daya tahan kekuatan otot kompocc bdn

Upload: zahra-azhar

Post on 14-Jul-2015

93 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

DAYA TAHAN KEKUATAN OTOT Definisi Kekuatan otot didefinisikan sebagai keupayaan sesuatu otot atau kumpulan otot menghasilkan daya maksimum mengatasi rintangan. Komponen ini merangkumi aktiviti yang melibatkan suatu jangka masa yang pendek pada intensiti yang tinggi. Terdapat dua jenis kontraksi otot yang terlibat dalam kekuatan iaitu kontraksi dinamik (isotonik) dan kontraksi statik (isometrik). Kekuatan merupakan faktor yang paling penting dalam prestasi kemahiran fizikal ( Johnson dan Nelson,1986). Baumgartner dan Andrew (1975) mendefinisikan kekuatan sebagai satu tekanan maksima pada satu kumpulan otot yang digunakan dalam satu jangkamasa yang singkat diukur dengan kontraksi maksima, kekuatan isometric atau kontraksi dinamik maksima yang melibatkan kekuatan isotonik dan isokinetik. Fox dan Mathews (1981) menjelaskan bahawa kekuatan adalah kemampuan otot atau sekumpulan otot dalam mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya atau kerja. OShea (1976) menyatakan bahawa kekuatan merupakan fungsi otot rangka dan keupayaannya menghasilkan daya atau kuasa otot. Beliau menjelaskan bahawa terdapat kesan yang positif terhadap peningkatan kekuatan otot dengan latihan bebanan dalam setiap aktiviti sukan.

Aktiviti y Tekan tubi dilakukan untuk menguatkan otot dada dan otot bahu. Untuk orang yang baru mulakan latihan tekan tubi lakukan dalam kedudukan bertentangan dinding atau kedudukan yang diubah suai seperti semasa berehat atau dengan menggunakan lutut

Sumber: http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Remaja/SENAMANDANKECERGASAN.pdf

Sumber : http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Remaja/SENAMANDANKECERGASAN.pdf

y

Duduk tegak (sit ups) untuk menguatkan otot perut

Sumber : http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Remaja/SENAMANDANKECERGASAN.pdf

y

Mengangkat kaki pada kedudukan mengiring akan menguatkan paha anda

6. Sumber : http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Remaja/SENAMANDANKECERGASAN.pdf

y

Senaman dengan beban (dumb bells) boleh digunakan untuk membina otot bisep

Sumber : http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Remaja/SENAMANDANKECERGASAN.pdf

y

Mengangkat kaki kebelakang dalam kedudukan melutut atau baring terlentang,akan memejalkan punggung dan anggota bawah bahagian belakang

Sumber : http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Remaja/SENAMANDANKECERGASAN.pdf

KOMPOSISI BADAN. Definisi Komposisi badan merujuk perkadaran jumlah lemak badan dengan berat tanpa lemak. Peratusan lemak badan adalah pengukuran kegemukan yang lebih baik berbanding berat badan. Kelebihan lemak dalam badan amat berkaitan dengan pelbagai jenis penyakit kronik. Tiga komponen struktur asas yang ada pada badan ialah lemak, otot-otot dan tulangtulang. Penentuan isi kandungan badan menunjukkan peratusan (%) lemak badan yang dibandingkan dengan isi kandungan otot-otot dan tulang-tulang. Lebihan peratusan lemak dalam badan akan menimbulkan masalah kegemukan. Komposisi badan terbahagi kepada tiga iaitu ektomorf, mesomorf dan endomorf. Ektomorf ialah individu yang berbadan kurus dan ringan, kaki dan tangan yang panjang dan tidak mempunyai banyak lemak. Mesomorf pula ialah individu yang berotot tegap, gagah, rangka besar dan berbadan tegap. Endomorf pula ialah individu yang berbadan gemuk, leher besar, badan berbentuk bulat dan berat. Di dalam proses mengukur komposisi lemak badan terdapat beberapa elemen penting yang menjadikan proses ini lebih efisien dari segi keobjektifan dan kebolehpercayaan. Peralatan dan prosedur juga memainkan peranan yang penting bagi mendapatkan data. Satu lagi istilah berkaitan tubuh badan manusia disebut antropometri yang bermaksud pengukuran (metri) dan manusia (antro) di dalam bahasa Yunani. Menurut Barrow dan McGee (1989), antropometri merupakan satu kaedah pengukuran terhadap tubuh badan manusia di mana penilaian kepada kecergasan fizikal diukur dari simetri tubuh badan manusia itu sendiri. Di dalam bidang sukan, komposisi badan ataupun struktur tubuh badan merupakan satu aspek penting kerana pengetahuan yang mendalam di dalam bidang ini dapat membantu di dalam mengenalpasti jenis-jenis latihan, norma-norma ujian dan prestasi seseorang. Kegemukan, seperti darah tinggi dan anaemia adalah satu simpton bukannya satu penyakit Ia boleh dikatakan satu keadaan di mana lemak badan seseorang lelaki itu berjumlah 20 peratus atau lebih daripada keseluruhan berat badannya. Bagi seorang wanita pula, apabila lemak badannya berjumlah lebih 30 peratus atau lebih daripada keseluruhan berat badannya. Wanita memerlukan lebih sedikit lemak badan daripada lelaki. Bagi wanita, peratus lemak badan yang tinggi sedikit daripada lelaki adalah untuk meseimbangkannya dengan kadar metabolisma basal yang lebih rendah. Wanita juga memerlukan kurang kalori

daripada lelaki. Purata kadar lemak badan seseorang lelaki kira-kira 12 - 15 peratus sahaja. Bagi wanita pula ialah kira-kira 22 - 23 peratus. Terdapat beberapa sebab kegemukan terdiri daripada sebab biologi, emosi, persekitaran, malas melakukan aktiviti fizikal dan lain-lain.

Sukan yang sesuai mengikut kategori badan y Ektomorf

Sumber: http://2.bp.blogspot.com/_WvQk2tZRm8M/TLiEYxuerdI/AAAAAAAAABo/0HwZR afjV7A/s1600/ bola tampar bola jaring bola keranjang Acara lari jarak jauh lompat tinggi bagi acara olahraga.

y

Mesomorf

Sumber: http://1.bp.blogspot.com/_WvQk2tZRm8M/TLiDSNCkSjI/AAAAAAAAABg/7fOKZ bADq-0/s1600/clip_image004 Acara pecut 100 meter Ragbi Tinju Silat Bina badan Gimnastik

y

endomorf

Sumber: http://3.bp.blogspot.com/_WvQk2tZRm8M/TLiARgakynI/AAAAAAAAABY/lNOIBZ5vvP U/s1600/clip_image002.jpg angkat berat, lontar peluru lempar cakera sumo

RUJUKAN http://zarin58.tripod.com/Kecergasanfizikal.htm http://pjhyperx.blogspot.com/2009/04/koponen-kecergasan-fizikal.html http://zaireey-myeasyhits4u.blogspot.com/2009/07/komponen-kecergasanberlandaskan.html http://zarin58.tripod.com/kecergasan2.html

http://hazim7697.blogspot.com/2008/08/kecergasan-berasaskan.html