datindrhjhsaadiah_perananwanitaislam_ekonomi_pendidikan.pptx

61
PERANAN WANITA ISLAM DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI DAN PENDIDIKAN DATIN DR HAJAH SAADIAH DDW HAJI TAMIT PENSYARAH KANAN AKADEMI PENGAJIAN BRUNEI UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM 1

Upload: lizagishak

Post on 03-Oct-2015

228 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Slide 1

PERANAN WANITA ISLAM DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI DAN PENDIDIKAN

DATIN DR HAJAH SAADIAH DDW HAJI TAMITPENSYARAH KANANAKADEMI PENGAJIAN BRUNEIUNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM

1PendahuluanWanita atau kaum hawa merupakan makhluk yang diciptakan Allah sebagai makhluk penolong kepada Adam. Sebelum kedatangan Islam, kaum wanita sentiasa mengalami penindasan dan dianggap sebagai kaum yang lemah dan tidak berdaya. Namun dengan kedatangan Islam, martabat wanita dijulang setinggi-tingginya serta dilindungi hak-haknya.

2Ketokohan wanita Islam di zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam dijadikan pedoman dan pencetus inspirasi kepada wanita di zaman ini. Sumbangan atau peranan wanita kian menyerlah di era ini dalam pelbagai bidang dan berganding bahu dengan kaum lelaki menggembleng tenaga, kemahiran dan buah fikiran mereka untuk membangunkan negara.

3Meskipun demikian, golongan wanita juga perlu bersikap bijaksana dalam membahagikan masanya antara kerjaya dengan peranan domestiknya sebagai ibu rumahtangga dan seorang isteri selaras dengan nilai-nilai ketimuran dan Hukum Syara .

4DEFINISI / KONSEP WANITAPerkataan an-nisa berasal daripada perkataan jamak (plural) bagi perkataan al-marah yang bermaksud wanita. Asal usul penciptaan kaum wanita oleh Allah Taala ekoran permohonan Nabi Adam Alaihi Salam semasa berada di Syurga. Baginda menyaksikan setiap makhluk mempunyai pasangannya hidup masing-masing, sedangkan baginda hidup bersendirian. 5Oleh itu timbulnya keinginan Nabi Adam untuk mempunyai pasangan lantas memohon kepada Allah. Permohonan baginda dimakbulkan dan Allah Subhanahu Wataala menjadikan Hawa daripada tulang rusuk kiri Nabi Adam. Sebagaimana Firman Allah dalam Surah An-Nisa ( 4 :1 ):

6

Wahai sekalian manusia! bertaqwalah kepada Tuhan kamu Yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri Yang satu (Adam), dan Yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga Yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan Yang ramai. dan bertaqwalah kepada Allah Yang kamu selalu meminta Dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana Sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. Surah An-Nisa 4 : 1

7Wanita sebagai manusia yang istimewa, saudara atau pasangan bagi lelaki dan selalu dikaitkan dengan tanggungjawab terhadap suami, keluarga, harta benda, menjadi pengawal rumahtangga dan sentiasa menjaga silaturrahim.

8STATUS WANITA SEBELUM DAN SELEPAS KEDATANGAN ISLAM

Orang-orang Greek contohnya, menganggap wanita termasuk dalam kategori harta. Wanita dijual kepada sesiapa yang sanggup membayar harganya. Undang-undang Roman pula meletakkan wanita pada kedudukan kanak-kanak dan orang gila serta tidak mempunyai hak. 9Ketua keluarga berhak menjual anak-anak perempuan, adik-adik perempuan atau mana-mana perempuan yang dipunyainya kepada sesiapa sahaja. Mereka terpaksa tunduk kepada tuannya sejak daripada buaian hinggalah ke liang lahad. Tuannya berhak membuangnya, menjualnya, menyeksanya bahkan membunuhnya.10Di sisi orang Yahudi pula wanita dianggap sebagai khadam dan diharamkan daripada menerima harta pusaka jika si mati ialah lelaki.

Dalam undang-undang di China satu ketika dahulu, wanita dianggap tiada nilai dan diberikan kerja-kerja yang amat hina.

Dalam undang-undang di India, wanita tiada hak untuk memilih. Ketika kecil, dia mesti mengikut kehendak bapanya. 11Setelah berkahwin, mengikut kehendak suaminya dan apabila suaminya mati, dia mesti mengikut kehendak anak-anak lelakinya pula.

Penindasan terhadap kaum wanita dapat disaksikan dalam kerajaan Babilonia, wanita tidak mendapat hak yang sewajarnya. Anak dara mereka boleh diperjual belikan, kerana ia dipandang sebagai harta kekayaan keluarga itu oleh bapa. 12Sementara itu dalam bangsa Yunani pada masa Perecles, 500 tahun sebelum masihi wanita adalah sebagai kelas masyarakat yang paling rendah, tidak boleh mendapat sekolah, ia hanya boleh menjadi hamba kepada suami.

Di Jepun dan China, wanita diperlakukan kasar, wanita boleh dicerai tanpa alasan, perkara ini dibenarkan dari segi agama dan kerajaan mereka

13Di Semenanjung Arab, masyarakat jahiliah menguburkan bayi perempuan hidup-hidup. Mempunyai anak perempuan dianggap satu keaiban yang perlu ditutup secepat yang mungkin. Kaum wanita diharamkan daripada menerima harta pusaka kerana mereka tidak ikut berperang. Harta pusaka hanya layak diwarisi oleh kaum lelaki yang membela kabilahnya.14Mengimbas kembali pada sejarah sebelum abad ke-6, status wanita sama seperti barang yang boleh diperjualbelikan. Wanita pada ketika itu sebagai pemuas nafsu kaum lelaki, tidak dihormati dan dihargai sebagai manusia. Tidak mendapat hak yang sewajarnya sesuai dengan tugas dan tanggungjawab yang dilaksanakan sebagai seorang wanita.

15Penindasan dan penaniayaan terhadap wanita adalah disebabkan sifat wanita itu sendiri dan budaya primitif yang meletakkan neraca kebenaran dan keadilan di atas kekuatan fizikal seseorang (Pusat Dawah Islamiah, 2004 : 2). Setelah kedatangan Islam, Allah Subhanahu Wa Taala telah mengangkat martabat kaum wanita sehingga Allah Subhanahu Wataala menamakan satu surah dalam al-Quran dengan nama Surah an-Nisa.

16Ini menggambarkan ketinggian kedudukan dan martabat wanita dalam ugama Islam. Banyak hadith yang menyeru supaya berbuat baik kepada wanita sama ada ia sebagai ibu, anak atau isteri. Rasulullah bersabda yang bermaksud :

Wanita itu saudara kandung lelaki (Riwayat Abu Daud)

17Dengan kedatangan Islam, fenomena ini telahpun mengalami perubahan, maruah dan darjat wanita diangkat martabatnya ke satu tahap yang lebih tinggi dan mulia terutama di zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam. Hal ini ada disebutkan dalam Firman Allah Subhanahu Wa Taala : (Surah Al-Imran, 3 : 195)

1819

Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang Yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya Yang lain; maka orang-orang Yang berhijrah (kerana menyelamatkan ugamanya), dan Yang diusir ke luar20dari tempat tinggalnya, dan juga Yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan ugamaKu, dan Yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan Yang terbunuh (gugur Syahid Dalam perang Sabil) - Sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan Sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. dan di sisi Allah jualah pahala Yang sebaik-baiknya (bagi mereka Yang beramal soleh)". Surah Al Imran 3 : 195

Golongan wanita tidak ditegah untuk turut sama memainkan peranan dan memberi sumbangan dalam membangun masyarakat dan negara. Golongan wanita hendaklah juga menjaga kepentingan agama dan ummah, maruah dan kehormatan serta dapat menjaga kesucian agama Islam. Ini dijelaskan dalam Firman Allah : (Surah At Taubah, 9 : 71)

2122

Dan orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi Penolong bagi setengahnya Yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.(Surah At Taubah, 9 : 71)

Bahkan jika dilihat di zaman Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassalam, para wanita juga memainkan peranan dalam membantu kemaslahatan negara. Para wanita berganding bahu bersama kaum lelaki di medan perang untuk memberi rawatan kepada tentera-tentera yang cedera dalam pentempuram dan memberi sokongan moral, sifat tolong menolong atau bekerjasama menjadi hujjah yang menunjukkan wanita mempunyai keahlian dalam masyarakatnya. 23Mereka berhak memainkan peranan yang sama seperti halnya lelaki untuk kepentingan umat dan negara (Pusat Dawah Islamiah, 2004 : 17). Ini bermakna status antara wanita dan lelaki di sisi Allah Subhanahu Wa Taala adalah sama dan kedua-duanya mempunyai tanggungjawab untuk melaksanakan amanah sebagai khalifah Allah Subhanahu Wa Taala di muka bumi ini.2424Setiap tanggungjawab dan kewajipan yang diberi kepada manusia sama ada ke atas kaum lelaki atau wanita akan dipersoalkan sejauhmana tanggungjawab tersebut dapat dilaksanakan. Ini dijelaskan oleh Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassalam dalam riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud :

25Tiap-tiap seseorang dari kamu adalah pemimpin dan akan diminta tanggungjawab kepada orang-orang yang berada di bawah jagaannya. Seorang ketua negara bertanggungjawab ke atas rakyatnya dan akan disoal oleh Allah akan kepimpinannnya. Seorang isteri bertanggungjawab dirumahnya dan akan disoal berkenaan tanggungjawabnya.

Dalam sejarah Islam ramai tokoh-tokoh wanita yang tidak asing lagi kepada kita umpamanya Ummahatul Mukminin seperti Sayiditina Khadijah binti Khuwaylid Radiallahu merupakan seorang pengusaha. Beliau merupakan wanita yang pertama beriman kepada Allah Subhanahu Wa Taala dan banyak mengorbankan harta bendanya untuk perkembangan agama Islam. 26Begitu juga Zainab binti Jahsy yang bekerja sebagai penyamak kulit binatang, Ummu Salim binti Malhan yang tekun sebagai mak andam, isteri Abdullah ibn Masud dan Qillat Ummi Bani Anmaar yang dikenali sebagai ahli perniagaan yang berjaya dan Al-Syifa yang bekerja sebagai pendidik, setiausaha dan pernah diberi tugas oleh Khalifah Umar ibn al-Khattab sebagai petugas untuk mentadbir pasar kota Madinah (Nasarudin Umar, 2004 : 23)27Kita bukan sekadar mengenang ketokohan wanita Islam malah mengetengahkan ciri-ciri keunggulan dan sumbangan yang mereka patut teladani oleh semua, khususnya wanita Islam masa kini. Dengan berbekalkan iman, takwa, taat , ikhlas, sabar, amanah, disiplin ilmu, kebijaksanaan, keberanian dan semangat pengorbanan yang tinggi mereka dapat menyumbangkan fikiran, harta , tenaga dan jiwa demi menegakkan keadilan dalam sistem pemerintahan Islam.28Dengan melihat cara pemikiran, budaya intelek, profesionalisme dan keperibadian wanita-wanita Islam yang telah memberi sumbangan dalam pembinaan tamadun Islam. Umat Islam perlu menjiwai peranan dan sumbangan yang telah dicurahkan oleh wanita Islam dalam pembangunan masyarakat dan negara.

29PERANAN WANITA ISLAM DALAM PEMBANGUNAN NEGARA

Pembangunan berasal dari perkataan bangun iaitu bererti bangkit atau berubah kedudukan ataupun berlakunya transformasi. Proses transformasi ini melibatkan individu ataupun masyarakat secara progresif.Perkataan transformasi ini juga merujuk kepada manusia dan perubahan yang dialaminya secara berperingkat-peringkat ke arah kemajuan.

30Menurut sarjana sains sosial dan kemasyarakatan, pembangunan adalah sebahagian daripada proses perubahan sosial yang menyeluruh. Istilah ini pula dibahagikan oleh mereka kepada dua bentuk- pembangunan yang dirancangkan dan pembangunan tidak dirancangkan. Ternyata hampir keseluruhan tumpuan selama ini adalah terhadap pembangunan yang dirancangkan kerana usaha ini membabitkan tindakan sedar manusia dan banyak pihak.

31Daripada sudut lain, pembangunan juga dikatakan mencakupi keseluruhan kehidupan manusia. Dari segi lahiriah dan batiniah, luaran dan dalaman, kebendaan dan kejiwaaan, fizikal dan mental, utilitarian dan humanis, praktis dan teori, yang alamiah dan dirancangkan. Pembangunan yang berjaya serta seimbang hanya berlaku jika ia dilaksanakan secara bersepadu antara pembangunan jiwa, mental dan pembangunan fizikal.

32Dalam memastikan pembangunan berjalan dengan lancar, maka peranan wanita tidak boleh diketepikan. Sumbangan wanita dari pelbagai aspek kehidupan seperti ekonomi, sosial dan politik dikebanyakan negara-negara di dunia begitu dominan sekali. Nama-nama seperti Magaret Thatcher, Indra Ghandi, Benazir Bhutto, Corazon Aquino, Sirimavo Bandaranaike, dan lain-lain sudah menjadi sinonim kepada pemimpin-pemimpin dunia.

33Jika sebelumnya ramai ahli falsafah barat berpendapat bahawa wanita dijadikan hanya untuk berkhidmat kepada kaum lelaki. Oleh itu, usia wanita haruslah dihabiskan untuk membuat segala kerja yang diperlukan di dalam rumah, iaitu melayan dan memenuhi keperluan suami dan anak-anak. Sehingga Rosseau berpendapat :-

34Wanita itu tidaklah dijadikan untuk ilmu pengetahuan, untuk hikmat, untuk berfikir, untuk mempunyai keahlian, untuk menjadi sarjana dan tidak pula untuk berpolitik atau untuk tugas negara, tetapi ia dijadikan hanya untuk menyusukan anak-anaknya dengan air susunya dan".

Namun pendapat tersebut sudah lapuk dan tidak dapat diguna pakai. Sehingga menjelang abad ke-20, ahli-ahli pemikir Barat telah mengubah corak pemikiran mereka dengan memberikan kebebasan kepada kaum wanita seperti kaum lelaki. Begitu juga halnya dalam konteks Islam, wanita diletakkan di tempat yang layak dan terhormat dalam kedudukan sosialnya. Hak berekonomi atau hak kebendaan adalah sama seperti antara lelaki dan wanita, kerana wanita dan lelaki dilahirkan daripada datuk nenek yang sama, Adam dan Hawa (Drs.Walid Litfullah, 1989 : 74).

35Islam menggalakkan manusia supaya berusaha menuju kepada pembentukan manusia yang sempurna dari segi zahiriah dan batiniah. Untuk mencapainya maka setiap kelakuan, perbuatan, perkataan dan pemikiran dan kecenderungan selaras dengan ajaran-ajaran yang dibawa oleh Islam. Manusia yang terdiri daripada kaum lelaki dan wanita mempunyai tanggungjawab yang tersendiri untuk membentuk masyarakat yang sempurna. 36Islam sebenarnya telah memberikan pelbagai hak kepada wanita untuk menimba ilmu serta kemahiran.

Islam juga telah memberikan hak untuk memanfaatkan segala kelebihan yang dianugerahi dan yang diperolehi untuk kepentingan masyarakat. 37Sesuai dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha sempena Pembukaan Rasmi Persidangan Agung Kali Ke-5 Persekutuan Pertubuhan-pertubuhan Wanita ASEAN (ACWO) yang menyarankan supaya kaum wanita melibatkan diri dalam masyarakat dan sentiasa bekerjasama dengan kaum lelaki pada memajukan negara. Di antara titah baginda ialah:

38Kaum wanita mestilah meningkatkan usaha ke arah penglibatan mereka sebagai penggerak masyarakat di samping berganding bahu dengan kaum lelaki dalam mana-mana mencorakkan peradaban manusia dan sama-sama mencari kesejahteraan sejagat. (Pelita Brunei, 1996:12)

Peranan wanita serta sumbangannya boleh dilihat daripada dua aspek (Khalijah, 1994). Pertama, seorang wanita bertanggungjawab menanamkan nilai hidup yang sempurna dan seimbang untuk dijadikan pegangan hidup anak-anak mereka. Kedua, wanita juga berperanan dalam pembangunan ekonomi dan sosial masyarakatnya. Ini adalah kerana wanita merupakan sebahagian besar daripada populasi masyarakat. 39Peranan wanita untuk sama-sama memakmurkan masyarakat dan menegakkan kebenaran di muka bumi Allah tidak berubah. Suasana kehidupan yang semakin mencabar menuntut wanita Islam agar terus memberi sumbangan dalam ruang lingkup yang lebih luas dan dengan cara yang lebih berhemah dan bijaksana. Tokoh-tokoh wanita zaman awal Islam menjadi pemangkin kepada wanita pada masa kini dalam pembangunan yang benar-benar bermanfaat dan bertepatan dengan lunas-lunas syarak.

40Tidak dapat dinafikan kini, semakin banyak wanita yang berkaliber berkemampuan dan profesional serta banyak memberi input kepada pembangunan negara (Pusat Dawah Islamiah, 2004 : 18). Justeru itu, golongan wanita Islam perlu bijak berfungsi dalam masyarakat, mereka harus sedar bahawa sumbangan mereka dalam masyarakat sentiasa dinanti dan dialu-alukan (Pusat Dawah Islamiah, 2004 : 37). 41Wanita Islam dapat meningkatkan keperibadian istimewa yang ada pada mereka menjadi sayap penggerak yang kuat, kreatif dan dinamik.

Wanita Islam harus dapat mengenalpasti, menyakini dan memanfaatkan kekuatan diri mereka demi maslahat ummah. Ini membuktikan bahawa Islam telah memberikan hak untuk memanfaatkan segala kelebihan yang dianugerahi dan yang diperolehi untuk kepentingan masyarakat.

42Walau bagaimanapun, untuk mencapai kecemerlangan hakiki ia tidak dapat berdiri dengan sendiri tanpa kerjasama dengan kaum lelaki, kerana kedudukannya tidak menjamin sepenuhnya kestabilan masyarakat dan negara sama ada dalam aspek sosial, politik, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Kaum lelaki dan wanita saling bantu membantu dan memperkuat antara satu sama lain sepertimana dalam hadis daripada Abu Musa Radiallahu Anhu,

43beliau berkata bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda bermaksud :

Orang mukmin terhadap orang mukmin yang lain bagaikan sebuah bangunan yang sebahagiannya menguatkan sebahagian yang lain. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

44PENGLIBATAN WANITA DALAM EKONOMI

Golongan wanita juga semakin aktif dalam bidang ekonomi. Jika ditelusuri penglibatan wanita dalam bidang ekonomi memang sudah lama berlaku. Penglibatan mereka bukan baru bermula di zaman globalisasi ini malahan sejak zaman kesultanan lagi. Menurut Nordin Hussin et.al.(2012 : 56), penglibatan wanita terutamanya wanita Melayu dalam aktiviti ekonomi telah bermula sejak zaman kesultanan Melayu lagi.45Meskipun, wanita lebih mengutamakan peranan domestiknya iaitu sebagai pengurus rumah tangga, isteri dan ibu. Namun di sisi lain, mereka juga turut sama membantu suaminya atau sebagai supporting role dalam mencari nafkah. Sebagai misal dalam bidang pertanian, tugas wanita hanya terbatas untuk menyemai, mengubah dan menuai. 46Hal ini selaras dengan sistem ekonomi Melayu yang menjadikan keluarga sebagai institusi yang penting dan unit pengeluaran yakni mendapatkan sumber tenaga kerja.Maka secara tidak langsung, isteri dan anak-anak dewasa akan dijadikan sebagai tenaga kerjanya.Sebagai misal dalam tempoh sebelum tahun 1914, sebahagian wanita Brunei juga berkecimpung dalam bidang perniagaan. Kegiatan ini berlaku di Kampong Air yang dikenali sebagai Padian.47Golongan padian menggunakan perahu kecil atau gubang untuk menjual barang-barang keperluan harian kepada pelanggan mereka.

Barang-barang keperluan sehari-harian yang dijual seperti beras, ikan, udang, buah-buahan, kuih-muih, sagu, kayu api, barang perhiasaan, logam, kain tenunan dan sebagainya (Awang Haji Takong Amit, 1998 : 158).

48Budaya berdagang secara padian ini kemudiannya beransur berkurangan menjelang tahun-tahun 1970an dan ini kelihatannya pupus pada tahun-tahun 1980an. Hal ini berlaku kerana generasi penerus aktiviti ini sudah tidak ada.

Selain terlibat dalam kegiatan padian, wanita di Kampong Air juga terbabit dalam aktiviti perdagangan kain tenun atau kain jong sarat.

49Sungguhpun harga kain ini agak mahal tetapi ia mempunyai kualiti dari segi buatan dan seninya sehingga mendapat sanjungan dan pujian dari masyarakat luar negeri.

Manakala bagi golongan kaum wanita yang tinggal di kawasan darat seperti masyarakat kedayan, nasib mereka tidak banyak berbeza dengan kaum wanita Kampong Air sebelum tahun-tahun 1914.50Mereka membantu suami atau keluarga mereka menambah sumber ekonomi dengan menjual buah-buahan, ternakan dan kraftangan seperti takiding dan bakul. Bahkan mereka ini juga ikut berkebun buah-buahan dan bertanam padi. Di zaman sekarang, bagi menambah pendapatan dan menjana ekonomi keluarga, banyak kaum wanita yang sudah melibatkan diri atau bekerja di sektor kerajaan mahupun swasta.

51PENGLIBATAN WANITA DALAM BIDANG PENDIDIKAN

Peranan wanita khususnya dalam keluarga dan amnya pada masyarakat dan negara berkembang sejajar dengan perkembangan pendidikan. Mereka menyumbangkan ke arah perkembangan dan pembinaan negara-bangsa menurut kebolehan atau kepakaran masing-masing.

52Dalam aspek pendidikan, dalam Jadual 1 menunjukkan adanya peningkatan jumlah guru wanita sejak lima tahun kebelakangan di semua peringkat pendidikan baik di sekolah swasta mahupun kerajaan.

53JADUAL 1BILANGAN GURU WANITA DI SEMUA PERINGKAT PENDIDIKAN (SWASTA / KERAJAAN) 2007-2011

Tahun / Jenis20072008200920102011Sekolah Kerajaan4,5544,7574,9455,4365,793Sekolah Swasta1,5691,6011,6451,6491,753Jumlah keseluruhan6,1236,3586,5907,0857,546Sumber :Brunei Statistical Year Book (2011 : 180-181), Jabatan Perdana Menteri : Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi

5354RAJAH 1BILANGAN PENUNTUT WANITA DI UNIVERSITI KERAJAAN / SWASTA DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM2007-2011

Sumber :Brunei Statistical Year Book (2011 : 182 - 183), Jabatan Perdana Menteri : Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi

5455JADUAL 2PEKERJA KERAJAAN WANITA MENGIKUT BAHAGIAN2007-2011

Tahun / Jenis20072008200920102011Bahagian I242266286301273Bahagian II4,5314,8605,0095,3225,776Bahagian III

5,8415,9406,2946,4846,658Bahagian IV

5,9326,1026,2256,3716,533Bahagian V

5,3705,5225,4325,4285,668Jumlah keseluruhan21,91622,69023,24623,90624,908Sumber :Brunei Statistical Year Book (2011 : 180-181), Jabatan Perdana Menteri : Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi

55CABARAN YANG DIHADAPI WANITA BEKERJAYA

Datin Dr. Hajah Masnon Haji Ibrahim (2011 : 96) menasihatkan para wanita perlu tabah dalam menjalankan apa jua bentuk tanggungjawab. Ini kerana, wanita dihadapkan dengan segala macam bentuk cabaran.Cabaran itu bukanlah semata-mata kerana pemodenan dunia atau kemajuan teknologi terkini yang ada pada hari ini, tetapi cabaran sebenar adalah bagaimana seseorang wanita itu dapat menjalankan tanggungjawab itu sendiri tidak kira , bila dan di mana.

56Cabaran yang mungkin wujud ialah sejauhmana isteri muslimah itu mahu mentaati suaminya dan memelihara ketaatan itu sedangkan dia berhadapan dengan tanggungjawabnya yang lain sebagai pekerja yang memerlukannya di luar rumah .Perjuangan wanita itu perlu didasari oleh agama, kerana agamalah yang meletakkan mereka ditempat tinggi lagi mulia di sisi keluarga, masyarakat dan negara. 57Agama mesti berada di tempat yang pertama dalam senarai keutamaan. Selain itu, keredaan dan pengorbanan suami sebagai pemimpin keluarga itu perlu diambil kira.

Para muslimah memerlukan keseimbangan dalam melaksanakan tanggungjawab mereka. Sebagaimana dalam Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah At Taghabun, 64 : 15:

5859

Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala Yang besar.Surah At Taghabun, 64 : 15

Firman di atas mengingatkan para wanita Islam atau muslimah untuk tidak lalai meskipun seorang wanita mempunyai pekerjaan atau tanggungjawab lain, namun ia juga perlu bijak untuk memberi perkhidmatan sebagai isteri dan pengurusan rumah tangga yang cekap dan berkesan untuk tugas sebagai ibu memerlukan muslimah untuk lebih kreatif dan inovatif dalam menangani masalah dan cabaran.

Maka dari itu, Datin Dr Hajah Masnon Haji Ibrahim (2011 : 97) menyarankan agar para wanita Islam sama-sama menilai dan memuhasabah diri. Hendaklah mereka menjadikan cabaran yang dihadapi itu sebagai ibadah untuk untuk mengharap keredhaan Allah Subhanahu Wataala. Jadikan ianya sebagai satu bentuk motivasi diri yang memerlukan mujahadah dan iltizam demi mendapatkan keharmonian rumahtangga.

60KESIMPULAN61