doa majlis perhimpunan

2
DOA MAJLIS PERHIMPUNAN (1) Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi melahirkan rasa kesyukuran di atas kurniaanMu yang tidak ternilai.Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur di atas nia`mat yang melimpah ruah kepada kami . Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba ilmuMu yang sangat luas bagi mengembangkan potensi kami sebagai hambaMu yang Engkau redhai. Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah kepada kami apa kiranya ilmuMu. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayahMu. Semoga dengannya kami mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya. Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Upload: ginger-padilla

Post on 16-Nov-2015

318 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Doa

TRANSCRIPT

DOA MAJLIS PERHIMPUNAN (1)

Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi melahirkan rasakesyukuran di atas kurniaanMu yang tidak ternilai.Jadikanlah kamihamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur di atas nia`mat yangmelimpah ruah kepada kami .

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini inginmenimba ilmuMu yang sangat luas bagi mengembangkan potensikami sebagai hambaMu yang Engkau redhai.Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlahkepada kami apa kiranya ilmuMu. Sinarilah hati-hati kami dengancahaya dan hidayahMu. Semoga dengannya kami mudahmenerima dan menghayati serta mengamalkannya.

Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan anggota,kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semogadengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing danmampu mengangkat martabat diri, keluarga,masyarakat dan negara.

DOA MAJLIS PERHIMPUNAN (2)

Ya Allah Ya Tuhan kami, Tuhan yang menguasai langit dan bumi.Hanya padaMu sahaja kami panjangkan kesyukuran di atas segalarahmat yang Engkau kurniakan.

Bersempena dengan perhimpunan ini kami mohon inayah dantaufikMu. Kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagian sertakesihatan jasmani dan rohani. Bukakanlah hati-hati kami,lapangkanlah dada kami untuk menerima ilmu dan pengetahuanserta bimbingan dari guru-guru yang kami kasihi.Kami memohon dengan kudrat dan IradatMu, berikanlah kamikekuatan dan ketabahan menghadapi perjuangan bagi mencari danmenimba ilmu pengetahuan serta permudahkanlah kamiuntuk beramal dengan penuh keikhlasan

Tambahkanlah kepada kami kecintaan kepada segala kebaikan,Jadikanlah kami, guru-guru kami dan pemimpin-pemimpin kamiterus berkhidmat dengan istiqamah untuk menabur baktimembangunkan umat , masyarakat, bangsa dan agama.Ya Allah ya Tuhan kami jadikanlah negara kami sebuah negarayang mendapat limpahan rahmat dan nikmat. Kekalkanlahkeamanan dan kemakmuran sepanjang zaman.