diorama

7
ahan 3D atau Tiga Dimensi adalah bahan-bahan yang mempunyai bentuk serta menyerupai bahan yang sebenar. Banyak jenis bahan boleh didapati di dalam kumpulan ini. Kelebihan Bahan 3D a. Konsep yang betul dibina kerana murid boleh melihat benda yang sebenar. b. Pembelajaran akan berlaku dengan lebih sempurna kerana murid dapat belajar daripada penggunaan bahan-bahan yang sebenar. c. Murid dapat memahami tentang sifat, binaan serta pergerakan sesuatu benda itu dengan lebih baik d. Memberi pengalaman tentang keadaan sebenar sesuatu bahan atau benda itu. e. Menggalakkan murid membuat kajian lanjut mengenai sesuatu kejadian atau hasilan. f. Memberi lebih banyak peluang kepada murid berinteraksi diantara satu sama lain. g. Menimbulkan semangat ingin tahu yang akan membawa kepada konsep pembelajaran melalui penyelidikan. Bahan-bahan 3D yang digunakan oleh guru sebagai alat Bantu mengajar antara lain termasuklah : • Realia • Model • Diorama • Akuarium dan terrarium • Boneka • ‘Mobile' • Topeng Realia Realia adalah bahan-bahan yang sebenarnya dan ia boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut: (a) Realia Asli

Upload: shuhaila-abu-bakar

Post on 28-Nov-2015

24 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PSV

TRANSCRIPT

Page 1: Diorama

ahan 3D atau Tiga Dimensi adalah bahan-bahan yang mempunyai bentuk serta menyerupai bahan yang sebenar. Banyak jenis bahan boleh didapati di dalam kumpulan ini.

 

Kelebihan Bahan 3D

a. Konsep yang betul dibina kerana murid boleh melihat benda yang sebenar.b. Pembelajaran akan berlaku dengan lebih sempurna kerana murid dapat belajar

daripada penggunaan bahan-bahan yang sebenar.c. Murid dapat memahami tentang sifat, binaan serta pergerakan sesuatu benda itu

dengan lebih baikd. Memberi pengalaman tentang keadaan sebenar sesuatu bahan atau benda itu.e. Menggalakkan murid membuat kajian lanjut mengenai sesuatu kejadian atau

hasilan.f. Memberi lebih banyak peluang kepada murid berinteraksi diantara satu sama lain.g. Menimbulkan semangat ingin tahu yang akan membawa kepada konsep

pembelajaran melalui penyelidikan.

 

Bahan-bahan 3D yang digunakan oleh guru sebagai alat Bantu mengajar antara lain termasuklah :

• Realia• Model• Diorama • Akuarium dan terrarium• Boneka• ‘Mobile'• Topeng

 

Realia

Realia adalah bahan-bahan yang sebenarnya dan ia boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut:

 

(a) Realia Asli

Ini merupakan bahan hidup yang sebenarnya, dan masih hidup seperti cacing tanah, belalang dan sebagainya, ataupun bahan sebenarnya yang kaku (bukan hidup) seperti mesin, jentera dan lain-lain.

Page 2: Diorama

 

(b) Realia Awet

Bahan-bahan hidup yang telah diawet dan disimpan di dalam bendalir kimia. Contoh, ikan dan serangga.

 

(c) Spesimen

Ini merupakan sample atau contoh hidupan yang dapat mewakili kumpulan hidup-hidupan tertentu yang mempunyai sifat-sifat atau cirri-ciri yang lazimnya terdapat pada kumpulan hidup tersebut. Biasanya spesimen didapati sebagai bentuk bahan awetan. Contohnya Kutu Daun dan udang.

Selain itu, bahan-bahan hidup seperti daun boleh digunakan sebagai spesimen untuk menunjukan sifat-sifat am suatu kumpulan tumbuhan.

 

Page 3: Diorama

 

 

Model

Model adalah binaan rupa bentuk bahan atau benda asal yang mungkin diperbuat daripada bahan keras seperti tanah liat, plastisin dan getah.

Beberapa pecahan jenis model:

 

(a) Model Berskala

Model berskala ialah model bahan yang diperbuat dalam saiz yang sama besar dengan benda asal ataupun dalam saiz yang lebih kecil dengan berpandukan kepada skala pembesaran atau pengecilan tertentu. Setiap bahagian yang dibuat menyerupai benda yang asal.Contohnya keretapi dan kapal terbang.

 

 

 

(b) Model Olok-olok

Model olok-olok merupakan model yang diubahsuai daripada rupa bentuk benda yang sebenarnya, untuk menunjukan pergerakan atau perjalanan kerja pada benda asal

Page 4: Diorama

itu.Biasanya model olok-olok ini dibuat lebih besar daripada keadaan asal tanpa menghiraukan skala pembesaran tertentu tetapi masih dapat menunjukkan keadaan asal yang sebenarnya.

 

Contoh: model enjin keretapi dan neraca.

 

 

 

(c) Model Keratan Rentas

Model besar yang menunjukkan keratan rentas pada satu bahagian tertentu pada satu benda, untuk memperlihatkan rupa bentuk bahagian dalam benda tersebut. Keratan rselalunya digunakan dengan lebih meluas dalam matapelajaran Sains, Contoh keratan rentas daun atau kulit manusia

 

 

Page 5: Diorama

Diorama

Diorama adalah satu persembahan pameran model-model yang disusun rapi supaya dapat menggambarkan keadaan atau rupa bentuk satu situasi pemandangan asal. Kebanyakan diorama dapat dilihat di dalam muzium yang mempamerkan pemandangan-pemandangan atau keadaan semasa zaman silam.

Guru boleh menggunakan diorama untuk pengajaran tertentu di dalam bilik darjah seperti matapelajaran Kajian Tempatan, Sains dan sebagainya.

Diorama boleh dihasilkan dengan mudah, Murid boleh digalakkan membuat projek dengan menggunakan bahan-bahan seperti tanah liat, plastisin, kepingan polisterin dan bahan-bahan buangan lain

 

 

Wslam. maaf lewat menjawab, Dah baca lama tapi terlupa nak jawab. K di bawah ini terdapat nota yang saya cari dari laman seni tetentu. mungkin ia dapat membantu cikgu. Cikgu cuba cari point2 berkenaan perkembangan kreativiti dan cuba gunakan aktiviti diorama dapat mengembangkan kreativiti murid pada point2 tersebut. Sebenarnya banyak pendapat di keluarkan berkenaan tahap perkembangan kreativiti murid ini. Cikgu pilihlah sebahagian darinya dan huraikan.

menggabungkan kefahaman mereka kepada aspek kogninif, psikomotor dan afektif. penilaian dalam bidang seni visual juga menitikberatkan fokus kepada perbuatan murid

yang mencungkil kemahiran berfikir serta melahirkan murid yang mampu membuat keputusan.

kaedah penilaian boleh dilakukan melalui pemerhatian, lisan atau interaksi dan juga penulisan.

pemerhatian boleh dilakukan ke atas hasil kerja murid, penguasaan kemahiran amali, perkembangan bakat murid, kemahiran sosial, melahiran emosi dan perasaan.

penilaian lisan boleh dijalankan melalui temubual, nyanyian, lakonan ataupun puisi. Penilaian penulisan boleh digunakan dengan menggunakan alat tulis dan kertas.

1.3 Tahap Perkembangan Kreativiti

• Berikut adalah antara beberapa pendapat yang menyatakan tentang tahap perkembangan kreativiti dalam proses kreativiti atau artistik. Pendapat pertama adalah dari PETER Mc KELLAR (1967) menyatakan tahap perkembangan kreativiti sebagai peringkat iaitu persediaan, pengeraman, penjelasan, penentuan dan pencernaan. Pendapat seterusnya, dari VIKTOR LOWENFELD (1969) menyatakannya sebagai tahap-tahap perlakuan dan tindakan, iaitu kepekaan, kelancaran, keanjalan, memberi makna dan pengertian baru, analisis, sintesis, kejelasan dan ketekalan mengorganisasi. Pendapat seterusnya, dari POINCAR (1970) ianya menjelaskan peringkat-peringkat berikut sebagai proses kreativiti iaitu mengenalpasti, penjelasan, tidak pasti, pandang timbang dan rasionalisasi dan pendapat dari LAURA H. CHAPMAN iaitu menyatakan dalam bukunya berjudul Approaches to Art in Education, suatu kajian tentang teori-teori peringkat penghasilan kerja dan tahap kreativiti, menjelaskan bahawa proses artistik adalah merupakan

Page 6: Diorama

fasa-fasa tidak semestinya sentiasa bersifat tekal dan sekuens. Buku ini menjelaskan bahawa tahap perkembangan kreativiti dan artistik dibahagikan kepada tiga fasa yang utama, iaitu perwujudan idea, perkembangan dan penghalusan idea dan kemahiran media. 

1.4 Ciri-ciri kreativiti dalam Pendidikan Seni Visual 

• Seseorang artis atau tukang dikatakan sebagai insan yang mempunyai daya kreatif, imaginatif dan nilai estetik yang tinggi. Pendidikan Seni bukan bertujuan untuk melahirkan ramai artis tetapi melatih dan mendidik pelajar agar dapat membentuk sahsiah yang positif dengan memiliki sifat-sifat kreatif seperti mana yang terdapat pada seseorang artis yang unggul.

• Seseorang artis yang unggul memiliki sifat-sifat yang berikut :

SIFAT-SIFAT ARTIS HURAIAN

Mereka mempunyai ciri-ciri :1. Daya persepsi tinggi Mereka peka, berkeupayaan dan gemar kepada : Melihat kekuatan nilai dan makna pada objek dan alam. Mendengar “bunyi kehidupan” di keliling mereka. Sedar tentang apa yang dirasa dan disentuh. Peka kepada bau yang dihidu.

Memberi “nafas baru” dan kesinambungan terhadap perkara silam atau isu lama.2. Daya membina idea sendiri Membina, mencipta, dan menghasilkan sesuatu. Mencuba gaya atau teknik baru. Memanipulasi idea dengan pelbagai cara, secara tidak lazim atau berlainan dari biasa perlakuan. Mencuba dan meneroka pelbagai pendekatan dan bahan. Menyelesaikan masalah dengan cara tersendiri. Berimaginasi tinggi- melangkaui batas pemikiran biasa.

Menggunakan cara-cara baru dan inventif menghubung idea dan imej.3. Suka mencuba, meneroka dan mencari sesuatu yang baru Mengimpikan dan memikirkan kemungkinan-kemungkinan baru yang berlainan dari kebiasaan. Berimaginasi dan berdaya mewatakan sesuatu. Berfikiran tulen dan asli (originality).

Dapat memberi makna dan pengertian terhadap sesuatu ciptaan.4. Suka mengkaji dan menyelidik Menganalisa data maklumat tentang apa yang dialami. Bertanya dan mencari penjelasan. Mencari penemuan baru mengenai hubungan antara idea dan bahan.

Tertarik terhadap nilai keindahan, kecantikan, keunikan, kelainan, dan keharmonian pada objek, alam dan kehidupan.5. Peka terhadap nilai estetik Dapat merasakan nilai rentak, irama dan harmoni terhadap apa yang dilihat dan dihasilkan.

Menggunakan pendekatan yang fleksibel mengikut situasi dan keperluan.6. Keyakinan diri Berdikari. Mempunyai kekuatan perasaan dan emosi serta dapat membuat penyataan diri.