doa majlis jamuan akhir tahun

Upload: amegoasri

Post on 04-Apr-2018

297 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Doa Majlis Jamuan Akhir Tahun

    1/1

    Ya Allah ya tuhan kami , keluarkanlah kami dari kegelapan dan keraguan , kurniakanlah

    kami dengan sinaran kefahaman , bukakanlah kami pintu ilmu dan hiasilah kami denganakhlak yang baik dan kasih sayang.

    Ya Allah ya tuhan kami , ampunilah segala dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami ,ampunilah juga dosa guru-guru kami , anak didik kami , orang-orang mukmin yang

    masih hidup mahu pun yang sudah mati.

    Ya Allah ya tuhan kami , panjangkanlah umur kami sihatkanlah badan kami, terangilahhati kami, tetapkanlah iman kami, perbaikilah amalan kami, luaskanlah dan berkatilah

    rezeki kami, dekatkanlah kami kepada kebaikan dan jauhkanlah kami dari segala

    kejahatan.

    Ya Allah ya tuhan kami , dengan rahmat mu , apa kiranya engkau limpahkan

    kesejahteraan kepada warga asrama Sekolah menengah teknik perdagangan johor bahru ,khususnya anak didik kami yang akan menduduki peperiksaan SPM dan seterusnya akan

    meninggalkan alam persekolahan di sekolah ini. Engkau berilah bimbingan dan petunjuk

    kepada mereka agar dapat meneruskan kehidupan yang penuh cabaran ini. Hindarkan hatimereka dari melakukan perkara yang bertentangan dengan agama dan undang-undang

    Negara. Sebaliknya , berilah mereka kekuatan untuk menghayati segala ilmu , peraturan

    serta nasihat dari guru-guru agar menjadi insan yang beriman dan bertaqwa , berguna

    kepada agama , bangsa dan negara.

    Sesungguhnya engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.