doa majlis perpisahan pengarah

2
Ya Rahman, Ya Aziz, Ya Ghaffar Pada saat dan detik yang bersejarah ini, kami menghulurkan tangan pengharapan, memohon ihsan dan RahmatMu, agar Engkau anugerahkan kesejahteraan, taufiq dan hidayah, juga kesabaran, ketabahan dan kekuatan kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Awang Hambali Bin Awang Hamdan,Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang yang akan bersara. Moga baginya selepas bersara nanti, kehidupan yang penuh gembira, ceria dan bahagia, serta dikurniakan dengan kesihatan, kesejahteraan, ketenteraman dan ketenangan. Allahumma Ya ’Azim Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepadanya dengan ganjaran, syafaat dan keredhaan atas segala jasa dan pengorbanan yang telah beliau curahkan sepanjang bergelar sebagai seorang guru. Kau limpahkanlah Rahmat dan BerkatMu, sebagai ganjaran kepada semangat juang yang tidak pernah mengenal erti putus asa, di dalam memikul tanggungjawab sebagai pendidik, pemimpin dan bapa, yang sentiasa berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran, demi kecemerlangan anak bangsa. Mudah-mudahan segala jasa, pengorbanan, dan semangat beliau menjadi pendorong untuk kami meneruskan perjuangan sebagai seorang insan pendidik. Allahumma Ya `Aalim Jadikanlah kami Ya Allah, daripada kalangan hamba-hambaMu yang taat dan bersyukur. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari perintahMu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal dan generasi yang beriman serta kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Ya Zal Jalali Wal Ikram

Upload: abul-khoir

Post on 14-Apr-2016

545 views

Category:

Documents


23 download

DESCRIPTION

doa ini untuk kegunaan orang yang ngin membaca doa ketika majlis perpisahan dengan pengarah ipg

TRANSCRIPT

Page 1: Doa Majlis Perpisahan Pengarah

Ya Rahman, Ya Aziz, Ya Ghaffar

Pada saat dan detik yang bersejarah ini, kami menghulurkan tangan pengharapan, memohon ihsan dan RahmatMu, agar Engkau anugerahkan kesejahteraan, taufiq dan hidayah, juga kesabaran, ketabahan dan kekuatan kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Awang Hambali Bin Awang Hamdan,Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang yang akan bersara. Moga baginya selepas bersara nanti, kehidupan yang penuh gembira, ceria dan bahagia, serta dikurniakan dengan kesihatan, kesejahteraan, ketenteraman dan ketenangan.

Allahumma Ya ’Azim

Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepadanya dengan ganjaran, syafaat dan keredhaan atas segala jasa dan pengorbanan yang telah beliau curahkan sepanjang bergelar sebagai seorang guru. Kau limpahkanlah Rahmat dan BerkatMu, sebagai ganjaran kepada semangat juang yang tidak pernah mengenal erti putus asa, di dalam memikul tanggungjawab sebagai pendidik, pemimpin dan bapa, yang sentiasa berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran, demi kecemerlangan anak bangsa. Mudah-mudahan segala jasa, pengorbanan, dan semangat beliau menjadi pendorong untuk kami meneruskan perjuangan sebagai seorang insan pendidik.

Allahumma Ya `Aalim

Jadikanlah kami Ya Allah, daripada kalangan hamba-hambaMu yang taat dan bersyukur. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari perintahMu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal dan generasi yang beriman serta kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia dan di akhirat.

Ya Zal Jalali Wal Ikram

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah pertemuan ini sebagai pertemuan yang diRahmati, dan jadikanlah perpisahan ini sebagai perpisahan yang diBerkati.

قـنا وتفر مرحوما، جمعا هذا جمعنا اجعل هم الل

Page 2: Doa Majlis Perpisahan Pengarah

وال فينا هم الل تجعل وال معصوما، قا تفر بعده منمحروما وال مطرودا وال ا شقي يتبعنا من وال .معنا