dewan rakyat - · pdf fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya...

129
PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT House of Representatives PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL KEDUA Second Session Jilid II Bil. 42 Hari Khamis 12hb November 1992 KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN MOLUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Ruaugan 1) RANG UNDANG-UNDANG: " Rang Undang-undang Perbekalan 1993 (Ruangan 41) USUl: Anggaran Pembangunan 1993 (Ruangan 41)

Upload: vanthu

Post on 28-Mar-2018

257 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

PENYATA RASMI PARLIMENPARLIAMENTARY DEBATES

DEWAN RAKYATHouse of Representatives

PARLIMEN KELAPANEighth Parliament

PENGGAL KEDUASecond Session

Jilid II Bil. 42 Hari Khamis 12hb November 1992

KANDUNGAN

JAWAPAN-JAWAPAN MOLUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Ruaugan 1)

RANG UNDANG-UNDANG: "

Rang Undang-undang Perbekalan 1993 (Ruangan 41)

USUl:

Anggaran Pembangunan 1993 (Ruangan 41)

Page 2: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 1 -MALAYSIA

DEWANRAKYAT

Khamis, 12hb November, 1992

Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang

DOA

[Tuan Yang di-pertua mempengerusikan Mesyuarat]

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

PROJEK LEBUHRAYA TEBERAU - PELAKSANAAN

l.. Tuan Mohamed Khaled bin Nordin minta Menteri Ker ja Rayamenyatakan:-

( a ) bi lakah Lebuhraya Teberau dijangka siap;

( b ) bilakah tarikh mula pembinaan dan bilakah jangkamasa siapyang ditetapkan. di dalam perjanjian; dan

( c ) mengikut kepada kedudukan projek sekarang, bi lakah ianyadijangka dapat-disiapkan.

Timbalan Menteri Kerja Raya [Tuan Kerk Choo Ting]: Tuan Yang

di-Pertua, saya ingin menjawab soalan ( a ) , (b) dan (c) secara

sekaligus.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Lebuhraya Teberau yang

dimaksudkan itu ialah projek memperelokkan Jalan Kota Tinggi.

Projek ini dilaksanakan dalam beberapa pakej. Pakej yang dalam

pelaksanaan sekarang ialah dari km 6.2 ke km 13.4 iaitu dari

jambatan Sungai Teberau ke Taman Johor Jaya. Pakej ini dimulakan

pada 5hb Disember, 1990 dan mengikut perjanjian dengan kontraktor,

projek ini perlu disiapkan pada 11hb April, 1993. Kemajuan pakej

ini pada masa kini adalah 73" siap dilaksanakan,

Page 3: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.1l.92 - 1 -

Mengenai pakej-pakej lain projek ini, bahagian jalan dari km

13.4 ke km 46.4 iaitu dari Taman Johor Jaya ke Ulu Tiram dan

seterusnya ke Kota Tinggi,tandar untuk pakej-pakej berkenaan akan

ditutup pada 17hb Disember, 1992. Pakej-pakej ini dijangka akan

bermula pada pertengahan tahun 1993 dan dijangka siap pada

pertengahan tahun 1995.

Tuan Mohamed Khaled bin Nordin: Tuan Yang di-Pertua, soalan

tambahan. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan

Menteri, adakah apabila projek Lebuhraya Teberau ini siap pihak

Kerajaan yakin bahawa ia mampu untuk mengatasi masalah kesesakan

lalulintas di sana?

Soalan kedua, adakah kajian dibuat oleh pihak Kementerian Yang

Berhormat bahawa setiap jalan raya seperti Lebuhraya Teberau ini

mampu untuk mengawal perjalanan lalulintas secara tersusun, licin

dan juga efisien, iaitu adakah Lebuhraya ini dibuat berpandukan

kepada cadangan untuk melaksanakan traffic dispersal system di Johor

Bahru?

Tuan Kerk Choo Ting: Tuan Yang di-pertua, memandangkan

pertumbuhan yang pesat di Johor Bahru dari sehari ke sehari, selepas

pakej Jalan Tebrau itu disiapkan, mungkin ini tidak dapat mengatasi

kesesakan lalulintas pada masa itu. Oleh sebab itu, Kementerian

saya telah mengambil beberapa tindakan untuk menyelesaikan perkara

ini. Salah satu langkahnya ialah mengadakan. satu projek pintu

keluar ks Singapura. Mengikut keadaan sekarang ia tidak mampu

menampuag isipadu trafik yang tinggi oleh sebab terdapat tiga lorong

imigresen di pintu keluar ke Singapura, tiga lorong untuk bas dan

lori kosong, satu lorong untuk motosikal, sembilan lorong untuk

kereta.

Page 4: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 3 -

Projek yang kita akan buat itu adalah satu Pejabat Imigresen

yang baru terletak di antara rezab landasan KTM dan Jalan Tun Abdul

Rasak. Projek pertama adalah seperti berikut:-

(i) Pembinaan sebuah bangunan baru Pusat Pemeriksaan Imigresen

dua tingkat berhawa dingin bagi penumpang bas yang akan

mempunyai Lorong pemeriksaan imigresen sebanyak 20 lorong;

dan

(ii) satu tempat letak bas yang teratur;

(iii) lorong pemeriksaan motosikal ditambah daripada satu lorong

kepada sepuluh;

(iv) membina semula Lorong pemeriksaan kereta dari sembilan

Di bawah projek yang kedua kita akan mengadakan:-

(i) satu jalan lingkaran dalaman Johor bahru dan cadangan

jalan ini bermula dari persimpangan Jalan Abu Bakar, Jalan

Abdul Samad, dan mengikut Jalan Abdul Samad yang sedia ada

sehingga Jalan Tengku Puteri, mengikut Jalan Tengku Puteri

dan Jalan Yusof Taha, Jalan Teranggong Ahmad, Jalan Wahdi

Hasan, menyeberangi Jalan Tun Abdul Razak, melalui Jalan

Sekolah Arab, menyeberangi Jalan Teberau dan hingga sampai

ke Jalan Bukit Meidrum. Ini akan dimulakan dan peruntukan

pun sudah diadakan; sekarang ini di dalam tindakan Pejabat

Tanah untuk mengambilbalik tanah.

Dengan itu, kita yakin kesesakan lalulintas di Johor Bahru boleh

diperelokkan lagi.

Page 5: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.1211.92 - 4 -

Tuan Fong Kui Lun: Tuan Yang di-Pertua, soalan. tambahan. Saya

ingin bertanya yang Berhormat Timbalan Menteri, berapakah jumlah

anggaran, kenderaan yang akan menggunakan Lebuhraya Teberau dalam

satu masa dan apakah Kerajaan pasti bahawa pembinaan Lebuhraya

Teberau akan mengakhiri kesesakan lalulintas kerana berdasarkan apa

yang berlaku di Expressway Jalan Cheras, sekarang ini kesesakan

Lalulintas di sepanjang Jalan Cheras masih berterusan, meskipun

dahulu Kerajaan pernah memberi jaminan bahawa tidak akan berlaku

kesesakan. Jadi, apakah Lebuhraya Teberau akan terkecuali?

Tuan Kerk Choo Ting; Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan

Jalan Cheras, itu adalah terkeluar daripada soalan pokok; saya tidak

ingin menjawabnya.

Berkenaan dengan Jalan Teberau, saya telah menjawabnya tadi

bahawa Kementerian saya mempunyai beberapa program dan projek untuk

menyelesaikannya.

Pada setakat ini lebih kurang 70,000 buah kenderaan melalui

Jalan Tebrau pada 'peak hours' dan oleh sebab itu kita haruslah

mengadakan suatu jalan lingkaran dalam di Johor Bahru supaya

trafik-trafik itu dapat diagihkan kepada jalan yang lain. Dengan

itu, kita yakin perkara ini tidak akan seteruk seperti Jalan Cheras.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Barhormat Tuan Haji Mohamad bin Sabu.

[Soalan No. 2 Y.B. Tuan Haji Mohamed bin Sabu tidak hadir]

Page 6: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 5 -

KEGELINCIRAN KERETAPI - LANGKAH MENGATASI

3. Tuan Nasruddin bin Haji Alang Saidin minta MenteriPengangkutanmenyatakan:-

(a) berapakah jumlah kejadian keretapi tergelincir daripadalandasan berlaku sejak awal 1991 sehingga September,1991. Di manakah kejadian-kejadian ini berlaku;

(b) adakah kejadian ini disebabkan sabotaj, sekiranya benarapakah langkah yang telah diambil; dan

(c) apakah tindakan yang telah dan akan diambil olehKementerian untuk mengelakkan peristiwa itu daripadaberulang.

Timbalan Menteri Pengangkutan [Datin paduka Hajah Zaleha binti

Ismail]: Tuan Yang di-Pertua,

(a) Dua puluh Lapan kegelinciran berlaku sejak Januari 1991

sehingga September, 1991. Kejadian-kejadian tersebut

berlaku di beberapa tempat termasuklah di Sungai Buloh,

Chemor, Bukit Berapit, Batu Gajah, Kuala Kangsar, Rawang,

Seremban, Tasek, Bukit Mertajam dan Bahau.

(b) Hasil penyiasatan ke atas kegelinciran-kegelinciran yang

lalu menunjukkan ianya tidak ada disebabkan oleh sabotage,

dengan ini.

Page 7: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 6 -

(c) Kerja-kerja yang telah dan sedang diambil oleh KTM Bhd,

bagi mencegah kegelinciran keretapi adalah seperti

berikut:-

(ii) gerabak dan koc yang telah lanjut asianya atau

prestasi mekanismanya tidak memuaskan. akan digantikan

secara berperingkat;

( iii) mengadakan Latihan untuk meningkatkan kemahiran di

kalangan para pegawai dan kakitangan.

Page 8: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR 12.11.92 - 7 -

Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: -Tuan Yang di-pertua, soalan

tambahan. Soalan saya pada Yang Berhormat Timbalan Menteri ialah

adakah Kerajaan mempunyai data mempertunjukkan perbandingan

kemalangan keretapi ini di negara kita kalau dibandingkan dengan

negara-negara Lain yang menggunakan perkhidmatan keretapi? Dan

adakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya

kejadian ini tidak berlaku di negara ini dan meminta negara lain

menolong kita supaya perkara ini tidak berlaku dan kradibiliti

keretapi ini boleh diselamatkan.

Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail: Tuan Yang di-Pertua,

pada masa ini saya tidak ada data perbandingan dengan negara-aegara

lain mengenai kegeliciraan.

Mengenai mempelajari apa yang berlaku di negara-negara lain,

ini sentiasa kita laksanakan dengan menghadiri seminar-seminar yang

dianjurkan di peringkat antarabangsa dan juga di peringkat

serantau. Itu yang kita lakukan, dan seringkali kita juga mendapat-

kan pandangan-pandangan dan pendapat-pendapat mereka yang mempunyai

kepakaran dalam perkara ini.

Puan Lim Lay Hoon: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Saya ingin hendak bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri apakah

dengan kekerapan kejadian kegelinciran ini dapat menjejaskan

kepercayaan masyarakat terhadap kualiti perkhidmatan KTM?

Page 9: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR 12.11.92 - 8 -

Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail: Tuan Yang di-Pertua,

mengikut bilangan penumpang yang teras menaiki keretapi ternyata

ianya tidak terjejas.

SKANDAL MAIXA HOLDIGS - HASIL SIASATAN

4. Tuan Lim Guan Eng minta Perdana Menteri menyatakan mengenaiskandal MAIKA:

(a) mengapakah Datuk S. Samy Vellu tidak digantungkerja memandangkan beliau disiasat oleh BPR;

(b) adalah jawatankuasa Kabinet mengenaipenyelewengan yang dipengerusikan oleh YangBerhormat Menteri Kewangan tidak berkesanmemandangkan tidak ada tindakan diambil dalamskandal MAIKA Holdings ini; dan

(c) hasil siasatan dan tindakan polis dalamlaporan polis yang dibuat ke atas pemimpin-pemimpin MIC yang memukul pemegang saham MAIKAseperti ADUN Selangor S. Sivalingam di depanIbupejabat MAIKA pada 13.5.1992, S. Sivalingamsekali lagi bersama dengan ahli EXCO NegeriSelangor Datuk T.M. Thurai dan ADUN SelangorS. Sellathevar. mengancam perhimpunan pemegangsaham di Port Klang pada 31.5.1992 sehinggamemaksa ia dibatalkan dan seorang pemimpinnegeri Perak DAP Encik Rajamanickam dipukuloleh samseng 10 di Sungai Siput pada15.6.1992.

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri [Tuan Othman

bin Abdul]: Tuan. Yang di-Pertua,

(a) Seperti yang telah saya jelaskan sebelum ini bahawa

selesai siasatan masih dijalankan, Menteri berkenaan belum

dibuktikan. bersalah dan dengan demikian, Ahli Yang

Page 10: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR 12.11.92 - 9 -

Berhormat tersebut adalah dianggap tidak bersalah dan di

sisi undang-undang. Tambah lagi, Tidak ada peruntukan

undang-undang yang membolehkan seorang Menteri yang sedang

disiasat, digantung kerjanya.

(b) untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, bidangtugas Jawatan—

kuasa Kabinet mengenai Pengurusan Kerajaan ini hanya

bertumpu kepada isu-isu yang berkaitan dengan prosedur

dan sistem pengurusan di agensi-agensi sektor awam

sahaja. Memandangkan MAIKA Holdings bukan nerupakan

agensi sektor awam, maka isu yang berkaitan dengan MAIKA

holding adalah di luar bidangkuasa Jawatankuasa ini.

( c ) p a d a 13.5.1992,pihak Polis telah menerima aduan yang

Cahaya telah menyerang beberapa orang pemegang saham

MAIKA di depan pejabat MAIKA. Kes ini masih lagi di

dalam siasatan Polis.

(ii) pada 31.5.1992,ahli-ahli MIC dilaporkan telah

membuat bising sebelum dan semasa DAP? mengadakan

ceramah di Dewan Thiruvalluvar. Pihak Polis telah

berjaya mengawal keadaan dan tiada sebarang tangkapan dilakukan

(iii) polis telah menerima aduan

daripada seorang lelaki India Rajamanickam a/1 Raman

yang mendakwa beliau telah ditumbuk. Polis telahpun

selesai menjalankan siasatan dan ianya telah dirujuk

kepada Jabatan Peguam Negara untuk mendapat pandangan

dan ulasan selanjutnya.

Page 11: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR 12.11.92 - 10 -

Tuan Haji Sukri bin Haji Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, soalan

tambahan. Soalan pertama, apakah jaminan yang dapat diberikan olah

pihak Kerajaan. terhadap kebebasan penyiasatan yang akan dilakukan

oleh BPR memadangkan Yang berhormat Menteri berkenaan adalah

seorang Jemaah Menteri dan BPR terletak di bawah Jabatan Peguam

Negara dan Jabatan. Peguam Negara dikawal oleh Jabatan Perdana

Menteri? Apakah jaminan bahawa suatu penyiasatan bebas dapat

dijalankan?

Yang keduanya, kita dengar tiap-tiap kali mesyuarat MIC baling

kerusi dan sebagainya, Police report dibuat - banyak kali kita sudah

dengar, bukan sekali. Dan baru-baru ini kita dengar suatu kenyataan

yang dibuat oleh Ketua Polis Negara bahawa terdapat orang-orang

politik yang cuba mengambil undang-undang di dalam tangannya dan

tidak patuh kepada undang-undang. Soalan saya, berapa kes terhadap

kekacauan yang dilakukan oleh ahli-ahli MIC setakat ini yang dibawa

ke mahkamah?

Yang kedua, apakah benar bahawa terdapat,..,

Tuan Haji Sukri bin Haji Mohamed: Tidak boleh curi sedikit!

[Ketawa]

Tuan Othman bin Abdul: Terima kasih Yang Berhormat dari Kok

Lanas. Pertama, saya sudah menjelaskan juga di dalam Dewan yang

mulia ini bahawa dalam siasatan ini, pihak Kerajaan tidak akan

Page 12: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR 12.11.92 - 11 -

melakukan cover-up. Saya sudah jelaskan di dalam Dewan ini semasa

menjawab soalan Yang Berhormat dari Seberang Jaya yaug bertanyakan.

soalan ini. Kalau kita lihat bahawa penyiasatan ini telah sampai

ke peringkat yang terakhir apabila yang Berhormat Mentari berkenaan

telahpun dipanggil olah pihak BPR untuk menjalankan siasatan

terhadap diri Yang Berhormat Menteri sendiri, Ini bermakna sudah

sampai kepada peringkat yang terakhir penyiasatan. itu dan kalau kita

hendak menutup kes ini dari awal lagi kita mengarahkan BPR supaya

tidak menyiasat kes ini dan tutup sahaja fail - itu mudah. Jadi

sekarang kita sudah sampai ke peringkat terakhir, insya Allah, saya

menyatakan dan memberi pengakuan bahawa Kerajaan akan memberikan

kebebasan yang luas kepada BPR untuk menyiasat sesiapa sahaja -

Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan siapa sahaja -

yang bersalah yang didapati.melakukan rasuah untuk mengambil

tindakan selanjutnya.

Mengenai yang kedua dalam mesyuarat-mesyuarat MIC, Yang

Berhormat bertanyakan berapa kes? Ini saya tidak dapat memberikan

jawapan kerana saya tidak ada jumlah kes yang disimpan atau diberi-

kan kepada saya mengenai kes mesyuarat yang bergaduh ini, mungkin

mesyuarat 46 pun akan bergaduh juga.

Page 13: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 12 -

Tuan Lim Guau Eng: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bertanya

Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, adakan. besar bahawa pihak

kerajaan, khususnya yang Amat Berhormat Perdana Menteri, tidak

berani mengambil tindakan untuk menggantung yang Berhormat Menteri

Tenaga, Telekom dan Pos selepas disiasat oleh BPR, kerana Yang

Berhormat Presiden MIC ini telah membuat satu pengumuman di mana

beliau mengancam atau mengugut bahawa kalau beliau diambil tindakan,

beliau akan membongkarkan semua skandal UMNO di mana mereka diberi-

kan saham sepertimana.....

Beberapa Ahli: [Boo]

Tuan Lim Guan Eng: ,.. .sepertimana yang diberikan dalam MAIKA

Holdings, dan ini telah dibuat dalam kerapen MIC. Saya rasa Yang

Berhormat Menteri tidak berani menafikan.....

Page 14: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.l2.11.92 - 13 -

Dato' Seri S. Samy vellu;[Menyampuk] [Ketawa]

Tuan Lim Guan Eng: Yang kedua, Tuan Yang di-Pertua,..

Dato' Seri S. Samy Vellu: Penipu!

Tuan Yang di-Pertua:Jangan kata begitu Yang Berhormat.

Dato' Seri S. Samy Vellu[Menyampuk]

Tuan Lim Guan Eng: Bolehkah Tuan Yang di-Pertua minta dia

jangan bising?

Tuan Yang di-Pertua:Tidak Yang Berhormat, dia kata semua

penipu. Jadi semualah. [Ketawa] Yang Berhormat, cukup-cukup! Sila

teruskan soalan kedua.

Tuan Lim Guan Eng:Dia penipu, samalah.

Tuan Yang di-Pertua:Sila teruskan Yang Berhormat,

Tuan Lim Guan Eng: Yang kedua, Tuan Yang di-Pertua, saya

hendak bertanya sama ada pihak Kerajaan sedar bahawa Yang Berhormat

Menteri Tenaga, Telekom dan Pos telah menyatakan bahawa skandal

MAIKA ini bukanlah satu skandal kerana saham bukanlah diberikan

kepada MAIKA Holdings tetapi hanya kepada MIC khususnya beliau

sendiri. Sama ada ini benar atau tidak kerana Pengerusi MAIKA

Holdings iaitu Tan Sri G, Pasamanickam telah menyatakan bahawa

saham-saham STM ini diberikan kepada MAIKA Holdings dan bukan kepada

MIC seperti juga satu pengumuman yang dibuat oleh Yang Berhormat.

Menteri. Saya hendak tahu sama ada Yang Berhormat Menteri ini

pembohong atau tidak.

Page 15: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.l2.1l.92 - 14 -

Tuan Othman bin Abdul: Terima kasih berhormat. bagi

soalan pertama saya telah menyebutkan bahawa tidak ada peraturan

atau undang-undang untuk menggantung Yang Berhormat Menteri

sedangkan dia masih disiasat. Saya berasa hairan mengapa pihak

Pembangkang selalu menyoalkan Menteri yang sedang disiasat untuk.

digantung sedangkan yang sedang dibicarakan ;idak mahu digantung.

Di Sabah sedang dibicarakan. Kawan! Bila sudah kawan baik tidak

payah gantung. Cuba soal yang ini sama, hebat. Cuba buat soalan

digantung seorang Ketua Menteri yang sedang dibicarakan kerana

rasuah, kita sokonglah.

Saya hendak menyatakan kepada Yang berhormat bahawa dalam UMNO,

Yang Berhormat atau lain-lain sesiapa sahajalah yang hendak

mencungkil, mencari skandal-skandal saham, terbuka, bebas untuk

disiasat. Ini adalah merupakan satu keadaan dalam UMNO kalau hendak

dicari bolehlah kita mencari. Kalau hendak dikatakan skandal boleh

cari skandal, UMNO sebagai sebuah parti politik yang "terbuka dan

bersedia untuk disiasat dan tidak ada kaitan di antara ugutan

Menteri kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Yang keduanya saya hendak sebutkan sama ada Menteri berbohong

atau tidak, saya hendak menjelaskan bahawa saham yang diberikan

kepada MAIKA Holdings adalah diberikan untuk masyarakat: India

melalui MAIKA Holdings. Itu sahaja. [Ketawa]

Page 16: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 15 -

REKAAN DAN PENEMUAN UNIVERSITI/SEKOLAH - PENJUALAN KEPADA SWASTA

5. Puan Hajah Rakibah binti Haji Abdul Manap minta MenteriPendidikan menyatakan adakah pihak universiti dan sekolah bolehmenjual salinan (3lueprint) rekaan atau penemuan yang merekamemperolehi semasa mereka membuat kajian kepada pihak swasta sebagaipendapatan sampingan kepada universiti dan sekolah yang berkenaandan juga mereka yang telah bekerja kuat; untuknya,

Timbalan Menteri Pendidikan [Dr. Fong Chan Onn]: Tuan Yang

di-Pertua..

Beberapa Ahli:[Menyampuk]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, minta bertenang. Sila

jawab.

Dr. Fong Chan Onn: Kementerian Pendidikan tidak menghalang

pihak universiti atau sekolah dari menjual rekaan atau penemuan

mereka bagi mendapatkan pendapatan sampingan malah Kementerian

Pendidikan menggalakkan mereka menjalankan Penyelidikan dan

Pembangunan (R & D). Walau bagaimanapun, persetujuan perlu didapati

daripada pihak yang membiayai projek tersebut,

Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Tuan Yang di-Pertua, soalan

tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri satu

soalan. Yang pertama ialah adakah benar kalau saya katakan pihak

yang menyelidik ataupun reseachers dalam universiti-universiti

Page 17: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR. 12.11.92 - 16 -

adalah pihak yang tidak mendapat insentif dalam satu institusi-

institusi yang tertentu? Yang kedua, adakah benar facilities untuk

research di universiti-universiti tidak mendapat:layanan atau

peruntukan tertentu, munasabah atau berpatutan daripada pihak

Kerajaan?

Dr. Fong Chan Onn: Tuan Yang di-Pertua, dakwaan bahawa para

penyelidik di universiti tempatan tidak diberi galakan untuk

menjalankan tugas penyelidikan dan pembangunan mereka adalah

langsung tidak benar, Malah universiti "tempatan selalunya memberi

perhatian yang cukup supaya semua pensyarah-pensyarah digalakkan

untuk menjalankan tugas penyelidikan mereka.

Di antara insentif-insentif yang universiti tempatanmemberi

kepada mereka ialah setiap pensyarah diberi cuti penyelidikan supaya

universiii atau kampus dan dalam masa yang sama mereka boleh

menjalankan tugas mereka di mana-tnana pun dan mereka diberi gaji dan

elaun-elaun yang cukup supaya mereka boleh menjalankan tugas mereka.

Selain daripada itu kita juga ada peruntukan untuk memberi cuti

sabatikal untuk memberi sokongan kewangan kepada mereka.

Soalan kedua tentang facilicty. Memang dari segi keseluruhannya

oleh kerana peruntukan yang terhad di bawah Kementerian Pendidikan,

kalau kita bandingkan dengan universiti-universiti di negara yang

maju, facility di universiti tempatan ini memang tidak boleh

dibandingkan. Namun demikian, dengan peruntukan yang kita ada

Page 18: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 17 -

selalunya mengemaskinikan peralatan dan kemudahan. di universiti-

universiti tempatan, contohnya komputer dan sebagainya, supaya

pensyarah-pensyarah boleh menjalankan tugas mereka dengan licin.

Saya ingin menerangkan di sini setiap tahun universiti-

universiti tempatan diperuntukkan satu peruntukan yang cukup untuk

memberi sokongan kepada pensyarah. Ini adalah di bawah & D

jangka masa pendek dan R & D jangka masa panjang.

Tuan Nasruddin bin Haji Alang Saidin: Tuan Yang di-Pertua,

soalan tambahan. Sebagaimana yang kita difahamkan bahawa banyak

insentif diberikan kepada universiti tempatan dan juga diberitahu

ada peruntukan yang cukup. Berapa banyakkah jumlah peruntukan yang

diberi kepada tiap-tiap universiti dan juga berapa banyak sudah

kajian dan penemuan yang telah dicapai pada tahun-tahun lepas yang

boleh kita banggakan bersama.

Dr. Fong Chan Onn: Tuan Yang di-Pertua, sebagai contohlah.

Dalam Belanjawan 1993 setiap universiti diperuntukkan $l juta untuk

memberi sokongan kepada pensyarah-pensyarah mereka untuk menjalankan

projek penyelidikan jangka masa pendek. Ini sebagai satu contoh.

Ada juga peruntukan yang lain untuk memberi sokongan kepada

pensyarah-pensyarah untuk menjalankan penyelidikan projek jangka

masa panjang.

Page 19: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 18 -

Selain daripada itu juga seperti saya telah terangkan kita juga

memberi kemudahan seperti cuci sabacikal, cuci penyelidikan dan

sebagainya.

KAPAL PERANG NUKLEAR AMERIKA SYARIKAT - KEBAKARAN DI SELAT MELAKA

6. Tuan Ibrahim bin Pateh Mohamad minta Menteri Pertahananmenyatakan:

(a) mengapakah Kerajaan Malaysia masih tidak mengambiltindakan yang tegas terhadap kebakaran di sebuah kapalperang Amerika Syarikat yang membawa bahan nuklear diSelat Melaka beberapa tahun lalu. Apakah Kerajaan akanmengeluarkan laporan yang lengkap untuk makluman orangramai tentang bahaya peristiwa itu;

(b) apakah benar Kerajaan tidak mengambil tindakan tegas yangsewajarnya kerana masih mengharapkan tentera AmerikaSyarikat lebih menggunakan kemudahan pengkalan yangdisediakan oleh Kerajaan Malaysia, walaupun ini jelasbertentangan dengan pendirian Kerajaan Malaysia dahuluuntuk mewujudkan sebuah kawasan yang aman, bebas danberkecuali (ZOPFAN) tanpa senjata nuklear di rantau AsiaTenggara; dan

(c) apakah ini menyebabkan Kerajaan Malaysia menyetujui usahaKerajaan Singapura untuk menyediakan kemudahan pengkalantentera di Pulau itu walaupun jelas bertentangan dengancita-cita ZOPFAN dan mengancam rakyat Malaysia jikaberlakunya sebarang kemalangan.

Timbalan -Menteri Pertahanan [Dato' Wan Abu Bakar bin Wan

Mohamed]: Tuan Yang di-Pertua,

(s) Setakat pengetahuan Kementerian Pertahanan sehingga kini

tiada terdapat sebarang kebakaran kapal perang nuklear

Amerika Syarikat yang berlaku di Selat Melaka.

Page 20: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.U.92 - 19 -

(b) Ingin saya menjelaskan sekali. lagi di Dewan yang mulia ini

bahawa Kerajaan Malaysia telah hanya menawarkan kepada

Tentera Laut Amerika Syarikat kemudahan baikpulih yang

"terdapat di Lindungan Lumut. Tawaran ini telah dibuat

berasaskan prinsip ekonomi dan perniagaan. Penawaran

penggunaan kemudahan-kemudahan ini tidak bertentangan

dengan konsep ZOFFAN,

(c) Kerajaan Malaysia tidak mempunyai sebarang halangan di.

atas keputusan Kerajaan Singapura untuk memberikan

kemudahan perkhidmatan memperbaiki. kapal-kapal perang

Amerika Syarikat di pengkalan-pengkalan Tentera Laut dan

Udara Singapura. Kerajaan Malaysia telah menyatakan

pendiriannya secara jelas dia tidak akan bersetuju

sekiranya Singapura dijadikan pengkalan tentera Amerika

Syarikat yang kekal.

Dr. Kua Kia Soong: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya

ingin tahu tiap-tiap kali kapal-kapal perang masuk ke perairan

Malaysia di Selat Melaka adakah pemeriksaan dibuat oleh Kerajaan

Malaysia untuk memastikan adakah kapal-kapal tersebut membawa

bahan-bahan nuklear ataupun senjata nuklear, Kalau tiada, adakah

ketidakdaya-upayaan kita oleh kerana Dr. Mahathir telah menanda-

iangani satu perjanjian sulit.,.

Tuan Yang di-Pertua:Jangan sebut nama, Yang Berhormat.

Page 21: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 20 -

Dr. Kua Kia Soong: Perdana Menteri, pada masa itu dengan

Caspar Weinberger iaitu Secretary of State pada tahun 1984. Kalau

tiada, apa guna Kerajaan tiap-tiap kali mengambil satu posture yang

begitu garang terhadap Amerika Syarikat dan negara-negara asing,

tetapi realitinya kita tidak buat apa.

Tuan Yang di-Pertua:Soalnya?

Dr. Kua Kia Soong: Soalnya, kenapa?

Tuan yang di-Pertua: Ya, sila. Nampaknya tiada soalan, dia

beritahu sahaja. [Ketawa]

Page 22: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 21 -

Dato' Wan Abu Bakar bin Wan Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, jika

kapal-kapal negara asing atau mana-mana juga kapal melalui perairan

antarabangsa di Selat Melaka ini, pada pandangan saya, kita tidak

mempunyai hak untuk memeriksa, Jika sekiranya kapal-kapal ini masuk

menceroboh ke perairan kita di Selat Melaka, barulah kita boleh

memeriksa. Jadi, soalan Yang Berhormat tadi tidaklah timbul oleh

kerana perkara seperti tidak berlaku.

Tuan Haji Abdul Hadi bin Haji Awang: Tuan Yang di-Pertua,

soalan tambahan kepada (b). Adakah dikecualikan kapal-kapal yang

membawa senjata nuklear dan kapal-kapal yang terlibat dengan

mana-mana operasi peperangan seperti perang Teluk, ataupun tidak

dikecualikan?

Dato' Wan Abu Bakar bin Wan Mohamed: Tuan Yang di-Pertua,

limbungan ini yang menjalankan perniagaaanya berasaskan norma-norma

perniagaan dan perdagangan, kita akan membaiki kapal-kapal yang

datang atau berlabuh di limbungan ini, tetapi kita juga mempunyai

hak untuk menolak mana-mana kapal ataupun pengguna yang jelas tidak

sesuai dengan ciri-ciri atau norma-norma kehidupan kita, umpamanya

kapal yang mempunyai bahan nuklear dan sebagainya. Jadi, ini

terpulang kepada kita untuk menerima ataupun menolak dalam bentuk

apa juga yang kita fikir tidak sesuai.

KES TERTANGGUH DI MAHKAMAH

7. Dato' Haji Mohd. Zihin bin haji Mohd. Hassan minta MenteriUndang-undang menyatakan apakah usaha-usaha yang telah, sedang danakan diambil supaya kes-kes di semua Mahkamah tidak tertangguhbegitu lama yang mana kadangkala orang-orang yang menuntut: sudahpunmeninggal dunia yang mana kes-kes itu terpaksa dituntut olehwaris-waris yang membawa kepada kesusahan daripada keadilan( ]ustice) .

Page 23: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

D R . 1 2 . 1 l . 9 2 - 22 -

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri [Tuan Douglas

Uggah Embas]: Tuan Yang di-Pertua, Kera jaan t e l a h mengambil langkah

untuk mengatas i kes-kes tertangguh di mahkamah-mahkamah. Di

antaranya ialah dengan melantik lebih ramai lagi Hakim Mahkamah

Tinggi , Pesu ruh jaya Kehakiman, Hakim Mahkamah Sesyen dan M a j i s t r e t .

Sehingga kini bilangan rnereka adalah seper t i ber ikut :

Hakim Mahkamah Tinggi - 41 orang

Pesuruhjaya Kehakiman - 14 orang

Hakim Mahkamah Sesyen - 60 orang

Maj iss t rea t - 151 orang

Selaras dengan penambahan bilangan Hakim mahkamah Tinggi,

Pesuruhjaya Kehakiman, Hakim Mahkamah Sesyen dan M a j i s t r e t t e r s ebu t ,

Kerajaan telah membangunkan lebih banyak mahkamah bagi menempatkan

para Hakim dan M a j i s t r e t .

Pembinaan bangunan mahkamah baru juga adalah ber tujuan untuk

menempat.kan semula mahkamah yang selama ini ditempatkan di bangunan

yang sangat usang. Langkah K e r a j a a n se lan ju tnya ialah melantik

lebih ramai lagi kakitangan pembantu di mahkamah, khususnya

Se t iausaha kepada Hakim., Jurubahasa , Pegawai Kerani dan Juruta ip .

Penambahan bi langan kak i t angan tersebut d a p a t m e m b a n t u

mempercepatkan lagi pendengaran kes-kes dan penyediaan no ta

keterangan dan alasan perhakiman yang d i p e r l u k a n segi penyed iaan

rekod r ayuan . Jumlah j awa tan baru yang d i lu luskan pada tahun

1991/1992 ada l ah sebanyak 230 o rang .

Page 24: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 23 -

Kerajaan juga telah membekalkan peralatan moden di

mahkamah-mahkamah seperti alat komputer, mesin rax, mesin fotostat

dan kelengkapan pejabat yang lain.Badan Kehakiman juga dengan

kerjasama pihak-pihak tartentu sedang dalam proses mengemaskinikan

kaedah-kaedah dan prosedur-prosedur mahkamah dengan tujuan supaya

kas-kes dapat diselesaikan dengan lebih awal.

Tuan Yang di-Pertua, kelewatan mendengar kes-kes bukan

disebabkan pihak mahkamah sahaja. Kajian telah dibuat menunjukkan

bahawa punca-punca kes-kes tertangguh adalah seperti berikut:

(a) Bagi kes-kes sivil:

(i) ditangguhkan atas permohonan Peguam Plaintif adalah

50.3%;

(ii) ditangguhkan atas permohonan Peguam Persekutuan adalah

2.4%;

(iii) ditangguh atas permohonan Plaintif adalah 4.5%;

(iv) ditangguh atas permohonan Defendan adalah 5.3%;

(v) ditangguh atas permohonan Peguam Defendan adalah

(vi) ditangguh oleh Mahkamah adalah 13.6%;

Dapat dilihat di sini bahawa penangguhan yang disebabkan oleh

permohonan kedua-dua peguam Plaintif dan Defendan adalah sebanyak

74%.

(b) Bagi kes-kes jenayah:

(i) ditangguhkan atas permohonan Peguambela adalah 24.3%;

(ii) ditangguhkan oleh mahkamah 23.5%;

(iv) ditangguhkan atas permohonan Pegawai Pendakwa 13.4%;

(v) ditangguh atas permohonan orang yang dituduh 12.1%;

(vi) ditangguh atas permohonan saksi 6.1%.

Page 25: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

D R . 1 2 . 9 2 - 24 -

Dari perangkaan di atas adalah jeLas menmunjukkan bahawa

mahkamah bukanlah faktor utama yang menyebabkan kes-kes ditangguh.

Tuan Haji Ishak bin Arshad: Tuan Yang di-Pertua, soalan

tambahan. Saya ingin mengetahui danpada jumlah yang disebutkan

tadi, kalau dalam bentuk jumlahnya berapa? Tadi dalam bentuk

peratus. Sebenarnya, bolehkan kita mendapatkan maklumat dari segi

jumlahnya?

Kedua, berasaskan daripada perubahan-perubahan yang disebut

oleh Yang Berhormat tadi, bilakah pihak Kementerian menjangka bahawa

mamsalah kes-kes yang tertangguh ini akan dapat diselesaikan.

Tuan Douglas Uggah Embas: Tuan Yang di-Pertua, bagi soalan

yang pertama, saya tidak ada angka-angka ysng terperinci. Kalau

Yang Berhormat hendak, saya boleh berikan secara bertulis.

Soalan yang kedua, bila kesan akan dilihat, Kesan ini akan

mula dapat dilihat apabila kita melibat dari segi kes ysng

tertangguh. Misalnya di Mahkamah Sesyen pada Disember, 1991 ads

88,490 kes tertangguh dan ini telah dapat dikurangkan kepada 54,500

pada masa sekarang.

Tuan R. Karpal Singh: Tuan Yang di-Pertua, di antara

langkah-langkah yang d i a m b i l oleh Kerajaan untuk mengatasi masalah

backlog of cases, dengan izin, dengan mengadakan perlantikan

Pesuruhjaya Kehakiman dan hakim-hakim . Adakah Kerajaan membenarkan

baru-bara ini t i d a k layak untuk dilantik oleh kerana peruntukan

dalam Perlembagaan kita adalah seorang Peguam atau seorang yang ada

dalam legal atau judicial service , dengan izin , harus ada pengalaman

Page 26: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DP.12.11.92 - 25 -

10 tahun. Jikalau tidak ada pengalaman 10 tahun sebagai Peguam atau

sebagai seorang Pegawai dalam legal atau judicial Service, dengan

izin, atau satu bahagian atau lain, tetapi jumlahnya 10 tahun,

adalah Kerajaan sedar bahawa ada seorang Hakim dan dua Pesuruhjaya

Kehakiman yang tidak layak. Ini merbahaya oleh kerana kuasa yang

ada diberi kepada Hakim dan juga Pesuruhjaya Kehakiman adalah untuk

mendengar kes-kes di mana ada mandatory death penalty. Jikalau

selepas orang telah digantung dan ada bukti melalui satu kesa dalam

Mahkamah Tinggi bahawa seorang Hakim atau Pesuruhjaya Kehakiman

yang telah memerintah orang itu digantung, itu jadi satu perkara

merbahaya. Adakah Kerajaan aedar apa yang terjadi baru-baru ini?

Kedua, oleh kerana Pesuruhjaya Kehakiman ada dilantik baru-baru

ini dan bukan Hakim-hakim, adakah ini Kerajaan hendak test seseorang

untuk mendapat tahu adakah orang ini pro-government dan selepas itu

diconfirm jawatannya. Adakah itu benar?

Tuan Douglas Uggah Embas: Tuan Yang di-Pertua, kita tahu Yang

Berhormat dari Jelutong memang sentiasa memandang serong kepada

apa-apa tindakan Kerajaan [Tepuk] mengenai masalah mahkamah ini.

Mengenai soalan pertama, kita akan meneliti tuduhan Yang Berhormat.

Mengenai andaian-andaian yang Yang Berhormat buat, itu saya tidak

perlu jawab.

Soalan kedua mengenai perlantikan Pesuruhjaya Kehakiman, kalau

saya tidak lupa perkara ini telahpun dibangkitkan oleh Yang

Berhormat beberapa kali dalam Dewan yang mulia ini dan Menteri

sendiripun telah jawab dan saya tidak ada perkara-perkara lain untuk

ditambah.

Page 27: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 26 -

PROJEK HIDRO-ELEKTRIK ULU REJANG - LAPORAN KAJIAN

3. Tuan Sim Kwang Yang minta Menteri Tenaga, Talekom dan Posmenyatakan adakah pihak SESCO sudah siap menyediakan laporan kajianterhadap projek hydro-elektrik di Ulu Rejang dan jika ya, sila beributir-butir yang berkenaan tentang projek HEP Rejang itu.

Menteri Tanaga, Telekom dan Pos [Dato' Seri S, Samy Vellu]:

Taan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kajian ke

atas pembangunan hidro di lembah Sungai Rejang bukanlah kajian pihak

Perbadanan perabekalan Letrik Sarawak (SESCO). Tetapi kajian ini

sedang dijalankan olah Kerajaan Pusat untuk mendapat tahu maklumat

yang lebih lanjut dan potensi projek tarsebut.

Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri telah ,melantik

juru perunding untuk menjalankan kaj ian tersebut. Kajian awal

menunjukkan Lembah Sungai Rejang mempunyai potensi hidro-elektrik

yang amat besar dan luas berdasarkan fakta-fakta topografi, geologi

dan hidrologi. Dalam kajian itu, empat kawasan telah dikenalpasti

yang boleh menjanakuasa elektrik hidro, seperti berikut:

(i) Kawasan Bakun - Dianggarkan dapat menjanakuasa

sebanyak 2,400 raw. tenaga elektrik dan kos projek

dianggarkan lebih kurang $12 bilion. Keraiaan

sedang menimbang semula untuk meneruskan projek

ini. Unit Perancang Ekonomi akan menyediakan.

suatu Kertas Jemaah Menteri bagi mendapat

keputusan,

Page 28: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92

(ii) Projek Murum - Dianggarkan dapat menjanakan 900

mw. tenaga elektrik dan kos projek adalah

sebanyak 51.7 bilion. Unit Perancang Ekonomi

sedang dalam proses untuk melantik sebuah firma

juru perunding untuk menjalankan kajian

kemungkinan. Kajian ini akan mengambii masa 2

tahun.

(iii) Projek Pelagus - Dianggarkan dapat menjanakuasa

sebanyak 770 mw. dan kos projek ini dianggarkan

sebanyak 52.6 bilion, Kaj ian kemungkinan pernah

dijalankan pada tahun 1981. Walau bagaimanapun,

keputusan untuk melaksanakan projek ini telah

ditangguhkan selepas didapati projek Bakun adalah

satu altematif yacg lebih baik.

(iv) Projek Baleh - Dianggarkan dapat menjanakuasa

sebanyak 950 mw. tenaga elektrik dan anggarkan

kos projek adalah $2.6 bilion. Kajian

kemungkinan belum lagi dijalankan, hanya lokasi

sahaja yang telah dikenalpasti.

Berdasrkan kajian-kajian yang saya sebutkan tadi, Kerajaan

berharap akan membuat keputusan mengenai pelaksanaannya.

Tuan Sim Kwang Yang: Tuan Yang di-Pertua, soalan nombor satu,

apakah dasar Kerajaan Pusat sekarang selepas power failure begitu

besar yang hampir mencacatkan bekalan kuasa elektrik di seluruh

Semenanjug Malaysia ini? Adakah dasar itu akan dikaji semula

supaya satu national grid dielakkan. Dan jika ya, bagaimanakah akan

Page 29: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.9: - 29 -

Selain daripada itu, ialah 2 X 500 mw turbine thermal akan,

dipasang di Sultan Abdul Aziz Power Station di Kapar, Saya percaya

ketiga-tiga projek ini bolah menjaga kepentingan pembekalan

alektrik.

Berkenaan dengan projek Bakun dan juga EIA, saya suka menjamin

kepada Ahli Yang Serhormat, sebelum kita menyiasat atau menjalankan

tiap-tiap projek itu, SIA akan disiapkan oleh Unit Perancang

Ekonomi. Selepas itu sahaja kita akan dapat kebenaran daripada

Jabatan Perdana Menteri untuk menjalankan projek.

Berkenaan dengan masalah penduduk-penduduk berhampiran dengan

kawasan-kawasan projek ini ianya mesti diambil kira. Selain dari-

pada gantirugi, pemberian tanah dan lain-lain boleh diatasi oleh

Kerajaan.

Tuan Ahmad Shukri bin Haji Hassan: Tuan Yang di-Pertua, soalan

tambahan. Setiap kali kita mencadangkan projek besar khususnya

dalam bidang elektrik, selalunya kita mendapat tentangan dan

rintangan daripada environmentalists yang didalangi oleh pihak

Barat. Nampaknya usaha mereka untuk menggagalkan perabangunan di

negara kita ini agak berjaya dengan bantuan kuncu-kuncu yang berada

di dalam negeri kita. Jadi, adakah Kerajaan semestinya tunduk

kepada golongan ini di dalam usaha kita untuk membangunkan negara

kita seperti apa yang telah berlaku di Bakun, Rejang? Dan juga saya

difahamkan bahawa kita telah membelanjakan, menambahkan paruntukan

yang begitu besar di Pergau kerana semata-mata kita tunduk kepada

kehendak environmentalists. Kita membelanja peruntukan yang besar

di Pergau jika dibandingkan dengan di Kenyir misalnya. Adakah kita

akan terus tunduk kepada kehendak environmentaLists ini, yang saya

Page 30: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 30 -

pasti adalah mengacau dan juga ada sabotaj terhadap pembangunan

negara kita.

Dato' Seri. S, Samy Vellu: Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil

perhatian apa dikatakan oieh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam soalan

tadi . Suka saya menjamin kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga

pihak-pihak yang telah tuduh-menuduh Kerajaan berkenaan dengan

Environmental Impact Assessment , dengan izin , bahawa Kerajaan

sendiri mengambil tindakan untuk mengadakan Environmental Impact

Assessment sebelum apa-apa projek dimulakan. Oleh kerana itu, apa-

apa tuduhan terhadap Kerajaan tidak ada erti.

PELEPASAN CUKAI BAGI ANAK-AHAKDI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

9. Tuan James Jimbun Anak Pungga minta Mentari Kewangan menyatakansama ada Kementeriannya akan memberi grant tax-relief bagi merekayang membayar cukai di maaa mereka telahpun membelanjakan jumlahwang yang banyak bagi menampung pelajaran anak-anak mereka keuniversiti tempatan dan luar negeri,

Timbalan Menteri Kewangan [Dato' Loke Yuen Yow]: Tuan Yang di-

Pertua, pada masa ini pelepasan cukai bagi anak-anak yang sedang

menuntut di institusi-institusi pengajian di dalam dan luar negeri

diperuntukkan di , dalam Akta Cukai Pendapatan 1967. Pelepasan cukai

ynag dibenarkan bagi anak-anak yang menuntut di luar negeri adalah

berdasarkan kepada perbelanjaan. sebenar atau setakat empat kali

ganda potongan cukai bagi anak-anak biasa iaitu S3,200, mengikut

mana yang lebih rendah. 3agi anak-anak yang belajar di institusi-

institusi pengajian tinggi di Malaysia dan Singapura pula, pelepasan

cukai yang dibeaarkar. adalah sebanyak S300 seorang sahaja iaitu

potongan bagi kanak-kanak biasa. Pelepasan cukai bagi anak-anak

adalah terhad untuk lima orang anak sahaja bagi satu keluarga atau-

pun pembayar cukai.

Page 31: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 31 -

BIRO PENGADUAN AWAM - ADUAN DARI RAKYAT MISKIN

10. Tuan Joseph Mauh anak Ikeh minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) setakat manakah kemampuan Biro Pengaduan Awam JabatanPerdana Menteri dalam menyelesaikan aduan dan masalahrakyat terutama rakyat yang miskin di kawaaan luar bandarbagi tempoh 1935 - 1991; dan

(b) apakah jenis kebanyakan kes-kas yang dihadapi oleh merekadan adakah kes-kes itu telah diselesaikan, jika belum,mengapa.

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri [Tuan Othman

bia Abdul]: Tuan Yang di-Pertua;

(a) Sejak penubuhannnya, Biro tidak pernah membezakan

aduan daripada orang miskin. ataupun orang kaya.

Namun begitu sejak bulan September, 1989 Biro

Pengaduan Awam telah memperkenalkan program Litaran

Biro Pengaduan Awam di mana pejabat harian di buka di

pusat-pusat tertentu di peringkat Daerah untuk

memudahkan rakyat luar bandar membuat aduan. Setakat

31 Disember, 1991, 65 buah stesen harian pernah

dibuka dan telah menerima sejumlah 880 aduan. Hampir

kesemua aduan itu telahpun diselesaikan. Kes-kes yang

(b) diterima di dalam Program Litaran boleh dikatakan

sama seperti kes-kes lain yang diterima oleh Biro.

Ini cerraasuklah aduan-aduan mengenai hal-hal

pentadb iran tanah, perumahan dan kemudahan awam ,

Saya ada senarai mengenai 20 kes ataupun masalah-masaLah yang

selalu ditanya kapada Biro mengikut keutamannya. Jika Yang

Berhormat hendak, saya boleh memberinya secara bertulis.

Page 32: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 32 -

PROJEK UTAMA KEBAJAAN - PERBELANJAAN MENJEJASKAN PEMBANGUNAN

11. Tuan Haji Sukri bin Haji Mohamed minta Perdana Menterimenyatakan sejauh manakah perbelanjaan untuk membeli senjata,membangunkan Lapangan Terbang Sepang dan menganjurkan Sukan Komanweltelah mengakibatkan pengurangan atau pembatalan peruntukan untukrancangan Kerajaan yang Lain, terutamanya untuk pembangunan luarbandar dan pendidikan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Raja Dato'

Ariffin bin Raja Sulaiman]: Tuan Yang di-Pertua, perbelanjaan

seperti yang disebut oleh Ahli Yang Berhormat merupakan projek-

projek yang diberi keutamaan oleh Kerajaan. Dalam hubungan ini,

Kerajaan sedang mengkaji projek-projek di bawah Rancangan Malaysia

Keenam untuk disusun serauia keutamaannya. Kerajaan akan mengekalkan

peruntukan pembangunan Rancangan Malaysia Keenam sebanyak $55,000

juta berasaskan kepada kemampuan penyerapan ekonomi negara bagi

memastikan pembangunan ekonotni terus berkembang tanpa kesan

aegatif. Sehubungan dengan ini projek-projak yang kurang keutamaan

atau tidak dapat dilaksanakan sebagaimana yang dirancangkan akan

ditangguhkan pelaksanaannya. Sukacita saya meyakinkan Ahli Yang

Berhormat bahawa penyusanan semula ini tidak akan menjejaskan

matlamat sosio-ekonomi yang ditetapkan di bawah Rancangan Malaysia

Keenam.

Tuan Haji Sukri bin Haji Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, soalan

tambahan. Serhubung dengan masalah pembelian senjata, saya telah

mengemukakan persoalan ini kepada Yang Berhormat Menteri Pertahanan,

bahawa Memorandum of Understanding, yang dibuat dengan Kerajaan

Britain telah merugikan negara kita kerana pesawat Hawk yang kita

beli itu harganya lebih mahal daripada apa yang dibayar oleh

Kerajaan Indonesia. Saya juga telah membangkitkan persoalan mengapa

Page 33: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 33 -

perkara ini tidak dibuat secara tender sebut harga. Beliau

mengatakan, kita mendapat keuntungan ekonomi daripada Memorandum

of Understanding tadi. Saya hendak tahu apakah keuntungan ekonomi

yang telah diperoiehi oleh Kerajaan Malaysia sebaik sahaja atau

selepas kita menandatangani Memorandum of Understanding dengan

Kerajaan Britain?

Keduanya adalah berhubung dengan Sukan Komanwel. Tawaran yang

dibuat oleh Adelaide dan negara-negara lain untuk tnengadakan suksn

Komanwel ini ialah bandaraya berkenaan akan mengeluarkan kewangan

untuk menganjurkan sukan berkenaan. Tetapi berlainan dengan

Malaysia, di mana kita menggunakan wang rakyat, wang Kerajaan,

seperti yang dimaklumkan oleh Menteri Belia dan Sukan bahawa $100

juta belanja awal telah dikeluarkan, Oleh kerana sukan ini di

adakan di Kuala Lumpur, mengapa kita tidak letakkan beban ini kepada

Bandaraya Kuala Lumpur untuk merabiayai keseluruhan sukan ini tanpa

melibatkan- wang Kerajaan.

Raja Dato' Ariffin bin Raja Sulaiman: Tuan Yang di-Pertua,

pertamanya mengenai masalah Memorandum of Understanding dengan

Britain berkenaan dengan pembelian senjata. Sepertimana yang

disebutkan oleh Yang Berhormat, perkara ini telah dibangkitkan

dengan Menteri Pertahanan dan telahpun mendapat jawapan. Jadi, saya

rasa apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri itu, saya

ingat setakat ini adalah mencukupi .

Keduanya adalah berkenaan dengan Sukan Komanwel. Saya ingat

Yang Berhormat pun ada menyebutkannya dari semasa ke semasa. Kita

tidak semestinya dalam melaksanakan sesuatu program di dalam negara

ini mengikut orang lain. Kalau di negara-negara lain, mereka

Page 34: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 34 -

memberikan kesempatan kepada bandar-bandar yang tertentu. Bagi kita

di Malaysia, kalau kita hendak buat satu program yang besar seperti

mengadakan Komanwel Games, kalau kita hendak adakan di tempat yang

lain daripada Kuala Lumpur , saya ingat pada masa ini tentulah tidak

wajar dan kalau kita serahkan kepada Kuala Lumpur sahaja untuk

menanggung tanggungan yang berkaitan dengan sukan Komanwel ini, saya

ingat adalah juga tidak wajar kerana Bandaraya Kuala Lumpur sendiri,

sepertimana yang kita sedia maklum, sudah tentu tidak mampu. Projek

yang kita buat ini adalah projek negara, dan hari ini program ini

diserahkan kepada Kerajaan di mana Yang Amat Berhormat Perdana

Menteri sendiri telahpun menjadi Pnngerusi. Jadi, kita ambil

kesempatan ini supaya pembangunan bukan sahaja untuk sekadar Kuala

Lumpur tetapi juga pembangunan negara keseluruhannya.

JURUBAHASA MAHKAMAH - KEKOSONGAN JAWATAN

12. Tuan Wong Wing On minta Menteri Undang-undang menyataksnsetakat ini bilangan kekosongan jawatan jurubahasa mahkamah yangmasih belum diisikan; juga nyatakan;-

(a) pecahan bilangan ini mengikut negeri; dan

(b) sebab-sebab yang mengakibatkan kekosongan tersebut tidakdapat diisikan.

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri [Tuan Douglas

Dggah Embas]: Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan:

(a) Bilangan kekosongan jawatan jurubahasa mahkamah yang belum

diisikan mengikut negeri-negeri adalah seperti berikut.

Tuan Yang di-Pertua: Banyakkah Yang berhormat?

Tuan Douglas Uggah Embas: Seraua negeri, Tuan Yang di-Pertua..

Boleh saya baca?

Page 35: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 35 -

Tuan Yang di-Pertua: Jikalau panjang sangat, tidah payahlah.

Tuan Douglas Uggah Embas: Tidak berapa panjang.

Tuan Yang di-Pertua: Baik.

Tuan Douglas Uggah Embas:

(a) Wilayah Persekutuan - 26; Kedah - 6; Melaka - 4; Pulau

Pinang - 11; Perak - 12; Sabah - 26; Sarawak - 15;

Johor - 7; Se langor - 23; Negeri Sembilan - 2;

Trengganu - 4; Kelantan - 9; Perlis - 4; Pahang - 2;

Jumlah - 151.

Disamping itu, bilangan kekosongan di atas adalah

termasuk Jurubahasa bagi Mahkamah Tinggi yang

berkuatkuasa 1.9.1992.

(b) Sebab-sebab yang mengakibatkan kekosongan tersebut tidak

dapat diisikan adalah seperti berikut:-

(i) kekurangan calon yang berminat, terutama jurubahasa

Cina;

(ii) kekosongan termasuk jawatan-jawatan kenaikan pangkat,

Pejabat Ketua Pendaftar sedang dalam proses urusan

kenaikan pangkat pada masa ini;

(iii) skim perkhidmatan tidak begitu menarik minat

calon-calon;

( iv) perletakkan jawatan kerana mendapat: jawatan yang

lebih baik.

Tuan Wong Wing On: Tuan Yang di-psrtua, soalan tambahan. Saya

difahamkan bahawa kekurangan Jurubahasa adalah menjadi begitu serius

sehingga ada mahkamah terpaksa mengupah Jurubahasa sementara dengan

Page 36: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR,12.11.92 - 36 -

gaji harian (on the daily salary basis) . Adakah ini benar? Jika

benar, adakah ia masih berterusan atau masih berlaku?

Kedua, saya diiahamkan bahawa salah satu sebabnya ialah kerana

Jurubahasa merasa kekurangan, job satisfiction, dengan izin, kerana

walaupun mereka berkemampuan tinggi dan memainkan satu peranan

penting dalam sebuah masyarakat yang berbilang kaum, tetapi mereka

masih tidak diiktirafkan sebagai profesional. Oleh itu adakah

Karajaan bercadang menubuhkan satu institut Jurubahasa Diraja

Malaysia yang melatih jurubahasa yang profesional, bukan sahaja

untuk mahkamah tetapi juga untuk perkhidmatan-perkhidmatan awam yang

lain seperti Kementerian Luar Negeri, Kamenterian Perdagangan

Antarabangsa dan Industri.

Tuan Douglas Uggah Embas: Tuan Yang di-Pertua, memang kita

mempunyai masalah mengisi jawatan jurubahasa dan Kementerian juga

melah menerima satu memorandum daripada Persatuan Jurubahasa dan

Kementerian sekarang sedang berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan

Awam untuk merangka satu skim perkhidmatan jurubahasa yang lebih

baik daripada sekarang dari segi tanggagaji, elaun dan peluang

kenaikan pangkat.

Mengenai institut, saya rasa itu adalah terkeluar daripada

soalan asal.

Tuan R. Karpal Singh: Terima kasih, Tuan Speaker. Adakah

Kerajaan sedar, kini Jurubahasa-jurubahasa dalam Mahkamah Tinggi

seluruh negara dan juga Mahkamah-mahkamah Majistret dan Sesyen

adalah over-work but under-pay. Oleh itu wujud kekosongan dan

kekurangan dalam jawatan. ini yang tidak dapat diisikan.

Page 37: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 37 -

Adakah Kerajaan bagi satu tempoh sementara beri satu skim yang

attractive, bagi mereka yang kini over-work but under-pay, dengan

izin .

Tuan Douglas Uggah Embas: Tuan Yang di-Pertua, saya percaya

saya telah jawab soalan itu tadi.

KEMATIAN DI DAERAH TENOM DAN SIPITANG - JUMLAH

13. Tuan Sadin bin Malleh minta Menteri Kesihatan menyatakanbilangan orang yang meninggal dunia di daerah Tenom dan Sipitangsepanjang tahun 1992. Sila nyatakan aeperti berikut:-

(a) mengikut jantina;

(b) mengikut penyakit;

( c) punca penyakit; dan

(d) langkah-langkah pencegahan .

Timbalan Menteri Kesihatan [Dato' Mohamed Farid bin

Ariffin]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, dari

bulan Januari sehingga bulan Jun 1992, mengikut rekod Kementerian

Kesihatan, seramai 37 orang di daerah Tenom dan 3 orang di daerah

Sipitang telahpun meninggal dunia.

(a) Mengikut jantina, di daerah Tenom seramai 25 orang lelaki

dan 12 orang perempuan telahpun meninggal dunia dalam

tempoh masa tersebut. Manakala di daerah Sipitang 3 orang

yang telahpun meninggal dunia adalah lelaki.

Page 38: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 38 -

Mengikut jenis penyakit, di daerah Tenom, 10 orang teiahpun

meninggal dunia akibat sakit jantung, 4 orang telah meninggal dunia

akibat komplikasi penyakit bayi-bayi dan 4 orang lagi akibat

komplikasi sistem kardiovaskular.

Pendarahan dalam otak telahpun menyebabkan kematian 3 orang.

orang telahpun meninggal akibat penyakit pneumonia dan 2 orang lagi

akibat perebakan kuman dalam badan ataupun septicaemia dan baki 9

orang lagi telah meninggal dunia akibat keadaan-keadaan berlainan

masing-masing. Manakala di daerah Sipitang, komplikasi penyakit

bayi-bayi, komplikasi saluran pernafasan dan komplikasi jantung dan

paru-paru telahpun menjadi penyebab kematian 3 orang di daerah

tersebut.

Mengikut punca penyakit pula, kebanyakan kematian disebabkan

oleh komplikasi penyakit-penyakit tidak berjangkit yang berpunca

dari faktor-faktor persendirian dan cara hidup tiap-tiap individu.

Langkah-langkah pencegahan yang telah diambil oleh Kementerian

Kesihatan adalah seperti berikut: kami telahpun bekerjasama dengan

pihak Berkuasa Tempatan untuk menjalankan beberapa langkah-langkah

pencegahan seperti pendidikan kesihatan dari masa ke semasa, kempen

kesihatan seperti Kempen 2A (AIDS dan Aedes), Kempen Cintailah

Jantung Anda, Kempen Cara Hidup Sihat, Kempen Imunisasi dan

lain-lain kempen lagi. Membekalkan makanan berkhasiat kepada bayi-

bayi dan kanak-kanak yang miskin di bawah Program Rakyat Termiskin

adalah program yang telahpun dijalankan dengan baik.

Page 39: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11,92 - 39 -

Seterusnya Program Bekalan Air Luar Bandar dan Tandas iaitu di

bawah Program BAKAS, Program Kesihatan Ibu, dan Kanak-kanak juga

dijalankan dan antara lain Kementerian telahpun menjalankan

penguatkuasaan undang-undang kesihatan.

PEBGUJI KERETA JPJ TERBABIT RASUAH - TINDAKAN KEMENTERIAN

14. Tuan Kerk Kim Hock minta Menteri Pengangkutan menyatakanekoran siasatan Biro Pengaduan Awam menunjukkan bahawa 18 orangpenguji kereta Jabatan Pengangkutan Jalan terbabit rasuah, apakahtindakan tatatertib yang diambil terhadap mereka sejak hasilsiasatan Biro Pengaduan Awam diumumkan oleh Menteri Dalam JabatanPerdana Menteri, Datuk Abang Abu Bakar pada Januari 1991.

Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail: Tuan Yang di-pertua,

seramai 13 orang Pembantu Pengangkutan Jalan telah dituduh melakukan

penyelewengan semasa mengadakan pengujian memandu Bahagian Tiga,

iaitu ujian jalan raya. Ekoran daripada laporan ini, beberapa

tindakan sewajarnya telah dan sedang diambil ke atas mereka yang

terlibat seperti berikut:-

(i) Tiga orang berjawatan sementara telah ditamatkan

perkhidmatan masing-masing mulai Ihb Februari 1991;

(ii) empat orang telah ditamatkan perkhidmatan demi

kepentingati awan oleh Kerajaan;

(iii) enam orang telah dikenakan tindakan tatatertib oleh

Jabatan Pengangkutan Jalan;

(iv) lima orang lagi masih dalam tindakan beberapa Lembaga

Tatatertib Jabatan Pengangkutan Jalan.

Page 40: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 40 -

Tuan Fong Kui Lun: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya

ingin bertanya Yang Berhormat; Timbalan Menteri, mengapakah 18 orang

Penguji Kereta JPJ ini tidak didakwa di mahkamah di bawah Akta BPR?

Datin Paduka Hajah Zaleha binti lsmail: Mengikut siasatan yang

talah dibuat iaitu didapati kesalahan-kesalahan yang diLakukan

bukannya yang patut diambil tindakan seperti itu, misalnya tidak

mengikut laluan yang ditetapkan samasa menguji calon, Pembantu

Pengangkutan Jalan yang berkenaan tidak dapat dikesan di laluan-

laluan yang ditetapkan dan tidak mengisi dengan lengkap maklumat-

maklumat di atas Borang 3, Borang Penilaian Ujian Memandu.

Itulah di antara kesalahan.-kesalahan yang dianggap

penyelewengan. Jadi, tindakan ke atas meraka itu tidaklah wajar

sampai misalnya dipenjarakan dan seterusnya.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab

Mulut telah selesai.

[Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Mulut telah cukup dan

Jawapan bagi Soalan No. 2 dan 15 hingga 34 akan dimasukkan dalam

naskhah bercetak kelak]

Page 41: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 41 -

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG PEKBEKALAN 1993

Bacaan Kali Yang Kedua

DAN

USUL

ANGGARAN PEMBANGUNAN 1993

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula

perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, "Bahawa Rang Undang-

undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang" dan "Bahawa usul yang

berikut ini dirujukkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis:

Bahawa Dewan ini mengikut Seksyen 4(3) Akta

Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan

iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada

$11,854,471,720 (sebelas bilion, lapan ratus lima

puluh empat juta, empat ratus tujuh puluh satu ribu,

dan tujuh ratus dua puluh ringgit) dibelanjakan dari-

pada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 1993, dan

bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan

Pembangunan. yang dinyatakan di bawah Maksud Pem-

bangunan atau ("P) dalam senarai Belanjawan

Persekutuan, 1993 yang dibentangkan sebagai Kertas

PerinCah 26 Tahun 1992, adalah diuntukkan di bawah

Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang ber-

setentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan

lapan dan sembilan senarai tersebut." [llhb November,

1992]

Page 42: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.ll.92 - 42 -

Tuan Yang di-Pertua: Ya, Yang Berhormat Tanjong Aru.

3.34 ptg.

Tuan Joseph Voon [Tanjong Aru]: Tuan Yang di-Pertua, pada tahun

1991, sumbangan pembuatan kepada T?P jumlahnya 8.5%. Terdapat

pihak-pihak tertentu dan suara-suara sumbang yang menyalakan PBS

terhadap keadaan ini tetapi apa yang pihak-pihak ini tidak

memberitahu kepada kita ialah ekonomi Sabah mempunyai masalah

structural yang menyebabkannya tidak kompetitif berbandiag dengan

ekonomi lain. Sebagai contoh, Sabah terletak jauh dari jalan utama

perairan, dengar, izin, main track road. Oleh itu, apabila para

pengeluar barangan, pengeksport barangan ke lain-lain tempat di

dunia, mereka terpaksa menyewa atau charter kapal-kapal laut dari

Singapura atau dari Pelabuhan Klang. Ini menyebabkan kos

pengangkutan sangat mahal.

Di samping itu, pengangkutan darat juga tidak memuaskan.

Keadaan ini diburukkan lagi dengan keadaan muka bumi Sabah yang

bergunung-ganang. Selain dari itu, tarif elektrik yang sangat mahal

yakni 10 kali lebih tinggi dari kadar yang ada di Semenanjung

menyebabkan kos pengeluaran yang tinggi tetapi alangkah sedih bagi

Sabah, Menteri Tenaga, Telekom dan Pos sudah mengatakan, tarif

elektrik di Sabah hanya boleh diturunkan sehingga sama dengan kadar

di Semenanjung dalam jangkamasa 10 tahun dari sekarang. Kalau ini

berterusan, bagaimana Wawasan 2020 boleh dicapai di Sabah?

Page 43: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 43 -

Selain dari itu, harga barangan terutama sekali, bahan-bahan

binaan seperti simen dan steel bars yang merupakan controlled iteras,

wajib diimport dari Semenanjung. Harganya sangat tinggi berbanding

dengan tenipat-tempat lain. di Malaysia. Oieh kerana kos-kos binaan

yang tinggi ini, para pemaju akan menjual binaan mereka dengan mahal

dan seterusnya kepada sewa bangunan.

Setakat ini, saya cuma menyentuh faktor-faktor yang menyebabkan

maju-mundurnya ekonomi Sabah dan kita dengan jelas sudah melihat

bahawa Kerajaan PBS tidak seharusnya dipersalahkan 100%. Dari segi

kuasa, Kerajaan Persekutuan yang harus dipertanggungjawabkan

mengenai elektrik, harga barangan, mengadakan controlled items dan

infrastruktur seperti lebuh-lebuhraya adalah tanggungjawab Kerajaan

Parsekutuan, contohnya hal-hal elektrik telah diberikan kepada

Kerajaan Persekutuan dengan harapan kadar tarif akan diturunkan

tetapi malangnya keadaan semakin buruk.

Hidup di Sabah sudah sebati dengan black-out terutama sekali di

bandar-bandar besar seperti Sandakan, Tawau dan Kota Kinabalu. Di

Semenanjung, bila ada black-out baru-baru ini, pakar perunding telah

diambil untuk mengkaji kenapa perkara itu berlaku tetapi di Sabah,

Menteri Tenaga, Telekom dan Pos meminta rakyat Sabah bersabar 10

tahun lagi. Apakah ini satu penindasan? Kalau kadar elektrik di

Sarawak dapat dikurangkan, saya tidak faham mengapa kadar tarif

elektrik tidak dapat dikurangkan di Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, apabila ekonomi Sabah tidak memuaskan, para

pemimpin BN berkata, inilah punca PBS keluar dari Barisan Nasional.

Saya ingin bertanya, adakah penurunan kadar tarif elektrik itu

dianggap penting nntuk menarik pelabur dan pertumbuhan ekonomi?

Page 44: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 44 -

Siapa mahu melabur jika selalu ada blackout? Adakah blackout ini

disebabkan PBS keluar dari Barisan Nasional? Kalau ya, ini sabotaj

atau ugutan dan penindasan.

Semasa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merasmikan Perayaan

Hari Malaysia di Tawau baru-baru ini , beliau telah menyatakan bahawa

niat UHNO datang ke Sabah ialah untuk menjadikan Sabah negeri yang

paling maju dari segi perindustrian di Malaysia. Saya kata syabas

dan terima kasih, Kalau ini niac yang sebenar, kenapa tunggu

sehingga UMNO dapat tawan Sabah? Sabah adalah diperintah oleh

Barisan Nasional selama Labih dari 20 tahun, kenapa masalah-mestilah

kos pelaburan tidak diselesaikan? Adakah mereka menunggu sehingga

Sabah menjadi WiLayah Persekutuan seperti Labuan, ksmudian membawa

pembangunan ke Sabah. Ingat, Persekutuan Malaysia telah berjaya

ditubuhkan cuma semata-mata kerana para pemimpin Sabah pada waktu

itu inginkan pembangunan yang pesat.

Tuduhan-tuduhan yang menyatakan PBS batu penghalang pembangunan

di Sabah adalah hanya satu tuduhan yang tidak benar. Sebagai

contoh, pada saat ini Kerajaan Persekutuan juga sedang melaksanakan

beberapa projek-projek kecil luar bandar seperti pembinaan jambatan

gantung, jalan raya dan sebagainya. Walaupun pihak Kerajaan

Persekutuan tidak langsung diberitahu atau menghubungi pihak Pegawal

Daerah, tetapi Kerajaan PBS tidak menghalang walaupun projek-projek

tersebut dibina di atas tanah Kerajaan Negeri sebab projek-projek

itu memberi manfaat kepsda rakyat. Kerajaan PBS tidak

menghalangnya.

Page 45: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR. 12.11.92 - 45 -

Tuan Yang di-Pertua, jika kita lihat keadaan di Sabah sekarang

secara objektif tanpa prasangka, saya rasa tindak-tanduk PBS adalah

ikhlas. Sebagai contoh, bila Kerajaan PBS meminta beberapa perkara

kepada pihak Persekutuan, meraka menuduh para pemimpin PBS mahu

kepentingan sendiri, bila PBS meminta supaya sebuah universiti

didirikan di Sabah, sebenarnya ini adalah untuk kepentingan umum

untuk seluruh rakyat Malaysia, tetapi Menteri Pendidikan berkata

Sabah tidak cukup pelajar untuk masuk universiti . Sekarang kita

tanya, adakah negeri Kedah mempunyai pelajar yang cukup untuk

memenuhi keperluan Universiti Utara Malaysia? Adakah para pelajar

yang menuntut di UUM itu hanya orang Kedah? Sememangnya tidak,

Begitu juga dengan Universiti Malaysia Timur yang kita minta

ditempatkan di Sabah. Kita mahu ianya ditempatkan di Sabah cuma

untuk integrasi Nasional, misalnya biar rakyat dari Semenanjung atau

tempat-tempat lain merasa kos sara hidup yang tinggi di Sabah.

Kemudian bila PBS minta royalti minyak ditambah bagi negeri-

negeri pengeluar minyak petroleum, mereka kata duit royalti ini

untuk para pemimpin dan penyokong PBS. Royalti adaLah hasil

negeri. Hasil negeri tidak boleh digunakan oleh orang

perseorangan. Mungkin pihak yang menuntut ini adalsh orang yang

biasa menipu dan tamakkan wang rakyat. Mereka ingat semua orang

seumpama mereka.

Tuan Yang di-Pertua, namun demikian, sebenarnya rakyat Sabah

sudah faham dan biasa dengan perangai double standard para pemimpin

Barisan Nasional. Sebagai contoh, bila Sabah minta universiti,

Menteri pendidikan berkata tidak boleh sebab tidak cukup pelajar.

Page 46: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12 .11 .92 - 46 -

Sanyalah dahulu sekolah menengah; bila Sarawak minta semasa

pilihanraya, Kabinet Barisan Nasional meluluskannya atas nama untuk

mengeluarkan tenaga mahir. Soal tidak cukup pelajar tidak pula

timbul. Kemudian bila PBS ada undang-undang anti-hop, tidak

dikacau semasa PBS dalam Barisan Nasional; dan bila Sarawak menurut

Sabah, okay bagi Sarawak untuk adakan anti-hop. Tetapi sekarang,

undang-undang anti-hop di Sabah dikacau.

Apabila Datuk Dr. Jeffrey mengatakan fasal 20 perkara, beliau

ditahan di bawah ISA, tetapi bila Menteri Pertahanan juga mengatakan

fasal 20 perkara, dia tidak ditahan di bawah ISA. Inilah contoh-

concoh double standard.

Tuan Yang di-Pertua, hak-hak istimewa yang telah diberikan

kepada Sabah adalah sangat-sangat penting bagi rakyat di Sabah dan

Sarawak. Adalah juga sangat-sangat penting untuk memahami bahawa

negara Malaysia adalah terbentuk secara syarat-syarat perabentukannya

telah dipersetujui. Syarat-syarat ini ialah syarat 20 perkara.

Pihak Barlsan Nasional mahu menganjurkan forum untuk membincangkan

isu 20 perkara. Ini satu langkah yang baik supaya Menteri Dalam

Negeri tidak lagi menangkap orang yang membincangkan 20 perkara .

Malah, dalam forum seperti ini, kita harus kupas secara perubahan

persekutuan negara MalaysLa dengan terperinci termasuk fakta-fakta

sejarah. Misalnya, macam mana Kerajaan USNO menyalahgunakan kuasa

untuk menangkap bakal-bakal calon dalam pilihanraya unum negeri dan

Par1imen dalam tahun 1970, tetapi Barisan Nasional tidak saharusnya

mengadakan forum untuk syor-syor sendiri. Biarlah semua pihak

terlibat.

Page 47: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 47 -

Psda masa ini ahli-ahti politik terutama sekali para pemimpin

Barisan Nasional cuba melupakan dan memutarbelitkan fakta- rakta

sejarah dan yang paling menghairankan ialah para akademik sejarah

juga bersubahat untuk memutarbelitkan fakta sejarah pembentukan

negara Persekutuan Malaysia. Meraka boleh sahaja bercakap dengan

senang; Kerajaan Persekutuan akan mengkaji semula hak-hak Sabah dan

Sarawak dalam Persekutuan Malaysia. Sabenarnya Kerajaan Persekutuan

tidak ada hak berbuat begitu, apatah Lagi mengeluarkan kenyataan

seperti itu sebelum mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Sabah

dan Sarawak. Kenyataan seperti itu sepatutnya dikeluarkan bersama

oleh para pemimpin ketiga-tiga pihak. Perbuatan para pemimpin

Persekutuan ini jelas menunjukkan bahawa mereka membelakangkan hak

bersuara dan hak perbincangan pihak-pihak yang terlibat.

Namun demikian, sebenarnya keadaan hak-hak Sabah dan Sarawak

yang lebih buruk darl sekarang belum lagi . berlaku, tetapi

kemungkinan hak-hak Sabah dan Sarawak iai dihapuskan sama sekali itu

ada. Sebagai contoh, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah

menyatakan semaua berkempen pada pilihanraya umum Parlimen pada

tahun 1990 bahawa dia tidak memerlukan Sabah dan Sarawak untuk

membentuk Kerajaan Persekutuan.

Page 48: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 49 -

pilihanrayanya pada tahun 1990 bahawa hendaklah sebuah Ahl i

Jawatankuasa Parlimen ditubuhkan untuk meneliti Rang Undang-undang

(Pindaan) yang akan dibentangkan di Parlimen berhubung dengan

pindaan apa-apa juga tentang perlindungan tambahan bagi Sabah dan

Sarawak di negara Persekutuan Malaysia. Malangnya PBS dilabelkan

anti-Federal apabila mengutarakan hal ini.

Tuan Yang di-Pertua, pengakuan Yang Amat Berhormat Perdana

Menteri di Hong Kong baru-baru ini bahawa sebenarnya Kerajaan.

Persekutuan tidak mempunyai bukti-bukci tentang tuduhan-tuduhan yang

dikenakan terhadap Datuk Dr . Jeffrey Kitingan sehinggakan beliau

ditahankan di bawah ISA tidak memeranjatkan. Yang kita hairan ialah

Kerajaan tidak ada bukti, kenapa Dr. Jeffrey Kitingan masih

ditahan? Kenapa beliau masih diseksa? Jelaslah kini bahawa ISA

memang disalahguna kuasa. 0leh itu, ISA mesti dihapuskan dari

senarai undang-undang di negara ini. Ya, hapuskan ISA!

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memberi contoh bahawa bekas

tahanan ISA - Menteri Kewangan dan iain-lain tidak pun meminta

Kerajaan untuk menghapuskan ISA sedangkan mereka pernah terseksa

oleh undang-undang itu. Jawapan mereka senang sahaja - "Dulu ISA

kejam kepada mereka, sekarang ISA boleh memenuhi kepentingan

mereka ."

Akhirnya, saya sekali lagi meminta Kerajaan Persekutuan untuk

mengeluarkan kertas putih tentang penangkapan rakyat Sabah yang

dikatakan "Rancangan Memerdekakan Sabah dari negara Persekutuan

Malays ia". Tuan Yang d i-Pertaa, untuk mencapai matlamat dan

menghadapi cabaran Wawasan 2020, isu-isu penting yang baru saya

Page 49: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 50 -

huraikan mestilah dihadapi dan diselesaikan.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua; Batu Berendam.

3.56 ptg.

Tuan Mohd. Tamrin bin Abdul Ghafar [Batu Berendam]: Terima

kasih, Tuan Yang di-Pertua. Salah satu daripada ketidakseimbangan

kuasa dalam dunia hari ini Lalah membahagi dan menceraikan

negara-negara kaya dengan negara miskin. Seperti yang kita maklum,

ketidakseimbangan yang bersifat ekonomi ini sejak dari zaman dahulu

telah tersendirinya membezakan yang berkuasa dengan yang lemah.

Kebiasaannya , negara yang berkuasa ialah negara yang mana ekonominya

kukuh dan negara yang kacau-bilau ialah di mana ekonominya lemah.

Negara yang ekonominya mantap selalunya diiringi oleh sistem

pentadbiran yang teratur dan licin. Malah negara seperti ini

berkecondongan untuk membina sistem pertahanan yang canggih,

melatih cerdik-pandai dalam bidang-bidang teknologi tinggi lebih

awal daripada orang lain dan menyediakan negara dengan para pekerja

yang betul kebolehan supaya Kementerian-kementerian, agensi-agensi

Kerajaaan dan pusat-pusat perkembangan ilmu diisi oleh pakar-pakar

yang berpengalaman. Ringkasnya, Tuan Yang di-Pertua, apabila wang

sudah ada, banyak rancangan-rancangan yang baik boleh dilakukan

untuk rakyat dan negara.

Tuan Yang di-Pertua, satu teori baru yang sedang berkembang di

Barat sekarang ialah bahawa ke tidakseimbangan kuasa berikutan

Page 50: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 51 -

perbezaan ekonomi di kalangan negara-negara akan berubah corak

setelah sistem perkerabangan kekayaan atau, dengan iain, wealch

creation, tersebar.

Sejak Perang Dunia Kedua lagi, dunia berpecah dua iaitu Blok

Kapitalis dan Blok Komunis. Dan kini antara negara-negara Blok

Utara dan Blok Selatan. Tuan Yang di-Pertua, pada hari ini

perpecahan dunia corak lama ini akan bertukar menjadi perpecahan

antara yang cepat dan yang capik atau, dengan izin, between the cast

and the slow. Dari segi sejarahnya, perubahan kuasa dari yang capik

atau lambat kepada yang cepat tetap berlaku. Sama ada tni tentang

perkembangan dalam sesuatu kejadian atau species, dengan izin, atau

tentang negara. Peraturan perlumbaan dalara dunia hari ini ialah di

negara-negara di mana ekonominya berkembang cepat, maka di sana

teknologi muktahir dan terkini mempercepatkan pengeluaran.

Akan tetapi, Tuan Yang di-Pertua, pada hakikatnya, teknologi

mustahil secara mutlak tidak boleh mempercepatkan pengeluaran.

Jarak kecepatan pengeluaran antara satu teknologi dengan satu

teknologi yang lain bergantung kepada faktor-faktor seperti tempoh

atau masa satu-satu keputusan dalam proses pengeluaran itu diambil.

Khususnya, keputusan tentang pelaburan - berapa cepatkah idea-idea

baru dapat dicetuskan dalam bilik-bilik makmal? Berapa lamakah

masih diambil untuk mambawa barangan hasil pengeluaran ke dalam

pasaran untuk dijual? Berapa lajukah modal mengalir dan yang paling

penting lagi kelajuan segala data, maklamat dan pengetahuan ini

bergerak dalam sistem ekonomi pada keseluruhannva?

Page 51: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR. 12.11.92 - 52 -

Oleh itu, Tuan Yang di-pertua, hukum terpenting yang perlu kita

fahami dalam ekonomi moden hari ini ialah, dengan izin, fast econoray

ganerates wealth, iaitu di negara-negara di mana sistem akonominya

ceratur dan licin akan mencetus dan memperkembangkan kekayaan lebih

cepat dan lebih laju daripada negara-negara di mana perkembangan

sistem ekonominya lambat. Dan di negara-negara seperti ini, ia

bukan sahaja memperkembangkan ekonomi bahkan juga kuasa.

Tuan Yang di-Pertua, Ucapan Belanjawan Yang Berhormat Menteri

Kewangan pada 30hb Oktober Lalu bahawa daya saing industri

bergantung kepada produktiviti, pengurangan kos dan kemampuan

menghasilkan barangan bermutu, berkait-rapat dengan penggunaan

teknologi kini dan berapa cepat wakLu digunakan untuk membuat

keputusan dalam proses pengeluaran.

Page 52: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 53 -

Teori ekonomi yang sedang diperkatakan dan berkembang di Barat

ini ada relevencetiya, dengan izin, dengan saranan—saranan yang

dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dari masa ke semasa

di negara kita. Sejak beliau menjadi Perdana Menteri dalam tahun

1981, berpuluh—puluh malah beratus-ratus ucapannya di dalam mahupun

di luar negeri memberi penekanan serius kepada perbezaan antara

negara kaya dengan negara miskin. Hubungan antara kekayaan dengan

kuasa, pentingnya masa dan betapa buruknya kemalasan dan kelambatan

kepada sesebuah negara serta nilai-nilai kerja dan sikap yang perlu

diterap dan diamalkan oleh negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai perbandingan proses ekonomi dalam

masyarakat petani bergerak perlahan. Ini adalah kerana tradisi,

budaya, pantang larang dan kelemahan yang kesemuanya menghadkan

pilihan-pilihan sosial yang boLeh diterima atau dengan lain-lain

perkataan, dengan izin, acceptable social choices. Dalam masyarakat

petani perhubungan juga bersifat primitif atau tidak canggih.

Penggunaan kenderaan terhad dan pelbagai macam kelemahan lagi,

Perbandingan ini perlu untuk mengingatkan kita bahawa majoriti kaum

bumiputera di dalam negara ini masih hidup di dalam keadaan seperti

ini. Pada hakikatnya, yang lambat dan capek itu adalah bumiputera,

yang menggunakan teknologi tidak canggih pun adalah bumiputera.

Oleh kerana faktor sejarah seperti penjajahan dan budaya

mempengaruhi kehidupan rakyat bumiputera sejak turun-temurun, maka

neuro system atau sistem taraf dalam diri kaum bumiputera lambat

Page 53: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12,11,92 - 54 -

berubah, Dalam ilmu perubatan apabila sistem neuro atau neuro

system, dengan izin, dalam diri seseorang itu lemah karana keadaan

sekitar yang lembab, ia akan menyebabkan keseluruhan sistem saraf

ataupun nerves systera larabat bertindak balas, Ini bermakna, proses

perubahan di dalam sistem saraf seseorang nidak mungkin berubah

dengan cepat kalau pemikiran dan pemerhatiannya terkongkong dengan

keadaan sekitar yang primitif.

Tuan Yang di-Pertua, alhamdulillah, kebanyakan kampung-kampung

dan pekan sekarang ini tidak lagi primitir. Namum penting disebut

bahawa ada satu golongan politik yang terus-menerus mempergiatkan

amalan lapuk dengan mengekalkan cara berfikir sebelum merdeka

sehingga sistem saraf orang Melayu atau bumiputera menjadi begitu

kaku. Menyibar syiar agama Islam adaLah baik dan dituntut oleh

Islam, tetapi menyibar ajaran agama kerana mencari pengaruh politik

dan tidak mengajar rakyat supaya menghargai masa, memanfaatkan

sumber-sumber alam, memperkukuhkan ekonomi, mempertingkatkan maruah

dan kehormatan dan menerima hakikat perpaduan Islara tanpa mengira

parti politik adalah satu penipuan dan berdosa.

Tuan Yang di-Pertua, adalah satu kebenaran bahawa PAS menyibar

agama untuk kepentingan politik. Bahawa PAS tidak pernah mengadakan

"blueprint" pembangunan ekonomi untuk orang-orang Melayu di negeri

ini yang diperintahnya, juga satu kebenaran. Bahawa PAS tidak

pernah mewujudkan wawasan ekonomi, wawasan agama dan politik untuk

bangsanya juga satu kebenaran. Apakah wawasan PAS tentang Islam

dan kemajuan umatnya di negara ini? Jawabnya tidak ada. Sudah

Page 54: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR 12.11.52 - 55 -

berpuluh-puluh tahun PAS hidup dan bernafas di negara ini, tetapi

apakah sumbangannya kepada rakyat dan negara selain perpecahan dan

mewujudkan blok di dalam beragama. PAS ditubuhkan sejak tahun 1951

iaitu sudah hampir 40 tahun, Namun oleh kerana separuh daripada 18

juta penduduk di negara ini beragama Islam,maka parti itu

menganggap ia harus hidup di atas sisa-sisa kesusahan orang Melayu

walaupun ia tidak berbuat apa-apa untuk orang Melayu.

Tuan Yang di-Pertua, saya menimbulkan isu PAS kerana usia PAS

hampir seusia dengan saya. Saya lihat sejak saya dilahirkan, saya

tidak nampak PAS memberi apa-apa sumbangan yang bermakna kepada

negara dan rakyat mahupun Islam. Tidak boleh diaafikan, dalam PAS

juga ramai cerdik pandai Islam, tetapi apakah sumbangan mereka

kepada ekonomi orang-orang Melayu di Kelantan- Sebaliknya, apabila

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mencetuskan Wawasan 2020, PAS

dengan sinisnya berkata wawasan akhirat lebih penting daripada

wawasan dunia. Orang yang insaf terhadap penghinaan, penganiayaan

dan kezaliman. yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam ke atas

orang-orang Islam di seluruh dunia tentulah mempunyai kata-kata yang

lebih baik untuk menyambut cadangan Perdana Menteri, untuk

mengembalikan maruah kepada umat dan bangsanya sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, memutar-belitkan niat baik Perdana

Menteri dengan usaha duniawi yang tidak ada releven kepada akhirat

adalah satu pameran maruah yang amat rendah dan tidak menentu darjat

dan martabatnya di mata rakyat.

Page 55: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 56 -

Tuan Yang di-Pertua, pada tahun ini ekonomi Malaysia berkembang

pada kadar 8.5% berbanding dengan ekonomi dunia yang berkembang pada

kadar 1.1% sahaja, Pendapatan p-ar kapita negara dijangka meningkat

Pada kadar 11.2% kepada $7,354 daripada paras tahun sudah, Perlu

dibandingkan bahawa 7 tahun lalu, pendapatan per kapita negara

berada hanya di paras 34,580 sahaja. Defisit atau kekurangan akaun

semasa imbangan pembayaran segera juga dijangka berkurangan kepada

$7.9 bilion atau 5.6% dari keluaran negara kasar. Perlu diingatkan

pada tahun 1991, jumlah defisit ialah S12.5 bilion iaitu hampir dua

kali ganda. Sumbangan. eksport yang mencacatkan lebihan dalam akaun

dagangan sebanyak 34.6 bilion pada tahun ini serta dibantu pula

dengan pendapatan lumayan daripada industri pelancongan kini telah

meletakkan Malaysia pada taraf negara membangun yang meningkat maju.

Kesemuanya ini berlaku dalam tempoh beberapa tahun yang lalu

di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Mahathir,

Perdana Menteri kita. Pembangunan ekonomi yang amat menggalakkan

di negara kita pada hari ini telah mengurangkan kadar penggangguran

pada hanya 4.1% sahaja. Sebagai contoh, di United Kingdom, kadar

penggangguran adalah buruk iaitu 10%; di Peranchis 10%; di United

States of America hampir 8% dan di Kanada melebihi 10%.

Yang di-pertua, akhirnya saya ingin menyentuh iaita di dalam bidang

komunikasi, satu perkembangan yang membanggakan telah berlaku.

Misalnya, jumlah penonton televisyen meningkat kepada 9.3 juta dalam

tahun 1990 berbanding dengan 3.1 juta lima tahun sebelumnya. Ini

bermakna, separuh dari jumlah penduduk di Malaysia menonton

Page 56: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 57 -

televisyen. Peningkatan ini juga bermakna setiap tahun 200,000

hingga 300,000 penonton televisyen akan bertarabah. Bilangan pembaca

akhbar harian juga meningkat dari 5.1 juta kepada 5.5 juta dalam

tempoh yang sama. Demikianlah penting dan berpengaruhnya media

cetak dan media elektronik di Malaysia pada hari ini.

Namun demikian, perlu saya mengingatkan di Dewan yang mulia

ini, media-media ini menjadi penting sekiranya ianya digunakan oleh

orang-orang yang dipertanggungjawabkan untuk kepentingan negara dan

rakyat. Sekiranya televisyen dan akhbar hanya digunakan untuk imej

seseorang yang menjurus kepada tahun 1993, kesan buruk kepada

prestasi ekonomi dan politik mungkin akan dialami. Sekian, terima

kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Kuala Kedah.

4.10 ptg.

Dato' Haji Mohammad Abu Bakar bin Rautin Ibrahim [Kuala

Kedah]; Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin merakamkan

ucapan tahniah dan sanjungan saya kepada Yang Berhormat Menteri

Kewangan atas kejayaan Yang Berhormat Dato' Seri Menteri Kewangan

membentangkan ucapan Belanjawan 1993 pada 30hb Oktober 1992 di Dewan

yang mulia ini.

Page 57: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR. 12.11.92 - 58 -

Belanjawan yang telah dibentangkan itu saya yakin memenuhi

keperluan-keperluan pertumbuhan skonomi negara, kaperluan rakyat,

sektor swasta, awam dan ekonomi desa kerana, stratagi Belanjawan itu

berlandaskan kapada memastikan pengurusan fiskal yang berhemat,

membendung inflasi, meningkatkan keupayaan dan daya saing sektor

swasta dan meningkatkan martabat bangsa msnuju Wawasan 2020.

Tuan Yang di-Pertua, secara keseluruhannya adalah dapat dikesan

bahawa anggaran peruntukan 1993 bagi saktor ekonomi jika dibanding-

kan dengan peruntukan 1992 iaitu Belanjawan tahun lepas bagi sektor

yang sama menghadapi kekurangan S453.5 juta. Juga saya difahamkan

jika digabungkan cadangan peruntukan perbelanjaan mengurus dan

peruntukan pembangunan bagi 1993 akan melibatkan pengurangan

sebanyak 8.10% daripada jumlah peruntukan tahun yang lalu iaitu

tahun 1992.

Pada hemat saya pengurangan cadangan peruntukan bagi tahun 1993

sebanyak 8.1%, bagi perbelanjaan negara yang istimewa dalam sektor

perkhidmatan awam ini adalah sejajar dengan dasar Kerajaan ke arah

corporatisatrion badan-badan Kerajaan dan penswastaan Kerajaan.

Tatapi dalam pada itu seharusnya juga tidak memberi kesan. sampingan

yang mendalam, walaupun secara sementara kepada tenaga manusia yang

sedia ada dan juga memberi kesan atas pengurusan material dan

kemudahan-kamudahan di Jabatan. Kerajaan, badan-badan dan institusi-

institusi kawangan Kerajaan dan lain-lain perbadanan awam di bawah

Page 58: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR 12.11.92 - 59 -

naungan Kerajaan Persekutuan. Saya juga berharap bagi agensi-

agensi Kerajaan yang terlibat dalam menggalakkan pertumbuhan ekonomi

negara, langkah pengurangan peruntukan 1993 ini tidak menjejas

langkah-langkah institusi ini menjanakan pertumbuhan ekonomi yang

sedang pesat berkembang.

Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha untuk meningkatkan ekonomi

negara, usaha-usaha mesti diambil untuk mengawal inflasi. Walaupun

kaadaan inflasi di Malaysia masih berada di paras yang rendah

berbanding dengan setengah negara-aegara lain, Langkah-langkah

kewangan dan fiskal yang sasuai mesti diambil supaya inflasi dapat

dibendung di bawah 4%; pengurangan perbelanjaan negara, perubahan

struktur cukai dan pengawalan pertumbuhan lebihan, kecairan dalam

sistem bank dapat mengurangkan tekanan terhadap harga.

Pengurangan cukai import di atas setengah barangan terutama

makanan dan sayuran, pengecualian eksport rebet, sekim dan cadangan

untuk menubuhkan tabung sebanyak $300 juta untuk pengeluaran makanan

adalah langkah-langkah yang baik untuk menambahkan bekalan.

Di sini saya juga ingin meningatkan Kerajaan supaya memastikan

bahawa faedah-faedah serta langkah-langkah tersebut hendaklah

betul-betul sampai kepada pengguna. Sehingga ini, saya difahamkan

hanya harga 4 barangan telah diturunkan, hasil daripada pengurangan

duti import di dalam Belanjawan 1993.

Saya berharap harga 645 daripada 649 barangan yang dikecualikan

ataupun dimansuhkan cukai import dapat diturunkan dengan

Page 59: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR. 12.11.92 - 60 -

sewajarnya. Oleh itu, saya mengalu-alukan tindakan Kementarian

Perdagangan Dalam Negeri untuk membuat pemeriksaan harga barang-

barang di seluruh negara tidak lama lagi.

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia ialah nagara yang mengamalkan

dasar pasaran bebas dan ekonomi terbuka. Ekonominya pula adalah

dalam transisi iaitu peralihan daripada ekonomi yang berlandaskan

barangan keluaran utama hasil pertanian dan hasil sumber semula

jadi bumi kepada ekonomi yang menjanakan vaiue added dan juga

daripada industri ringan kepada industri berat dan industri

perkhidmatan. Inilah arah peralihan ekonomi daiam tahun-tahun

1990an. Pasaran barangan keluaran Malaysia dan rakan perdagangan

antarabangsanya ialah Jepun, Singapura, Amerika Syarikat dan Great

Britain, yang mana merupakan rakan-rakan perdagangan dan pasaran,

barangan keluaran Malaysia yang tradisional.

Kita seharusnya prihatin kepada peralihan kuasa dunia, daripada

bipola kepada unipola memihak kepada Amerika Syarikat dan

persekitaran dasar ekonomi dunia dan perdagangan yang menuju ke

arah dasar perlindungan akibat daripada gagalnya rundingan Uruguay

untuk mewujudkan GATT. Dalam persekitaran dua peralihan seperti

ini, kita seharusnyalah mencari daa menerokai pasaran-pasaran baru

bagi barangan keluaran Malaysia seperti pasaran Amerika Latin,

negara-negara Eropah Timur seperti Rumania, Hungary, Poland,

Czechoslovakia, negara-negara Timur Tengah, Iran, Turkey dan juga

negara benua China tanpa mengenepikan pasaran tradisi yang telah

Page 60: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR. 12.11.92 - 61 -

wujud dan rakan perdagangan yang telah sedia ada.

Di dalara masa negara-negara Eropah Timur menghadapi perubahan

daripada centraly plan economy kepada market economi, kita hendaklah

merebut peluang-peluang dengan secepat mungkin sebelum negara-

negara lain bertapak di negara-negara tersebut.

Pasaran tradisi seperti Amerika Syarikat, Eropah, EEC, Jepun

adalah terhad memandangkan dasar perlindungan negara-negara tersebut

bagi barangan keluaran dalam negeri mereka. Dalam pada itu,

perjanjian serantau atau dua hala dan EEC pada contohnya melalui

NAFTA iaitu Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada dan Perjanjian

Maastricht di kalangan negara-negara ahli EEC adalah amat nyata

dasar perlindungan bagi negara masing-masing untuk kepentingan

sendiri negara-negara tersebut. Nyatalah Malaysia wajar mencari

pasaran alternative, seperti negara yang sedang membangun seperti di

Eropah Timur, termasuklah Turkey, Iran dan negara benua China.

Untuk menyambungkan pasaran barangan keluaran Malaysia, ikhtiar ini

seharusnya dilaksanakan pada tahun 1993.

Tuan Yang di-Pertua, dalam kita menggalakkan dan menarik

pelaburan ke Malaysia kita juga seharusnya membuat pelaburan di

negara-negara asing ataupun reverse investment di mana-mana ada

potensi, barangan-barangan keluaran Malaysta wajar menembusi pasaran

terbuka ekonomi negara-negara tersebut yang stabil dan sadang

membangun dan mengamalkan pasaran terbuka dan ekonomi bebas.

Page 61: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR 12.11.92 - 62 -

Megara-negara seperti Mauritius yang boleh menjadi koridor

kemasukan barangan Malaysia ke Benua Afrika, negara Chile yang bolah

menjadi pintu tnasuk kepada negara-negara Latin Amerika dan negara

Rumania yang bolah menjadi pintu masuk. kepada negara-negara Timur

Tengah, contohnya di mana hubungan dua haLa telah dijalinkan

seharusnya ditingkat melaiui hubungan ekonomi puia.

Industri-industri yang memerlukan tenaga buruh atau labour

interisive seharusnya ditempatkan dan dipusackan di negara-negara

asing di mana kos tenaga manusia adalan lebih rendah daripada

Malaysia, contohnya negara-negara tersebut adalah seperti Viatnam,

Iran dan Turkey dan Latin Amerika seperti Chile.

Industri-industri yang memerlukan sumber modal yang tinggi atau

capital intensive dati berasaskan teknologi masa kini seharusnya

digalakkan peiaburan di Malaysia dengan harapan. akan adanya

peralihan teknologi ke uegara iai apabila ditempatkan di Malaysia

nanti.

Dalam kita menggalakkan pelaburan di Malaysia pula kita

seharusnya merancang supaya ada perimbangan penempatan industri-

industri ataupun equitable distribution di kawasan-kawasan. yang

masih lagi ketinggalan dari segi pelaburan asing oleh sebab-sebab

tertentu. Misalannya, pelaburan asing biasanya memilih kawasan-

kawasan yang maju untuk menempatkan pelaburan mereka di mana

terdapat kemudahan-kemudahan pengangkutan jalan raya dan komunikasi

yang canggih, dan bagi kawasan-kawasan yang mundur pula pelabur-

pelabur asing yang datang adalah amat sedikit sekali.

Page 62: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 63 -

Oleh itu, saya berharap, Tuan Yang di-pertua, Kerajaan dapat

memberi galakan yang labih untuk pelabur datang ke tempat-tempat

tersebut seperti di kawasan-kawasan ladang, kawasan-kawasan

pertanian khasnya kawasan-kawasan padi dan di kawasan-kawasan

perikanan. Dan jika sekiranya pelabur-pelabur asing masih tidak

mahu datang, saya syorkan Kerajaan sendiri menggunakan wang rizab-

nya yang banyak untuk Kerajaan melaburkan di tempat-tempat tersebut.

Tuan Yang di-pertua, saya sekali lagi menyeru Kerajaan supaya

menumpukan sepenuh tenaga, usaha dan fikiran agar bersungguh-sungguh

menuju ke arah kesejahteraan kehidupan rakyat dan negara. Saya

yakin cabaran-cabaran yang menanti kita di masa depan akan menguji

kelayakan kita sebagai pemimpin kerana biar bagaimana baik pun

sesuatu Belanjawan dibentang ianya tentu tidak dapat memuaskan hati

semua pihak. Jika kita sebagai pemimpin yang sentiasa ikhlas dan

bertanggungjawab kepada Masyarakat dan negara, maka tugas kita akan

menjadi kenyataan.

Tuan Yang di-Pertua, pembangunan negara seterusnya memerlukan

kerjasama daripada semua pihak. Apa yang perlu ditingkatkan ialah

suasana negara yang harmoni supaya Kerajaan dan rakyat dapat

menumpukan masa yang banyak kepada soal-soal pembangunan dan

menambah pendapatan rakyat.

Bagi ahli-ahli politik pula, kita hendaklah mengurangkan

politiking dan memberi karjasama dan sokongan kepada usaha-usaha

Page 63: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 64 -

Kerajaan ke arah mewujudkan negara yang maju dan progresif. Kita

hendaklah mengurangkan partisan politics dan bersikap bipartisan

apabila kita membincang cara-cara yang betul untuk kepentingan

rakyat dan negara. Kepada ahli-ahli parti Pembangkang saya menyeru

supaya rakan-rakan kita di sabelah sana dapat memberi pandangan yang

objektif dan dapat memberi sokongan kepada usaha murni Karajaan.

Kita mestilah melihat peranan Pembangkang daripada perspektif yang

positif yang dapat memberi kritikan-kritikan yang membina dan bukan

membangkang semata-mata oleh kerana headak membangkang.

Di daLam sebuah negara yang demokratik seperti Malaysia,

Pembangkang bolah memainkan peranan yang penting sama ada di dalam

Dewan yang mulia ini ataupun di luar Dewan. Pembangkang boleh

menjadi "checks and balances" untuk menjamin pentadbiran Kerajaan

berjalan dengan betul. Dan jika perjalanan Kerajaan itu didapati

baik dan berjalan dengan betui, maka peranan Pembangkang hendaklah

memberi sokongan yang sewajarnya. Dengan yang demikian kita dapat

mengguna masa kita untuk membangun negara kita ini supaya lebih

pesat lagi melainkan jika pihak Pembangkang ada cadangan-cadangan

yang lebih baik dan bermutu daripada apa yang dicadangkan olah

Kerajaan khasnya di dalam Belanjawan kita untuk tahun 1993.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali segala cadangan daa strategi

yang dibentangkan. dalam Belanjawan 1993 iai merupakan titik per-

nulaan untuk negara maju seperti yang dimatlamatkan dalam Wawasan

2020. Saya menaruh penuh keyakinan bahawa Kerajaan pada masa ini

berupaya memikul tugas menjamin kestabilan dan kemakmuran negara.

Page 64: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11..92 - 65 -

Saya dengan ini menyokong Rang Undang-undang Perbekalan L993

yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan. Sekian,

terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Padas.

4.23 ptg.

Tuan Radin Malleh [Padas]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua,

kerana memberi peluang kepada saya untuk turut membahaskan

Beianjawan bagi tahun 1993 yang dibentangkan oleh Yang Berhormat

Menteri Kewangan pada 30hb Oktober, 1992 baru lalu.

Semasa membahaskan Belanjawan bagi tahun 1992 yang Laiu iaitu

Selanjawan pertama yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Dato' Seri

Anwar Ibrahim, saya telah memujinya di atas keupayaan beliau sebagai

Menteri Kewangan sungguhpun beliau tidak mempunyai latar belakang

ekonomi dan kewangan, kerana Belanjawan itu berdiri futuristic dan

memberi persiapan ke arah menuju sebuah masyarakat maju yang

mengutamakan pembangunan insan dan keadilan sosial serta soal

masyarakat penyayang.

Begitu juga dengan Belanjawan 1993, ianya adalah melegakan

serta mampu merangsang pertumbuhan ekonomi negara pada masa depan.

Saya berpendapat Belanjawan 1993 adalah untuk semua golongan rakyat

sama ada peringkat rendah atau tinggi, sektor swasta ataupun

korporat. Rakyat juga menikmati penurunan kadar Cukai Pendapatan

daripada 4% kepada 2%, Cukai Pembangunan dimansuhkan dan caruman

pekerja untuk KWSP dinaikkan. Ini menunjukkan tidak membebankan

semua peringkat rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, nampaknya sebahagian besar daripada

peruntukan Belanjawan kali ini diberi kepada Kementerian Pendidikan

Page 65: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 66 -

untuk memastikan program reformasi pendidikan terus berjalan lancar

tanpa sebarang gangguan.Begitu juga peruntukan yang tidak kurang

besarnya diberi kepada Kementerian Kesihatan untuk Belanja Mengurus,

pembelian ubat dan alat perubatan serta aktiviti pencegahan, kawalan

dan rawatan bagi penyakit berjangkit seperti Hepatitis dan AIDS,

seterusnya untuk perbelanjaan projek pembangunan.

Dalam hubungan ini, Tuan Yang di-Pertua, saya berharap Kerajaan

tidak akan melupakan kebajikan dan keselesaan para pegawai dan

kakitangan di dalam jabatan-jabatan Karajaan terutama sekali Jabatan

Pendidikan, Kesihatan dan Perubatan dan juga Polis. Saya fikir

dengan hanya menurunkan Cukai Pendapatan dan mengurangkan duti

import kepada beberapa jenis barangan di samping menaikkan duti

import dan duti eksais kepada rokok dan minuman keras, bukanlah

suatu jalan mudah untuk menyelesaikan masalah rakyat, terutama

sekali mereka yang berkhidmat di dalam jabatan-jabatan Kerajaan.

Pegawai dan kakitangan jabatan-jabatan yang saya sebutkan tadi agak

berlainan "nature of work" mereka jika dibandingkan dengan mereka

yang bertugas di pejabat-pejabat di mana mereka bertugas daripada

jasi 8.00 pagi hingga 4.15 petang. Mereka tidak bertugas di waktu

malam ataupun lebih masa. Oleh itu jika kebajikan mereka tidak

dihiraukan oleh Kerajaan, maka prestasi kerja mereka pun turut

terjejas.

Dalam hubungan ini mereka mestilah mempunyai keselesaan sama

ada di tempat meraka bertugas mahu pun tempat tinggal mereka. Bukan

sahaja mereka menikmati keselesaan tetapi juga ketenangan fikiran

yang menimbulkan rasa cenderung dan minat untuk menjalankan tugas di

samping merasakan diri mereka penting kerana mendapat parhatian

Page 66: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 67 -

daripada Kerajaan. Oleh itu saya menyeru kepada Kerajaan supaya

lebih peka kepada masalah kebajikan yang dihadapi oleh pegawai dan

kakitangan Kerajaan di jabatan-jabatan yang berkenaan.

Sebagai contoh yang paiing dekat sekali ialah Hospital Daerah

Tenom. Hospical ini bukan sahaja sudah tua tetapi juga kekurangan

serba-serbi. Sekiranya tiada Jabatan Pesakit Luar, tiada Rumah

Mayat, tiada Stor lntegrasi Daerah dan yang iebih menyedihkan ialah

kebanyakan daripada kakitangannya tiada disediakan rumah tempat

tinggal. Hospital Daerah Tenom memerlukan rumah kediaman Division I

- 2 unit, Division 2 - 2 unit, Division 3 - 1 6 unit dan. Division 4 -

20 unit, 3aya berharap benar Kementerian Kesihatan akan mengambil

parhatian yang berat terhadap masalah yang dihadapi oleh para

pegawai dan kakitiangan Hospital Daerah Tenom,

Begitu juga dengan Kementerian Pandidikan. Saya mintalah

supaya membina sekolah menengah berasrama penuh daerah Tenum secepat

mungkin kerana sekolah yang ada sekarang sudah tidak selamat lagi

untuk kegunaan murid-murid berkenaan, Perkara ini sudah saya

timbulkan beberapa kali di dalam Dewan yang mulia ini, Namun ianya

belum mendapat perhatian yang wajar. Ini bukanlah kepentingan diri

saya tetapi rakyat jelata.

Memandangkan daerah Tenom terletak di pedalaman, maka ramai

kanak-kanak yang tinggal di luar bandar tidak dapat pergi ke sekolah

kerana kekurangan sekolah-sekolah rendah. Kalau masalah ini tidak

diberi perhatian serius dan langkah-langkah positif tidak diambil

maka cita-cita Kerajaan untuk mengangkat martabat rakyat yang

menggabungkan usaha memajukan aspek sosio-ekonomi dengan usaha

Page 67: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 68 -

mempertajamkan daya fikir rakyat dan mempertingkatkan kecintaan

kepada ilmu, membentuk akhlak, membina budaya dan kegigihan meneroka

dan menembusi perbatasan sains dan teknologi tidak akan tercapai

menjelang Wawasan 2020.

Tuan Yang di-Pertua, di dalam Belanjawan 1993, Kerajaan telah

memperuntukkan S2.688 bilion untuk pembangunan infrastruktur dan

kemudahan awam. Sepertimana yang kita sedia maklum bahawa sungguh-

pun negeri Sabah sudah dikatakan merdeka selama lebih kurang 30

tahun yang lala melalui Malaysia, namun sungguh amat sedih

pembangunan infrastruktur dan kemudahan awamnya masih ketiaggalan

jauh kebelakang jika dibandiagkan dengan apa yang kita lihat di

Semenanjung Malaysia. Sebagai contoh, Lebuhraya Beaufort ke Lawas

hingga sekarang ini belum pun dimulakan sungguhpun peruntukan sudah

diluluskan sekian lama.

Page 68: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 69 -

Saya berpendapat Lebuhraya yang tidak sarapai 100 kilometer jarak

jauhnya itu tidak akan memakan masa lebih lima tahun untuk menyiap-

kannya.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, saya minta kepada

Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk mempercepatkan pembekalan

elektrik di kawasan luar bandar ke daerah Tenom. Kampung-kampung

yang dimaksudkan ialah seperti berikut:

(a) Kampung Tipoh, Kampung Pengalat, Kampun g Pembilaan dan

Kampung Liuh;

(b) Skim Lembaga Tabung Getah Sabah, Labu • Seberang, Kampung

Sungai Api; dan juga

(c) Kampung-kampung di sepanjang Batu 6 hingga Batu 10 di

Kemabong

Saya berpendapat bahawa ini tidak akan memakan belanja yang besar

dan pembekalannya tidak sukar memandangkan stesen hidro-elektrik

Pangi terletak dalam kawasan atau daerah Tenom.

Tuan Yang di-Pertua, di dalam Persidangan yang lepas saya telah

menyarankan supaya Kerajaan membmuat sata program berasingan untuk

mengatasi masalah kemiskinan terutama sekali di negeri Sabah. Ini

memandangkan kadar kemiskinan di Sabah masih pada tahap 34%.

Kerajaan Negeri Sabah telah berusaha melaksanakan beberapa program

sejak tahun 1987 ke arah mengurangkan kadar kemiskinan ini.

Program-program ini termasuklah pelancaran Projek Usaha Maju oleh

Koperasi. Pembangunan Desa. Sebenarnya program seperti ini dimulakan

di Bangladesh. Terdapat juga program yang serupa dilaksanakan di

Page 69: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 70 -

Semenanjung Malaysia yang dipanggil projek IKHTIAR. Kerajaan Sabah

melalui agensinya Koperasi Pembangunan Desa telah melancarkan

program ini dengan peruntukan pelancaran sebanyak lebih kurang $11

juta.Kerajaan Negeri Sabah juga telah melancarkan Sabah Action

Blueprintnya sebagai rangka tindakan membangun perindustrian di

Sabah. Begitu juga Kerajaan Negeri Sabah melalui Yayasan Sabah

dengan program Pembangunan Insannya, sedang dan terus membantu

rakyat terutama sekali mereka yang tinggal di luar bandar,

meningkatkan taraf hidup mereka d i samping menyemai sikap positif ke

arah pembangunan .

Strategi-strategi dan program-program ini jelas menunjukkan

bahawa Kerajaan Negeri Sabah serius dengan pembangunan negeri Sabah,

khusasnya pembangunan sosio-ekonomi. Ma1angnya terdapat beberapa

pihak yang tidak habis-habis menuduh para pemimpin Sabah sebagai

pemimpin-pemimpin yang hanya memperjuangkan kepentingan diri sendiri

dan tidak berminat memajukan negeri itu.

Tuan Yang di-Pertua, untuk membasmi kemiskinan, suatu usaha dan

pendekatan yang bersepadu haruslah dilaksanakan oleh kedua-dua

Kerajaan Pusat dan Negeri. Sudah hampir 30 tahun Sabah merdeka

melalul Malaysia, namun kadar kemiskinan masih dL tahap yang

tertinggi seperti yang saya katakan tadi, 34% berbanding dengan

Semenanjung Malaysia 20%. Yang menghairankan dalam tempoh sekian

lama suatu skim atau program untuk membasmi kemiskinan di Sabah

tidak diperkenalkan. Hanyalah apabila PBS ke Luar daripada BN

barulah program Pembangunan Rakyat Termiskin diadakan di Sabah.

Itupun baru daLam daerah Kudat. Saya rasa kaLau PBS masih daLam BN,

Page 70: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 71 -

sudah tentu Sabah kempunan menikmati program tersebut. Begitu juga

sejak PBS keluar dari BN, kita lihat dan saksikan bahawa ramai

pemimpin Persekutuan dan juga daripada negeri-negeri dari

Semenanjung Malaysia datang ke Sabah kebelakangan ini. dan rakyat

Malaysia di Sabah melihat sendiri bahawa kebanyakan mereka datang

tidak lain tetapi menghentam pemimpin-pemimpin PBS. Bukan sahaja

menghentam, tetapi menakut-nakutkan rakyat Malaysia di Sabah dengan

penggunaan bala tentera dan juga ISA. Yang anihnya, mereka bolah

bercakap dan buat apa sahaja tetapi ISA sedikitpun tidak mendekati

mereka. Saya tidak tahulah, mungkin meraka mempunyai Immunity

terhadap ESA tetapi kita langsung tiada immunity sedemikian. Kita

cakap sedikit pun tidak boleh - itu sensitiflah, ini ekstrimlah -

kemudian seksyen 73 dan-3 ISA ditampar ke muka kita.

Tuaa Yang di-Pertua, kita tidak nafikan bahawa ada juga

pemimpin Persekutuan seperti Timbalan Perdana Menteri datang selain

daripada menghentam dan menakut-nakutkan. PBS, beliau ada juga

mengumumkan peruntukan-peruntukan di sana sini. Pada dahulunya,

semasa PBS dalam BN, pengumuman sedemikian tiada dibuat. Namun kita

di Sabah masih menunggu bila peruntukan itu dilaksanakan.

Sehubungan dengan ini, saya suka mengingatkan pemimpin-pemimpin

Pusat supaya peka terhaciap kaluhan parti AKAR semada konggeresnya

baru-baru ini. Kalau kita tidak dapat menangani masalah kemiskinan

ini, maka saya khuatir kita boleh berbangga dengan pertumbuhan

ekonomi negara semata-mata jika ramai daripada rakyat kita terutama

sekali mereka yang duduk di Luar bandar kehidupan mereka terus

melarat kerana, seperti yang saya katakan di daLam ucapan sulung

Page 71: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 72 -

saya di Dewan yang mulia ini, bahawa kemiskinan adalah suatu bentuk

atau corak keganasan yang paling buruk - poverty is the worst fonn

of violence, dengan izin. Oleh itu, sia-sla sahaja kita mengadakan

Belanjawan demi Belanjawan kononnya untuk meringankan beban rakyat

dengan menggunakan kata-kata yaag indah-indah belaka dan tidak

kurang pula yang bombastic, tetapi gagal mencapai matlamat sebenar-

nya.

Tuan Yang di-Pertua, banyak sudah diperkatakan sama ada di

dalam atau di Luar Dewan yang mulia ini tentang kehadiran pendatang

asing di Sabah yang kebanyakan mereka memperolehi kad pengenalan

biru sewenang-venangnya. Persoalannya, bilakah Kerajaan Pusat

betul-betut mengambil tindakan dan langkah-langkah positif untuk

mengatasi atau menyelesai kedua-dua maaalah demi kepentingan rakyat

Malaysia di Sabah? Kalau Kerajaan Pusat bersifat seperti melepaskan

batuk di tangga dalam permasalahan ini, maka ini bermakna sengaja

tnemberi kesengsaraan kepada rakyat Malaysia di Sabah. Dalam

hubungan ini, saya sekali lagi bertanya kepada Kementerian Dalam

Negeri tentang kesahihan pengeluaran kad peagenalan biru sejumlah

322,947 seperti yang dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat dari Kota

Belud dalam Dewan yang mulia ini pada 2hb Julai, 1987. Kebekalangan

ini ada juga beberapa orang pendarang asing di Sabah yang dituduh

dan disabit kesalahan di mahkamah kerana memperolehi kad pengenalan

biru yang palsu. Tetapi iai hanyalah "tip of the iceberg" sahaja.

Yang pasti beratus ribu orang asing memperolehi kad pengenalan biru.

Yang anihnya kenapakah orang-orang asing yang bukannya warganegara

Malaysia boleh meadapatkan kad penganalan biru sewenang-wenangnya,

Page 72: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 73 -

sedangkan anak saya Meralin Radin Maleh yang memohon kad pengenalan

biru sudah lebih setahun sekarang, belum lagi mendapat kad pengenal-

an birunya. Saya cukup hairan dan terharu sekali.

Tuan Yang di-Pertua, di sini sukacita saya menyentuh tentang

kenyataan Timbalan Presiden UMNO semasa menggulung perbahasan dalam

perhimpunan UMNO pada 8hb November, 1992, Beliau berkata, walaupun

ada anak-anak watan Sabah yang berkelayakan, tetapi mereka tidak

boleh dilantik secara langsung memegang jawatan seperti Pengarah

Pendidikan dan Pengarah Imigresen Sabah kalau meraka bukan kaki-

tangan Perkhidmatan Awam. Saya fikir kenyataan ini dibuat tanpa

memeriksa fakta sebenar. Sebenarnya sudah ramai anak-anak watan

Sabah yang bukan sahaja berkelayakan dan sebagai kikitangan

Perkhidmatan Awam bertugas di kedua-dua Jabatan tersebut. Tetapi

sudah lama sampai masanya mereka diberi peluang menyandang jawatan-

jawatan berkenaan. Begitu juga dengan jabatan-jabatan Lain seperti

Jabatan Pendaftaran Negara, Polis dan sebagainya. Anak-anak watan

Sabah boleh memegang jawatan-jawatan tertinggi di jabatan-j abatan

tersebut di Sabah. Kalaulah pengalaraan dan kelayakan yang dituntut

apa juga pengalaman Yang Berhorraat Dato1 Seri Najib bin Tun Haji.

Abdul Razak yang dilantik sebagai Timbalan Menteri pada tahun 1976

dan apa juga kelayakan Yang Amat Borhormat Encik Ghafar Baba yang

diLantik sebagai Ketua Menteri Melaka dahulunya dan sekarang menjadi

Timbalan Perdana Menteri.

Tuan Yang di-Per tua., baru-baru ini ada khabar-khabar ang in

mengatakan kononnya ada parti baru di Sabah akan ditubuhkan.

Khabar-khabar angin ini mendapat reaksi langsung daripada Perdana

Page 73: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.96 - 74 -

Menteri yang mengalu-alukan penubuhan itu tetapi kata beliau lagi,

belum masanya kerana. "anti-hop Law" Sabah belum dimansuhkan oleh

mahkanah. Bukankah kenyataan ini cuba mempengaruhi keputusan

mahkamah supaya memansuhkan anti hop law tersebut sedangkan kes ini

masih sub judice. Kita sapatutnya akur kapada nasihat Tan Sri Yang

di-Pertua Dewan Rakyat baru-baru ini di Saremban bahawa kes-kes yang

masih sub judice ini sepatutnya jangan dibincangkan walaupun di

dalam Dewan yang mulia ini kerana ianya seolah-olah mengambil alih

tugas dan tanggungjawab mahkamah.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali, Ucapan Belanjawan 1993 yang

dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan pada 30.10.92 yang

lalu juga tidak sunyi daripada sindiran-sindiran yang sungguh

menyakitkan hati.

Page 74: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 75 -

Namun demikian, marilah kita sama-sama menghayatinya, dan seterusnya

cuba merenung kembali sejarah negara kita dengan mengambilkira semua

apa yang berlaku di dalam negara, dan apa yang diperkatakan oleh

para pemimpin kita dari semua peringkat melalui ucapan-ucapan dan

kenyataan-kenyataan mereka. Kalau kita telaah dan amat-amati dan

tepuk dada tanya selera, kita tidak boleh mendabik dada sebagai yang

benar dan bersikap sebagai big brothers di satiping membuat berbagai

ancaman dan tuduhan. Janganlah macam ayam jantan yang berkokok

berderai-derai tetapi ekor bergelumangan tahi. Kita pun ada

mendengar dan menyaksi persekitaran Perhimpunan Agung UMNO yang baru

lalu. Sama-samalah kita mengambil iktibar daripadanya.

Saya akhiri ucapan ini dengan kata-kata yang digunakan oleh

Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamed semasa berucap

di majlis makan malam anjuran Kelab Harvard Malaysia di Hotel

Shangri-La Kuala Lumpur pada 31hb Januari, 1992. Beliau berkata,

"tugas membina sebuah negara yang bercorak majmuk serta mempunyai

latarbelakang sejarah, keturunan, bahasa, budaya dan asal-usul yang

berlainan melibatkan lebib daripada usaha memupuk persefahaman yang

menjadi ciri atas membina sebuah negara atau bangsa", Ini

membabitkan usaha memupuk pengalaman sejarah yang dikongsi bersama

serta nilai murni yang sama dijunjung. Semangat ini mempunyai

identity dan destiny yang dapat mengatiasi semangat perkauman,

perasaan taat setia yang tidak berbslah bagi, bertanggungjawab dan

cintakan negara. Sama-samalah kita hayati. Sekian, terima kasih.

Page 75: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 76 -

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Sabak Bernam.

4.43 ptg.

Tuan Haji Mahbud bin Haji Hashim [Sabak Bernam]: Tuan Yang

di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kerana telah memberi

peluang pada saya untuk bangun berucap dan bersama-sama mengatnbil

bahagian membahaskan Ucapan Belanjawan yang dibentangkan oleh Yang

Berhormat Menteri Kewangan pada 30hb Oktober, 1992 yang lalu.

Belanjawan bagi tahun 1993 yang dibentangkan oleh Yang Berhormat

Menteri Kewangan pada kali ini ialah berjumlah $44.144 billion iaitu

mengurangan 8,1% berbanding dengan Belanjawan tahun 1992 sebanyak

$32.290 billion telah diperuntukkan bagi tujuan mengurus,manakala

$11.54 billion untuk pembangunan.

Mengikut analisis peratusan perbelanjaan untuk pembangunan dan

mengutus menunjukkan bahawa peruntukan untuk perbelanjaan

pembangunan semakin meningkat. Manakala perbelanjaan untuk

perbelanjaan mengurus menurun. Peratusan perbelanjaan pembangunan

meningkat sebanyak 21.7% pada tahun 1992 kepada 26.89Z pada tahun

1993 ini. Trend ini membuktikan bahawa Kerajaan semakin prihatin

terhadap pembangunan, khasnya dalsm belanjawan perkhidmatan

ekonomi. Dengan sebab itu, sektor ekonomi telah diberi peruntukan

yang paling utama di dalam perbelanjaan pembangunan, lantaran ia

merupakan tunggak kepada pembangunan sesebuah negara. Inilah

falsafah yang jelas diamalkan oleh Malaysia.

Belanjawan yang dibentangkan pada kali ini nyata berlainan

dengan belanjawan-belanjawan yang lalu. Ia memperlihatkan kepekaan

Yang Berhormat Menteri Kewangan terhadap gologan yang berpendapatan

Page 76: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DP. 12.11.92 - 77 -

rendah dan miskin. Beliau dengan murah hati menurunkan kadar cukai

pendapacan dan memperuntukan wang sejumlah sebanyak $280 juta untuk

melepaskan golongan itu daripada belenggu kemiskinan. Kerajaan juga

akan melancarkan skim khas Amanah Saham Bumiputera di Baling, Kedah,

iidak berapa lama lagi sebagai lanjutan kepada program Pembangunan

Rakyat Termskin. Skim ini melibatkan pinjaman sebanyak S500 juta

dan telahpun memberi manfaat kepada 60,000 keluarga bernilai S300

juta pinjaman. Kerajaan juga tidak pilih kasih dalam soal membela

rakyat termiskin. Oleh hal yang demikian, skim ini telah

diperluaskan ke negeri Kelantan dan Sabah, walaupun negeri ini kini

diperintah oleh parti Pembangkang.

Segala dayausaha yang dilakukan ini jelas memperlihatkan bahawa

Kerajaan Barisan Nasional benar-benar mengamalkan dasar masyarakat

penyayang. Tetapi usaha ini sebenarnya tidak ditakukan oleh parti

Pembangkang sungguhpun sering melaung-laungkan untuk mempraktikan

dasar ini. Lantaran itu, adalah tidak tepat bagi pihak Pembangkang

menuduh bahawa Yang Berhormat; Menteri Kewangan sudah tidak peka lagi

terhadap golongan. miskin seperti semasa beliau menjadi pemimpin

kesatuan pelajar ataupun ABIN dahulu.

Sebaliknya, beliau kini benar-benar menggunakan kedudukan

sebagai Menteri Kewangan untuk memperbaiki nasib mereka yang dhaif.

Seliau sebenarnya tokoh yang cakap serupa bikin, bukan seperti

beberapa orang tokoh Pembangkang yang cakap tidak serupa bikin.

Kata-kata bahawa Yang Berhormat Menteri adalah seorang yang tidak

jujur merupakan suatu tohmahan yang melulu dan tidak berasas sama

sekali.

Page 77: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 78 -

Tuan Yang di-Pertua, pihak Pembangkang, pada setiap kali

membahaskan Belanjawan yang dibentangkan oleh Kerajaan Barisan

Nasional, tidak putus-putus mempersoalkan mengenai accountability.

la menunjukkan, seolah-olah Kerajaan Barisan Nasional "idak

accountability sama sekali dalam mengurus kewangan negara. Di

sebalik keghairahan Pembangkang ini, ia juga menunjukkan tidak ada

perkara yang baik telah dan sedang dilakukan oleh Kerajaan Barisan

Nasional. Wahai pihak Pembangkang, janganlah menjadi tukang cacat

salama— lamanya, seniaca-mata kerana hendak mengekalkan brand ataupun

trade mark, dengan izin, sebagai Pembangkang. Tindak-tanduk seperti

ini sebenarnya tidak bertaedah dan menguntungkan. Pihak Pembangkang

mestilah bersikap rasional.

Mengenai accountability ini, saya ingin menjelaskan bahawa

Kerajaan Barisan Nasional sentiasa prihatin dalam isu yang sering

dibangkitkan oleh DAP dan S.46 ini. Kerajaan Barisan Nasional

dengan rela hati memberi kuasa kepada Jabatan Audit Negara dan

Jawatankuasa Kira-kira Awam, dengan izin, PAC menyiasat dan menyoal•

mana-mana jabatan yang didapati tidak menguruskan kewangan dengan

betul dan cermat. DAP, PAS dan PBS pula mesti berasa

bertanggungjawab, sebab dalam PAC terdapat wakil-wakil Pembangkang

yang menjadi ahli. Saya ingin bertanya, adakah wakil Pembangkang

dalam PAC tidur ataupun ambil mudah sahaja tanggungjawab sebagai

ahli. Perbuatan Pembangkang menuding telunjuk ke arah Kerajaan,

Dr Tan Seng Giaw: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,

Page 78: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR. 12.11.92 - 79 -

Tuan Haji Mahbud bin Haji Hashim: ...seperti menjolok ke dalam

mata sendiri.......

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormay,

Kepong bangun.

Tuan Haji Mahbud bin Haji Hashim: Minta maaf, saya tak

mempunyai masa.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Teruskan.

Tuan Haji Mahbud bin Haji Hashim: Perbuatan Pembangkang

menuding telunjuk ke arah Kerajaan sepeti menjolok ke dalam mata

sendiri kerana tidak tahu tanggungjawab yang sebenarnya dalam PAC.

Inilah yang dikatakan sikap kepura-puraan atau hipokrit pemimpin

Pembangkang.

Semasa membentangkan Belanjawan 1993, Yang Berhormat Menteri

Kewangan telah menghuraikan, antara lainnya, dasar-dasar kewangan

negara ialah bertujuan melindungi rakyat yang tertekan oleh bebanan

inflasi yang dijangka akan meningkat, dan pada masa yang sama untuk

memajukan ekonomi negara supaya berada di tahap yang lebih mantap

pada masa hadapan. Serentak dengan itu, segala rancangan dan dasar

pula digubal menghala ke arah pencapaian Wawasan 2020. Pibak

Pembangkang juga telah membangkitkan bahawa Wawasan 2020 tidak

dibentangkan dalam Dewan Rakyat. Pihak Kerajaan Barisan Nasional ,

sebenarnya berpendapat ia tidak perlu dibentangkan dalam Dewan

Rakyat, kerana ia sudah diterima oleh seluruh rakyat dan mereka kini

sedang bersungguh-sungguh membanting tulang untuk mencapai matlamat

itu. Oleh iiu, pemimpin-pemimpin Pembangkang janganlah lagi

memperkecil-kecilkan gagasan yapg telah dicetuskan oleh Yang Amat

Berhomat Perdana Menteri semata-mata dengan tujuan urKuk melemah-

Page 79: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 80 -

kan semangat dan kesungguhan rakyat negara ini menjayakan Wawasan

2020.

Dalam usaha kita hendak membangun atau memajukan negara melalui

dasar kewangan yang liberal dan praktikal, adalah lebih wajar bagi

kita melihat pembangunan ekonomi di persekitaran kawasan Asia.

Negara-negara seperti Indonesia, Singapura, Republik Rakyat Cina,

Hong Kong, Thailand dan Korea Selatan masing-masing berusaha untuk

mencapai taraf negara industri baru. Keghairahan ini telah

mencetuskan persaingan yang hebat kepada negara kita yang juga

sedang berusaha dengan serius untuk mencapai matlamat itu.

Persaingan ini secara langsung memberi amaran bahawa jikalau rakyat

negara kiia tidak berupaya mempersiapkan diri, maka Malaysia sudah

pasti teriinggal di belakang oleh negara-negara tersebut. Saya

khuatir, jikalau fikiran orang ramai terus diracuni dengan

pandangan-pandangan yang negatif oleh parti Pembangkang, negara kita

akan menerima nasib malang seperti itu.

Senario ini menggambarkan dengan jelas bahawa kita sedang

berhadapan dengan satu keadaan yang paling mencabar. Tanggungjawab

untuk menyahut cabaran ini bukan terletak kepada satu kaum sahaja,

bahkan kepada semua kaum, sama ada Melayu, Cina mahupun India yang

menjadi komponen rakyat terpenting di negara ini.

Page 80: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 81 -

Saya berharap pihak Pembangkang, khasnya DAP akan turut serta

memainkan peranan yang positif, bukannya bergiat meracuni pemikiran

orang ramai dan menakutkan pelabur-pelabur asing melalui berbagai

tuduhan yang tidak berasas.

Dr. Tan Seng Giaw: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat] : Yang Berhormat,

ada yang bangun .

Tuan Haji Mahbud bin Haji Hashim; Minta maaf. Saya tidak

pernah ganggu orang.

Timbalan Yang di-pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Ya, teruskan.

Tuan Haji Mahbud bin Haji Hashim: Semua lapisan rakyat di

negara ini hendaklah mengamalkan sikap seperti rakyat di Korea

Selatan ataupun di Jepun dalam menerapkan nilai-nilai bekerja dan

membangunkan negara. Negara-negara ini tidak kaya deagan hasil-

mahsul buminya, tetapi rakyatnya berilmu dan berpengetahuan

teknologi tinggi. Jikalau ditinjau dalam perbandingan ini, maka

tidak mustahil bagi negara kita menjadi lebih maju daripada negara-

negara tersebut, oleh kerana kita mempunyai kekayaan hasil bumi dan

rakyat yang rajin bekerja. Selain daripada mewarisi. hasil bumi,

kita juga mempunyai pemimpin-pemimpin yang berpandangan jauh dan

gigih seperti pemimpin-pemimpin Barisan Nasional pada hari ini.

Walau bagaimanapun, usaha menangani cabaran itu bukanlah satu

usaha yang mudah. la memerlukan semangat kolektif di antara rakyat

dan Kerajaan serta disokong oleh semangat kesungguhan dan ketekunan

yang padu. Dengan hal yang demikian, sebagai sebuah negara lcecil

yang masih tertinggal dalam bidang-bidang tertentu, Malaysia sangat

memerlukan rakyat yang berpengetahaan teknologi tinggi dan canggih.

Page 81: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 83 -

mengikuti latihan dalam bidang-bidang yang diminati oleh mereka.

Dengan latihan ini ia akan dapat mendedahkan para pelajar berkenaan

dalam sesuatu bidang yang tertentu dan mencetuskan minat mereka

dalam profesion yang berkaitan dengan kemahiran. Sebaik sahaja

pelajar berkenaan tamat persekolahan, sama ada gagal mahupun lulus

peperiksaan, ia boleh ditawarkan untuk bekerja di situ mengikut

keupayaannya.

Menerusi langkah ini, Kementerian Pendidikan boleh menjimatkan

balanja dan melahirkan kumpulan tenaga kerja yang terkhusus.

Jikalau Langkah ini mendapat sambutan yang baik daripada pihak

swasta, maka saya berharap Kementerian Pendidikan akan memberikan

keutamaan dengan membina Leblh banyak lagi institusi teknologi yang

berhampiran dengan kawasan industri pada masa-rnasa yang akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, mengikut Belanjawan yang telah dibentang-

kan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan, peruntukan sebanyak $7.312

bilion telah disediakan kepada Kementerian Pendidikan. Peruntukan

ini, antara lain, akan dibelanjakan untuk tujuan mengambil 9,600

orang guru dan melanjutkan program reformasi pendidikan yaug

meliputi matapelajaran Kemahiran Hidup, usaha meningkatkan penguasa-

an bahasa MeLayu dan bahasa Inggeris serca pembaharuan ko-kurikulum

yang lain.

Saya berterima kasih terhadap prihatin Yang Berhormat Menteri

Kewangan untuk membantu Kementerian Pendidikan dalam melakukan

berbagai perubahan, terutamanya dalam bidang latihan vokasional dan

teknikal yang berjumlah $1.199 bilion, manakala dalam bidang

politeknik dan institusi pengajian tinggi pulaberjumlah S631 juta.

Saya kira peruntukan sebanyak ini adalah tidak mencukupi untuk

Page 82: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 87 -

Adalah diharapkan dengan peruntukan yang sebesar ini akan

mendorong agensi-agensi yang terlibat membuat pelbagai

penyelidikan. Di antara penyelidikan y.ang patut diberi perhatian

ialah bagaimanakah meningkatkan mutu dan pengeluaran hasil-hasil

pertanian kerana negara kita pada asalnya adalah negara perranian.

Negara kita adalah negara yang kaya dengan tenaga kreatif dan giat

mencipta atau menghasilkan pelbagai penemuan yang mengkagumkan,

tetapi sayangnya tenaga kreatif dan gigih ini kurang mendapat

perhatian Kerajaan atau swasta untuk memajukan dayacipta mereka

supaya lebih canggih dan sesuai dengan keadaan semasa. Jikalau

Kerajaan tidak mampu memberi pertolongan secara langsung, Kerajaan

sepatutnya boleh bekerjasama dengan pihak swasta dengan memberi

geran galakan supaya ini terdorong untuk terus mencipta.

Saya kira Belanjawan yang merangkumi galakan untuk ahli sains,

penulis dan para seniman kali ini menjadi insentif yang terbaik bagi

mempertingkatkan daya cipta dan aspirasi seni. Jikalau insentif ini.

diteruskan dan menjadi satu budaya bangsa, maka sudah pasti kita

akan dapat melahirkan sebuah masyarakat yang berfikiran intelek dan

tidak terpengaruh dengan cerita-cerita karut, khayal dan tahyul.

Saya berharap pada suatiu masa nanti, kita akan dapat melahirkan

ahli-ahli sains, ahli-ahli pemikir dan penyelidik yang berwibawa di

mata dunia.

Page 83: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 88 -

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya kurang jelas,

sejauhmanakah hasil penyelidikan daripada pusat-pusat penyelidikan

sektor awam seperti PORIM, MARDI, SIRIM, MEMOS dan sebagainya untuk

menempatkan penyelidikan masing—masing kepada rakyat dan negara

ini. Apa yang diketahui setelah hasil penyelidikan itu diperolehi

dan dibuat publisiti, ia kemudian tenggelam tanpa sebarang kemajuan

atau susulan. Saya mengesyorkan supaya sektor awam ini bekerjasama

dengan sektor swasta yang mempunyai pusai-pusat penyelidikan mereka

sendiri untuk membolehkan hasil penyelidikan itu dimanfaatkan atau

dikomersialkan.

Saya ingin mengingatkan institusi sektor awam yang g i a t

menjalankan penyelidikan ini supaya jangan ghairah membuat publisiti

berhubung dengan kejayaan mereka. Saya bimbang jikalau keghairahan

membuat publisiti menjadi satu budaya, hasil penyelidikan itu

mungkin akan dicuri atau ditiru oleh pihak yang lain, maka

penyelidikan asalnya tidak mempunyai nilai ekonomi lagi. Sehubungan

dengan ini, negara kita juga hendaklah berhati-hati apabila

memberikan bantuan penyelidikan atau teknik kepada negara luar.

Saya perhatikan lazimnya apabila negara kita memberi bantuan yang

sedemikian, negara itu menjadi lebih maju daripada negara kita yang

menjadi sumber penyelidikannya. Saya menekankan perkara ini bukan

bertujuan menghalang kita memberi bantuan kepada negara lain tetapi

sambil membantu kita mesti beringat-ingat untuk melindungi

kepentingan kita.

Page 84: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 89 -

Tuan Yang di-Pertua, apabila kita memasuki tahun 1993, kita

sudah pasti akan berhadapan dengan masalah inflasi yang kini sedang

menunjukkan tanda-tanda ia sedang meningkat dari 4.4% ' pada tahun

1991 dan 4,6% pada tahun ini. Beban ini sudah tentu dirasai

pedihnya khasnya penduduk luar bandar yang tidak mempunyai

pendapatan tetap.

Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan

kerana sangat bertimbangrasa mengurangkan duti import lebih daripada

600 jenis barangan termasuk makanan dan peralatan elektrik. Saya

yakin, langkah ini sedikit sebanyak meringankan rasa beban inflasi

yang sedang meningkat itu.

Satu langkah lagi yang dikira baik ke arah membendung inflasi

Pekerja dari 11% kepada 12% bagi pihak majikan, manakala pekerja

pula dari 9% kepada 10%. Perubahan ini secara tidak langsung

menggalakkan tabungan dan seterusnya melegakan rakyat dari tekanan

inflasi. Sebagai langkah menggalakkan majikan dan pekerja mencarum,

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja hendaklah mulai dari sekarang

bergerak dengan lebih agresif dan melabur dalam bidang-bidang yang

menguntungkan. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja juga wajar memberi

pulangan dividen yang lebih tinggi kepada pencarum. Hal ini perlu

difikirkan dengan serius kerana bukan semua pekerja mampu membeli

saham ataupun melabur dalam Bursa Saham Kuala Lumpur dan, dengan

demikian, kenaikan kadar bayaran dividen boleh menjadi sumber

Page 85: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 90 -

terbesar bagi pekerja untuk bersedia menghadapi hari tua mereka.

AmaLan berjimat-cermat penting bagi meringankan tekanan inflasi.

bagi menggalakkan amalan init institusi-institusi kewangan hendaklah

mengkaji semula kadar faedah simpanan yang dikira kurang adil kepada

pelanggan-pelanggan mereka kini.

Selain daripada membuat kawalan ketat terhadap harga barangan,

menggalakkan tabungan atau simpanan, Kerajaan perlu mengkaji semula

duti bahan-bahan binaan seperti simen, besi dan lain-lain barangan

supaya harga rumah dapat dipertahankan pada tahap yang munasabah.

Tindakan ini wajar bagi memastikan semua golongan rakyat, sama ada

yang berada atau yang kurang berada dapat membeli rumah mengikut

kemampuan mereka. Jikalau kedua perkara ini dapat diselarasakan,

saya kira kita akan dapat mewujudkan satu masyarakat yang bahagia

dengan memiliki harta tetap tanpa bimbang atas cengkaman oleh beban

inflasi yang berat.

Satu lagi sektor yang perlu diberi perhatian oleh Kerajaan

ialah sektor industri perkhidmatan. Saya perhatikan sektor ini

kurang diberi penekanan oleh Kerajaan dan juga swasta. Bagi saya,

sektor perkhidmatan ini mempunyai pertalian yang rapat dengan

sektor-sektor lain dan memainkan peranan penting bagi memajukan

berbagai industri di negara kita pada hari ini. Sektor ini secara

umumnya melibatkan industri pengangkutan dan agensi-agensi

pelancongan serta insurans. Jikalau industri ini kurang dapat

perlindungan, ia pasti boleh menjejaskan sektor lain. Oleh itu,

satu usaha yang jitu hendaklah dilakukan untuk memperbaiki industri

ini.

Page 86: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.1l.92 - 91 -

Di antara industri yang menghadapi banyak persaingan dan

mencabar masa kini ialah industri yang terlibat secara langgung

dengan pelancongan iaitu agensi pelancongan. mereka ini merupakan

orang yang pertama di barisan hadapan menerima kemasukan pelancong

dan menghantar mereka pulang apabila pelancong datang bercuti ke

negara ini. Mereka ini memberi berbagai gambaran sama ada baik

mahupun buruk mengenai negara ini. Bagi. setengah negara, individu

yang memohon untuk mengendalikan agensi pelancongan dikehendaki

lulus ujian khas iaitu kefahaman tentang sejarah, politiik, ekonomi

dan kebudayaan negara yang berkenaan. Jelasnya seseorang yang ingin

melibatkan diri dalam industri pelancongan bukan sahaja perlu mampu

menguasai satu bahasa antarabangsa bahkan mesti memahami aspek-aspek

tersebut secara mendalam.

Untuk melahirkan imej yang baik bagi negara ini, saya suka

mengesyorkan supaya Kerajaan mewujudkan sebuah akademi pelancongan

di mana-mana pusat pengajian tinggi di negara ini. Seseorang yang

terpilih atau dipilih menceburkan diri ke dalam industri ini

mestilah diwajibkan belajar di akademi dan mesti lulus baru boleh

ditauliahkan sebagai pengendali agensi pelancongan ataupun pemandu

pelancong. Selain daripada itu, semua agensi pelancongan hendaklah

mengambil dayausaha mengadakan penerangan tentang sejarah dan

politik negara ini terlebih dahulu sebelum pelancong itu dibawa

melawat ke tempat-tempat bersejarah dan tempat-tempat peranginan di

negara ini. Dengan daya usaha ini saya percaya matlamat kita untuk

memperkenalkan negara ini dengan lebih berkesan akan dapat dicapai.

Page 87: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 92 -

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya yakin matlamat kita

menggubal dasar kewangan negara tidak lain dan tidak bukan ialah

supaya kemakmuran negara ini dapat dinikmati oleh seluruh rakyat

dengan adil dan saksama. Segala usaha yang dilakukan secara

berterusan itu pula mungkin tidak dapat dinikmati dengan baiknya

jikalau kita gagal mencapai perpaduan nasional.

Dalam hubungan ini,saya suka menggesa Kamenterian Perpaduan

Negara dan Pembangunan Sosial supaya lebih aktifmengadakan pelbagai

antara kaum-kaum yang terbesar di negara ini. Kementerian ini

adalah diharapkan dapat menyibarkan dengan lebih meluas maklumat

tentang pantang larang sesuatu kaum untuk difahami oleh semua kaum

lapisan.rakyat semasa mereka berinteraksi.

Page 88: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

D R . 1 2 . 1 1 . 9 2 - 93 -

Saya yakin dengan wujudnya perpaduan, maka rakyat di negara ini

akan terus menikmati kemajuan yang telah dicapai dan. kejayaan-

kejayaan yang akan ditanpa di masa yang akan datang. Dengan kata-

kata lain, tunggak kemakmuran. ialah perpaduan nasional yang menjadi

asas kepada kestabilan pol i t ik .

Dengan demikian, sekali lagi ingin saya mengucapkan tahniah dan

syabas kepada Yang Berhormat Menteri Kawangan kerana ber jaya

merangka satu dasar kewangan negara yang ternyata melegakan semua

pihak. Saya percaya kita boleh memandang ke hadapan dengan yakin

dan bangga bagi menghadapi hari muka yang L e b i h cemerlang. Di atas

keyakinan ini saya menyokong sepenuhnya Belan jawan 1993 yang di-

bentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan pada 30hb Oktober

1992 yang lalu.

Sekian., terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat] : N i l a m P u r i .

4.02 ptg.

Tuan Ha ji Mohamad bin Sabu [Nilam Puri] : Tuan Yang di-Pertua,

Belanjawan 1993 yang dibentangkan oleh M e n t e r i Kewangan menarik

perhatian masyarakat seluruhnya terutamanya sekali memberi kelegaan

kepada mereka yang berasa lega dan memberi kerisauan kepada mereka

yang berasa r isau. Dalam Belanjawan yang dlbentangkan ini. iai tu

untuk memantapkan ekonomi Malaysia, merangka daripada sekarang,

menjangkau pada masa yang akan datang sehingga mencapa i ke t a h a p

yang boleh memberi kemakmaran kepada semua penghuni masyarakat dan

rakyat Malaysia di negara ini.

Page 89: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

D R . 1 2 . I I . 9 2 - 94 -

Saya mengalu-alukan Belanjawan ini yang dibentangkan oleh

Menteri Kewangan dahulunya menjadi sahabat karib kami dalam Angkatan

Belia Islam Malaysia dan sekarang telahpun menjadi Menteri Kewangan

telah membentangkan kali yang kedua Belanjawan bel iau. Walaupun

kami daripada PAS mengharapkan sangat-sangat dahulunya beliau akan

menyertai PAS, sebab pada tahun 1978 ketika PAS kalah teruk di

negeri Kelantan, be l i au di antara orang yang bekerja kuat untuk PAS

di Kelantan dengan semangat yang diberikan kepada kami anak-anak

muda sama ada di kampus ataupun baru lapas daripada kampus dengan

alasan mengatakan bahawa satu-satunya part i Islam yang ada di Asia

Tenggara adalah PAS. o leh i t u , kita hendak lah menyertai dan

menyokong PAS. I tulah semangat Presiden ABIM tahun 1973 yang masih

berkobar-kobar dalam j iwa kami anak-anak muda di waktu itu.

Kemudian, bel iau sendiri mengepalai jentera dar ipada para

pelajar berkempen berhempas pulas. Akhirnya, PAS t idak dapat

d ise lamatkan memerintah di negeri Kelantan , tinggal dua kerusi ba tu

nisan. Sekali. lagi kami anak-anak muda yang mendapat semangat

daripada beliau ini tanpa lengah selepas PAS kalah t e ruk , ba l ik ke

Kuala Lumpur , terus ambil borang menyertai PAS di atas saranan dan

arahan, pandangan Presiden Angkatan Belia dalam di wak tu itu.

Sete lah kami beramai-ramai menyer ta i PAS, setelah PAS gerhana di

zaman D a t u k Asri H a j i Muda, tiba-tiba pada tahun 1982, be l i au

mengambil keputusan menyer ta i UMNO.

Lutu tku bergegar di w a k t u i t u . Apakah selama ini arahan

ataupun pandangan tahun 1973 i tu hanyalah tipuan sementara kepada

anak-anak muda yang ingin m e l i h a t Islam dan perlaksanaan Islam

Page 90: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12 .11 .92 - 95 -

terserlah di Malaysia dengan menyertai PAS. Walaupun ada di antara

kawan-kawan dalam A3lM mengalirkan airmata kerana beliau mengambil

keputusan menyertai UMNO, tetapi di hati kecil mereka tetap mendoa-

kan, ayuh, al-sheikh Anwar Ibrahim " Insan kami lagi mutakkamil",

selamat belayar memimpin dan menerajui UMNO pada satu hari untuk

memimpin umat Islam ke jalan yang diucapkan semasa Presiden ABIM.

Walaupun hati kecil luka di atas sikap be l iau menyertai UMNO, tetapi

hat i k e c i l kami t e t ap berdoa semoga be l iau be r j aya .

Harapan kami itu sekarang ini semakin berkecai. Setelah 1982 -

1992, 10 tahun menyertai UMNO ucapan-ucapannya samasa memberangsang-

kan kami menyertai PAS dahulu semakin j auh , bahkan dalam ucapan ini

sanggup bel iau mengutak dengan mengatakan ulamak-ulamak kolo t ,

f ik i ran jumud, sedangkan be l i au sendi r i na ik d i atas pentas melalui

u l a m a k - u l a m a k jumad ini. Apakah bel iau berbangga sekarang setelah

m e n j a d i kawan Vincent Tan, kawan kepada Ananda Krishnan? Boleh naik

kapal terbang yang disewa oleh Vincent Tan, maka beliau te lah

menganggap kawan-kawannya dahulu j u m u d , kawan-kawannya dahulu

b e r f i k i r a n t i dak waras dan sempi t? Kalau ini lah lagak beliau untuk

masa hadapan, maka harapan kami semakin t ipis , dan yang p a l i n g

penting imej Islam yang cuba dibawa oleh beliau ke dalam UMNO

barangkal i akan hancur berkecai a p a b i l a d i l i h a t oleh orang-orang

UMNO send ini termasuk mereka yang b e r f i k i r a n sykular dalam UMNO

m e l i h a t gelagat be l iau mereka menga takan kami t i dak sangka akhi rnya

ia berkawan rapat dengan taukeh- taukeh j u d i . I n i l a h M e n t e r i

Kewangan yang saya sayangi dahulunya dan sekarang telah menjadi .

sedemikian r u p a .

Page 91: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 96 -

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya kita ingin melihat pula"

demokrasi yang dilaungkan, Mutakhir ini kita l ihat Parlimen semakin.

sepi, sudah tidak dipandang sebagai satu insti tusi penggubal undang-

undang yang agung. Dalam Dunia Jam 10, kita sering mel iha t

bagaimana watak dan gelagat Parlimen England. Ki ta boleh mel iha t

dalam kongras A m e r i k a . . . . . .

Tuan Tim Chee Choog: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin] : Yang Berhormat, Seremban minta j a l a n .

Tuan Yim Chee Choog: Tuan Yang di-Pertua, ucapan dari Yang

berhormat tadi adalah sangkaan j aha t terhadap Menter i Kewangan.

Tuan Haji Mohamad bin Sabu: Bukan point of order!

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Ya , ya , t e ruskanlah .

Tuan Haji Mohamad bin Sabu: Saya teruskan. Dalam Dunia Jam 10

kita boleh m e l i h a t Parlimen orang lain bersidang Parlimen England,

Kongres Amerika, t e tap i jarang dalam Warta Berita ' ki ta , untuk ki ta

dapat me l iha t Parlimen ini bers idang. Sahabat saya dar i Jerai, saya

pergi melawat Jerai, rakyat di Jerai ber tanya , "Mana Wakil Rakyat

saya tak nampak muka?" Saya kata , "Har i ini dia t i d a k dapat pulang

kerana sidang Par l imen" . "0h, sidang Parlimen sekarang?" E r t i n y a

rakyat tak tahu persidang Parl imen sedang b e r j a l a n . Ini kerana

media sekarang i n i meletakkan Par l imen di sudut yang cukup d h a i f

kerana perkara-perkara yang penting tidak lagi dibincang dalam

P a r l i m e n .

Page 92: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 97 -

Parlimen sebagai rubber stamp untuk meluluskan supaya diwartakan

suatu undang-undang, tetapi ia tidak lagi menjadi peranan yang

u t a m a . . . .

Tuan Nasruddin bin Baji Alang Saidin [parit]: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuaa Haji Juhar bin Haji Mahirudin]:

Yang Berhormat , Parit bangun. Hendak beri ja lan a tau tidak?

Tuan Nasruddin bin Haji Alang Saidin: Saya sedihlah dengan•

sikap Yang Berhormat menuduh membabi b u t a . Beliau je las ketara

tidak memahami tanggungjawab sebagai seorang pemimpin leb ih- leb ih

lagi mengetuai satu Kemen te r i an . Dan yang kedua, saya juga min ta

p e n j e l a s a n , janganlah memperkeci lkan perjuangan bapa. PAS dahulu .

Tanpa Datuk Asr i saya rasa, tak ada saudara.

Yang ket iga, saya m i n t a penjelasan bersabi t dengan yang akhir

t ad i ; saya cukup kecewalah, berkemungkinan yang bertanya kepada Yang

Berhormat bersabit dengan kehadiran Yang Berhormat dari Jerai di

Jarai. berkemungkinan besar adalah sahabat saudara anggota PAS,

kerana orang UMNO tahu pemimpinnya sekarang sedang bers idang.

Page 93: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 93 -

Tuan Haji Mohamad bin Sabu: Saya bercakap bukan soal UMNO dan

PAS di sini - soal peranan Parlimen. Kita pergi ke kampung-kampung

yang mana mereka tidak tahu Persidangan Parlimen sedangkan di zaman

Allahyarham Tunku Abdul Rahman,Allahyarham Tun Abdul Razak dan

Allahyarham Tun Hussein Onn ada laporan setengah jam dan40 minit.

Sekarang diselitkan sedikit dalam warta berita. Dan wakiL-wakil BN

ada yang bercakap memberi pandangan yang baik dalam Parlimen. ini

tetapi tidak diketahui oleh rakyat. Ada Pembangkang yang memberi

pandangan yang baik tetapi tidak diketahui juga oleh rakyat. Peranan

Parlimen semakin menurun. Tambahan pula, baru-baru ini para Jabatan

Parlimen dirampas dan diletakkan pula di bawah JPA. Barangkali

standard Parlimen entah apa hendak. jadi pada masa yang akan datang.

Sebaliknya, kita lihat Perhimpunan Agung UMNO semakin Hari

semakin ditonjolkan sebagai tempat pembuat dasar dan tempat untuk

meluluskan satu perkara yang penting di Malaysia ini. Misalnya,

Menteri Penerangan menjawab soal lesen radio kepada negeri Kelantan

tidak dijawab dalam Parlimen tetapi dijawab dalam Perhimpunan Agung

UMNO. Masalah yang timbul semula ialah BMF yang tidak dijawab dalam

Parlimen tetapi dijawab dalam Perhimpunan Agung UMNO. Dan

Perhimpunan Agung UMNO seolah-olah itulah yang mutlak memerintah

Malaysia sekarang ini. Ini kita nampak Malaysia sekarang ini sedang

Page 94: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 99 -

mengenepikan Parlimen. Barangkali inilah contoh yang hendak diikut

supaya lama-kelamaan Malaysia menuju seperti pentadbiran Ba'ath

Party yang memerintah di Iraq dan Syria, iaitu parti yang menentukan

seluruhnya perjalanan negeri bukanlah lagi berparlimen.

Tuan Nasruddin bin Haji Alang Saidin: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Yang Berhormat minta jalan, ya.

Tuan Nasruddin bin Haji Alang Saidin: Sebagaimana saudara dan

semua orang tahu bahawa dalam suratkhabar ada menceritakan bersabit

dengan Persidangan Dewan Rakyat. Dalam televisyen, tiap-tiap hari

ada soal-soal yang orang tidak tahu dan saya rasa tidak timbul.

Soalnya, berilah alternatif ataupun" pandangan serta cadangan yang

lebih berkesan dan yang lebih diterima oleh semua orang. Janganlah

apabila kita membincangkan sesuatu perkara, yang kecil

diperbesarkan. Kalau boleh, beri cadangan yang alternatif. Kita

tidak mahu mendengar benda-benda yang kecil kerana Dewan ini

penting, mustahak dan pandangan yang baik-baik. Kita hendak suruh

semua orang jadi baik, beri pandangan yang baik dan beri keputusan

yang baik. Kita bercakap benda-benda yang remeh-temeh. Beri

alternatif supaya pihak Kerajaan 'mengambil saranan saudara sehingga

sudah separuh masa berjalan tetapi tidak ada alternatif yang lebih

baik. Jika sekiranya ada yang baik, saya memberi keyakinan bahawa

Kerajaan juga mendengar mana-mana pihak di dalam Dewan ini. Terima

kasih.

Tuan Haji Mohamad bin Sabu: Terima kasih. Kita mahu peranan

Parlimen ini ditegakkan kembali siarannya dalam televisyen "Laporan

Page 95: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.1l.92 - 100 -

Parlimen" hendaklah diarah kembali. [ T e p u k ] S i a r a n dalam

suratkhabar hendaklah diperluaskan sekali sekala berilah siaran

terus-menerus dalam Parlimen ini macam England buat, Amerika buat

dan kita boleh tunjuk di Dunia Jam 10 hak negeri orang lain. Kak

negeri kita tidak boleh ditunjuk langsung.

Tuan Wee Choo Keong: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua[Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Yang Berhormat, Yang Berhormat. dari Bukit Bintang

minta jalan.

Tuan Wee Choo Keong:Minta penjelasan daripada Yang Berhormat

dari nilam Puri.Sekarang ini di"Laporan Parlimen"pun, kalau ada

perkara yang itu terlibat Tan Sri Vinceat Tan. atau syarikat-

syarikatnya dan akan disiarkan di dalam suratkhabar,New Straits

Times, oleh kerana Abdul Kadir Yasin- iaitu Group Editor of New

Straits Times, Ahmad -Nazri Abdullah,Group Editor of Berita

Harian, Ahmad Rizal Arbi, Group Editor of Berita Publishing dan

P.C. Shabadas, General Manager of New Straits Times diberikan .club

membership kepada Bukit Kiara Equestrian, sama ada kawan saya dari

Nilam- Puri bersetuju atau tidak?

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: ya,ada point of order.

Tuan Wee Choo Keong: Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Penjelasan ataupun point of order?

Page 96: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 1O1 -

Tuan Haji Mohamad bin Sabu: Point of order apa?

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad;Kepada pertanyaan tadi.

Tuan Haji Mohamad bin Sabu:Masa saya sedikit. Saya hendak

bersyarah ini. [Ketawa]

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad;Tuan Yang di-Pertua,saya minta

sahabat saya dari BuKit Bintang itu, dia tahu Parlimen ini untuk

orang yang berhak menjawab di dalam Parlimen. Masalah yang

dibabitkan individu-individu yang tidak mempunyai hak membela diri

dalam Parlimen adalah kurang adil. Itu sahaja.

Tuan Haji Mohamad bin Sabu:Saya rasa Yang Berhormat dari

bukit Bintang ada bukit. Sebab itu dia mengemukakan dan begitu juga

masalah akhbar yang ditegur sedikit sekarang akibatnya teruk.

Misalnya,dalam Utasan Melayu s e n d i r i , B i l a berlaku pertikaian

rasalah "Bahasa" beberapa orang terpelanting. Jadi, benda ini tidak

usahlah lagi kita sembunyikan sangat.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya di bawah kepimpinan Dato' Seri

Dr. Mahathir bin Mohamad, alhamdulillah, saya bersetuju semua dengan

ucapan daripada wakil BN; beliau seorang yang pernah terkenal di

dunia sekarang sehingga apabila saya melawat Indonesia baru-baru

ini, dalam Sidang NAM itu yang terkenal ialah dua orang pemimpin

yang disanjungi, iaitu Presiden Hashemi Rafsanjani daripada Iran dan

yang kedua, Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad yang digelarkan

sebagai "Soekarno Kecil", [Tepuk] "Soekarno Kerdil". Memang beliau

terkenal tetapi saya peringatkan, janganlah terkenal beliau itu

hanyalah sementara seperti terkenalnya pemimpin-pemimpin Third Worid

Page 97: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 102 -

Countries yang dahulu. Misalnya, General Tito semasa hidupnya cukup

terkenal, Belgrade menjadi pusat persidangan antarabangsa,

membincang hak-hak asasi manusia dan membincang soal negara

berkecuali. Terkenal! Tetapi sekarang orang ramai sumpah Tito,

termasuk rakyat Bosnia sendiri dan rakyat Yugoslavia mengetahui

semasa pemerintahan beliau, beliau melakukan diskriminasi yang amat

hebat kepada orang-orang Bosnia. Sehingga umat Islam Bosnia tidak

diambil jadi tentera dan tidak diletakkan dalam keadaan-keadaan yang

penting di negara tersebut. Maka selepas Tito meninggal dunia,

didapati Tito sekarang ini disumpah oleh rakyat Yugoslavia. [Tepuk]

Tuan nasruddin bin Haji Alang Saidin: Sebagaimana yang telah

dilafazkan oleh Yang Berhormat tadi bahawa kepimpinan kita di bawah

Dato' Seri Dr. Mahahtir bin Mohamad memang tergolong di kalangan

pemimpin-pemimpin dunia yang dihormati dan disegani. Tetapi

malangnya, saya yakin dan percaya Perdana Menteri kita tidak akan

menjadi Tico ataupun menjadi pemimpin-pemimpin yang lain yang

durjana akhir-akhirnya. Saya yakin dan percaya bahawa Dato' Seri

Dr. Mahathir bin Mahamad akan menjadi pemimpin yang agung sehingga

akhirnya hayatnya dan sehingga negara Islam.....

Tuan Haji mohamad bin Sabu: Saya bersetuju. Saya tidak kata

tidak bersetuju.

Tuan Nasruddin bin Haji Alang Saidin: Nanti dulu! Sudah beri

peluang.

Tuan Haji Mohamad bin Sabu; Tidak "boleh jadi macam itu!

Tuan Nasruddin bin Haji Alang Saidin: Saya yakin dan percaya

Page 98: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR. 12.11.92 - 103 -

dia akan menjadi begitu sekiranya tidak ada petualang-petualang

dari pihak Pembangkang yang merosakkan imej beliau, yang merosakkan

imej negara dan yang merosakkan imej pekerja-pekerja di negara ini.

Tuan Haji Mohamad bin Sabu: Siapa?

Tuan Nasruddin bin Haji Alang Saidin: Saya minta penjelasan

saudara jika sekiranya saudara memberi komitmen untuk menyokong

terus kepimpinan yang baik, tetap kita kata baik. Dan jika

sekiranya kepimpinan ini mendapat sokongan di luar negeri, kita

dalam negeri ini tidak mengapa kita bergaduh. Di luar negeri, insya

Allah, beliau akan menjadi pemimpin yang lebih agung, yang lebih

hebat dari masa ke semasa, dan kita doakan beliau menjadi sihat.

Tuan Haji Mohamad bin Sabu: Di luar negeri, semasa saya

melawat New York bertemu dengan Boutros Boutros-Ghali dan bertemu

dengan masyarakat Islam di Washington D.C., semasa pertemuan makan

malam itu mereka mengedarkan ucapan Dato' Seri Dr, Mahathir bin

Mohamad, saya berbangga. Saya katakan "This is my Prime

Minister." [Tepuk] Oh! Saya berbangga. [Tepuk][KeCawa] Saya

puji. Tetapi apabila beliau balik ke Malaysia dan pergi berucap di

Kelantan, dia'kata "Kalau tidak kembali kepada pemerintahan UMNO,

kita bimbang Kelantan mungkin akan dianaktirikan." Inilah pemimpin

yang kita bimbang, Kita mahu sehingga akhir haya beliau menjadi

seorang pemimpin yang terkenal, bukan seperti Tito, bukan seperti

Nehru, bukan seperti Indira Gandhi atau bukan seperti Sukarno.

Terkenal masih hidup, apabila mati dikutuk oleh rakyat "jelata.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Yang Berhormat dari Parit Sulong minta jalan.

Page 99: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 104 -

Tuan Haji Mohamad bin Sabu: Ah! baru seronok. [Ketawa]

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad; Saya banggalah sahabat saya ini.

Cuma apabila saudara mengatakan kalau tidak menyokong Barisan

Nasional, Kelantan akan dianaktirikan. Adakah saudara mengambil

exact quotation. ataupun menurut kefahaman saudara sebagai orang yang

berbeza pendapat dalam politik?

Tuan Haji mohamad bin Sabu: Ketika beliau berucap di Machang -

dan saya katakan tadi, bila Perhimpunan Agung UMNO menjadi dasar,

maka sudah tentulah Konvensyen UMNO di Kelantan juga menjadi dasar.

Dalam Konvensyen UMNO Kelantan itu di antaranya disyorkan supaya -

"memberhentikan bantuan ke negeri Kelantan, salurkan- melalui JPP,

Jangan salurkan melalui Kerajaan Negeri". Kata-kata seperti ini

akan melemahkan imej Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di luar

negeri - P.M. yang saya sedang sokong sekarang. [Tepuk]

Page 100: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 105 -

Saya sokong, saya tidak boleh jadi Perdana Menteri. Perdana

Menteri. sekarang mahu atau tidak mahu ialah Dato' Seri Dr. Mahathir

Mohamed. 10 tahun lagi mungkin saya jadi Perdana Menteri, itu lain.

Tuan Nasruddin bin Haji Alang Saidin: Terima kasih kerana

cita-cita saudara begitu tinggi. Saya ingat dalam PAS pun kalau

dapat Presiden pun sudah bagus , tidak usah pergi jauh keluar. Jadi,

soalnya sekarang, berbalik kepada negeri Kelantan, saudara bercakap

berasaskan Konvensyen UMNO negeri Kelantan. Soalnya sebagai pucuk

pimpinan, sebagaimana yang diketahui bagi bantuan melalui JPP,

melalui LPP, ini adalah prosedur,. Kadang-kadang orang PAS ini, dia

hendak memerintah tetapi tidak tahu cara hendak memerintah.

Tuan Haji Mohamad bin Sabu: [Bangun]

Tuan Nasruddin bin haji Alang Saidin: Saya belum habis lagi,

beri saya peluang dahulu.

Tuan Haji Mohamad bin Sabu: Dia tanya sudahlah, dia bersyarah

sama panjang dengan saya . [Ketawa]

Tuan Hasruddin bin Haji Alang Saidin; Bukannya begitu, saya

hendak membetulkan. Saya minta penjelasan daripada saudara sama ada

saudara faham atau tidak tentang prosedur Kerajaan. Beri subsidi(

kena beri. melalui LPP. Kalau hendak buat peparitan, dia ada dua

portion, Negeri. dan juga Federal. Yang Federal tetap melalui

federaL,yang Negeri carilah duit Negeri.. Itu sahaja, minta biar

faham.

Page 101: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 106 -

Tuan Haji Sukri bin Haji Mohamed: [Bangun]

Tuan Haji Mohamad bin Sabu: Kalau di sana telahpun dikatakan

bahawa kalau hendak.....

Tuan Haji Sukri bin Haji Mohamed: Saya hendak tanya kepada

Yang Berhormat dari Nilam Puri, tadi Yang Berhormat daripada back-

bencher ada mengatakan mesti ikut prosedur. Saya hendak tanya Yang

Berhormat Nilam Puri, kalau peruntukan Majlis Daerah di negeri

Kelantan untuk dibahagikan kepada Majlis Daerah, Menteri yang ber-

tanggungjawab ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Mengapa pula mesti" jumpa Menteri Belia dan Sukan untuk memintanya.

Adakah prosedur macam ini? [Tepuk]

Tuan Haji Mohamad bin Sabu: Ini yang menjatuhkan imej Dato'

Seri Dr. Mahathir Mohamed kerana adanya Menteri-menteri yang ber-

perangai macam ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya terus masuk kepada ucapan saya tadi,

kami memerlukan ....

Timbalan Menteri Dalam negeri [Dato' Megat Junid bin Megat

Ayob]: [Bangun]

Timbalan Yang di-pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Timbalan Menteri bangun.

Tuan Haj i Mohamad bin Sabu: Oh! Timbalan Menteri kena beri.

[Ketawa]

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob; Tuan Yang di-pertua, saya

ingat soal peruntukan negari Kelantan ini tidak timbul, tidak ada

soal anak- tiri dan sebagainya. Saya ingat Yang Berhormat daripada

Page 102: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 107 -

Nilam Puri bersetuju dengan saya bahawa baru-baru ini Menteri Besar

negeri Kelantan telah membuat statement, bahawa pengagihan

peruntukan negeri Kelantan oleh Karajaan Pusat adalah adil. [Tepuk]

Jadi, adakah Yang Berhormat bersetuju?

Tuan Haji Hohamad bin Sabu: Setuju! Keluar di dalam New

Straits Times tetapi hujung itu kena baca juga iaitu perangai UMNO

Kelantan ini cukup jahat, kata Menteri Besar Kelantan.

Tuan Yang di-Pertua, KeLantan semua orang tahu 95% adalah orang

Islam, orang Melayu dan di sana rakyatnya masih miskin. Kami akui.

Lainlah rakyat Larut, rakyat Padang Terap, petang-petang rakyat

mereka main golf. Rakyat kami masih main wau, masih main gasing,

masih main rebana, lainlah rakyat Kuala Pilah, di sana semua sudah

hebat, petang-petang main gol 6. Tetapi rakyat kami masih main

gasing.

Tuan Haji Ibrahim bin Ali: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Pasir Mas minta jalan.

Tuan Haji Ibrahim bin Ali: Saya hendak tanya rakyat Yang

Berhormat ini, Nilam Purikah atau Permatang Pauh yang susah?

[Ketawa]

Tuan Haji Mohamad bin Sabu: Rakyat Permatang Pauh lagi susah.

Tuan Yang di-Pertua, sebab itulah dalam Belanjawan ini kami

berharap apa sahajapun berkelahi di sudut politik tetapi jangan lupa

asas kita Laltu kita orang MeLayu, kita orang Islam, kalau Kelantan

dianak-tirikan, maka hendak capai penguasaan ekonomi pada masa akan

Page 103: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 108 -

datang untuk bumiputera akan tertinggal.MCA telah membuat peng-

umuman di dalam Konvensyen di Kangar iaitu mereka telah mencapai

target ekonomi 44% iaitu melebihi target yang diletakkan di bawah

DEB. Bahkan ada penganalisa lain di Universiti Malaya mengatakan

bukan 44% tetapi sudah 55%. Mereka telah mencapai economic cake

iaitu penguasaan ekonomi di Malaysia ini, Andainya Kelantan dianak-

tirikan, maka kita bimbang Wawasan 2020, New Industrialist Country

(NIC) ini akan tercapai tetapi yang penting, tetapi malangnya orang

Islam bumiputera akan ketinggalan. Yang kaya pula di pihak MCA yang

kitabimbangkan iaLah beberapa orang taukey judi, taukey-taukey

korporat sedangkan rakyaC-rakyat Cina yang diam di kampang-kampung

baru, masih berada di tahap dan di takuk yang biasa.

Timbalan Yang di-Pertuan [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Yang Berhormat, masa sudah cukup.

Tuan Haji Mohamad bin Sabu: Cukup! Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertuan [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Shah Alam.

5.35 ptg.

Puan Hajah Rakibah binti Haji Abdul Manap [Shah Alam]: Terima

kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kerana

memberi kesempatan kepada saya untuk mengambil bahagian di dalam

perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 1993 yang telah dibentang-

kan oleh Menteri Kewangan pada 30.10.1992 yang lalu.

Tahniah diucapkan kepada Menteri. Kewangan serta pegawal-

pegawainya yang dapat merangka satu Belanjawan yang begitu

Page 104: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 109 -

prihatin terutama terhadap usaha-usaha untuk mengukuhkan lagi

ekonommi negara dan mempertingkatkan taraf kehidupan rakyat demi

kepentingan martabat bangsa. Dengan membentang satu Belanjawan yang

menonjolkan berbagai galakan cukai, perlindungan tarif, insentif

dagangan sebagai strategi Belanjawan 1993, bercermat semasa mewah

adalah satu perkara yang sukar dan jarang sekali dapat diamalkan.

Tetapi Kerajaan Barisan Nasional yang mendapat sokongan daripada

rakyat, berkeyakinan dan berpendirian positif dapat melaksanakan

amalan yang baik ini dengan membanteraskan pembaziran. Terbukti

rakyat berpuas hati dan juga pelabur asing menyambut baik laporan

Belanjawan 1993. Laporan saham begitu memberangsangkan selepas

Belanj awan 1993 dibentangkan, keyakinan asing terhadap masa depan

ekonomi negara jelas menonjol. Pretasi Bursa Sahara yang meningkat

dapat membawa imej yang disegani di rantau Asia khususnya.

Pada 30.10,92 sebanyak 230 juta unit bernilai $600 juta talah

tercatat di Bursa Saham. Pada 2.11.92 indeks koraposit BSKL mencapai

paras tertinggi jumlah dagangan 268 juta unit bernilai $864 juta.

Ini terbukti bahawa pelabur asing dan rakyat yang berfikiran positif

menyambut dan menerima baik Belanjawan 1993. Hanya golongan

Pembangkang yang sentiasa terlahir dengan fikiran yang negatif,

rebelious, memanglah kabur pandangan untuk melihat kebaikan dan

kecantikan. Kasihan juga kita melihat mereka ini. Ada kala kita

tahu dan faham, yang mereka aampak matanya dan hatinya terang tetapi

kasihan, lidahnya pula terputar, tidak dapat bertutur mengeluarkan

pendapat selaras dengan apa yang di fahami dan apa yang tersedik di

Page 105: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 110 -

dalam hati. Itulah cara mereka, terus bersandiwara seperti yang

dikatakan • oleh Menteri Kewangari. Tetapi nampaknya cerita

sandiwarapun sudah mula ketanduaan, modalpun sudah lama susut, tidak

mengapalah.

Tuan Yang di-Pertua, fakta menunjukkan sektor pembuatan dan

perdagangan mencatat pertambahan bilangan tahun demi tahun. Jumlah

projek pelaburan asing sahaja sudah berada 311 projek seluruh

negara. Jumlah projek tertinggi adalah di Selangor iaitu 78 projek.

Tahniah kepada Kerajaan Negeri SeLangor yang begitu agresif dalam

usaha menarik pelaburan.

Sektor perkilangan merupakan satu sektor yang memberi sumbangan

yang terbesar kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), dan terus

mencatat pertumbuhan kemajuan. Dengan adanya pendekatan Keraj aan

yang menitikberatkan sektor industri, maka disambut baik pula oleh

rakyat, membuatkan pertumbuhan pesat gunatenaga di sektor ini.

Sektor perkilangan dan pembinaan menjadi penyumbang utama

kepada pertumbuhan KDNK. Prestasi sektor perkilangan akan terus

berkembang dengan adanya dorongan permintaan luar dan dalara negeri.

Dalam suasana negara memerlakan tenaga rakyat bagi mempertingkatkan

lagi pertumbuhan ekonomi, maka keselamatan pekerja adaLah menjadi

antara unsur-unsur penting yang harus diberi perhatian. Selaras

dengan Wawasan 2020 iaitu di dalam cabaran ketujuh, mewujudkan

caring dan sharing society, masyarakat yang bertanggungjawab dan

penyayang. Maka dengan itu, agensi-agensi Kerajaan harus menjadi

contoh utama.

Page 106: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR. 12.11.92 - 111 -

Kementerian Sumber Manusia dan PERKESO sebagai platform secara

langsung bagi maksud ini hendaklah bertindak secara proaktif,

terutama barsahtt dengan kebajikan pekerja. Undang-undang dan

pentadbiran berkaitan dengan keselamatan pekerja boleh dikatakan

kurang berkesan dan perlu diubahsuaikan mengikut kehendak keadaan

semasa.

Buat masa ini terdapat rungutan-rungutan mengenai kelembapan

pengurusan bagl mendapatkan tuntutan kemalangan yang mengambil

masa tiga hingga keenam bulan, bagi satu-satu tuntutan.

Selanjutnya apakah langkah yang stracegik yang diambil oleh

Kementerian Sumber Manusia dan PERKESO bagi mengurangkan kadar

kemalangan? Walaupun ada program-program yang dimaksudkan apakah

pihak Kementerian sudah berpuas hati? Adakah angka bilangan

kemalangan dapat dikurangkan seperti yang dijangkakan, undang-undang

sahaja tidak dapat mengawal kejadian kemalangan di tempat kerja.

Usaha-usaha mengadakan program-program yang menyalurkan

pengetahuan, menjaga kesihatan dan mengelakkan kemalangan harus

dianjurkan berterusan oleh pihak PERKESO melalui majikan-majikan

sebagai strategi utama pencegahan kemalangan.

Satu bahagian khusus yang bertanggungjawab keseluruhannya untuk

mengawal, menyiasat dan bertindak untuk keselamatan pekerja perlu

diwujudkan .

Page 107: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR 12.11.92 - 112 -

Sekiranya sudah ada pihak yang dipertanggungjawabkan, maka

hendaklah dipertingkatkan lagi fungsinya dan pelaksanaannya juga

sapaya ia lebih berkesan. Bantuan pampasan kecederaan juga perlu

dikaji semula.

Saya ingin tahu berapakah perbelanjaan yang telah digunakan

pada tahun 1990 dan 1991 dan berapa peratuskah dari kadar caruman

tahunan tersebut telah digunakan PERKESO tidak seharusnya berfungsi

sebagai pihak insuran swasta sahaja. PERKESO sepatutnya berperanan

sebagai agensi penyelaras menyusun misinya bagi menigkatkan

keselamatan dan kesihatan pekerja dengan mengadakan banyak lagi

program latihan kepada majikan dan pekerja serta susulan penyeliaan

mempastikan ianya terlaksana secara progresif.

PERKESO juga hendaklah mempastikan agar semua perkara pampasan

berkaitan dengan kecederaan kemalangan serta sakit akibat

pekerjaannya dapat menerima faedah yang adil dan secepat mungkin.

Program-program pemulihan juga perlu diadakan bagi memastikan

mereka yang terlibat dapat meneruskan kehidupannya seperti sediakala

dan dapat berdikari seboleh-bolehnya.

Perkara yang saya utarakan ini adalah selaras dengan seruan

Belanjawan 1993 iaitu dengan harapan agar seraua pihak terutama

syarikat-syarikat lebih prihatin tentang keperluan latihan bagi

mengatasi pemasalahan sosial dan kebajikan pekerja.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga menarik perhatian kepada

seruan untuk meningkatkan kecekapan dan daya saing sektor swasta.

Page 108: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR 12. 11.92 - 113 -

Di antara sektor swasta yang ketara kelamahan pengurusannya

ialah industri insuran. Industri insuran am dewasa ini berkembang

begitu aktif untuk menemui permintaan urusniaga yang pesat

membangun, selaras ianya menjadi satu industri yang diperlukan dan

penting bagi tujuan bantuan perlindungan. Justeru keperluan

pengurusan yang profesional, efisien, dinamik, berlandaskan cekap,

amanah serta peningkacan kualiti dan servis kepada pengguna harus

dipergiatkan. Memandangkan setiap pelanggan insuran biasanya meletak

harapan dan kepercayaan yang tinggi kepada syarikat-syarikat ini,

maka tindakan serius hendaklah diambil bagi mengurang atau sekali

gus dapat menghapuskan penipuan dalam sektor ini .

Walaupun Bank Negara telah melaksanakan perubahan struktur

sejak tempoh tiga tahun yang lalu, dan tidak dapat dinafikan

kesan-kesan positif sudah mulai tardapat, tetapi tidak begitu

memuaskan kerana industri insuran masih mengalami banyak

kelemahan-kelemahan terutama bersabit dengan penipuan dan struktur

tarif. Secara cerus rakyat dan Kerajaan menanggung beban yang

mendukacitakan di atas perbuatan golongan manusia yang tidak

bertanggungjawab mengambil kesempatan dari kelonggaran pentadbiran

dan pengurusan dalam sektor ini.

Dari lima juta kenderaan berdaftar, hanya 3 juta polisi

Insuran yang terdapat dibekalkan. " Ini bererti. dua juta polisi

insuran masih terapung. Sekiranya tidak dikawal segera tidak

Page 109: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR 12.11.92 - 114 -

bilangan ini akan terus meningkat. Ini bererti satu kerugian bagi

pendapatan hasil negara, maka satu tindakan serius mestilah

diambil. Satu pengurusan yang Lebih sistematik bagi memperkukuhkan

perkhidmatan insuran perlu disegerakan bagi mengelakkan penipuan.

Juga terdapat penindihan pembelian insuran, pertimbangan pembayaran

tuntutan yang tidak saksama, tuntutan yang boleh berlaku dibuat dua

kal I bagi satu kejadian, tuntutan yang berlebihan ke atas

memperbaiki kenderaan dan lain-lain perkara penipuan, terdapat

laporan kurang lengkap dan statistik yang tidak up-to-date.

0leh yang demikian bagi mengatasi masalah yang tersebut dan

banyak lagi masalah yang lain, yang tidak dapat disebut maka saya

ingin mencadangkan agar satu Biro Perkhidmatan Insuran ditubuhkan.

bagi melaksanakan keperluan di antaranya untuk merancang bagi

menemui keperluan mengikut syarat-syarat dan undang-undang yang

telah ditetapkan. Juga bagi menwujudkan penyeliaan struktur

pengurusan seperti mengumpul dan mengemaskinikan statistik motor

serta membuat pengelasan struktur yang baru hendaklah diambil

tindakan oleh syarikat-syarikat insuran. Juga kawalan skop

kegiatan bagi menghapuskan penipuan dan kecurian, dan banyak lagi

fakta yang penting bagi mencapai hasrat ini dengan lebih

berkesan,semoga kawalan rapi yang dapat dilaksanakan terhadap

industri insuran ini, dapat mencapai hasrat dan matlamat negara

sesuai. dengan Wawasan 2020 dan juga selaras dengan perenggan 84 di

atas tajuk "Meningkatkan lagi. Martabat Bangsa". Martabat bangsa

dengan sendirinya akan runtuh sekiranya penipuan sering berlaku di

negara ini.

Page 110: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR 12.11.92 - 115 -

Tuan Yang di-Pertua, ingin saya beralih kepada pendidikan.

Tindakan yang paling wajar dan menarik dalam Belanjawan 1993 ialah

peruntukan terbesar bagi bidang pendidikan iaitu peruntukan

sebanyak $7.312 bilion. Inl bertujuan untuk mempertajamkan lagi

daya fikiran rakyat, cinta terhadap ilmu dan pembentukan akhlak

sebagai asas-asas menuju kecemerlangan. Bagi mencapai matlamat

pendidikan seperti yang dihasratkan dalam pembentangan Belanjawan

1993, maka Kementerian Pendidikan mesti mempunyai kemampuan dan

kesanggupan yang secukupnya bagi menampung keperluan semasa dari

aspek pembangunan fizikal serta tenaga pengajarnya, bagi

menghasilkan kualiti pelajar-pelajar yang dilahirkan kelak.

Kebijaksanaan pengurusan Kementerian sangat-sangat diharapkan

terutama dari segi pengagihan kepada projek kawasan kampung dan

bandar. Sebanyak $1.199 bilion diperuntukan kepada pembangunan bagi

pembiayaan projek pembangunan sekolah serta pembinaan

sekolah-sekolah baru.

Tuan Yang di-Pertua, masalah kekurangan bilik-bilik darjah

sebenarnya amat dirasai oleh Shah Alam. Saya yakin demikian juga di

kawasan-kawasan lain terutama di kawasan perumahan, penempatan

semula, kawasan perindustrian, dan di mana juga densiti penduduknya

tinggi, maka kesulitan untuk menempatkan murid berlaku. Buat masa

ini hampir semua sekolah di Shah Alam satu bilik darjah terpaksa

dimuatkan sampai 50 orang. Sekiranya keadaan ini berterusan,

Page 111: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR 12.11.92 - 116 -

matlamat dan aspirasi Kerajaan tidk akan menjadi kenyataan.

Kelemahan akan wujud dengan sendirinya menyentuh dalam berbagai.

aspek iaitu kurangnya konsentrasi murid dan guru tidak dapat

memberikan perhatian yang cukup, juga dari sudut kesihatan juga

harus diambilkira, maka tindakan segera harus dibuat bagi mengatasi

masalah ini.

Page 112: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 117 -

Jika tidak, prestasi pencapaian murid untuk menimba ilmu

pengetahuan akan terus terjejas, justaru kualiti hidup juga akan

turut terjejas kerana alam persekolahan adalah sebahagian dari tapak

permulaan kehidupau individu.•

Tuan Yang di-Pertua, tidak lengkap sekiranya saya tidak

menyentuh mengenai hal wanita. Maka akhir sekali saya tidak terlupa

untuk mengalu-atukan juga di atas perhatian serta penghargaan ter-

hadap peranan wanita dalam pembangunan negara.

Sebanyak $36.6 juta diperuntukkan bagi tujuan. pembangunan

wanita dan belia. Memandangkan kaum wanita dapat memberi sumbangan

dan menjalankan peranan secara terus terlibat di dalam berbagai

aspek berkaitan dengan pembangunan negara maka peruntukan yang di-

salurkan melalui program-program Projek Pusat Maklumat Wanita

hendaklah dilaksanakan dengan lebih agresif.•

•Sebaran am dan makluman terutama berkaitan dengan fungsi

aktiviti mengenai wujudnya Pusat Maklumat hendaklah diperluaskan

agar ianya benar-benar dapat diketahui dan disambut oleh kaum wanita

dan dapat menjalankan peranan yang efektif, terutama semua

pertubuhan-pertubuhan, kesatuan-kesatuan, agensi-agensi masyarakat

hendaklah dilibatkan secara langsung dalam aspek penyertaan dan

sumbangan bagi semua program-program yang dijalankan. Projek Pusat

Maklumat Wanita hendaklah menyusun program di semua peringkat di

daerah-daerah, mnkim-mukim dan seterusnya di kampung-kampung supaya

penglibatan wanita lebih meluas terutama bagi mengikuti program-

program pengurusan dan kemahiran bagi tujuan meningkatkan taraf

ekonomi benar-benar tercapai.

Page 113: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 118 -

Program-program kesihatan juga perlu dipergiatkan, Pendidikan

asas kesihatan perlu disusun dan dilaksanakan kerana tidak dapat

dinafikan kaum wanita dapat menjalankan peranan bagi menentukan

kelahiran rakyat sihat.

Juga merujuk kepada program pembangunan belia, saya ingin

menyentuh sedikit iaitu saya juga mengucapkan tahniah kepada

Kementerian Belia dan Sukan yang dapat menyusun berbagai program

untuk aktiviti belia kebangsaan. Walau bagaimanapun program belia

di peringkat grassroot harus dititikberatkan dan dipertingkatkan

lagi. Dan penambahan tenaga pegawai perlu dipertimbangkan. Dengan

terdapat kekurangan tenaga pegawai di peringkat-peringkat daerah ini

membuatkan banyak projek-projek terbengkalai. Oleh yang demikian,

belia sebagai aset penting negara amatlah perlu diberi perhatian

serius demi untuk melahirkan ramai lagi anak bangsa cemerlang dan

progresif. Sekian, terima kasih dan saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Telok Kemang.

5.53 ptg.

Dr. T. Marimuthu [Telok Kemang]: Terima kasih Tuan Yang di-

Pertua kerana memberi saya peluang mengambil bahagian dalam

perbahasan ini. Saya pun ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan

tahniah dan syabas kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan yang telah

membentangkan satu Belanjawan yang begitu komprehensif, progresif

dan perseptif yang berorientasikan kepada kepentingan dan

kesejahteraan rakyat.

Page 114: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 119 -

Belanjawan 1993 boLeh dianggap sebagai satu Belanjawan yang

bermoral dan populace. Saya sebut Belanjawan ini bermoral atas dua

aspek. Yang pertama, cukai-cukai yang dikenakan ke atas beberapa

barang seperti rokok dan minuman keras yang tidak sihat bagi

kesihatan. dan untuk tujuan mewujudkan satu masyarakat yang bermoral.

Aspek yang bermoral yang Lebih penting ialah Belanjawan ini menumpu-

kan atas kumpulan.yang tersekat sosio-ekonomi seperti kumpulan yang

terraiskin dan atas rakyat yang biasa. Inilah objektif yang lebih

penting dari segi moral iaitu untuk mempertingkatkan kualiti

kehidupan rakyat biasa.

Kesejahteraan rakyat akan dipertingkatkan melalui kekurangan

cukai atau memansuhkan cukai atas 600 barang-barang, kekurangan•

cukai pendapatan individu dan cukai korporat. Semua strategi-

strategi dalam Belanjawan ini dijangka mempertingkatkan kesejahtera-

an rakyat tnelalui meningkatkan pendapatan sebenar ataupun real

income. Tetapi rakyat hanya boleh dinikraati jika harga barang-

barang di mana cukai telah dimansuhkan. atau telah diturunkan. Saya

minta Kementerian berkenaan menjaga dan monitor harga barang-barang

yang di mana cukai telah dikurangkan. Tetapi pada hakikatnya

apabila cukai dikenakan, harga barang-barang akan naik. Tetapi

apabila cukai dikurangkan, harga barang-barang tidak dikurangkan.

Thls is the reality, what goes up never comes down, dengan izin.

Yang kedua, saya sebutkan Budget ini adalah populace oleh sebab

Belanjawan ini diterima dengan baik oleh semua pihak dan sambatan

serta makluman daripada beberapa lapisan rakyat adalah baik dan

menggatakkan.

Page 115: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 120 -

Sejajar dengan hasrat negara kita membentuk satu masyarakat

yang penyayang, peruntukan kepada perkhidmatan sosial adalah besar

dan telah meningkat. Sebagai contoh, peruntukan yang diberi kepada

Kementerian Pendidikan ialah $7.3 bilion dibandingkan dengan $6.7

bilion tahun yang ialu. Walaupun sistem pendidikan kita telah capai

satu tahap yang membanggakan di rantau ini masih ada beberapa aspek

kita harus baiki.

Mengikut keputusan peperiksaan UPSR, prestasi dicapai oleh

sekolah kebangsaan dan sekolah rendah kebangsaan Tamil tidak memuas-

kan. Mengikut Ketua Pengarah Pendidikan, Kementerian Pendidikan,

Dato' Asiah Abu Samah walaupun beberapa sekolah mencapai gred yang

baik. dalam beberapa matapelajaran tetapi pada keseluruhannya

keputusan UPSR membimbangkan oleh kerana prestasi pencapaian telah

merosot. Pada 1991, seramai 47,693 murid-murid mencapai gred A, B•

dan C. Tetapi pada tahun 1992 hanya seramai 45,468 murid-murid

mencapai gred A, B dan C. Keadaan ini menunjukkan bahawa kualiti

pendidikan di peringkat rendah harus dipertingkatkan.

Pencapaian dalam peperiksaan adalah satu tanda yang penting

bagi mengukurkan kualiti pendidikan. Pencapaian dalam persekolahan

ditentukan oleh dua faktor yang penting. Yang pertama adalah

kualiti persekitaran rumahtangga termasuk taraf sosio-ekonomi ibu

bapa, nilai-nilai, motivasi dan aspirasi ibu bapa; dan juga tekanan

yang diberi oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka.

Page 116: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 121 -

Faktor yang kedua ialah faktor-fakCor sekolah iaitu kemudahan

fizikal, kualiti guru, proses pengajaran, iklim sekolah, interaksi

di antara murid dan guru dan sebagainya. Walaupun peruntukan kepada

Kementerian Pendidikan telah meningkat, tetapi malangnya peruntukan

untuk sekolah-sekolah yang terletak di luar bandar khususnya di

estet-estat dan dalam kawasan pendalaman di Sabah dan Sarawak tidak

memuaskan. Sekolah-sekolah yang terletak di estet menghadapi.

beberapa masalah yang khusus iaitu sekolah-sekolah ini terletak di

atas tanah kepunyaan swasta.

Saya dan beberapa Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan itu

ini di Dewan yang mulia ini, tetapi. jawapan yang diberi oleh

Kementerian Pendidikan ialah, oleh kerana sekolah-sekolah itu

terletak di atas tanah swasta, oleh yang demikian Kementerian

Pendidikan tidak boleh memberi bantuan yang sepeauhnya kepada

sekolah-sekolah tersebut.

Lagi satu isu yang dihadapi oleh sekolah-sekolah ini ialah

beberapa estet pada masa sekarang telah menjadi padang golf, taman

perumahan dan tapak industri dan penduduk-penduduk dipaksa pindah ke

kawasan-kawasan yang lain. Oleh kerana itu beberapa sekolah pun

harus dipindahkan.. Ada beberapa kes dalam kawasan saya dan juga di

seluruh negara ini di mana bilangan penuntut telah berkurangan.

Untuk mencapai hasrat Wawasan 2020 dan menghadapi cabaran abad ke

21, kita harus mewujudkan rakyat yang berkemahiran, berpengetahuan

dan berkebolehan. Sebagai. agenda yang pertama, kita mesti memper-

tingkatkan kualiti sekolah-sekolah di luar bandar, khususnya di

Page 117: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 122 -

astet-estet. Saya mencadang dan merayu kepada Kementerian

Pendidikan menubuhkan satu jawatankuasa induk ataupun satu jawatan-

kuasa khas untuk mengkaji cara-cara bagaimana sekolah-sekolah

bantuan modal boleh menjadi sekolah Kerajaan atau sekolah bantuan

penuh. Saya minta Kementerian Pendidikan memberi perhatian yang

lebih serius kepada cadangan gaya untuk menubuhkan jawatankuasa ini

berdasarkan atas dua sebab iaitu memperkembangkan tenaga manusia

yang mahir, ataupun kita boleh menganggap ini sebagai investment in

human capital , dengan izin, dan juga atas keadilan sosial.

Sekolah-sekolah kecil dan mtskin membazirkan tenaga manusia melalui

keciciran dan melalui "under-achievement". Jika jawatankuasa ini

ditubuhkan, jawatankuasa ini boleh mengkaji dengan mendalam dan

boleh memberi cadangan-cadangan untuk mempertingkatkan kualiti bukan

sahaja sekolah-sekolah di luar bandar tetapi semua sekolah-sekolah

kecil.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh lagi satu isu yang

lain, iaitu keselamatan Selat Melaka. Selat Melaka merupakan jalaa

perairan yang menjadi penghubung negara Timur dan Barat dunia.

Selat Melaka yang menganjur sepanjang kira-kira 1,000 kilometer itu

mempunyai kelebaran 260 kilometer di bahagian utara dan 15 kilometer

di selatan. Kepentingan Selat Melaka ialah mengadakan laluan kepada

lebih kurang 200 buah kapal kargo dan tangki sehari dari seluruh

dunia. Tetapi jika bot-bot nelayan dan bot-bot kecil diambilkira,

jumlah kapal yang lalu sehari dianggarkan lebih kurang 2,000 buah.

Bagi Kerajaan Malaysia, Selat Melaka bukan sahaja merupakan

kawasan penghubung antarabangsa tetapi juga merupakan kawasan

Page 118: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11,92 - 123 -

pelancongan dan mampu menyumbang dalam ekonomi negara. Antara

kawasan peranginan yang terdapat di Selat Melaka ialah Pulau

Langkawi, Pulau Pangkor, Batu Peringgi, Teluk Bahang dan Port.

Dickson di kawaaan saya. Kawasan-kawasan pantai dan pulau-pulau ini

mempunyai daya tarikan terhadap pelancong-pelancong dalam dan luar

negara. Justeru itu, pemeliharaan kawasan-kawasan ini adalah wajar

dan perlu. Malaysia sedar akan pentingnya industri pelancongan

dalam ekonomi negara dan sebab itulah Kerajaan Malaysia betul-betul

mengambil berat terhadap keselamatan dan kebersihan pantai di

sepanjang Selat Melaka.

Baru-baru ini MalaysLa digegarkan dengan beberapa tragedi

pelanggaran kapa1-kapa1 yang 1a1u-1a1ang d i Se L at Me1aka .

Kemalangan kapal begitu kerap berlaku kerana penggunaan laluan Selat

Melaka tanpa had di mana dianggarkan kira-kira 2,000 buah kapal

melaluinya setiap hari. Kemalangan kapal ini bukan sahaja telah

mengakibatkan kemalangan jiwa, malahan pencemaran perairan akibat

dari tumpahan minyak serta muatan kapal-kapal terbabit. Pengalaman

dari kemalangan-kernalangan tersebut telah menyebabkan Kerajaan-

kerajaan Malaysia, Indonesia dan Singapura mengambil langkah

berjaga-jaga kerana pencemaran yang melanda Selat Melaka menjejaskan

kesihatan rakyat negara yang terbabit. Keadaan ini telah memaksa

Malaysia dan Indonesia berusaha menghalang kapal Jepun Akatsuki Maru

yang dijangka melalui perairan ini membawa bersamanya satu tan

metrik plutonium yang telah diproses. Setiap hari. lebih kurang

2,000 buah kapal melalui Selat Melaka dan kapal-kapal itu bukan

sahaja melalui peralran tersebut malah turut mencemarnya.

Page 119: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 124 -

Menurut terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pada

awal tahun 1980, Pertubuhan Kesihatan Sedunia melaporkan. bahawa

pencemaran air di Selat Melaka telah melebihi tahap yang dLbenarkan.

Dengan pertambahan bilangan kapal yang menggunakan Selat tersebut

setiap tahun, pencemaran yang ada semakin bertambah buruk...

Puan Hajah Ilani binti Dato Haji Isahak; [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddinb): Yang Berhormat, Kota Bharu minta jalan.

Puan Hajah Ilani binti Dato Haji Isahak: Tidak. Tuan Yang

di-Pertua, saya nampak tidak cukup kuorum.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin] : Setiausaha, sila kira. Kuorum tidak cukup. Bunyikan

loceng.

Loceng dibunyikan.

[Ahli-ahli dikira, lebih 26 ahli hadir]

Page 120: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 125 -

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji•

Mahiruddin]: 31, sudah cukup kuorom sila teruskan Yang Berhomat.

Dr T. Marimuthu: ?ada tahun 1991 terdapat laporan mengatakan

bahawa beberapa nelayan terapatan ternampak kapal asing mencampakkan

bahan-bahan buangan ke dalam taut. Pada bulan Jun tahun ini

dilaporkan bahawa tumpahan minyak daripada kapal yang melalui

perairan Selat Melaka telah mencemarkan Pantai Port Dickson dan

Melaka. Selain dari itu, Selat Melaka juga telah dicemari oleh

bahan buangan manusia, sisa rumahtangga dan kilang, toksid dan sisa

yang merbahaya. Pencemaran yang sedemikian rupa, jika dibiarkan,

pasti akan menimbulkan kesan buruk terhadap alam sekitar, rangkaian

pemakanan dan kesihatan pengguna. Masalahnya apa yang terjadi

kepada kawasan pantai semula jadi yang menarik pelancong, jika

pencemaran di Selat Melaka ini berterusan.

Kawasan pantai, terutamanya Pantai Port Dickson, merupakan

kawasan peranginan yang sering dikunjungi oleh pelancong dalam

negara. Kawasan tersebut menarik seluruh warga kota Kuala Lumpur,

penduduk Selangor, Negeri Sembilan dan juga Melaka. Ini bermakna

setiap hujung mtnggu Pantai Port Dickson akan dipenuhi oleh

pengunjung yang terdiri dari rakyat Malaysia sendiri yang jumlahnya

adalah besar. Tanpa disedari, pengunjung yang matlamatnya untuk

berkelah dan menikmati keindahan alam semula jadi, telah terdedah

kepada bahaya pencemaran yang boleh menjejaskan kesihatan mereka.

Page 121: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 126 -

Selaras dengan Wawasan Kerajaan tentang konsep keluarga bahagia,

bercuti dan melawat tempat-tempat peranginan. bersama keluarga adalah

satu cara memupukkan keluarga bahagia.

Oleh yang demikian, pihak Kerajaan seharusnya mengambil langkah

wajar untuk membersihkan semula kekotoran yang sedia wujud dan

membasmi pencemaran di Selat Melaka agar ianya tidak berlarutan.

Menurut Menteri Pengangkutan, Dato' Seri Dr. Ling Liong Sik, laluan

antarabangsa itu telah menjadi terlalu sesak. Majlis Maritime

Malaysia mengesahkan setiap hari yang melalui selat berkenaan

terpaksa berseliseh dengan 100 kapal-kapal lain sebelum sampai ke

penghujung Selat. Majalah Times juga telah memberi amaran kepada

pengguna Selat bahawa beberapa bahagian Sclat itu mempunyai risiko

yang tinggi untuk kemalangan, Menurut sumber CAP,

sekurang-kurangnya satu kemalangan melibatkan kapal akan berlaku

setiap "bulan, Kapal-kapal perdagangan dan perang masih melalui

Selat tersebut dan negara kita tidak mempunyai makluraat terperinci

mengenai kapal-kapal tersebut. Kapal yang membawa kargo merbahaya

yang kadangkala bahan-bahan nuklear bukan sahaja melalui Selat

Melaka, malah dibenarkan berlabuh di pelabuhan negara kita.

Pengalaman dari kemalangan bulan Jun tahun ini, dt mana kapal

Singapura yang muatannya bahan. kimia meletup di Pelabuhan Kelang

menunjukkan betapa bahayanya jika tiada kawalan terhadap kapal-kapal

yang menggunakan laluan Selat ini.

Kegelisahan terhadap kapal itu bukan atas alasan laluan

semata-mata, masalah cuaca dan Selat Melaka yang semakin sempit juga

menjadi faktor utama. Selat sudah semakin sesak dan sudah berapa

kali ditekankan kemalangan adalah tidak mustahil. Bayangkan bencana

Page 122: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 127 -

yang akan menimpa Malaysia dan negara jiran yang berkongsi Selat.

Air laut akan bertambah cemar dan akan menjejaskan pendapatan

nelayan kerana turapahan minyak dan bahan kimia memusnahkan plankton

ataupun makanan ikan dan merabunuh benih-benih udang yang

kebanyakannya diternak di tepi pantai. Keindahari seraula jadi pantai

juga turut terjejas, seterusnya menjejaskan industri pelancongan

negara.

Oengan akhirnya, Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Malaysia juga

harus mengambil inisiatif terhadap satu persidangan regional untuk

mencari jalan penyelesaian dan cara memperbaiki keselamatan Selat

Melaka. Persidangan itu harusnya tertumpu untuk mencari jalan

penyelesaian krisis laluan agar lebih selarnat untuk pelayaran dan

cara komuniti kapal menyumbang ke arah langkah keselamatan

tersebut. Selain itu, satu bentuk undang-undang baru yang mengawal

pelayaran kapal dan menjamin keselamatan kapal perlu dibentuk,

kerana keadaan amat tidak terkawal. Taraf perairan antarabangsa

yang memberi hak dan kebebasan secara automatik kepada semua negara

dan syarikat perkapalan menggunakan laluan itu tanpa perlu mematuhi

undang-undang negara berhampiran sudah luput serta tidak sesuai

lagi. Kebebasan itu dicipta oleh kuasa-kuasa besar yang mahu

menggunakan Selat Melaka bagi kepentingan mereka sendiri tanpa

mengambil hak dan risiko yang dihadapi oleh negara persisiran

Selat. Dengan berakhirnya perang dingin dan selaras dengan

pembentukan Order Baru Dunia, maka hak negara persisiran Seiat

Melaka juga perlu dihormati.

Page 123: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 128 -

Dengan kata-kata itu, saya pohon menyokong Rang Undang-undang

Perbekalan 1993. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Petaling Jaya.

6.15 ptg.

Dr Kua Kia Soong [Petaling Jaya]: Terima kasih, Tuan Yang

di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan beberapa

persoalan serius berkenaan dengan kontrak-kontrak pertahanan

berbilion-bilion ringgit yang terpaksa ditanggung oleh para pembayar

cukai Malaysia. Semasa menyertai perdebatan ke atas Rang

Undang-undang Perbekalan (Tambahan) 1992, kita mendapati bahawa

peruntukan sebanyak $985 juta dari jumlah sebanyak $1 billion telah

diagihkan kepada bahagian pertahanan. Tetapi saya tidak diberi

sebarang penjelasan yang memuaskan oleh Kementerian yang berkenaan,

Memandangkan Belanjawan 1993 telah memperuntukkan 5.7% ataupun

sejumlah $2,509 juta untuk tujuan Pertahanan, saya berharap kali ini

Menteri Pertahanan sendiri akan bertanggungjawab terhadap para

pembayar cukai kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya percaya Kerajaan mestilah lebih

bertanggungjavab semasa melaksanakan Perjanjian MOU dengan Britain.

Nampaknya para pembayar cukai Malaysia seakan-akan telah

mengkurniakan satu cek terbuka kepada Kerajaan untuk mengadakan

urusniaga senjatapi di bawah MOU dengan Britain. Dan di antara

urusniaga-urusniaga berkenaan, timbulnya persoalan-persoalan yang

perlu dijelaskan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ditahamkan bahawa urusniaga senjatapi

berjumlah $5 bilion yang asal kini telah mengalani kelebihan kos

Page 124: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR.12.11.92 - 129 -

akibat dari penarabahan item-item baru yang tidak terdapat dalam

kontrak asal, kerana Kementerian Pertahanan gagal menyenaraikan

secara cerperinci item-item yang dikehendaki semasa tnenandaCangaoi

kontrak-kontrak berkenaan. Bolehkah Menceri Pertahanan memberitahu

kita berapakah juralah berlebihan kos yang telah wujud dan bagaimana*

keadaan ini boleh berlaku?

Tuan Yang di-Pertua, para pembayar cukai Malaysia hendak tahu

apakah sebenarnya yang Malaysia telah memperolehi dalam MOU ini,

sedangkan pakej yang mahal ini telah ditandatangani pada masa

Kerajaan melaksanakan 'Buy British Last campaign, satu

valte—face yang cukup mysterious. Adakah projek Pergau sebahagian

daripada urusniaga ini? Apa lagi yang telah kita perolehi dari MOU

yang dapat menjustifikasikan penaruhan wang sebegitu banyak.

Di samping itu, timbul persoalan sama ada pembelian 28 buah

jet Hawk merupakan satu langkah yang bijak, kerana tindakan ini

tidak dapat memajukan kekuatan tentera udara ataupun air

superiority. Kita memandangkan ia hanya wujud untuk tujuan latihan

sahaja. Harga yang kita bayar untuk jet Hawk ini juga mencurigakan

kerana Korea telah membeli barangan yang sama dengan harga yang

kurang setengah daripada apa yang telah kita bayar. Pada minggu

lalu, Ahli dari Kota Bharu pun telah beritahu Dewan yang mulia ini

bahawa Indonesia pun telah membeli jet Hawk ini dengan harga yang

lebih murah. Memandangkan pasaran senjatapi kini adalah pasaran

pembeli atau "buyers market", mengapakah keadaan ini masih boleh

berlaku?

Page 125: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR, 12.11.92 - 130 -

Tuan Yang di-Pertua, persoalan yang sama juga timbul di dalam

urusniaga Radar Martelo serta dua buah Corvette yang berjumlah

sebanyak $2.2 bilion. Nyata sekali harga-harga berkenaan telah

sengaja dinaikkan untuk memberi keuntungan kepada para agen tempatan

dan luar negeri. The Observer dari London telah membongkar

pertalian melalui Mark Thatcher di pihak British.

Tuan Ruhanis bin Ahmad: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Yang Berhormat Parit Salong minta jalan.

Dr. Kua Kia Soong: Sorry, lain masa. Siapa pula yang

merupakan orang tengah di pihak Malaysia sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, para pembayar cukai Malaysia juga ingin

tahu berapa banyak duit dari kontrak-kontrak pertahanan raksaksa ini

telah dirampas oleh agen tempatan. Saya difahamkan bahawa

kontraktor utama di kebanyakan kontrak pertahanan MOU ini adalah GEC

Malaysia, di mana Manager Directornya adalah Tan Sri Arumugam. Dua

agentempatan di dalam kontrak untuk 16 buah MiG 29 dan 2 buah MiG 2

adalah The Noris Sdn. Bhd. Pengerusinya - Tengku Abdullah dari

Pahang, Manager Directornya adalah Dato' Munir. Satu lagi ialah

Master Consult Sdn. Bhd., Bengerusinya Tengku Abdullah dari Negeri

Sembilan dan Manager Directornya adalah Encik Majid Wan Chik.

Sanggupkah Menteri mengesahkan perkara ini?

Tuan Yang di-Pertua, kos bagi 16 buah MiG 29 dan dua buah MiG 2

ini adalah sebanyak $1,100 juta. Peralatan sokongan teknikal adalah

berjumlah S476 juta dan kos latihan untuk 3 pilot di Russia adalah

sebanyak $4.2 juta. Kos bagi infrastruktur adalah S42 juta dan kos

Page 126: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR. 12.11.92 - 131 -

latihan di India sebanyak 32.4 juta. Jumlah besar bagi kontrak MiG

ini adalah mencapai sebanyak $1,624.6 juCa. Saya difahamkan bahawa

komisyen yang dikenakan di dalam kontrak MiG ini adalah sebanyak 20%

atau sejumlah $320 juta. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat

dari Barisan Nasional, kalau Kerajaan ingin mencari peruntukan untuk

rakyat-rakyat di Kelantan dan mana-mana tempat di Kampung-kampung

Baru, bila Kerajaan kata tidak ada wang, sekarang saya rasa semua

sudah tahu di mana wang itu sudah hilang. Apa yang pembayar cukai

di Malaysia hendak tahu ialah siapakah yang melantik agen-agen•

tempatan ini.

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Dr. Kua Kia Soong: Sorry, lain kali.

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad Point of order 36(6). Dia membuat

sangkaan jahat. Dia kata duit itu ke mana hilang. Dia mana ada

bukti untuk menyatakan duit itu ke mana unless you have a proof -

melainkan saudara ada bukti.

Dr. Kua Kia Soong: Saya mahu Menteri Pertahanan mengesahkan

ini. Terima kasih kepada Ahli dari Parit Sulong kerana good try.

Mengapakah Kerajaan tidak membeli senjata api yang mahal ini

menerusi hubungan terus antara Kerajaan dua negara yang bukan sahaja

dapat menjimatkan komisyen untuk agen malah boleh cuba

mendapatkannya dengan menukarkan minyak kelapa sawit atau lain-lain

komoditi kita menerusi sistem pertukaran separuh. Sekiranya

kontrak-kontrak MiG ini dijalankan menerusi pembelian antara

Kerajaan dua buah negara, kita akan dapat menjimatkan sejumlah $300

Page 127: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR. 12.11.92 - 132 -

juta dan saya rasa rakan saya dari Parit Sulong akan bersetuju

dengan apa yang saya hujah.

Tuan Yang di-Pertua, telah tiba masanya bahawa lebih ramai

rakyat Malaysia akan menyedari sekiranya keuntungan negara kita

dirampas oleh para agen senjata api serta peramimpin Kerajaan yang

tidak mahu mengambil perhatian tentang kepentingan negara tetapi

hanya mengira kepentingan mereka sendiri. Negara kita sebenarnya

adalah lebih kaya dan para pekerja kita juga adalah lebih

produktif.

Tuan Yang di-Pertua, dalara ucapan Belanjawan Menteri Kewangan,

kita juga mendapati bahawa Perbadanan Awara Bukaa Kewangan dijangka

akan membelanjakan $8.7 bilion ke atas projek-projek pembangunan dan

sebahagian besar darinya telah diagihkan untuk kilang penjanaan

kuasa elektrik di Paka dan Pasir Gudang serta Pergau. Sebelum kita

menyerahkan sejumlah daripada pembayar cukai yang begitu besar

kepada Kementerian Tenaga Nasional, kita hendaklah memastikan bahawa

wang ini akan digunakan di teropat yang berpatutan dan seterusnya

akan berlaku perubahan pokok di dalam Kementerian berkenaan serta

pihak pengurusan TNB.

Tuan Yang di-Pertua, dua tahun yang lepas, saya telah

membongkar skandal Tenaga Nasional di Dewan yang mulia ini dengan

menyeru Menteri Tenaga supaya meletak jawatan dan supaya pihak

Jabatan Pencegah Rasuah mengambil tindakan terhadap tuduhan bahawa

berlakunya tindakan rasuah di Kementerian ini serta dt dalam

Pengurusan Tenaga Nasional Berhad. Sekiranya kita membaca segala

catitan mesyuarat bagi sesi Belanjawan 1990 kita akan dapat melihat

bahawa Menteri Tenaga telah cuba menyembunyikan fakta sebenar

berkenaan dengan industri tenaga di dalam negara dengan raenafikan

Page 128: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR. 12.11.92 - 133 -

bahawa ada sesuatu yang luar biasa telah berlaku di dalam Tenaga

Nastonal. Di dalam mesyuarat pada bulan Jun 1991, saya telah•

membangkitkan di Dewan ini bahawa sesuatu yang dahsyat akan berlaku

di negara kita sekiranya amaran berikut tidak diendahkan. Pada masa

itu saya telah berkata;

"Menteri Tenaga menafikan bahawa wujudnya sebarang

krisis yang memaksa TNB mengamalkan load-shedding

untuk mencegah dari berlakunya pemusnahan stesyen

janakuasa utama yang mana sekiranya berlaku akan

memakan belanja berbilion-bilion ringgit. Tetapi

mengapa pula seringkali berlakunya letupan atau

kebakaran di stesyen-stesyen cawangan. Terputusnya

tenaga elektrik sering berlaku di beberapa bahagian

negara ini."

Saya juga pernah bertanya sama ada Menteri akan memikul

tanggungjawab berseorangan dan meletakkan jawatannya sekiranya

berlaku load-shedding dan sama ada Kerajaan akan bertanggungjawab

untuk membayar ganti-rugi kepada sektor industri sekiranya berlaku

load-shading atau lain-lain malapetaka.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya, sebelum ucapan saya pada dua

tahun yang lepas, beberapa buah stesyen cawangan telahpun mengalami

letupan. Semua ini dapat dibaca dari suratkhabar, tetapi lebih

banyak lagi kes-kes load-shedding telah berlaku sebelum pilihanraya

umum 1990 yang mana tidak disiarkan oleh akhbar. Selepas dua tahun

apa yang diramalkan telah menjadi kenyataan iaitu terputusnya tenaga

elektrik secara total pada 29hb September, the big black-out, dengan

Page 129: DEWAN RAKYAT - · PDF fileadakah kita mempelajari teknologi daripada negara lain supaya kejadian ini tidak berlaku ... apa yang berlaku di negara-negara lain, ... Yang Berhormat dari

DR. 12.11.92 - 134 -

izin, yang memakan masa lebih kurang satu minggu sebelum keadaan

pulih seperti sedia kala. Dalam bulan Oktober, kejadian-terputusnya

bekalan tenaga elektrik berlaku lagi di beberapa bahagian di dalam

negeri misalnya, di bandar Sunway., Petaling Jaya dan di Ipoh.

Kerugian yang dialami oleh keluarga dan kilang dengan mudahnya

mencapai jumlah beratus juta ringgit. Saya merasa curiga sama ada

Kementerian yang berkenaan sudi atau tidak untuk menghitung kerugian

akibat dari kejadian terputusnya tenaga elektrik itu.

Tuan Yang di-Pertua, adakah terputusnya bekalan tenaga alektrik

pada 29hb Sepeteraber itu satu tindakan Tuhan, atau seperti yang

dikatakan oleh Menteri Tenaga sebagai, an act of God, dengan izin.

Kita tahu bahawa pihak pengurusan tenaga cuba menutupi kelemahan. dan

kesalahannya dengan menyifatkan isu tersebut sebagai takdir Tuhan.

Tenaga Nasional berharap dengan penjelasan takdir Tuhan ini sudah•

cukup baginya mengelakkan daripada terpaksa membayar ganti-rugi

kepada mangsa-mangsa kejadian terputusnya bekalan tenaga elektrik

dan berharap rakyat Malaysia akan dengan cepatnya melupakan

malapetaka yang berlaku di dalam pengurusan industri tenaga ini.

Tuan Yang di-Pertua, mungkin tidak ramai orang yang terbaca

secebis berita kecil yang tersiar di akhbar The Star ......

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Yang Berhormat, masa untuk hari ini sudah cukup. Yang

Berhormat sambung pada hari Isnin selama 15 minit lagi.

Dr. Kua Kia Soong: Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ini ditangguhkan

sekarang sehingga hari Isnin jam 2.30 petang.

Dewan ditangguhkan pada pukul 6.30 petang.