dapatan kajian

5
DAPATAN KAJIAN Kajian tindakan ini telah menggunakan model LAIDLAW (1992) Kajian ini melibatkan dua orang murid pendidikan khas daripada kelas K2 sebagai peserta kajian iaitu terdiri daripada seorang lelaki dan seorang orang perempuan. Kedua-dua peserta kajian ini telah dipilih berdasarkan pencapaian markah dalam ujian diagnostik dan tinjauan daripada lembaran kerja serta buku tulis. Tetapi saya hanya memilih seorang sahaja peserta kaijan kerana seorang seorang peserta kajian kurang hadir kesekolah menyebabkan intevensi tidak dapat dijalankan sepenuhnya. Jadi saya telah memilih seorang sahaja peserta kajian iantu murid lelaki. Bagi pengumpulan data saya telah menggunakan instrumen analisis hasil kerja murid, temu bual dan juga pemerhatian. Data dianalisis secara kualitattif bagi peserta kajian saya. ANALISIS HASIL KERJA MURID Sebelum Sesi Intervensi Rajah 1: Hasil kerja murid dalam buku Saya telah memilih seorang murid daripada 2 orang murid untuk dijadikan peserta kajian bagi kajian ini berdasarkan ujian

Upload: nazo

Post on 10-Dec-2015

222 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

yt

TRANSCRIPT

Page 1: DAPATAN KAJIAN

DAPATAN KAJIAN

Kajian tindakan ini telah menggunakan model LAIDLAW (1992) Kajian ini melibatkan dua

orang murid pendidikan khas daripada kelas K2 sebagai peserta kajian iaitu terdiri daripada

seorang lelaki dan seorang orang perempuan. Kedua-dua peserta kajian ini telah dipilih

berdasarkan pencapaian markah dalam ujian diagnostik dan tinjauan daripada lembaran kerja

serta buku tulis. Tetapi saya hanya memilih seorang sahaja peserta kaijan kerana seorang seorang

peserta kajian kurang hadir kesekolah menyebabkan intevensi tidak dapat dijalankan

sepenuhnya. Jadi saya telah memilih seorang sahaja peserta kajian iantu murid lelaki. Bagi

pengumpulan data saya telah menggunakan instrumen analisis hasil kerja murid, temu bual dan

juga pemerhatian. Data dianalisis secara kualitattif bagi peserta kajian saya.

ANALISIS HASIL KERJA MURID

Sebelum Sesi Intervensi

Rajah 1: Hasil kerja murid dalam buku

Saya telah memilih seorang murid daripada 2 orang murid untuk dijadikan peserta kajian

bagi kajian ini berdasarkan ujian diagnostik yang mendapati mereka melakukan kesalahan

menggunakan huruf besar dan kecil yang bercampur- campur dalam ayat, tulisab mereka rapat-

rapat dan tidak boleh dibaca. Peserta kajian yang dipilih ini berdasarkan penilaian yang dibuat

berdasarkan kekerapan peserta kajian melakukan kesilapan. Walaupun masih ramai murid yang

mempunyai masalah- masalah lain dalam penulisan, namun saya lebih tertarik untuk mengkaji

masalah yang dihadapi oleh 2 orang peserta kajian iaitu masalah penulisan yang tidak kemas dan

sukar dibaca kerana mereka merupakan murid yang boleh menguasai kemahiran membaca tetapi

tidak dapat menguasai kemahiran menulis.

Page 2: DAPATAN KAJIAN

Masalah penulisan yang tidak kemas dan tidak boleh dibaca ini berlaku disebabkan

beberapa aspek lain seperti cara memegang pensel, kedudukan postur badan ketika menulis.

Kesenua itu memainkan peranan penting dalam penguasaan murid dalam kemahiran menulis.

Daripada beberapa masalah tersebut itulah saya ingin menjalankan kajian bagi membantu peserta

kajian saya supaya mereka dapat menulis dengan baik dan selesa, sehubugan dengan itu, secara

tidak langsung keyakinan murid dalam menulis dapat ditinggkatkan.

Semasa Sesi Intervensi

Analisis hasil kerja murid digunakan untuk mengukur tahap penguasaan kemahiran murid

semasa terlibat dengan intervensi. Saya telah melaksanakan analisis hasil kerja murid daripada

lembaran latihan yang diberikan semasa intervensi dijalankan. Setelah saya melaksanakan dan

memperkenalkan intevensi yang terdiri daripada 4 langkah kepada peserta kajian, saya telah

meneruskan langkah yang berikutnya dengan memberi latihan secara berperingkat. Peserta

kajian telah dibantu dan dibimbing semasa membuat latihan dan latihan yang diberikan adalah

secara berperingkat iaitu mudah ke sukar. Data analisis hasil kerja murid ini dikumpul semasa

proses intervensi dijalankan iaitu selepas peserta kajian telah diperkenalkan dengan intevensi

yang dirancang. Analisis hasil kerja murid semasa proses intervensi ini adalah bertujuan untuk

melihat peningkatan peserta kajian dalam kemahiran menulis dengan kemas dan betul selepas

intevensi dijalankan oleh saya.

Tindakan 1: mengunakan buku garis 4

Pada langkah satu saya mengunakan kaedah buku garisan 4 untuk membantu peserta kajian

meningkatkan kemahiran menulis secara kemas. Selepas intevensi langkah 1 dijalankan oleh

peserta kajian, melalui analisis hasil kerja peserta kajian menunjukkan bahawa peserta kajian

boleh menulis tetapi penulisannya tidak dapat difahami disebabkan beberapa faktor antaranya

ialah jarak antara huruf dan perkataan, saiz huruf yang besar dan kecil serta bercampuran, dan

kekemasan bentuk huruf yang kurang jelas. Saya juga telah mengesan satu masalah yang baru

yang berlaku kepada peserta kajian saya, masalah tertinggal huruf kerap berlaku dalam setiap

lembaran kerja seperti tertinggal huruf vocal a,e,I,o,u. ini telah menyebabkan perkataan tidak

dapat dibaca dengan jelas.

Page 3: DAPATAN KAJIAN

GAMBAR

Melalui analisi yang dibuat, saya melihat jarak antara huruf dan perkataan masih tidak dapat

dikuasai oleh peserta kajian walaupun telah diajar oleh saya cara menulis pada buku garisan 4.

Tetapi, saya melihat masalah ini hanya berlaku ketika peserta menyalin perkataan sehingga baris

ketiga dan peserta kajian menulis dengan baik pada baris pertama dan kedua. Selain itu, saya

melihat saiz huruf yang ditulis oleh peserta kajian ada yang besar dan ada yang kecil

menyebabkan tulisan peserta kajian tidak dapat dibaca dengan baik, saya juga meneliti setiap

huruf yang ditulis dan menunjukkan peserta kajian tidak boleh membezakan antara huruf. Saya

mengulangi lagi intevensi langkah pertama dengan membetolkan dan membimbing peserta

kajian menulis dengan cara yang betul.

Tindakan 2: mengunakan buku garis 3

Pada langkah yang kedua, saya telah memberikan lembaran menyalin perkataan pendek kepada

peserta kajian untuk membiasakan peserta kajian untuk menulis dengan kemas

walaubagaimanapun, saya secara tidak langsung menunjukkan cara memegang pensel dengan

betul. Saya menggunakan kaedah teguran secara berterusan dan memberi tunjuk cara kepada

subjek bagaimana teknik memegang pensel dengan betul. Saya memfokuskan kepada tindakan

kedua iaitu peserta menyalin perkataan pendek pada buku garis tiga yang diubah besar. Subjek

diberikan bimbingan individu bagaimana menulis huruf dengan arah yang betul dan huruf ditulis

berulang kali pada buku garis tiga yang diubah besar tersebut.

GAMBAR

Berpandukan kepada hasil kerja peserta kajian, saya melihat masalah jarak antara huruf dan

perkataan sudah dapat dikurangkan melalui intevensi tindakan garis 3 walaupun masih ada

kesalahan. Pada lembaran kerja pertama pada garis 3 saya melihat masalah ini masih berlaku dan

setelah saya perbetulkan pada lembaran yang kedua menunjukkan kekurangan.selain itu, masalah

kekemasan huruf juga masih berlaku kepada peserta kajian walaupun telah ditegur dan diperbaiki

Page 4: DAPATAN KAJIAN

oleh saya. Kekemasan huruf seperti huruf a, e masih berlaku walaupun telah ditegur dan diajar

pada tindakan pertama. Inilah masalah yang dialami oleh murid-murid pendidikan khas yang

mana mudah lupa apa yang telah dipelajari. Masalah tertinggal huruf masih berlaku kepada

peserta kajian tetapi telah berkurang berbanding pada tindakan yang pertama.