dicetak oleh pemangku pencetak kerajaan ...menurutnya, anak muda muslimin telah diasuh dengan cara...

16

Upload: others

Post on 22-Oct-2020

5 views

Category:

Documents

0 download

TRANSCRIPT

  • DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN,ROLAND FRED PHAN, A.S.D.K., A.D.K., B.S.K., JABATAN CETAK KERAJAAN,

    SABAH, MALAYSIA.2020.

  • Pertemuan pegawai-pegawai kanan MUIS dan JHEAINS bersama YB. Menteri Tugas-Tugas Khas membawa satu misi untuk memartabatkan masyarakat dengan bidang ilmu Islami. Perkara ini bukanlah suatu yang mudah untuk dicapai tetapi tidak mustahil untuk dijadikan kenyataan. Ilmu adalah segalanya. Ilmu adalah kuasa hebat di muka bumi ini. Tanpa ilmu manusia tidak akan menjadi siapa-siapa.

    D a l a m p e r t e m u a n i t u , p e n e k a n a n ke p a d a memperhebatkan pengembangan kepada i lmu Al-Quran diminta dititikberatkan oleh agensi-agensi agama berkaitan. Penubuhan Mahad Tahfiz yang kini dikenali sebagai Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sabah adalah sebagai wadah perjuangan ilmu Al-Quran di negeri ini. Pewujudannya bagi melahirkan huffaz Qurra’ dan Du’at berwibawa ke arah generasi al-Quran yang cemerlang di negeri ini.

    Al-Quran adalah merupakan sumber rujuk ilmu utama. Al-Quran mengisahkan perjalanan peradaban umat manusia bermula daripada Nabi Adam AS hingga zaman Nabi Muhammad SAW. Al-Quran adalah kalamullah iaitu kata-kata Allah SWT yang mengandungi semua ilmu di atas muka bumi ini. Al-Quran adalah khazanah yang tidak ternilai kerana ia mengandungi prinsip, hukum-hakam, sejarah, ilmu politik, ekonomi, sosial dan ketamadunan yang sangat berguna kepada manusia. Bukan itu saja, penyelidikan mendalam terhadap al-Quran turut menjadikan tamadun Islam cukup gemilang dalam bidang sains, politik dan ekonomi.

    Justeru itu, meninggalkan al-Quran seolah meninggalkan sumber ilmu Islam. Tradisi masyarakat kini, hanya membaca al-Quran untuk tujuan ibadah perlu dikembangkan menjadi budaya ilmu yang mengkaji dan memahami ilmu-ilmu yang tersirat di dalam al-Quran. Buku-buku tentang kajian al-Quran ini memang sudah banyak ditulis oleh ulama dan ilmuan terdahulu dan kini. Cuma mungkin penulisannya dalam bahasa Arab dan Inggeris atau bahasa-bahasa lain tidak dapat difahami oleh kita. Keperluan kepada penterjemahan ilmu-ilmu Islam ini dalam bahasa Malaysia perlu dibuat. Cadangan YB Menteri Tugas-Tugas khas untuk mewujudkan Perpustakaan Islam Sabah diharap akan menyenaraikan pendekatan pengembangan ilmu ini melalui terjemahan kitab-kitab atau buku-buku ilmuan muktabar. Moga cita-cita untuk melahirkan generasi Islam Sabah yang berjiwa al-Quran akan dicapai. Insya-Allah.

    “Keep safe! Kita jaga kita”

    MOHAMAD SIDIK BIN AWANG ADI

    SIDANG REDAKSIPENAUNG

    Yang Berbahagia Datuk Seri PanglimaDr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha

    Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)

    PENASIHATYBhg. Datuk Ustaz Haji Saifulzaman bin Sangul

    PengarahJabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

    KETUA EDITORUstaz Mohamad Sidik Haji Awang Adi

    Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam), JHEAINS

    TIMBALAN KETUA EDITORUstaz Haji Baharudin Haji Alwi

    EDITOR/KETUA PENYELARASCik Nur Faezah binti Jaafar

    ([email protected])

    SIDANG PENGARANGAdi Pitang

    ([email protected])Ustaz Asmuni Ali

    ([email protected])Ustaz Abd. Rahman Tajudin (Emang)

    ([email protected])Ustaz Abdillah Haji Nanun

    ([email protected])Puan Siti Imrah bte Lenas([email protected])Ustaz Awang Juri Ag. Tahir([email protected])

    Encik Abdu Khalil bin HassanUstaz Mohd Azlan bin Haji Bakri

    Encik Mohd Azrul Nizam bin JunaidiEncik Mohd Alwie Noorbaki

    Encik Mohd Fauzee bin HarithCik Anna Amelia binti Daen Mokhtar

    PENGURUSANCik Nur Idilah binti Jamirin

    GRAFIKEncik Azmi bin Awang Hashim

    JURUTAIPBahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS

    JURUFOTOEncik Jamiun Osman

    Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahTingkat 3, 4, 9 & 10, Blok A, Wisma MUIS,

    Beg Berkunci 103, 88737 KOTA KINABALU, SABAHTel.: 088-222435

    Faks: 088-257358

    Simposium Kecemerlangan Kurikulum Bersepadu Dini & Kurikulum Bersepadu TahfizZon Sabah Sarawak Tahun 2020 Anjuran Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia Dan

    Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Pada 19 September 2020Di Sabah International Convention Centre SICC Kota Kinabalu

    Dari Meja Editor

    SHOUTUL ISLAM BIL. 26 - 28 Safar 1442H/16 Oktober 2020M2 SHOUTUL ISLAM BIL. 26 - 28 Safar 1442H/16 Oktober 2020M 15

    Peristiwa

  • Alija Izetbegovic rahimahullah (w2003M)merupakan seorang pemimpin dan pemikir Islam yang berjiwa Islam, presiden pertama kerajaanIslam Bosnia & Herzegovina.Zaman pemerintahan beliau dipenuhi peritgetir ujian. Keganasan puak kristian-serbia yangtelah membunuh ribuan nyawa Muslimin padaawal 90an kurun lalu takkan luput daripadaingatan umat Islam. Demikian tidak sekalipunmelunturkan jiwa keislaman pada diri beliau.Justeru, pemikiran dan khazanah intelek beliau yang mencerminkan jiwa keislaman ini wajarlah dikaji.Terdapat sebuah karyanya yang telah saya terjemahkan ke dalam bahasa melayu sebagai "Adakah kitasedang mendidik Muslim menjadi Pengecut?” yang pada asalnya merupakan sebuah karya yangdisiarkannya pada Oktober 1971 dalam akhbar Preporod di dalam bahasa Bosnia (disiarkan onlinedi FB ABIM Press).Beliau dengan kejernihan pemikirannya dan ketajaman mata penanya, telah menukilkan krisis ataumalaise sebenar yang menimpa belia Muslimin.Menurutnya, anak muda Muslimin telah diasuh dengan cara yang salah, menjadi pak turut, yangmenjadikan mereka diam ketika bersemuka dengan ketidakadilan dan taat tanpa mempersoalkankezaliman. Sedangkan seorang muslim sejati ialah muslim yang pemberani, yang lantang dan berjihadmelawan kezaliman.Demikian merugikan umat Islam, dan apabila Islam memerlukan pembelaan yang sewajarnya, ia tak mendapati seseorangpun, melainkan yang lemah, penakut, dan tidak berani mempertahankan agama dan hak mereka.Beliau di akhir karya tersebut menukilkan sebuah pesan yang saya kira penting untuk dikongsikan, dandirenungkan bersama, demi membina generasi Islam yang terbilang nan bermaruah.Kata beliau,"Yang terutamanya, kita boleh beritahu kepada mereka (ibubapa dan guru agama/ustaz), untuk tidakmembunuh tenaga (dan semangat) yang ada pada anak muda. Yang lebih baik, ialah benarkan merekamemberikan tunjuk ajar dan membentuk anak-anak muda kita. Para sida yang mereka telah ciptamelalui pendidikan mereka itu bukanlah Muslim, dan tidak adalah caranya pula untuk memimpin orangmati kepada Islam.Untuk mendidik muslim, biarkan mereka mendidik manusia, secara sepenuhnya dan secarakomprehensifnya. Benarkan para guru untuk berbicara kepada belia tentang kebanggaan diri (keyakinandiri) berbanding ketundukan jiwa, tentang keberanian berbanding ketaatan, tentang keadilan berbanding kasih-sayang."Semoga Allah SWT merahmati Alija Izetbegovic; pemimpin murobbi bervisi Islami.

    ALIJA IZETBEGOVIC: PEMIMPIN MUROBBIBERVISI ISLAMI

    Oleh:Mohammad Syafi q Ismail

    Exco Dakwah dan Tarbiah ABIM Sabah

    Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Keindahan Taman Perkuburan (Ar Raudhah) sempena Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Negeri 1442H/2020M. Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh

    Tuan Ramlan Ag. Ali, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Setiausaha Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) yang mewakili Yang Dipertua MUIS Pada 22 September 2020 Di Pacifi c Sutera Kota Kinabalu

    SHOUTUL ISLAM BIL. 26 - 28 Safar 1442H/16 Oktober 2020M14 SHOUTUL ISLAM BIL. 26 - 28 Safar 1442H/16 Oktober 2020M 3

    Peristiwa Tinta Ilmiah

  • BERJAYA DENGAN SOLAT(BAHAGIAN 2)

    Oleh:Anakmalayindo

    Merujuk pada tulisan minggu lalu, rangkaian ayat tersebut menggambarkan bagaimanakah sifat ataukarakter orang-orang yang beruntung. Mereka yang mengumpulkan dua hal sekaligus:

    Pertama, benarnya aqidah. Orang-orang mufl ihiin memiliki aqidah yang lurus, selamat dari berbagaiaqidah yang menyimpang atau bahkan aqidah kekufuran. Mereka adalah "yang beriman kepadayang ghaib". Yaitu, hal-hal ghaib yang dikhabarkan oleh Allah Ta’ala dan Rasul-Nya Shallallahu ‘AlaihiWasallam. Mereka adalah orang-orang yang memiliki keimanan terhadap pokok-pokok iman (ushuulimaan), iaitu iman kepada Allah, malaikat, para rasul, kitab-kitab, dan Hari Akhir.

    Kedua, istiqamah dalam amal ibadah. "Yang mendirikan sholat, dan menafkahkan sebahagianrezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka." Dan amal ibadah mereka yang paling agung untukmendekatkan diri kepada Allah Ta’ala adalah mendirikan sholat wajib lima waktu. Allah Ta’alamengatakan,

    "Sesungguhnya sholat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yangberiman." (QS. An-Nisa’: 103).

    Semisal dengan awal surah Al-Baqarah tersebut adalah yang terdapat di awal surah Luqman, ketikaAllah Ta’ala menyebutkan sifat orang-orang yang beruntung, iaitu memiliki aqidah yang benar danmemiliki amal ibadah yang baik. Allah Ta’ala berfi rman,

    "Menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang berbuat kebaikan. (Iaitu) orang-orang yangmendirikan sholat, menunaikan zakat, dan mereka yakin akan adanya Negeri Akhirat. Mereka itulahorang-orang yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhannya dan mereka itulah orang-orang yangberuntung." (QS. Luqman: 3 - 5).

    Di akhir surat Al-Hajj, ketika Allah Ta’ala menyebutkan sifat orang-orang yang beruntung, Allah Ta’alamenyebutkan ruku', sujud, tunduk, dan merendahkan diri di hadapan Allah Ta’ala. Allah Ta’alaberfi rman,

    "Hai orang-orang yang beriman, ruku’lah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu, dan berbuatbaiklah, supaya kamu mendapatkan kemenangan." (QS. Al-Hajj: 77).

    Oleh kerana itu, tidak ada kemenangan dan kejayaan yang didapatkan tanpa solat. Solat adalahtanda kejayaan, dan pintu masuk kebaikan dan pertolongan. Sebagaimana fi rman Allah Ta’ala,

    "Jadikanlah sabar dan sholat sebagai penolongmu." (QS. Al-Baqarah: 45)

    Oleh karena itu, hendaklah seorang mukmin memuji Allah Ta’ala atas nikmat diberi pertolongansehingga dapat mendirikan sholat. Dan juga meminta di akhir solat (sebelum salam), sebagaimanayang diajarkan oleh Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam,

    "ALLAAHUMMA A’INNII ‘ALAA DZIKRIKA WA SYUKRIKA WA HUSNI 'IBAADATIK" (Ya Allah, bantulahaku untuk berzikir dan bersyukur kepada-Mu serta beribadah kepada-Mu dengan baik.) (HR. AbuDawud).

    JAGALAH HAK ALLAH SWTOleh:

    Ustaz Mohd Azlan bin Haji BakriPensyarah Institut Tahfi z Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS), Kinarut, Papar

    MAKSUD HADIS:Daripada Abu al-Abbas, Abdullah bin Abbas R.Anhuma beliau berkata:Aku pernah berada di belakang Nabi SAW pada suatu hari, maka Baginda SAW bersabda: Wahai anak! Aku akan mengajarmu beberapa kalimah iaitu peliharalah Allah nescaya Dia memeliharamu.Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati-Nya di hadapanmu. Apabila engkau meminta, makamintalah dari Allah. Apabila engkau memohon pertolongan, maka pohonlah pertolongan dengan Allah.Ketahuilah bahawasanya, jika umat ini berkumpul untuk memberimu manfaat dengan sesuatu,mereka tidak dapat melakukannya kecuali dengan suatu perkara yang telah Allah tetapkan bagimu.Sekiranya mereka berkumpul untuk membahayakanmu dengan suatu, mereka tidak akan dapatmelakukannya kecuali dengan suatu perkara yang telah Allah tetapkan bagimu. Telah diangkat kalamdan telah kering dakwat lembaran-lembaran itu.(Hadis riwayat al-Tirmizi).

    HURAIAN HADIS:Hadis tersebut menerangkan kepada kita berkaitan pesanan Rasulullah SAW kepada umat Islam agar menjaga hak Allah SWT dan memohon sesuatu hanya kepada-Nya. Menjaga hak Allah SWT bermaksud melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan semua yang dilarang oleh-Nya. Maka sebagai balasannya, Allah SWT akan memelihara dan memberi perlindungan dengan menjaga kita dari sudut kemaslahatan duniawi, kesihatan, anak, keluarga dan harta. Sesungguhnya segala apa yang berlakudan menimpa manusia adalah atas qada dan qadar dari Allah SWT. Manusia tidak berkuasa untukmemberi manfaat atau memberi mudarat melainkan dengan izin dari Allah SWT.

    PENGAJARAN HADIS:1. Melaksanakan segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya akan terhindar

    daripada bencana dan mendapat perlindungan dari-Nya.

    2. Memanjatkan doa dan meminta pertolongan hanyalah kepada Allah SWT.

    3. Ingatilah Allah SWT ketika senang nescaya Allah SWT akan mengingati kita ketika susah.

    RUJUKAN:● Bahjatun Naazhirin Syarah Riyaadus Sholihin, Syeikh Salim bin ‘Ied al-Hilali, Pustaka Imam Asy-Syafii, Cetakan Ketujuh, 2012.

    Sentuhan Hadis

    SHOUTUL ISLAM BIL. 26 - 28 Safar 1442H/16 Oktober 2020M4 SHOUTUL ISLAM BIL. 26 - 28 Safar 1442H/16 Oktober 2020M 13

    Remaja

  • Gambar kenangan penulis bersamaYB Datuk Hj. Mohd. Ariffi n dan rakan-rakan

    MUIS & JHEAINS

    Gambar kenangan penulis bersama

    MENGULANG HAFAZAN AL-QURAN KETIKA HAIDOleh:

    Anna Amelia binti Daen Mokhtar

    Jika bercakap tentang hafazan, kita kaitkan dengan budak ataupun anak-anak pelajar pondok/madrasah. Tapi untuk zaman kontemporari ini, dunia hafazan sudah pun menjadi kemestian lebih-lebih lagi individuyang menyambung pengajian tinggi dalam bidang agama, di mana-mana institut. Hal ini juga menjadisedikit rumit dan banyak pendapat yang digunapakai dalam perbahasan isu mengulang hafalan bagiwanita yang dalam keadaan haid. Seperti mana yang kita sedia tahu, wanita haid adalah haram baginyamenyentuh al-Quran, apatah lagi membacanya. Solat? Sudah tentu tidak dibolehkan. Maka isu inimenjadi topik hangat juga dalam dunia para penghafaz lebih-lebih lagi kaum hawa. Apa sebenarnyahukum keadaan begini?

    Benarlah dalam mana-mana perbahasan ada nada perbezaan pandangan ulama. Dalam hal ini pula adadua pandangan, iaitu haram dan harus.

    Pertama: Pendapat jumhur Fuqaha' ialah haram. Melarang wanita membaca al-Quran ketika dalamkeadaan haid dan sedang berjunub. Hal ini adalah berdasarkan kepada hadis;

    Daripada Ibn Umar RA: "Tidak dibolehkan wanita dalam haid dan berjunub membaca walau sedikitdaripada al-Quran" (Riwayat al-Tirmizi).

    Kedua: pendapat ulama Malikiyyah mengikut riwayat yang sahih iaitu dibolehkan untuk memeganal-Quran bagi wanita yang haid dan dibolehkan untuk membacanya dengan tujuan mengajar dan belajar.Kelonggaran ini hanya diberikan kepada wanita yang dalam keadaan haid sahaja dan bukannya yangsedang berjunub. Hal ini kerana tempoh kedatangan haid yang lama itu dibimbangi menyebabkan hafazanal-Qurannya luput. Hal ini juga kerana berzikir kepada Allah SWT adalah dibolehkan kepada wanita-wanita yang sedang dalam haid.

    Kesimpulannya, membaca dan menghafaz al-Quran ketika haid adalah dibolehkan berdasarkan sebab-sebab yang telah diterangkan. Ada juga pendapat yang menyokong pendapat ini. Yakni, direkodkanSaidatina Aishah membaca al-Quran dalam keadaan haid. Inilah yang direkodkan dalam al-Muhalla. IbnAbbas dan Ibn Musayyib menggunakan pendapat ini. Pendapat yang dikemukakan oleh Syeikh Jadal-Haq Ali Jad al-Haq melalui bukunya, Bututhun wa al-Fatawa menyatakan harus bagi pelajar wanitamembaca al-Quran atas faktor peperiksaan atau ujian. Dr. Zulkifl i Mohamad al-Bakri, bekas Mufti WilayahPersekutuan mengemukakan pendapat beliau yang mencadangkan para pelajar beralih kepadamendengar al-Quran melalui CD atau Youtube yang memungkinkan seseorang itu mengingati danmengulang hafazan al-Quran.

    PERTEMUAN SAHABAT INIOleh:

    Adi Pitang

    Petang itu menghadiri pertemuan dengan YB. Datuk Hj. Mohd. Ariffi n Mohd. Arif, Menteri Tugas-Tugas Khas pada 12 Oktober 2020, pukul 2.00 petangdi Bilik Madani, Wisma MUIS, Kota Kinabalu. Whatsapp dari Timbalan Pengarah (Pengurusan) memaklumkan tentang pertemuan ini telah diterima 2 hari sebelumnya. Suatu yang menjadi tanda tanya rakan-rakan tentang pertemuan ini dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). "Pertemuan biasa dari seorang Menteri yang dipertanggungjawabkan kepada urusan hal ehwal Islam negeri ini"; Jawabku kepada seorang sahabat yang bertanya.

    Pukul 2.00 petang YB Datuk Hj. Mohd. Ariffi n tiba di Bilik Madani bersama Tuan Haji Faimin bin Kamin, Setiausaha Tetap Kementerian. Ustaz Adam Abdul Hai yang menjadi pengacara majlis pada petang itu mengalukan kehadiran tetamu dan rakan-rakan dari Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Perbadanan Baitulmal dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS). Kehadiran dihadkan kalangan pegawai-pegawai kanan MUIS dan JHEAINS yang seramai 20 orang itu. Sistem prosedur standard(SOP) dipatuhi dalam pertemuan ini. Apa yang menarik ialah anggapan beliau tentang pertemuan inisebagai pertemuan di antara sahabat dan sahabat. Ini kerana jelasnya beliau pernah bekerja di MUIS, JHEAINS dan sama-sama belajar di Mesir.

    YB. Datuk Hj. Mohd. Ariffi n dalam pertemuan ini menzahirkan penghargaan kepada mantan MenteriUndang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Datuk Hj. Aidi bin Mokhtar di atas usaha pembaharuanyang telah dibuat dalam pengurusan hal ehwal Islam sebelum ini. Sebagai Menteri yangdipertanggungjawabkan terhadap hal ehwal Islam, beliau sangat berharap keutamaan ditumpukan kepada pengembangan ilmu Islami oleh MUIS dan JHEAINS. Negara dan masyarakat yang bertamadun dan maju adalah berdasarkan kepada kegemilangan ilmu umatnya. Pengembangan ilmu boleh dipelbagaikan bidang dan pendekatannya, khususnya dalam ilmu al-Quran. Katanya bidang-bidang Quran seperti taranum seharusnya diperhebatkan kerana bidang ini adalah yang paling dekat dengan masyarakat.Begitu juga pewujudan perpustakaan Islam di kawasan Masjid Negeri. Tambahnya lagi dalammempelbagaikan pengembangan dan pendekatan ilmu, perbincangan dengan pengarah Pusat Islamdi Univerisiti Al-Azhar pernah diadakan sebelum ini dan ia perlu diteruskan.

    Datuk Hj. Mohd. Ariffi n juga menyifatkan program-program yang bersifat nusantara seperti pertandingan khat dan mahrajan persuratan dan kesenian Islam adalah salah satu cara memperkenalkan negeri Sabah sebagai pusat kebudayaan dan kesenian Islam di rantau ini. Apatah lagi cadangan Galeri Khat Islam Sabah merupakan satu lagi pendekatan bidang pengembangan ilmu kaligrafi Islam.

    Pertemuan yang ringkas tapi penuh makna ini, adalah langkah dari berjuta langkah kami bersama beliau dalam memastikan pengembangan ilmu Islami berakar umbi di negeri ini.

    SHOUTUL ISLAM BIL. 26 - 28 Safar 1442H/16 Oktober 2020M 5

    Fiqh WanitaBicara Kita

    SHOUTUL ISLAM BIL. 26 - 28 Safar 1442H/16 Oktober 2020M12

  • Maksudnya: "Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan (rezeki itu) baginya; sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".

    Dalam ayat ini, Allah SWT menyatakan bahawa Dialah yang melapangkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Dialah juga yang menyempitkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Allah SWT Maha Berkuasa menentukan rezeki, lantaran itu sebagai orang yang beriman jangan berasa berat untuk melakukan hijrah dan usaha kerana takutkan kemiskinan, rezeki Allah SWT tetap berada di mana-mana.

    Hampir keseluruhan manusia menghabiskan sebahagian waktu dan umurnya untuk mencari rezeki. Hebatnya kasih sayang Allah SWT, rezeki didatangkan dalam kepelbagaian bentuk dan cara. Ianya bukan hanya berupa wang dan harta tetapi boleh sahaja dimunculkan dalam diri seseorang dalam bentuk lain seperti kesihatan, kebahagiaan, kegembiraan, ketenangan, ilmu pengetahuan dan banyak lagi.

    Bila mana Allah SWT membicarakan perkara rezeki dalam Kitab Suci-Nya, tentu sahaja Allah SWT ingin mengamit kehidupan hamba-hamba-Nya kepada persoalan tauhid dan aqidah. Sama seperti soal ketentuan mati, hidup dan jodoh yang mana manusia sering tersasar dari memahami hakikat ketentuan ini. Jangan pernah meragui perancangan Allah SWT tentang rezeki dan segala-galanya kerana sesungguhnya Dia Maha Berkuasa dan Maha Berkehendak dalam setiap yang berlaku dalam kehidupan makhluk-Nya.

    Ramai di antara kita mempersoalkan kenapa rezeki tidak menyebelahi mereka, tetapi tidak pernah bermuhasabah bahawa Allah SWT adalah pemilik mutlak setiap rezeki, menetapkan ketentuan rezeki seseorang semenjak masih berada dalam rahim ibunya lagi. Rezeki sentiasa mengintai seseorang dari segenap penjuru tinggal menanti masa untuk menemui sasarannya.

    Jangan jadi hamba Allah SWT yang suka mengeluh bahkan mempertikaikan kehebatan Sang Pemberi Rezeki. Apa yang pasti rezeki Allah SWT itu sama ada belum berada dalam genggaman atau pun sudah tetap menjadi ujian kepada manusia. Apakah dia akan tetap menjadi hamba yang bersyukur dan beriman kepada-Nya.

    Justeru itu, sebagai manusia biasa kita perlu pamerkan kemampuan, keterampilan, dan keahlian yang kita miliki demi kemaslahatan ummah, semoga dengannya menjadi asbab untuk Allah SWT membuat orang lain dapat melihatnya sebagai landasan kesempatan terbaik buat kita. Rezeki Allah SWT memang tidak pernah salah alamat, hanya kelemahan kita sendiri yang tidak pernah menunjukkan alamat jelas, sehingga rezeki Allah SWT tidak berhenti tepat di hadapan kita.

    AYAT AL-QURAN SURAH AL-'ANKABUT: 62REZEKI ALLAH TIDAK PERNAH SALAH ALAMAT”

    Oleh:Awang Juri bin Ag. Tahir @ AJAT

    QARUNOleh:

    Mohd Fauzee bin HarithUnit Integriti Negeri Sabah

    Bila disebut nama ini, pasti ramai di antara kita yang mengetahui bahawa beliau adalah salah satu pemimpin paling korup dan tidak mempunyai integriti langsung seperti yang direkodkan dalam kitab al-Quran (Selain Firaun dan si tukang ampu, Haman). Qarun digambarkan sebagai tokoh korporat yang dapat manfaat daripada pemerintah, membantu pemerintah yang zalim sekali gus mangaut habuan lumayan tanpa menghiraukan kesengsaraan dan jerit perih rakyat jelata pada waktu itu.

    Qarun menganiaya dirinya dengan mengkufuri Allah SWT. Mengkufuri nikmat dengan merasa bangga terhadap hartanya yang banyak serta nasab keturunannya yang mulia. Qarun juga merupakan penyokong kuat terhadap polisi Firaun untuk menekan kaum Bani Israel, memusuhi dan menganiayai mereka. Menurut Ata’ al-Khurasani, Qarun selalu memanjangkan pakaiannya sejengkal dari biasa dengan tujuan membesarkan diri. Allah SWT menenggelamkan Qarun ke dalam bumi, apabila dia mengganggu kaumnya dan mengangkat diri, sebagaimana yang telah dikisahkan di dalam al-Quran (Al-Qasas: 76 - 81).

    Pada maksud firman-Nya: "dan Kami membenamkan Qarun bersama istananya ke dalam bumi, iaitu setelah Qarun menghasut seorang wanita untuk membuat tuduhan palsu bahawa Nabi Musa AS telah berzina dengannya. Ini menyebabkan Nabi Musa AS menjadi marah lalu memohon doa kepada Allah SWT. Lalu Allah SWT menurunkan wahyu: "Hai Musa, Aku sudah memerintahkan bumi supaya mentaatimu, maka perintahkanlah kepada bumi apa yang engkau pandang patut" Maka Nabi Musa berkata: “Hai bumi, telanlah Qarun dan seisi istananya."

    Apabila Qarun melihat istananya mula tenggelam ditelan bumi, maka Qarun pun merayu-rayu dari atas istananya kepada Musa AS memohon belas ihsan kerana adanya perhubungan kekeluargaan dengan Nabi Musa AS (Qarun merupakan sepupu Nabi Musa). Akan tetapi Nabi Musa AS tetap mengatakan kepada bumi: "Hai bumi. Telanlah dia sampai habis. Sehingga hilang lenyap Qarun dan istananya sekali."

    Kemudian Allah SWT mewahyukan kepada Musa AS dengan firman-Nya: "Hai Musa, demi kemuliaan-Ku dan kebesaran-Ku, seandainya dia (Qarun) memohon pertolongan kepada-Ku, Nescaya aku akan menolongnya."

    Itulah musibah paling dahsyat bagi orang yang tidak kenal Tuhan. Dia melakukan semua kejahatan dan gangguan kepada manusia kerana tidak takut kepada Tuhan yang tidak dikenalinya. Sebab itu apabila bencana datang menimpanya, dia memohon pertolongan dan kebergantungan terhadap makhluk. Namun lebih aneh pada zaman kita, ramai yang mengaku dan mempercayai ketuhanan Allah SWT namun sikap dan perbuatannya langsung tidak ubah seperti Qarun. Semoga kisah ringkas ini mampu menjadi iktibar agar kita lebih menginsafi diri.

    Wallahu ’alam.

    SHOUTUL ISLAM BIL. 26 - 28 Safar 1442H/16 Oktober 2020M 11SHOUTUL ISLAM BIL. 26 - 28 Safar 1442H/16 Oktober 2020M6

    Inti Sari Ayat Al-Quran Artikel Pilihan

  • AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH: ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT (BAHAGIAN 10)

    Oleh:Abd. Rahman Tajudin @ Emang Galileo

    Fellow CONCAVE-ISSI (Islamic & Strategic Studies Institute)

    Sesungguhnya fahaman Mujassimah iaitu menjisimkan Allah SWT merupakan salah satubentuk kekufuran. Para ulama' silam dan zamankini menyatakan bahawa orang yang beranggapanAllah SWT berada di sesuatu tempat sehinggamembentuk jirim-jirim (makhluk), maka ia bolehjatuh kafi r.

    Ini sangat jelas seperti yang diperkatakan olehAl-'Allamah al-Shaykh al-Muhaddith al-Hafi z al-Faqih `Abdullah al-Harari (W. 1429 H). Beliau berkatadalam kitabnya al-Sirat al-Mustaqim:

    Maksudnya: "Dan kafi rlah sesiapa yang beriktiqad ada ruang bagi Allah SWT atau beriktiqad bahawaAllah SWT adalah suatu seperti udara atau seperti cahaya yang memenuhi suatu tempat atau bilik atau masjid. Kita menamakan masjid sebagai rumah Allah SWT bukanlah kerana Allah SWT mendiami masjid, tetapi kerana masjid itu suatu tempat yang di dalamnya Allah SWT disembah. Demikian juga kafi rlahsesiapa yang berkata: "Allah mendiami hati para wali-Nya" jika dia memahami (ungkapan tersebut) dengan aqidah hulul. Mi`raj bukanlah bermaksud sampainya Rasul ke suatu tempat yang kewujudanAllah SWT sampai padanya, dan kafi rlah sesiapa yang beriktikad begitu. Tujuan Mi`raj hanyalah semata-mata kemuliaan atau keraian buat Rasulullah SAW dengan mendedahkan kepada baginda SAW tentang perkara-perkara ajaib di alam tinggi dan juga suatu pengagungan pada kedudukan baginda SAW.Baginda SAW melihat Zat Yang Maha Suci dengan hatinya tanpa Zat tersebut ada di suatu tempat".(Kitab Siratul Mustaqim).

    Dalam kalam ini, sesiapa yang beranggapan bahawa Allah SWT seperti jirim yang memasuki ruangseperti udara yang terdiri daripada jirim oksigen, nitrogen, karbon dan sebagainya, maka ia telahmenyamakan Allah SWT dengan makhluk. Maka akidah ini adalah kufur.

    Demikian juga sesiapa yang beranggapan Allah SWT menempati hati manusia dengan masuk secarajisim sehingga meresap seperti meresapnya air ke dalam span, maka ia akidah kufur. Hal ini kerana ia menyamakan Allah SWT dengan makhluk.

    Ia juga sama dengan akidah Hulul. Akidah Hulul adalah kufur. Hulul bermaksud Allah SWT meresapmasuk ke dalam jasad-jasad makhluk. Ini akan menyebabkan bahawa Allah SWT terdiri daripada jirim-jirim halus. Apabila jirim halus, maka ia adalah makhluk. Maka ia bukan pegangan Ahli Sunnah WalJama'ah yang mensucikan Allah SWT daripada sebarang unsur makhluk.

    Bagi orang hendak melakukan buang air besar ada adab atau tatatertib, yang dapat disimpulkan sebagai berikut:

    (a) Tiada membawa barang yang memuat nama Allah kecuali bila dikhuatirkan akan hilang atautempat menyimpan barang berharga:

    "Bahawa Nabi SAW memakai cincin yang memuat ukiran Muhammad Rasulullah", dan jika ia masuk tandas maka ditanggalkannya" (Diriwayatkan Yang Berempat).

    (b) Menjauhkan dan menyembunyikan diri dari manusia, terutama di waktu buang air besar, agar tidak kedengaran suara atau tercium baunya.

    "Kami berpergian dengan Rasulullah SAW pada suatu perjalanan. Maka ia tidak buang air besarkecuali bila telah luput dari pandangan" (Riwayat Ibnu Majah).

    (c) Membaca bismillah dan isti’azah secara keras (jahar) di waktu hendak masuk tandas.

    "Bila Nabi SAW hendak masuk tandas, ia membaca: "Bismillah, allaahumma innii a’uzu bikaminal-khubusi wal-khobais", (Dengan nama Allah Ya Allah, aku berlindung kepadamu dari godaan syaitan, baik yang lelaki mahupun yang perempuan)" (Riwayat oleh Jama’ah).

    QADHAUL HAJAH (BUANG AIR)Oleh:

    Mohd Alwie NoorbakiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

    Islam dan Perubatan

    SHOUTUL ISLAM BIL. 26 - 28 Safar 1442H/16 Oktober 2020M10 SHOUTUL ISLAM BIL. 26 - 28 Safar 1442H/16 Oktober 2020M 7

    Tasawwur

  • ORANG YANG DIPERKENANKAN MEMINTA-MINTAOleh:

    Suatu ketika, seperti biasanya, Rasulullah SAW bertemu dan berbincang dengan para sahabat di serambi Masjid Nabawi, Madinah. Mereka membincangkan berbagai hal. Ketika mereka sedang asyik berbincang, seorang sahabat baginda bernama Qabishah ibn Mukhariq Al-Hilail muncul. Seusai mengucapkan salam kepada Baginda dan orang-orang hadir di serambi itu, Qabishah mengeluhkan kepada Baginda tanggungan berat yang dipikulnya saat itu. Menurutnya, tanggungan tersebut terlampau berat baginya, di luar kemampuannya.

    Mendengar keluhan demikian, Rasulullah SAW terhenyak sejenak, antara sedih dan termangu.

    Tetapi, beberapa saat kemudian, baginda berkata, "Qabishah, bersabarlah! Tunggulah sampai ada sedekah yang datang kepada kami. Jika sedekah tersebut datang, kami perintahkan agar sedekah itu diberikan kepadamu."

    Mendengar jawapan Rasulullah SAW, Qabishah dengan malu-malu bertanya, "Wahai Rasul! Sambil menunggu sedekah itu datang, bolehkah aku meminta-minta?"

    "Qabishah!" jawab Rasulullah SAW yang beberapa saat termangu mendengar pertanyaan tersebut.

    "Sesungguhnya meminta-minta itu tidak diperkenankan kecuali bagi salah satu dari tiga kelompok: (1) Orang yang memikul beban berat di luar kemampuannya; dia diperkenankan meminta-minta sampai tercukupi sekadar keperluannya, lalu berhenti meminta-minta, (2) Orang yang tertimpa musibah yang menghabiskan seluruh hartanya; dia diperkenankan meminta-minta sampai memperoleh sekadar keperluan hidupnya, (3) Orang yang tertimpa kemiskinan sehingga tiga orang normal di kaumnya memandangnya benar- benar miskin; dia diperkenankan meminta-minta sampai dia memperoleh sekadar keperluan hidupnya. Di luar ketiga kelompok tersebut, wahai Qabishah, meminta-minta tidak diperkenankan; dan jika ada orang di luar ketiga kelompok itu tetap meminta-minta, harta haram telah dimakan".

    MALAYSIA: AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMA'AH(BAHAGIAN 1)

    Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah telah menjadi pegangan yang dominan sebahagian besar umat Islam di dunia khususnya di rantau Asia Tenggara termasuk negara kita Malaysia.

    Di Malaysia, Islam diisytiharkan sebagai agama Pesekutuan dan akidah Ahli Sunnah dterima sebagai pegangan seluruh umat Islam.

    Justeru, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 5 Mei 1996 membuat keputusan menetapkan umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.

    Ketetapan ini juga secara tidak langsung telah membentuk sudut pandang masyarakat Islam yang mempengaruhi perkembangan tamadun di Malaysia.

    Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah berasal daripada dua patah perkataan iaitu Ahlusunnah dan al-Jamaah yang memberi maksud golongan yang mengikuti pegangan Nabi SAW atau mengikuti jalan hidup Baginda SAW, dan jamaah para sahabat terutamanya para khulafa al-Rasyidin mengenai akidah, syariah dan akhlak yang dibawa semenjak zaman Nabi SAW serta para sahabat baginda.

    Istilah Ahli Sunnah Wal Jamaah diambil dan dirumus oleh ulama berdasarkan riwayat hadis daripada Abdullah bin Amr RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

    Mafhumnya: "Sesungguhnya telah berpecah Bani Israil kepada 72 kelompok. Manakala umatku akan berpecah kepada 73 kelompok di mana kesemuanya akan ke neraka kecuali satu kelompok. Mereka bertanya: Siapakah mereka itu wahai Rasulullah. Baginda SAW menjawab: Mereka adalah golongan yang berpegang kepada ajaranku dan para sahabatku." (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

    Berdasarkan hadis ini, para ulama telah membuat kesimpulan bahawa maksud mereka yang mengikut sunnah Rasul dan para sahabat ialah golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kita bersyukur kerana umat Islam di Malaysia, sekian lamanya telah memahami Islam secara seragam dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dan sebagai pegangan akidah yang telah menyatu padukan kita semua.

    Pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah ini adalah satu pegangan yang berakar umbi dari ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan para sahabat Baginda. Kemudian, disusun dengan lebih bersistem dan teguh oleh dua tokoh Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu Imam Abu Hassan al-Ashari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi.

    Akidah

    SHOUTUL ISLAM BIL. 26 - 28 Safar 1442H/16 Oktober 2020M8 SHOUTUL ISLAM BIL. 26 - 28 Safar 1442H/16 Oktober 2020M 9

    Iktibar Kisah