dasar 1murid 1sukan.docx

20
PENGENALAN Dasar 1 M 1 S mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan kesemua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia. MATLAMAT Dasar 1 M 1 S berhasrat untuk, 2.1 Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. 2.2 Memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas. OBJEKTIF Dasar 1 M1 S berhasrat untuk memenuhi objektif-objektif berikut: 3.1 Meningkatkan kecergasan jasmani. 3.2 Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni. 3.3 Memupuk perpaduan di antara kaum. 3.4 Membentuk budaya sukan di kalangan murid. 3.5 Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal.

Upload: claire-syaria

Post on 01-Jan-2016

35 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sukan

TRANSCRIPT

Page 1: DASAR 1MURID 1SUKAN.docx

PENGENALAN

Dasar 1 M 1 S mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di

sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat

untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru

dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan

sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk

membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah

melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.

Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan,

sahsiah dan kesejahteraan kesemua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid

yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan

Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh

pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting

sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu

padu. Dasar ini selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1

Malaysia.

MATLAMAT

Dasar 1 M 1 S berhasrat untuk,

2.1 Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid

dalam kegiatan sukan sepanjang tahun.

2.2 Memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang

mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.

OBJEKTIF

Dasar 1 M1 S berhasrat untuk memenuhi objektif-objektif berikut:

3.1 Meningkatkan kecergasan jasmani.

3.2 Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni.

3.3 Memupuk perpaduan di antara kaum.

3.4 Membentuk budaya sukan di kalangan murid.

Page 2: DASAR 1MURID 1SUKAN.docx

3.5 Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal.

3.6 Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal.

3.7 Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.

KONSEP

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bermatlamat untuk melahirkan insan yang seimbang

dan harmon is dari SGyi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI). Ke arah ini, konsep Dasar 1

M1 S adalah diwujudkan untuk menyokong FPK agar dapat:

4.1 Memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalam

sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif.

4.2 Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam

sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah.

4.3 Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap

yang lebih tinggi.

PRINSIP PELAKSANAAN

Pe!aksanaan Dasar fM1 S hendaklah mengambil kira prinsip-prinsip berikut:

5.1 Setiap murid termasuk rTlurid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan

hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar 1 M1

S adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan Peralihan ,

Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun murid Murid Pra

Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah.

5.2 Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang

ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak

sekolah;.

Page 3: DASAR 1MURID 1SUKAN.docx

5.3 Asas kepada 1 M 1 S adaiah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan

Kesihatan yang berkualiti di sekolah. Segala sumber untuk mata pelajaran pendidikan jasmani

hendaklah diguna sama bagi 1M1S.

5.4 Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti su kan.

5.5 Penyertaan dalam sukan adalah asas kepada perkembangan Intelek Rohani, Jasmani, dan

Emosi murid.

5.6 Ibu bapa dan agensi luarl rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang kepada

pembangunan sukan sekolah.

5.7 Setiap sekolah yang sudah pun mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan sukan

hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap

murid. 

PENDEKATAN PELAKSANAAN

Bagi memenuhi prinsip-prinsip pelaksanaan 1 M1 S, setiap sekolah mempunyai pendekatan

dalam melaksanakan program sukan mengikut acuan dan kemampuan sedia ada. Dengan itu,

pelaksanaan 1 M1 S adalah berdasarkan kepada pendekatan berikut:

6.1 Aktiviti sukan bermaksud melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif dalam

latihan sukan dan permainan di bawah pengurusan sekolah. Sukan yang ditawarkan di bawah 1

M1 S

hendaklah berunsurkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal.

6.2 Aktiviti sukan di sekolah diadakan sepanjang tahun berdasarkan kepada aktiviti rumah

sukan dan kelab sukan. Kejohanan tahunan olahraga sekolah yang didahului oleh kejohanan

merentas desa dan sukan tara menjadi aktiviti teras sukan di sekolah.

6.3 Pihak sekolah hendaklah mengadakan pertandingan antara tingkatan, kelas, rumah, dorm

asrama, kelab sukan sekolah. Penyertaan murid dalam kejohanan MSSD/MSSN/MSSM serta

peringkat antarabangsa adalah merupakan aktiviti 1M1S.

Page 4: DASAR 1MURID 1SUKAN.docx

PENILAIAN

7.1 Penilaian murid adalah berdasarkan kepada sistem penilaian sedia ada yang berasaskan:

•          Kehadiran;

•          Jawatan Serta Sumbangan;

•          Penglibatan; dan

•          Pencapaian.

•           

7.2 Perubahan pada sistem penilaian sedia ada akan berkuatkuasa dengan murid Tahun 4 dan

Tingkatan 1 mulai tahun 2012.

 PERSEDIAAN SETIAP AWAL TAHUN PERSEKOLAHAN

Sekolah hendaklah:

8.1 Mengadakan mesyuarat perancangan 1M1S sebelum penggal pertama persekolahan,

8.2 Menyediakan takwim tahunan dan penjadualan mingguan aktiviti sukan sekolah untuk

sepanjang tahun,

8.3 Mengagihkan tugas guru mengikut sukan yang ditawarkan di Sekolah,

8.4 Mendaftar dan mengagihkan setiap murid mengikut rumah sukan dan kelab sukan, dan

8.5 Mewujudkan mekanisme pemantauan pelaksanaan 1M1S. 

Page 5: DASAR 1MURID 1SUKAN.docx

Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta tenaga

seperti berenang, permainan bola sepak, tenis, lumba lari dan sebagainya. Aktiviti ini dilakukan

sebagai acara pertandingan, hiburan atau untuk menyihatkan badan atau riadah. Sukan dapat

meningkatkan disiplin murid. Individu yang mempunyai disiplin yang tinggi, mampu mengawal

diri sendiri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Disiplin juga membentuk seseorang agar

berkelakuan baik. Murid akan mematuhi arahan dan akur pada nasihat ibu bapa seperti

menghormati orang yang lebih tua, bersopan santun dan taat pada agama.

•Seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik untuk mengagihkan masa

dengan sewajarnya. Dia akan menentukan masa untuk bersukan dan masa untuk belajar.

Biasanya, murid-murid inilah yang akan memberikan perhatian yang sepenuhnya ketika

pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Majlis Sukan Negara (MSN) sedar bahawa sukan

mampu melahirkan insan yang sihat dari segi fizikal dan mental. Oleh sebab itu, MSN

memberikan sokongan kepada program 1 MURID 1 SUKAN, kegiatan sukan serta mata

pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang dijalankan di sekolah. Tidak cukup dengan

itu, pihak Kementerian Belia dan Sukan telah bekerjasama dengan pihak Kementerian

Pelajaran Malaysia untuk membina lebih banyak sekolah sukan seperti Sekolah Sukan Bukit

Jalil.

•Bagi mencapai kejayaan dalam kehidupan, seseorang harus berfikiran positif dan mempunyai

keyakinan diri. Di samping itu, aktif bersukan membolehkan seseorang itu mempunyai akal

yang sempurna untuk berfikir. Hal ini demikian kerana mereka akan berfikiran rasional untuk

membuat keputusan dengan baik. Sukan juga menerapkan semangat berpasukan yang tinggi.

Mereka sering berganding bahu untuk membantu pasukan menempa kejayaan. Murid yang aktif

bersukan akan mempunyai semangat juang yang kental. Mereka juga berupaya untuk

menerima kegagalan secara positif apabila kecundang dalam sesuatu pertandingan.

DASAR 1MURID 1SUKAN

Dasar 1 Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu

aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan

menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar

Page 6: DASAR 1MURID 1SUKAN.docx

Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan

di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk

Kecemerlangan. 

Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan,

sahsiah dan kesejahteraan ke semua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid

yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan

Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh

pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting

sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu

padu. Dasar ini selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1

Malaysia.

Dasar 1 M 1 S berhasrat untuk:

1. Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid

dalam kegiatan sukan sepanjang tahun.

2. Memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang

mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.

Dasar 1 M1 S berhasrat untuk memenuhi objektif-objektif berikut:

1. Meningkatkan kecergasan jasmani.

2. Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni.

3. Memupuk perpaduan di antara kaum.

4. Membentuk budaya sukan di kalangan murid.

5. Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal.

6. Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal.

Page 7: DASAR 1MURID 1SUKAN.docx

7. Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bermatlamat untuk melahirkan insan yang seimbang

dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI). Konsep Dasar 1 M 1S 

diwujudkan untuk menyokong FPK agar dapat:

1. Memberi akses kepada semua murid mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam

sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif.

2. Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam

sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah.

3. Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap

yang lebih tinggi.

Pelaksanaan Dasar 1M 1S hendaklah mengambil kira prinsip-prinsip berikut:

1. Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan

hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M

1S adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan Peralihan ,

Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun murid-murid Pra

Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah.

2. Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang

ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak

sekolah;.

3. Asas kepada 1M 1S adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

yang berkualiti di sekolah. Segala sumber untuk mata pelajaran pendidikan jasmani hendaklah

diguna sama bagi 1M 1S.

4. Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti su kan.

5. Penyertaan dalam sukan adalah asas kepada perkembangan Intelek Rohani, Jasmani, dan

Page 8: DASAR 1MURID 1SUKAN.docx

Emosi murid.

6. Ibu bapa dan agensi luar rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang kepada

pembangunan sukan sekolah.

7. Setiap sekolah yang sudah pun mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan sukan

hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap

murid.

Bagi memenuhi prinsip-prinsip pelaksanaan 1M 1S, setiap sekolah mempunyai pendekatan

dalam melaksanakan program sukan mengikut acuan dan kemampuan sedia ada. Dengan itu,

pelaksanaan 1M 1 S adalah berdasarkan kepada pendekatan berikut:

1. Aktiviti sukan bermaksud melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif dalam latihan

sukan dan permainan di bawah pengurusan sekolah. Sukan yang ditawarkan di bawah 1M 1S

hendaklah berunsurkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal.

2. Aktiviti sukan di sekolah diadakan sepanjang tahun berdasarkan kepada aktiviti rumah sukan

dan kelab sukan. Kejohanan tahunan olahraga sekolah yang didahului oleh kejohanan

merentas desa dan sukan tara menjadi aktiviti teras sukan di sekolah.

3. Pihak sekolah hendaklah mengadakan pertandingan antara tingkatan, kelas, rumah, dorm

asrama, kelab sukan sekolah.

Penyertaan murid dalam kejohanan MSSD/MSSN/MSSM serta peringkat antarabangsa adalah

merupakan aktiviti 1M1S.

Penilaian murid adalah berdasarkan kepada sistem penilaian sedia ada yang berasaskan:

1. Kehadiran;

2. Jawatan Serta Sumbangan;

3. Penglibatan; dan

Page 9: DASAR 1MURID 1SUKAN.docx

4. Pencapaian.

Perubahan pada sistem penilaian sedia ada akan berkuatkuasa untuk murid Tingkatan 4 dan

Tingkatan 1 mulai tahun 2012.

‘’MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA’’

Sumber: Kementerian Pelajaran

 http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/pendidikan/10461-dasar-1murid-1sekolah.html

SOALAN LAZIM

< Previous Top Next >

Soalan

1Murid 1Sukan

Jawapan

 1. Apa Itu Dasar 1Murid 1Sukan?

  Jawapan : 

i.    Dasar 1Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-

kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah.

ii.    Setiap murid dikehendaki melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan

sekolah sepanjang tahun.

 

2. Kenapa Dasar 1M 1S Ini Diwujudkan? 

Page 10: DASAR 1MURID 1SUKAN.docx

Jawapan : 

i.    Dasar 1M 1S  diwujudkan untuk memberi akses kepada semua murid untuk

mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang

atau tidak aktif;

ii.    Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam

sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah; dan

iii.    Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke

tahap yang lebih tinggi.

 

3. Apakah Objektif Dasar 1M 1S Ini?

Jawapan : 

i.    Meningkatkan kecergasan jasmani;

ii.    Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin atau nilai murni;

iii.    Memupuk perpaduan di antara kaum;

iv.    Membentuk budaya sukan di kalangan murid;

v.    Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal;

vi.    Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal; dan

vii.    Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan

Page 11: DASAR 1MURID 1SUKAN.docx

   

4. Apakah Perkara-perkara Yang Perlu Diambil Kira Sebelum Melaksanakan Dasar 

1M 1S Ini? 

Jawapan : 

Sebelum pelaksanaan Dasar 1M 1S ini, ia hendaklah mengambil kira prinsip-prinsip

berikut:

i.    Setiap murid termasuk murid bekerpeluan khas yang tidak mengalami masalah

kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis

sukan; 

ii.    Murid boleh menyertai lebih dari 1 sukan mengikut kemampuan dan sukan yang

ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan serta persetujuan

pihak sekolah; 

iii.    Sukan yang ditawarkan di bawah 1M 1S hendaklah berunsurkan aktiviti yang

melibatkan pergerakan fizikal.

iv.    Aktiviti sukan di sekolah diadakan sepanjang tahun berdasarkan kepada aktiviti rumah

sukan dan kelab sukan. Kejohanan olahraga sekolah yang didahului oleh kejohanan

merentas desa dan sukan tara menjadi aktiviti teras sukan di sekolah. 

v.    Asas kepada Dasar 1M 1S adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani

dan Kesihatan (PJK) yang berkualiti di sekolah.  Segala sumber mata pelajaran PJK

hendaklah diguna sama bagi pelaksanaan dasar ini;

vi.    Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti

sukan;

vii.    Ibu bapa dan agensi luar/ rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang kepada

Page 12: DASAR 1MURID 1SUKAN.docx

pembangunan sukan sekolah; dan

viii.    Setiap sekolah yang sudah mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan sukan

hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif

setiap murid.

   

5. Siapakah Yang Harus Terlibat Di Dalam Pelaksanaan Dasar 1M 1S Ini?

Jawapan : 

i.    Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di Sekolah Rendah dan

Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di Sekolah Menengah. Manakala

murid Prasekolah hingga Tahun 3, digalakkan menyertai program ini berdasarkan

kemampuan sekolah.

ii.    Pihak sekolah hendaklah mengadakan pertandingan antara tingkatan, kelas, rumah

sukan, dorm asrama dan  kelab sukan sekolah.  Penyertaan murid dalam kejohanan Majlis

Sukan Sekolah Daerah (MSSD)/Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN)/Majlis Sukan

Sekolah Malaysia (MSSM) serta peringkat antarabangsa adalah merupakan aktiviti 1M 1S

 

http://www.moe.gov.my/v/soalan-lazim-view?id=160&cat=32&keyword=&page=1&

MANFAAT DASAR 1 MURID 1 SUKAN

     Dasar 1 Murid 1 Sukan mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti

sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang

berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan

Page 13: DASAR 1MURID 1SUKAN.docx

sekolah sepanjang tahun. Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan

sukan dalam kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua

strategi iaitu Sukan untuk Semua dan Sukan untuk Kecemerlangan. Aktiviti sukan di bawah

Sukan untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan

kesejahteraan semua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat

dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda,

Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah.

Oleh halyang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai

satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu.

Dasar ini selaras dengan hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam mendokong

semangat 1 Malaysia. Terdapat pelbagai kebaikan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Perkara ini akan

dibincangkan demi kepentingan bersama.

        Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya membangunkan modal insan melalui penyertaan yang

menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. Hala tuju dasar

pendidikan negara kita amat jelas iaitu melahirkan modal insan yang bersahsiah unggul dan

berkeperibadian mulia. Oleh itu, Dasar 1 Murid 1 Sukan secara tidak langsung dapat

membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni dalam kalangan murid-murid di sekolah.

Dasar ini bertujuan untuk membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar

penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah. Setiap murid

termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib

mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M 1S  diwajibkan

untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan

6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun murid-murid prasekolah hingga Tahun 3

digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah. Hal ini dikatakan demikian

kerana kerajaan mahu membina dan menjana modal insan yang berguna kepada bangsa dan

negara melalui sukan. Tegasnya, modal insan yang syumul dan holistik dapat dilahirkan melalui

dasar ini.

       Selain itu, Dasar 1 Murid 1 Sukan dapat memupuk budaya bersukan dalam kalangan murid

sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas kerana

badan sihat otak cerdas. Aktiviti sukan berupaya meningkatkan kecergasan jasmani seseorang

Page 14: DASAR 1MURID 1SUKAN.docx

dan memenuhi naluri semula jadi murid dalam aktiviti fizikal. Hal ini dikatakan demikian kerana

kerajaan sedar semakin banyak rakyat Malaysia yang mengabaikan sukan dalam kehidupan

lantaran terlalu sibuk dengan urusan seharian. Akibatnya, bilangan rakyat Malaysia yang

menghidap masalah kegemukan dan obesiti semakin meningkat saban tahun. Senario ini amat

merugikan kerana golongan ini biasanya tidak aktif dan menghidap pelbagai penyakit yang

berbahaya kepada diri mereka. Pada tahun 2011, dilaporkan rakyat Malaysia merupakan

golongan terbanyak mengidap obesiti dalam kalangan rakyat di negara-negara ASEAN dan

yang keenam di Asia. Oleh sebab itu, tindakan kerajaan memperkenalkan Dasar 1 Murid 1

Sukan memang tepat pada masanya dalam usaha membentuk masyarakat Malaysia yang

cergas dan cerdas sepanjang masa. Izharlah bahawa amalan gaya hidup sihat dapat dipupuk

melalui dasar ini.

     Jika kita singkap dari perspektif yang berbeza, Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya untuk

memupuk perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.

Perpaduan merupakan kunci kejayaan Malaysia hingga dikenali di peringkat antarabangsa.

Malaysia sentiasa dijadikan contoh kepada negara-negara lain di dunia ini kerana kejayaannya

membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk selama 55 tahun kebelakangan

ini. Kerajaan sedar bahawa rakyat tidak harus alpa akan kepentingan perpaduan untuk

membina sebuah negara Malaysia yang berjaya dan harmoni. Indikator terbaik ke arah itu

adalah melalui sukan. Semangat kerjasama dan bertolenransi amatlah penting dalam

menjayakan sesuatu aktiviti sukan. Semua ahli sukan mesti bersatu padu untuk menjadi juara

tanpa mengira warna kulit, bangsa, dan agama. Rakyat pelbagai kaum akan dipertemukan dan

bergaul sesama mereka semasa menjalani aktiviti sukan. Dengan ini mereka akan memahami

budaya dan cara hidup kaum lain. Sudah terang lagi bersuluh, Dasar 1 Murid 1 Sukan amatlah

penting untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

        Seperkara lagi, Dasar 1 Murid 1 Sukan dapat memberikan keseimbangan antara

keperluan akademik dengan keperluan fizikal. Dasar ini boleh memberikan akses kepada

semua murid mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid

yang kurang atau tidak aktif. Murid-murid pada zaman ini lebih cenderung menjadi ulat buku

kerana terlalu mementingkan kecemerlangan dalam bidang akademik. Mereka beranggapan

bahawa aktiviti sukan hanyalah membuang masa mereka sahaja. Persepsi seperti itu perlu

Page 15: DASAR 1MURID 1SUKAN.docx

dikikis dari kamus kehidupan mereka kerana mereka perlu memperuntukkan masa untuk

melakukan kecergasan fizikal seperti bermain bola sepak, berenang, menyertai acara balapan

dan sebagainya demi kebaikan mereka. Kata orang, otak yang sihat datang dari badan yang

cergas. Dengan memiliki badan yang sihat, murid-murid dapat fokus pada pelajaran mereka.

Mereka dapat menjana idea yang bernas dan mampu berfikir secara kreatif dan kritis. Secara

implisitnya, murid akan beroleh kejayaan dalam bidang akademik mereka. Pendek kata, murid

dapat mencapai keseimbangan antara kejayaan akademik dengan kejayaan sukan melalui

Dasar 1 Murid 1 Sukan yang diperkenalkan ini.

      Pada masa yang sama, Dasar 1 Murid 1 Sukan juga berupaya untuk mewujudkan landasan

ke arah kecemerlangan sukan. Dasar ini memberikan peluang kepada semua murid yang

berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi. Murid boleh menyertai lebih

dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang

dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah. Pada masa ini, sukan

merupakan salah satu aktiviti penting. Ahli-ahli sukan yang berjaya akan dikenali di seluruh

dunia. Mereka disanjung dan dipuja serta mampu meraih pendapatan berjuta-juta ringgit.

Mereka bukan sahaja mampu menyumbang kepada pendapatan negara malahan menjadi duta

kecil untuk menaikkan imej negara di persada antarabangsa. Kejayaan beberapa orang ahli

sukan negara kita seperti Datuk Nicol Ann David, Datuk Lee Chiong Wee, dan sebagainya

dalam bidang sukan seharusnya diteruskan.Sesungguhnya, usaha untuk memartabatkan arena

sukan negara ke persada antarabangsa dengan kelahiran jaguh sukan negara yang digeruni

dapat dicapai menerusi dasar ini.

       Bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa Dasar 1 Murid 1 Sukan banyak

membawa  kemaslahatan kepada murid-murid di negara kita. Oleh itu, semua pihak harus

memberikan galakan kepada murid-murid sekolah untuk menyertai semua aktiviti sukan yang

dikelolakan oleh pihak sekolah berkaitan dengan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Dalam pada itu, pihak

sekolah pula haruslah melaksanakan Dasar 1 Murid 1 Sukan dengan sempurna agar segala

matlamat dan objektif yang ditetapkan akan tercapai. Pihak sekolah tidak harus bersikap

sambalewa atau sekadar melepaskan batuk di tangga. Namun begitu, sokongan daripada ibu

bapa juga penting untuk menjayakan dasar ini kerana bertepuk sebelah tangan takkan

berbunyi. Mudah-mudahan, hasrat kita untuk melahirkan modal insan yang cemerlang,

Page 16: DASAR 1MURID 1SUKAN.docx

gemilang, dan terbilang dalam sukan akan menjadi realiti dan bukannya angan-angan Mat

Jenin. Biarlah matahari terus bersinar, biarlah pepohon terus menghijau dan biarlah sukan di

Malaysia terus maju untuk bersaing di peringkat global agar Malaysia dapat duduk sama

rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di persada antarabangsa.

http://anelyza.blogspot.com/2012/11/manfaat-dasar-1-murid-1-sukan.html

MODUL 1 MURID 1 SUKAN

 

 

 

 

 

 

3 Votes

Dasar 1 Murid 1 Sukan telah dilaksanakan di semua peringkat pendidikan, sama ada di sekolah

rendah, sekolah menengah mahupun di peringkat latihan perguruan seperti Institut Pendidikan

Guru (IPG). Maka, para guru di sekolah mestilah melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu

pengetahuan berkaitan kesukanan yang mempu menarik minat murid untuk lebih menceburi

dan mendalami ilmu-ilmu sesuatu permainan. 

Laman ini membolehkan para guru dan guru pelatih untuk memuat turun / download MODUL 1

MURID 1 SUKAN yang saya dapati daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Semoga

perkongsian ini dapat membantu saudara/i di sekolah. 

DEC

2011

29

Page 17: DASAR 1MURID 1SUKAN.docx

posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on TEMUDUGA GURU SPP

3 comments

1Murid 1Sukan (1M 1S)

Apa Itu Dasar 1Murid 1Sukan?

Dasar 1Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu

aktiviti sukan di sekolah.

Setiap murid dikehendaki melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah

sepanjang tahun. 

Kenapa Dasar 1M 1S Ini Diwujudkan? 

Dasar 1M 1S diwujudkan untuk memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan

faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif;

Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-

kurangnya satu jenis sukan di sekolah; dan

Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap

yang lebih tinggi.

Apakah Objektif Dasar 1M 1S Ini?

i. Meningkatkan kecergasan jasmani;

ii. Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin atau nilai murni;

iii. Memupuk perpaduan di antara kaum;

iv. Membentuk budaya sukan di kalangan murid;

v. Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal;

vi. Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal; dan

vii. Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.

Apakah Perkara-perkara Yang Perlu Diambil Kira Sebelum Melaksanakan Dasar 1M 1S Ini? 

Page 18: DASAR 1MURID 1SUKAN.docx

Sebelum pelaksanaan Dasar 1M 1S ini, ia hendaklah mengambil kira prinsip-prinsip berikut:

i. Setiap murid termasuk murid bekerpeluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan

hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan;

ii. Murid boleh menyertai lebih dari 1 sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan

oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan serta persetujuan pihak sekolah;

iii. Sukan yang ditawarkan di bawah 1M 1S hendaklah berunsurkan aktiviti yang melibatkan

pergerakan fizikal.

iv. Aktiviti sukan di sekolah diadakan sepanjang tahun berdasarkan kepada aktiviti rumah sukan

dan kelab sukan. Kejohanan olahraga sekolah yang didahului oleh kejohanan merentas desa

dan sukan tara menjadi aktiviti teras sukan di sekolah.

v. Asas kepada Dasar 1M 1S adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan

Kesihatan (PJK) yang berkualiti di sekolah. Segala sumber mata pelajaran PJK hendaklah

diguna sama bagi pelaksanaan dasar ini;

vi. Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti sukan;

vii. Ibu bapa dan agensi luar/ rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang kepada

pembangunan sukan sekolah; dan

viii. Setiap sekolah yang sudah mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan sukan

hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap

murid.

Siapakah Yang Harus Terlibat Di Dalam Pelaksanaan Dasar 1M 1S Ini?

i. Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di Sekolah Rendah dan

Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di Sekolah Menengah. Manakala murid

Prasekolah hingga Tahun 3, digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan

sekolah.

ii. Pihak sekolah hendaklah mengadakan pertandingan antara tingkatan, kelas, rumah sukan,

dorm asrama dan kelab sukan sekolah. Penyertaan murid dalam kejohanan Majlis Sukan

Sekolah Daerah (MSSD)/Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN)/Majlis Sukan Sekolah Malaysia

(MSSM) serta peringkat antarabangsa adalah merupakan aktiviti 1M 1S 

____________________________________________________________________________

Page 19: DASAR 1MURID 1SUKAN.docx

______

Dasar 1Murid 1Sukan 

Dasar 1 Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu

aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan

menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar

Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan

di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk

Kecemerlangan. 

Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan,

sahsiah dan kesejahteraan ke semua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid

yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan

Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh

pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting

sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu

padu. Dasar ini selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1

Malaysia. 

Dasar 1 M 1 S berhasrat untuk:

1. Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid

dalam kegiatan sukan sepanjang tahun.

2. Memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang

mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.

Dasar 1 M1 S berhasrat untuk memenuhi objektif-objektif berikut:

1. Meningkatkan kecergasan jasmani.

2. Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni.

Page 20: DASAR 1MURID 1SUKAN.docx

3. Memupuk perpaduan di antara kaum.

4. Membentuk budaya sukan di kalangan murid.

5. Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal.

6. Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal.

7. Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bermatlamat untuk melahirkan insan yang seimbang

dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI). Konsep Dasar 1 M 1S

diwujudkan untuk menyokong FPK agar dapat:

1. Memberi akses kepada semua murid mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam

sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif.

2. Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam

sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah.

3. Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap

yang lebih tinggi.

Pelaksanaan Dasar 1M 1S hendaklah mengambil kira prinsip-prinsip berikut:

1. Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan

hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M

1S adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan Peralihan ,

Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun murid-murid Pra

Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah.

2. Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang

ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak

sekolah;.

3. Asas kepada 1M 1S adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

yang berkualiti di sekolah. Segala sumber untuk mata pelajaran pendidikan jasmani hendaklah

diguna sama bagi 1M 1S.

4. Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti su kan.

5. Penyertaan dalam sukan adalah asas kepada perkembangan Intelek Rohani, Jasmani, dan

Emosi murid.

Page 21: DASAR 1MURID 1SUKAN.docx

6. Ibu bapa dan agensi luar rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang kepada

pembangunan sukan sekolah.

7. Setiap sekolah yang sudah pun mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan sukan

hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap

murid. 

Bagi memenuhi prinsip-prinsip pelaksanaan 1M 1S, setiap sekolah mempunyai pendekatan

dalam melaksanakan program sukan mengikut acuan dan kemampuan sedia ada. Dengan itu,

pelaksanaan 1M 1 S adalah berdasarkan kepada pendekatan berikut:

1. Aktiviti sukan bermaksud melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif dalam latihan

sukan dan permainan di bawah pengurusan sekolah. Sukan yang ditawarkan di bawah 1M 1S

hendaklah berunsurkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal.

2. Aktiviti sukan di sekolah diadakan sepanjang tahun berdasarkan kepada aktiviti rumah sukan

dan kelab sukan. Kejohanan tahunan olahraga sekolah yang didahului oleh kejohanan

merentas desa dan sukan tara menjadi aktiviti teras sukan di sekolah.

3. Pihak sekolah hendaklah mengadakan pertandingan antara tingkatan, kelas, rumah, dorm

asrama, kelab sukan sekolah. 

Penyertaan murid dalam kejohanan MSSD/MSSN/MSSM serta peringkat antarabangsa adalah

merupakan aktiviti 1M1S.

Penilaian murid adalah berdasarkan kepada sistem penilaian sedia ada yang berasaskan:

1. Kehadiran;

2. Jawatan Serta Sumbangan;

3. Penglibatan; dan

4. Pencapaian.

Perubahan pada sistem penilaian sedia ada akan berkuatkuasa untuk murid Tingkatan 4 dan

Tingkatan 1 mulai tahun 2012. 

‘’MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA’’ 

Sumber: Kementerian Pelajaran 

Page 22: DASAR 1MURID 1SUKAN.docx

- See more at: http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2011/12/1murid-1sukan-1m-

1s.html#sthash.hgxbVH55.dpuf

http://www.moe.gov.my/bsukan/images/stories/pdf/dasar1m1s.pdf