doa hari guru a

10
Mari kita berdoa, Atas nama Bapa, Putera dan Roh Kudus, Amen. Ya Tuhan kami di Syurga, kami bersyukur kepadaMu, kerana Engkau telah melindungi kami sepanjang malam tadi. Pada pagi ini kami dapat melihat kemuliaanMu dan cinta kasihMu yang sejati. Terima kasih, kerana segala pemberianMu selama ini. Ya Tuhan, Kami memohon kepadamu, ampunilah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, guru-guru kami dan semua orang yang bersalah kepada kami. Jauhilah kami dari segala godaan syaitan dan dosa. Pada minggu ini ya Tuhan kami di syurga, berkatilah kami. Berilah kami kekuatan jasmani, emosi, intelek dan rohani, untuk meneruskan usaha kami dalam menerima dan memahami ilmu pengetahuan daripada guru-guru kami, agar kami dapat malakukan yang terbaik terhadap sekolah kami. Restuilah permintaan kami, agar kami memperolehi kesejahteraaanMU, dalam nama Jesus Kristus perantaraan kami. Amen.

Upload: jonathan-lainus

Post on 29-Dec-2015

107 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Hari Guru

TRANSCRIPT

Page 1: Doa Hari Guru a

Mari kita berdoa,

Atas nama Bapa, Putera dan Roh Kudus, Amen.

Ya Tuhan kami di Syurga,kami bersyukur kepadaMu, kerana Engkau telah melindungi kami sepanjang malam tadi.Pada pagi ini kami dapat melihat kemuliaanMu dan cinta kasihMu yang sejati.Terima kasih, kerana segala pemberianMu selama ini.Ya Tuhan, Kami memohon kepadamu, ampunilah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, guru-guru kami dan semua orang yang bersalah kepada kami.Jauhilah kami dari segala godaan syaitan dan dosa.Pada minggu ini ya Tuhan kami di syurga, berkatilah kami.Berilah kami kekuatan jasmani, emosi, intelek dan rohani, untuk meneruskan usaha kami dalam menerima dan memahami ilmu pengetahuan daripada guru-guru kami, agar kami dapat malakukan yang terbaik terhadap sekolah kami.Restuilah permintaan kami, agar kami memperolehi kesejahteraaanMU, dalam nama Jesus Kristus perantaraan kami.

Amen.

Atas nama Bapa,Putera dan Roh Kudus,Amen.

Mari kita berdoa,

Atas nama Bapa, Putera dan Roh Kudus, Amen.

Page 2: Doa Hari Guru a

Ya Tuhan kami yang maha suci,Kami berserah kepadaMu.Bimbinglah kami dan berkatilah kami.Berikanlah kami harapan seandainya kami kecewa.Berikanlah kami kekuatan seandainya kami lemah.Berikanlah kami keampunan seandainya kami bersalah.Semoga hari ini akan membawa ketenteraman dan kedamaian kepada kami.Kalau benci semaikan kasih sayang.Kalau kecewa hulurkanlah semangat.Kalau ragu tanamkan kepercayaan.Jika putus asa berikanlah harapan.Jika kami dalam kegelapan terangilah kami.Dan jika kami kesedihan tabahkanlah hati kami.Limpahkanlah keberkatan dan kedamaian kepada keluarga kami, guru-guru kami, sahabat kami, pemimpin serta Negara kami.Kabulkanlah doa kami ya Tuhan,Sesungguhnya engkau tempat kami memintadalam nama Jesus Kristus perantaraan kami.

Amen.

Atas nama Bapa,Putera dan Roh Kudus,Amen.Mari kita berdoa,

Atas nama Bapa, Putera dan Roh Kudus, Amen.

Ya Tuhan kami yang maha pengasih lagi penyayang di Syurga,Syukur kepadaMU kerana melanjutkan usia kami.

Page 3: Doa Hari Guru a

Berikanlah kami kesempurnaan hidup, dalam melakukan segala aktiviti yang kami lakukan semasa menuntut ilmu, semasa beriadah,ketika menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga, sekolah dan masyarakat.Bimbinglah kami ke jalan yang benar, Agar dapat berbakti kepadaMu,Agar kami tidak mementingkan diri sendiri,Agar kami mengakui dan membetulkan kesilapan,Agar kami melihat kebaikan orang lain dan bukan kelemahannya.Jangan libatkan kami ke dalam percubaan dan dosa.Tetapi bebaskanlah kami dari perbuatan yang jahat.Sesungguhnya tiada hari seindah hari ini,Kami serahkan kepadaMu ya Tuhan, segala perkara yang telah berlaku dan kesilapan kami,untuk diampuni.Semoga rahmatMu bersama kami sepanjang masa, dalam nama Jesus Kristus perantaraan kami.

Amen.

Atas nama Bapa,Putera dan Roh Kudus,Amen.

Mari kita berdoa,

Atas nama Bapa, Putera dan Roh Kudus, Amen.

Ya Tuhan kami di Syurga,Kami memuji dan bersyukur kepadaMu,Kerana Engkau telah melindungi kami sepajang malam tadi

Page 4: Doa Hari Guru a

Dan hari yang mulia ini Engkau memberikan kami peluang untuk belajar agar kami dapat berkembang dalam ilmu pengetahuan.Engkau menghendaki supaya kami menjadi seorang murid yang berguna kepada nusa dan bangsa.Engkau menghendaki supaya kami dapat memuliakan namaMu dan berbakti kepada sesama manusia, walaupun berlainan bangsa, agama dan keturunan.Ya Tuhan, tolong dan bantulah kami, agar kami dapat menyediakan diri kami dengan rajin.Terangilah akal fikiran kami dan lindungilah kami, supaya kami sihat dan tabah menghadapi pembelajaran.Berkatilah kami, agar kami Berjaya dalam pelajaran.Berkatilah juga ibu bapa kami, guru-guru kami dan semua orang yang menyokong pelajaran kami.Roh kudus, tolong dan bantulah kami dalam pelajaran kami dalam nama Jesus Kristus perantaraan kami.

Amen.

Atas nama Bapa,Putera dan Roh Kudus,Amen.

Tuhan Jesus KristusAmpunilah aku

Kerana tidak selalu hidup seperti kehendakmuTerima kasih

Untuk kerelaanmu wafatDemi pengampunan dosa-dosaku

Dengan kebangkitanmuEngkau memberi aku hidup yang baru

Datang dan bertakhtalah di dalam hidupku,

Page 5: Doa Hari Guru a

Utuskanlah roh KudusMuAgar aku boleh menjadi peribadiSebagaimana Engkau hendaki

Ya Allah bapa kami yang ada di SyurgaDimuliakanlah namamu,Datanglah kerajaanmu

Dan jadikanlah kehendak MuDi bumi seperti di dalam Syurga

Berikanlah kami rezeki pada hari iniDan ampunilah kesalahan kami

Seperti kami mengampuni yang bersalah kepada kami

Janganlah masukkan kami ke dalam percubaanTetapi bebaskanlah kami dari yang jahat

Dengan yakin akan kasih dan kerahimanmuYa Tuhan Jesus

Ku ucapkan syukurKerana Engkau mendengarkan doaku

Amen.

Mari kita berdoa,

Atas nama Bapa, Putera dan Roh Kudus, Amen.

Tuhan, Bapa di Syurga,kami bersyukur kepadaMu,atas segala rahmatMu selama ini. Dengan kemuliaan dan cinta kasihMu, Ya Tuhan, berkatilah kami yang berkumpul pada pagi ini. Jauhilah kami dari segala godaan syaitan dan dosa.Ampunilah segala dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami dan dosa semua orang yang bersalah kepada kami.

Di pagi yang indah ini Ya Tuhan, tolong dan bantulah kami dalam melaksanakan aktiviti Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil Sekolah kami. Semoga

Page 6: Doa Hari Guru a

Majlis kali ini akan membawa ketenteraman dan kedamaian kepada kami, warga Sekolah Kebangsaan St.Teresa. Sesungguhnya Engkau menghendaki supaya kami dapat memuliakan namaMu dan berbakti kepada sesama manusia, walaupun berlainan bangsa, agama dan keturunan. Terangilah akal fikiran kami, agar kami memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam apa jua bidang. Lindungilah kami, agar kami sentiasa sihat dan tabah menghadapi cabaran dan dugaan semasa menunaikan tanggungjawab kami. Ya Tuhan restuilah permintaan kami pada pagi ini, agar kami memperolehi kesejahteraanMu selama-lamanya.

Kami ucapkan syukur kepadaMu Ya Tuhan,dalam nama Jesus Kristus perantaraan kami.

Amen.

Atas nama Bapa,Putera dan Roh Kudus,Amen.

Ya Bapa di Syurga,Dimuliakanlah namamu,Datanglah kerajaanmu,Jadilah kehendakMu Di bumi seperti di dalam Syurga,Berikanlah kami rezeki pada hari ini Dan ampunilah kesalahan kami,Seperti kami mengampuni yang bersalah kepada kami,Janganlah membawa kami ke dalam percubaan,Tetapi bebaskanlah kami dari yang jahat Amen.

Page 7: Doa Hari Guru a

Mari kita berdoa,

Atas nama Bapa, Putera dan Roh Kudus, Amen.

Ya Tuhan di Syurga,kami bersyukur kepadaMu,atas segala rahmatMu selama ini. Dengan kemuliaan dan cinta kasihMu, Ya Tuhan, berkatilah kami yang berkumpul pada hari ini.Jauhilah kami dari segala godaan syaitan dan dosa.Ampunilah segala dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, dan dosa semua orang yang bersalah kepada kami.

Di pagi yang indah ini Ya Tuhan, tolong dan bantulah kami dalam melaksanakan Majlis Perpisahan kami, warga SK St.Teresa dengan Cikgu Cyril Sala Ak Chabang. Bimbing dan pimpinlah dia semasa persaraannya nanti. Sembuhkanlan dia dari penyakit yang dideritainya agar dia ceria dan dapat melaksanakan tugasnya seperti sedia kala.

“Ya Tuhan bagi sekalian manusia di dunia, kami mohon, dalam nama Jesus Kristus, lenyapkanlah penderitaan dan sembuhkanlah rakan kami Cikgu Cyril,

Page 8: Doa Hari Guru a

kerana Engkaulah tempat kami meminta penyembuhan. Tidak ada penyembuhan melainkan Engkau yang menyembuh. Yakni penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lagi”. Tabahkanlah hatinya, ya Tuhan, dalam menghadapi cabaran dan dugaanMu selama ini,

Berikanlah ketenteraman dan kedamaian kepada kami, warga SK St.Teresa. Engkau menghendaki supaya kami dapat memuliakan namaMu dan berbakti kepada sesama manusia, walaupun berlainan bangsa, agama dan keturunan.Terangilah akal kami semasa pengajaran dan pembelajaran di sekolah,agar kami memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam apa jua bidang. Lindungilah kami, agar kami sentiasa sihat dan tabah menghadapi cabaran dan dugaan semasa menunaikan tanggungjawab kami.

YaTuhan restuilah permintaan kami pada hari ini, agar kami memperolehi kesejahteraanMu selama-lamanya.Kami ucapkan syukur kepadaMu Ya Tuhan,dalam nama Jesus Kristus perantaraan kami.

Amen.

Atas nama Bapa,Putera dan Roh Kudus,Amen.