di sebalik wajah

Upload: philip-tcs

Post on 09-Jan-2016

48 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

-

TRANSCRIPT

Di Sebalik Wajah (Abang Saifuddin Abang Bohari)

SIPNOSIS

Cerita Di Sebalik Wajah mengisahkan seorang remaja iaitu Doktor Fikri yang cacat kulitnya iaitu balar. Nama Doktor Fikri diberikan oleh bapanya sempena nama seorang doktor yang telah mendoakan keselamatan ibunya sewaktu melahirkannya. Disebabkan nama dan kecacatan kulitnya yang balar Doktor Fikri sering diejek dan diketawakan. Namun begitu, dia tabah menerima segala dugaan yang menimpa dirinya. Pertukaran ke sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal banyak memberikan pengalaman baharu kepadanya. Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz dapat menerima kehadirannya di sekolah itu. Mereka berkawan baik sehinggalah Doktor Fikri dianiaya oleh tiga orang murid iaitu Narius, Jais dan Jamadi yang juga sering mengganggu murid lain.

Doktor Fikri .Doktor FikriDoktor FikriJosy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan AzizDoktor Fikri Narius, Jais dan Jamadi.

Satu laporan salah laku mereka telah dibuat kepada guru disiplin iaitu Cikgu Wahab. Hal ini menyebabkan mereka berdendam kepada Doktor Fikri. Narius dan kawan-kawannya meletakkan buku-buku perpustakaan dan beberapa dompet ke dalam beg sekolah Doktor Fikri. Guru disiplin telah membuat pemeriksaan mengejut ke setiap kelas. Doktor Fikri telah dipanggil dan disoal siasat namun dia hanya mendiamkan diri. Selepas kejadian tersebut, kawan-kawannya mula menjauhkan diri kecuali Josy yang masih setia memberikan perangsang dan semangat serta memintanya bersabar dengan dugaan yang menimpa.

.Doktor Fikri. Doktor Fikri...,Josy

Semasa sukan tahunan sekolah, Doktor Fikri gagal menamatkan larian 1500 meter dan pengsan. Dia juga kehilangan basikal yang baru dibeli dengan duit simpanannya sendiri. Pada suatu hari seorang murid mengadu kepada Cikgu Wahab bahawa dia ternampak Narius dan rakan-rakannya mencuri basikal doktor Fikri. Hal ini dilaporkan ke balai polis. Narius dan rakan-rakannya ditangkap atas pelbagai kesalahan yang dilakukan. Mereka ditahan di lokap. Jais dan Jamadi dijamin oleh keluarga masing-masing. Narius tidak dapat dibebaskan kerana keluarganya miskin. Doktor Fikri dan bapanya dipanggil untuk mengambil semula basikalnya. Semasa di balai polis, Doktor Fikri ternampak Narius sedang menangis di samping bapanya yang sudah uzur. Doktor Fikri meminta ayahnya menjamin Narius.

Doktor Fikri1500 Narius Doktor FikriNarius Jais jamadi Narius Doktor Fikri Narius Narius

Semenjak hari itu, Narius, Jais dan Jamadi insaf dan berubah menjadi baik. Mereka mengaku kepada murid lain bahawa merekalah yang menganiaya Doktor Fikri. Namun, pada masa yang sama, Doktor Fikri berhijrah ke Jepun kerana bapanya bertugas di sana. Setelah setahun, Doktor Fikri dan keluarganya balik bercuti di Malaysia. Kepulangan Doktor Fikri disambut dengan gembira oleh rakan-rakannya. Keluarga Doktor Fikri mengisi cuti mereka dengan bersama-sama mendaki puncak Gunung Kinabalu seperti yang dihasratkan oleh Doktor Fikri.

Narius Doktor Fikri Doktor Fikri Doktor FikriGunung Kinabalu

TEMA

Ketabahan seorang remaja menghadapi kekurangan diri dalam kehidupan hariannya. Doktor Fikri yang cacat kulitnya iaitu balar, terpaksa menerima ejekan, sindiran dan cemuhan daripada pelajar-pelajar lain di sekolahnya.

PERSOALAN

1.Persoalan rajin membacaContoh: Doktor Fikri sentiasa mengisi masa lapangnya dengan membaca dan kerap pergi ke perpustakaan untuk meminjam buku.

2.Persoalan menghargai persahabatan Contoh: Josy tetap berkawan dengan Doktor Fikri walau apa jua rintangan dan tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

3.Persoalan kasih sayang antara ahli keluarga Contoh: Cikgu Saiful dan Puan Halipah memberikan sepenuh kasih sayang kepada Doktor Fikri. Semua kemahuan Doktor Fikri dipenuhi oleh mereka.

4.Persoalan keinsafan Contoh: Narius, Jais dan Jamadi berubah sikap dan insaf atas kesalahan mereka terhadap Doktor Farid, lebih-lebih lagi setelah Doktor Farid menyuruh bapanya menjamin Narius di balai polis.

5.Persoalan aplikasi Ilmu Contoh: Doktor Farid mengaplikasi pengetahuan menanam sayur-sayuran, memelihara ayam dan menjualnya di Tamu daripada mata pelajaran Kemahiran Hidup yang dipelajarinya.

6.Persoalan kemahiran menguasai ilmu elektronikContoh: Kemahiran menguasai ilmu elektronik perlu diterapkan pada peringkat awal pendidikan lagi seperti yang dijalankan di Jepun bagi memastikan remaja lebih ke arah inovasi.

7.Persoalan berdikariContoh: Doktor Farid berusaha sendiri untuk mencapai cita-cita yang diinginkannya walaupun mendapat tentangan awal daripada ayahnya. Doktor Fikri berjaya mengusahakan kebun sayur dan membela ayam.

8.Persoalan pasrah menerima ketentuan TuhanContoh: Cikgu Saiful dan Puan Halipah pasrah menerima takdir Tuhan apabila anak yang dilahirkan cacat iaitu balar kulitnya.

9.Persoalan taat akan perintah agamaContoh: Cikgu Saiful dan keluarganya sering sembahyang bersama-sama di rumah.

PERKEMBANGAN PLOT

Secara kronologi peristiwa disusun mengikut urutan masa

Permulaan

Memperkenalkan watak Doktor Fikri iaitu anak kepada Cikgu Saiful dan Puan Halipah yang dilahirkan cacat iaitu balar kulitnya.Doktor Fikri

Perkembangan

Doktor Fikri berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal dalam tingkatan dua. Doktor Fikriform2

Perumitan

Doktor Fikri sering diejek oleh pelajar lain dibuli dan difitnah oleh Narius, Jais dan Jamadi.Doktor Fikri Narius, Jais dan Jamadi

Puncak

Narius, Jais dan Jamadi mengaku kesalahan mereka yang memfitnah Doktor Fikri.Narius, Jais dan Jamadi Doktor Fikri

Peleraian

Doktor Fikri dan keluarga pulang bercuti ke Malaysia setelah setahun tinggal di Jepun. Mereka sekeluarga dalam perjalanan mendaki Gunung Kinabalu.Doktor Fikri Gunung KinabaluTeknik Plot

1.DialogNama saya Doktor Fikri. Doktor Fikri berdiri dan duduk semula.Doktor? Cikgu Asnawi tergelak.

2.MonologSewaktu melangkah meninggalkan bilik sembahyang itu dia berkata, Ya Allah, lahirkanlah lebih ramai doktor Melayu yang kuat beribadat kepada-Mu.

3.Monolog dalamanComelkah anakku? Adakah menyerupai rupaku? Cerahkah kulitnya? Ya Allah moga-moga kulit anakku putih, tidak seperti kulitku yang hitam legam ini. Itulah soalan-soalan yang timbul dalam fikirannya yang belum lagi melihat anak sulungnya.

4.Imbas kembaliCikgu Saiful teringat kembali perbualan dengan Puan Halipah semasa menghantarnya ke klinik Doktor Nadia bagi pemeriksaan ibu mengandung.

5.Imbas mukaDoktor Fikri bermimpi diserang oleh seekor naga semasa tidur di rumah rehat Panalaban.

6.PemerianPeristiwa pengarang menggambarkan penantian Cikgu Saiful menunggu kelahiran anak sulungnya semasa di hospital.

7.KonflikDoktor Fikri tidak mahu membayar cukai keselamatan yang dipaksa oleh Narius, Jais dan Jamadi.

8.KejutanPembaca dikejutkan dengan peristiwa Doktor Fikri tiba-tiba berpindah ke Jepun kerana ayahnya bertugas di sana.

9.SuspenPembaca tertanya-tanya mengapa Doktor Fikri tidak hadir ke sekolah selama dua hari.

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama

Doktor Fikri1. Pelajar tingkatan dua berumur 14 tahun2. Cacat kulit balar 3. Tabah menghadapi dugaan seperti diejek sifat fizikalnya 4. Rajin membaca sentiasa membaca buku jika ada masa lapang 5. Penyayang menyayangi keluarga dan rakan-rakan6. Berdikari berusaha sendiri untuk menambah tabungan dengan menjual hasil tanaman dan ayam ternakannya

Watak Sampingan

Cikgu Saiful1. Bapa Doktor Fikri2. Penyayang amat sayang kepada Doktor Fikri3. Bertanggungjawab sentiasa bertanggungjawab terhadap keluarga4. Taat kepada agama melakukan sembahyang berjemaah bersama-sama keluarga

Puan Halipah1. Ibu Doktor Fikri2. Bertanggungjawab menyediakan bekal makanan untuk Doktor Fikri ke sekolah3. Prihatin sentiasa memeriksa buku latihan Doktor Fikri apabila Doktor Fikri pulang dari sekolah4. Penyayang memberikan sokongan moral semasa Doktor Fikri mengambil bahagian dalam acara sukan

Josy1. Pelajar Tingkatan Dua Melati Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal2. Prihatin sentiasa mengambil berat tentang masalah Doktor Fikri dan memberikan semangat kepadanya3. Teguh pendirian tidak mudah mempercayai fitnah yang dilemparkan oleh Narius dan rakan-rakannya terhadap Doktor Fikri

Narius

1. Pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal2. Berbadan besar3. Bermasalah disiplin selalu membuli Doktor Fikri/ cuba memeras ugut Doktor Fikri/ mencuri basikal Doktor Fikri4. Insaf akan kesalahan lalu berubah menjadi seorang pelajar yang baik apabila Cikgu Saiful menjaminnya setelah ditahan di lokap kerana kesalahan cuba mengopak cermin kereta.Cikgu Wahab

1. Guru Disiplin Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal2. Garang merotan pelajar yang melakukan kesalahan3. Bertimbang rasa membenarkan Sanin makan di kantin di luar waktu rehat setelahSanin memberikan alasan bahawa dia terlalu lapar

Dayang Mahani

1. Pelajar Tingkatan Dua Mawar Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal2. Kawan Doktor Fikri3. Mudah terpengaruh percaya bahawa Doktor Fikri seorang pencuri setelah CikguWahab menjumpai barang curi di dalam beg Doktor Fikri lalu terus memulaukannya

LATAR

Latar Masa

Pagi peristiwa Doktor Fikri datang lewat ke sekolah dan ditegur oleh Cikgu Wahab, guru disiplin sekolah.

Petang Narius, Jais dan Jamadi sedang menunggu Doktor Fikri di bawah sebatang pokok yang rendang untuk meminta duit cukai keselamatan.

Malam Keluarga Cikgu Saiful tidur di rumah rehat Panalaban sebelum meneruskan perjalanan mereka mendaki Gunung Kinabalu.

Latar Tempat

Sekolah Menengah Kebangsaan MenggatalTempat Doktor Fikri dan rakan-rakannya bersekolah.

Rumah Cikgu SaifulRakan-rakan Doktor Fikri datang membantunya membungkus sayur-sayuran untuk di jual di Tamu.

Pasar TamuDoktor Fikri dan rakan-rakanya menjual sayur-sayuran di pasar Tamu tetapi tidak lamaKerana hujan turun dengan lebatnya.

Gunung KinabaluDoktor Fikri dan keluarganya dalam perjalanan untuk mendaki puncak Gunung Kinabalu.

Balai polisDoktor Fikri dan ayahnya mengambil semula basikal yang dicuri oleh Narius, Jais danJamadi. Cikgu Saiful juga menjamin Narius keluar dari lokap tersebut atas permintaan Doktor Fikri.

Hospital Ratu ElizabethCikgu Saiful menunggu isterinya Puan Halipah melahirkan anak sulung mereka.

Latar Masyarakat

Masyarakat pelajarDoktor Fikri, Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal.

Masyarakat guruCikgu Wahab, Cikgu Girlie dan Cikgu Fatmawati mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal.

Masyarakat yang prihatinJosy amat prihatin kepada Doktor Fikri yang sering diejek dan disihkan oleh pelajar lain.

Masyarakat yang bertanggungjawabCikgu Saiful dan Puan halipah merupakan ibu bapa yang bertanggungjawab menjalankan tugas sebagai ibu bapa.

Masyarakat yang taat kepada perintah agamaCikgu Saiful dan keluarganya sering menunaikan sembahyang bersama-sama bagi mengeratkan kasih sayang antara ahli keluarga.

Masyarakat penyayang Cikgu Saiful dan Puan Halipah amat menyayangi doktor Fikri walaupun anak mereka cacat.

Masyarakat yang pasrah kepada ketentuan Tuhan Cikgu Saiful dan Puan Halipah pasrah mendapat anak mereka yang cacat kulitnya.

GAYA BAHASA

Kata Ganda Contoh: kelima-lima, sofa-sofa, terhinggut-hinggut, jari-jemari, warna-warni

Peribahasa Contoh: buku lima, keras hati

Pengaruh bahasa asing Contoh: bahasa Arab (Allah, nauzubillahiminzalik), bahasa Inggeris (nurse)

Hiperbola Contoh: Apabila cahaya matahari yang terlalu tajam menembusi ruang di dalam kelas itu, matanya hampir tertutup.

Simile Contoh: Ada yang menepuk-nepuk meja, ada pula yang bersuara seperti katak memanggil hujan.

Pengulangan kata atau repitisi Contoh: Sap! Sap! Sap!

Sinkope Contoh: Ampun cikgu, sayatakbuat lagi!

Personifikasi Contoh: Hanya daun-daunnya yang melambai lembut seolah-olah berbisik kepada pelajar yang berada di dalam pagar itu.

NILAI DAN PENGAJARAN

Nilai kasih sayangContoh: Cikgu Saiful, Puan Halipah dan Doktor Fikri saling menyayangi antara satu sama lain.

Nilai keinsafan Contoh: Narius akhirnya insaf akan semua kesalahan yang dilakukannya terhadap Doktor Fikri.

Nilai keberanianContoh: Doktor Fikri berani melawan Narius, Jais dan Jamadi yang meminta wang yang kononnya sebagai cukai keselamatan terhadap pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal.

Nilai ketabahan Contoh: Doktor Fikri tabah menghadapi ejekan, sindiran dan fitnah yang dilemparkan kepadanya.

Nilai kerajinanContoh: Doktor Fikri rajin membaca buku dan mengusahakan kebun sayur-sayuran serta ternakan ayamnya.

Nilai menghormati orang tuaContoh: Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz bersalaman dengan Puan Halipah semasa mereka berkunjung ke rumah Doktor Fikri.

PENGAJARAN

Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga.Contoh: Cikgu Saiful, Puan Halipah dan Doktor Fikri yang saling menyayangi antara satu sama lain.

Kita hendaklah insaf akan kesalahan yang telah dilakukan.Contoh: Narius akhirnya insaf akan semua kesalahan yang dilakukannya terhadap Doktor Fikri.

Kita haruslah berani memperrtahankan hak kita.Contoh: Doktor Fikri berani melawan Narius, Jais dan Jamadi yang meminta wang yang kononnya sebagai cukai keselamatan terhadap pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal.

Kita perlu tabah menghadapi sebarang masalah dalam kehidupan.Contoh: Doktor Fikri tabah menghadapi ejekan, sindiran dan fitnah yang dilemparkan kepadanya.

Kita haruslah mengamalkan sikap rajin.Contoh: Doktor Fikri rajin membaca buku dan mengusahakan kebun sayur-sayuran serta ternakan ayam.

Kita haruslah menghormati orang yang lebih tua daripada kita.Contoh: Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz bersalaman dengan Puan Halipah semasa mereka berkunjung ke rumah Doktor Fikri.

LATIHAN

1.Berdasarkan novel Di Sebalik Wajah karya Abang Saifuddin Abang Bohari, jelaskan tiga persoalan yang terdapat di dalam novel tersebut. (6 markah)

2.Novel Di sebalik wajah karya Abang Saifuddin Abang Bohari mengandungi pengajaran. Hurakan dua pengajaran daripada novel tersebut. (4 markah)

Jawapan:

1.Tiga persoalan yang terdapat di dalan novel yang dikaji:

Persoalan kasih sayang antara ahli keluargaContoh: Cikgu Saiful dan Puan Halipah memberikan sepenuh kasih sayang kepada Doktor Fikri. Semua kemahuan Doktor Fikri dipenuhi oleh mereka.

Persoalan rajin membacaContoh: Doktor Fikri sentiasa mengisi masa lapangnya dengan membaca dan kerap pergi ke perpustakaan untuk meminjam buku.

Persoalan pasrah menerima ketentuan TuhanContoh: Cikgu Saiful dan Puan Halipah pasrah menerima takdir Tuhan apabila anak yang dilahirkan cacat iaitu balar kulitnya.

2.Dua pengajaran yang terdapat di dalam novel yang dikaji:

Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga.Contoh: Cikgu Saiful, Puan Halipah dan Doktor Fikri yang saling menyayangi antara satu sama lain.

Kita perlu tabah menghadapi sebarang masalah dalam kehidupan.

Contoh: Doktor Fikri tabah menghadapi ejekan, sindiran dan fitnah yang dilemparkan kepadanya.