dimensi_melanjutkan_pengajian

7
Pemeringkatan Dimensi Yang Mempengaruhi Pemilihan Kolej Komuniti Kuala Langat Sebagai Platform Melanjutkan Pengajian Nur Azlina binti Jalaluddin Kolej Komuniti Kuala Langat Kementerian Pendidikan Malaysia Banting, Selangor [email protected] Nurhasyinda binti Shahidan Kolej Komuniti Kuala Langat Kementerian Pendidikan Malaysia Banting, Selangor [email protected] AbstrakKajian ini dijalankan untuk mengenalpasti pemeringkatan dimensi yang mempengaruhi pemilihan Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL) sebagai platform melanjutkan pengajian. Kategori dimensi telah dihadkan kepada empat kategori dimensi sahaja iaitu akademik, institusi pengajian, pengaruh orang berkepentingan dan kewangan. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan instrumen borang soal selidik secara online yang dibangunkan melalui aplikasi perisian Google Docs. Instrumen borang soal selidik yang mengandungi 2 bahagian iaitu Bahagian A: Maklumat Diri Responden dan Bahagian B: Empat kategori dimensi (Akademik, Institusi Pengajian, Pengaruh Orang Berkepentingan, Kewangan) Responden kajian terdiri daripada 201 pelajar semester satu sesi Julai 2014 yang terdiri daripada Sijil Kolej Komuniti Berterusan SKK(T) dan Sijil Kolej Komuniti Bermodular SKK(M) di KKKL. Data telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) bagi mendapatkan dapatan kajian dalam bentuk min dan frekuensi. Dapatan kajian menunjukkan dimensi yang sangat mempengaruhi pemilihan KKKL sebagai platform melanjutkan pengajian ialah responden memilih bidang pengajian yang memberikan peluang kerjaya. Kajian ini dilaksanakan dengan tujuan memberi maklumat hasil kajian kepada Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK), pihak pengurusan, Unit Hal Ehwal Pelajar dan kakitangan akademik KKKL. Kata kunci-dimensi melanjutkan pengajian I. PENGENALAN Melalui kronologi perubahan Program Kolej Komuniti, Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL) turut menawarkan semula Sijil Kolej Komuniti Berterusan SKK(T) dan Sijil Kolej Komuniti Bermodular SKK(M) mulai tahun 2013. Program SKK(T) yang terdapat di KKKL ditawarkan secara sepenuh masa dan berterusan selama tiga semester di kolej. Bagi melengkapkan SKK(T) pelajar perlu mengikuti latihan industri selama 16 minggu. KKKL hanya menawarkan Sijil Akauntansi (SAK) dan Sijil Pelancongan dan Pengembaraan (SPP) di bawah kategori program SKK(T). Manakala, SKK(M) ditawarkan secara sepenuh masa menggunakan konsep bermodular. Tempoh setiap modul adalah selama 4 bulan. Pelajar perlu mengambil modul pembelajaran dalam sesuatu bidang dari kolej yang menawarkannya. Pelajar dianugerahkan SKK apabila telah lulus semua modul dalam program berkenaan. Bagi kategori program SKK(M), KKKL menawarkan Sijil Pemasangan Elektrik (SPE), Sijil Animasi 2D (SDD), Sijil Aplikasi Perisian Komputer (SAP) dan Sijil Rekabentuk dan Pembuatan Perabot (SRP). Pengambilan pelajar di KKKL bagi program SKK(T) telah bermula pada Mac 2013 dan dituruti dengan perlaksanaan program SKK(M) pada Julai 2013. Sehingga September 2014, Sijil Pelancongan dan Pengembaraan (SPP) telah berjaya melahirkan graduan seramai 7 pelajar sahaja. Bilangan yang kecil ini sedikit sebanyak memberi tanggapan bahawa terdapat beberapa faktor perlu dikaji semula bagi mengenalpasti faktor pemilihan KKKL pada sudut pandangan pelajar. Sehubungan itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti pemeringkatan dimensi yang mempengaruhi pemilihan Kolej Komuniti Kuala Langat sebagai platform melanjutkan pengajian. Penyataan Masalah Merujuk kepada Jadual 1, didapati hanya Program Sijil Pemasangan Elektrik (SPE) dan Sijil Aplikasi Komputer (SAP) sahaja yang mencapai norma pengambilan pelajar.

Upload: miszfz

Post on 12-Jan-2016

28 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

dimensi melanjutkan pelajaran

TRANSCRIPT

Page 1: dimensi_melanjutkan_pengajian

Pemeringkatan Dimensi Yang Mempengaruhi

Pemilihan Kolej Komuniti Kuala Langat Sebagai

Platform Melanjutkan Pengajian

Nur Azlina binti Jalaluddin

Kolej Komuniti Kuala Langat

Kementerian Pendidikan Malaysia

Banting, Selangor

[email protected]

Nurhasyinda binti Shahidan

Kolej Komuniti Kuala Langat

Kementerian Pendidikan Malaysia

Banting, Selangor

[email protected]

Abstrak—Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti

pemeringkatan dimensi yang mempengaruhi pemilihan Kolej

Komuniti Kuala Langat (KKKL) sebagai platform melanjutkan

pengajian. Kategori dimensi telah dihadkan kepada empat

kategori dimensi sahaja iaitu akademik, institusi pengajian,

pengaruh orang berkepentingan dan kewangan. Kajian ini

dijalankan dengan menggunakan instrumen borang soal selidik

secara online yang dibangunkan melalui aplikasi perisian Google

Docs. Instrumen borang soal selidik yang mengandungi

2 bahagian iaitu Bahagian A: Maklumat Diri Responden dan

Bahagian B: Empat kategori dimensi (Akademik, Institusi

Pengajian, Pengaruh Orang Berkepentingan, Kewangan)

Responden kajian terdiri daripada 201 pelajar semester satu sesi

Julai 2014 yang terdiri daripada Sijil Kolej Komuniti Berterusan

SKK(T) dan Sijil Kolej Komuniti Bermodular SKK(M) di KKKL.

Data telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages

for Social Sciences (SPSS) bagi mendapatkan dapatan kajian

dalam bentuk min dan frekuensi. Dapatan kajian menunjukkan

dimensi yang sangat mempengaruhi pemilihan KKKL sebagai

platform melanjutkan pengajian ialah responden memilih bidang

pengajian yang memberikan peluang kerjaya. Kajian ini

dilaksanakan dengan tujuan memberi maklumat hasil kajian

kepada Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK), pihak

pengurusan, Unit Hal Ehwal Pelajar dan kakitangan akademik

KKKL.

Kata kunci-dimensi melanjutkan pengajian

I. PENGENALAN

Melalui kronologi perubahan Program Kolej Komuniti, Kolej

Komuniti Kuala Langat (KKKL) turut menawarkan semula

Sijil Kolej Komuniti Berterusan SKK(T) dan Sijil Kolej

Komuniti Bermodular SKK(M) mulai tahun 2013. Program

SKK(T) yang terdapat di KKKL ditawarkan secara sepenuh

masa dan berterusan selama tiga semester di kolej. Bagi

melengkapkan SKK(T) pelajar perlu mengikuti latihan industri

selama 16 minggu. KKKL hanya menawarkan Sijil Akauntansi

(SAK) dan Sijil Pelancongan dan Pengembaraan (SPP) di

bawah kategori program SKK(T).

Manakala, SKK(M) ditawarkan secara sepenuh masa

menggunakan konsep bermodular. Tempoh setiap modul

adalah selama 4 bulan. Pelajar perlu mengambil modul

pembelajaran dalam sesuatu bidang dari kolej yang

menawarkannya. Pelajar dianugerahkan SKK apabila telah

lulus semua modul dalam program berkenaan. Bagi kategori

program SKK(M), KKKL menawarkan Sijil Pemasangan

Elektrik (SPE), Sijil Animasi 2D (SDD), Sijil Aplikasi Perisian

Komputer (SAP) dan Sijil Rekabentuk dan Pembuatan Perabot

(SRP).

Pengambilan pelajar di KKKL bagi program SKK(T) telah

bermula pada Mac 2013 dan dituruti dengan perlaksanaan

program SKK(M) pada Julai 2013. Sehingga September 2014,

Sijil Pelancongan dan Pengembaraan (SPP) telah berjaya

melahirkan graduan seramai 7 pelajar sahaja. Bilangan yang

kecil ini sedikit sebanyak memberi tanggapan bahawa terdapat

beberapa faktor perlu dikaji semula bagi mengenalpasti faktor

pemilihan KKKL pada sudut pandangan pelajar.

Sehubungan itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk

mengenalpasti pemeringkatan dimensi yang mempengaruhi

pemilihan Kolej Komuniti Kuala Langat sebagai platform

melanjutkan pengajian.

Penyataan Masalah

Merujuk kepada Jadual 1, didapati hanya Program Sijil

Pemasangan Elektrik (SPE) dan Sijil Aplikasi Komputer (SAP)

sahaja yang mencapai norma pengambilan pelajar.

Page 2: dimensi_melanjutkan_pengajian

Sebaliknya, program Sijil Akauntansi (SAK), Sijil Pelancongan

dan Pengembaraan (SPP), Sijil Animasi 2D (SDD), dan Sijil

Rekabentuk dan Pembuatan Perabot (SRP) gagal mencapai

norma pengambilan pelajar bagi Sesi Julai 2014.

Sehubungan dengan itu, hal ini membawa kepada kupasan

masalah yang akan dibincangkan dalam kajian ini iaitu

penyelidik berusaha membongkar dimensi-dimensi yang

mempengaruhi pemilihan KKKL sebagai platform untuk

melanjutkan pengajian.

(Sumber: Unit Hal Ehwal Pelajar, KKKL 2014)

Jadual 1: Norma ambilan pelajar bagi sesi Julai 2014 Sijil Kolej Komuniti

Berterusan SKK(T) dan Sijil Kolej Komuniti Bermodular SKK(M)

Unit Hal Ehwal Pelajar dan Unit Komunikasi Korporat KKKL

telah mempergiatkan pelbagai promosi secara dalaman dan

luaran kolej bagi mencapai norma pengambilan pelajar yang

telah ditetapkan oleh pihak JPKK. Promosi yang dijalankan

merangkumi hebahan tawaran memasuki KKKL melalui media

massa, media elektronik dan juga media sosial. Ditambah lagi

dengan penganjuran aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh kolej

dan aktiviti KKKL bersama komuniti setempat seperti kursus

pendek di bawah Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat

(JPSH), Program Keusahawanan, Program Cinta Bertasbih di

Bulan Ramadhan, Hari Terbuka KKKL dan pelbagai lagi.

Segala promosi telah disalurkan kepada usaha untuk mencapai

norma pengambilan pelajar bagi sesi Julai 2014 Sijil Kolej

Komuniti Berterusan SKK(T) dan Sijil Kolej Komuniti

Bermodular SKK(M).

Objektif Kajian

i) Mengenalpasti pemeringkatan dimensi yang

mempengaruhi pemilihan Kolej Komuniti Kuala

Langat sebagai platform melanjutkan pengajian.

ii) Mengenalpasti dimensi yang sangat mempengaruhi

pemilihan Kolej Komuniti Kuala Langat sebagai

platform melanjutkan pengajian.

Persoalan Kajian

Kajian ini akan menjawab persoalan-persoalan berikut:

i) Apakah pemeringkatan dimensi yang mempengaruhi

pemilihan Kolej Komuniti Kuala Langat sebagai

platform melanjutkan pengajian?

ii) Apakah dimensi yang sangat mempengaruhi

pemilihan Kolej Komuniti Kuala Langat sebagai

platform melanjutkan pengajian?

Kepentingan Kajian

i) Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK)

ii) Pihak Pengurusan, KKKL

iii) Unit Hal Ehwal Pelajar, KKKL

iv) Kakitangan Akademik, KKKL

II. SOROTAN KAJIAN

Kerangka Konseptual

Kajian-kajian yang berkaitan

Penyelidik telah menemui kajian-kajian yang telah dijalankan

oleh beberapa penyelidik lain berkaitan tajuk kajian yang

dibangunkan oleh penyelidik sebelum menjalankan kajian ini.

Jadual 2, Jadual 3, Jadual 4, dan Jadual 5 merupakan

perbandingan dengan beberapa kajian lepas yang berlainan

daripada sudut objektif utama, sumber data dan skop kajian

yang telah dijalankan sebagai bahan rujukan.

OBJEKTIF UTAMA

Kajian 1 Menganalisis pengaruh pemilihan jenis institusi

pengajian tinggi di kalangan pelajar IPTA dan IPTS.

Kajian 2 Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi

permohonan responden untuk masuk ke kolej komuniti.

Kajian 3

Mengenalpasti faktor-faktor pendorong untuk

melanjutkan pelajaran peringkat diploma melalui

Kursus Secara Sambilan di Politeknik Kuching

Sarawak.

Kajian 4 Mengenalpasti faktor-faktor pemilihan kolej komuniti

induk wilayah Johor untuk melanjutkan pengajian.

Penyelidik

Mengenalpasti pemeringkatan dimensi yang

mempengaruhi pemilihan Kolej Komuniti Kuala Langat

sebagai platform melanjutkan pengajian.

Jadual 2: Perbandingan Objektif Utama

PROGRAM BIL.

PENSYARAH

NORMA AMBILAN

NORMA PENCAPAIAN

Sijil Akauntansi

10 60 26

Sijil

Pelancongan dan

Pengembaraan

12 60 47

Sijil

Pemasangan Elektrik

21 30 78

Sijil Animasi

2D 9 30 29

Sijil Aplikasi Perisian

Komputer

11 45 58

Sijil Rekabentuk

dan Pembuatan

Perabot

7 60 17

JUMLAH 255

PEMBOLEHUBAH BERSANDAR (DV)

Dimensi Akademik

Dimensi Institusi Pengajian Dimensi Pengaruh Orang Berkepentingan

Dimensi Kewangan

PEMBOLEHUBAH TIDAK BERSANDAR (IV)

Pelajar baru Kemasukan Sesi Julai 2014 Kolej

Komuniti Kuala Langat

OUTPUT

Pemeringkatan dimensi yang mempengaruhi pemilihan Kolej Komuniti Kuala Langat

sebagai platform melanjutkan pengajian.

Dimensi yang sangat mempengaruhi pemilihan

Kolej Komuniti Kuala Langat sebagai platform

melanjutkan pengajian.

Page 3: dimensi_melanjutkan_pengajian

SUMBER DATA

Kajian 1

Pelajar yang mengikuti pengajian Sarjana Muda

di tiga (3) buah IPTA iaitu Universiti Kebangsaan

Malaysia (UKM), Universiti Malaysa (UM), dan

Universiti Putra Malaysia (UPM) serta tiga (3)

buah IPTS iaitu Universiti Tunku Abdul Rahman

(UTAR), Universiti Multimedia (MMU), dan

Kolej Universiti Antarabangsa Sedaya (UCSI).

Kajian 2

Ibu bapa pelajar yang hadir sewaktu Hari

Pendaftaran Pelajar bagi Sesi Mac 2014 Kolej

Komuniti Selayang

Kajian 3

Pelajar Kursus Secara Sambilan Diploma

Kejuruteraan Awam dan Diploma Teknologi

Maklumat (Pengaturcaraan) Politeknik Kuching,

Sarawak

Kajian 4

Pelajar Wilayah Johor yang mengikuti program

Sijil Modular Kebangsaan di Kolej komuniti

Induk Wilayah Johor

Penyelidik

Pelajar semester satu (1) sesi Julai 2014 yang

mengikuti Sijil Kolej Komuniti (SKK) di Kolej

Komuniti Kuala Langat

Jadual 3: Perbandingan Sumber Data

SKOP KAJIAN

Kajian 1 IPTA dan IPTS di Kuala Lumpur dan Selangor

Kajian 2 Kolej Komuniti Selayang, Selangor

Kajian 3 Politeknik Kuching, Sarawak

Kajian 4 Kolej Komuniti Induk Wilayah Johor

Penyelidik Kolej Komuniti Kuala Langat, Selangor

Jadual 4: Perbandingan Skop Kajian

METODOLOGI

KAJIAN

POPULASI

(N)

SAMPEL

Kajian 1 Borang soal selidik

Tidak dinyatakan

222 orang

Kajian 2 Borang soal

selidik

100 orang 76 orang

Kajian 3 Borang soal selidik

49 orang 49 orang

Kajian 4 Borang soal

selidik

Tidak

dinyatakan

140 orang

Penyelidik Borang soal selidik

232 orang 201 orang

Jadual 5: Perbandingan Metodologi Kajian

Kajian daripada Liew Chei Siang & Lam Eileen,(2008)

menunjukkan bahawa faktor-faktor utama yang

mempengaruhi corak pemilihan jenis IPT dikalangan pelajar

memperlihatkan lebih banyak perbezaan daripada persamaan.

Kedua-dua ketegori pelajar mempunyai persepsi bahawa

keupayaan IPT menghasilkan graduan yang berjaya dalam

pelbagai bidang dan pengiktirafan masyarakat terhadap ijazah

yang ditawarkan mempengaruhi keputusan pemilihan IPT

yang belajar sekarang. Tanggapan tentang pengiktirafan

masyarakat terhadap ijazah yang ditawarkan juga berbeza

secara signifikan antara kedua-dua kategori pelajar. Pelajar

IPTS turut memberi pertimbangan yang lebih besar terhadap

yuran pengajian, kemudahan mendapat bantuan kewangan dan

reputasi fakulti semasa membuat keputusan pemilihan jenis

IPT. Pelajar IPTA lebih menitikberatkan faktor dalam dimensi

akademik semasa memilih IPT. Ia merangkumi kualiti tenaga

pengajar, struktur program pengajian, syarat kemasukan dan

proses permohonan. Selain faktor kualiti tenaga pengajar,

tanggapan terhadap pengaruh tiga faktor yang lain didapati

berbeza secara signifikan antara pelajar IPTA dan IPTS.

Pelajar IPTS lebih mengutamakan faktor-faktor yang

berkaitan dengan dimensi kewangan dan dimensi institusi

semasa memilih institusi pengajian berbanding dengan pelajar

IPTA yang lebih mementingkan faktor-faktor yang berhubung

dengan dimensi institusi dan akademik.

Norhayati & Intan Junizah, (2014) menjadikan Model

Chapman sebagai panduan kajian mereka. Mereka

menyatakan dalam memilih sesuatu produk pengajian iaitu

destinasi seseorang pelajar ke instituisi pengajian tinggi

merujuk Model Chapmen (1981) iaitu berpendapat pemilihan

institusi dipengaruhi oleh satu set perwatakan pelajar serta

kombinasi satu siri pengaruh luaran iaitu: pengaruh orang

yang berkepentingan, ciri-ciri tetap institusi dan inisiatif

institusi tersebut berkomunikasi dengan bakal pelajar.

Di dalam satu kajian oleh Joseph and Joseph (1998,2000) juga

membincangkan faktor-faktor yang hampir sama dengan

Chapman mengenai pengaruh luaran yang mendorong pelajar

untuk memilih sesuatu institusi pengajian tinggi sebagai

destinasi pengajian tinggi di mana maklumat tentang instituisi

serta pengaruh dan saranan ahli keluaraga dan rakan sebaya

memainkan peranan di dalam pemilihan pelajar tersebut

terutama di kalangan pelajar berketurunan Asia.

Dari kajian yang dilaksanakan oleh Wagner-Fard pula bertajuk

“Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan pelajar

Malaysia untuk melanjutkan pengajian di instituisi pengajian

tinggi (2009) merumuskan bahawasanya di antaranya

kandungan pengajian di sesuatu insitituisi pengajian tinggi

,kepelbagaian kursus yang ditawarkan serta syarat kemasukan

mempunyai signifikansi paling tinggi kepada pelajar Malaysia

untuk membuat keputusan di instituisi manakah mereka akan

meneruskan pengajian. Penggunaan media massa sebagai

medium untuk mengiklankan produk komersil sememangnya

telah banyak dikaji Maggie et al. 2010; kerana jangkauan

akses kepada media massa adalah meluas untuk sampai

kepada sasaran yang heterogenous.

Dapatan kajian Khalid Husseine & Mahathir, (2010)

menyenaraikan faktor utama yang menjadi pendorong untuk

Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) di Politeknik Kuching

Sarawak ialah responden ingin mengikuti PSH bagi program

pengajian Diploma Kursus Secara Sambilan (KSS) adalah

disebabkan atas insiatif diri sendiri. Perkara ini menunjukkan

bahawa motivasi responden sangat tinggi untuk melanjutkan

pelajaran tanpa paksaan dan mengikut kerelaan hati.

Responden sanggup mengikuti aktiviti PSH atas inisiatif diri

sendiri dan tetap menyahut cabaran yang mendatang. Merujuk

kepada kadar pemeringkatan yang dibuat, faktor pendorong

kedua yang tertinggi ialah meningkatkan taraf profesion.

Sebanyak 96% responden bersetuju bahawa dengan

melanjutkan pelajaran, taraf profesion akan dapat

dipertingkatkan. Lagipun, responden yang dikaji majoritinya

merupakan pelajar lepasan SPM (6%), Sijil Kolej Komuniti

(4%) dan Sijil Politeknik (86%). Ditambah lagi, 88% daripada

responden bekerja sebagai juruteknik (juruteknik awam dan

juruteknik komputer). Oleh hal yang demikian, dengan

melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma, sekurang-

kurangnya responden berpendapat bahawa gred dalam

perjawatan turut berubah dan kenaikan gaji juga akan

diprolehi.

Ini berkait rapat dengan motivasi ekstrinsik yang

mempengaruhi individu untuk berusaha bagi mendapatkan

status sosial untuk taraf kehidupan yang lebih baik menurut

Page 4: dimensi_melanjutkan_pengajian

Ramlah dan Mahani, (2002). Faktor pendorong yang ketiga

pula dengan nilai min 4.67 ialah responden ingin melanjutkan

pelajaran kerana ingin menambah ilmu pengetahuan dalam

diri masing-masing. Data juga menunjukkan 98% responden

bersetuju akan hal ini. Maknanya, aspek ilmu turut menjadi

perkara pokok terhadap responden semasa membuat

keputusan untuk melanjutkan pelajaran demi meningkatkan

kemahiran dan penguasaan kurikulum semasa.

Dapatan kajian Farah Zunurain & Salina (2010), menjawab

kepada empat (4) objektif kajian yang disenaraikan mereka.

Dapatan kajian beliau menyatakan faktor utama responden

memilih Kolej Komuniti Induk Wilayah Johor untuk

melanjutkan pelajaran bagi mendapatkan kemahiran demi

masa depan. Manakala, dapatan kajian kedua terbukti bahawa

min tertinggi menyatakan responden memilih kolej komuniti

berdasarkan minat pada bidang yang ditawarkan. Dapatan

seterusnya mengupas tentang kemudahan atau infrastruktur

bangunan yang disediakan merangkumi asrama,

pengangkutan, bilik darjah, makmal, peralatan untuk P&P

berjalan dengan lancar. Peralatan dan alat bantu mengajar

disediakan secukupnya. Hasil objektif kajian keempat beliau

merumuskan, sumber maklumat mengenai Kolej Komuniti

Induk Wilayah Johor yang diperolehi seperti rakan, media

cetak, media eleketronik, komuniti setempat dan promosi amat

berkesan dan responden akan mengesyorkan kolej tersebut

kepada sesiapa yang bertanya.

III. METODOLOGI KAJIAN

Rekabentuk Kajian

Kaedah kajian yang digunakan adalah dengan menggunakan

kaedah kuantitatif iaitu penggunaan satu set borang soal

selidik. Menurut Mohd Majid Konting (2000), instrumen

borang soal selidik adalah kaedah paling mudah dan cepat

untuk memperoleh maklumat kajian.

Penyelidik telah membangunkan borang soal selidik secara

online. Kaedah online ini telah dibangunkan melalui aplikasi

perisian Google Docs yang membantu proses mendapatkan

data daripada responden berjalan lebih cepat, lancar, dan

menjimatkan masa. Selain itu, dengan menggunakan kajian

secara online, penyelidik dapat mengelakkan penggunaan

kertas untuk diedarkan secara hard copy kepada semua

responden. Lampiran 2, Lampiran 3, Lampiran 4, Lampiran 5

dan Lampiran 6 merupakan print screen borang soal selidik

secara online. Borang tersebut boleh di capai melalui alamat

URL berikut:

https://docs.google.com/forms/d/1IHdKU5oMNxkpNXDWdgc

oap9pRi7J4DlU66dnHWkkJO8/viewform?c=0&w=1&usp=m

ail_form_link

Populasi dan persampelan

Populasi kajian terdiri daripada semua pelajar semester satu

bagi sesi Julai 2014 yang terdiri daripada Sijil Kolej Komuniti

Berterusan SKK(T) dan Sijil Kolej Komuniti Bermodular

SKK(M) di Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL) pada

2 Julai 2014. Berdasarkan Jadual 1, jumlah populasi pelajar

semester satu sesi Julai 2014 adalah seramai 255 pelajar.

Walau bagaimanapun, jumlah populasi (N) sehingga 4

September 2014 adalah seramai 231 pelajar sahaja. Jumlah

populasi yang semakin berkurang ini adalah kerana terdapat

pelajar yang berhenti dan menangguh pengajian atas pelbagai

sebab.

Mengikut perancangan asal, penyelidik bercadang untuk

menjadikan semua bilangan populasi (N) sebagai sampel (s)

kajian. Namun, semasa online survey yang dijalankan

berdasarkan Jadual 6, didapati seramai 31 responden tidak

hadir menjadikan sampel kajian ini hanya menggunakan

seramai 201 responden. Penyelidik membuat pemilihan

sampel untuk dijadikan responden kajian ini berdasarkan

penentuan Jadual Krejcie & Morgan (1970).

Krejcie & Morgan (1970) telah menyatakan dalam satu jadual

yang bertajuk “Determining Sample Size For Research

Educational and Psychological Measurement”, bahawa jika

populasi 230 seramai orang, pemilihan sampel perlu

sebanyak 140 orang, manakala jika populasi sebanyak 240

orang, pemilihan sampel perlu sebanyak 144 orang. Justeru,

penyelidik mengambil jumlah sampel (s) yang melebihi

daripada yang ditetapkan iaitu sebanyak 201 pelajar di mana

jumlah populasi (N) sebanyak 231 pelajar.

Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah

borang soal selidik yang diadaptasi daripada empat (4)

penyelidikan iaitu:

1) Kajian yang telah dibangunkan oleh Liew Chei

Siang, Lam Eileen (2008) yang bertajuk “Analisis

Pengaruh Pemilihan Jenis Institusi Pengajian Tinggi

di Kalangan Pelajar IPTA dan IPTS”.

2) Kajian yang dibangunkan oleh Norhayati Othman,

Intan Junizah (2014), yang bertajuk “Pengaruh

Pemilihan Pengajian Ke Kolej Komuniti dan

Cadangan Promosi”.

3) Kajian yang dibangunkan oleh Khalid Husseine

Tuah, Mahathir Mohamad Kamin (2010), yang

bertajuk “Faktor-faktor Pendorong Pembelajaran

Sepanjang Hayat Untuk Kursus Secara Sambilan di

Politeknik Kuching Sarawak”.

4) Kajian yang dibangunkan oleh Farah Zunurain,

Salina Idrus (2010), yang bertajuk “Pemilihan Kolej

Komuniti di Kalangan Pelajar Wilayah Johor Untuk

Melanjutkan Pelajaran di Kolej Komuniti Induk

Wilayah Johor”.

Daripada empat (4) borang soal selidik dalam kajian yang

dinyatakan, penyelidik telah membuat penambahbaikan dan

menyesuaikannya berdasarkan tajuk kajian. Hal ini bertujuan

untuk mencapai objektif kajian yang dijalankan oleh

penyelidik.

Kajian Rintis

Sebanyak dua (2) orang pensyarah yang berpengalaman

membuat kajian dan penyelidikan telah dirujuk sebagai ahli

panel ujian kesahan. Ujian kesahan ini dilakukan bagi

memastikan soalan-soalan dalam borang soal selidik dapat

menjawab semua persoalan kajian yang telah disenaraikan

oleh penyelidik. Hasilnya, kesemua panel yang dirujuk telah

mengesahkan kesahan soalan-soalan dalam instrumen kajian.

Kedua-dua panel telah mengutarakan beberapa cadangan

pengubahsuaian dalam soal selidik yang sedia ada. Tiga puluh

lima (35) pelajar telah dipilih secara rawak daripada kalangan

responden daripada pelbagai bangsa untuk menguji

Page 5: dimensi_melanjutkan_pengajian

kebolehpercayaan soalan- soalan dalam borang soal selidik.

Ujian kebolehpercayaan telah dilakukan oleh penyelidik bagi

memastikan responden kajian ini akan memahami sepenuhnya

kehendak setiap soalan. Selain itu, ujian ini membuktikan

pemahaman bagi setiap ayat yang dijelaskan. Nilai alpha yang

kurang daripada 0.6 dianggap lemah, 0.60 hingga 0.79 boleh

diterima manakala 0.80 ke atas dianggap sebagai baik.

Dapatan nilai alpha cronbach yang diperolehi ialah 0.837. Ini

menunjukkan instrumen kajian ini mempunyai nilai

kebolehpercayaan yang tinggi.

Kaedah Analisis Data

Data yang telah diperolehi daripada responden dalam perisian

aplikasi Google Docs secara automatik akan dihasilkan

dalam aplikasi Hamparan Elektronik (Microsoft Excell). Bagi

memudahkan analisis kajian diperolehi, penyelidik bersetuju

untuk mengimport data daripada Microsoft Excell ke dalam

perisian IBM Statistical Package for Social Science (SPSS)

Statistics versi 19.0 bagi mendapatkan dapatan kajian dalam

bentuk min dan frekuensi (peratus).

Tafsiran skor min dapatan kajian bagi mengukur dimensi yang

mempengaruhi KKKL sebagai platform untuk melanjutkan

pengajian adalah seperti Jadual 9. Skor min yang paling tinggi

menunjukkan dimensi yang paling mempengaruhi pemilihan

KKKL sebagai platform melanjutkan pengajian. Sebaliknya

skor min yang paling rendah memaparkan dimensi yang

kurang mempengaruhi pemilihan KKKL sebagai platform

melanjutkan pengajian.

Jadual 9: Jadual Tafsiran Skor Min

Analisis min bagi setiap dimensi yang mempengaruhi

pemilihan KKKL sebagai platform untuk melanjutkan

pengajian akan disenaraikan mengikut min yang paling tinggi

hingga paling rendah untuk mencapai objektif kajian yang

pertama iaitu mengenalpasti pemeringkatan dimensi dan

objektif kajian kedua untuk mengenalpasti dimensi yang

sangat mempengaruhi pemilihan KKKL sebagai platform

melanjutkan pengajian.

IV. DAPATAN KAJIAN

Menerusi kajian yang telah dijalankan secara online, sebanyak

201 responden telah berjaya menjawab soal selidik kajian ini.

Jadual 15 merupakan pemeringkatan dimensi mengikut data

skor min yang diperolehi berdasarkan kajian yang telah dibuat.

Kategori

Dimensi Dimensi Min Pemeringkatan

Akademik

Saya memilih bidang ini

kerana memberi peluang

kerjaya.

3.35 1

Akademik

Saya memilih bidang ini

kerana boleh menjamin

masa depan.

3.35 2

Akademik

Saya dapat melanjutkan

pengajian dengan sijil

kolej komuniti.

3.32 3

Kewangan Saya memilih KKKL kerana yuran pengajian

yang rendah.

3.29 4

Akademik

Saya memilih KKKL

berdasarkan minat pada bidang yang ditawarkan.

3.25 5

Pengaruh Orang Berkepentingan

Saya didorong oleh keluarga untuk

melanjutkan pelajaran di KKKL.

3.17 6

Akademik

Saya memilih KKKL

kerana syarat kemasukan

yang minimum.

3.09 7

Institusi

Pengajian Saya mengetahui KKKL

melalui laman web 3.05 8

Kewangan Saya memilih KKKL kerana menawarkan

biasiswa.

2.99 9

Kewangan Saya memilih KKKL kerana menawarkan

pinjaman

2.64 10

Pengaruh Orang

Berkepentingan

Saya dipengaruhi oleh

rakan-rakan untuk melanjutkan pelajaran di

KKKL.

2.51 11

Institusi

Pengajian Saya memilih KKKL kerana ianya terkenal.

2.49 12

Institusi

Pengajian Saya mengetahui KKKL

melalui Facebook 2.48 13

Institusi Pengajian

Saya memilih KKKL

kerana berdekatan dengan

rumah saya.

2.48 14

Institusi Pengajian

Saya memilih KKKL

kerana berdekatan dengan

kemudahan rekreasi

2.47 15

Institusi

Pengajian

Saya memilih KKKL kerana pernah terlibat

dalam aktiviti yang

dianjurkan oleh kolej.

2.45 16

Pengaruh Orang

Berkepentingan

Saya mendapat galakan

daripada guru sekolah

untuk melanjutkan pelajaran di KKKL.

2.44 17

Institusi

Pengajian

Saya mengetahui KKKL

daripada aktiviti KKKL

bersama komuniti setempat.

2.37 18

Institusi

Pengajian Saya mengetahui KKKL melalui surat khabar

2.31 19

Institusi Pengajian

Saya mengetahui KKKL

daripada guru-guru saya di

sekolah.

2.29 20

Institusi Pengajian

Saya memilih KKKL

kerana berdekatan dengan

kemudahan pasaraya

2.27 21

Pengaruh Orang

Berkepentingan

Saya melanjutkan

pelajaran di KKKL kerana

dipengaruhi oleh Jiran

2.26 22

Pengaruh Orang

Berkepentingan

Saya melanjutkan pelajaran di KKKL kerana

dipengaruhi oleh Pegawai

Daerah

2.13 23

Institusi

Pengajian

Saya memilih KKKL kerana berdekatan dengan

kemudahan hiburan

2.12 24

Institusi

Pengajian Saya mengetahui KKKL

melalui televisyen 2.11 25

Institusi

Pengajian Saya mengetahui KKKL melalui majalah

2.10 26

Institusi Pengajian

Saya mengetahui KKKL

melalui Youtube 2.07 27

Pengaruh Orang

Berkepentingan

Saya melanjutkan

pelajaran di KKKL kerana

dipengaruhi oleh Ketua Kampung

2.03 28

SKOR MIN TAFSIRAN

1.00 - 1.33 Rendah

1.34 - 2.67 Sederhana

2.68 - 4.00 Tinggi

Page 6: dimensi_melanjutkan_pengajian

Pengaruh Orang

Berkepentingan

Saya melanjutkan

pelajaran di KKKL kerana dipengaruhi oleh Penghulu

2.02 29

Institusi Pengajian

Saya mengetahui KKKL

melalui Twitter 2.01 30

Institusi

Pengajian Saya mengetahui KKKL

melalui radio 1.97 31

Jadual 15: Pemeringkatan dimensi mengikut Data Skor Min

Tafsiran skor min: 1.00 – 1.33 = Rendah; 1.34 – 2.67 = Sederhana;

2.68 – 4.00 = Tinggi

(Skala diadaptasi daripada Isrulhasrita & Nurul Hayati, 2011)

Berdasarkan kepada Jadual 15, dimensi utama yang

mempengaruhi pemilihan Kolej Komuniti Kuala Langat

(KKKL) sebagai platform melanjutkan pengajian adalah

responden memilih bidang yang memberi peluang kerjaya.

Sebanyak 39.3% responden sangat setuju dan 57.2%

responden setuju dengan dimensi ini. Seterusnya, dimensi

kedua yang tertinggi ialah responden memillih bidang ini

kerana menjamin masa depan (39.3% sangat setuju dan 56.7%

setuju). Kedua-dua dimensi ini mempunyai min yang sama

iaitu 3.35 yang memberikan tafsiran skor min yang tinggi. Era

pemodenan yang seiring dengan kehendak pasaran kerja

menuntut responden memilih bidang yang menawarkan

pilihan kerjaya yang stabil dan menjamin masa depan yang

cerah. Panduan Pelaksanaan Program Pengajian Kolej

Komuniti, (2013) menyatakan Kolej Komuniti juga

memainkan peranan penting dalam memenuhi kehendak sosial

dan keperluan tenaga manusia selaras dengan dasar kerajaan

untuk melahirkan lebih ramai golongan pekerja mahir demi

merealisasikan matlamat wawasan 2020.

Dimensi pemilihan ketiga adalah responden dapat melanjutkan

pengajian dengan sijil kolej komuniti yang diperolehi. 36.3%

responden sangat setuju manakala 59.7% responden setuju

akan hal ini. Kerjaya yang menawarkan jawatan dan gaji yang

lumayan menyebabkan responden tertarik untuk melanjutkan

pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Pada masa yang

sama, responden memilih KKKL sebagai batu loncatan untuk

memenuhi kelayakan yang ditetapkan oleh institusi pengajian

awam atau swasta ke peringkat diploma. Dipetik daripada

laman web rasmi Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin,

(2014), soalan yang sering ditanya adalah “Saya Lulusan Sijil

Kolej Komuniti, Apakah Syarat Yang Membolehkan Saya

Melanjutkan Pengajian Ke Peringkat Diploma Di Politeknik?

Jawapan yang diberikan oleh Politeknik adalah Pemohon

mesti tamat pengajian di peringkat sijil kolej komuniti.

Memiliki HPNM sekurang-kurangnya 2.90 dan 1 tahun

pengalaman selepas tamat pengajian di peringkat sijil kolej

komuniti. Jika HPNM kurang daripada 2.90, pemohon

mestilah mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 2

tahun’’. Ini menunjukkan sijil kolej komuniti diperlukan

sebagai syarat kemasukan ke peringkat diploma dan ini

membuatkan responden memilih kolej komuniti. Kategori

akademik mendominasi carta tiga tertinggi dimensi yang

mempengaruhi pemilihan KKKL sebagai platform

melanjutkan pengajian.

V. KESIMPULAN & CADANGAN

Kesimpulan Kajian

Kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik dapat

dirumuskan berdasarkan dimensi yang disenaraikan. Objektif

pertama yang dinyatakan telah tercapai iaitu mengenalpasti

pemeringkatan yang mempengaruhi pemilihan KKKL telah

disusun mengikut min yang tertinggi dan terendah yang

meliputi empat (4) kategori dimensi iaitu kategori akademik,

kategori institusi pengajian, kategori pengaruh orang

berkepentingan dan kategori kewangan. Data menunjukkan

min tertinggi iaitu 3.35 adalah menyatakan bidang yang

ditawarkan di KKKL memberi peluang kerjaya dan menjamin

masa depan. Manakala min terendah adalah 1.97 di mana

responden merasakan hebahan promosi berkaitan KKKL

melalui radio kurang berkesan. Data ini merumuskan

pemeringkatan pertama hingga ke sembilan yang berada di

tafsiran skor min yang tinggi perlu diberi keutamaan dalam

merancang aktiviti promosi dan menarik perhatian bakal-bakal

pelajar agar memilih KKKL untuk melanjutkan pengajian.

Dapat dijelaskan lagi, pelajar masa kini memandang kerjaya

dan masa depan adalah amat mustahak bagi memastikan

kehidupan mereka terjamin pada masa hadapan.

Cadangan Kajian

Menerusi kajian ini bagi menggalakkan lagi individu lepasan

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memilih KKKL sebagai

platform untuk melanjutkan pengajian, penyelidik

mengusulkan beberapa cadangan yang telah dikenalpasti.

Cadangan pertama, pihak pengurusan dengan kerjasama Unit

Hal Ehwal Pelajar (HEP) KKKL mempergiatkan lagi promosi

dengan memfokuskan peluang-peluang kerjaya yang boleh

diceburi oleh pelajar setelah tamat pengajian. Promosi ini dapat

dijalankan melalui pelbagai medium seperti facebook yang

menjadi ikutan dan pilihan ramai.

Di samping itu, pihak pengurusan KKKL perlu mengadakan

perkongsian pengalaman bersama graduan yang telah berjaya

menyandang jawatan yang besar atau menjadi usahawan

berjaya. Ini akan memberi impak dan galakan kepada semua

golangan sasaran untuk melanjutkan pengajian di KKKL.

Cadangan seterusnya, bagi mendekatkan KKKL dengan

individu atau komuniti setempat bagi menjadikan KKKL

pilihan pertama dalam melanjutkan pengajian, pihak akademik

perlu menjalankan kolaborasi bersama syarikat-syarikat yang

bereputasi baik dan terkenal. Ini membuka minda individu

kerana berpeluang untuk memenuhi jawatan di syarikat yang

kukuh dan gah.

Tidak dilupakan kepada kategori dimensi pengaruh orang

berkepentingan yang menyumbang kepada pemeringkatan ke-

6 iaitu pengaruh keluarga. Aktiviti promosi perlu dipergiatkan

dengan mensasarkan golongan ibu bapa agar pendekatan hati

ke hati terhadap anak mereka dapat diberi sekaligus

menambah bilangan pelajar yang memilih KKKL.

Page 7: dimensi_melanjutkan_pengajian

Cadangan Kajian Lanjutan

Kajian ini telah dijalankan terhad ke atas 201 pelajar semester

1 sesi Julai 2014, dan ianya tidak boleh menjadi kayu ukur

mandatori terhadap pemeringkatan dimensi secara

keseluruhannya. Justeru, adalah diharapkan kajian ini dapat

menjadi panduan dan rujukan awal kepada penyelidik lain

yang berminat untuk mengetahui pemeringkatan dimensi yang

mempengaruhi pemilihan institusi pengajian masing-masing

sebagai platform melanjutkan pengajian.

RUJUKAN

[1] Chapman. D.W. (1981). A model of student college choice. Journal of

higher Education 52: 490-505

[2] Dr. Sajap Maswan. Kelebihan Penggunaan Internet dan Laman Web dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Institut Penguruan Tuanku Bainun Pulau Pinang. Petikan artikel pada 10 September 2014 secara online di http://ipgktb.edu.my/umm/artikal/kelb_pemb_mel_internt.pdf

[3] Farah Zunurain, Salina Idrus (2010). Pemilihan Kolej Komuniti di Kalangan Pelajar Wilayah Johor Untuk Melanjutkan Pelajaran di Kolej Komuniti Induk Wilayah Johor. Prosiding Seminar Pengajian Kolej Komuniti Peringkat Kebangsaan 2011

[4] Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (2013). Panduan Pelaksanaan Program Pengajian Kolej Komuniti.

[5] Kamus Dewan. (2010). Dewan Bahasa dan Pustaka.

[6] Khalid Husseine Tuah, Mahathir Mohamad Kamin (2010). Faktor-faktor Pendorong Pembelajaran Sepanjang Hayat Untuk Kursus Secara Sambilan di Politeknik Kuching Sarawak.

[7] Krejcie, R.V. dan Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607-610

[8] Laman Web JPKK secara online www.jpkk.edu.my

[9] Liew Chei Siang & Lam Eileen (2008). Analisis Pengaruh Pemilihan Jenis Institusi Pengajian Tinggi di Kalangan Pelajar IPTA dan IPTS. Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke III 2008.

[10] Mohamad Najib Abdul Ghafar. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.

[11] Mohd Majid Konting (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka, Siri Pendidikan

[12] Mohd Rizal Mohd Said dan Salwa Munira Abdul Rahni. (2007). Persepsi Guru Terhadap Kualiti Perkhidmatan Makanan di Kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai Bharu. Universiti Teknologi Malaysia.

[13] Norhayati Othman, Intan Junizah (2014). Pengaruh Pemilihan Pengajian Ke Kolej Komuniti dan Cadangan Promosi. Selangor.

[14] Peranan Ibu Bapa membantu anak-anak mencapai kajayaan yang cemerlang dalam pelajaran’, 31 Julai 2013 secara online di http://bmutkspm.blogspot.com/2013/07/peranan-ibu-bapa-membantu-anak-anak.html

[15] Petikan soalan lazim pada 10 September 2014 secara online di http://www.psmza.edu.my/ms/soalan-lazim/387-saya-lulusan-sijil-kolej-komuniti-apakah-syarat-yang-membolehkan-saya-melanjutkan-pengajian-ke-peringkat-diploma-di-politeknik

[16] Profesor Dr Karl Wagner, Pooyan Yousefi Fard. (2010) Factors Influencing Malaysian Student’s Intention to Study at a Higher Educational Institution. E-Leader Kuala Lumpur.