doa belajar

Upload: zainal-amry-zainy

Post on 12-Jul-2015

158 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

DOA-DOA MENGHADAPI PEPERIKSAANPastikan anda mengulangkaji pelajaran anda. Doa Agar Dikurniakan Kefahaman Yang Baik Dan Ingatan Yang Sempurna Sewaktu Menelaah Pelajaran. ( DIBACA SEBELUM MENGULANGKAJI PELAJARAN SAMADA DARI BUKU ATAU NOTA )

. ( Allahummar zuqna fahman nabiyyiin, wa hifzal mursalin, wa ilhaama malaikatil muqarrabin ) Maksudnya : Wahai Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kefahaman para nabi, hafalan para rasul, dan ilham para malaikat yang hampir denganMu, Wahai Tuhan yang Amat Pengasih

Doa Sebelum Masuk Dewan Peperiksaan.

. ( Wa haiyi lana min amrina rasyada ) Maksudnya : Dan persiapkanlah kami dalam urusan kami dengan petunjukMu

Doa Sewaktu Lupa Ketika Menjawab Soalan.

. ( Subhana man la yanamu wa la yas hu, Allahumma zakkirna ma nasiina ) 3x Maksudnya : Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai, Ya Allah, ingatkanlah kami apa yang kami lupa

Doa Mohon Ditambah Dan Dipercepatkan Pemahaman Ilmu

. Maksudnya : Wahai Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu dan kurniakanlah kepadaku pemahaman dan pengertian yang baik

Doa Agar Lidah Fasih Dan Mudah Untuk Ujian Lisan

. Maksudnya : Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah urusanku, dan lepaskanlah kekeluan daripada lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku ( Surah Thaha : 25-28 )

KAEDAH BERDOA YANG BERKESAN1. Minta seolah-olah anda berdialog dengan Allah S.W.T . 2. Tawaddhu dan merayu. 3. Minta yang besar dan tinggi tetapi munasabah. 4. Yakin bahawa Allah S.W.T mendengar permohonan anda. 5. Berdoa menggunakan bahasa dan ayat yang anda faham. 6. Bayangkan dalam minda akan apa yang anda minta. 7. Pejamkan mata dan fokus ketika berdoa. 8. Yakin bahawa Allah S.W.T makbulkan permintaan anda. 9. Mintalah berulang-ulang kali. 10. Jangan hadkan berdoa selepas solat sahaja. 11. Ubahlah rutin berdoa selepas solat, sebaliknya mintalah kepada Allah S.W.T secara bebas.

Doa Berjaya Dalam Pelajaran Dan Mengejar Cita-Cita

. Maksudnya : Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, dan persiapkanlah kami dalam urusan kami dengan petunjukMu ( Surah Al-Kahfi : 10 )

Doa Agar Mendapat Keputusan Peperiksaan Yang Baik

. Maksudnya : Ya Allah, jadikanlah aku sebahagian daripada hambahambaMu yang mendapat pencapaian yang lebih hebat daripada cahaya yang Engkau berikan, rahmat yang Engkau limpahkan, rezeki yang Engkau kurniakan, kemudharatan yang Engkau hindarkan, bencana yang Engkau angkatkan (daripada menimpa hambaMu), fitnah yang Engkau jauhkan, dan keburukan yang Engkau angkat

Doa Agar Dikurniakan Kecerdasan Berfikir

. Maksudnya : Ya Allah, ilhamkanlah kepadaku kecerdasan dan lindungilah aku daripada kejahatan nafsuku