dakwaan mansuh pt3 tidak benar - moe.gov.my · guru perlu mengambil tindakan berdasarkan sop itu...

12
BPPDP BIL. (12) 2017, EDISI DISEMBER ____________________ Tiada lagi pengasingan kelas pada 2019 Datuk Dr. Amin Senin Kementerian Pendidikan mahu amalan pengasingan kelas mengikut tahap penguasaan akademik murid dan sekolah kawalan dihen-tikan, manakala kaedah pengasingan rasmi seperti Ujian Kemasukan Tahun Satu juga perlu dimansuhkan sepenuhnya bermula 2019. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin berkata, amalan berkenaan bukan dasar pendidikan namun dilakukan pihak sekolah bagi meningkatkan pencapaian akademik mengikut Gred Purata Sekolah (GPS). Sumber : Utusan Malaysia, 29 Disember 2017 Maklumat dan Pertanyaan Sektor Pusat Dokumentasi, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 1, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya Tel : 03-8884 6002 Faks : 03-8884 6284 Dakwaan mansuh PT3 tidak benar YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid Dakwaan mengatakan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bakal dimansuhkan tahun depan adalah tidak benar. Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir Khalid, berkata dakwaan yang kononnya memetik kenyataan Twitter Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu, dipercayai diubah suai oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab. "Adalah dimaklumkan, dakwaan peperiksaan PT3 dimansuhkan adalah tidak benar sama sekali.” Kenyataan yang memetik sumber Twitter Perdana Menteri, dipercayai dimanipulasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Bagaimanapun, Kementerian Pendidikan menjelaskan bahawa peperiksaan PT3 tetap akan dilaksanakan. Sumber : Berita Harian, 18 Disemberr 2017 Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 1

Upload: vanque

Post on 12-Mar-2019

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BPPDP BIL. (12) 2017, EDISI DISEMBER

Disember 2016

____________________

Tiada lagi pengasingan kelas pada 2019

Datuk Dr. Amin Senin

Kementerian Pendidikan mahu

amalan pengasingan kelas mengikut tahap penguasaan akademik murid dan sekolah kawalan dihen­tikan, manakala kaedah pengasingan rasmi seperti Ujian Kemasukan Tahun Satu juga perlu dimansuhkan sepenuhnya bermula 2019.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin berkata, amalan berkenaan bukan dasar pendidikan namun dilakukan pihak sekolah bagi meningkatkan pencapaian akademik mengikut Gred Purata Sekolah (GPS).

Sumber : Utusan Malaysia, 29 Disember 2017

Maklumat dan Pertanyaan

Sektor Pusat Dokumentasi, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 1, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya

Tel : 03-8884 6002 Faks : 03-8884 6284

Dakwaan mansuh PT3 tidak benar

YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Dakwaan mengatakan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bakal

dimansuhkan tahun depan adalah tidak benar. Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir Khalid, berkata dakwaan yang kononnya memetik kenyataan Twitter Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu, dipercayai diubah suai oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.

"Adalah dimaklumkan, dakwaan peperiksaan PT3 dimansuhkan adalah tidak benar sama sekali.”

Kenyataan yang memetik sumber Twitter Perdana Menteri, dipercayai dimanipulasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Bagaimanapun, Kementerian Pendidikan menjelaskan bahawa peperiksaan PT3 tetap akan dilaksanakan.

Sumber : Berita Harian, 18 Disemberr 2017

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 1

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 2

Kata Kunci Kejayaan

“ Rasa sakit membuat anda berfikir. Fikiran membuat anda bijaksana. Kebijaksanaan

membuat kita boleh bertahan dalam hidup.” (John Pattrick)

SJKC tidak akan ditutup – TPM

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semasa Program Kembali ke Sekolah di SJKC

Chong San, Sungai Burung, Bagan Datuk, Perak

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi

jaminan kerajaan tidak akan menutup Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) seperti yang didakwa oleh pihak pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri berkata, malah SJKC di seluruh negara yang berjumlah 1,298 buah ketika ini ditambah apabila pembinaan 10 buah SJKC telah diluluskan oleh kerajaan tahun ini.

Menurutnya, dalam masa sama sebanyak 454 buah sekolah SJKC yang dikategorikan sebagai sekolah kurang murid kerana mempunyai kurang 150 murid juga tidak akan ditutup.

"Saya memberi jaminan tiada satu pun SJKC di negara ini yang akan ditutup. Ini kerana kerajaan mahu memastikan pendidikan sama rata tanpa mengira kaum,"

Sumber : Utusan Malaysia, 29 Disember 2017

Katanya, simposium itu yang akan berlangsung pada 2018 dijangka menghasilkan rancangan

tindakan untuk diguna pakai oleh ahli-ahli UNESCO.

Beliau berkata, pada 2015 dan 2016, Malaysia dan UNESCO telah menjadi rakan kongsi dan menjadi

tuan rumah persidangan Asia Pasifik mengenai Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional

(TVET) dan Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-Kanak.Sumber : Berita Harian, 15 Oktober 2017

Kes ditampar cikgu: Timbalan Menteri Pendidikan mahu bertemu keluarga murid

Datuk Chong Sin Woon

Kementerian Pendidikan akan mengadakan

pertemuan dengan keluarga seorang murid berusia 11 tahun yang ditampar oleh guru Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, dekat sini pada April lalu.

Timbalan Menterinya Datuk Chong Sin Woon berkata, pertemuan itu bagi mencari jalan penyelesaian ke atas perselisihan faham di antara keluarga pelajar dan guru tersebut.

"Kita perlu mencari satu cara pendamaian untuk menyelesaikan isu ini. Mengheret (kes) ke mahkamah hanya akan memberi kesan kepada profesion perguruan," katanya kepada media selepas Program Penyerahan Peralatan Sekolah daripada sekumpulan usahawan muda kepada murid-murid yang miskin.

Chong berharap kedua-dua pihak dapat bermuafakat bagi memastikan sekolah menjadi tempat yang aman untuk proses pembelajaran.

Mengakui tindakan guru tersebut yang menampar murid adalah tidak mengikut pekeliling yang dikeluarkan kementerian, Chong berkata ia bukanlah dengan niat untuk mencederakan murid tersebut.

Beliau turut mengingatkan para guru untuk mematuhi pekeliling ketika mengenakan tindakan disiplin terhadap pelajar. Merotan adalah tindakan paling keras yang boleh diambil oleh guru ketika menghukum murid lelaki manakala murid perempuan pula hanya diberi teguran.

Sumber : Berita Harian, 22 Disember 2017

Koleksi Bahan dan Keratan Akhbar bagi Disember 2017

Maklumat bahan rujukan dan peminjaman

koleksi layari laman sesawang berikut:

http://librarykpm.moe.gov.my

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017

20172017 3

2. ARTIKEL AKHBAR

BIL BERITA HARIAN,

UTUSAN MALAYSIA,

W STRAITS TIMES

BILANGANTAJUK

BAHAN

JUMLAH 171

3. KEMASUKAN DATA DAN PENGKATALOGAN

BIL JUMLAH KOLEKSI

YANG DITERIMA

BILANGAN

DIKATALOG

191 191

Jumlah Kumulatif sehingga 31 Disember 2017:

192,331

1. PEROLEHAN

BIL JENIS KOLEKSI JUMLAH

1. Koleksi Umum 0

2. Koleksi KPM 0

3. Koleksi Tesis 93

4. Koleksi CD-ROM 93

5. Koleksi Jurnal 5

6. Koleksi Risalah/

Hadiah/Sumbangan 0

JUMLAH 191

ISU-ISU UTAMA YANG DIPAPARKAN DI AKHBAR

BAGI BULAN DISEMBER 2017

1. Kurikulum Pengajaran dan Pembelajaran

Bagi Semua Mata Pelajaran/MBMMBI/

Sukatan Mata Pelajaran

- 03 isu

2. Kenyataan oleh Menteri Pendidikan dan

Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

- 10 isu

3. Pengurusan Pendidikan

- 04 isu

4. Keselamatan/ Disiplin Murid

- 04 isu

STATISTIK PENGGUNAAN PUSAT DOKUMENTASI

BAGI BULAN DISEMBER 2017

Bilangan Pengguna 182

Pendaftaran Baharu 30

Pinjaman Buku/CD/Bahan

KPM

0

Rujukan Tesis 182

JUMLAH PENGUNJUNG PORTAL LIBRARY KPM

SEHINGGA 31 DISEMBER 2017

41,988 orang

Perkhidmatan Kaunter

Senyum Selalu

SEDIA BANTU 03-8884 6425

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 4

Kejayaan murid tahun enam perlu diraikan

Mohd. Hazeman Zakaria Saya mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa kementerian sangat

mementingkan pencapaian yang cemerlang murid-murid yang mengambil

UPSR. Perkara ini memang digalakkan. Dalam mengejar kecemerlangan

itu, GPS dan GPMP sahaja tidak boleh dijadikan kayu ukur untuk melihat

kejayaan sekolah dan kemenjadian murid. Ukuran menyeluruh perlu

diberikan terhadap pencapaian murid-murid melepasi tahap penguasaan

minimum dalam semua mata pelajaran seperti yang dijanjikan melalui

PPPM perlu diutamakan. Kedua, beliau menjelaskan bahawa PPSR merupakan bentuk pelaporan baharu yang memberi penekanan dan perhatian terhadap empat jenis penilaian yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan pada peringkat sekolah rendah, iaitu Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi), Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) serta Pentaksiran Altenatif Sekolah Rendah (PASR).

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang diperkenalkan pada tahun 1983 jelas menunjukkan hala tuju pendidikan di Malaysia, iaitu untuk memperkembang potensi individu murid secara menyeluruh dan bersepaduuntuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Berdasarkan FPK ini, kita mempunyai harapan yang tinggi untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, semangat FPK diterjemahkan dengan memperlihatkan enam ciri murid yang menjadi aspirasi negara, iaitu murid berpengetahuan, berkemahiran berfikir, berkemahiran memimpin, berkemahiran dwibahasa, beretika dan berkerohanian, serta mempunyai identiti nasional.

Berdasarkan FPK dan PPPM, kementerian seharusnya melihat secara teliti berkaitan kemenjadian murid. Kemenjadian murid dilihat melalui hasil keberkesanan proses persekolahan.Kualiti murid bukan sahaja dilihat dari segi pencapaian akademik berdasarkan keputusan UPSR semata-mata malahan dalam semua program dan aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang dijalankan oleh guru dan pihak sekolah. Melihat pencapaian cemerlang dalam UPSR telah terbudaya dalam masyarakat sehingga pada hari ini.

Menyentuh isu meraikan kejayaan murid dalam UPSR, adakah sesuai diiktiraf dan diraikan kejayaan mereka dalam empat atau enam mata pelajaran sahaja? Padahal, di sekolah selain bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik, Sains, bahasa Cina dan bahasa Tamil murid-murid diajar semua mata pelajaran seperti Pendidikan Islam/Pendidikan Moral, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan dan Pendidikan Kesenian.

Sumber: Utusan Malaysia 2017

Di samping itu, murid-murid juga diajar mata pelajaran tambahan iaitu,

Bahasa Arab, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil di Sekolah Kebangsaan, Bahasa

Iban/ Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Semai. Manakala murid-murid

berkeperluan khas mempelajari Bahasa Isyarat Komunikasi.

WAKTU OPERASI

Isnin - Khamis

8.00 pagi – 4.30 petang

Jumaat

8.00 pagi – 12.00 tengah hari

2.45 petang – 4.30 petang

Ditutup pada Sabtu, Ahad dan

cuti umum

KEAHLIAN

Keahlian adalah percuma

Terbuka kepada semua warga Kementerian Pendidikan Malaysia

Institut Pengajian Tinggi (IPTA dan IPTS)

Agensi Kerajaan

Penyelidik

Bagi pelajar/pensyarah universiti yang pertama kali mendaftar perlu:

Membawa kad matrik dan surat pengesahan

Melengkapkan borang pendaftaran

Bagi agensi kerajaan lain dan penyelidik

Membawa surat pengesahan dari ketua jabatan yang berkaitan

Perkhidmatan Yang Disediakan

Perkhidmatan Rujukan

Perkhidmatan Sirkulasi

Bilik Mesyuarat

Peti Pemulangan Buku (24 Jam)

Khidmat Nasihat dan Kepakaran

Bilik Tayangan

Informatif, Tepat &

Mesra

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 5

Informasi

Guru perlu tahu undang-undang

Guru perlu mempunyai kefahaman undang-undang

bagi memastikan setiap tindakan disiplin diambil

terhadap murid tidak memakan diri.

Penyelaras Citra Fakulti Undang-undang Universiti

Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Noorfajri Ismail,

berkata warga pendidik hari ini berdepan dengan

pelbagai risiko terutama dengan peningkatan

pengetahuan undang-undang dalam kalangan

masyarakat.

Sehubungan itu, katanya, pemahaman jelas

mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP)

termasuk merekodkan setiap tindakan dilakukan

ketika melaksanakan hukuman terhadap murid

dapat melindungi guru.

Sebarang tindakan atau tatacara apabila

mengendalikan kes displin murid ada dinyatakan

dalam Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) yang

dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan sebelum

ini.

Guru perlu mengambil tindakan berdasarkan SOP

itu termasuk memastikan sudah mengikut garis

panduan disediakan khususnya dari segi

pendokumentasian sebagai bukti, SPI

menerangkan secara terperinci langkah yang boleh

diambil oleh guru, sekiranya murid melakukan kesalahan dan tindakan yang wajar dilakukan dalam

mendidik murid menjadi insan berguna.

Sumber: Berita Harian, 22 Disember 2017

TAJUK ISU & INFO

SEMASA

Dakwaan mansuh PT3 tidak benar – Mahdzir

Kes ditampar cikgu: Timbalan Menteri Pendidikan mahu bertemu keluarga murid

Kita perlu mencari satu cara pendamaian untuk menyelesaikan isu ini. Mengheret (kes) ke mahkamah hanya akan memberi kesan kepada profesion perguruan.

1 kelas, 2 guru perlu penelitian

Dakwaan mansuh PT3 tidak benar

NUTP: Perlu ada garis panduan baharu hukuman

Dua guru satu kelas, fokus pada subjek

Sumber: Utusan Malaysia/ Berita Harian

Guru Pembina Negara

Bangsa

APA KATA NUTP ISU DISIPLIN MURID

NUTP: Perlu ada garis panduan baharu hukuman

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP)

merayu Kementerian Pendidikan mengeluarkan surat pekeliling baharu mengenai kaedah hukuman yang dibenarkan ke atas pelajar.

Garis panduan baharu bersesuaian dengan cabaran guru mendidik masa kini. Setiausaha Agung NUTP Harry Tan Huat Hock, berkata kajian semula perlu dibuat ke atas Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8 yang dikeluarkan bagi memberi maklum kepada guru mengenai bentuk hukuman yang dilarang ke atas pelajar yang melakukan salah laku di luar Peraturan-peraturan Pelajaran seperti berkeliaran dan bising di dalam kelas.

Surat pekeliling itu kali terakhir dikeluarkan pada 1983. Ada peraturan baharu mengenai hukuman yang dikemas kini dari semasa ke semasa, tetapi lebih baik jika satu garis panduan lengkap yang terkini dikeluarkan.

Bukan saja mengenai hukuman yang dilarang tetapi yang dibenarkan, supaya guru ini boleh mendisiplinkan pelajar tanpa rasa seperti tangan mereka diikat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Huat Hock berkata, surat pekeliling atau garis panduan baharu itu menerangkan dengan jelas bentuk hukuman yang dibenarkan supaya tidak menjadi salah faham dalam kalangan ibu bapa sehingga menyebabkan guru disiplin dipersalahkan.

Sumber: Berita Harian, 27 November 2017

Beliau berkata, pelantikan guru disiplin di setiap sekolah hendaklah disusuli dengan surat lantikan khas, walaupun Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 10/2001 sebelum ini menyatakan semua guru ialah guru disiplin.

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 6

INFO PERISTIWA

SEMASA DISEMBERR

EXPO NEGARAKU 2017 15 November- 15 Disember 2017

PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN

MALAYSIA (SPM) 6 November - 4 Disember 2017

RETREAT PENGURUSAN

TERTINGGI KPM 2017 1-3 Disember 2017

Selamat Hari Natal &

Tahun Baharu 2018

25 Disember 2017

Daripada Warga BPPDP

NOTA

Dua guru satu kelas, fokus pada subjek tertentu

Mekanisme dua guru dalam satu kelas sudah

lama diamalkan di negara Barat, yang boleh dijadikan contoh terbaik untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di negara ini.

Tokoh Pendidikan Negara, Tan Sri Alimuddin

Mohd Dom, berkata banyak sekolah di negara Barat seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom, sudah lama mempraktikkan konsep dua guru iaitu guru dan pembantu guru bagi melancarkan proses PdP dalam sesebuah kelas.

Bagaimanapun, katanya, pelaksanaan dua guru di negara Barat hanya menumpukan kepada beberapa subjek utama kerana murid memerlukan kefahaman dan tahap penguasaan yang lebih bagi subjek berkenaan.

Justeru, saya mencadangkan amalan dua guru dalam satu kelas di negara ini wajar diberi keutamaan kepada subjek tertentu seperti bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik, bagi membolehkan guru atau pembantu guru memberi tumpuan penuh kepada murid.

Dalam lawatan kerja ke negara Barat sebelum ini, saya melihat amalan berkenaan berjaya dan berkesan. Guru yang mengajar di hadapan kelas tidak perlu menerangkan berulang kali kepada murid yang tidak faham, sebaliknya tugas itu dipertanggungjawabkan kepada1 kelas, 2 guru perlu ada penelitian.

Sumber : Berita Harian, 29 Disember 2017

PANDANGAN PEMIMPIN GURU

.Lindungi anak umpama berlian

Datuk Chong Sin Woon

Ibu bapa perlu terus memberi kepercayaan

kepada pihak sekolah untuk melatih dan mendidik anak mereka supaya menjadi insan berguna pada masa akan datang.

Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon, berkata ini kerana ada segelintir ibu bapa terlalu melindungi anak sehingga menimbulkan masalah apabila berdepan dengan masyarakat atau mula bersekolah menengah.

"Saya faham ibu bapa sekarang terlalu melindungi anak umpama berlian kerana jumlah anak yang sikit, berbanding sebelum ini yang mempunyai anak sehingga tujuh atau 10 orang.

"Tetapi itu menyebabkan mereka mudah mengalah kerana tidak dilatih menjadi seorang yang cekal. Sekolah dengan bantuan guru, adalah tempat yang sesuai untuk melatih dan mendidik anak," katanya pada sidang media selepas Majlis Pemberian Kasut Sekolah di Sekolah Kebangsaan Ampangan di sini, hari ini.

Sin Woon berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai tindakan segelintir ibu bapa yang kini sanggup menyaman guru, kerana mencederakan atau mendenda anak mereka di sekolah.

Beliau berkata, ibu bapa perlu sentiasa memberi sokongan kepada guru untuk mengajar anak dengan baik, tetapi sudah pasti tidak sehingga mencederakan anak mereka.

"Jika ada ibu bapa tidak berpuas hati dengan tindakan guru, datang ke sekolah berbincang dengan baik dan bukan dengan membawa kes sehingga ke mahkamah kerana itu tidak akan menyelesaikan masalah," katanya.

Katanya, beliau percaya tindakan segelintir ibu bapa yang sanggup menyaman guru mungkin bersifat dendam, atau ingin menjaga air muka kerana anak dimalukan di khalayak ramai.

Sumber : Berita Harian, 30 Disember 2017

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 7

Maklumat Perancangan Pendidikan

TVET mampu lonjak Malaysia setaraf

Jerman

Transformasi Nasional

Inisiatif kerajaan untuk memperkasakan

Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), sebagai usaha lahirkan modal insan berkemahiran tinggi, mampu melonjak negara ke tahap seterusnya dan selari dengan negara maju seperti Jerman, kata Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata, negara ini amat memerlukan pekerja tempatan berkemahiran tinggi demi menjayakan projek-projek berskala besar seperti Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT), Pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan High Speed Rail.

“Di negara maju, mereka mempunyai bilangan pelajar aliran vokasional dan teknikal yang tinggi. Jerman misalnya, mempunyai 81 peratus tenaga kerja mahir dan daripada jumlah itu, 63 peratus adalah lulusan daripada sistem kolej vokasional, dan hanya 18 peratus lulusan universiti.

Akibatnya, Jerman muncul sebagai negara kaya dan maju kerana sistem TVET ini menjadikan pekerjanya berkemahiran tinggi.

.

8 Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017

Beliau berkata, bagi memperkasakan rakyat supaya mempunyai pendapatan tinggi, kerajaan telah menggariskan beberapa lonjakan transformasi TVET, antaranya -- melatih dan meningkatkan tenaga mahir tempatan supaya berdaya saing hingga ke peringkat global, dan memperkukuhkan lagi kerjasama strategik antara TVET awam serta pihak industri.

Selain itu, katanya lagi, bagi mensasarkan untuk melahirkan lebih ramai lulusan dalam bidang TVET kerjaaan turut melaksanakan geran padanan dengan memperuntukkan RM4.9 bilion dalam Bajet 2018 bagi tujuan ini, dan menjenamakan semula institusi TVET menjadi ‘TVET Malaysia’ untuk menarik rakyat menerima TVET sebagai pendidikan pilihan dan kerjaya masa depan yang lumayan.

Inisiatif yang dibawa oleh kerajaan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam bidang TVET ini jelas mampu memperkasakan rakyat dan membawa Malaysia maju ke hadapan.

Jadi, marilah kita semua bersatu hati menjulang TVET Malaysia sehingga ke puncak kejayaan bagi merealisasikan aspirasi TN50.

Sumber : Berita Harian, 19 Disember 2017

GURU PEMANGKIN TN50

Membina Jenerasi Berakhlak Mulia Dalam Memacu Kejayaan Negara

Berita KPM dan Aktiviti Utama BPPDP

AH

Pentaksiran holistik dan kemenjadian murid

Kegembiraan murid menerima keputusan UPSR

Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah

(PPSR) 2017 yang diumumkan pada 23

November lalu adalah satu lagi pencapaian

dalam transformasi pendidikan negara di

bawah Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia (PPPM) 2013–2025.

Kali ini di media tidak ada lagi paparan sekolah

mana yang mendapat bilangan 6A paling

ramai, mahupun daerah mana yang mencatat

peratus kelulusan tertinggi, kerana

Kementerian Pendidikan tidak lagi

mengumumkan keputusan peperiksaan Ujian

Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) semata-

mata, tetapi bersekali dengan Pentaksiran

Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

(PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Pentaksiran

Alternatif Sekolah Rendah (PPSR) untuk murid

berkeperluan khas juga telah diumumkan oleh

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin

Senin.

PAJSK, PPsi, PBD dan Pentaksiran Pusat

(PP), iaitu UPSR bagi murid Tahun Enam dan

PT3 bagi murid Tingkatan 3.

Artikel Penuh:

http://www.utusan.com.my/berita/utama/penta

PANDANGAN AHLI AKADEMIK

Sebenarnya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ini bukanlah amalan baharu dalam sistem pendidikan negara kerana telah diperkenalkan sejak tahun 2011 lagi bagi mentaksir murid secara holistik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PBS merangkumi empat komponen iaitu PAJSK, PPsi, PBD dan Pentaksiran Pusat (PP), iaitu UPSR bagi murid Tahun Enam dan PT3 bagi murid Tingkatan 3.

Perlu difahami bahawa UPSR yang dilaksanakan sekarang bukannya satu-satunya pentaksiran yang mengukur prestasi murid selepas persekolahan selama enam tahun, tetapi UPSR kini merupakan salah satu daripada empat komponen PBS, justeru pelaporan bagi prestasi murid Tahun Enam perlulah merangkumi ke empat-empat komponen tersebut.

Beberapa hari sebelum ‘keputusan UPSR’ diumumkan, Menteri Pendidikan telah mengeluarkan kenyataan di laman Facebook beliau bahawa beliau bersetuju dengan pandangan bahawa semua murid dan guru perlu dihargai terhadap segala usaha yang telah dicurahkan dalam membangunkan potensi murid di sekolah rendah. Pandangan beliau mendapat reaksi positif daripada netizen yang merasakan sudah tiba masanya pembangunan holistik murid diberi penekanan berdasarkan potensi masing-masing.

Sehari selepas itu Ketua Pengarah Pelajaran memaklumkan bahawa kali ini tidak ada lagi pengumuman tentang Gred Purata Sekolah atau perbandingan pencapaian mengikut negeri atau daerah, tetapi mahukan pelaporan yang lebih seimbang merangkumi semua komponen PBS dan memberi penekanan terhadap penguasaan kemahiran murid dan keupayaan mereka dalam memberikan respon kepada soalan yang memerlukan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Dr Hayati Ismail Universiti Sains Islam Malaysia

Sumber : Utusan Malaysia 2017

SELAMAT TAHUN BAHARU 2018

Program

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 9

Penggubalan Dasar dan Garis Panduan

10

1

Antara imbasan BPPDP 2017

Mengutamakan elemen perpaduan dalam pendidikan

Berteraskan amalan budaya kerja berpasukan

berdasarkan prosedur kerja Sistem Pengurusan Berkualiti

MS ISO 9001:2008 dan Eko Sistem Kondusif Sektor Awam

(EKSA), BPPDP telah mengapai kejayaan cemerlang

dalam memacu kelangsungan gagasan dan hala tuju

pendidikan negara yang berkualiti serta komprehensif.

BPPDP melalui Sektor Dasar memainkan peranan penting

dalam merancang, mengesan, menggubal, menganalisis

dan memandu pelaksanaan dasar pendidikan makro, Akta

dan peraturan-peraturan pendidikan; mengesan, mengenal

pasti dan mengkaji isu-isu pendidikan dan isu semasa yang

mempunyai implikasi dasar; menerajui Hal Ehwal KPM;

menerajui mesyuarat jawatankuasa tertinggi KPM yang

berkaitan dengan dasar-dasar pendidikan serta hal-hal

profesional dan memberi khidmat kepakaran dalam

pelbagai bidang berkaitan dasar pendidikan makro di dalam

negara dan di luar negara.

KAJIAN PENDIDIKAN 2017

Kajian Peringkat Antarabangsa

1. Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)

2. Programme for International Student Assessment (PISA)

3. Southeast Asia Primary Learning Metrics (SEA-PLM)

4. Out of School Children Initiative (OSCI)

Kajian Peringkat Makro KPM

1. Kajian Keberkesanan Program HIP dan DLP. 2. Kajian Geran Per Kapita (PCG) Mata Pelajaran

Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM).

3. Kajian Pentaksiran Pendidikan Peringkat Rendah: Isu dan Penambahbaikan.

4. Kajian Kesedaran STEM. (Peratus guru yang mencapai kompetensi sekurang-kurangnya tahap 3 dalam ujian diagnostik guru bidang STEM)

5. Kajian Kebolehlaksanaan Penggantian Susu Bancuhan Ultra High Temperature (UHT) Kepada Susu Segar dalam Program Susu 1Malaysia (PS1M).

6. Indeks Kemenjadian Murid, Kementerian Pendidikan Malaysia.

7. Kajian Keperluan Peluasan Aliran Kemahiran dengan Kerjasama Industri / Institusi Kerajaan di Sekolah Menengah Kementerian Pendidikan Malaysia

8. Kajian Pelaksanaan Dual Language Programme (DLP) dan Highly Immersive Programme (HIP)

9. Kajian Geran Per Kapita (PCG) Mata Pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM)

10. Kajian Pentaksiran Pendidikan Peringkat Rendah: Isu dan Penambahbaikan

Sumber : Utusan Malaysia, 1 November 2017

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017

Program Pembangunan Pendidikan

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017

Inisiatif PPPM 49: Inisiatif Memperkukuhkan STEM

Program dan aktiviti Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan

Matematik (STEM) telah dapat dilaksanakan oleh Bahagian

dengan cemerlang. Dalam meningkatkan minat murid

melalui pendekatan pembelajaran yang baharu dan

pemantapan kurikulum untuk menghadapi cabaran dunia

yang sedang berubah dengan pengaplikasian STEM.

Dapat meningkatkan kemahiran dan kebolehan guru

berkaitan pengintegrasian pengetahuan, kemahiran dan

nilai STEM dan meningkatkan kesedaran murid serta orang

awam melalui kempen kesedaran berkaitan STEM

peringkat kebangsaan,

Kolokium Pendidikan STEM

Kolokium Pendidikan STEM dianjurkan oleh Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan Dasar, Kementerian

Pendidikan Malaysia dengan kerjasama pihak

universiti mengikut zon, iaitu Zon Tengah, Zon Timur,

Zon Utara, Zon Selatan, Zon Sarawak dan Zon

Sabah. Kolokium yang dipenuhi aktiviti forum dan

pameran STEM turut memberi manfaat khusus bagi

memperoleh pemahaman yang lebih spesifik serta

komprehensif tentang pendidikan STEM dan kerjaya

bidang STEM; serta mewujudkan rangkaian

kerjasama dengan guru-guru, agensi kerajaan, bukan

kerajaan serta pihak industri bagi menjayakan agenda

pendidikan STEM dengan lebih menyeluruh dan

bersepadu. Sepanjang tahun 2017 empat Kolukium

STEM telah dilaksanakan dengan jayanya. Manakala

Zon Sarawak dan Zon Sabah akan diadakan pada

tahun 2018.

Persidangan

Asia-Pacific Regional Technical Capacity

Development Workshop on Effective Planning of

Education Sector

Persidangan STEM

KAJIAN ANTARABANGSA

TIMSS 2019 - Melaksanakan Kajian Kesetaraan Item eTIMSS

Aktiviti Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) 2019 yang telah bermula tahun ini 2017 dan berterusan hingga tahun 2020. Pihak IEA menyarankan agar negara peserta yang memilih eTIMSS bagi penyertaan TIMSS 2019 melaksanakan Kajian Kesetaraan Item eTIMSS yang juga dinamakan eTIMSS Pilot Study pada bulan Mei 2017 sebelum menjalankan Kajian Rintis TIMSS 2019 dan Kajian Utama TIMSS 2019 pada 2018.

Pentadbiran kajian telah bermula pada bulan Februari 2017 dan data selesai dibekalkan kepada pihak IEA pada 15 Jun 2017. Material receipt confirmation telah diterima daripada IEA mengesahkan penerimaan lengkap bahan dan data Kajian Kesetaraan Item. Laporan daripada pihak IEA hasil daripada Kajian Kesetaraan Item (eTIMSS Pilot telah dibentangkan dalam Mesyuarat Penyelaras Penyelidikan Kebangsaan (NRC) Ke-3 TIMSS 2019 yang akan diadakan pada 11-18 November 2017.

Pencapaian Malaysia dalam rintis PISA 2018

Pentadbiran Kajian Utama PISA 2018 dijadual dilaksanakan pada 1 April sehingga 31 Mei 2018. Kajian Rintis (Field Trial) PISA 2018 pula telah ditetapkan oleh pihak OECD perlu ditadbir oleh negara peserta tepat setahun sebelum Kajian Utama PISA 2018 ditadbirkan.

Program NBOS

Program NBOS community support for

school teachers

Program GO GREAT 2017

Hari NBOS

11

1

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 12

1

PERUTUSAN KSN

"Saya amat berbangga dengan kejayaan perkhidmatan awam Malaysia mendapat penghargaan dan pengiktirafan di Incheon, Korea sempena “Symposium on Builiding Effective, Accountableand Inclusive Institutions and Public Administration for Advancing the 2030 Agenda for Sustainable Development”. Kita telah dijemput untuk menyampaikan ucaptama, serta berkongsi pengalaman dan kejayaan pelaksanaan pelbagai inisiatif demi mencapai 17 Sustainable Development Goals (SDGs) dalam Agenda 2030.

Momentum positif ini diteruskan pada 12 dan 13 Disember 2017 apabila Malaysia menjadi tuan rumah kepada Global Entrepreneurship Community (GECommunity) Summit 2017 yang menyaksikan penglibatan lebih 15,000 peserta dari dalam dan luar negara. Di samping itu, Malaysia juga berjaya memenangi beberapa anugerah Global Blue Ocean Shift 2017 semasa Sidang Kemuncak berkenaan. Tahniah saya ucapkan kepada semua yang bertungkus lumus menganjur dan menjayakan GECommunity Summit 2017!".

"Semenjak 2009, YAB Perdana Menteri telah

memperkenal dan mengaplikasikan lima Prinsip

Pentadbiran di bawah kepimpinan beliau iaitu

Ekonomi, Global, Berwawasan, Rakyat di Hati dan

Penyampaian. Bagi Prinsip Ekonomi, Kerajaan

telah memberikan fokus untuk memastikan ekonomi

negara kukuh dan berdaya saing menerusi Program

Transformasi Ekonomi. Bagi Prinsip Kedua,

Malaysia memainkan peranan penting dalam isu

kemanusiaan global dan berjaya meningkatkan

kuota haji dan pelaburan asing ke negara

disebabkan hubungan baik dengan hampir

kesemua negara serta pengaruh di persada

antarabangsa.

Menjelang Tahun 2018

Para pemimpin perlu sentiasa memikirkan yang

terbaik untuk semua, bukan sahaja untuk kita

sekarang, tetapi juga untuk generasi akan

datang dan TN50 merupakan menifestasi

kepada Prinsip Ketiga yang diamalkan tersebut

iaitu Berwawasan. Prinsip Keempat dan Kelima

pula saling berkait iaitu kita perlu sentiasa

mendahulukan kepentingan rakyat dalam

segala perancangan dan segala yang dirancang

tersebut perlu disertai dengan Penyampaian

atau Delivery.

"Dalam masa beberapa hari lagi, 2017 akan

melabuhkan tirainya. Selain bersiap sedia

dengan pelaksanaan perancangan kerja 2018,

kebanyakan penjawat awam yang juga

merupakan ibu bapa sudah pastinya sedang

sibuk dengan persiapan anak-anak ke sekolah.

Kita amat berterima kasih dengan Kerajaan

yang prihatin akan keperluan perbelanjaan awal

tahun keluarga dengan membuat Bayaran Khas

RM1,000.00 pada awal Januari 2018.

Saya berharap kita akan jadikan semua

pencapaian dan kejayaan 2017 sebagai

motivasi dan sebarang kelemahan sebagai

iktibar - nescaya kita akan lebih cemerlang lagi

pada tahun 2018".

TAN SRI DR ALI HAMSA Ketua Setiausaha Negara

RENUNGAN

“(Luqman menasihati anaknya dengan berkata):

Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika

ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk)

sekalipun seberat biji sawi serta ia tersembunyi

di dalam batu besar atau di langit atau pun di

bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk

dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya

Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat

Meliputi akan segala yang tersembunyi.” (Surah

Luqman: 16)

“Dan sederhanakanlah langkahmu semasa

berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa

berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk

suara ialah suara keldai”. (Surah Luqman)

(ENDS).

Sumber : Berita Harian, 26 November 2017