dalam kebanyakan model.docx

2
Dalam kebanyakan model model pengurusan masalah disiplin, saya memilih Model Disiplin Asertif Canter dan Model Akibat Logikal sebagai rujukan untuk membantu guru menyelesaikan masalah disiplin ponteng di kalangan murid sekolah rendah. Merujuk petikan laman web slideshare oleh Penny Chuah (2014), telah menyatakan bahawa model ini merupakan model disiplin yang berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini serta penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Canter berpendapat guru mempunyai hak untuk menentukan peraturan-peraturan di dalam bilik darjah serta memastikan murid mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Dalam model Disiplin Asertif, guru perlu mengendalikan bilik darjah dengan berinteraksi secara tenang, serius dan konsisten dengan murid. Contohnya guru haruslah mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang seronok supaya murid tidak berasa bosan ketika berada dalam bilik darjah sehingga menimbulkan rasa ingin ponteng. Menurut Canter, murid-murid memilih untuk bertingkah laku. Oleh yang demikian, guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai dan bermanfaat. Untuk mencapai persekitaran yang kondusif, keperluan-keperluan guru dan murid perlu dipenuhi melalui pengurusan bilik darjah yang asertif. Contohnya apabila murid- murid mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan, guru memberikan peneguhan seperti penghargaan dan pujian. Sebaliknya apabila murid melanggar peraturan, guru mengenakan peneguhan negatif yang berstruktur. Dalam Model Asertif ini, guru-guru perhatian yang positif perlu sentiasa diberikan kepada murid-murid, berinteraksi dengan murid-murid serta mewujudkan hubungan saling mempercayai dan menghormati antara satu sama lain. Hal ini bertujuan untuk menimbulkan rasa diri murid dikasihi oleh guru tanpa diabaikan. Guru yang asertif sering membina hubungan saling mempercayai dengan murid-murid dan membimbing murid-murid cara untuk menunjukkan tingkah laku yang menggalakkan kerjasama antara guru dengan murid-murid. Canter berpendapat pendekatan yang terbaik untuk menguruskan disiplin bilik darjah adalah dengan menggunakan pendekatan asertif. Guru yang mengamalkan pendekatan asertif ini tahu perkara yang diingini daripada murid- muridnya. Model yang seterusnya adalah Model Akibat Logikal yang menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid- murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah. guru perlu mengenalpasti punca salah laku. murid perlu dibimbing untuk memahami peraturan di dalam bilik darjah. Biasanya, murid murid yag mempunyai motid untuk melakukan tingkah laku tersebut adalah bertujuan untuk menarik

Upload: rozza-yuyu

Post on 20-Dec-2015

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Dalam kebanyakan model.docx

Dalam kebanyakan model – model pengurusan masalah disiplin, saya memilih Model

Disiplin Asertif Canter dan Model Akibat Logikal sebagai rujukan untuk membantu guru

menyelesaikan masalah disiplin ponteng di kalangan murid sekolah rendah.

Merujuk petikan laman web slideshare oleh Penny Chuah (2014),

telah menyatakan bahawa model ini merupakan model disiplin yang berasaskan peneguhan

terhadap tingkah laku yang diingini serta penerimaan murid terhadap akibat daripada

tingkah laku yang ditunjukkan. Canter berpendapat guru mempunyai hak untuk menentukan

peraturan-peraturan di dalam bilik darjah serta memastikan murid mematuhi peraturan-

peraturan yang telah ditetapkan.

Dalam model Disiplin Asertif, guru perlu mengendalikan bilik darjah dengan

berinteraksi secara tenang, serius dan konsisten dengan murid. Contohnya guru haruslah

mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang seronok supaya murid tidak

berasa bosan ketika berada dalam bilik darjah sehingga menimbulkan rasa ingin ponteng.

Menurut Canter, murid-murid memilih untuk  bertingkah laku. Oleh yang demikian,

guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat membantu murid memilih

tingkah laku yang sesuai dan bermanfaat. Untuk mencapai persekitaran yang kondusif,

keperluan-keperluan guru dan murid perlu dipenuhi melalui pengurusan bilik darjah yang

asertif. Contohnya apabila murid-murid mematuhi peraturan-peraturan yang telah

ditetapkan, guru memberikan peneguhan seperti penghargaan dan pujian. Sebaliknya

apabila murid melanggar peraturan, guru mengenakan peneguhan negatif yang berstruktur.

Dalam Model Asertif ini, guru-guru perhatian yang positif perlu sentiasa diberikan

kepada murid-murid, berinteraksi dengan murid-murid serta mewujudkan hubungan saling

mempercayai dan menghormati antara satu sama lain. Hal ini bertujuan untuk menimbulkan

rasa diri murid dikasihi oleh guru tanpa diabaikan. Guru yang asertif sering membina

hubungan saling mempercayai dengan murid-murid dan membimbing murid-murid cara

untuk menunjukkan tingkah laku yang menggalakkan kerjasama antara guru dengan murid-

murid. Canter berpendapat pendekatan yang terbaik untuk menguruskan disiplin bilik darjah

adalah dengan menggunakan pendekatan asertif. Guru yang mengamalkan pendekatan

asertif ini tahu perkara yang diingini daripada murid-muridnya.

Model yang seterusnya adalah Model Akibat Logikal yang menekankan kepentingan guru

memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama

menjaga disiplin di dalam bilik darjah. guru perlu mengenalpasti punca salah laku. murid

perlu dibimbing untuk memahami peraturan di dalam bilik darjah. Biasanya, murid murid yag

mempunyai motid untuk melakukan tingkah laku tersebut adalah bertujuan untuk menarik

perhatian atau cuba untuk mempamerkan kekurangan diri. Dalam hal ini, guru boleh

Page 2: Dalam kebanyakan model.docx

menjelaskan kesan ponteng sekolah kepada murid supaya mereka sedar bahawa perbuatan

tersebut adalah salah dan tidak patut dilakukan di kalangan murid. Pada masa yang sama,

guru boleh sentiasa berkomunikasi perkara yang pasif bersama murid untuk mengalakkan

peningkatannya. Dan bagi murid yang sering ponteng sekolah, guru boleh mengenal pasti

kelemahan murid dan memberi nasihat yang sewajarnya agar mereka belajar daripada

kesilapan.

Kesimpulan

Choong, (2008) berpendapat bahawa kasih sayang yang ditunjukkan dan nasihat

serta bimbingan yang diberikan akan merangsang murid-murid untuk berusaha dengan lebih

tekun lagi dalam aktiviti dalam dan luar bilik darjah. Hubungan guru-murid yang baik akan

dibina jika seseorang guru itu bersifat kasih sayang. Dengan kesimpulannya, masalah

disiplin murid dapat dikawal dengan kasih sayang, bantuan model pengurusan disiplin dan

kerjasama ibu bapa dengan pihak sekolah. Guru yang bersifat asertif penting bagi

menyelesaikan masalah disiplin.