darjat tidak datang bergolek

12

Upload: phamthien

Post on 04-Jan-2017

229 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Darjat tidak Datang Bergolek
Page 2: Darjat tidak Datang Bergolek
Page 3: Darjat tidak Datang Bergolek

Editor

Page 4: Darjat tidak Datang Bergolek

© Penerbit UTHMCetakan Pertama 2009

Hak Cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pejabat Penerbit, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Ku Hasnan Ku HalimDarjat tidak datang bergolek : langit mana patut dijunjung / Ku Hasnan Ku Halim.Mengandungi indeksBibliografi : ms. 187-193ISBN 978-983-2963-83-71. Malaysia--Politics and government. 2. Malaysia--Social conditions.I. Judul.320.9595

Diterbit dan dicetak oleh :

Pejabat PenerbitUniversiti Tun Hussein Onn Malaysia86400 Parit Raja, Batu PahatJohor Darul Ta’zimTel : 07-453 7454 / 7452Faks : 07-453 6145Laman Web : www.uthm.edu.my/pt E-mel : [email protected]

Page 5: Darjat tidak Datang Bergolek

Isi Kandungan

Isi Kandungan ......................................................................................iv

Prakata .................................................................................................2

Pena Menari ..........................................................................................3

Biodata penyumbang Artikel ...............................................................5

Bab 1 Darjat tidak Datang Bergolek-Kontrak Sosial dan Integrasi Nasional: Suratan atau Kebetulan ......................7 Ku Hasnan Ku Halim

Bab 2 Politik dan Kerajaan Malaysia: Menelusuri Pantai-pantai Persejarahan ..............................................17 Ku Hasnan Ku Halim

Bab 3 Tun Hussein Onn dan Legasinya ......................................33 Ku Hasnan Ku Halim

Bab 4 Bahasa Melayu: Menunggu Masa untuk DiTalkinkan ........................................................................45 Ku Hasnan Ku Halim

Bab 5 Nasionalisme dan Kepentingannya kepada Bangsa dan Negara .................................................................................65

Ku Hasnan Ku Halim Bab 6 Pembangunan dan Implikasinya di Parit Raja, Menyoroti Aktiviti Sosio Ekonomi Penghuninya .............81 Ku Hasnan Ku Halim

Page 6: Darjat tidak Datang Bergolek

Bab 7 PRU ke-12- Tsunami Politik di Kedah Darul Aman:Terhakisnya Dominasi

Barisan Nasional ..............................................................101 Ku Hasnan Ku Halim

Bab 8 Unsur-Unsur Tradisi Di Dalam Perlembagaan Negara. Kelebihan Kepada Siapa? ...............................................127

Ku Hasnan Ku Halim Fauziah Ani

Bab 9 Sistem Politik Tradisional Di Tanah Melayu- Dinamisme Perubahan ..........................................................................145

Ku Hasnan Ku Halim, Zahrul Akmal Haji Damin

Bab 10 Posisi Wanita di Mata Masyarakat: Cabaran pada Aspirasi Islam Hadhari ...................................................173 Siti Sarawati Johar

Bab 11 Kerja Berpasukan dalam Organisasi ............................181 Khairunesa Isa

Bab 12 Biropatologi: Satu Istilah Pentadbiran Awam dan Pengertiannya (Bureaupathology) .................................187

Lutfan Jaes

Bab 13 Isu Penganiayaan Kanak-kanak di Malaysia : Cabaran Pembentukan Budaya Penyayang Menuju Realisasi Wawasan 2020 ...................................................................195

Siti Sarawati Johar

Bab 14 Memahami Birokrasi Sebagai Alat Pengurusan Sesebuah Negara ................................................................................211

Lutfan Jaes

Bab 15 Lampiran Kongres Permuafakatan Melayu di PESADA Tanjung Puteri, Johor Bharu Mei 2008 ............................................................................219

Bibliografi .........................................................................225

Indeks ................................................................................233

Page 7: Darjat tidak Datang Bergolek

SIRI PENDIDIKAN

Darjat tidak Datang Bergolek:Langit Mana Patut di Junjung, Isu-isu

Kontemporari, Hubungan Etnik dan Kenegaraan

Kandungan buku ini boleh meningkatkan semangat nasionalisme dan patriotisme. Selain itu, ia juga memudahkan memahami pengertian serta pengisian kemerdekaan dan sekali gus membina pemantapan jati diri dan penghayatan terhadap kepentingan perpaduan negara.

Genghis Khan

’ Untuk menakluki sesebuah negara dengan menunggang kuda memang mudah, tetapi untuk turun dari kuda dan

membina negara adalah sesuatu yang amat sukar.’

Siri Satu

EditorKU HASNAN BIN KU HALIM

Page 8: Darjat tidak Datang Bergolek

Prakata Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T dengan taufik dan hidayah-Nya buku kecil Darjat tidak datang bergolek; Isu-isu kenegaraan dan hubungan etnik (Siri 1) dapat diterbitkan dengan jayanya. Buku ini adalah hasil karya pensyarah-pensyarah Panel Bindang Sains Sosial, Pusat Pengajian Kemanusiaan (PPKK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Ia ditulis sesuai dengan kandungan mata pelajaran yang ditawarkan oleh kebanyakan institusi pengajian tinggi di Malaysia samada awam (IPTA) mahupun swasta(IPTS). Isu-isu yang dibincangkan merupakan topik-topik masa kini yang relevan untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan pelajar serta masyarakat umum yang menyintai dan kasih kepada Negara Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia. Sebagai penyunting, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pensyarah yang telah terlibat didalam menyumbangkan penulisan untuk buku kecil ini. Setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan kepada Pengarah Pusat Pengajian Kemanusiaan iaitu En. Abdullah bin Sulaiman di atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan di dalam menjayakan proses penulisan dan penerbitan buku ini. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah pun memberikan kerjasama samada secara langsung ataupun tidak sehingga buku ini mampu untuk diterbitkan.

Akhir kata, diharapkan buku ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca dan diterima oleh Allah S.W.T sebagai amal jariah. Sekian.

Kalam Hikmah:

” Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang

tidak beragama merasa lebih sengsara”

(Saidina Abu Bakar As-Siddiq )

Semua rencana yang ditulis di dalam buku ini adalah pandangan peribadi para penulis semata-mata dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Ku Hasnan Bin Ku HalimMei 2008

Page 9: Darjat tidak Datang Bergolek

Pena Menari...Dunia penulisan sebagai budaya-sepatah perkataan boleh mengubah dunia..... Berfikir sesaat lebih baik

dari solat sunat seribu rakaat.

Fajar 2008 menjelma meninggalkan jauh bening senja merah 2007 dengan seribu macam kisah suka dan duka. Yang pastinya kepada insan yang berjiwa pejuang, hidup itu perlu diteruskan walaupun mati itu pasti. Atas nama cinta itulah juga lahirnya kita untuk melihat dunia ini. Kemahiran seperti membaca, mengira dan menulis adalah satu nikmat yang tidak dapat tergambar oleh pancawarna minda dan perasaan kita. Dan nikmat anugerah itu perlu kita memanfaatkan dengan sewajarnya berdasarkan kaedah yang tepat dan benar. Dunia penulisan bukannya dunia kecil bagi segolongan individu atau hanya layak bagi sekelompok manusia terpilih yang mencatat sesuatu sebagai makanan jiwa dan minda manusia, tetapi juga tidak berputus asa mencari jawapan bagi pelbagai persoalan yang timbul saban waktu. Tamadun manusia juga meletakkan penulisan sebagai khazanah yang besar dan hebat dalam merakam suasana sosial masyarakat pada zaman itu, sehingga ia cukup dikagumi dan corak perjalanan dapat dihayati. Rasa cinta yang mendalam kepada Rasulullah dan Islam telah menggerakkan hati para sahabat dan tabiin merakamkan segala bentuk perbuatan baginda serta mengembangkan lagi kefahaman umat terhadap al-Quran melalui hadis-hadis. Pembudayaan budaya menulis dan menghimpun sebagai wadah ilmu dalam sejarah pengumpulan hadis diteruskan sehingga pada waktu ini. Dan kita berpeluang menyelak serta membaca himpunan hadis yang dikumpulkan oleh ulama seperti Imam Bukhari, Muslim dan seangkatan dengan mereka. Dalam tamadun besar seperti negeri China, budaya penulisan cukup hebat dan dihimpunkan dalam bentuk skrol-skrol yang disimpan di tempat khas sehingga kebanyakannya musnah kesan daripada peperangan antara kerajaan kota. Keintelektualan Ibnu Khaldun melalui buku Muqadimah bukan sahaja berguna kepada bumi Arab tetapi telah membuka ruang kepada berkembangnya pemikiran tamadun manusia. Auguste Comte menyajikan teori fungsional, Karl Marx dengan teori konflik, Dukheim, weber, Sigmund Freud dan lain-lain lagi, yang tulisan mereka sehingga hari ini terus dikaji. Dunia kini semakin maju, menulis kini bukan sekadar di

Page 10: Darjat tidak Datang Bergolek

atas kertas tetapi juga di dalam media maya internet yang memudahkan maklumat disebarkan dengan cepat dan pantas. Mari kita menggerakkan budaya menulis walaupun terpaksa menulis sedikit dari kehidupan kita. Kebijaksanaan dan kepandaian tidak mendatangkan apa-apa jika kita tidak membuktikan melalui tulisan. Mungkin sesetengah dari kita beranggapan usaha-usaha seperti ini nampak sukar dan tegang untuk dilakukan tetapi berita baiknya adalah semua kesukaran itu akan cair seperti matahari yang memancar sinar dari atas kepada daun yang lembab dan basah. Pengetahuan itu adalah kuasa dan kurniaan. Dan anugerah itu tidak dapat dicabut dari seseorang dengan sewenang-wenangnya. Biarlah tulisan kita akan kekal selama-lamanya dan sejarah akan menghakiminya serta putih akan mengatasi hitam akhirnya.

”Darjat tidak datang bergolek”

Sebuah buku, sebilangan pengarang, sejuta kata-kata, beribu madah, berpuluh ungkapan tetapi membicarakan hanya sepatah kata yang sungguh bermakna iaitu ’perpaduan’

Ku Hasnan Ku Halim ( KU )[email protected]

Editor/ Ketua Penulisan Darjat tidak Datang Bergolek: Langit Mana Patut di Junjung, Isu-

isu Kontemporari, Hubungan Etnik dan Kenegaraan,

Page 11: Darjat tidak Datang Bergolek

Biodata Penyumbang Artikel

Ku Hasnan bin Ku Halim - Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Politik (UKM),Ijazah Sarjana Sains Politik (UKM),Pensyarah Panel Bidang Sains Sosial, Pusat Pengajian Kemanusiaan dan Komunikasi, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).Bidang tumpuan beliau ialah Sains Politik, Nasionalisme, Kenegaraan Malaysia, Sejarah Politik , Budaya Politik, Kepimpinan Politik, Pilihan Raya, Politik Pembangunan, Sosiologi dan Hubungan Etnik.

Lutfan bin Jaes - Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam (Kepujian) (UUM), Ijazah Sarjana Pengurusan Teknologi (Teknologi) (UTM), Pensyarah Panel Bidang Sains Sosial, Pusat Pengajian Kemanusiaan dan Komunikasi, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Bidang tumpuan beliau ialah Kenegaraan Malaysia, Hubungan Etnik, Pentadbiran Awam, Pengurusan Organisasi.dan Pengurusan Inovasi.

Siti Sarawati binti Johar -Diploma Perguruan : Pengajian Melayu Institut Perguruan Perempuan Melayu, Melaka IPPM,Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) : Sejarah / Psikologi Kaunseling Pendidikan USM,Ijazah Sarjana Pendidikan: Psikologi.Pendidikan UTM.Pensyarah Panel Bidang Sains Sosial, Pusat Pengajian Kemanusiaan dan Komunikasi, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Bidang tumpuan beliau ialah elemen psikologi dan kaunseling dalam pembentukan modal insan, kemahiran insaniah (soft skill), pembangunan masyarakat melalui aspek psikologi sosial, integriti sumber manusia.

Page 12: Darjat tidak Datang Bergolek

Khairunesa binti Isa -Ijazah Sarjana Muda Pembangunan Manusia (Kepujian),(UPM),Ijazah Sarjana Pengurusan Pembangunan Manusia, (UTM),Pensyarah Panel Bidang Sains Sosial, Pusat Pengajian Kemanusiaan dan Komunikasi, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).Bidang tumpuan beliau ialah Pengurusan Pembangunan Manusia.

Zahrul Akmal bin Haji Damin - Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (USM),Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam (USM),Pensyarah Panel Bidang Sains Sosial, Pusat Pengajian Kemanusiaan dan Komunikasi, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Fauziah binti Ani - Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Politik (UKM),Ijazah Sarjana Sains Politik (UKM),Pensyarah Panel Bidang, Sains Sosial, Pusat Pengajian Kemanusiaan dan Komunikasi, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).