daulah uthmaniyah 1

14
SEJARAH KEMUNCULAN DAULAH UTHMANIYAH Bangsa Turki bermula dengan kehidupan persekitan sebagai masyarakat nomad Ogus dari rumpun bangsa Ural Altaik di Utara Asia Tengah yan berhijrah ke selatan dan barat menuju Eropan Timur, Timur Tengah dan Asia Tengah, lebih dari satu ribu tahun sebelum masihi. Mereka dikenali sebag bangsa Turko atau Turki di kawasan tanah jajahan yang ditakluki. 1 Sementara Kemal Ataturk ialah Bapa Pemodenan Turki pula telah menisbahkan asal-usul Anatolia Turki kepada bangsa Hitti. Sebelum perbentukan republik, Turki berada di Bawah pemerintahan 16 buah empayar dan kerajaan, termasuk dua empayar besar yang terkenal iaitu Seljukdan Uthmaniyah. Kehadiran Islam dalam masyarakat yang berpuak-puak ini, seawal abad ke-7 2 melalui aktiviti pendakwah dari Iran dan Iraq 3 , pembukaan wilayah dan perdagangan sedikitsebanyak merubah kehidupan dan kepercayaan masyarakat. Di samping terdedah dengan kepercayaan agama lain seperti Syamanisme, Kristian, Buddha, Zoroasterisme dan lain-lain. Setelah menerima Islam, orang Turki merupakan pejuang yang paling digeruni. Dalam tempoh yang singkat seluruh Afrika Utara, Eropah Timur dan Asia Barat ditawan. Mereka menjadikan perjuangan menyiarkan Islam sebagai matlamat hidup mereka. Orang Turki ditanamkan dengan semangat Gazi iaitu 1 Stanford Shaw, History of the Ottoman Empire dan Modern Turkey, vol.1 (Cambridge : Cambridge University Press, 1976) hlm 1-2 ; Pauline Lim Meng Juak, “ The Biulding of modern Turkish Cilivization study of Kemal Ataturk’s vision and approach to nation-building”, (Tesis Sarjana (Pengajian Peradaban), Universiti Malaya, 2001) hlm 13. 2 Menurut Mehmed Maksudoglu, tentera Islah Khalifah Umaiyah (661-750M) pinpinan Sufyan ibn ‘Awf telah sampai ke Anatolia dalam misi menawan Constantinople. Pemimpin puak Salur, Chanak Han yang hidup sezaman dengan Rasulullah SAW dikatakan menerima Islam. Lihat Mehmed Maksudoglu, Osmanli History 1289-1922 , (Gombak : Pusat Penyelidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, 1999) hlm 3-5. 3 Pauline Lim Meng Juak, “The Building of a Modern Turkish Cilivization”, hlm 13 1

Upload: afik-aziz

Post on 21-Jul-2015

372 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SEJARAH KEMUNCULAN DAULAH UTHMANIYAH Bangsa Turki bermula dengan kehidupan persekitan sebagai masyarakat nomad Ogus dari rumpun bangsa Ural Altaik di Utara Asia Tengah yang berhijrah ke selatan dan barat menuju Eropan Timur, Timur Tengah dan Asia Tengah, lebih dari satu ribu tahun sebelum masihi. Mereka dikenali sebagai bangsa Turko atau Turki di kawasan tanah jajahan yang ditakluki. 1 Sementara Kemal Ataturk ialah Bapa Pemodenan Turki pula telah menisbahkan asal-usul Anatolia Turki kepada bangsa Hitti. Sebelum perbentukan republik, Turki berada di Bawah pemerintahan 16 buah empayar dan kerajaan, termasuk dua empayar besar yang terkenal iaitu Seljuk dan Uthmaniyah. Kehadiran Islam dalam masyarakat yang berpuak-puak ini, seawal abad ke-72 melalui aktiviti pendakwah dari Iran dan Iraq3, pembukaan wilayah dan perdagangan sedikit sebanyak merubah kehidupan dan

kepercayaan masyarakat. Di samping terdedah dengan kepercayaan agama lain seperti Syamanisme, Kristian, Buddha, Zoroasterisme dan lain-lain. Setelah menerima Islam, orang Turki merupakan pejuang yang paling digeruni. Dalam tempoh yang singkat seluruh Afrika Utara, Eropah Timur dan Asia Barat ditawan. Mereka menjadikan perjuangan menyiarkan Islam sebagai matlamat hidup mereka. Orang Turki ditanamkan dengan semangat Gazi iaitu1

Stanford Shaw, History of the Ottoman Empire dan Modern Turkey, vol.1 (Cambridge : Cambridge University Press, 1976) hlm 1-2 ; Pauline Lim Meng Juak, The Biulding of modern Turkish Cilivization : A study of Kemal Ataturks vision and approach to nation-building, (Tesis Sarjana (Pengajian Peradaban), Universiti Malaya, 2001) hlm 13.2

Menurut Mehmed Maksudoglu, tentera Islah Khalifah Umaiyah (661-750M) pinpinan Sufyan ibn Awf telah sampai ke Anatolia dalam misi menawan Constantinople. Pemimpin puak Salur, Chanak Han yang hidup sezaman dengan Rasulullah SAW dikatakan menerima Islam. Lihat Mehmed Maksudoglu, Osmanli History 1289-1922, (Gombak : Pusat Penyelidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, 1999) hlm 3-5.3

Pauline Lim Meng Juak, The Building of a Modern Turkish Cilivization, hlm 13

1

semangat yang ditanamkan kepada belia-belia Turki bahawa mereka adalah tentera Allah yang dipertanggungjawabkan menyebarkan Islam. Dengan semangat inilah bangsa Turki berjaya menubuhkan empayar yang mampu bertahan selama 600 tahun dan berjaya meluaskan wilayahnya ke tiga benua iaitu Eropah Timur, Afrika Utara dan Asia Barat. Islam sendiri bertapak kukuh dalam pemerintahan dan kehidupan masyarakat Turki semasa zaman empayar Daulah Uthmaniyah. Malah empayar agung ini disifatkan sebagai unik di atas kemampuannya bertahan selama lebih daripada 600 tahun. Undang-undang syariat dan pemerintahan Islam mendapat tempat tertinggi dan dikuatkuasakan sepenuhnya dalam kerajaan. Kerajaan Uthmaniyah4 diasaskan oleh Osman sekitar tahun 1289 berikutan kematian bapanya iaitu Ertugrul Beg, dari suku kaum Kayi, Oguz

Turki. Kemudian, Osman ditabalkan sebagai khalifah bagi kerajaan Islam. Pengasas Daulah Uthmaniyah dikatakan seorang gazi dan gelaran ini amat terkenal di kalangan para sultan awal dalam kesutnan Uthmaniyah. Osman juga dikatakan telah berjaya menyatukan orang-orang Turki di bawah kewibawaannya sebagai seorang pemimpin dan juga pengasas kepada empayar Uthmaniyah. Ini juga bersesuaian dengan gelarannya yang dikatakan sebagai seorang yang bersifat gazi. Penaklukan terawal mereka ialah di bahagian pantai di sebelah asia laut Marmora. Pusat pemerintahan Daulah Uthmaniyah yang terawal ialah di Karaca Hisar. Menjelang abad ke-14, Osman berjaya menyusun kerajaan yang4

Istilah daulah atau kerajaan (devlet) merupakan konsep yang paling tepat menurut Mehmet Maksudoglu bagi mengambarkan keadaan sosiopolitik kerajaan Uthmaniyah berbanding konsep empayar yang lebih merujuk kepada jajahan fizikal yang bersifat penguasa atau penakluk, sebagaimana yang digambarkan oleh kebanyakan sarjana Barat. Lihat Mahmed Maksudoglu, The Ottoman Socio-Political Entity : Empire or Devlet? , Hamdord Islamicus, vol.18, no.2, 1995, hlm 41-54.

2

kemas bagi sebuah empayar yang dikenali sebagai Daulah Uthmaniyah. Osman meninggal dunia pada tahun 1326M dan mewariskan empayar yang kukuh dibawah anaknya yang bernama Orhan I (1326-1359). Orhan I adalah seorang tentera yang sangat cemerlang. Prestasinya yang paling penting ialah semasa menawan Bursa pada 6 April 1326. Orhan I melantik Alaeddin Ali Bey sebagai vizier untuk menawan wilayah Orhaneli. Kemudian, pusat negara dipindahkan ke Bursa dari Bilecik. Pada zaman pemerintahan Orhan, Daulah Uthmaniyah berkembang ke Bosphorus dan Laut Hitam. Sepanjang kehidupan Orhan I banyak dihabiskan di medan pertempuran dan mencapai banyak kemenangan Selain itu, Orhan I juga menubuhkan

sebuah pasukan baru dikenali sebagai Yaya (infantry) pada tahun 1328. Pada tahun 1451, Daulah Uthmaniyah mempunyai lebih banyak wilayah di Eropah dan di Asia. Manakala pada tahun 1453, Sultan Muhammad al-Fatih atau Muhammad II telah melakukan penaklukan ke atas Istanbul

(Constantinople). Antara persiapan awal yang dilakukan ialah baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus.

3

Selain itu, Sultan Muhammmad II mengadakan perjanjian damai dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople bila diserang nanti. Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan

dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Baginda memberi utusan kepada Raja Byzantine meminta beliau menyerah. Beliau enggan, mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh. Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini, baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!. Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Istanbul (Islam keseluruhan). Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Istanbul merupakan subuah kota dan berfungsi sebagai ibu Negara kesultanan Uthmaniyah suhingga tahun 1923.5

5

Mohammmad Redzuan Othman, Timur Tengah dan Afrika Utara Moden, (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991), hlm 56.

4

KEMUNCAK KEKUASAAN DAN KEGEMILANGAN DAULAH UTHMANIYAH Selepas kemangkatan Sultan Muhammad II, Daulah Uthmaniyah diperintah oleh Sulatn Beyazid II dan pada waktu inilah Daulah Uthmaniyah berkembang ke barat dan ke timur. Pada waktu ini, Daulah Uthmaniyah mengancam kerajaan Syiah yang berpusat di Parsi. Pada bulan ogos 1514, Sultan Beyazid II berjaya menewaskan Shah Ismail iaitu raja syiah di Parsi. Selain itu, Sultan Beyazid juga telah mengalahkan angkatan tentera laut di Venice di Naravino dan dan menyerang pemberontakan bangsa Turki di Kayseri. Sultan Beyazid juga kemudiannya berperang dengan pengikut Kizilbash iaitu kepala merah kerana golongan ini terkenal kerana nama tarbus mereka yang berwarna merah yang berpihak kepada Shah Ismail. Daulah Uthmaniyah mencapai zaman kemuncak kegemilangannya pada zaman pemerintahan Sultan Selim I yang memerintah pada tahun 1512 sehingga tahun 1520 dan semasa pemerintahan Sultan Sulayman I yang terkenal dengan pembuat undang-undang atau The Sulayman The Lawgiver yang memerintah di pada tahun 1520 sehingga tahun 1566. Di bawah pemerintahan Sultan Selim I , baginda berjaya menawan Mesir dan seterusnya menguasai Makkah dan Madinah. Sultan Selim I merupakan pemerintah selama dua abad dan merupakan sultan yang hebat telah meluaskan empayarnya daripada Hungary, Vienna, semenanjung Balkan dan Anatolia turun ke lembah Tigris, Eupharates dan Nil, ke Persian dan Laut Merah, merentang dari Syria dan Mesir, merentang ke Atlantik.6

6

Stamford J. Show, Between Old and New, The Ottoman Empire Under Sultan Selim III, 1789-1808, (Harvard University Press, Cambridge Massachussets, 1971) hlm 3.

5

Setelah Sultan Selim I mangkat, Sultan Sulayman II telah mengantikan takhta (1520 1566). Sultan Sulayman II dianggap kemuncak pemerintahan Daulah Uthmaniyah kerana pada zaman pemerintahannya, baginda berjaya meluaskan wilayah Daulah Uthmaniyah ke Asia Barat, Afrika Utara, Balkan, Grimia dan kawasan di sekitar Laut Mediterranean. Kemuncak usaha Sultan Sulayman II ialah menguasai Eropah dan Vienna (Austria). namun usaha itu terpaksa dibatalkan kerana faktor umurnya, pada ketika itu berumur 70-an dan usaha menawan Vienna terpaksa dibatalkan.

FAKTOR-FAKTOR

YANG MENYUMBANG KEPADA KEGEMILANGAN

DAULAH UTHMANIYAH Terdapat beberapa faktor yang penting dalam menyumbang kepada kegemilangan Daulah Uthmaniyah, antaranya ialah dari segi institusi dan pentadbiran Daulah Uthmaniyah seperti institusi kesultanan, institusi

ketenteraan, dan institusi Millet. Selain itu, terdapat faktor-faktor lain seperti semangat gazi, tidak bersifat perkauman, pertadbiran yang cekap dan sebagainya.

A)

INSTITUSI KESULTANAN Selama pemerintahan hampir 38 orang khalifah, Islam telah didaulatkan

sebagai tunjang perlembagaan, ketenteraan dan pertahanan, kebajikan sosial, pendidikan dan ekonomi. Dalam institusi dan pentadbiran Daulah Uthmaniyah, institusi yang terpenting ialah institusi kesultanan. Seorang sultan mestilah

6

seorang yang berketurunan Uthmaniyah, berwibawa, adil, berkepimpinan kerana sultan adalah tunggak kejayaan dan kemajuan. Seorang raja dikenali sebagai khalifah. Peranan khalifah turut menjadi faktor terpenting sebagai simbol kekuatan dan kesatuan Islam di wilayah-wilayah kekuasaannya. Jikalau sebelum pemerintahan Sultan Muhammad II, sultan akan menetapkan mana-mana putera yang berkebolehan akan diletakkan dan dilatih menjadi gabenor wilayah dan juga untuk mewarisi takhta. System yang telah ditetapkan oleh sultan Muhammmad II telah mengakibatkan perang di antara sesame mereka yang ingin menjadi raja. Sultan Muhammmad II telah menjalankan dasar yang mana raja telah mengizinkan pewarisnya memunuh mereka yang menjadi penghalang dan cuba bersaing dalam perebutan takhta. Sultan Uthmaniyah juga telah melaksanakan suatu system iaitu dengan melantik ahli tertua dalam pertabalan untuk menjadi raja. Hal ini bertujuan untuk menggelak daripada berlakunya peperangan. Apabila Daulah Uthmaniyah semakin berkembang, semakin banyak perebutan kuasa berlaku di kalangan waris takhta. Misalnya, apabila Sultan Mehmed III (1595 -1603 M) mangkat, anaknya Sultan Ahmed I (1603 1617 M) menaiki takhta dan baginda terpaksa membunuh 17 orang adik-beradiknya yang lain kerana mereka menjagi saingannya. Manakala, ketika Sultan Sulayman I mangkat, anaknya Sultan Selim II berada di medan perang. Baginda tidak dikebumikan tetapi telah diletakkan jenazah baginda ditepi tingkap untuk mengaburi mata rakyat sehingga anaknya kembali, barulah mengishtiharkan kemangkatannya.

7

Perebutan kuasa ini menyebabkan bakal sultan disembunyikan atau dikurung dan tidak terdedahkan dengan keadaan negara, pentadbiran negara, masyarakat, peperangan dan pengalaman untuk memerintah negara. Hal ini menyebabkan bakal sultan yang memerintah Daulah Uthmaniyah pada abad ke17 dan abad ke-18 adalah seorang sultan yang tidak berwibawa. Kebanyakkan sultan yang dilantik tidak dapat bertahan lama kerana tidak dapat mentadbir negara dengan baik, sakit mental, lembab dan terdiri daripada kalangan raja yang senang dipermainkan akibat terlalu lama dikurung.. Hal ini, mendorong kepada keruntuhan Daulah Uthmaniyah. Sementara itu jawatan wazir atau sadrazam ditubuhkan sebagai pembantu khalifah dalam urusan pemerintahan untuk memelihara keamanan dan kesejahteraan rakyat dan negara.7 Sebagai anggota majlis atau diwan, beliau dipertanggungjawabkan mengendalikan mesyuarat bersama ahli

jawatankuasa lain sebelum sebarang keputusan dikemukan kepada sultan8. Manakala ahli jawatankuasa majlis terdiri daripada biro pentadbiran kewangan dan biro pentadbiran yang disertai oleh wazir, kadi-kadi, dan pentadbir di wilayah-wilayah sebagai wakil kepada organisasi pentadbiran kerajaan, ketenteraan dan keagamaan.

7

Niyazi Berkes, the development of Secularism in Turkey, (Montreal : Mc Gill University Press, 1961) hlm. 10-118

Norman Hz Kowitz, Ottoman Empire dan Islamic Tradition , 54 55.

8

B)

INSTITUSI KETENTERAAN ATAU YENICHERRI Institusi ketenteraan merupakan faktor yang penting bagi membolehkan

Daulah Uthmaniyah menjadi empayar yang kukuh dan mampu menghadapi musuh-musuh, Sultan Uthmaniyah telah menubuhkan angkatan tentera yang dikenali sebagai yenicherri. Manakala di kalangan orang Eropah pula system yenicherri ini dikenali sebagai janisar. Sultan Murad I telah menubuhkan Janisari sekitar tahun 1330 9. Anggota yenicherri terdiri dari anak-anak orang kristian Eropah Timur yang di bawa berkhidmat di bawah Sultan Uthmaniyah. Kebiasaannya terdiri daripada anak-anak orang Greek, Kristian Ortodoks, Albania dan Serbia yang berusia antara 12 -20 tahun. Mereka dibawa ke Istambul, diislamkan dan diberikan kemahiran dalam bahasa Arab, bahasa Turki, membaca Al-Quran dan diajar kemahiran bermain senjata dan menunggang kuda. Setelah tamat pengajian, mereka melimpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada sultan. Ramai di kalangan ibu bapa Kristian secara suka rela menyerahkan anak mereka menjadi tentera janisari, memandangkan mereka berpeluang mencapai mobiliti sosial yang cerah melalui keanggotaan dalam yenicherri. Anggota Yenicherri ini terdiri daripadatentera professional dan diperkuatkan lagi dengan tentera berkuda (sipahi) yang kebiasaannya dianggotai oleh orang-orang Islam. Selain itu, anggota Yenicherri diberikan ganjaran atau upah dalam bentuk pemilikan tanah (timar) kepada tentera menyebabkan mereka menjadi mewah dan berkedudukan tinggi. Penubuhan Daulah Uthmaniyah telah diasaskan kepada sistem feudal yang ditiru langsung daripada kerajaan Byzantine. Tentera9

Wikipedia the free encyclopedia, 14 ogos 2005. Lihat , http://en.wikipedia.org/wiki/janissary

9

yang berjasa dikurniakan tanah dan tanah-tanah tersebut dikendalikan oleh para petani. Zaim (pemimpin) jamanya zuama merupakan pemilik tanah yang luas. Tugas dan peranannya adalah menyediakan lebih ramai anggota tentera.10 Pasukan tentera ini yang menjadi nadi dalam kerajaan sentiasa disuntik dengan semangat jihad yang tinggi serta di pandang mulia di sisi masyarakat dan Islam. Ketinggian akhlak dan peribadi disemai di kalangan pejuang yang juga merangkap sebagai pendakwah kepada ajaran Islam. Keadaan ini secara tidak langsung menyangkal kenyataan yang mengatakan bahawa Islam tersebar dengan mata pedang. Sikap toleransi dan budi pekerti ini dibuktikan oleh tentera Islam yang dipimpin oleh Sultan Mehemed II Fatih (1451-1481 Masihi) ketika pembukaan kota Constantinople atau Istambul pada 19 Mei 1453.11

C)

SEMANGAT GAZI Semangat Gazi merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada

kegemilangan Daulah Uthmaniyah. Semangat Gazi ialah semangat jihad yang di tanam dalam sanubari pahlawan-pahlawan Turki untuk menyebarkan agama Islam. Orang Turki ditanamkan dengan semangat Gazi iaitu semangat yang ditanamkan kepada belia-belia Turki bahawa mereka adalah tentera Allah yang dipertanggugjawabkan menyebarkan Islam. Bagi mereka menyebarkan agama Islam dianggap satu amanah dan mereka tidak akan berundur atau menyerah kalah sehingga mencapai kemenangan. Dengan semangat inilah bangsa Turki10

Mohammad Redzuan Othman, Timur Tengah dan Afrika Utara Moden, (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991), hlm 58.11

Mehmed Maksudoglu, Osmanli History 1289-1922, (Gombak : Pusat Penyelidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, 1999) hlm 72-75.

10

berjaya menubuhkan empayar yang mampu bertahan selama 600 tahun. Walau bagaimanapun, menjelang akad ke-18, semangat ini semakin pudar dan tenteratentera Turki tidak berminat untuk berperang lagi.

D)

INSTITUSI MILLET Institusi millet pula berasaskan kelompok keagamaan yang telah termaktub

oleh Sultan Muhammad II khas untuk orang-orang kafir zimmi berikutan selepas kejayaan baginda menakluki kota Istambul. Kesultanan Uthmaniyah adalah terdiri daripada rakyat yang majmuk. Sistem Millet yang diamalkan oleh Daulah Uthmaniyah ini telah meletakkan orang-orang kafir zimmi di bawah pemerintahan dan pentadbiran orang Islam. Seorang pemimpin millet akan dilantik untuk mengutip cukai kepala (jizyah) dan tugasnya adalah menyerahkan hasil cukai yang dikutip itu kepada sultan. Orang bukan Islam yang ditawan tidak dibunuh, bebas mengamalkan budaya, bahasa dan agama mereka sendiri. Pada zaman Sultan Bayezid II, baginda telah membenarkan 100 ribu orang Yahudi dari Andalusia berhijrah dalam wilayah-wilayah Uthmaniyah. Mereka hanya

diwajibkan membayar cukai kepala (jizyah). Keunikan Daulah Uthmaniyah yang menaungi masyarakat pelbagai bangsa, agama dan warna kulit memperlihatkan peranan Islam sebagai agama universal merangkap naungan politik yang mampu memberi kesejahteraan dan keadilan sosial yang sama. Malah kerajaan Uthmaniyah juga turut mengikhtiraf penglibatan masyarakat bukan Islam seperti penganut Kristian dan bangsa Greek, Armenia dan Yahudi di atas peranan yang dimainkan dalam

11

pembangunan ekonomi dan pentadbiran 12. Mereka mendapat kedudukan dalam negara melalui sistem Millet yang memberi hak autonomi kepada pemimpin beragama 13. Sikap toleransi Islam telah memberi hak kepada warga bukan Islam untuk menyertai kerajaan dan mengamalkan ajaran yang mereka anuti tanpa sebarang sekatan dan tekanan14

. Sementara itu, masyarakat Islam Turki pula

tidak meletakkan bangsa mereka atas nama identiti kebangsaan, bahkan lebih memperkenalkan diri mereka sebagai seorang penganut yang meletakkan ketaatan kepada Islam, khalifah dan juga kerajaan15

.Daulah Uthmaniyah juga

tidak bersifat perkauman yang nyata . Orang yang berkedudukan tinggi tidak terbatas kepada sesuatu kaum atau keturunan sahaja.

E)

FAKTOR FAKTOR LAIN Faktor seterusnya ialah pentadbiran yang cekap. Sewaktu Marco Polo ,

ahli pelayaran Venetian singgah di Turki (1272M) didapati orang Turki masih menjalani kehidupan orang Badwi yang berpindah-randah, mengembala kambing dan biri-biri, sedangkan orang Yunani Armenia sudah maju hidup di kota-kota. Akan tetapi oleh kerana pentadbiranyang buruk oleh tuan-tuan tanah dalam pemerintahan Byzantine menyebabkan penduduk-penduduk desa Yunani memihak tentera Turki yang telah meredah masuk ke bandar-bandar pada abad ke-14M.12

Feroz Ahmad , The making of Modern Turkey, hlm. 21.

13

Niyazi Berkes, The Development of Secularism in Turkey, (Montreal : Mc Gill University Press, 1961) hlm. 5; Mehmed Maksudoglu , The Ottoman Socio-Political Entity : Empire or Devlot:?, hlm.48.14

ibid, hlm. 49. Bernard Lewis, The Emergence of Modern Turkey, (London, 1961) hlm 2 dan 13.

15

12

Pihak orang Turki juga telah memberikan layanan yang baik terhadap saudara-saudara baru serta memberikan kepada Mereka hak kerakyatan penuh merupakan salah satu faktor yang menyumbangkan kegemilangan Daulah Uthmaniyah. Mereka ini kemudiannya menyertai tentera bersama-sama tentera Daulah Uthmaniyah. Antara saudara-saudara baru ini termasuklah Mikhaloghlu, daripada keturunan Yunani. Beliau memeluk agama Islam pada 1308M dan kemudiannya dilantik menjadi Laksamana yang setia pada zaman Sultan Uthman dan anaknya Urkhan. Daulah Uthmaniyah juga telah menggunakan kepakaran dan kebolehan penduduk tempatan khususnya dalam bidang pentadbiran. Menurut statistik, dalam tempoh zaman kegemilangan Daulah Uthmaniah antara tahun 1453 1623M hanya lima daripada 48 wazir besar daripada keturunan Turki, selebihnya adalah daripada keturunan asing. Antaranya ialah seorang dari Coucasus, 6 dari Yunani, 11 dari Albania, 11 dari Slav, seorang dari Itali, seorang dari Armenia, seorang dari Georgia dan yang bakinya seramai 11 orang tidak diketahui asalusul mereka 16. Kedudukan sosial orang Turki telah menarik minat penduduk negerinegeri Balkan untuk memeluk agama Islam. Majoriti kaum bangsawan Albania dan Bosnia telah berupaya memelihara kekuasaan mereka ke atas anak-anak buah mereka dengan adanya sistem sosial ala feudal yang diamalkan oleh orang Turki. Akan tetapi oleh kerana mereka tidak dibudayakan kepada budaya Turki seperti nama orang di Asia Minor. Mereka masih mempunyai bahasa kebangsaan mereka sendiri seperti orang Albenia, Bosnia dan Bulgaria,16

Mahayudin Haji Yahaya, Tamadun Islam, (Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, 2001) hlm. 191.

13

menyebabkan Semenanjung Balkan tidak dapat diperintah secara kekal oleh Daulah Uthmaniyah. Sekalian penduduk di ibu kota atau di luar ibu kota diberikan kebebasan agama dan dalam perkhidmatan awam. Kedudukan para paderi diberi lebih banyak kuasa berbanding dengan zaman sebelumnya iaitu zaman kerajaan Byzantine. Amalan Baptis, Perkahwinan dan perkebumian oleh orang Kristian dapat dilakukan secara bebas dan terbuka. Pada hari-hari perayaan orang Kristian pihak Daulah Uthmaniyah turut bersimpati dengan menghantar tentera Janisari untuk mengawal gereja. Amal ibadat dilakukan oleh orang Kristian tanpa sebarang gangguan. Daulah Uthmaniyah juga tidak begitu fanatik terhadap agamanya menyebabkan wilayah-wilayah Daulah Uthmaniyah menjadi tempat perlindungan orang-orang Yahudi yang dihalau oleh kerajaan Kristian di Sepanyol dan Portugal pada abad ke-16. pada tahun 1560M, didapati di perkampungan orang Yahudi Istanbul mempunyai penduduk seramai 20,000 orang. Mereka ini turut berkhidmat di istana sultan pada zaman Selim II. Ada antara mereka menjadi ahli fizik seperti Joseph Nasi dan Nathan Salomon Ashkenazi.

14