doa penutup

2
Ya Allah ya tuhan kami… Kami menadah tangan merafa'kan kesyukuran kepada-Mu diatas segala limpahan nikmat dan rahmat serta diberikan keizinan kepada kami untuk melaksanakan program ini sehingga ke akhirnya. Dengan izinmu jua, kami masih berhimpun untuk program Penutupan Forum Pemerkasaan Integriti Siri 3 Tahun 2015 ini. Ya aziz ya jabbar kami memohon kepada-Mu, jadikanlah segala ilmu pengetahuan yang kami perolehi disepanjang forum ini dapat dijadikan panduan dan diamalkan serta disampaikan kepada rakanrakanseperjuangan yang lain, mudah mudahan ianya akan dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kami sebagai penjawat awam yang berintegriti, cekap berdedikasi dan berwibawa serta berwawasan tinggi dan seterusnya membawa kemajuan dan kejayaan yang kami hajati. Ya Rahmanu Ya Rahim..

Upload: surita-mamat

Post on 31-Jan-2016

12 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

doa

TRANSCRIPT

Page 1: Doa Penutup

Ya Allah ya tuhan kami…

Kami menadah tangan merafa'kan kesyukuran kepada-Mu diatas segala

limpahan nikmat dan rahmat serta diberikan keizinan kepada kami untuk

melaksanakan program ini sehingga ke akhirnya. Dengan izinmu jua,

kami masih berhimpun untuk program Penutupan Forum Pemerkasaan

Integriti Siri 3 Tahun 2015 ini.

Ya aziz ya jabbar

kami memohon kepada-Mu, jadikanlah segala ilmu pengetahuan yang kami

perolehi disepanjang forum ini dapat dijadikan panduan dan diamalkan serta

disampaikan kepada rakanrakanseperjuangan yang lain, mudah mudahan

ianya akan dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kami sebagai

penjawat awam yang berintegriti, cekap berdedikasi dan berwibawa serta

berwawasan tinggi dan seterusnya membawa kemajuan dan kejayaan yang

kami hajati.

Ya Rahmanu Ya Rahim..

hiasilah sanubari kami dengan sifat-sifat mahmudah yang mulia lagi terpuji,

jauhilah dari kami sifat-sifat mazmumah yang hina lagi dikeji, tanamkanlah ke

dalam diri kami semangat bekerjasama dan persaudaraan yang sejati, kearah

mencapai kecemerlangan dan keredhaan-Mu Ya Ilahi. Terimalah segala hasil

usaha dan khidmat bakti kami ini sebagai satu ibadah seperti mana yang

engkau kehendaki..