah yang lebih efektif untuk menjelaskan

kepada murid-murid tentang keadaan yang berlaku di dalam kampus. Hal ini dapat

memberi semangat kepada murid-murid untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih

tinggi.

Slot bersama Mahasiswa

Slot yang akan dikendalikan oleh mahasiswa untuk pelajar SMK Alor Merah yang

bertemakan “Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Jalan.” Para pelajar akan

diketengahkan dengan isu-isu semasa supaya minda murid-murid lebih terbuka dan

berfikiran kritis serta kreatif. Murid-murid akan diberikan kata-kata semangat serta tips-

tips untuk menghadapai peperiksaan SPM.

Khidmat Masyarakat

Para peserta program akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi melakukan

gotong-royong di sekitar Kg. Alor Merah seperti di kawasan masjid, balai raya, dan sekitar

kampung. Antara jenis gotong-royong yang dilakukan adalah membersihkan dan

mencantikkan kawasan kampung, membaik pulih rumah penduduk yang mengalami

kerosakan dan sebagainya.

Page 7: KERTAS KERJA - · PDF fileKEMBARA BAKTI SISWA ‘15 21 JANUARI 2015 – 24 JANUARI 2015 ENGAGING WITH HUMANS CONNECTING WITH NATURE 4.0 MATLAMAT Menjana program yang berbentuk bakti

KEMBARA BAKTI SISWA ‘15

21 JANUARI 2015 – 24 JANUARI 2015

ENGAGING WITH HUMANS CONNECTING WITH NATURE

16.0 BELANJAWAN

Rujuk Lampiran C

17.0 PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan, dan urusan serta surat menyurat, sila

hubungi:

Pejabat Urusan,

Majlis Eksekutif Pelajar Hal Ehwal Luar dan Antarabangsa

Kolej Ibrahim Yaakub

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 Bangi

Selangor Darul Ehsan.

(u/p: Nurfatehah Sukur)

Tel : 019-3024075

E-mel : [email protected]

18.0 SYOR PENUTUP

Ahli Jawatankuasa Program Kembara Bakti Siswa 2015 berharap untuk mendapat kelulusan untuk

mengadakan aktiviti ini dan juga mendapat bantuan kewangan dari pihak kolej, Pusat

Pembangunan Mahasiswa & Perhubungan Alumni serta dari pihak-pihak luar. Kami amat

berharap agar program ini berjalan dengan lancar sekaligus mencapai objektif sebagaimana yang

dirangka. Kami yakin dengan aktiviti ini dapat memberikan ilmu dan manfaat berguna kepada

peserta agar menjadi mahasiswa dan mahasiswi yang cemerlang dari segi akademik, ko-

kurikulum, dan sahsiah diri seterusnya melahirkan bakal graduan yang berkualiti dan

menyumbang kepada Negara. Kerjasama dari semua pihak amat diharapkan bagi menjayakan

program ini. Sehubungan dengan itu, segala keprihatinan dan sumbangan oleh semua pihak amat

dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Page 8: KERTAS KERJA - · PDF fileKEMBARA BAKTI SISWA ‘15 21 JANUARI 2015 – 24 JANUARI 2015 ENGAGING WITH HUMANS CONNECTING WITH NATURE 4.0 MATLAMAT Menjana program yang berbentuk bakti

KEMBARA BAKTI SISWA ‘15

21 JANUARI 2015 – 24 JANUARI 2015

ENGAGING WITH HUMANS CONNECTING WITH NATURE

Page 9: KERTAS KERJA - · PDF fileKEMBARA BAKTI SISWA ‘15 21 JANUARI 2015 – 24 JANUARI 2015 ENGAGING WITH HUMANS CONNECTING WITH NATURE 4.0 MATLAMAT Menjana program yang berbentuk bakti

KEMBARA BAKTI SISWA ‘15

21 JANUARI 2015 – 24 JANUARI 2015

ENGAGING WITH HUMANS CONNECTING WITH NATURE

Page 10: KERTAS KERJA - · PDF fileKEMBARA BAKTI SISWA ‘15 21 JANUARI 2015 – 24 JANUARI 2015 ENGAGING WITH HUMANS CONNECTING WITH NATURE 4.0 MATLAMAT Menjana program yang berbentuk bakti

KEMBARA BAKTI SISWA ‘15

21 JANUARI 2015 – 24 JANUARI 2015

ENGAGING WITH HUMANS CONNECTING WITH NATURE

LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASI

KEMBARA BAKTI SISWA ‘15

Penaung

Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali

Naib Canselor, UKM

Pengerusi

Y.Bhg. Prof. Datin Noor Aziah Hj. Mohd Awal

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM

Penyelaras

En. Aziz Abu Bakar

Timbalan Pendaftar Pusat Pembangunan Mahasiswa & Perhubungan Alumni, UKM

Penasihat

Dr. Ruslin Amir

Pengetua Kolej Ibrahim Yaakub, UKM

Felo Penasihat

En. Muhamad Azwan Abd Rahman

Felo Kolej Ibrahim Yaakub, UKM

Ketua Pengarah

Nurfatehah Sukur FPEND/2 A143856

019-3024075

Timbalan Pengarah

Syahrul Syafiin Sulaiman FST/2 A145927

019-3106749

Setiausaha

Wan Quraisyah Wan Ismail FEP/2 A143431

017-7875826

Bendahari

Winnie Kariza Bakri FSSK/3 A139855

0416580623

Page 11: KERTAS KERJA - · PDF fileKEMBARA BAKTI SISWA ‘15 21 JANUARI 2015 – 24 JANUARI 2015 ENGAGING WITH HUMANS CONNECTING WITH NATURE 4.0 MATLAMAT Menjana program yang berbentuk bakti

KEMBARA BAKTI SISWA ‘15

21 JANUARI 2015 – 24 JANUARI 2015

ENGAGING WITH HUMANS CONNECTING WITH NATURE

LAMPIRAN B

ATURCARA PROGRAM

TARIKH MASA PERKARA TEMPAT

21 Januari 2015

(Rabu)

8.00 pagi

3.00 petang

5.00 petang

7.00 petang

8.15 malam

Bertolak dari UKM

-Tiba di Kg. Alor Merah

-Majlis Pembukaan dan

Perasmian Program

-Pembahagian anak angkat

Beredar ke rumah keluarga

angkat masing-masing

-Solat maghrib berjemaah

-Taklimat untuk program esok

Peserta bebas bersama keluarga

angkat

-UKM

-KG. ALOR

MERAH

TARIKH MASA PERKARA TEMPAT

21 Januari 2015

(Khamis)

7.30 pagi

2.00 petang

5.00 petang

6.30 petang

7.00 petang

Bertolak ke sekolah menengah

-Aktiviti bersama murid-murid

sekolah (tingkatan 4/5)

Ceramah motivasi

Aktiviti kemasyarakatan di sekitar

Kg. Alor Merah

Bebas bersama keluarga angkat

-Solat Maghrib berjemaah

-Bacaan Yassin

-KG. ALOR

MERAH

Page 12: KERTAS KERJA - · PDF fileKEMBARA BAKTI SISWA ‘15 21 JANUARI 2015 – 24 JANUARI 2015 ENGAGING WITH HUMANS CONNECTING WITH NATURE 4.0 MATLAMAT Menjana program yang berbentuk bakti

KEMBARA BAKTI SISWA ‘15

21 JANUARI 2015 – 24 JANUARI 2015

ENGAGING WITH HUMANS CONNECTING WITH NATURE

9.00 malam

11.00 malam

-Pertandingan futsal bersama belia

Kg. Alor Merah

-Pertandingan Bola Jaring

Bersama keluarga angkat

23 Januari 2015

(Jumaat)

7.30 pagi

9.00 pagi

11.00 pagi

12.30

tengahari

2.00 petang

7.00 petang

9.00 malam

11.00 malam

K-robik

Aktiviti sukaneka bersama warga

kampung dan pelajar sekolah

tadika (tangkap belut)

Gotong-royong bersama warga

Alor Merah

(Pembinaan Monumen UKM)

(Majlis Rewang)

Solat Jumaat

Sambung gotong-royong (rewang)

-Solat maghrib

-Persediaan majlis penutup

-Makan malam bersama warga

Alor Merah

-Majlis penutup

-Majlis tamat

-Bersama keluarga angkat masing-

masing

24 Januari 2015

(Sabtu)

8.30 pagi

3.00 petang

-Berkumpul untuk bertolak balik ke

UKM

-Dijangka tiba di UKM

UKM

Page 13: KERTAS KERJA - · PDF fileKEMBARA BAKTI SISWA ‘15 21 JANUARI 2015 – 24 JANUARI 2015 ENGAGING WITH HUMANS CONNECTING WITH NATURE 4.0 MATLAMAT Menjana program yang berbentuk bakti

KEMBARA BAKTI SISWA ‘15

21 JANUARI 2015 – 24 JANUARI 2015

ENGAGING WITH HUMANS CONNECTING WITH NATURE

LAMPIRAN C

BELANJAWAN

Anggaran Pendapatan

BIL PERKARA RM

1. Sumbangan

Kolej

PPM&PA

Pihak Korporat/Individu

1500

1000

3500

JUMLAH PENDAPATAN 6000

Anggaran Perbelanjaan

BIL PERKARA RM

1.

2.

Publisiti

Banner (RM50 x 2 helai)

Backdrop (RM100 x 1 helai)

Bunting (RM30 x 5 helai)

Poster

Flyers RM100

Buku Program (80 buah )

Makanan

I. Rewang

VIP (RM10 x 10 orang)

AJK (RM6 x 25 orang)

Peserta+Keluarga

Angkat+Penduduk terlibat

(RM6 x 200 orang)

II. Jamuan Ringan

K-robik setiap pagi

Pertandingan futsal

Program Motivasi

-Makan Tengahari (RM4 x 200 pelajar/fasi)

450

1450

1000

Page 14: KERTAS KERJA - · PDF fileKEMBARA BAKTI SISWA ‘15 21 JANUARI 2015 – 24 JANUARI 2015 ENGAGING WITH HUMANS CONNECTING WITH NATURE 4.0 MATLAMAT Menjana program yang berbentuk bakti

KEMBARA BAKTI SISWA ‘15

21 JANUARI 2015 – 24 JANUARI 2015

ENGAGING WITH HUMANS CONNECTING WITH NATURE

4.

5.

6.

7.

Aktiviti Peserta

Penghasilan monumen UKM

Program bersama SMK Alor Merah

Program bersama warga Alor Merah

Aktiviti kemasyarakatan dan

penambahbaikan tempat terpilih seperti

masjib, kubur dan lain-lain.

Cenderahati

Ketua Kampung Alor Merah

Perasmi Majlis Penutupan

SMK Alor Merah

Ahli Jawatankuasa Kg. Alor Merah

Surau Kg. Alor Merah

Hamper

-(Pertandingan Futsal : RM10 x 3)

-(Cabutan bertuah : RM10 x 10)

Sumbangan untuk keluarga angkat (RM20x80)

Rencam

800

500

1600

200

JUMLAH KESELURUHAN 6000